Isnin, 8 September 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jika Iskandar Jadi MB, Mahukah PKR Dan DAP Akur?

Posted: 08 Sep 2014 08:10 AM PDT


Oleh Shahbudin Husin


Telah tersebar secara meluas di beberapa portal berita, blog dan media sosial sejak petang tadi mengenai desas-desus bahawa Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Melalui berita yang turut menjadi bualan ramai di pejabat SUK Selangor itu, Iskandar yang juga Exco Kerajaan Negeri dan Pesuruhjaya Pas Selangor dikatakan akan diumumkan bagi jawatan itu oleh pihak Istana Rabu ini, manakala majlis mengangkat sumpat pula akan diadakan pada hari Jumaat.

Berita perlantikan Iskandar ini menyusul selepas pihak istana mengeluarkan kenyataan dukacita Sultan Selangor terhadap PKR dan DAP yang tidak mematuhi titah baginda yang mahukan kedua-dua parti itu menghantar lebih daripada dua nama, sebaliknya tetap berkeras dengan hanya mencalonkan satu nama saja iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail. Seterusnya tindakan PKR dan DAP itu juga dianggap sebagai perbuatan derhaka kepada baginda.

Kenyataan dukacita dan derhaka yang dikeluarkan oleh pihak istana ini lantas menimbulkan tafsiran bahawa baginda tidak berkenan dengan mana-mana calon yang dikemukakan oleh kedua-dua parti itu. Didorong oleh rasa dukacita itu juga, Sultan Selangor turut dikatakan akan mengenepikan calon daripada PKR untuk menjadi Menteri Besar, meskipun menyedari ada kesepkatakan dalam PR bahawa kerusi itu milik PKR.

Dalam masa yang sama, difahamkan juga ketiga-tiga Adun Pas yang dicalonkan oleh Haji Hadi untuk menggantikan Khalid turut dipanggil mengadap Sultan mulai hari ini dengan didahului oleh Iskandar serta diikuti Salehan Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi pada esok dan lusa. Ia dikatakan sebagai proses temubual dengan pihak istana.

Meskipun Iskandar menafikan beliau dipanggil oleh pihak istana tetapi adalah perkara biasa penafian seperti ini dibuat, bahkan dalam banyak kejadian dalam dunia politik negara ini, sebahagian besarnya memang bermula dengan nafi-menafi.

Ketika ditanya mengenainya, Iskandar hanya berkata, "besok tak ada (mengadap), lusa pun tak ada dan minggu depan pun tak ada." Jawapan umum seperti ini seolah-olah mempunyai banyak maksud dan rahsianya.

Melihat kemelut politik yang sedang berlaku di Selangor ketika ini, memang tidak mustahil jika Sultan Selangor melantik Iskandar sebagai Menteri Besar yang baru serta mengenepikan calon-calon lain, termasuk Dr Wan Azizah yang sudah menyertakan bukti sokongan majoriti melalui 30 Adun yang membuat akaun bersumpah terhadapnya.

Tetapi perlantikan Iskandar itu sudah tentu ada pro dan kontra serta risikonya yang tersendiri kerana beliau bukanlah pilihan utama serta sokongan yang ada padanya juga tidak pasti. Yang jelasnya, Pas hanyalah tinggal 13 Adun saja ketika ini.

Langkah pertama yang harus diambilnya jika dilantik ialah memastikan sokongan majoriti memihak kepadanya. Ia boleh dilakukan dengan segera memujuk PKR dan DAP agar akur dengan perlantikan itu sebagai yang tanda taat setia kepada Sultan Selangor yang membuat perlantikan itu.

Soalnya bolehkah Pas meyakinkan 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR serta dua Adunnya sendiri iaitu Shaari Sungib dan Hasnul Badaruddin untuk membuat U turn memandangkan 30 Adun berkenaan sebelum ini amat keras mahukan hanya Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar serta sudah pun membuat akuan bersumpah mengenainya?

Jika Iskandar gagal memecahkan blok 30 Adun ini, risiko yang bakal beliau hadapi ialah kemungkinan berlakunya undi tidak percaya dalam sidang DUN pada November nanti.

Kiranya ini berlaku, pertukaran Menteri Besar mesti dibuat sekali lagi.

Dengan Pas hanya mempunyai 13 Adun sekarang ini serta Khalid yang pasti menyokongnya, Iskandar tidak mampu sendirian menubuhkan kerajaan di Selangor. Ia memerlukan sokongan parti lain. Jika gagal memujuk PKR dan DAP untuk menyokongnya, Iskandar juga boleh mencuba cara lain iaitu mengenyit mata untuk mendapatkan sokongan daripada 12 Adun UMNO. Tetapi itu juga bergantung sama ada UMNO mahu bersama dengan Pas atau tidak.

Namun, jika terjadi pun kerjasama itu, ia juga masih belum memadai kerana hanya menjadikan jumlahnya 26 daripada keseluruhan 56 Adun di Selangor. Pas seterusnya mungkin boleh memujuk kembali dua Adunnya yang sebelum ini menyokong Dr Wan Azizah iaitu Shaari dan Hasnul untuk berpatah balik.

Bagaimanpun, jika usaha itu berjaya ia hanya menjadikan jumlahnya 28-28. Untuk mendapatkan majoriti, Pas masih perlu menarik sekurang-kurangnya seorang lagi Adun daripada PKR dan DAP untuk menyokongnya. Kalau dapat menarik dua atau tiga Adun, lagilah baik.

Tetapi, apabila Pas sudah membentuk bekerjasama dengan UMNO di Selangor, sudah pastilah Pas terpaksa keluar daripada PR atau ia akan ditendang daripada gabungan itu. Tentulah mustahil untuk Pas kekal dalam PR di peringkat pusat tetapi bekerjasama dengan UMNO di Selangor.

Sebelum memutuskan bekerjasama dengan UMNO, ia juga mungkin menyebabkan berlakunya perang besar dalam Pas serta tidak mustahil akan terbelah dua kerana golongan yang mahukan bercantum dengan UMNO hanyalah puak pro ulama manakala kumpulan profesional lebih mahukan Pas kekal bersama PR dan menjadi alternatif kepada BN dalam politik negara ini.

Risiko Pas bergabung dengan UMNO tentunya mengundang pelbagai risiko lain juga, terutama berkaitan masa depannya sendiri serta perjuangan Islam yang dibawanya selama ini. Setelah bertahun-tahun mengutuk dan berbakul makian dilemparkan kepada UMNO selama ini, termasuk tuduhan kafir, taghut dan assabiyah, tindakan Pas bercantum dengan UMNO tentunya akan menghakis kepercayaan sebahagian besar penyokongnya terutama di kampung-kampung kepadanya.

Walaupun Pas sudah banyak kali bertegas mengatakan kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR dan Mat Sabu pula mengatakan Pas akan menolaknya jika dilantik, tetapi kemungkinan untuk Pas mengarahkan Iskandar menerimanya juga tidak mustahil berdasarkan beberapa pertimbangan, termasuk tidak mahu dilihat sebagai derhaka dengan Sultan.

Meski bukan amalan sebelum ini untuk melantik pihak yang bukan mempunyai sokongan majoriti sebagai Menteri Besar di mana-mana negeri, tetapi memandangkan kuasa akhir di tangan Sultan, sejarah baru mungkin tercipta kali ini. Apatah lagi Sultan sudah menganggap PKR dan DAP sebagai derhaka kepada baginda.

Kecuali jika PKR dan DAP sedia membuat U turn dan menyatakan sokongan kepada Iskandar, perlantikan beliau lebih mungkin menjerumuskan PR ke kancah perpecahan yang memang diidam-idamkan oleh UMNO dan BN selama ini.http://shahbudindotcom.blogspot.com

Malaysia Tuntut Dalang Nahas MH17 Diheret ke Muka Pengadilan

Posted: 08 Sep 2014 08:05 AM PDT

Amirul Ashraff


alt
 


KUALA LUMPUR- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn akan berlepas ke Kiev malam ini untuk memastikan keselamatan pasukan keselamatan Malaysia terjamin ketika memasuki kawasan nahas pesawat MH17.

Beliau berkata, dua tujuan utama beliau kesana Ukraine adalah untuk meninjau lokasi nahas di samping menuntut agar pihak bertanggungjawab yang menembak jatuh MH17 di heret ke muka pengadilan.

"Perkara yang penting seperti saya menyatakan tadi adalah untuk dua tujuan dimana pertama sekali untuk memasuki kawasan nahas tanpa menjejaskan pasukan keselamatan cuma kita tidak mahu melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan sebarang risiko kepada pasukan keselamatan kita.

"Saya akan melihat sendiri tahap keselamatan di Kiev sama ada jaminan keselamatan ke lokasi nahas dapat dikecapi.

"Kedua adalah bagi menuntut keadilan dan memastikan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 dibawa kemuka pengadilan.

"Itu juga membawa bukti dan juga maklumat-maklumat yang sedang dikumpulkan oleh pasukan-pasukan tertentu," katanya kepada pemberita selepas Melancarkan Institut Onn Jaafar di Avenue K, di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, juga telah menyatakan hasrat untuk berkerjasama dengan kerajaan Malaysia di dalam nahas MH17 seperti mana yang berlaku dalam perkara MH370.

"Tony Abbott telah pun bertekad juga bersama-sama dengan Perdana Menteri seperti MH370 bahawa mereka juga akan bersama-sama dengan kita untuk menuntut keadilan dan keduanya mencari setakat mana yang mampu mangsa-mangsa MH17 yang termasuk juga warga Australia.
 
alt
 
"Ramai pihak yang mengatakan bahawa geo-politik didunia tidak mengizinkan kita mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang berkepentingan tetapi Datuk Seri Najib telah membuktikan untuk Ukraine, kita boleh mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak seperti mana dalam isu MH370 dimana dunia melihatnya bercanggah dan ianya adalah kelebihan pada kita.

"Sekiranya ada negara yang boleh membantu masuk ke kawasan nahas adalah Malaysia dan kebetulan juga pesawat itu adalah milik kita. Jadi tiada sesiapa yang berhak menidakkan niat murni kita ini," katanya lagi.

Hishammuddin turut menegaskan, pihak kerajaan tidak akan sama sekali berdiam diri malah akan melakukan apa sahaja demi kepentingan waris-waris mangsa MH17.

"Kita tidak boleh duduk diam kerana Perdana Menteri telah berjanji kepada keluarga mangsa bahawa kerajaan akan lakukan apa sahaja yang kita mampu. Kita tidak akan berhenti selagi keadilan tidak dituntut.

"Saya juga merupakan salah satu waris pada mangsa MH17. Jikalau ada pihak individu yang ingin menuduh macam-macam, tuduhlah. Sebagai sebuah keluarga yang terlibat bayangkan perasaan saya sendiri.

"Jikalau saya tidak bertindak sesuatu bagaimana hendak menuntut hak keadilan buat keluarga penumpang MH17. Saya akan kesana (Ukraine) bukan sahaja sebagai seorang menteri malah saya mewakili mereka," katanya.

30 Petugas Khas PDRM Dikerah ke Ukraine

Posted: 08 Sep 2014 08:01 AM PDT

altE
RAKYATNEWS
 

SEPANG- Sejumlah 30 petugas khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas ke Ukraine malam tadi bagi menyambung misi di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.

Pasukan itu, yang berlepas pada kira-kira 11.45 malam, terdiri daripada pegawai dan anggota Komando Vat 69, Forensik, Cawangan Foto, Persenjataan, Unit Simpanan Persekutuan dan perhubungan awam diketuai Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam Datuk Muhammad Fuad Zarim.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Fuzi Harun berkata kumpulan itu adalah yang pertama ke Ukraine setelah pasukan sebelum ini kembali ke tanah air pada 12 Ogos lepas berikutan pergolakan di kawasan berkenaan.

"Malaysia dan Ukraine telah mencapai persetujuan untuk membenarkan Malaysia menghantar 'anggota bukan tentera' Malaysia menyertai pasukan antarabangsa di kawasan pesawat itu terhempas untuk menyiasat nahas itu sejajar Resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan bersempena majlis penghantaran pasukan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), yang turut disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Fuzi berkata persetujuan dua hala itu turut membenarkan sehingga 90 'anggota bukan tentera' Malaysia menyertai pasukan antarabangsa di kawasan pesawat terhempas, dan dalam masa terdekat, 50 anggota lagi akan dihantar.

Beliau berkata pasukan kali ini dianggotai petugas sama dalam misi sebelum ini bagi mencari saki-baki mayat mangsa MH17.

"Sesungguhnya pemergian misi ini adalah bagi menyahut komitmen kerajaan yang tidak akan berhenti mencari jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu," katanya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine.

Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. Foto - IBTimes

'Jangan Derhaka Titah Sultan Kami'

Posted: 08 Sep 2014 07:55 AM PDT

Bariq Ramadhan


alt
 


KLANG- Penduduk Kg. Jawa hari ini menyokong penuh titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM), Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj, Sultan Selangor dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor yang mahukan lebih dua nama calon daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Mereka yang mewakili suara rakyat Selangor ini turut mengecam tindakan biadap DAP dan PKR yang mengingkari titah Baginda dengan hanya menghantar satu nama calon sahaja iaitu Presiden PKR, yang juga Isteri Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Pengerusi Kelab Sosial Energetik Selangor, Mohd Khusyairi Abdul Aziz mengingatkan kepada pihak yang tertentu (PR) bahawa penduduk Kg. Jawa tidak akan berkompromi dengan isu kedaulatan raja-raja Melayu dan mahukan laungan "Daulat Tuanku" menaungi rakyat negeri Selangor.

"Kami sebagai rakyat negeri Selangor menyokong penuh kedaulatan raja-raja Melayu dan memberikan sokongan penuh kepada Sultan Selangor.
 
alt
 
"Ada parti politik pada hari ini yang telah berani kurang ajar dan menderhaka kepada raja-raja Melayu," katanya ketika berucap pada perhimpunan Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor di luar perkarangan Masjid Sultan Sulaiman disini, hari ini.

Katanya, rakyat negara ini tidak boleh melanggar rukun negara dan perlembagaan negara yang telah termaktub sebaliknya perlu menghormati.

"Sebagaimana ia telah termaktub dalam undang-undang dan rukun negara. Raja berpelembagaan perlu kita hormati," katanya.

Sebelum ini, wakil Istana Selangor dilaporkan telah menghantar surat daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara.

Surat itu difahamkan medium rasmi daripada Istana Selangor yang meminta lebih dari dua nama calon untuk 'dinaikkan' sebagai menteri besar seperti kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Selasa oleh pihak istana sendiri.
 
alt
 
Manakala, seorang penduduk Kg. Jawa, Ramli Daud berkata beliau tidak senang sekiranya Wan Azizah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ekoran Wan Azizah akan menggunakan undang-undang yang disifatkan sebagai undang-undang "hutan".

"Kami sebagai rakyat negeri ini tidak rela nenek kebayan menjadi Menteri Besar Selangor. Jika dia menang dia akan menggunakan undang-undang hutan. Kita tidak rela," katanya.

Selain itu, penduduk Kg. Jawa, Misnan Ahmad mengharapkan keputusan yang akan dikeluarkan oleh Sultan Selangor tidak akan dianggap sebagai keputusan oleh parti politik.

"Kami sanggup berkongsi ekonomi tetapi untuk pemimpin nombor satu negeri, kami tidak ada berkompromi.

"Kami mahukan anak Selangor menerajui kepimpinan nombor satu negeri Selangor. Oleh yang demikian, kami menyokong penuh duli tuanku supaya bebas membuat keputusan dan kami memohon keputusan baginda tidak diragui.
 
alt
 
"Semua orang perlu hormat kepada tuanku bahawa hak untuk memilih pemimpin nombor satu negeri terletak di tangan tuanku," katanya.

Sebelum itu, Tindakan PKR dan DAP enggan mengemukakan lebih dari satu calon menteri besar untuk pertimbangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idirs Shah disifatkan sebagai biadap.

Istana menerusi kenyataan Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir berkata, hanya PAS yang akur dengan perintah Sultan dengan menyenaraikan tiga nama calon.

Senarai Ahli Majlis Pimpinan AMK penggal 2014-2017

Posted: 08 Sep 2014 07:51 AM PDT

KEADILAN DAILY

Disertakan nama-nama Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia yang terdiri daripada ahli-ahli yang memenangi pemilihan parti serta yang pemegang jawatan lantikan.

AMK baruMasih ada jawatan dalam Majlis Pimpinan Angkatan Muda yang belum dilantik dan perlantikan akan dibuat pada masa yang sesuai.

Perlantikan Ketua-Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri akan dibuat selepas Perlantikan Pengerusi-Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN.

Saya yakin barisan ini menggabungkan pelbagai latar belakang, bakat dan kekuatan KEADILAN sebagai parti pelbagai kaum dan menginginkan pembaharuan budaya politik di Malaysia yang selari dengan cita rasa golongan muda.

BILNAMAJAWATAN
01NIK NAZMI NIK AHMADKETUA
02AFIF BAHARDINTIMBALAN
03NOR HIZWAN AHMADSETIAUSAHA
04RAYMOND AHUARNAIB KETUA
05MOHD RADZLAN JALALUDINNAIB KETUA
06SANGETHA JAYAKUMARNAIB KETUA
07AHMAD FAHMI MOHAMAED FADZILNAIB KETUA
08TAN KAR HINGNAIB KETUA
09LEE CHEAN CHUNGKETUA PENERANGAN
10AHMAD ZAHID KHALIDBENDAHARI
11ANWAR NEKHANEXCO
12FASYARINI AZAHARIEXCO
13JESTIN RAJ A/L SAVARIMUTHUEXCO
14ZAFRIL MOHD EUSOFFEXCO
15MOHD IZAD BUQHARY MOHD KAMRIEXCO
16THARMENTRA A/L PERIANNANEXCO
17TAMIL SELVAN A/L SUPRA MANIAMEXCO
18MOHD RIDZUAN BASRIEXCO
19AMMAR BIN GHAZALIEXCO
20MOHD FARHAN AHMAD KAMALEXCO
21LEE LIAN JENGEXCO
22HALIMAH NASOHAEXCO
23KUMASERAN A/L ARAMUGAMEXCO
24MOHD FIRDAUS YUSOFFEXCO
25MOHD SUKIRMAN MUSTAFAEXCO
26TANGAH JANSA ANAK SIELEXCO
27NAGARAJAN A/L KANIAPPANEXCO
28AFZAINIZAM ABDUL RAHMANEXCO
29MOHD RAMLY AHMADEXCO
30MURNIE HIDAYAH ANUAREXCO
31JOHAN ARIF SALIMEXCO & PENGARAH KOMUNIKASI
32AKMAL NASRULLAH MOHD NASIREXCO & PENGARAH STRATEGI
34MELISSA SASIDARANEXCO & KETUA BIRO PENDIDIKAN POLITIK
33NOOR AMIN AHMADEXCO & KETUA BIRO LATIHAN
34GINIE LIM SIEW LINEXCO & KETUA BIRO WANITA MUDA
35FITRI JAMALUDINKETUA SKUAD
36EDIKOUP LAKIP SEDIYANTOKETUA BIRO MAHASISWA
37NOR AFNI MD YUSUFFKETUA BIRO PENDIDIKAN
38SUM DEK JOEKETUA BIRO ANTARABANGSA / PENGERUSI KELAB PROGRESIF MALAYSIA
39SYED SHAH SYED OSMANPENOLONG SETIAUSAHA I
40HAFIZ ZAIMUDDINTIMB KETUA BIRO MAHASISWA


NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

Warta dulu sebelum hapus Akta Hasutan

Posted: 08 Sep 2014 07:43 AM PDT


Tan Sri Musa Hassan
 
 
 
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggambarkan kepada kerajaan agar terlebih dahulu mewartakan Akta Keharmonian Nasional sebelum menghapuskan Akta Hasutan.

Katanya, sebelum runtuhkan rumah lama bina dulu rumah baru yang lebih kukuh supaya penghuni rasa selesa, selamat dan juga digeruni petualang.

"Undang-undang baharu yang digubal banyak kelemahan contoh Akta Perhimpunan Aman 2012, mereka dapat melepaskan diri dari tuduhan alasan 'human rights'," katanya di laman mikro
Twitter
miliknya @TSMusaHassan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas saranan kerajaan yang akan menghapuskan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional 2012.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Kabinet se­­laku badan yang bertanggungjawab memuktamadkan akta baharu, ia akan mengambil kira soal Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan juga institusi diraja sebelum akta itu digubal.

Mengulas kepada kenyataan beberapa pihak mengatakan Akta Hasutan adalah lapuk atau terkebelakang, Musa berkata, dalam kamusnya tiada istilah undang-undang lapuk.

"Jika kita anggap undang-undang lapuk, adakah al-Quran juga lapuk dan patut diganti baru," katanya lagi.

Cukai Duti Eksais Rokok Naik! Malaysia Syurga Rokok Seludup. Tersenarai 5 Terbaik Di Dunia!

Posted: 08 Sep 2014 07:39 AM PDT



Harga Rokok Malboro



Cukai Duti Eksais Rokok Naik! Malaysia Syurga Rokok Seludup : Nampaknya "ubat batuk" kalangan perokok tegar di Malaysia telah naik (SEPERTI DI SINI). Berapa ramai kalangan rakyat Malaysia terus setia berada dalam kumpulan ini walaupun harga rokok bakal naik lagi bermula hari ini? Berapa ramai?

Berkesankah langkah menaikan harga rokok atas nama mengekang kadar penyeludupan yang semakin berleluasa di Malaysia?

Melihatkan sudut gambaran yang lebih Besar, Berita Semasa merasakan sememangnya adalah menjadi hak kerajaan Malaysia samada untuk melaksanakan kenaikan duit eksais ke atas rokok di Malaysia. Tetapi….

Tetapi persoalannya sekarang ini adalah kenaikan harga rokok di Malaysia sehingga 14% mencapai matlamat yang diidamkan kerajaan Malaysia? Samada :
  1. Kerajaan lebih memikirkan habuan yang bakal diterima dek kerana kenaikan cukai eksasi terhadap rokok ataupun…
  2. Mahu membendung gejala penyeludupan yang terus bersarang di Malaysia ketika ini?
  3. Risau mengenai kesihatan rakyat Malaysia (KLIK SINI)

Rokok Cukai VS Rokok Seludup @ Rokok Halal VS Rokok Haram

 

Walaubagaimanapun, realiti yang berlaku apabila rakyat Malaysia dilihat telah beralih arah dan lebih gemar menghisap "rokok seludup"
  1. Harga "rokok haram" @ rokok yang diseludup @ rokok yang tidak membayar cukai eksais adalah sekitar RM5 sahaja
  2. Harga rokok halal @ rokok yang bayar cukai eksais dijual di Malaysia pada harga RM13
    Apa pilihan perokok?

Harga Rokok Winston

Duti Cukai Eksais Rokok : Meningkat 14% Tahun 2013. Kesannya?

Semakan Berita Semasa menunjukkan di sini untuk beberapa tahun terkahir ini telah berlaku kenaikan duit eksais terhadap rokok. Antaranya :
  1. Kenaikan duit eksais rokok : 15% (tahun 2010)
  2. Kenaikan duit eksais rokok : 19% (tahun 2008)
  3. Kenaikan duit eksais rokok : 25% (tahun 2007)
  4. Kenaikan duit eksais rokok : 170% (tahun 2004)
Dan setiap kali berlakunya kenaikan harga rook di Malaysia, setiap kali itulah kegiatan penyeludupan rokok ke Malaysia terus melonjak.

Sehingga Berita Semasa tertanya-tanya mengapa langkah pengawasan dan pencegahan pihak berkuasa begitu longgar?

Walaupun negara telah kehilangan pendapatan sekitar RM2 bilion melibatkan cukai eksais terhadap rokok di Malaysia disebabkan gejala penyeludupan rokok, malangnya Jabatan Kastam masih belum menemui "penawar" & masih kelihatan lesu bertempur dengan kalangan sindiket penyeludupan di Malaysia.

Statistik Lonjakan Rokok Seludup di Malaysia

 

Semak satu persatu data dan statistik penting di sini sebagai rujukan..
Yang mengejutkan adalah apabila semakan Berita Semasa menunjukkan sekali lagi Malaysia menempa nama di persada dunia apabila :
  • Malaysia berada di kalangan 5 negara di dunia yang menajdi sarang penyeludupan rokok di dunia.
  • Kadar permintaan rokok haram di Malaysia telah meningkat ke paras 5% tahun 2012
  • Kadar permintaan rokok haram di Malaysia dijangka akan terus meningkat pada tahun 2013 kepada 7% mengambil kira kenaikan cukai duti eksais dan harga rokok di Malaysia yang terbaru.
Bertambah malang lagi, Undang-undang semasa di Malaysia tidak memperuntukkan hukuman penjera mandatori kepada pesalah. Mengapa tidak kalangan penyeludup mengambil risiko semata-mata mahu memperolehi pulangan jutaan ringgit?
Andaikata ditangkap sekalipun, bermasalahkah untuk mereka menyelesaikan denda sejumlah RM100,000 sebagai contoh andaikata tiada hukuman penjara tidak dikenakan ke atas mereka?


Harga Rokok Seludup


Diharapkan isu kenaikan harga rokok bukan sekadar digunakan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara semata ataupun menggunakan alasan kesihatan perokok di Malaysia tetapi juga isu keselamatan pintu masuk & sempadan negara perlu terus diambil perhatian serius seterusnya dipertingkatkan agar tidak dibolosi dengan mudah.

P/S : Sangkaan Berita Semasa tahap kesihatan kalangan perokok Malaysia semakin membimbangkan, walaubagaimanapun selepas meneliti beberapa maklumat & statistik yang Berita Semasa perolehi rupa-rupanya "kewangan negara yang agak tenat" sebenarnya ketika ini….

PP/S : Oleh itu, kenaikan cukai duit eksais rokok adalah "penawarnya". Apa responbalas anda pula?


Aktivis ditahan semula, dijangka didakwa

Posted: 08 Sep 2014 04:08 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Aktivis yang baru dilepaskan daripada ikat jamin hari ini kerana menghasut, ditahan semula oleh polis bawah Akta Hasutan kerana didakwa menghina Sultan Selangor.
 
Ali Abd Jalil ditahan berikutan tulisan di laman Facebooknya yang didakwa menghina Sultan Selangor berikutan kemelut di negeri itu.
 
Siswa institut pengajian tinggi swasta itu didakwa kerana melakukan kesalahan menerbitkan penerbitan yang menghasut bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
 
Menurut peguamnya, Michelle Yesudas, Ali kini dibawa ke Shah Alam dan dijangka dihadap ke Mahkamah Sesyen Shah Alam itu petang ini.

Dua gerabak kargo tergelincir dekat KKB

Posted: 08 Sep 2014 04:06 AM PDT

ANTARAPOS.COM

Post Pic


SHAH ALAM: Dua gerabak kereta api kargo yang berisi simen tergelincir daripada landasan di KM321.75 berhampiran stesen Kuala Kubu Baharu, Selangor, semalam.

Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Badariah Wan Hanafi berkata kejadian berlaku pada jam 2.10 petang ketika kereta api 30-gerabak yang membawa muatan simen itu dalam perjalanan dari stor di Kuala Kubu Baharu menuju ke Batu Caves, Selangor.

"Akibat kejadian itu, semua perkhidmatan komuter laluan Rawang ke Tanjung Malim akan dihentikan di Stesen Rawang sahaja sehingga Khamis depan (11 September) bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
    
Katanya, hanya perkhidmatan komuter laluan tersebut sahaja yang tergendala manakala perkhidmatan KTM Intercity dan ETS berjalan seperti biasa.
    
Menurutnya kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan dan pada masa ini KTMB sedang menjalankan siasatan punca kejadian.
    
Siti Badariah berkata KTMB akan memaklumkan perkembangan terbaru dari masake semasa dan untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web syarikat itu di www.ktmb.
com
.my atau menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1300-88-5862.

Tuduhan dirangka jika wujud bukti kukuh kes Beng Hock, kata peguam negara

Posted: 08 Sep 2014 03:59 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Mereka yang bertanggungjawab atas kematian mendiang Teoh Beng Hock  akan didakwa jika siasatan polis memperolehi cukup keterangan dan bukti mengikut keadaan, kata Pejabat Peguam Negara, hari ini.

"Bagaimanapun Pejabat Peguam Negara ingin menegaskan sebarang unsur syak, tidak kira betapa kuat pun ia, tidak akan menyebabkan pendakwaan dalam apa juga kes.
 
"Pejabat Peguam Negara akan membuat keputusan sebaik saja penyiasatan itu lengkap oleh pasukan khas yang ditubuhkan polis," katanya dalam satu kenyataan.
 
Kenyataan itu berkata, pihaknya akan mendakwa kes itu jika bukti dan keterangan mengikut keadaan yang diperolehi hasil siasatan itu cukup kuat.

PAS Selangor nasihati PKR dan DAP agar tidak ingkar titah Sultan Selangor

Posted: 08 Sep 2014 03:57 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



PETALING JAYA: PAS Selangor hari ini menasihati pemimpin PKR dan DAP agar tidak lagi ingkar pada titah Sultan Selangor bersabit kemelut peralihan kuasa di Selangor.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyeru kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat itu mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
 
PKR dan DAP sebelum ini berdegil dan hanya mengemukakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
"PAS Selangor mohon rakan-rakan kita agar akur kepada titah tuanku sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi raja.
 
"Cukup la... (berikan sahaja tiga nama) mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang dah lama tergendala," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
 
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kemurkaan Sultan Sharafuddin terhadap PKR dan DAP yang mengingkari titah baginda yang mahukan setiap parti komponen PKR mengemukakan lebih daripada dua calon kepada baginda.
 
Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras berharap krisis membabitkan penukaran menteri besar dapat diselesaikan segera demi kepentingan rakyat.
 
"PAS Selangor ingin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemurkaan Baginda Tuanku Sultan Selangor atas kejadian yang berlaku.
 
"Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera. Lagi lama kemelut ini berlaku.. maka lagi susah rakyat kita," katanya.

Isu kemelut Selangor, kaji yang tersirat, jangan hanya kaji yang tersurat

Posted: 08 Sep 2014 03:51 AM PDT

Tindakan mengingkaran titah Baginda Sultan untuk menamakan lebih dari dua nama calon pengganti Khalid Ibrahim oleh DAP dan PKR amat mendukacitakan Sultan Selangor. Kedua-dua parti seolah-olah tidak mrenerima hakikat yang dalam sistem demokrasi kita, Raja itu merupakan proponen yang didalam sistem ini termasuk dalam memilih seorang Menteri Besar dalam sebuah negeri yang berdaulat kita ini.

Apabila berlakunya tindakan yang derhaka ini, maka tidak lagi susah untuk mempercayai yang jika parti-parti ini menjadi pemerintah institusi Raja itu tidak akan dikekalkan dan mereka akan menggunakan kuasa dan pengaruh untuk menghapuskannya setelah berkuasa beberapa ketika sahaja. Sebagai seorang Melayu yang merupakan komponen terbesar dari rakyat negara ini, kita amat khuatir dan dalam kebimbangan jika identiti Melayu itu akan terhakis dalam jangka masa yang tidak berapa lama lagi.

Kehilangan identiti sesuatu bangsa ini merupakan permulaan kepada kehilangan bangsa-bangsa di dunia ini yang kita telah banyak membaca dari sejarahnya. Bagi diri saya secara peribadi ini merupakan satu isu yang sangat sensitif dan saya merasakan akta-akta yang mendindingi keselamatan dan maruah bangsa yang terbesar dalam Negara itu wajar diwujudkan atau pun ditambah kekuatannya dari apa yang ada pada hari ini.

Nyata dan jelas sekali tanggapan yang ada bangsa-bangsa yang memainkan politik secara halus dan mengelirukan orang Melayu itu mempunyai agenda jangka panjang iaitu untuk menakluki budaya dan cara hidup bangsa Melayu itu semata-mata untuk menghilangkan identiti yang membezakan orang Melayu dengan bangsa-bangsa lain di negara ini. Sesuatu bangsa itu akan dicemari identitinya melalui dua acara setidak-tidaknya.

Pertamanya kelirukan mereka dalam agama dan keduanya ialah dengan menghilangkan atau menakluk budaya dan cara hidup bangsa itu. Selain dari itu ialah dengan melemahkan kedudukan ekonominya bangsa itu dan berbagai cara yang halus dan ini amat merbahaya bagi bangsa Melayu dan Islam itu sendiri.

Apa yang berlaku di Selangor sekarang ini, kita sudah nampak 'consequence' sampingan yang amat merbahaya kepada orang Melayu yang kebetulan beragama Islam itu. Malahan Negara kita ini adalah satu-satunya negara di dalam dunia yang berkerajaan yang bangsa terbesarnya, iaitu Melayu itu di definasikan oleh perlembagaan negara kita dan salah satu dari yang di definasikan ialah bangsa Melayu itu adalah beragama Islam.

Hasil dari perkembangan dan sikap 'confrontational' parti yang mewakili satu  kaum itu, tidak dapat dinafikan parti itu sedang mengambil kesempatan sambil menangguk di air yang keruh untuk memecah belahkan orang Melayu dalam Islam itu.  Yang kita hadapi sekarang ini bukan lagi masalah parti mana yang majoriti dan yang mana yang minoriti. Masalah yang dihadapi sekarang ialah masalah keselamatan bangsa terbesar di negara ini.

Masalah sekarang ialah masalah parti-parti politik yang menabur secara halus bibit-bibit anti
bangsa terbesar di negara ini dengan agenda yang sangat menakutkan bangsa kita sendiri. Perpecahan bangsa Melayu itu amat penting bagi bangsa-bangsa lain untuk menjadi pencatur bangsa kita di masa hadapan dan Melayu akan kehilangan segala kuasa dan pengaruh dalam negara mereka sendiri.


Tidak menghormati institusi Raja seperti yang berlaku di Selangor sekarang in, merupakan tanda-tanda dan dalil yang jelas untuk membuktikan Melayu itu sedang menuju kehancuran ini. Kita wajar menerima hakikat tidak menghormati seorang Raja Melayu itu adalah sikap tidak menghormati orang Melayu sendiri. Tetapi diluarannya mereka jugalah yang mengakui sebagai parti berbilang kaum dan menjunjung perlembagaan negara.

Ada pihak yang sudah hampir berjaya untuk memecahkan bangsa Melayu yang masih leka dengan politik dan politiking yang menjahanamkan kita sendiri. Sekarang ini sudah ramai pemimpin Melayu sendiri yang telah termakan dengan permainan politik bukan Melayu dengan menjaja apa yang bukan Melayu telah berikan kepada mereka seperti peruntukan dana yang besar untuk majlis agama di sebuah negeri di utara Semenanjung.

Ada pemimpin dari PAS sendiri sedang dilamun dengan keseronokan dengan jawatan-jawatan dalam syarikat-syarikat kerajaan negeri di utara Semenanjung itu sehinggakan apa yang diputuskan oleh parti Islam nya sendiri dipersoalkan. Pemimpin-pemimpin yang menempelkan diri mereka sebagai pemimpin Islam lebih setia kepada kumpulan yang mereka tidak sedari sedang memecahkan bangsa dan agamanya sendiri.

Kita perlu menilai dari sudut apa yang tersirat dari yang tersurat dalam isu ini.  Apabila sampai waktu dan masanya, blog ini mungkin akan menulis mengikut kemampuan untuk menghalusi keadaan ini secara berhemah dan membuka pemikiran baru dalam perjuangan jika benar-benar untuk memperjuangkan bangsa dan agamnya.

Mereka bercakap diatas nama perpaduan dan perpaduan bangsa-bangsa, sedangkan dalam proses perpaduan bangsa-bangsa dan berbagai agama yang dilaungkan mereka terselit agenda-agenda yang melemahkan bangsa Melayu dan Islam itu untuk kepentingan mereka yang bersama-sama melaungkan slogan perpaduan itu.

Najib mesti tunai janji pada keluarga Teoh Beng Hock

Posted: 08 Sep 2014 03:46 AM PDT

teoh-beng-hock-32

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengotakan janjinya pada tahun 2009 kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock untuk 'melakukan apa saja' supaya punca kematian dapat diketahui.

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim berkata, sudah tiba masanya Najib menunaikan janji berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang menyatakan bahawa Teoh tidak membunuh diri.

"Dengan keputusan terbaru ini, saya ingin mengingatkan Najib tentang janji yang diberikan kepada keluarga Teoh pada 28 Julai 2009 di pejabatnya.

"Najib ketika itu memberitahu 'apa saja yang perlu akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian dan jika ada sebarang salah laku, tindakan pasti akan diambil'.

"Tapi, dalam tempoh lima tahun ini, apa yang kerajaan telah lakukan kepada keluarga Teoh selain dari kekecewaan, penderitaan dan kesedihan kerana keadilan yang mereka tuntut tidak pernah terjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ahli Parlimen Seputeh menegaskan, Najib bukan saja mendiamkan diri, malah langsung tidak mengambil pendekatan mendakwa pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada tahun 2011.

"Biarpun keputusan RCI kononnya menyatakan Teoh membunuh diri, pegawai-pegawai yang terlibat sepatutnya harus didakwa.

"Kini, berdasarkan keputusan terbaru Mahkamah Rayuan, Najib harus memenuhi janjinya dan memastikan kebenaran serta keadilan dapat diberikan kepada keluarga mendiang.

"Penghakiman terbaru ini adalah selaras dengan kepercayaan bahawa tidak ada sebab untuk Teoh yang dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan SPRM dan sedang membuat perancangan kahwin tiba-tiba membunuh diri," tegasnya.

Mahkamah Rayuan 5 September lalu mengenepikan keputusan koroner dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

Hakim Datuk Mah Weng Kwai dalam penghakimannya memutuskan bahawa ujian yang digunakan majistret di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini adalah salah.

Beliau juga menyatakan, koroner dan Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam undang-undang yang digunakan hingga menyebabkan kesilapan bukti. – Roketkini.com

DAP tolak cadangan SPR tambah kerusi Parlimen dan DUN Sarawak

Posted: 08 Sep 2014 03:44 AM PDT

chong chieng jen

Roketkini.com


KUCHING: DAP Sarawak menolak sepenuhnya cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mahu menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di negeri itu melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, tidak ada keperluan untuk itu dan sebarang penambahan haruslah mendapat kebenaran serta sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

"Kami tidak bersetuju dengan sebarang penambahan, saya pasti PKR dan PAS juga bersetuju (tiada penambahan kerusi).

"SPR tidak mengamalkan prinsip 'satu orang, satu undi, satu nilai', jadi penambahanan Parlimen dan DUN di Sarawak atau persempadanan semula adalah tidak perlu sama sekali," katanya dalam kenyataan.

Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata demikian merujuk kepada kenyataan SPR Sarawak baru-baru ini yang merancang untuk mewujudkan sembilan kawasan baru di negeri itu.

Ini kerana katanya, sembilan ADUN negeri telah keluar dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) untuk menyertai Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) yang menyokong BN.

Pada 15 Mei lalu, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP ) Tan Sri William Mawan Anak Ikom yang juga Ahli Parlimen Saratok meletakkan jawatan pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17

Selain William Mawan, turut membuat pengumuman keluar dari SPDP adalah empat ADUN iaitu Datuk Peter Nansian (ADUN Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri (Marudi), Paulus Palu Ngumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu).

Turut mengumumkan keputusan meninggalkan parti ialah ahli Parlimen Baram Anyie Ngau.

"Tindakan mereka keluar dari parti adalah kerana tidak diberikan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri akan datang memandangkan SUPP dan SPDP menentang kehadiran mereka dalam parti pemerintah," kata Chong.

Justeru menurut Chong, pewujudan sembilan kerusi itu dikhususkan untuk sembilan wakil rakyat tersebut.

"Dari segi prinsip, cadangan persempadanan semula ini adalah salah kerana menggunakan wang cukai rakyat bagi menyelesaikan pergaduhan dalaman BN," ujarnya. – Roketkini.com

Tak minta maaf salah lapor isu PPS, Pulau Pinang cadang saman NST

Posted: 08 Sep 2014 03:41 AM PDT

LGE_Gobind_PPS

 Roketkini.com


GEORGE TOWN,  Pulau Pinang akan memfailkan saman fitnah terhadap akhbar New Straits Times (NST) kerana masih tidak menarik semula laporan berhubung peruntukan negeri yang kononnya diluluskan untuk Pasukan Peronda Sukarela (PPS), kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Saya telah sekian lama bersabar, tetapi apabila kenyataan saya sendiri diputarbelit tanpa sebarang pembetulan dan permohonan maaf, saya tidak ada pilihan selain memfailkan prosiding undang-undang.

"Saman fitnah akan dibuat terhadap NST jika mereka tidak mahu menarik balik dan meminta maaf atas laporan palsu tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 September, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dilapor sebagai berkata oleh laman web Umno bahawa secara keseluruhan kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM1.5 bilion untuk menubuhkan PPS.

Katanya, fakta yang salah berhubung peruntukan kepada PPS diulang semula dalam laporan NST pagi ini dengan tajuk 'Guan Eng marah kerana hal kecil' – membuktikan media pro-BN itu tidak beretika.

Justeru Guan Eng yang juga Adun Air Putih menegaskan sekali lagi bahawa jumlah yang dibelanjakan untuk PPS bukan RM1.5 bilion seperti didakwa Umno.
 "Jumlah yang dibelanjakan untuk PPS adalah RM1.3 juta (2012) dan RM1.5 juta untuk tahun 2013, bukan RM1.5 bilion.

"Peruntukan diberikan untuk 9,002 anggota PPS ini adalah di bawah kawalan kerana mereka berkhidmat secara sukarela tanpa gaji dan hanya dibekalkan pakaian serta 'walkie talkie'," tegasnya.

Justeru Guan Eng menegaskan, kerajaan negeri mengalu-alukan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan dakwaan itu.

Beliau juga sekali lagi mempertahankan PPS sebagai unit sukarela yang sah bagi membantu polis memastikan keselamatan masyarakat.

"Kerajaan Negeri berhak untuk menubuhkan PPS, mengapa BN dan Ketua Polis Negara mempertikaikannya sedangkan sejak empat tahun lalu ia tidak pernah menjadi isu.

"Jika kamu tidak bersetuju, boleh bawa ke mahkamah, Kerajaan Negeri akan menghormati dan mematuhi keputusan yang dibuat mahkamah," ujarnya. -Roketkini.com

Perogol dipenjara 55 tahun

Posted: 08 Sep 2014 02:38 AM PDT


Hamid merenung masa depannya di sebalik tirai besi. Hamid merenung masa depannya di sebalik tirai besi.
KUANTAN - Hukuman penjara selama 55 tahun enam bulan yang dikenakan kepada seorang lelaki atas kesalahan merogol 12 tahun lalu memberi pengajaran yang amat berharga buat dirinya.

Bagi Hamid, 56, walaupun dia menyesal dengan perbuatannya itu namun sudah terlambat dan kini dia reda menjalani hukuman di sebalik tirai besi di Penjara Penor.

Menurutnya, dia tidak akan mengimbau kisah hitam lalu bagi mengelak jiwanya tertekan dan apa yang berlaku sudah lama dilupakan selepas dia melangkah masuk ke dalam penjara.

"Selepas 12 tahun meringkuk di dalam penjara ekoran terbabit dengan kes rogol sebanyak tiga kali, saya kini semakin dapat menerima hakikat sebagai seorang banduan.

"Saya akui terlalu banyak pengajaran diperoleh sepanjang berada dalam penjara yang mampu membuka laluan kepadanya membina kehidupan lebih bermakna kira-kira 39 tahun akan datang apabila dibebaskan kelak," katanya.

Hamid yang berasal dari Pekan berkata, dia bernasib baik kerana disebabkan faktor usia dia tidak dikenakan hukuman rotan.

"Bagaimanapun, pada peringkat awal dijatuhi hukuman penjara, saya seperti macam orang gila hingga terpaksa mendapat rawatan sebagai pesakit jiwa.

"Keadaan diri saya semakin pulih apabila mula mendalami agama Islam dan sentiasa mengaji," katanya.

Hamid berkata, pengisian dalam aspek keagamaan disediakan pihak penjara berjaya mengembalikan semangatnya untuk meneruskan sisa hidup sebelum dibebaskan pada usia lebih 80 tahun nanti.

"Hukuman saya terima ini perlu dijadikan pengajaran yang mampu menimbulkan rasa gerun kepada lelaki yang bercadang untuk terbabit dengan jenayah rogol.

"Kalau umur saya panjang dan dibebaskan, saya mahu mengusahakan ternakan ikan sangkar. Itu pun kalau umur panjang, kalau tidak,  saya reda mati sebagai banduan yang menghuni Penjara Penor," katanya.

Hamid berkata, sebelum ini dia ada membuat rayuan memendekkan hukuman tetapi tidak diluluskan.

Akta Hasutan: Pemuda PR jumpa Zahid Hamidi

Posted: 08 Sep 2014 02:37 AM PDT


 Sidang media pemuda PR yang diadakan di Subang, hari ini. - Foto Sinar Harian Sidang media pemuda PR yang diadakan di Subang, hari ini. - Foto Sinar Harian
 
 
 
SUBANG JAYA - Barisan kepimpinan pemuda PR akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 11 September depan bagi membincangkan mengenai Akta Hasutan yang didakwa telah disalahguna oleh kerajaan.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat melalui persetujuan bersama Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Dapsy Malaysia, Teo Kok Seong, melahirkan kebimbangan berhubung akta tersebut yang didakwa digunakan untuk menangkap mana-mana pihak khususnya ahli politik yang mempersoalkan kredibiliti kerajaan pimpinan BN.

Menurut Suhaizan, akta tersebut tidak boleh digunakan ke atas rakyat dan sepatutnya dimansuhkan sejak beberapa tahun dahulu.

"Kami memandang serius tindakan siri tangkapan di bawah Akta Hasutan akhir-akhir ini.

"Ia jelas bercanggah dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan mahu memansuhkan akta tersebut dan memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional pada 2012," katanya.

BAT naikkan harga rokok RM1 berkuatkuasa hari ini

Posted: 08 Sep 2014 02:09 AM PDT


Gambar hiasan Gambar hiasan
 
 
 
SHAH ALAM - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan RM1 pada harga semua rokok keluarannya, berkuatkuasa hari ini.
 
Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini memberitahu, bahawa BAT Malaysia berhadapan dengan tekanan inflasi dan kos pengeluaran menyebabkan kenaikan kos operasi dari semasa ke semasa.
 
Perdagangan rokok secara haram yang berterusan turut memberi kesan kepada jualan rokok yang sah, tambahnya.
 
Kenaikan harga tersebut bergantung pada jenis rokok keluaran BAT Malaysia.

Perjanjian air dimuktamad minggu ini

Posted: 08 Sep 2014 02:06 AM PDT


Khalid Ibrahim Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu, perjanjian penstrukturan semula konsesi air di negeri ini akan dimuktamadkan hujung minggu ini.

Menurut Abdul Khalid, perjanjian itu merangkumi semua perbincangan membabitkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

"Perbincangan itu bukan lagi membincangkan mengenai strategi, tetapi perkataan yang terkandung di dalamnya serta dipersetujui semua pihak," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Partnership Environmental Management for the Seas of East Asia (PEMSEA) di Sepang, hari ini.

Difahamkan, selepas perjanjian itu dimuktamadkan tiada sebarang perubahan dapat dibuat walaupun berlaku pertukaran jawatan menteri besar.

Terdahulu, Selangor dan Pusat akhirnya bersetuju untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-duanya berhubung penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini.

Perjanjian itu kemudiannya menimbulkan pertikaian di kalangan pemimpin pembangkang terhadap Abdul Khalid.

MH17: Dua lagi jenazah tiba di KLIA esok

Posted: 08 Sep 2014 02:04 AM PDT


mh17
 
 
 
SHAH ALAM - Dua jenazah mangsa pesawat malang MH17, Tambi Jiee dan Benjamin Lee Jian Han akan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 pagi esok.

Kedua-dua jenazah akan mengikuti istiadat penghormatan sama seperti kumpulan sebelum ini.

Jenazah Tambi Jiee kemudiannya akan diterbangkan ke Kuching menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C130 sementara Benjamin Lee dibawa ke Pusat Xiao En Bereavement di Jalan Kuari, Cheras.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan hari ini berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hadir pada majlis istiadat berkenaan.

Untuk rekod, kepulangan dua lagi rakyat Malaysia esok menjadikan jumlah mangsa yang berjaya dibawa pulang ke Malaysia setakat ini ialah 35 orang termasuk seorang penumpang yang memiliki dua kerakyatan (Loh Yan Hwa) dan dua warga Belanda.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pemuda PR rancang jumpa tiga pemimpin utama

Posted: 08 Sep 2014 01:47 AM PDT

HARAKAHDAILY





KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat mahu mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti dalam usaha mencari penyelesaian terhadap kekeruhan yang berlaku ekoran isu Menteri Besar Selangor.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, satu usaha penyelesaian segera perlu dibuat oleh pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti bagi mengembalikan semula sokongan rakyat khususnya di negeri Selangor.

"Hari kelewatan itu akan mengurangkan jumlah sokongan dan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat di Subang hari ini.

Turut serta pada sidang media itu Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Dapsy Teo Kok Seong.

Menurut Suhaizan, Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin ketiga-tiga parti dengan segera bagi tujuan itu.

"Kami akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang; Presiden PAS, Dato Sri Anwar Ibrahim; Ketua Umum PKR dan Saudara Lim Kit Siang; Ketua Parlimen DAP dalam waktu terdekat untuk menyampaikan hasrat Pemuda Pakatan Rakyat dan harapan anak muda Malaysia," katanya.

Beliau berkata, tindakan mengadakan pertemuan itu sebagai satu inisiatif bagi menyampaikan hasrat dan pandangan anak muda dalam kemelut yang berlaku itu.- HARAKAHDAILY

PasMa: Kenyataan saya disalah petik - Tuan Ibrahim

Posted: 08 Sep 2014 01:42 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan laporan media yang memetik kenyataan beliau kononnya PAS melarang ahlinya menyertai NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kecuali mereka keluar dari parti Islam itu.

Tuan Ibrahim berkata kenyataan yang dibuat beliau ketika diserbu wartawan selepas Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan petang semalam itu telah dipetik secara tidak tepat.

"Kenyataan saya tentang penyertaan ahli parti dalam PasMa telah dilaporkan secara tidak tepat.

"Ahli PAS tidak dilarang menyertai mana-mana NGO, bahkan dalam PAS pun terdapat pelbagai NGO yang ditubuhkan.

"Namun, 'sekiranya NGO tersebut bertukar menjadi sebuah parti politik', maka ahli PAS dilarang menyertainya, melainkan ia bukan lagi ahli PAS," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau mengingatkan ahli PAS agar terus istiqamah dengan parti dan mengawasi usaha musuh untuk memecah-belahkan jamaah.

Beliau juga memohon jasa baik media yang tersalah tafsir kenyataannya untuk memperbetulkan laporan mereka.- HARAKAHDAILY.

Siswa 'ponteng' kelas demi demo Azmi

Posted: 08 Sep 2014 01:40 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) memutuskan menganjurkan hari 'hartal' sebagai tanda sokongan terhadap pensyarah undang-undang universiti itu Azmi Sharom yang didakwa menghasut di mahkamah.

Pada 10 September ini mereka tidak akan hadir kuliah dan akan mengambil bahagian dalam perhimpunan dinamakan "Solidarity4AzmiSharom" itu.

PAS S'gor: Tentang raja takkan ke mana-mana

Posted: 08 Sep 2014 01:38 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS Selangor menzahirkan rasa sedih atas kemurkaan sultan terhadap DAP dan PKR kerana hanya menghantar satu nama untuk dipertimbang sebagai menteri besar baru.

PAS negeri juga mengingatkan kedua-dua parti yang bergabung dengannya dalam Pakatan Rakyat itu supaya akur pada titah sultan Selangor bagi menyelesaikan kemelut pentadbiran yang melanda.

"PAS Selangor mohon rakan-rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi raja ini," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman (kanan).

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani hari ini berkata, sultan dukacita atas tindakan DAP dan PKR yang "engkar" terhadap titah yang mahu lebih dua nama calon menteri besar dikemukakan.

Kenyataan itu juga menyebut, tindakan itu menggambarkan kebiadaban kepada institusi raja dan derhaka kepada titah sultan.

Dalam kenyataannya hari ini, Khairuddin berharap kemelut itu dapat diselesaikan segera kerana lebih lama melanda, lebih menyusahkan rakyat.

"Cukuplah, mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang sudah lama tergendala," katanya.

Khairuddin juga menegaskan PAS akan patuh kepada sebarang titah sultan demi kebaikan rakyat di negeri itu.

PKR dan DAP biadap, derhaka, kata Istana

Posted: 08 Sep 2014 01:31 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai "engkar" kepada titah Sultan yang meminta mereka mencalonkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istana menganggap perbuatan kedua-dua parti itu sebagai "menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja" dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda.

Dukacita dengan tindakan kedua-dua parti itu, beliau berkata PAS pula akur dengan permintaan baginda sultan seperti dalam surat bertarikh 27 Ogos lalu.

"Manakala parti-parti DAP dan Keadilan telah masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga tarikh akhir penyampaian nama calon kepada Istana 3 September lalu, PKR dan DAP hanya mempersembahkan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

PAS pula mengemukakan dua senarai dan salah satunya senarai mempersembahkan tiga nama iaitu dua dari ADUN PKR dan satu dari partinya sendiri.

Dalam kenyataannya juga, Mohamad Munir berkata titah Sultan Selangor supaya mengemukakan lebih dua calon MB adalah satu amalan/konvensi yang dilaksanakan baginda.

Katanya, ini membolehkan baginda membuat pilihan calon yag mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Negeri serta mempunyai "kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut."

Tiada ulasan: