Jumaat, 26 September 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Mimpi Ngeri Remaja 13 Tahun, Diliwat Rakan Sendiri

Posted: 25 Sep 2014 07:47 PM PDT

Sekadar hiasan.

[Harian Metro] Alor Setar: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan detik hitam apabila diliwat rakan sendiri dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, di sini, Isnin lalu.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9.30 pagi apabila mangsa dikatakan diarahkan suspek berusia 16 tahun mengikutinya ke premis berkenaan yang dihuni seorang lelaki lain berusia 35 tahun sebelum dipukul.

Difahamkan, suspek melakukan seks luar tabie terhadap mangsa menyebabkan remaja itu mengalami kesakitan sebelum diarahkan pulang.

Mangsa bertindak memaklumkan kepada keluarga lalu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian daripada doktor Selasa lalu.

Menurutnya, berikutan itu polis menahan suspek dan lelaki terbabit di rumah masing-masing di Taman Nuri pada jam 10 pagi, kelmarin, bagi membantu siasatan. -26/9/14


BN Kekal di Pengkalan Kubor, Majoriti Bertambah

Posted: 25 Sep 2014 07:32 PM PDT


[Malaysia Kini] Keputusan rasmi menunjukkan BN mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,635 undi.

Bernama melaporkan, mengikut keputusan rasmi, BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon Bebas pula mendapat 38 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.


Peratusan keluar mengundi itu, seperti yang dijangkakan, adalah lebih rendah daripada 80 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan susulan kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sebelum ini, 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.


Kesemua pusat mengundi itu ditutup tepat jam 5 petang ini dengan 73 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim mengundi di Sekolah kebangsaan Bendang Pak Yong pada jam 8.03 pagi.

Manakala calon BN Mat Razi Mat Ail mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan pada jam 8.30pagi.

Sementara itu,Bernama melaporkan, penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa.

Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).

Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus, iaitu kurang daripada lebih 80 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Abdul Aziz juga menjangkakan keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor itu dapat diumumkan kira-kira, 9 malam ini.

Sementara itu, pengundi dinasihat supaya keluar awal mengundi berikutan cuaca diramal elok pada sebelah pagi ini. 

Pada PRU Umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. -25/9/14


P/s: Tahniah Pas kerana mengambil kerusi Dun Pengkalan Kubor daripada PKR.
Admin teringat kata2 pemimpin Pas ketika mendesak PKR menyerahkan kerusi ini. Kata mereka, pengundi mahu selera baharu, PKR tiada jentera, sudah diberi 2 peluang tetapi kalah, dan sebagainya.

Kali ini BN menang dengan 2,625 majoriti undi. BN dilaporkan mendapat 9,960 undi manakala PAS pula 7,335 undi. BN sebelum ini menang mengalahkan calon PKR dan bebas dengan majoriti 1,736 undi. Maknanya Pas kalah dengan penambahan majoriti hampir 1000 undi. Jumlah ini amat memalukan PAS kerana tewas lebih teruk daripada PKR dalam PRU13.

Harus diingat bahawa kawasan ini majoritinya Melayu, iaitu melebihi 90 peratus dan Kelantan merupakan kubu kuat PAS sejak 20 tahun lalu. Adakah ini petanda PAS akan kehilangan negeri itu pada PRU14? Sesuatu perlu dilakukan terutamanya berkaitan dengan puak UG yang kini dilihat menguasai PAS.

PKR tidak wajar berasa rendah diri kerana kekalahan sebelum ini bukanlah disebabkan parti anda bertanding atau kerana alasan-alasan yg dikemukakan.

Seperti yg admin sebut sebelum ini, moga kekalahan ini meredakan angkuh dan tamak geng pak lebai. Muhasabah dan cermin diri sebelum memperkatakan kemampuan dan kebolehan orang lain.




Tiada ulasan: