Selasa, 2 September 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Abdul Khalid: “MB baru kena utamakan pentadbiran melebihi kepentingan diri, keluarga”

Posted: 02 Sep 2014 07:28 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Menteri Besar Selangor bukan satu tugas mudah tetapi menuntut banyak pengorbanan termasuk kepentingan terhadap diri sendiri dan keluarga.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, memberi keutamaan terhadap tanggungjawab seorang pentadbir kepada rakyat berbanding keluarga sendiri  itu adalah selaras dengan konsep 3K iaitu ketelusan, kebertanggungjawaban dan keupayaan, ciri yang diperlukan oleh seorang Menteri Besar.

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XL

"Saya ingat tiga konsep yang paling penting iaitu ketelusan, kebertanggungjawaban dan keupayaan. Jadi sesiapa pun yang akan memimpin negeri Selangor ini mesti menerima hakikat ketelusan.

"Maknanya rakyat boleh menyoal dan mengetahui tentang selok belok tentang perancangan dan perlaksanaan. Negeri Selangor sebelum 2008 melakukan usaha-usaha dan kerja secara rahsia tetapi  untuk menentukan kejayaan Negeri Selangor itu, ketelusan itu diutamakan. Rakyat memantau  pemimpin itu setiap masa.

"Kedua sudah tentulah keupayaan. Keupayaan itu pemimpin yang berupaya. Pemimpin yang sanggup menggadaikan masa beliau dengan mengutamakan pentadbiran untuk rakyat daripada pentadbiran untuk diri sendiri dan keluarga dan akhir sekali tentulah pemimpin yang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab atas keputusan yang dibuatnya dan dia juga kertanggungjawab tentang hasil perlaksanaannya," kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid berkata demikian kepada Selangor Kini dalam satu temubual khas sempena kemerdekaan di Pejabat Menteri Besar Selangor pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, Abdul Khalid mengadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor bagi memohon perkenan perletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun baginda Sultan Selangor menangguhkan perletakkan jawatan Abdul Khalid sehingga seorang Menteri Besar yang baru dilantik.EZY

Dr Mahathir Tidak Lagi Sokong Najib

Posted: 02 Sep 2014 07:17 AM PDT

sakmongkol.blogspot.com



Reaksi presiden UMNO bila dikritik oleh Dr Mahathir, ialah menghimpunkan penyokong2 setia nya. Maka berhimpunlah kira2 160 ketua bahagian UMNO di kediaman rasmi presiden UMNO. Beberapa jurucakap mengeluarkan kenyataan ke-acaraian/ceremonial menyokong presiden mereka yang juga PM kerajaan Malaysia. Apa lagi yang mereka boleh lakukan? 

Seperti seekor binatang yang diburu, presiden UMNO merasa selamat berada dalam kumpulan. Tapi Dr Mahathir ialah singa yang memburu. Walaupun berada dalam kumpulan yang ramai, sang singa boleh menghidu, mengecam dan kenal pasti binatang mana yang sakit, cacat, lemah dan tua. 

Antara ratusan orang yang berhimpun tersebut, Mahathir sudah mengenal pasti bahawa Najib yang lemah. Najib gagal sebaagi pemimpin, dasar nya gagal, negara pun gagal.

Dia tidak boleh lari walaupun dia menyangka selamat dalam kumpulan. 

Dr Mahathir beritahu semua orang bahawa Najib is a failure as a leader- his policies failed, we lived in a failed state. 

Dr Mahathir mengondem Najib sebagai pemimpin kerajaan. Dia tidak hentam UMNO sebagai parti Melayu itu. Mahathir tetap UMNO seUMNO Najib juga. Tapi pada taksiran Mahathir, sebagai pemimpin kerajaan, dasar2 kerajaan, negara ini- Najib seoarang yang gagal and is a big disappointment.  

Tapi 160 orang yang hadir tidak dapat membendung resah dan gelisah rakyat. Walapun UMNO ada 3 juta ahli, orang Melayu lebih ramai dari itu. Mereka telah menolak UMNO dan BN. BN dan UMNO hanya memperolehi 48% dari undi popular. Suara UMNO suara yang tewas. Semua pemimpin UMNO menyedari perkara ini. 

Berjuta rakyat perlu diyakini dengan kepimpinan Najib dan dengan pengurusan kerajaan. 160 ini tidak sama dengan Mahathir seorang. Dua tiga kucing berlari, mana nak sama sikucing belang. 160 boleh dirasuahkan, mana nak sama Mahathir seorang. 

Mahathir seorang sahaja sudah boleh menggugat Najib. 

Rakyat gelisah. Mereka menyampah tonton TV lihat muka pemimpin kerajaan yang sombong. Cakap besar. Ekonomi baik. Pelaburan meningkat. Tapi kenapa kos kehidupan meningkat? Mengapa pendapatan boleh guna menurun? Mengapa harga getah turun? Mengapa harga sawit rendah? Kenapa sukar mendapat RM1000 sebulan? 

Tulisan Mahathir telah suatu yang kondem Najib. Cakap lah macam mana, apa yang Mahathir cakap ialah Najib is a failure. Najib buat don't know dan untuk menyedapkan hati, kata ini hal dalaman. Dalaman atau tidak, Mahathir sudah mula attack dan bila Mahathir attack, pengakhiran nya kita tahu bagaimana. Bila Mahathir bantai Pak lah dahulu- ianya hal dalaman jugak. Sehinggalah saat nya tiba, Pak Lah disingkirkan.  Oleh kerana Najib tidak tidor, maka dia himpunkan bala tentera nya sebagai tanda kekuatan.Pak Lah tidak berbuat demikian. 

Semua itu tidak dapat menutup kegagalan dasar2 nya

Najib amat suka cakap besar mengenai transformasi itu dan ini. Semua nya pembohongan besar. Terutama kepada orang Melayu. 

Cuba saya tanya orang Melayu suatu soalan. Garisan pendapatan miskin berapa? Poverty line income kita berapa? Kerajaan kata RM860 sebulan atau RM1000 untuk Sabah dan Sarawak. Ini garisan pendapatan miskin yang amat rendah yang pasti memerangkap suatu kumpulan yang amat kecil. lantas kerajaan Najib umum bahawa dasar ekonomi mereka sukses sekali- berjaya mengurangkan insiden kemiskinan.Hooray! Hooray!

Secara statistik- insiden kemiskinan ialah peratusan mereka yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari garisan pendapatan miskin.  Berapa peratus orang yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM860? Jawab nya sedikit. Najib pun istihar, insiden kemiskinan hanya 2%. Malaysia makmur. Dasar ekonomi nya Berjaya. 

Maka disambut oleh teriakan rakyat Pekan- kepala bapok aok. Kalau kita boleh maki hamun- kita akan lakukan disini. PBB/United Nations sendiri menyatakan bahawa garisan pendapatan miskin harus pada tahap 50% pendapatan purata Malaysia. Jika dalam tahun 2012, pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM5000- maka garisan pendapatan miskin ialah 50% dari RM5000 yakni RM2500. Tahukah pembaca pada tahap ini, berapa ramai yang berada dalam kategori miskin? Jawapan nya 40%. 

40% penduduk Negara ini berpendapatan kurang dari RM2500 sebulan dan ini menunjukkan bahawa kerajaan Najib temberang bila menyatakan bahawa ekonomi bertambah baik. 

Saya harap orang UMNO faham signifiken serangan dan erti serangan tersebut. Kalau tidak faham, saya kasi fahamkan. Pemimpin mereka, Dato Najib Tun Razak  Dr Mahathir kata gagal mentadbir Negara. Faham ini? GAGAL. Mesej yang Mahathir hantar amat mudah- Najib is a failure. His government is a failiure. His policies are a failure. Malaysia is becoming the sick man of South East Asia. Ekonomi seperti Indonesia, Vietnam terus berkembang. Malaysia hilang daya saing. 

Hutang luar ngara atau external sudah mencecah 40% KDNK. Hutang dalam Negara atau hutang sector awam sudah melampaui 55% GDP. Itu pun kerajaan Najib menyembunyikan perangkaan hutang yang sebenar seperti tidak mengira jaminan kontinjensi kepada GLC2 yang semua nya rugi. 

Ini kerajaan yang mencuri harta dan wang rakyat. 

Aliran keluar modal short term Malaysia merupakan yang terbesar jika dibanding dengan ekonomi negara asia yang lain. Lebihan akaun semasa kian berkurangan.  Current account surplus Malaysia sekarang ialah 3.7% dari GDP berbanding dengan 16% dalam tahun 2008( masa Najib ambik alih).

Itu pun orang UMNO mahu orang Melayu menyanjung tinggi kehebatan pengurusan Najib. Dia fail. 

Ini semua menunjukkan economic management incompetence. Dalam masa inilah Najib dan isteri bergentayangan sana sini menjadi palancung melawat negara2 lain. 

Semasa Najib ambil alih tahun 2008, hutang isi rumah atau household debt ialah 60%. Sekarang ianya 80%. Negara kita ialah darul hutang. Ramai yang bankrap. Ramai yang berhutang. Graduan yang berpendapatan RM 2500 tidak mampu tinggal di Kuala Lumpur- sewa RM800, pengangkutan RM800, makan RM500, kemasdiri 500. Kalau tinggal RM100 pun nasih baik. Belum lagi dicampur bayaran hutang PTPTN yang ahli UMNO semua nya berdemonstrasi berkeras hendak bayar. Ini Melayu yang dirasuk oleh racun UMNO. Boleh dapat pendidikan percuma, mereka demonstrasi dan tunjuk perasaan hendak bayar. Bila mahu hapus AES suatu ketika dahulu, orang melayu berdemontrasi hendakbayar AES. Kaya sungguh orang melayu dengan kebodohan.  

Dalam keadaan ini matlaon diPutrajaya semuanya kata keadaan semua baik. Tahun 2020, kita akan capai Negara maju dengan pendapatan per kapita USD15,000. Ya lah- pendapatan 20% teratas dibahagikan dengan 28 juta orang- dapatlah kita USD15,000. Tapi ianya tidak menunjukkan bahawa bahagian terbesar kenaikan pendapatan dikaut oleh segelintir masyarakat. Orang Melayu janganlah diperhitungkan ketinggalan nya. 20% Melayu teratas berpendapatan bulanan RM11,000 manakala yang 40% terbawah kekal dengan pendapatan RM1600. 

Tapi takpe- orang Melayu punya tahap tolerasi kepedihan hidup yang tinggi. Mereka akan berkata, ini semua sudah ditakdirkan.  Tidak pernah terfikir oleh orang melayu bahawa keadaan mereka adalah akibat rasuah, akibat kelemahan pengurusan, akibat incompetence akibat salah laku.  Selagi mereka diBR1Mkan, orang Melayu selesa dan puas walaupun keadaan mereka tidak berubah.

Mereka lupa bahawa UMNO berkerja untuk kepentiingan oligarchs Cina, Melayu dan India. Ekonomi negeri dikuasai oleh puak feudal yag didanai dan disokong oleh oligarchs Cina. Orang UMNO jerit sana sini memperjuangkan kepentingan melayu- tapi kepentingan yang mereka juarai ialah kepentingan oligrachs- yakni segelintir elit politik dan perniagaan.

Kritikan Dr Mahathir kalau diterjemahkan dalam bahasa yang budak tingkatan 3 pun boleh faham ialah: Najib gagal. Bila Najib gagal, kerajaan gagal. Dasar Najib gagal.  Kita hidup dalam negara yang gagal. 

Kita tidak boleh selesai masaalah kita dengan berpindah ke negeri lain. Kita boleh selesaikan masaalah dengan menukar pemimpin kerajaan.

60% Kakitangan Awam Yang Gaji RM3,000 Sebulan & Ke Bawah Tiada Rumah Sendiri? Apa Sebabnya?

Posted: 02 Sep 2014 07:03 AM PDT



rumah kakitangan awam



60% Kakitangan Awam Yang Gaji RM3,000 Sebulan & Ke Bawah Tiada Rumah Sendiri? : Entahlah…apabila difikirkan semula, siapalah yang memberikan "buah fikiran" dangkal contohnya sebelum ini undang-undang supaya pembeli asing hanya layak membeli rumah melebihi RM500,000 bagi Berita Semasa adalah undang-undang yang telah menindas rakyat yang berpendapatan serdahana dan rendah, terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar di Malaysia. Akhirnya dakah undang-undang tersebut berjaya melindungi rakyat marhaen atau tidak?

Tidak sama sekali lagi, malah undang-undang tersebut dilihat sebagai "peluru hidup" kepada pemaju bagi mendapatkan "lesen secara halal" di mana secara mudah mereka boleh menaikkan dan membangunkan projek-projek melebihi RM500,000. Bukan sahaja tidak selesai, malah bertambah teruk lagi. Natijahnya kebanyakan projek-projek baru telah diletakkan pada paras permulaan harga yang tinggi, kebanyakannya bermula lebih RM500,000.

Selain rakyat Malaysia umumnya, kalangan kakitangan awam turut terasa melalui satu kajian yang diperolehi daripada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) apabila mendapati sebenarnya :
  • 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memilki rumah sendiri.
  • Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kategori ini?
Masih ramai lagi sebenarnya yang tidak mempunyai rumah sendiri sebenarnya. Sebelum ini menteri telah menetapkan kalangan rakyat Malaysia yang menerima pendapatan sekitar RM3,000 boleh dikategorikan sebagai berpendapatan tinggi berdasarkan laporan berita yang telah kami keluarkan sebelum ini yang bertajuk :

Baca SINI : Kalau Gaji Anda RM3,000 Dikira Pendapatan Tinggi?
 

Kemampuan Penjawat Awam VS Kakitangan Swasta Beli Rumah Sendiri?

 

Rumah Kerajaan MalaysiaHakikatnya hari ini 60% penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan masih lagi tidak mampu memilki rumah sendiri. Itu angka dan kajian yang diperolehi melibatkan kakitangan awam. Bagaimana pula dengan kakitangan swasta?

Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor mencadangan pihak kerajaan mengambil perhatian serius dengan cara pertamanya, mengurangkan kadar faedah pinjaman 4% yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu peratus. Dan keduanya adalah kenaikan gaji kakitangan awam naik disegerakan bagi emngimbangin kenaikan harga rumah di Malaysia sekarang ini.

Kenaikan Harga Rumah di Malaysia : Cadangan Bendung Lonjakan Harga?

 

Nak bendung harga rumah di Malaysia tidak sesukar mana. Contohnya, apa yang perlu dilaksanakan ialah :

Pinjaman Rumah Kerajaan
  1. Kenakan RPGT 75%. Kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif. Apabila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yangmeningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi. Sedangkan RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.
  2. Hadkan tempoh pinjaman rumah setakat 25 tahun sahaja. Ini ada yang Berita Semasa perhatikan sehingga 40 tahun pun khas untuk kakitangan kerajaan. Agak-agaknya kalau boleh dipanjangkan kepada 3 generasi (70 tahun) pun mereka akan buat. Tidak mustahil.
  3. Kerajaan mesti hadkan pembelian secara pukal oleh syarikat-syarikat hartanah ini daripada bolot semua rumah/lot kedai di kawasan perumahan baru, kemudian mereka letakkan iklan untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bila ada individu yang benar-benar nak beli, pemaju kata dah habis. Hakikatnya sold out kepada geng-geng hartanah. Penyudahnya, geng-geng hartanah buat untung atas angin dengan jual semula rumah-rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan manipulasi. Dan manipulasi sebegini perlu dihentikan segera
  4. Pemilikan rumah oleh warga asing ditutup buat masa ini
  5. Akhirnya sekali, kerajaan perlu sediakan satu mekanisme dengan mengetatkan syarat rumah untuk PR
  6. Anda ada cadangan untuk ditambah di sini??? (Sila kongsikan di ruangan komen di bawah)
Beli Rumah Malaysia

Dengan melaksanakan beberapa pelan yang dicadangan seperti di atas ini bukan sahaja kakitangan awam yang mendapat manfaat tetapi seluruh rakyat Malaysia menerima tempias untuk memiliki rumah di tanahair sendiri pada pada harga yang berpatutan. Persoalannya sekarang ini, adakah kerajaan berminat untuk melaksanakan dasar-dasar seperti di atas bagi membendung lonjakan harga rumah sehingga tidak terkawal?

Apa respon kakitangan awam di sini? Mengapa kakitangan awam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya dilihat masih ramai lagi yang tidak mampu memiliki rumah sendiri?

Pas Selangor serah nama calon MB

Posted: 02 Sep 2014 06:56 AM PDT

SINAR HARIAN

Iskandar Abdul Samad Iskandar Abdul Samad
 
 
 
SHAH ALAM - Pas Selangor telah menghantar nama-nama calon dari kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, nama-nama wakil rakyat itu dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipersetujui sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Di peringkat Selangor kita telah serah beberapa nama kepada pusat dan terpulang kepada Pas Pusat nama-nama yang mereka nak berikan kepada Sultan.

"Kita sendiri tidak dimaklumkan siapa calon yang dipilih (oleh Pas Pusat) dan kita terima siapa sahaja yang dicalonkan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga menteri besar baharu dilantik.

Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (Pas, PKR, DAP) supaya masing-masing mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan itu, selewat-lewatnya esok (3 September).

Baru-baru ini Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dipetik sebagai berkata Pas tetap mengemukakan dua calon iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalan presiden parti itu Azmin Ali.

Dalam satu laporan portal berita, beliau berkata Pas akan berpegang dengan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat pada 17 Ogos lalu yang mahu Azmin dicalonkan sebagai calon kedua untuk dilantik ke jawatan itu. - Bernama

Husam dakwa Umno mahu kerjasama PAS kembalikan majoriti 2/3 Parlimen

Posted: 02 Sep 2014 06:53 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Umno sedang berusaha untuk bekerjasama dengan PAS di Selangor bagi mendapatkan sokongan dua pertiga di Parlimen. 
 
Menurut beliau, Umno memerlukan sokongan ini bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
 
"Hasrat utama kumpulan ini adalah untuk mencapai dua pertiga di Parlimen dan seterusnya meluluskan tambahan kerusi Parlimen yang kononnya memperkuat kuasa politik Melayu.
 
"Selangor adalah umpan terdekat mereka," kata Husam yang dipetik daripada The Malaysian Insider.
 
Husam bagaimanapun penuh yakin usaha itu akan menemui jalan buntu kerana katanya, "PAS adalah PAS."
 
Beliau mengulas tentang desas-desus pembentukan kerajaan PAS, Umno dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor yang sedang hangat diperdebatkan sekarang ini.
 
"Saya katakan, bukan sahaja sukar tetapi mustahil. Baik dari sudut bilangan, prinsip, pelaksanaan dan kesan jangka pendek dan panjang serta dinamisme parti-parti yang terlibat," kata Husam yang juga Adun Salor, Kelantan.
 
Husam turut menolak spekulasi PAS akan menerima Khalid yang juga bekas parti rakan Pakatan Rakyat (PR) mereka menyertai parti Islam itu dengan harapan dapat mencukupkan korum membentuk kerajaan perpaduan (UG) bersama Umno.
 
Beliau berkata, jika parti Islam itu mahu bergabung dengan Khalid dan 12 Adun Umno menjadikan bilangannya 29 kerusi bagi membentuk kerajaan minoriti, itu perlu diputuskan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.
 
"Saya tidak nampak keahlian mereka akan diluluskan oleh PAS Pusat. Banyak sebab asas kenapa saya berpandangan demikian tetapi rasanya tidak perlu dihuraikan di sini.
 
"Pokoknya, keahlian mereka tidak akan diterima," kata Husam.

Zailah tidak tandatangani kenyataan sokong Azizah

Posted: 02 Sep 2014 06:51 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Kenyataan Wanita Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak ditandatangani oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.



Malah, kenyataan itu juga belum sempat diperhalusi Siti Zailah berkaitan ayat-ayat dan maksud kenyataan tersebut, tegas Siti Zailah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.



"Kenyataan semalam (Isnin) disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," tegas beliau lagi yang sibuk dengan jadualnya di Sabah, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, beliau memang ada menyatakan sokongannya terhadap Wan Azizah, tetapi ia berdasarkan kepada keputusan PAS Pusat yang mencadangkan Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

Siti Zailah yang kesal dengan penyebaran kenyataan tersebut turut menegur pimpinan wanita yang bertindak menyebarkan kenyataan tersebut tanpa tandatangan beliau.

"Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. Wala' kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja," kata beliau lagi.

Semalam, Wanita Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Kenyataan itu didakwa turut ditandatangani Siti Zailah, yang dilihat tidak selari dengan keputusan PAS Pusat berhubung krisis politik di Selangor itu.

Pas: Unit Amal tak perlu daftar dengan ROS

Posted: 02 Sep 2014 05:20 AM PDT


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
 
 
KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk pasukan Unit Amal Pas berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), demikian kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Jelasnya, adalah kerana pasukan itu ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda Pas Pusat melalui perlembagaanya mengikut fasa 54 (9)(d).

"Dalam perundangan, Unit Amal tidak perlu berdaftar dengan ROS kerana ia dibentuk di bawah Dewan Pemuda Pas.

"Mengikut fasa 54 (9)(d), Dewan Pemuda Pas boleh membentuk lajnah yang difikirkan perlu dan pelantikan ahli pula dibuat dengan persetujuan dalam mesyuarat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mengatakan Unit Amal Pas bakal berdepan tindakan undang-undang kerana unit itu tidak berdaftar secara sah dengan ROS.

Isu itu timbul selepas polis menahan kira-kira 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos lalu berkata PPS tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Mengulas lanjut, Salahuddin menambah, pasukan Unit Amal yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Pas itu bagaimanapun perlu menghantar laporan tahunan kepada ROS mengenai aktiviti mereka.

"Setiap tahun aktiviti Unit Amal akan dimasukkan dalam laporan tahunan dan dibentangkan ke dalam Muktamar Pemuda Pas.

"Kemudian setiap tahun, Pemuda Pas akan menghantar laporan tahunannya itu kepada ROS," ujarnya.

Menurut Salahuddin, pasukan Unit Amal Pas telah ditubuhkan pada 1991 di bawah Pemuda Pas Pusat, yang ketika itu beliau di antara individu yang bertanggungjawab menubuhkannya.

"Lebih 23 tahun Unit Amal ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan bukan kerja kebajikan dalam parti tetapi terbukti ia berikan sumbangan kepada rakyat Malaysia dan antarabangsa dalam kerja kebajikan.

"Unit amal juga terlibat membantu dalam bencana alam seperti banjir, kemalangan, kerja sosial termasuk gempa bumi di Pakistan, bantuan kemanusiaan di Palestin dan Aceh," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap dapat bersemuka dengan Ahmad Zahid bagi memberikan penjelasan lanjut tentang Unit Amal untuk mengelakkan daripada salah faham.

Pas juga katanya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada kerajaan sekiranya Unit Amal terus dianggap unit tidak berdaftar dan dilayan seperti kumpulan samseng.

"Pas akan beri khidmat guaman semaksima mungkin, kita tidak teragak-agak saman kerajaan sebab kita tidak buat jenayah dan lakukan apa-apa yang boleh ditangkap oleh pihak polis," katanya lagi.

Sehingga kini Pas mempunyai seramai lebih 6,000 anggota pasukan Unit Amal di seluruh negara.

MPPA mahu polis siasat insiden jurufoto ditumbuk

Posted: 02 Sep 2014 05:17 AM PDT


mh17
 
 
 
SHAH ALAM - Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) menyeru pihak pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera berhubung insiden yang berlaku di Taman Peringatan Nirwana Sungai Besi Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam satu kejadian pagi tadi, dua jurufoto media salah satunya daripada akhbar The New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk di muka manakala jurufoto akhbar Utusan Malaysia, Rushdi Salleh sempat mengelak semasa membuat liputan persemadian jenazah mangsa MH 17 kumpulan ketiga yang tiba awal pagi tadi.

Presiden MPPA, Zainal Abdul Halim berkata, kekasaran ke atas jurufoto media amat tidak berperikemanusiaan.

"Pergerakan dan tugas jurufoto media dalam sebuah tugasan  mengikut etika kewartawanan.

"Jurufoto dan pihak media bertugas boleh menerima budi bicara pihak keluarga sekiranya tidak membenarkan membuat liputan tetapi bukan cara mengasari keadaan sedemikian" katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: MH17: Jurufoto cedera ditumbuk lapor polis

MPPA akan membuat satu laporan polis juga berhubung kejadian tersebut sambil mengambil kira hak dan kepentingan keselamatan jurufoto semasa membuat liputan.

Perubahan biarlah antara saya dengan Tuhan - Lana

Posted: 02 Sep 2014 05:15 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic




KUALA LUMPUR: "Itu gambar lama yang disebarkan kembali," itu jawapan pelakon Lana Nodin terhadap dakwaan yang mengatakan dirinya kembali ke perangai asal yakni gemar berparti sakan dan bersosial.

Bercakap kepada BH Online, Lana yang sedang bercuti di Singapura sudi menjawab persoalan kepada rentetan tersebar beberapa keping gambar beliau bersama teman sedang berseronok di sebuah kelab hiburan di ibu kota.

"Gambar itu dirakamkan November tahun lalu. Ia terjadi sebelum saya mengerjakan umrah beberapa bulan lalu. Saya kurang pasti apa motif ia disebarkan semula. Mungkin nak sabotaj atau apa saja, itu saya kurang pasti.

"Saya takkan terkejut kalau selepas ini akan ada lagi gambar sedemikian rupa tersebar. Saya boleh baca permainan manusia sebegini yang tahu nak menjatuhkan orang saja. Saya hanya mampu reda saja apabila hal ini berbangkit," katanya.

Gambar yang tersebar itu, sekali gus dijadikan umpan untuk menimbulkan cerita bahawa Lana tidak pernah serik mengundang kontroversi dan beliau masih tak berubah sekali pun sudah mengerjakan umrah.

"Saya bukan budak-budak untuk mengulang kesilapan lalu. Saya tak pernah cakap akan berubah drastik tetapi akan perlahan-lahan menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Kalau saya nak berubah, saya tak akan pukul canang dan biarlah ia antara saya dengan Tuhan.

"Tapi saya bukan jenis manusia hipokrit. Saya masih bersosial tetapi ada batasnya. Setakat bertemu teman dan lepak ataupun meraikan hari lahir teman serta berkaraoke di kelab hiburan itu juga dianggap negatif, saya tak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Sementara itu, temannya yang turut berada dalam gambar yang disebarkan iaitu Stephanie Liah turut memohon maaf kepadanya kerana memuat naik gambar mereka itu.

"Saya tak sangka dan terkejut gambar yang dimuat naik di laman Instagram itu mengundang kontroversi. Saya sudah memadamkannya. Ia hanya salah faham dan jelas sekali di setiap gambar yang dimuat naik saya letak hashtag throwback.

"Gambar itu memang dirakamkan sekitar November tahun lalu semasa meraikan hari lahir teman kami. Selepas itu kami tak berjumpa lagi. Dijadikan cerita saya bertemu Lana seminggu lalu di Publika, Solaris Dutamas. Kami dapat lepas rindu ketika itu.

"Jadi kerana merindui saat bersama, saya muatkan naik gambar itu. Malah ketika bertemunya, saya mengakui begitu rindu untuk bersosial dengannya. Tetapi dia cakap pada saya sudah memperlahankan sisi sosialnya kerana baru mengerjakan umrah tahun ini," kata Stephanie.

Kes Unit Amal dibangkit kerana kepentingan politik

Posted: 02 Sep 2014 05:11 AM PDT


Nor Azmir Zakaria Nor Azmir Zakaria
KUALA LUMPUR - Nasib pasukan Unit Amal Pas yang bakal berdepan tindakan undang-undang seperti yang disuarakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan hanya lebih kepada kepentingan politik semata-mata.

Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Pemuda Pas Pusat (Juham), Nor Azmir Zakaria berkata,  kes Unit Amal itu bukan perkara baharu malah ia telah terbukti di mahkamah tiga tahun lalu.

Jelasnya, jika Ahmad Zahid berkeras mahu mengheret Unit Amal Pas ke mahkamah, usaha itu hanya sia-sia sahaja kerana dalam kes demostrasi Gerakan Mansuhkan ISA, pihak pendakwaraya sendiri gagal mengetepikan kes itu di peringkat pendakwaan lagi.

"Sekiranya kes ini dibawa sekali ke mahkamah, ianya akan terhalang oleh prinsip "Res judicata" atau kes yang telah diputuskan secara prinsipal di mahkamah.

"Pihak mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwa gagal untuk memutuskan kes itu secara prima facie bahawa perlunya mereka berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Semalam, Naib Presiden Umno itu memberi amaran bahawa Unit Amal Pas juga bakal berdepan tindakan undang-undang kerana pasukan keselamatan itu tidak berdaftar secara sah dengan ROS.

Isu itu timbul selepas polis menahan kira-kira 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos lalu berkata PPS tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Sekumpulan juruterbang usung keranda Wan Amran

Posted: 02 Sep 2014 05:08 AM PDT

SINAR HARIAN


Jenazah Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin diusung masuk ke Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah untuk disembahyangkan. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Jenazah Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin diusung masuk ke Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah untuk disembahyangkan. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
 
SHAH ALAM - Sekumpulan juruterbang MAS mengusung keranda jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin yang tiba di sini sebagai penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan mereka itu.
 
Berpakaian lengkap juruterbang, lebih 10 rakan Allahyarham Wan Amran mengambil alih proses tersebut daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejurus tiba di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 10.20 pagi untuk  disembahyangkan.
 
Suasana sayu menyelubungi lebih 500 rakan serta sanak saudara Allahyarham hadir solat jenazah di masjid berkenaan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada juruterbang berumur 50 tahun berkenaan.
 
Hampir 300 jemaah menyertai upacara solat jenazah itu yang diimamkan pemangku Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohd Hata Ahmad.
 
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini untuk disemadikan.

Allahyarham Wan Amran adalah seorang daripada dua juruterbang yang memandu pesawat Boeing 777-200 milik MAS membawa 283 penumpang dan 14 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
 
Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.
 
Turut hadir pada upacara itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Kushrin Munawi dan Pengerusi Badan Pehubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar. - Bernama

Calon Bebas Dun Bagan Dalam tarik balik rayuan

Posted: 02 Sep 2014 05:05 AM PDT

SINAR HARIAN

mahkamah
 
 
 
PUTRAJAYA - Calon Bebas bagi kerusi Dun Bagan Dalam di Pulau Pinang, G. Asoghan menarik balik rayuannya berkaitan saman sivil yang memohon mahkamah membatalkan kemenangan calon DAP A. Tanasekharan di kawasan itu pada PRU13.
 
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Lim Yee Lan kemudian membatalkan rayuan itu dan memerintahkan Asoghan membayar RM5,000 sebagai kos kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
Mereka membuat keputusan itu selepas peguam Nicholas Tan, yang hadir bagi pihak peguam V.Amereson, yang mewakili Asoghan, memaklumkan perkara berkenaan kepada mahkamah.
 
Peguam Kanan Persekutuan, Nik Mohd Noor Nik Kar tidak membantah namun memohon kos sebanyak RM10,000 atas alasan beliau sudah menyediakan hujah berkaitan rayuan itu.
 
Tahun lepas, Asoghan memfailkan saman sivil terhadap Tanasekharan dan SPR, yang memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa penamaan Tanasekharan sebagai calon bagi Dun itu tidak sah.

Beliau juga memohon agar keputusan pilihan raya bagi kawasan itu, yang dimenangi Tanasekharan dengan meraih undi sebanyak 10,253 diisytihar batal dan tidak sah serta meminta SPR mengadakan semula pilihan raya di Dun berkenaan.
 
Penyataan tuntutan Asoghan mendakwa Tanasekharan tidak layak bertanding sebagai calon DAP atau menggunakan simbol parti itu kerana surat kebenaran yang membolehkan beliau berbuat demikian ditandatangani Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
 
Beliau mendakwa ini kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS), dalam surat bertarikh 17 April tahun lepas, tidak mengiktiraf penyandang jawatan DAP yang dibentuk oleh jawatankuasa tertinggi pusat pada 15 Disember 2012.
 
Asoghan, yang juga Pengerusi Cawangan DAP Jalan Bagan Luar sebelum dipecat pada April tahun lepas, mendakwa Tanasekharan telah memberikan gambaran yang salah bahawa beliau adalah seorang calon DAP.
 
Mahkamah Tinggi pada 11 Mac lepas membenarkan permohonan SPR untuk membatalkan saman sivil Asoghan.
 
Sebelum itu, Asoghan memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi Dun berkenaan namun menarik balik petisyen itu, yang kemudian dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya pada 23 Jun tahun lepas. - Bernama

Waris mangsa MH17 berang, tumbuk jurugambar

Posted: 02 Sep 2014 05:03 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic

 
 
PETALING JAYA: Seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini hari ini.
 
Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.
 
Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.
 
Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan.

Pelan penstrukturan semula MAS perlu lebih berani

Posted: 02 Sep 2014 04:57 AM PDT

SINAR HARIAN


Musa Hitam Musa Hitam
 
 
 
KUALA LUMPUR - Pelan penstrukturan semula yang radikal untuk memulihkan MAS mestilah berani, inovatif dan berfikir di luar kaedah biasa, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.
  
"Saya harap demi negara, kali ini kita belajar daripada kesilapan masa lalu dan melakukannya dengan betul. Cabaran yang paling besar ialah untuk melakukannya dengan betul.

"Ia melibatkan kesabaran, toleransi dan mendapat maklum balas yang betul," kata Musa pada sidang akhbar di sini hari ini.
  
Musa berkata, perkara yang paling penting sekarang ini ialah untuk sentiasa ingat bahawa ia melibatkan kebanggaan negara.
  
"Anda tidak boleh mengelakkannya dan hanya dapat ditegakkan dengan idea-idea baharu," katanya.
  
Beliau berkata adalah penting untuk menganggap syarikat penerbangan nasional itu sebagai cadangan perniagaan, bukan sebagai cadangan untuk memenuhi sentimen.
  
"Ia perlu dalam konteks wang ringgit. Jika tidak boleh,  perlu ditutup.

"OK jika anda menjalankan sebuah pertubuhan kebajikan, tetapi ini tidak.

"MAS adalah sebuah entiti perniagaan, mulakan dari sana," kata Musa.
   
Musa juga menegaskan bahawa kesatuan perlu terlibat secara intensif dalam proses berkenaan.
  
Walaupun agak terkejut dengan pengumuman yang begitu cepat itu, Musa berkata, beliau berharap apa yang akan dilakukan, akan benar-benar sesuatu yang baik.
  
"Saya bimbang tentang perkara-perkara seperti itu. Kerana saya tidak akan membuat pengumuman mengenai isu penting seperti ini melainkan telah dikaji secara mendalam, dihujah dan mendapat maklum balas," katanya. - Bernama

Guna Akta Hasutan lumpuhkan Pakatan

Posted: 02 Sep 2014 04:54 AM PDT



Oleh AZIZ MUDA 


KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-BN semakin undur apabila masih menggunakan Akta Hasutan 1948 yang tidak lagi relevan, bertujuan untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat.Pada hal Akta Hasutan sepatutnya sudah tidak wujud lagi, malah penggunaannya sangat memalukan negara di mata dunia.

Ia menunjukkan sikap sebenar kerajaan yang enggan menerima kepelbagaian pandangan dan percambahan ilmu bagi mendidik masyarakat ke arah yang lebih harmoni.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak jelas double standard apabila hanya menggunakan Akta Hasutan 1948 ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kenapa kerajaan tak ambil tindakan ke atas pemimpin Pekasa dan pihak BTN yang jelas menghasut rakyat dan boleh mengancam perpaduan kaum melalui undang-undang.

Ketika dihubungi 29 Ogos lalu, Mahfuz berkata, Najib sepatutnya sudah menggantung Akta Hasutan 1948 kerana kerajaan sendiri telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai pelbagai parti untuk mencadangkan penggubalan Akta Keharmonian Nasional 2014 bagi menggantikannya.

Kesediaan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa tersebut ujarnya, merupakan isyarat untuk memansuhkan Akta Hasutan kerana akta itu sendiri sudah tidak lagi relevan. Antara AJKnya ialah Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa daripada PAS.

Kata Mahfuz, seramai enam ahli parlimen dan tiga Adun daripada Pakatan Rakyat didakwa dengan Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan bakal kehilangan kerusi masing-masing jika sabit kesalahan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan, tindakan Najib menyalahgunaankan Akta Hasutan 1948 ialah untuk melumpuhkan pengaruh dan kekuatan Pakatan di mata rakyat.

Pendakwaan secara terpilih yang semakin kerap terhadap pemimpin Pakatan, memberi signal Umno- BN kini semakin tidak diterima rakyat menyebabkan pemimpin mereka terdesak.

Merujuk isu yang sama, Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, beliau khuatir apa yang berlaku akan menjadi duluan untuk mengabsahkan siasatan dan pendakwaan ke atas ahli politik Pakatan Rakyat di bawah Akta Hasutan.

"Kita bimbang pada masa akan datang, hal yang sama akan dilakukan terhadap ahli parlimen yang menjalankan tugas, kerana apa yang dikatakan akan menjadi asas pertuduhan (dibawah Akta Hasutan)," katanya kepada Roketkini. com

Gobind yang juga Timbalan Pengerusi DAP Selangor berkata, tindakan ahli politik Pakatan mengkritik Kerajaan BN adalah perkara yang dibenarkan oleh undang- undang sebagai sebahagian daripada proses semak- imbang, sama seperti diamalkan oleh mana-mana negara demokrasi di dunia.

Justeru itu, tindakan pentadbiran Najib meneruskan pendakwaan adalah langkah mundur, bercanggah dengan ikrarnya sendiri dua tahun lalu untuk memansuhkan undang-undang lapuk ISA, Akta Hasutan dan Akta Penerbitan Mesin 1984.

"Perdana Menteri di Parlimen berkata bahawa undang-undang ini adalah kuno dan seharusnya digantikan dengan Akta Keharmonian atau akta lain yang dicadangkan.

"Tetapi, mengapa semakin ramai ahli politik pembangkang yang didakwa dan dituduh dibawah akta tersebut?" kata Gobind.

Sehingga kini, 11 wakil rakyat Pakatan Rakyat dan aktivis disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan termasuk Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Teresa Kok (MP Seputeh), Nik Nazmi Nik Amad (Adun Seri Setia), Khalid Samad (MP Shah Alam) selain aktivis Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Tamrin Tun Ghafar.

Rombakan Kabinet dijangka awal September sisihkan Zahid ?

Posted: 02 Sep 2014 03:47 AM PDT



Oleh MUHAMMAD FAIZAL ZAKARIA


Hisham Kewangan, Najib KDN?

KEHANGATAN krisis pelantikan Menteri Besar Selangor bakal menjadi suram berikutan angin panas mula melanda pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.Terdapat angin perubahan yang bakal berlaku dalam kabinet apabila pengemudi Umno-BN itu kini mula mencorak saf baharu dalam kabinetnya.

Beberapa sumber kepim pinan Umno menyebut, Najib kini kurang selesa dengan beberapa menteri dan timbalannya yang tidak menyokongnya untuk melakar perubahan dan ia mengakibatkan Najib terpaksa membuat perubahan besar dalam barisan kabinet baru sebelum Belanjawan 2015 dibentangkan pada sidang parlimen akan datang.

Sama ada Najib terpaksa akur, perlu akur atau merupakan keputusan peribadi beliau, apa yang pasti rombakan kabinet terbaru ini akan mengejutkan semua pihak, apatah lagi bebera pa nama besar yang memegang jawatan menteri pa ling kanan turut terlibat dalam rombakan yang bakal dilakukan ini.

Rombakan kabinet itu bakal dilakukan pada bulan September itu nanti menyaksikan terdapat menteri yang bakal digugur kan dan ia bukan sahaja melibatkan perubahan di dalam kabinet tetapi turut berlaku kepada Majlis Tertinggi Umno.

Hishammuddin Menteri Kewangan?

Mengejut atau tidak Naib Presiden Umno, Dato' Seri Hishammuddin Hussein yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan bakal dilantik sebagai Menteri Kewangan dan ia ada kaitan dengan kepercayaan Najib kepada sepupunya yang lebih berpengalaman jika dibandingkan dengan yang lain.

Tindakan Najib menyerah kan jawatan tersebut sebagai memberi laluan untuk beliau yang mengambil alih Menteri Dalam Negeri (KDN) dari Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan terlalu bersikap 'samseng' dalam segala hal sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan-kalangan mereka di dalam BN itu sendiri.

Ada yang menyebut, peluang Zahid untuk bersama bahtera Najib bakal terkubur kerana Ahli Parlimen Bagan Datoh itu penyokong kepada bekas Timbalan Per dana Men teri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kata sumber Zahid bakal dilupakan pada pilihan raya umum akan datang.

Ke manakah Zahid?

Sebelum berbicara tentang kedudukan Zahid, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Shafie Apdal yang turut berada di dalam senarai Najib itu akan ditukarkan ke Kementerian Pertahanan bagi mengantikan Hishammuddin yang bakal di tugaskan di Kementerian Ke wangan.

Kredibiliti Shafie turut di persoalkan dalam pelantikan tersebut ada kerana pergolakan yang berlaku di Sabah mahu pun Sarawak menyebabkan mereka yang berasal di sana sesuai dilantik untuk menjaga konflik yang wujud terutama membabitkan pencerobohan di Sabah.

Apabila berlakunya kekosongan di Kementerian Ke majuan Luar Bandar dan Wilayah, Najib berpendapat bagi meredakan kemarahan ataupun ketidaksenangan pengundi bukan Melayu, maka Zahid akan ditempatkan ke kementerian tersebut untuk memegang jawatan Menteri Luar Bandar dan Wi layah yang ditinggalkan Shafie itu nanti.

Najib terpaksa melupakan hubungan baik de ngan Zahid memandangkan sua sana politik sekarang me nyebabkan beliau tidak mampu untuk mempertahan Menteri Dalam Negeri itu.

Muhyiddin, gugur atau sebaliknya?

Kementerian Pelajaran be lum disentuh siapa mengendalinya, permasalahan pen didikan negara membimbangkan apabila ke putusan kementerian ingin terus melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga menimbulkan kritikan serta bantahan dari golongan pendidik.

Jika Najib mengambil kira kepada kemelut yang timbul dari golongan pendidik sudah pasti individu yang memegang jawatan di kementerian turut akan menerima tempias dalam rencana Najib untuk meng ambil hati golongan pendidik.

Namun, apakah Najib be rani untuk menyentuh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menukar orang kanan Tun Mahathir Mohamad itu ke posisi lain? Pastinya Najib berdepan tekanan tatkala Dr Mahathir juga sedang mengkritik pentadbirannya kini.

Tidak mustahil rombakan kabinet ini juga menyaksikan beberapa menteri yang akan kehilangan jawatan. Apa yang diketahui pada peringkat awal antara yang akan kehilangan jawatan wakil dari MIC, Men teri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Seri G Palanivel dan juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Hasan Malek.

Menteri Wilayah, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan bakal digugurkan bukan sahaja di kedudukan Kementerian Wi layah dan Kesejahteraan Bandar, malah kedudukan selaku Setiausaha Agung Umno yang dipegang olehnya akan digantikan dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Perubahan berdasarkan kritikan atau dirancang Melihat kepada kedudukan yang selamat pasti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Ba kar boleh menarik lega, beliau mungkin tidak akan terlibat mahupun terkeluar dari senarai rombakan yang bakal dilakukan.

Pendekatan Khairy dengan golongan anak muda pasti menggembirakan Najib kerana baginya golongan itu akan menyumbang ke pada undi Barisan Nasional nanti. Persoalan menarik pada rombakan kabinet ini adakah ia dilakukan ada lah kerana kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau merupakan perancangan awal beliau.

Kalau ia berlandaskan kepada kritikan Dr Mahathir yang tidak berpuashati dengan pentadbiran Najib pasti Dr Mahathir yang telah lama tidak menye nangi Khai ry sejak pentadbir an Tun Abdullah Badawi sebelum ini turut disentuh oleh bekas Perdana Menteri itu.

Apa yang pasti, Najib cuba memenangi hati Dr Mahathir walaupun beliau tidak bersuara bila dikritik, mungkin ada perbincangan luaran antara mereka itu tidak ketahui. Rombakan ini akan mengejutkan banyak pihak serta pemerhati politik.

Sejarah bakal dicipta Najib dalam masa terdekat, mereka yang menjadi mangsa akan merajuk hati dan untuk mengkritik mungkin tidak kerana mengharapkan kerusi pada PRU14, mereka akan berdiam mengaturkan strategi bagi mencari peluang untuk kekal dalam pertanding an Majlis Tertinggi Umno

Guan Eng minta polis kemuka bukti ahli PPS terlibat jenayah

Posted: 02 Sep 2014 03:40 AM PDT

PPS

Roketkini.com.


GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang meminta polis mengemukakan bukti bahawa 11 daripada 156 orang anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan baru-baru ini mempunyai rekod jenayah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan berusaha mengesahkan dakwaan tersebut sama ada terdapat sebarang laporan polis atau tuduhan terhadap 11 anggota PPS ketika melaksanakan tugas.

"Jika tidak ada sebarang bukti, ini ternyata tidak adil kepada keseluruhan anggota PPS seramai 9,000 orang dengan pelbagai latar belakang.

"Saya ingin bertanya, apakah perlu 120,000 orang anggota polis didakwa hanya kerana tindakan segelintir mereka terlibat dalam pembunuhan menggunakan bahan letupan C4, menyebabkan
kematian tahanan, jenayah seperti rompakan atau menyalahguna kuasa dengan terlibat dalam rasuah?," soalnya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, jika disabit kesalahan melanggar kesalahan atau undang-undang, tidak ada anggota PPS akan dilindungi.

"Penduduk Pulau Pinang boleh membuktikan kerja baik dilakukan PPS, khusus membantu orang ramai dan polis. Malangnya media kawalan BN termasuk beberapa akhbar Cina menerima pakai pendirian mereka yang anti-PPS.

"Kerajaan negeri ingin mengulangi bahawa tidak pernah menerima apa-apa aduan bertulis daripada pihak polis terhadap PPS secara keseluruhan.

"Jika terdapat sebarang aduan, ia seharusnya dimaklumkan kepada ahli Exco Phee Boon Poh atau saya sendiri," tegas beliau.

Timbalan Ketua Komander Kanan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi pagi ini mendakwa 11 daripada 156 orang anggota PPS dikenal pasti mempunyai rekod jenayah.

Menurut Abdul Rahim jenayah dilakukan termask rompakan, dadah dan pembunuhan.

Guan Eng turut kesal terhadap tindakan beberapa akhbar memutar belit isu PPS menjadi untuk menekan Kerajaan Negeri.

Jelasnya, kerajaan negeri mempunyai kuasa menubuhkan badan terbabit dan mengikut cara sama penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau JKKK (P) yang telah ditubuhkan Kerajaan Persekutuan. -Roketkini.com.

Isu PPS: KPN seolah hina perutusan Merdeka Najib, malukan negara

Posted: 02 Sep 2014 03:38 AM PDT

lks (3)

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan penangkapan beramai-ramai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) seolah-olah menghina perutusan Merdeka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ketika Najib menyeru ke arah perpaduan, keyakinan dan kesejahteraan, tangkapan anggota PPS mengubah segala-galanya.

"Malangnya, seruan Najib dihancurkan apabila pegawai polis nombor satu mengarahkan penangkapan besar-besaran anggota PPS selepas menyertai Perarakan Merdeka di Pulau Pinang.

"Hari yang sepatutnya menjadi inspirasi dan peneguhan kembali 30 juta rakyat Malaysia untuk mencerna seruan Merdeka bertukar menjadi hari penuh hina, menyebabkan seluruh rakyat tertanya-tanya apa yang tak kena dengan pembinaan negara selepas lebih separuh abad merdeka," katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang menyifatkan, insiden itu kini menjadi satu titik hitam dalam sejarah negara.

"Ada sesuatu yang tidak kena dengan negara kita apabila orang-orang yang ikhlas dan sentiasa bersedia menyumbang masa, tenaga dan khidmat untuk membantu golongan kurang bernasib baik dilayan seperti penjenayah.

"Apa yang terjadi di Pulau Pinang tidak akan membawa sebarang kebaikan buat Malaysia atau Najib sebagai Perdana Menteri dan dunia akan mengecam perbuatan ini.

"Berdiam diri, sikap acuh tak acuh atau tiada tindakan dari Najib berhubung apa yang berlaku juga merosakkan reputasi negara di mata masyarakat dunia. – Roketkini.com

Muktamar PAS ke-60 pindah ke Batu Pahat

Posted: 02 Sep 2014 03:33 AM PDT




Oleh Abdul Rahim Sabri


Jurucakap PAS berkata, parti itu terpaksa memindahkan lokasi muktamarnya ke Batu Pahat ekoran masalah kelulusan dari pihak berkuasa tempatan Johor Bahru.

Penolonga setiausaha PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil mendakwa, masalah tersebut memberi tekanan kepada pemilik tanah di lokasi yang dirancang.

Lokasi yang dimaksudkan adalah satu kawasan tanah lapang dekat Sutera Mall, Johor Bahru.

"Kami mendapat kerjasama daripada tuan tanah dan polis. Tapi tidak mendapat kelulusan daripada PBT (pihak berkuasa tempatan) di situ. Ada tekanan kepada tuan tanah.

"Kami cuba mendapatkan maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mengenai perkara ini. Tapi memandangkan tempoh terlalu singkat, jadi kami ambil keputusan untuk pindah," katanya.

Susulan itu, PAS terpaksa memulangkan bayaran pendahuluan sewa tanah tersebut, sebanyak RM75,000, katanya.

PAS juga kini terpaksa meratakan tanah seluas enam ekar di Batu Pahat bagi urusan perjalanan muktmar PAS yang dijadual berlangsung pada 18 hingga 20 September depan.Mkini

Tahaluf siyasi punca utama kejayaan PAS

Posted: 02 Sep 2014 03:30 AM PDT



Oleh MOHAMAD SABU


POLITIK kerjasama dengan pelbagai ideologi, bangsa, kaum dan pertubuhan bukan kerajaan di Tanah Melayu (Malaya) dan di Malaysia bukanlah satu perkara baru – pelbagai pertubuhan politik dan NGO pernah bergabung pada 1947, antaranya parti-parti seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), badan-badan agama, pertubuhan-pertubuhan Cina, India bergabung untuk menuntut merdeka, dan Perlembagaan Rakyat telah dikemukakan. 

Mereka bersatu sehingga dapat membuat tindakan mogok di seluruh negara untuk menghadapi pe nindasan dan pemerintahan British.

British yang menjajah Malaya pada waktu itu terasa amat tergugat, lalu selepas itu diisytiharkan darurat, maka pertubuhan-pertubuhan seperti PKMM, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) diharamkan, kecuali yang diizinkan untuk terus berope rasi adalah Umno.

Parti Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol juga diharamkan oleh pihak British.
Pemimpin-pemimpin PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin keba nyakannya meringkuk di dalam penjara.

Perkara yang hendak saya tekankan di sini, ialah bersatunya, muafakat, "tahalluf siyasi" telah menyebabkan pemerintah tergugat pada waktu itu. Ia berlaku sehinggalah pada 1957, dan British mening galkan tanah air dan memberikan kemerdekaan kepada Malaya yang diketuai oleh Umno untuk me ngambil alih pemerintahan Malaya merdeka bersama-sama dengan MCA dan MIC.

PAS bertanding di dalam pilihan raya bersama parti-parti politik lain yang kuat pada waktu itu, iaitu Parti Buruh, Parti Negara, Parti Sosialis dan Parti Rakyat.

Kalau kita lihat sejarah kejayaan PAS dalam pilihan raya, ialah apabila berlakunya pakatan atau "tahalluf."

Pada 1959, PAS berjaya menang dan menguasai dua negeri, iaitu Ke lantan dan Terengganu apabila ada muafakat politik terutama dengan Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar yang menyebabkan pada pilihan raya pada tahun 1959 itu, PAS dapat menguasai Kelantan dan juga Terengganu.

Manakala pada pilihan raya tahun 1969, tidak ada permuafakatan terbuka, tetapi antara pembangkang ada persefahaman untuk menghadapi Parti Perikatan, maka PAS berjaya mencapai kejayaan di sebelah pantai Barat iaitu di Kedah, di Perak dan juga membuat kemajuan yang baik dari segi sokongan di negeri sebelah pantai Barat se perti di Selangor, Melaka dan juga beberapa negeri yang lain.

"Tahalluf" atau permuafakatan politik, PAS bersama dengan Barisan Nasional pada tahun 1974, tidak lah ia dapat diukur dengan kekuatan kerana pada waktu itu PAS telah bersama dengan parti pemerintah yang baru menghadapi situasi 13 Mei dan kesatuan rakyat terutama parti-parti politik berada dalam Barisan Nasional seperti Gerakan, PAS dan beberapa parti lagi.

Pada 1977 dalam bulan November, PAS telah disingkirkan daripada Barisan Nasional.

Manakala bila berlaku pilihan raya pada tahun 1978 PAS telah menghadapi Barisan Nasional yang ber"tahalluf" de ngan BERJASA, maka PAS telah mengalami kekalahan yang teruk di Kelantan dan hilang kuasa untuk memerintah, PAS hanya memperolehi dua kerusi di Kelantan dan tiada memperolehi sebarang kerusi di Terengganu dan di Kedah pula PAS hanya memenangi beberapa kerusi Dun dan satu sahaja kerusi Parlimen.

Pada 1986, apabila berlaku peristiwa Memali secara umumnya orang-orang Melayu agak marah kepada pemerintah Barisan Nasional. Ceramah dan himpunan yang PAS anjurkan dan lakukan mendapat sambutan yang begitu hebat ter utama di negeri Kedah, di negeri Kelantan dan juga di Terengganu.

Tetapi apabila datangnya pilihan raya pada 1986, PAS hanya berjaya menang tiga kerusi Dun di Kedah, dan juga lima kerusi Dun di Terengganu, dan hanya 10 kerusi Dun di Kelantan, serta beberapa kerusi Parlimen tradisi seperti di Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Rantau Panjang dan Pasir Mas yang berjaya dimenangi oleh PAS.

Pakatan politik ada pada pilihan raya pada tahun 1986, tetapi ia ha nya daripada parti-parti yang kecil se perti NASMA pimpinan bekas Pre siden Cuepacs iaitu Mohd Nor, selain itu ialah Parti Pekerja dan juga Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC).

Orang bukan Melayu pada umumnya masih bersama dengan MCA, Gerakan dan DAP. Amat sedikit sekali yang menyokong dan bersama parti-parti kecil. Oleh itu pada 1986 kemenangan PAS berada di tahap yang paling parah, iaitu hanya satu kerusi Parlimen yang dimenangi melalui Parlimen Pengkalan Chepa, iaitu Ahli Parlimennya Pak Nilah Arshad.

Pada pilihan raya tahun 1990 pula berlaku satu "tahalluf" atau pakatan politik dengan (APU) iaitu Parti Semangat 46, dengan DAP secara "indirect", maka pada tahun 1990, PAS dan APU telah berjaya mengambil alih pentadbiran Ke lantan, menang beberapa kerusi di Terengganu, menang beberapa kerusi di Pahang, Kedah, Johor dan juga di Selangor.

Pada pilihan raya tahun 1995, PAS telah berjaya memenangi negeri Kelantan, walaupun begitu DAP yang tidak bersama dengan PAS menyebabkan kita hilang dan juga kita tidak berjaya memungut undi dan tidak berjaya memenangi kerusi Dun dan Parlimen di seluruh Malaysia, walaupun berjaya mempertahankan Kelantan.

Pada pilihan raya tahun 1999, di atas peristiwa yang berlaku kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, maka lahirlah Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). PAS bergabung atau "tahalluf siyasi" dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP secara tidak langsung di bawah Barisan Alternatif. Inilah kejayaan di antara yang paling besar yang pernah dicapai oleh PAS, di mana kita PAS berjaya mendapat kemenangan 27 kerusi Parlimen iaitu Kedah (8), Kelantan (10), Terengganu (7) dan Perak (2), dan seterusnya menguasai Kelantan dan juga Terengganu yang ditawan semula oleh PAS selepas hilang kerajaan ini pada tahun 1962.

Pada pilihan raya tahun 2004, DAP telah mengumumkan untuk meninggalkan dan keluar daripada Barisan Alternatif di atas beberapa perkara yang mereka tidak bersetuju dan tidak bersamaan dengan PAS terutama dalam hal konsep negara Islam, maka pada tahun 2004 ini PAS telah mengalami kekalahan yang agak teruk, hilang kerajaan Terengganu, manakala di Kedah PAS hilang kerusi-kerusi Parlimen, yang tinggal hanyalah satu kerusi di pe ringkat Parlimen di Kedah dan lima kerusi Parlimen di Kelantan.

Menjelang pilihan raya pada tahun 2008, PAS bersama dengan KeADILan, DAP dan badan-badan NGO yang lain telah bersatu tenaga di bawah BERSIH dan di bawah slogan perjuangan bersama untuk menegakkan Negara Berkebajikan, "tahalluf siyasi" dijulang, diangkat dan dipersem bahkan kepada rak yat, maka pada pilihan raya tahun 2008 kejayaan yang paling tinggi telah dicapai oleh pembangkang semenjak merdeka, di mana lima negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sela ngor. PAS telah mendapat 23 kerusi parlimen dan 82 kerusi Dun di seluruh Malaysia.

Pakatan Rakyat dan ta haluf siyasi diteruskan menjelang PRU13, iaitu pi lihan raya pada tahun 2013, di mana sekali lagi Pakatan Rakyat mencatat kemenangan undi popular.

Iaitu Pakatan Rakyat mendapat undi popular le bih 52% dan Barisan Na sional mendapat undi 46%, setelah ditolak undi rosak lebih kurang 2%.

Walaupun hilang dan tidak berjaya menawan se mula Terengganu, PAS hanya ke hilangan dua kerusi untuk memerintah semula Terengganu. Merosot sedikit undi di Kedah, tetapi kejayaan yang besar ialah PAS telah capai di Selangor iaitu berjaya mencapai ke menang an 15 kerusi Dun.

Saya hendak simpulkan di sini, kejayaan PAS melonjak apabila ada di dalam pakatan atau taha luf siyasi atau coalition dan PAS mendapat undi yang parah apabila tidak ada tahaluf, tidak ada pakatan atau bertelagah di antara parti-parti dalam pakatan. Iaitu ki ta kurang mendapat sambutan pada tahun 1995, paling parah pada ta hun 2004 apabila DAP meninggalkan Barisan Al ternatif, kita telah hilang pemerintahan di negeri Terengganu, kita merosot undi di seluruh negara termasuk undi orang-orang Melayu Bumiputera, tetapi kita (PAS) melonjak kembali mendapat undi rakyat pada tahun 2008 apabila Pakatan Rakyat terserlah kejayaan mereka bersatu untuk menghadapi pemerintah Barisan Nasional.

Oleh itu jikalau PAS dan rakan-rakan dalam Pakat an Rakyat bera ngan atau berazam untuk menguasai Putrajaya, iaitu melalui pilihan raya dan proses demokrasi, maka tidak ada jalan yang lain, melainkan jalan yang terbaik melalui kerjasama politik antara parti-parti pembangkang dan NGO untuk hadapi peme rintah Barisan Nasio nal.

Tangkap Unit Amal, PAS Desak Zahid Minta Maaf

Posted: 01 Sep 2014 04:58 PM PDT

RAKYATNEWS


alt


 
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana melabelkan Unit Amal PAS sebagai jabatan keselamatan tidak berdaftar.

Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS adalah badan kebajikan di bawah Pemuda PAS yang menguruskan kebajikan dan bantuan kemanusiaan termasuk banjir dan kebakaran.

"Kalau buat demonstrasi, itu maknanya adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Perlembagaan, jadi kita jaga kebajikan orang yang nak buat demonstrasi.

"Begitu juga semasa ceramah PAS, apabila kita menjaga kawalan keselamatan dan lalu lintas," kata Suhaizan kepada The Malaysian Insider.‎
Katanya, Zahid perlu meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya terhadap Jabatan Amal yang beroperasi sejak 20 tahun lalu.

"Saya tak nampak kenapa kerajaan mahu ambil tindakan. Selama tempoh Jabatan Amal bertugas lebih 20 tahun dan adakalanya bekerjasama dengan pihak polis dan agensi kerajaan, tiba-tiba hari ini mahu dipersalahkan," katanya.

Ekoran penahanan beramai-ramai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang semalam, Zahid hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan serupa ke atas Unit Amal PAS.

Beliau berkata polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap Unit Amal PAS.

"Tindakan yang sama juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," kata Zahid.

Suhaizan berkata pihaknya tidak akan teragak-agak membawa perkara ini ke mahkamah sekiranya Zahid dan polis masih mahu meneruskan niat menahan Unit Amal.

"Kita jumpa di mahkamah," katanya.

Seramai 154 anggota PPS ditahan pagi semalam selepas menyertai perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh turut ditahan polis pada sebelah petang kerana pernah mengaku bertanggungjawab sepenuhnya ke atas PPS.

Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) RSN Rayer diarahkan hadir di balai polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, semua anggota PPS termasuk tujuh wanita ditahan pada 10.15 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan.

Zahid dalam majlis sama berkata, pihak berkuasa menerima banyak laporan anggota PPS bertindak di luar undang-undang dan mengugut orang ramai, termasuk mengeluarkan kata-kata kesat seolah-olah mereka menjalankan kerja penguatkuasaan, bukannya menjaga keamanan.

Katanya, Lim sebelum ini meminta polis dan kementeriannya meluluskan permohonan kerajaan negeri meletakkan polis bantuan di majlis perbandaran.

"Pada masa sama, kami terima maklumat ada sesuatu yang tidak kena dengan permintaan itu, jadi kami tidak meluluskannya. Saya tidak boleh berikan butiran lanjutnya," katanya.

PAFA Nafi Penyokong Perak Terlibat Merusuh

Posted: 01 Sep 2014 04:55 PM PDT

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR  - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan penyokong Perak terlibat dalam rusuhan pada perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak, di Stadium Negeri, Kuching Sabtu lepas.  

Pengurusnya, Datuk Azhar Ahmad berkata, ia merupakan tuduhan yang tidak berasas memandangkan sebelum ini Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) telah mengeluarkan kenyataan mengatakan pihak mereka tidak menjual sebarang tiket kepada penyokong Perak.

"Kita sudah tahu sebelum ini, FAS dalam kenyataan yang dikeluarkan di dalam Borneo Post berkata kedatangan pasukan Perak adalah tanggungjawab mereka (FAS).

"Tiada satu tiket pun dijual kepada penyokong Perak berikutan bimbang terhadap keselamatan mereka (penyokong Perak)," katanya dalam sidang media di Ipoh, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sebuah stesen televisyen swasta yang mendakwa penyokong Perak turut serta dalam kekecohan itu.

Azhar berkata, pada hari insiden itu, walaupun keadaan di dalam stadium dapat dikawal dengan baik oleh anggota polis namun provokasi tetap juga berlaku.

"Kami terpaksa berkurung di dalam bilik persalinan selama tiga jam dari 11 malam kerana keadaan ketika itu sangat membimbangkan," katanya.

Azhar berkata, Setiausaha Kehormat Pafa diminta menghantar laporan yang tepat mengenai insiden itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

"Kami hanya menerangkan apa yang berlaku sahaja, terpulang kepada pihak FAM untuk menentukan apa-apa yang perlu diperbetulkan," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas berhubung video pergaduhan yang tersebar di laman sosial Facebook pada perlawanan Perak menentang Sarawak di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 22 Ogos lepas, beliau berkata video tersebut tidak jelas dan tiada bukti menunjukkan penyokong Perak terlibat.

"Jika kes ini benar-benar berlaku, mengapa tiada sesiapa yang tampil membuat laporan polis," katanya.

Insiden itu tercetus selepas perlawanan berkesudahan seri 1-1, mengakibatkan skuad Ngap Sayot tersingkir dalam kempen Piala Malaysia, menyaksikan penyokong bertindak agresif dengan masuk ke dalam kawasan padang sebelum memusnahkan papan iklan di situ.

Lebih memburukkan keadaan, di luar stadium, sekumpulan penyokong fanatik itu bertindak membaling sekurang-kurangnya empat suar ke arah deretan kenderaan polis, termasuk melempar mercun. Foto - TMI

MAS di penghujung perkhidmatan?

Posted: 01 Sep 2014 04:52 PM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata Penerbangan Malaysia (MAS) sudah semakin hampir kepada penghujung perkhidmatannya.

Katanya, usaha kerajaan yang menyerahkan kepada Khazanah Nasional dengan suntikan modal sebanyak RM6 bilion itu sebagai usaha untuk menamatkan terus perkhidmatan MAS.

"MAS akan ditutup sepenuhnya dan diberikan kepada syarikat lain dengan pengurusan yang baru, ini merupakan kaedah yang pernah digunakan syarikat penerbangan luar negara dalam memulihkan industri tersebut.

"Kalau dalam istilah yang 'tidak langsung' adalah cuba bankrapkan MAS, selepas ini kerajaan tidak lagi memiliki MAS dan ia dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat yang menjadi penyuntik modal," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, walaupun MAS masih lagi menggunakan lambang dan nama yang sama, namun melalui kaedah yang digunakan ini mengakibatkan segala perjanjian yang ada bersama MAS akan terbatal.

"Segala perjanjian akan terbatal termasuk juga perkhidmatan pembekal makanan dalam penerbangan, Brahim's Holdings Bhd.

"Bila syarikat bankrap sudah pasti perjanjian dengan sendirinya akan terbatal, ini termasuk mana-mana perjanjian MAS dengan syarikat-syarikat lain dan juga kesatuan pekerja yang ada," sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga kesal dengan keputusan Khazanah melalui mengambilalihan itu akan menyebabkan enam ribu kakitangan MAS ada dipecat.

Menurut beliau, jika Khazanah merasakan jumlah kakitangan MAS terlalu ramai kenapa pengurusan MAS mengambil terlalu ramai pekerja sebelum ini.

Katanya lagi, kerajaan perlu memikirkan langkah jangka panjang bagi memastikan kakitangan MAS yang terlibat dalam pemecatan tersebut dijamin dan membantu mereka untuk bekerja di sektor lain. – HARAKAHDAILY

Bubar JPP, buktikan keikhlasan Kerajaan Pusat

Posted: 01 Sep 2014 04:49 PM PDT

AHMAD FADHLI SHAARI


Saya ingin memberikan respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini 1 September 2014.

Di dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa Kelantan tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan Pusat di mana Kelantan dikatakan telah menerima RM590 juta sejak tahun 2004 untuk menampung deficit perbelanjaan akaun mengurus negeri ini.

Bahkan menurut beliau, pada tahun lepas (2013), kerajaan Pusat telah meluluskan RM86 juta untuk membantu kerajaan negeri.

Suka untuk saya menyatakan bahawa angka-angka yang disebut oleh oleh  Datuk Mustapa tersebut perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum diterima.

Jika diandaikan bahawa angka-angka tersebut adalah benar, maka ia jauh lebih kecil berbanding dengan peruntukan kerajaan Pusat terhadap Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang wujud di Kelantan selepas sahaja Umno tumbang di dalam pilihanraya umum 1990.

Saya memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Mahktar Mustafa di Tumpat pada 5 Mac 2010 yang lepas yang menyatakan bahawa JPP dijangka memperoleh peruntukan antara RM5 bilion dan RM7 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), mulai tahun 2011.

Memandangkan RMK10 mengambil tempoh selama 5 tahun untuk dilaksanakan dan jumlah minima yang diperolehi oleh JPP ialah RM5 billiion, maka peruntukan dari kerajaan pusat untuk JPP ialah RM1 billion setahun!

Ia bukan angka yang kecil namun ia menjadi amalan biasa kepada kerajaan Pusat di dalam meminggirkan peranan kerajaan Kelantan sebagai sebuah kerajaan yang sah.

Jika diundur lagi sebelum tahun 2010, maka kita boleh membaca kenyataan dari Pengarah JPP sebelum Makhtar iaitu Datuk Mohd Shukry Salleh di mana pada 27 April 2008, beliau menyatakan bahawa JPP Kelantan telah membelanjakan RM2.3 bilion daripada peruntukan RM4.4 bilion yang diterima daripada kerajaan pusat untuk projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini.

Jumlah RM4.4 billion jika dibahagikan dengan tempoh 5 tahun menjadikan jumlah purata setahun peruntukan untuk JPP ialah sekitar RM900 juta!

Fikirkan dengan akal yang waras, besar sangatkah jumlah RM86 juta (jika benar) yang didakwa oleh Datuk Mustapa Mohamed itu untuk Kelantan pada tahun lepas jika dibandingkan RM1 billion untuk JPP?

Ia kelihatan barangkali sedikit besar kerana dihimpunkan dari tahun 2004, maka saya cadangkan beliau menyebut angka dari tahun 1990 agar ia kedengaran lebih besar.

Saya juga melihat perkataan defisit itu seperti diberikan penekanan oleh Mustapa di dalam kenyataannya.

Suka untuk saya cadangkan agar beliau dapat menyemak kembali bajet kerajaan Malaysia sendiri yang dibentangkan saban tahun di dalam Parlimen oleh Menteri Kewangan.

Untuk rekod, bagi tahun 2014, bajet yang dibentangkan pada Oktober 2013 yang lepas ialah bajet defisit kali ke 16 semenjak tahun 1998.

Di Kelantan, bajet defisit bukan sahaja dibentangkan semenjak tahun 2004 bahkan sebelum dari itu lagi.

Semenjak awal pentadbiran PAS di negeri Kelantan contohnya, bajet yang dibentangkan sentiasa defisit namun di akhir tahun, berlaku lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan dan penjimatan dalam urusan perbelanjaan.

Untuk rekod, pada tahun 1992, dalam anggaran bajet, Kelantan mengalami defisit sebanyak RM16.63 juta, tetapi ketika perbelanjaan sebenar, Kelantan mempunyai lebihan RM9.32 juta.

Begitu juga pada tahun 1993, semasa anggaran bajet dibuat, defisit sebanyak RM27.27 juta, tetapi selepas perbelanjaan sebenar, Kelantan masih mempunyai lebihan sebanyak RM30.33 juta.

Hakikatnya, Kelantan dipinggirkan semenjak 24 tahun yang lepas dan masih dipinggirkan sehingga sekarang.

Isu-isu seperti royalti minyak, lapangan terbang, lebuh raya dan pelbagai lagi deretan isu-isu tertunggak membuktikan bahawa kerajaan Pusat masih belum berlaku adil kepada Kelantan sehingga ke hari ini.

Jika benar Datuk Mustapa ingin membuktikan penegasan beliau bahawa Kelantan tidak pernah dipinggirkan, saya suka untuk memohon beliau untuk melakukan satu langkah pertama yang cukup berani, bubarkan JPP dan segala urusan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat dikembalikan kepada format asal iaitu melalui Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), bukannya Pejabat Pembangunan Persektuan (JPP).

Sekian, terima kasih.

* Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan

- HARAKAHDAILY

Peguam PAS sedia pertahan Unit Amal

Posted: 01 Sep 2014 04:48 PM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Pasukan peguam PAS bersedia untuk membela anggota Jabatan Amal jika kerajaan bertindak mengheret jabatan itu ke mahkamah.

Setiausaha Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Piusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ingin bertindak ke atas Unit Amal PAS adalah tidak berasas.

"Kenyataan Zahid ini umpama terlebih sudu dari kuah kerana membuat keputusan menghukum sebelum keputusan mahkamah.

"Tangkap atau dakwa ke semua Ahli Jabatan Amal di seluruh negara biarlah mahkamah menentukan sama ada bersalah atau tidak di sisi undang-undang. Zahid jangan menjadi penentu untuk memutuskan bersalah atau tidak," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau turut mengingatkan Zahid bahawa negara ini mempunyai sistem perundangan.

"Negara ini adalah hak rakyat Malaysia secara bersama, bukan milik Barisan Nasional (BN) atau mana-mana Menterinya sehingga boleh membuat kenyataan yang 'seolah-olah' memperlihatkan kurang cerdiknya tahap pemikiran Menteri di 1Malaysia.

"Kita tekankan di sini sebarang tindakan diambil, seluruh peguam PAS bersedia untuk ke balai dan mahkamah bagi membela ahli yang ditahan atau ditangkap," katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.- HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: