Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Perwakilan Muktamar Yang Tentukan Kedudukan Presiden
- PasMa - Gelombang & Harapan Baru Perkukuhkan PAS Dalam PR
- [10 GAMBAR] PASMA: PAS Tak Akan Bergabung Dengan UMNO - Mujahid
- Hari Ini Kita Aibkan Orang Esok Giliran Kita Diaibkan Pula...
[VIDEO] Perwakilan Muktamar Yang Tentukan Kedudukan Presiden Posted: 09 Sep 2014 12:48 AM PDT PasMa bukan kelangsungan 'projek langgar Hadi' Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menolak tanggapan pihak tertentu bahawa kehadiran NGO yang ditubuhkan kira-kira sebulan itu, sebagai satu kelangsungan "projek" untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar. Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menafikan andaian bahawa kehadiran NGO itu, walaupun ditubuhkan oleh ahli PAS itu, adalah untuk menentukan kepimpinan parti itu dalam pemilihan parti. "Saya menafikan (dakwaan itu) bahawa kita mahu 'melanggar presiden', untuk menjatuhkan presiden. Itu bukan kerja kita. Kita kerja bukan nak pergi mengundi dalam muktamar PAS, kecuali orang itu jadi perwakilan. "Jatuh bangun presiden dan (anggota) jawatankuasa adalah kerja perwakilan muktamar PAS. Bukan kerja NGO. Orang luar tidak boleh buat apa-apa, terpulang kepada perwakilan. "Kami tidak bekerja untuk menentukan kepimpinan PAS, PKR dan DAP. Itu hak perwakilan," katanya dalam forum 'PAS campur Umno: Ke mana hala tuju?' di ibu negara malam tadi. ADUN Pengkalan Kundor yang masih ahli PAS itu menjawab soalan hadirin berhubung sejauh mana kebenaran kehadiran NGO itu sebagai kelangsungan untuk mahu menjatuhkan Abdul Hadi sebagai presiden PAS dalam pemilihan parti. Sebaliknya, Phahrolrazi menjelaskan NGO itu mahu memastikan PAS kekal dalam Pakatan Rakyat sekalipun ada kepimpinan PAS yang merasakan kehadiran mereka sebagai 'ancaman' kepada parti itu. "Kita kena selesai pemikiran ini. Ada pemimpin yang tidak benar ahli PAS sertai PasMa, kemudian, tarik balik. Ini kekangan yang perlu diselesaikan," katanya. 'Politik mirip Fadzil Noor' Menurut beliau, pihaknya juga akan membuat siri kempen jelajah di setiap negeri bagi memupuk kesedaran penyokong Pakatan Rakyat supaya memperkukuh lagi gabungan pembangkang itu. "Kita mahu mengukuhkan (Pakatan) yang sedia ada. Lebih baik kita menyelesaikan kemelut yang sedia ada sekarang. Itu harapannya. "Kita tidak mahu adanya perbezaan pendapat. Tapi apa yang berlaku sekarang kita beri peluang kepada musuh. Umno tak payah buat kerja. "Sepatutnya kita memberi tumpuan untuk menghadapi BN/Umno. Kita turun padang, tetapi tindakan kita, nampaknya menjejaskan sokongan rakyat," katanya sambil mengulangi pendirian bahawa NGO itu tidak berniat untuk menjadi parti politik. "Takkan saya nak keluar PAS dan bentuk parti politik lain," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah. Sebelum itu, Timbalan Presidennya, Mohamad Hussain melancarkan penubuhan NGO itu secara rasmi dan mengumumkan kepimpinan tertinggi NGO itu termasuk melantik ketua perhubungan di setiap negeri. Beliau yang juga bekas ahli parlimen Pasir Puteh berkata pendekatan NGO itu ada mirip kepada gaya politik bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor tanpa menghurai lanjut mengenainya. "Selepas pelancaran ini, kita akan melancarkan satu lagi di negeri Pahang. Di Bandar Temerloh," katanya sambil diiringi kira-kira 500 hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur malam tadi. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
PasMa - Gelombang & Harapan Baru Perkukuhkan PAS Dalam PR Posted: 08 Sep 2014 10:32 PM PDT Di forum PasMa, kemarahan terhadap Hadi Awang membuak Forum pertama anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) malam tadi yang mensasarkan untuk menghalang sebarang kerjasama di antara PAS dan Umno menyaksikan hadirin meluahkan kemarahan terhadap parti Islam itu dan presidennya berhubung peranan mereka dalam krisis menteri besar Selangor. Persoalan sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dikenakan tindakan kerana menentang keputusan parti dalam isu menteri besar Selangor termasuk masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) diajukan kepada ahli panel Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. "Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat PKR kerana enggan menurut keputusan parti, apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap Hadi kerana menentang keputusan parti dalam isu MB Selangor?" soal seorang hadirin disambut tepukan gemuruh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Kuala Lumpur malam tadi. Terdapat hadirin yang merungut bagaimana rosaknya imej PAS dalam menguruskan krisis ini sehingga seorang daripada hadirin mempersoalkan Mujahid mengapa beliau dan pemimpin seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad perlu memberikan penjelasan kepada orang ramai berhubung masalah dilakukan pemimpin lain. Mujahid yang berhati-hati memberikan penjelasan kepada kira-kira 500 hadirin berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Hadi tidak dianggap maksum oleh parti Islam itu. "PAS nak bersama dengan Umno, anda boleh mengandaikan apa yang anda ingin andaikan. Saya tidak boleh menyekat anda mengandai demikian. "Saya mahu beritahu pada malam ini di depan kamera dan wartawan. Jangan misquote saya. PAS tidak ada apa-apa hasrat atau pun niat untuk bersama dengan Umno," katanya disambut dengan tepukan hadirin pelbagai kaum di forum bertajuk PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju itu. Mujahid berkata, tiada perjuangan dalam parti atau gerakan Islam yang mensucikan pemimpin tertentu dan mereka juga boleh ditegur kerana tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. AJK PAS Pusat itu berkata, ketaatan kepada pemimpin bukanlah bersifat mutlak kerana kepatuhan sepenuhnya hanya diberikan kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad. "Kami orang PAS dididik dengan satu hadis Nabi Muhammad, 'ketaatan manusia sesama manusia adalah ketaatan yang tidak mutlak manakala ketaatan kepada Allah dan rasul itu adalah mutlak'," katanya. Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata tindakan PAS akhir-akhir ini tidak menunjukkan mereka mahu terus bersama PR. "Kadang-kadang kita lihat PAS berkata mereka akan terus kekal bersama PR, tetapi ia tidak jelas dalam tindakannya. "Tidak dapat dinafikan agenda Umno adalah untuk melemahkan PR, dan PAS termasuk dalam perangkap itu dan sesetengah ahlinya terpengaruh. "Kita sudah lihat ini berlaku. (Bekas timbalan presiden PAS) Ustaz Nasharuddin (Mat Isa) contohnya, sangat rapat (dengan Umno) dan mengikut perdana menteri ke mana-mana, tetapi beliau masih belum dipecat lagi," katanya. Phahrolrazi berkata, jika PAS mahu keluar dari[ada gabungan itu dan bersendirian, ia akan menguntungkan Umno kerana rakyat sudah tiada lagi gabungan alternatif untuk disokong. "Kita (Pasma) tidak mahu PR runtuh. Kalau PR jatuh kita akan kembali kepada zaman 1950-an dan 1960-an di mana rakyat tiada pilihan," kata bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu. "Politik sihat adalah rakyat mempunyai pilihan dan mereka yang berkuasa perlu sedar rakyat boleh menyingkirkan mereka," katanya. Rayuan presiden PasMa agar PAS kekal dalam PR disambut dengan sorakan hadirin yang setia menanti forum selama 3 jam itu. PasMa, ditubuhkan ahli PAS yang mahu parti itu kekal dalam PR dan dilancarkan di Kota Baru pada 31 Ogos. Bagaimanapun Mujahid enggan terheret sama dengan kekecewaan hadirin dengan peranan Hadi dalam krisis menteri besar Selangor dan dilihat masih membelanya. Aziz bagaimanapun kurang bersetuju dengan kenyataan Mujahid yang dilihat terlalu mempertahankan Hadi. Katanya, PAS tidak perlu membeza-bezakan ahlinya dalam mengambil tindakan kerana segalanya perlu diadili secara saksama. "Saya kurang bersetuju dengan Mujahid. Kenapa tidak katakan dalam parti semua sama? Siapa saja boleh dikenakan tunjuk sebab. "Kenapa mesti pertahankan presiden secara tidak langsung? Hendak buat apa? Semua orang tahu. "Boleh terangkan dalam parti semuanya sama. Jangan ingat satu golongan manusia maksum, satu golongan tidak boleh tegur," katanya. Mujahid dalam menegakkan hujahnya berkata, apa yang dikatakannya adalah prosedur dalam parti dan terpulang bagaimana pihak tertentu menafsirkannya. "Saya tidak kata begitu. Saya hanya katakan dalam disiplin ada prosesnya. Itu saja. Dia hendak tafsir saya mempertahankan, itu masalah dia," katanya kepada Aziz. – TMI
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[10 GAMBAR] PASMA: PAS Tak Akan Bergabung Dengan UMNO - Mujahid Posted: 08 Sep 2014 06:31 PM PDT Mujahid: Pas, Umno tidak akan bercampur KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa sekali lagi menegaskan bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno walaupun terdapat desas-desus mengenai perkara tersebut. Mujahid berkata, pegangan tersebut terus kekal seperti yang diputuskan oleh Pas sebelum ini. "Pas hendak bercampur dengan Umno, tapi hendak saya beritahu, Pas tidak pernah berhasrat untuk bercampur dengan Umno," katanya pada Forum Pas Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini. Sementara itu, mengulas sama ada Pas akan menerima kerusi Menteri Besar Selangor, Mujahid berkata, Pas tidak akan menerima jawatan tersebut selaras dengan keputusan Pas Pusat sebelum ini. "Pas tetap dengan keputusan tidak akan menerima kerusi Menteri Besar tersebut," katanya. Terdahulu isu ini timbul berikutan kenyataan berbeza dua orang pemimpin tertinggi Pas sebelum ini yang memberi kenyataan berbeza dalam satu sidang media baru-baru ini. Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata, Pas akan menolak walaupun istana memilih Adun mereka sebagai MB. Bagaimanapun, dalam sidang media sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan istana. Jawapan Mujahid itu tetap menjadi tanda tanya, walau ia sedikit sebanyak menjawab persoalan peserta forum tersebut. Turut hadir dalam forum tersebut adalah Presiden Pasma, Pahrolrazi Zawawi dan bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Aziz Bari. -SH Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
Hari Ini Kita Aibkan Orang Esok Giliran Kita Diaibkan Pula... Posted: 08 Sep 2014 09:51 AM PDT Surat Kak Wan Kepada Tok Guru Hj Hadi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi. Saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah masyarakat yang melalui kemajuan dan kematangan akan terus berhadapan pelbagai ujian dan beberapa perkembangan politik yang berlaku akhir-akhir ini adalah sebahagian dari proses itu. Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya. Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri InsyaAllah. Oleh itu, saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Dato' Seri Abdul Hadi Awang itu. Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan rakyat. Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga. Saya mendoakan Dato' Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan. DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Presiden KEADILAN ULASAN GB Hukum kebenaran dan keadilan itu tetap berjalan walaupun ada yang sering mengejek hukum yang GB selalu perkatakan... Hari ini jika kita aib dan guriskan hati orang, satu hari bersedia untuk diaibkan dan hati kita diiguriskan pula. Di dalam Al-Quran, Rasulullah sendiri pernah ditegur oleh Allah kerana mengabaikan dan mengguriskan hati Ummi Maktum sehingga turun satu surah yang indah iaitu Surah 'Abasa. "Abasa Watawalla - "Dia (Muhamad) bermuka masam dan berpaling". Masa itu Rasulullah bermuka masam dan mengecewakan Ummi Maktum yang lemah, dan dengan segera Allah turunkan ayat berkenaan sebagai satu peringatan dan teguran buat Rasulullah saw. Dan sejak itu di mana saja Rasulullah bertemu dengan Ummi Maktum baginda menunjukkan muka yang jernih berseri kepadanya dan kadang-kadang baginda berkata : "Hai orang yang telah aku guriskan hatinya menyebabkan turun ayat peringatan dari langit kepadaku." Tidak cukupkah keaiban bab saman RM2 juta dalam isu fitnah pil kuda dan komunis yang tidak ada bukti sehingga seluruh jemaah terpalit dengan fitnah berkenaan sehingga perlu mengaibkan dan mengguriskan hati seorang yang juga seorang Presiden dari parti rakan? Sekadar teguran ikhlas buat seorang Presiden Parti Islam SeMalaysia. klik untuk baca Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan