Ahad, 7 September 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Umno PP bantah swastakan pangkalan TUDM

Posted: 07 Sep 2014 08:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mahu kerajaan persekutuan memperincikan cadangan penswastaan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, bagi tujuan pembangunan, yang dilihat akan menguntungkan pihak swasta dan menolak kepentingan rakyat.

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman (bawah) berkata, selain mengambil kira faktor kepentingan rakyat, bantahan terhadap cadangan itu juga mengambil kira faktor geopolitik, alam sekitar, kawasan setempat dan aspek keselamatan serta pertahanan.

"Usul ini dibawakan oleh semua Umno bahagian di Pulau Pinang, jadi saya berharap pihak pucuk pimpinan dan kerajaan persekutuan akan melihat usul ini dengan teliti dan melihat apa yang tersirat daripada usul yang kita suratkan.

"Pembangunan TUDM adalah simbol yang boleh dilihat sebagai menghakis kekuasaan Umno di negeri Pulau Pinang khususnya di kawasan kubu kuat di Kepala Batas dan Tasek Gelugor...jadi ini kita akan pertahankan habis-habisan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Nibong Tebal di Nobong Tebal hari ini.

Pangkalan TUDM seluas 400 hektar itu merupakan pangkalan utama di utara tanah

air
dan diwujudkan sejak 1941 selain pangkalan di Kuantan, Pahang.

Kawasan itu akan dibangunkan sebagai Pusat Kesenian dan Riadah dan telah mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk penempatan dan pembinaan semula pangkalan TUDM yang baharu di negeri ini melalui pertukaran tanah.

Projek itu akan dibangunkan melalui syarikat usaha sama antara TSR Capital Bhd (51 peratus), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) (30 peratus) dan Pembinaan Bukit Timah Sdn Bhd (19 peratus).

Zainal Abidin berkata pertemuan dua kali bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu berkenaan mendapat reaksi yang positif.

"Perdana menteri menyatakan beliau akan pertimbangkan sehalus-halusnya dengan mengambil kira kepentingan rakyat, beliau (perdana menteri) memberi harapan yang positif bahawa projek ini tidak akan diteruskan, tetapi tunggulah pengumuman rasmi pada masa akan datang," katanya.

Zainal Abidin berkata bantahan cadangan pembangunan TUDM itu tidak bermakna bahawa Umno Pulau Pinang menolak pembangunan sebaliknya jika mahu melaksanakan pembangunan ia harus menjaga kepentingan masyarakat setempat.

Katanya selain bantahan pembangunan di TUDM, usul lain yang dibawa oleh perwakilan Umno Bahagian Nibong Tebal ialah usul pendakwaan terpilih, kawalan terhadap media sosial dan mempertahankan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). - Bernama

Hadi ada kuasa pemutus

Posted: 07 Sep 2014 08:20 AM PDT

MSTAR ONLINE

Majlis Syura menegaskan bahawa Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a)

majlis-ulama-pas



PETALING JAYA: Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang hari ini memutuskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mempunyai kuasa pemutus dalam sebarang perkara yang melibatkan kepentingan parti.

Kenyataan Majlis Syura tersebut sekaligus secara tidak langsung membidas kenyataan beberapa pemimpin PAS dan suara akar umbi yang sebelum ini mempertikaikan kuasa presiden parti itu dalam kemelut calon Menteri Besar Selangor.

Pengkritik Abdul Hadi dalam PAS mendakwa mengikut Fasal 82(1)(b), tugas presiden hanya sebagai Ketua Eksekutif yang menjalankan tugas berpandukan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan bukan pendirian peribadi.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak menyebut dengan merujuk kepada Perlembagan PAS, Fasal 8 (1) (a), yang memberikan kuasa kepada Majlis Syura Ulamak untuk menjelas, menghurai dan menafsirkan Perlembagaan PAS, maka mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada Ahad, 7 September 2014, membuat keputusan bahawa:

1) Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Ketua yang dimaksudkan di dalam fasal tersebut mestilah difahami seperti mana disebutkan di dalam Hadis Nabi
اسمعو واطيعوا ولو تأمر عليكم عبد حبشي
"Hendaklah kalian dengar dan taat, meskipun yang menjadi ketua di kalangan kalian seorang hamba berbangsa Habsyi."

2) Bahawa menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).

Majlis Syura Ulamak menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh merugikan perjuangan Islam.

PAS larang ahlinya sertai PasMA

Posted: 07 Sep 2014 08:14 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli PAS tidak dibenarkan menyertai NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kecuali mereka keluar dari parti Islam itu.

Dalam nada yang tegas, beliau berkata tidak ada keperluan untuk menyertai PasMa walaupun ia hanya bertaraf NGO dan bukan parti politik.

"Mereka tak boleh sebab mereka ahli (PAS), kecuali mereka keluar dari parti.

"Setahu saya PasMa (adalah) NGO kebajikan bukan sebuah parti politik.

"Tidak ada keperluan sebab dalam pas ada lajnah kebajikan dan boleh aktif (dalam lajnah itu)," kata beliau kepada wartawan selepas Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan hari ini.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS.

Laporan yang timbul setakat ini menyebut, terdapat rancangan untuk menukar NGO tersebut menjadi satu parti baru.

Pengerusinya yang juga pemimpin PAS, Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, NGO berkenaan tidak berniat menggulingkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama serta tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menyatakan PasMa tidak penting tetapi mampu mendapat sokongan dalam era media baru masa kini.

"Saya ingat ia tidak penting. namun memandangkan kita dalam era media baru dan terbuka, ia akan tersebar dengan cepat," kata beliau.

'Awas musuh dalaman'

Sementara itu Tuan Ibrahim diminta menjelaskan mengenai ucapan beliau dalam majlis penutup Ijtimak PAS Selangor hari ini memberi amaran ahli PAS agar tidak menyebarkan suara "musuh dalam parti".

Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai siapa yang disebut musuh itu tetapi menyatakan semua pihak yang mahu memporak-porandakan parti.

"Di antara perkara yang kena jaga adalah jangan menyebarkan pandangan musuh dalam parti kita. Ia boleh menimbulkan polemik.

"Jadi semua berita kena tapis dan teliti sebelum sebarkannya supaya kita tidak memporak-perandakan keadaan yang tidak harmoni dalam parti," kata beliau.

PAS kini dikaitkan dengan cubaan golongan yang mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Sallehen: Boleh lawan presiden, tapi cara baik

Posted: 07 Sep 2014 08:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata kepimpinan tertinggi seperti presiden boleh dilawan tetapi perlulah secara baik dan berhemah dan bukannya suka-suka.

Tanpa merujuk kepada sesiapa, Sallehen memberi komen keadaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang menjadi sasaran kritikan pihak tertentu termasuk daripada dalam PAS sendiri.

Beliau bagaimanapun menegaskan ahli PAS perlu bersabar menurut perancangan kepimpinan sekiranya ia mendatangkan kebaikan.

"Sabarlah jangan gelojoh. Bersabar. Nak kata apa katalah, kesabaran akan jadi kesuburan.

"Kalau presiden dimaki macam mana kita? Kita boleh lawan tapi perlu berakhlak.

"Cuma kita akur arahan parti. Siapa kita kalau tak ikut arahan presiden parti. sekarang baru nampak kebijaksanaan pimpinan kita," kata beliau dalam ucapan perasmian Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan hari ini.

Keputusan Hadi dalam krisis pentadbiran Selangor mendatangkan pelbagai kritikan dan kontroversi dalam Pakatan Rakyat.

Terbaru, Hadi mengkritik dan mendakwa presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon tunggal PKR dan DAP sebagai menteri besar sebagai tidak sesuai menjadi menteri besar.

Hadi turut sebelum itu menghantar nama tiga ADUN PAS termasuk Sallehen sebagai calon sebelum ditarik semula.

Senarai kedua pula mempunyai dua ADUN PKR dan seorang ADUN PAS.

Beberapa pimpinan PAS dilaporkan terkejut dengan perbuatan yang bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini yang mahukan Wan Azizah sebagai menteri besar.

Sallehen sementara itu menegaskan PAS tidak mahu berlaku pembubaran DUN Selangor yang dianggap beliau sebagai membazir dan tidak mendatangkan makna kepada parti itu dan Pakatan Rakyat.

Menurut beliau ia merupakan antara sebab yang paling utama kesemua empat exco PAS di Selangor tidak meletakkan jawatan untuk menjaga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

"Selagi tak buat pembubaran, DUN boleh berjalan sehingga November. (Pada) 17 November sesi DUN seterusnya.

"Nak buat pilihan raya bukan sikit belanja. Pilihan raya tak ada maknanya. apa yang berlaku sekarang ini adalah kerja kerajaan tidak terganggu. kita nak tunjuk dalam banyak hal-hal politik, kerja kerajaan tetap berjalan," kata beliau.

Isu MB: Satu sidang media, 2 jawapan PAS

Posted: 07 Sep 2014 07:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, PAS akan menolak walaupun istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka sebagai menteri besar baru Selangor.

"Kita tolaklah," katanya.

Bagaimanapun, dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan sultan.

Katanya, PAS menyerahkan isu itu untuk diputuskan sultan akan akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat.

Mustafa bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada PAS akan menolak jika sultan memperkenal wakil rakyat mereka sebagai menteri besar.

Ini kerana, katanya, beliau tidak mahu mengandaikan keputusan yang akan dibuat istana.

Katanya, PAS hanya menyerahkan nama dan ia bukan sebuah isu.

PAS sebelum ini mencalonkan pesuruhjaya negerinya di Selangor Iskandar Samad sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim, di samping dua lagi ADUN PKR.

PAS juga tidak langsung mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalannya Azmin Ali yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya sebelum ini.

Majlis Syura tegaskan kuasanya & presiden

Posted: 07 Sep 2014 07:52 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Majlis Syura Ulama menegaskan bahawa presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam perkara melibatkan kepentingan parti dan anggota jawatankuasa pusatnya pula harus menjalankan arahan diberikan.

Menurut kenyataan badan kedua tertinggi pembuat dasar selepas muktamar itu, kedua-dua perkara itu termaktub dalam perlembagaan PAS, seperti berikut:

  • Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.
     
  • Menjadi kewajipan ahli jawatankuasa kerja pusat PAS untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).
Majlis Syura juga membariskan sebuah hadis berkaitan kepimpinan yang bermaksud:

"Hendaklah kalian dengar dan taat, meskipun yang menjadi ketua di kalangan kalian seorang hamba berbangsa Habsyi."

Menurut Harakahdaily, perkara itu diputuskan oleh majlis itu yang bersidang hari ini. Majlis itu sebelum ini jarang mengeluarkan kenyataan media dalam sesuatu isu.

Kenyataan itu dilihat dibuat bagi meredakan kemarahan sebahagian pihak dalam PAS yang mempertikaikan tindakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengambil pendirian berbeza dengan jawatankuasa pusatnya dalam isu calon pengganti menteri besar Selangor.

Jawatankuasa pusat PAS sebelum ini memilih Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail di samping timbalannya Azmin Ali.

Bagaimanapun, PAS kemudiannya menghantar nama lain, termasuk anggota dewan undangan negerinya dan tidak langsung mencalonkan kedua-dua pemimpin kanan PKR itu.

Hadi dan timbalan mursyidul AM PAS Datuk Haron Din, orang nombor dua dalam Majlis Syura, kemudiannya menjelaskan Azizah tidak layak untuk menjadi menteri besar dan ia ditolak bukan sebab seorang perempuan, seperti dispekulasikan sebelum ini.

Sementara itu, kenyataan Majlis Syura juga hari ini menegaskan kuasanya untuk "menjelas, menghurai dan mentafsirkan perlembagaan PAS" seperti termaktub dalam Fasal 8 (1) (a) Perlembagaan PAS.

Selain Majlis Syura, jawatankuasa pusat PAS turut bermesyuarat hari ini membincangkan isu sekitar penggantian Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun pendirian sebenar jawatankuasa itu masih tidak apabila kenyataan dua pemimpin utamanya kelihatan berbeza nada.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini berkata PAS akan menolak jika ADUN mereka dipilih sebagai menteri besar baru oleh istana.

Manakala setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula berkata akan akur pada apa jua keputusan istana.

Hadi minta ahli PAS terus sokong parti

Posted: 06 Sep 2014 05:25 PM PDT

Oleh Mageda Muda Mohd Nor
Post Pic
 
 
 
KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta ahli PAS supaya terus menyokong dan setia kepada parti dalam menghadapi krisis perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
 
Presiden PAS itu berkata, ahli  perlu mengutamakan kepentingan parti berbanding Pakatan Rakyat (Pakatan).
 
Menurutnya, PAS adalah teras dan Pakatan adalah pihak lain yang kita buat yang tahaluf siyasi iaitu kerjasama politik dalam komponen Pakatan.
 
"Dalam hal ini PAS adalah teras dan bukan pihak lain…kita mesti setia kepada PAS, bukan kepada Pakatan Rakyat.
 
Beliau menambah, PAS akan merujuk perkembangan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dari masa ke semasa.
 
Adakah mereka ikut syarat, kalau tidak ikut kita mesti mengutamakan PAS, tambahnya.
 
Abdul Hadi berkata demikian dalam majlis dialog dan penerangan isu semasa di Terengganu kelmarin.
 
"Kita jangan takut kepada perjuangan kerana orang yang bersungguh-sungguh akan terus berada dalam perjuangan ini (PAS)," katanya.
 
 Menurut Abdul Hadi, dalam perlembagaan PAS, Presiden  mempunyai hak untuk membuat keputusan tanpa merujuk kepada jawatankuasa parti.
 
Sebaliknya Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan yang lain mesti menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden PAS.
 
Pelantikan Datuk Nik Azik (NIk Mat) sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 tidak dirujuk kepada jawatankuasa PAS kerana ia perlu dilakukan segera.
 
"Presiden yang buat keputusan, Datuk Fadzil (Noor) telefon saya setuju lantik Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan," katanya.
 
Abdul Hadi juga mempertahankan tindakan menghantar nama wakil rakyat PAS sebagai Menteri Besar kepada Istana Selangor.
 
Katanya, ini kerana adalah hak PAS untuk menghantar senarai nama dan pihak lain tidak boleh menghalang.
 
PKR dan DAP memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat.
 
Bagaimanapun, Istana Selangor meminta parti Pakatan Rakyat menghantar lebih dua nama untuk dipilih.
 
Oleh kerana itu PAS telah menghantar nama wakil mereka untuk dipilih, bagaimanapun Abdul Hadi enggan mendedahkan nama mereka.

Jangan gopoh petik buah yang belum masak

Posted: 06 Sep 2014 05:13 PM PDT


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan
 
 
 
BANGI - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menasihatkan pemimpin politik Islam tidak gopoh dalam membuat sebarang keputusan yang boleh menjejaskan Islam.

Nasrudin berkata, sebarang keputusan perlu berlandaskan Islam.

"Macam-macam iklim politik tanah
air
yang kita hadapi, apa-apa pun yang kita hadapi, kita perlu pertahankan prinsip Islam walaupun kita perlu membayar harga yang mahal, jangan benar sama sekali Islam dirosakkan.

"...kerana pasti kita dapat lihat gelombang Islam terus marak, satu masa nanti.

" Jadi nasihat saya jangan gopoh petik buah yang belum masak," katanya ketika menjadi panel di forum perdana Kebangkitan Islam, Di Manakah Peranan Kita? di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, Nasrudin turut mengingatkan masyarakat Islam amnya tidak berpisah daripada Islam serta berusaha menegakan Islam di mana sahaja.

"Kita mesti tegakan Islam, walau dalam keadaan apa pun.

"Kerana nabi mengajar kita supaya konsisten dengan Islam," katanya.

Turut menjadi panel dalam forum tersebut ialah Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Dr Riduan Mohamad Nor.

Taman Hidupan Liar Langkawi jadi tumpuan

Posted: 06 Sep 2014 05:10 PM PDT

WARTA UTARA
 


Tidak ubah seperti mini zoo, destinasi pelancongan ini menempatkan 200 spesies burung, 50 spesies haiwan yang dilindungi dan kira-kira 60 spesies haiwan yang biasa didapati di luar dan dalam negara.

Lokasinya yang terletak tujuh kilometer dari jeti Kuah dan kira-kira 30 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat menjadikannya destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara.

Ketua Bahagian Perhubungan Awamnya, Nur Hamzani Hamzah berkata, taman itu dirasmikan pada 24 Disember 2002 oleh Menteri Besar pada masa itu, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain.

"THLL ini berkonsepkan mesra alam yang mana pengunjung boleh mendekati burung ketika berada di dalam sangkar gergasi kerana kebanyakannya telah dijinakkan oleh kakitangan kami yang terlatih," katanya ketika ditemui di Wildlife Park di Belanga Pecah, di sini baru-baru ini.

Selain itu, kata beliau, pengunjung juga berpeluang memberi makanan kepada burung dan beberapa haiwan liar lain.

"Ia pasti menjadi pengalaman yang menarik dan tidak dilupakan oleh pengunjung yang datang ke sini," ujarnya.

Terbaharu, ujar Nur Hamzani, pihaknya berjaya membiakkan spesies burung yang merupakan lambang burung kebangsaan negara Uganda yang juga dikenali sebagai burung Raja Mahkota atau nama saintifiknya Grey Crowned Crane.

Kata beliau, dua telur burung itu menetas pada 7 Ogos dan 8 Ogos lalu.

"Ini merupakan kali kedua kita berjaya membiakkan burung yang hampir pupus ini yang mana kali pertama kira-kira setahun lalu," katanya.

Kata beliau, jangka hayat burung itu boleh mencecah sehingga 50 hingga ke 60 tahun dan akan bertelur pada musim hujan antara bulan Ogos hingga September.

"Keunikan burung ini adalah pada mahkotanya yang merupakan lambang kemegahannya yang tersendiri," ujarnya.

Sementara itu, Pembantu Penyelidikan dan Pembiakan THLL, Muhamad Fuad Abdullah memberitahu, beliau perlu memantau anak burung yang baru menetas itu dengan lebih teliti.

"Selain itu, kami juga perlu memastikan telur-telur burung ini yang disimpan di dalam mesin inkubator berada di dalam suhu antara 37 darjah Celsius hingga 38 darjah Celsius.

"Kita juga perlu pastikan kelembapan yang sesuai di mana telur yang dijangka akan menetas lebih kurang tiga hari lagi akan memberi reaksi dengan bergerak-gerak apabila pekerja di sini bersiul seperti burung," katanya.

Selain itu, kata beliau, penjagaan makanan juga amat penting yang mana pemakanan berzat dan berprotein perlu diberi kepada burung itu setiap hari.

Dalam pada itu, Ketua Pentadbiran di situ, Mazni Sahadan berkata, pihaknya akan berusaha untuk memperbanyakkan lagi spesies burung itu sebelum ia pupus.

"Kami akan menjadikan tempat ini sebagai lambang kebanggaan kepada bandar pelancongan ini," tambahnya.

Sementara itu, pengunjung dari Alor Setar dekat sini, Wan Alina Ibrahim, 35, berkata, pengalaman memberi makan ratusan burung di sangkar gergasi memberikannya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

"Burung-burung hinggap di tapak tangan kami ketika kami mahu memberikannya makan selain kami juga berpeluang mengambil gambar secara percuma," katanya.

Ujarnya lagi, lawatan ke taman tersebut menjadi lebih bermakna apabila kakitangan THLL sentiasa menerangkan tentang hidupan dan keunikan taman itu.

Seorang lagi pengunjung, Ahmad Abu Bakar, 39, dari Pulau Pinang pula berkata, dia berasa tenang apabila melihat landskap yang menghijau dengan bunyi kicauan burung di taman berkenaan.

Pelancong dari Perancis, Jean Marcell, 63, pula berkata, kunjungan di taman itu akan diingati selama-lamanya dan dia pasti akan berkunjung semula ke Malaysia nanti.

"Burung-burung di sini sangat jinak dan saya amat menyukainya," katanya.

THLL dibuka setiap hari bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 6 petang.

Harga tiket bagi pelancong asing adalah RM33 bagi dewasa manakala RM18 bagi kanak-kanak berusia tiga tahun hingga 12 tahun.

Bagi pemegang Mykad pula RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Mereka juga menawarkan harga yang istimewa bagi golongan warga emas iaitu dengan bayaran RM10 dan untuk keterangan lebih lanjut anda boleh layari laman web www.langkawiwildlifepark.
com
.

Guan Eng nafi salur RM1.5b untuk PPS

Posted: 06 Sep 2014 05:04 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP bersedia meletak jawatan jika Umno negeri dapat membuktikan kerajaan negeri itu menyediakan peruntukan RM1.5 bilion bagi Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata laporan dalam laman web Umno menyatakan peruntukan itu untuk PPS adalah tidak tepat kerana kerajaan negeri tidak mempunyai dana sebanyak itu untuk menjayakan aktiviti unit berkenaan.

"Wang rizab negeri hanya RM1.2 bilion, (jadi) macam mana kami boleh memperuntukkan RM1.5 bilion bagi PPS?

"Seluruh barisan pemimpin kerajaan negeri akan meletak jawatan jika Umno Pulau Pinang dapat membuktikan RM1.5 bilion diperuntukkan (bagi PPS)," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.

Pada 4 Sept, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dilaporkan berkata dalam laman web Umno bahawa secara keseluruhan kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM1.5 bilion untuk menubuhkan PPS.

Lim berkata kerajaan negeri memberi Zainal Abidin tempoh tiga hari untuk membuktikan dakwaan beliau, jika gagal tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri bersedia membawa kes itu ke mahkamah untuk melindungi PPS yang ditubuhkan empat tahun lalu selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat exco negeri.

Pada 31 Ogos, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Pengerusinya yang juga exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).- Bernama

'Pinda Akta Hasutan untuk kritik kerajaan'

Posted: 06 Sep 2014 05:03 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyokong agar Akta Hasutan dipinda bagi membolehkan kerajaan dikritik.

Katanya, ia akan memberi keuntungan kepada kerajaan sekiranya kesalahan menghasut terhadapnya dimansuhkan.

"Maksud saya hanya terhadap kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka.

"Hari ini, walaupun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap orang yang mengkritiknya kerana itu sebahagian daripada demokrasi.

"Jadi untuk apa dikekalkan peruntukan itu?," katanya pada satu syarahan di Seminar Kebangsaan Islam dan Tajdid 2014

Beliau turut menggesa agar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan disebut secara jelas dalam Akta Hasutan.

Jelasnya, kerajaan boleh meneladani negara Singapura yang tidak pun mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi.

Namun, kerajaan tersebut memastikan sebarang tindakan yang menimbulkan perasaan kurang senang terhadap agama itu, diambil tindakan.

Perbuatan sensitif

"Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya tidak.

"Patutkah Akta Hasutan dipinda? Jawapan saya ya.

"Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya masukkan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia (agama Islam agama Persekutuan) ke dalam Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan bersama-sama Perkara 152, 153, 181 dan Bahagian III," katanya.

Jelasnya, Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan adalah bukti jelas bahawa akta itu bukan warisan dari penjajah British.

Menurut beliau, seksyen itu digubal oleh bekas perdana menteri Tun Abdul Razak selepas Peristiwa 13 Mei 1969 bagi mengelakkan tragedi itu berulang.

"Bagi saya, pewujudan Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Hussein," katanya.

Seksyen 3(1)(f) memperincikan empat perbuatan sensitif di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia membawa kepada kecenderungan menghasut dan individu yang melakukannya boleh dihukum di bawah seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Empat isu sensitif tersebut ialah kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera, bahasa kebangsaan, kewarganegaraan dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Pada masa sama, Tun Hamid menyatakan rasa hairannya dengan penggubalan Rang Undang-undang Keharmonian yang dipantau oleh dua orang menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Datuk Seri Joseph Kurup.

Ini kerana, Akta Hasutan yang hendak diganti oleh rang tersebut terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Sebarang cadangan untuk menggubal akta baru menggantikan Akta Hasutan juga perlu diselia oleh Peguam Negara, dan bukannya oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Majlis Peguam, katanya.

Bentang laporan kewangan MAS di Parlimen – Nurul Izzah

Posted: 06 Sep 2014 04:56 PM PDT

Oleh Fiza Abd Halim


KUALA LUMPUR  Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izaah Anwar menuntut kerajaan membuat penjelasan terperinci dan membentangkan laporan kewangan Malaysian Airlines (MAS) termasuk keuntungan atau kerugian operasi daripada tahun 2008 sehingga ke hari ini kepada Parlimen bagi memastikan tiadanya tanda tanya dalam perakaunan MAS.

Beliau mahu satu firma audit forensik antarabangsa yang bebas dilantik untuk menyediakan laporan audit forensik bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan rakyat berhubung kegagalan MAS mencatat keuntungan selepas beberapa percubaan penyuntikan dana.

Izzah"Kerajaan bertanggungjawab
mendedahkan kandungan perjanjian dengan syarikat-syarikat pembekal termasuk Brahim's Holdings Bhd untuk diaudit, dalam menentukan samada perjanjian tersebut adalah adil bagi semua pihak yang terlibat.

"Menurut laporan, MAS boleh menjimatkan sehingga RM300 juta setahun sekiranya perjanjian-perjanjian ini ditamatkan," katanya dalam kenyataan.

Kontrak penyajian makanan MAS diberikan kepada Brahim's Holding Bhd yang dikatakan syarikat milik Datuk Ibrahim Ahmad Badawi, syarikat tersebut diberikan kontrak selama 25 tahun yang bernilai RM6.25 bilion. Ibrahim juga merupakan abang kepada mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Badawi.

Menurut Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, penstrukturan semula buat kali ketiga ini perlu memberi justifikasi kepada tuntutan ketelusan awam supaya prestasi setiap ahli lembaga pengarah MAS diaudit bagi memastikan kejayaan syarikat penerbangan nasional pada masa akan datang.

"Pihak pengurusan MAS juga harus dipertanggungjawabkan ke atas nasib para pekerja yang bakal terkesan akibat kegagalan ini. Nasib mereka tidak dibela dengan adil dan telus," tambah beliau.

Sebelum ini, akhbar The Star melaporkan 6000 kakitangan MAS bakal kehilangan mata pencarian sebaik sahaja skim Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) dilaksana. Namun pada masa sama tidak ada sebarang kenyataan berkenaan status pengurusan peringkat tinggi.

Perancangan untuk cuba memulihkan MAS melalui penyuntikan dana RM6 bilion dan pembungan pekerja membawa persepsi bahawa kepentingan kakitangan tidak dibela.

Skim VSS adalah penamatan kontrak perkhidmatan akibat penutupan syarikat dan berlebihan pekerja. Keadaan berlebihan pekerja yang boleh timbul adalah berikutan daripada beberapa sebab seperti penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat dan lain-lain.

Jumlah Calon MB: Mstar, The Star petik maklumat tidak benar

Posted: 06 Sep 2014 04:52 PM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Laporan portal mStar dan The Star berhubung jumlah nama calon Menteri Besar Selangor yang dihantar KEADILAN kepada istana  dipetik daripada maklumat yang tidak benar, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, laporan tersebut bertajuk 'Isu MB: PKR akhirnya Hantar Tiga Nama dan The Star bertajuk "PKR Finally Agrees To Nominate Three Candidate For MB" yang disiarkan portal berkenaan hari ini.

Menurut Fahmi, laporan tersebut cuba menimbulkan persepsi bahawa Saifuddin mengesahkan maklumat jumlah calon seperti yang disebut "sumber" oleh wartawan dua portal berkenaan.

"Ini tidak sepatutnya dilakukan kerana Datuk Setiausaha Agung tidak menjawab soalan mengenai isu jumlah nama calon," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Portal Mstar hari ini melaporkan KEADILAN menamakan tiga calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor selepas beberapa minggu mempertahankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk mengisi kerusi berkenaan.

Selain Dr Wan Azizah, dua lagi calon yang dinamakan adalah Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad. Laporan itu turut disiarkan portal berbahasa Inggeris, The Star.

KTMB dirundung masalah, bakal ikuti jejak MAS?

Posted: 06 Sep 2014 04:47 PM PDT

Oleh Ng Kee Seng


Penerbangan Malaysia (MAS) kesayangan kita telah mendapat perhatian kedua-dua media tempatan dan antarabangsa atas sebab-sebab yang tidak diingini.Kegagalan operasi dan pengurusannya menyebabkan hutang terkumpul yang bernilai lebih daripada RM10 bilion dalam masa 10 tahun, dan MAS kini dalam masalah.

Kerajaan persekutuan, melalui Khazanah Nasional Bhd terpaksa menswastakan MAS dan memberikan sejumlah RM6 bilion untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara yang sedang dirundung masalah itu.

Ini adalah kali keempat sejak tahun 2007, bagi MAS yang berusia 76 tahun. Bukan itu sahaja, 6,000 orang pekerja MAS perlu diberhentikan akibat sebuah rombakan untuk mempertahankan MAS.
Kini, terdapat sebuah lagi mimpi ngeri kewangan yang sedang didedahkan. Ia dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) dilaporkan mengesahkan bahawa KTMB telah memecat dua orang pemimpin kesatuan itu, sementara nasib 110 orang lagi staf kereta api masih belum diketahui.

110 orang ini, yang dipercayai telah menerima surat tunjuk sebab dari KTMB, telah mengambil bahagian dalam sebuah piket 9 Mei. Mereka yang dipecat ialah Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan dan timbalannya R. Subramaniam.

Pasangan ini dipercayai telah menerima surat penamatan perkhidmatan mereka dari KTMB pada 29 Ogos. Dua belas ahli RUM lain juga dilaporkan telah dipanggil bagi menghadapi siasatan tatatertib KTMB.

Piket itu disertai oleh kira-kira 700 orang ahli RUM, untuk memberi tekanan kepada presiden KTMB Datuk Elias Kadir supaya berundur.

Audit 2011 menunjukkan bahawa KTMB mengalami kerugian sejumlah RM100 juta, yang meningkat kepada RM280 juta pada 2012.

KTMB mencatatkan kerugian terkumpul bersih berjumlah RM1.45 bilion sehingga 2008 seperti yang dilaporkan, dan tidak dapat membayar balik kos operasi dan pinjamannya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009.

KTMB telah pun mencadangkan kepada Kementerian Kewangan untuk menukar pinjaman ini kepada ekuiti kerajaan (sebuah lagi permintaan dana bagi menyelamatkannya).

KTMB juga telah mengemukakan rancangan penyusunan semulanya pada April 2009, dan ia telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada September 2009.

Pada bulan Februari, media melaporkan bahawa kerajaan telah menolak pengambilalihan operasi KTMB oleh Malaysia Mining Corp Bhd (MMC)-Gamuda Bhd.

Pada Januari, Business Times telah melaporkan bahawa sebuah usaha penswastaan ​​sedang dijalankan oleh MMC (yang dikawal Yayasan Albukhary) dan Gamuda, bagi melaksanakan cadangan pengambilalihan bernilai RM5 bilion.

Walau bagaimanapun, KTMB mempunyai aset dan tanah bernilai kira-kira RM50 bilion!

KTMB yang menjalankan perusahaan menyediakan fret, perkhidmatan antara bandar dan kereta api komuter antara lainnya, telah rugi sejak pengkorporatannya pada bulan Ogos 1992.

Ia dilaporkan berjaya menghasilkan keuntungan antara RM9 juta ke RM15 juta pada tahun 1993 ke 1995, tetapi kemudiannya rugi sekali lagi.

Adakah KTMB sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan yang akan menuruti jejak MAS?

Tiada ulasan: