DIALOG RAKYAT |
- Pelbagai kaum dan agama sambut Hari Malaysia bersama PAS
- Kakitangan pusat dikerah sambut Muhyiddin
- Hari Malaysia: Jemaah haji adakan solat hajat, tahlil
- Lima universiti M'sia tersenarai 400 teratas
- Parti Alternatif Rakyat tunggu kelulusan ROS
- Calon PAS: Penduduk tak kisah apa berlaku di S'gor
- MH17: Jenazah dibawa pulang Khamis mungkin bertambah kepada tiga - Rohani
- Soalan bocor: Bekas Ketua Hakim Negara dilantik pengerusi jawatankuasa bebas
- Muktamar PAS dijangka bahas perbalahan Ulama dengan profesional
- Pemuda PAS mahu PP, S'gor giat bela Melayu...
- Jangan ingat Pakatan Rakyat terlalu ideal - Hatta Ramli
- PRK Pengkalan Kubor: Majikan diminta beri pelepasan kepada pengundi pulang
- 'Orang sekeliling punca kerajaan belum mansuh Akta Hasutan''
- Isu tol: Syor Malaysia-Singapura bincang
- Bilangan jenazah dibawa pulang mungkin bertambah
- Royalti: Muhyiddin, Mustapa hina mahkamah
- NGO lancar bantahan mengundi hari bekerja
- Peluang kenal PAS secara lebih rapat - Aminolhuda
- Keluarga Shaikh Mohd Noor lega jenazah dikenal pasti
- Lihat anak bulan Zulhijjah petang 24 Sept
- Akta Hasutan: Khatib berkhutbah Jumaat pun disiasat
- Pasang kain rentang provokasi, Umno tiada modal – Zuraida
- Hak Anwar untuk dapat perbicaraan adil terjejas – LFL
- Syarikat penerbangan tidak sensitif
- Cari barang jumpa mayat
Pelbagai kaum dan agama sambut Hari Malaysia bersama PAS Posted: 16 Sep 2014 04:04 AM PDT MIRI: Acara kemuncak Hari Malaysia peringkat nasional di Miri mendapat sambutan di luar dugaan kerana pelbagai bangsa dan agama telah menghadiri makan malam di Eastwood Valley pada malam 15hb September 2014. Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada malam tersebut adalah MP Pokok Sena dan Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang juga mantan menteri besar Selangor dan juga merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, MP Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Muslimat PAS pusat, Pesuruhjaya PAS Sarawak Tuan Haji Adam Ahid, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak Mr Yeo Kian Leong dan John Barah pengerusi DHPP Miri serta pemimpin tempatan. (Gambar kanan) Antara kandungan ucapan yang disampaikan oleh penceramah pada malam tersebut ialah kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh rakyat Sarawak sendiri sepatutnya jangan menyalahkan pihak lain yang menyebabkan rakyat Sarawak hidup dalam kemiskinan kerana kekayaan hasil bumi Sarawak sepatutnya dinikmati oleh semua lapisan rakyat bukan hanya dinikmati oleh pemimpin BN serta kroni mereka saja. Begitu juga dengan masalah ampangan Baram yang akan menyusahkan kehidupan penduduk yang tinggal di kawasan Baram. Menurut John Barah, penduduk kampung memerlukan tempat tinggal yang selamat dan sepatutnya pihak kerajaan membina lebih banyak infrastuktur dan kemudahan asas kepada rakyat. Mr Yeo pula berkata yang masyarakat berbagai kaum di Sarawak boleh menerima PAS sebab PAS bukan parti ektremis tapi yang peliknya mengapa terdapat umat Muslim yang masih takut dengan PAS. Kebanyakan umat Muslim yang takut dengan PAS sebab ada diantara mereka masih lagi suka berjudi katanya. Semua agama melarang penganutnya supaya tidak berjudi dan minum minuman yang memabukkan. Katanya lagi isu Hudud adalah mainan pemimpin politik yang cuba untuk menakutkan rakyat kepada PAS sedangkan rakyat biasa di Sarawak tiada masalah dengan Hudud sebab katanya lagi perundangan syariah memang sudah ada cuma Hudud adalah sebagai tambahan dalam perundangan jenayah syariah. Antara lain ucapan pemimpin PAS pusat ialah menyeru agar rakyat Sarawak perlu berani berubah kalau mahu terus maju atau setanding dengan negara lain kerana kalau mereka masih takut untuk berubah, mereka akan terus ketinggalan dari segi infrastrukur dan sebagainya. Mereka juga rasa kesal kerana masih ada lagi rakyat Sarawak yang hidup dalam kemiskinan dan tiada kemudahan asas seperti air bersih yang sepatutnya dapat dinikmati oleh penduduk terutama yang tinggal di luar bandar. Walaupun tanah Sarawak luas tetapi masih ramai lagi penduduk Sarawak yang masih tidak ada hak milik tanah kekal seperti mana penduduk di Semenanjung. Pada malam tersebut juga ada pelancaran Tabung Kebajikan UntukMu Sarawak dimana tabung tersebut khas untuk membantu penduduk Sarawak yang memerlukan bantuan. Kehadiran penduduk berbagai kaum dan agama dalam majlis Hari Malaysia bersama PAS menujukkan bahawa PAS terus mendapat tempat dihati rakyat setelah mereka kenal PAS dengan lebih dekat lagi. Menurut Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib beliau merasa kagum kerana melihat berbagai kaum dan agama hadir pada makan malam Hari Malaysia anjuran PAS di Miri. Dia tidak menjangka kehadiran berbagai kaum dan agama seperti ini lebih-lebih lagi di tempat yang terdapat ramai majoriti non Muslim. Semoga PAS akan terus mendapat tempat dihati rakyat pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. – HARAKAHDAILY |
Kakitangan pusat dikerah sambut Muhyiddin Posted: 16 Sep 2014 04:01 AM PDT TUMPAT: Banyak kenderaan milik jabatan kerajaan pusat dilihat Kampung Telok Jering, Kampung Bendang Pak Yong dan Simpangan sejak pagi semalam bagi membuat persiapan menyambut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Seorang pesara, Wan Kamaruddin Wan Kob berkata, beliau melihat lori-lori milik Kada menurunkan khemah-khemah sejak tengah hari semalam. "Selepas itu kakitangan Kada yang berada di situ memasang khemah-khemah yang dihantar. Kerahan kakitangan kerajaan pusat begitu berleluasa sekali bagi membantu kempen BN," katanya di sini. Muhyiddin tiba Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 10 pagi tadi dan kemudian berkereta ke Wat Machimaram di Jubakar Darat, Dun Pengkalan Kubor. Program tersebut dinamakan sebagai Majlis Ramah Mesra Masyarakat Siam bersama Timbalan Perdana Menteri. Hanya kelihatan seorang sami berada di pentas bersama Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno. Keadaan itu jauh berbeza dengan Majlis Jalinan Mesra Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersama masyarakat Siam di wat sama 12 September lepas. Majlis ramah mesra tersebut turut dihadiri Ketua Sami Wat Machimaran, Prak Khru Whiktet Thammnard dan ramai lagi sami wat tersebut dan wat lain di Tumpat. Penduduk tempatan di sini mengakui tidak ramai sami Buddha hadir pada program anjuran BN hari ini. "Sedangkan pada program anjuran kerajaan negeri Jumaat lepas ramai sami datang. Ini seolah-olah melihat satu petanda perubahan kalangan masyarakat Siam," katanya di sini. Selepas beramah mesra bersama pengundi kalangan masyarakat Siam di Jubakar Darat Timbalan Perdana Menteri berkempen pula ke Kampung Bendang Pak Yong. Di Bendang Pak Yong Muhyiddin difahamkan menziarahi rumah penduduk sebagai gimik kempen sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Simpangan. Beliau juga dikatakan melawat Pondok Simpangan milik calon BN, Mat Razi Mat Ail. Pondok tempat pengajian kelas al Quran itu difahamkan disumbang bekas Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar. Wan Kamaruddin berkata, sebahagian besar yang hadir pada program Timbalan Perdana Menteri ialah kakitangan kerajaan pusat dan penyokong Umno dari bahagian-bahagian lain di Kelantan. Seorang penduduk pula mendakwa Umno menggunakan premis pejabat milik agensi kerajaan pusat sebagai bilik gerakan kempen parti itu. "Saya melihat ramai petugas-petugas Umno berkumpul di premis milik Jabatan Perpaduan Masyarakat di Terbok, Tumpat," katanya. Sebelum ini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu menjadi satu kesalahan menggunakan kemudahan milik kerajaan ketika kempen pilihan raya. - HARAKAHDAILY |
Hari Malaysia: Jemaah haji adakan solat hajat, tahlil Posted: 16 Sep 2014 03:59 AM PDT ANTARAPOS.COM MAKKAH: Jemaah dan petugas haji di semua 12 maktab penginapan Tabung Haji (TH) di Makkah dan Madinah malam tadi mengadakan bacaan Yasin, solat hajat dan doa selamat sempena sambutan Hari Malaysia. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata majlis selepas solat Maghrib itu bagi mendoakan Malaysia terus aman dan makmur. "Selain mendoakan moga kepimpinan negara dapat meneruskan tanggungjawab membangunkan negara dengan lebih berjaya," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis berkenaan di Maktab Penginapan 83 di Hotel Abraj Al Janadiriyyah di sini. Syed Saleh berkata, setakat ini lebih 65 peratus atau 14,688 jemaah haji daripada keseluruhan 22,320 jemaah telah tiba di Tanah Suci. Di Makkah kini terdapat 11,224 jemaah haji dan selebihnya di Madinah. Sebanyak dua penerbangan sewa khas TH tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah iaitu KT42 dan KT43. KT42 yang membawa 450 jemaah dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL tiba pada 5.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia). Sementara KT43 yang membawa 279 jemaah haji dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu tiba pada 4.35 petang waktu tempatan (8.35 malam waktu Malaysia). |
Lima universiti M'sia tersenarai 400 teratas Posted: 16 Sep 2014 03:57 AM PDT MALAYSIAKINI Lima universiti Malaysia tersenarai dalam kedudukan 400 teratas dalam ranking berprestij Universiti Dunia QS 2014. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor membuat lompatan terbesar - Lebih 60 anak tangga - untuk menduduki tempat ke-294 tahun ini. Menurut kajian terbaru QS, tiga universiti Malaysia berada di kedudukan 300 teratas, didahului institusi pengajian tinggi tertua negara, Universiti Malaya (di tangga 151), diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (259) dan UTM (294). Dua lagi universiti Malaysia yang berada di kedudukan 400 teratas ialah Universiti Sains Malaysia (309) dan Universiti Putra Malaysia (376). Kedudukan kesemua mereka meningkat berbanding kedudukan tahun lali di mana UM (167), UKM (269), UTM (355), USM (355) dan UPM (411-420). Universiti Malaysia, bagaimanapun, masih ketinggalan jauh di belakang Universiti Nasional Singapura (24), Universiti Hong Kong (26), Universiti Kebangsaan Australia (27), Universiti Tokyo (32) dan Seoul University (35). Universiti dinilai berdasarkan enam petunjuk yang antaranya reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar fakulti, fakulti antarabangsa, penunjuk kesan penyelidikan, dan 'citation' setiap fakulti. Hanya USM yang merupakan universiti Malaysia yang telah menunjukkan peningkatan dalam semua enam penunjuk itu. Sementara itu, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) terus tidak bergerak dengan ranking antara 501-550. Sepuluh univerisiti terkemuka dunia tahun ini ialah: 1. Massachusetts Institute of Technology 2. Universiti Cambridge 3. Imperial College London 4. Universiti Harvard 5. Universiti Oxford 6. University College London 7. Universiti Stanford 8. California Institute of Technology 9. Universiti Princeton 10. Universiti Yale |
Parti Alternatif Rakyat tunggu kelulusan ROS Posted: 16 Sep 2014 03:55 AM PDT MALAYSIAKINI Sebuah parti politik baru - Parti Alternatif Rakyat (PAP) - akan ditubuhkan sebagai suara ketiga rakyat selaras dengan ideologi memartabatkan jati diri, hak dan kepentingan rakyat Malaysia. Presiden Jawatankuasa Penaja PAP, Zulkifli Mohd Noor berkata pihaknya telah menghantar permohonan mendaftarkan parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam dan masih menunggu kelulusan. "Selepas mendapat kelulusan daripada ROS, kami akan melancarkan parti baru ini di Kuala Lumpur. Sementara menunggu kelulusan itu, kami akan patuh arahan pihak ROS yang boleh dan tidak boleh kami lakukan sehingga disahkan mendapat sijil rasmi kelak," katanya dalam sidang akhbar mengumumkan penubuhan jawatankuasa penaja PAP di Gorge Town hari ini. Beliau berkata penubuhan parti baru yang berlandaskan ideologi liberal demokratik itu juga berhasrat untuk mempersiapkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14, kelak. Katanya, calon akan dihantar bertanding di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di seluruh negara. Zulkifli berkata selain 25 anggota jawatankuasa penaja, pihaknya telah mengenal pasti pemimpin di peringkat negeri, kawasan Parlimen dan cawangan serta mengembangkan parti itu ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Beliau berkata keahlian PAP terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan tidak akan menyekat anggota daripada mana-mana parti politik lain untuk menyertai parti berkenaan. "Kami memberi peluang kepada anak-anak muda, mereka yang tidak menjadi ahli mana-mana parti, mereka ingin tinggalkan dan sudah tinggalkan parti mereka. Mereka yang tiada platform untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya umum dan kecil. "Mereka yang terdiri daripada pesara angkatan tentera, polis dan anggota keselamatan yang lain bolehlah menyertai atau sekurang-kurangnya memberi sokongan kepada parti ini," katanya. - Bernama |
Calon PAS: Penduduk tak kisah apa berlaku di S'gor Posted: 16 Sep 2014 03:49 AM PDT MALAYSIAKINI Calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim yakin bahawa masalah dalaman yang melanda parti itu ketika ini, tidak akan menjejaskan sokongan pengundi di kawasan itu kepada PAS . Walaupun perkara itu kini hangat diperkatakan, namun beliau percaya ia sedikit pun tidak memberi kesan terhadap penduduk di kawasan itu. Menurutnya lagi, krisis Pakatan Rakyat berhubung pemilihan menteri besar Selangor juga tidak menjadi isu memandangkan penduduk tempatan "tidak ambil kisah" dengan apa yang berlaku di luar Pengkalan Kubor. "Isu dalaman (PAS) tidak akan jejas pengundi. Isu dalaman hanya (berlaku di peringkat) dalaman. Lagipun penduduk tak kisah. "Tak ada. Tak jejas. Semasa kempen pun di peringkat akar umbi mereka tak ada sentuh isu itu (MB Selangor). Yang di Selangor, di Selangorlah. Di Pengkalan Kubor yang penting rakyat Pengkalan Kuborlah," katanya ketika ditemubual Malaysiakini hari ini. Selain itu, Wan Rosdi yang mesra dipanggil Abe Di berkata, beliau juga yakin mampu merampas kerus itu dari BN, memandangkan beliau telah lama berkhidmat sebagai penyelia DUN Pengkalan Kubor sejak 2009. Menjawab soalan, setiausaha PAS kawasan Tumpat itu berkata, tidak menjadi masalah baginya untuk berdepan dengan calon BN, Mat Razi Mat Ail serta calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. Ini kerana, Wan Rosdi berpendapat beliau telah lama mendekati rakyat kawasan itu sebelum diumumkan menjadi calon. Malah, beliau berkata, walaupun tidak berkempen secara besar-besaran, perkara yang menjadi keutamaannya ialah mendekati penduduk setempat melalui pelaksanaan negeri berkebajikan. "Saya meneruskan agenda sedia ada. Iaitu agenda negeri berkebajikan dengan menemui seluruh rakyat dan akan ketengahkan porgram kebajikan tanpa mengira petani atau nelayan. Strategi utama ialah mendekati rakyat "Kita lawan dengan kerajaan pusat. Mereka dapat bantuan dari menteri-menteri. PAS kini berlawan dengan kerajaan Malaysia. "Saya rasa tak nampak sangat (saingan yang sukar) sebab calon Bebas pada pilihan raya umum ke-13 dulu dia tak dapat undi yang besar. Saya juga tak rasa (berdepan dengan) cabaran yang besar dalam PRK ini. Inya-Allah (menang) sebab saya telah bertugas di DUN ini sejak 2009 lagi dan telah menemui rakyat di seluruh kampung," katanya. Mengenai isu perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan, Wan Rosdi berkata, perkara itu tidak berbangkit memandangkan pihak kerajaan negeri sentiasa memberi penerangan berhubung undang-undang Islam tersebut kepada masyarakat bukan Islam. Katanya, rata-rata masyarakat Islam setempat faham tentang perlaksanaan undang-undang itu. l "Isu hudud daripada dulu hingga sekarang kita akan sentiasa bawa. Bagi rakyat Pengkalan Kubor khususnya orang Islam, mereka tahu (tentang hudud) sebab di sini banyak pondok pengajian agama. Jadi mereka tahu tentang hukum hakam. "Kalau yang bukan Islam, kita sentiasa beri penerangan tentang hudud bahawa ia untuk orang Islam. Orang bukan Islam tak ada masalah kerana hudud untuk orang Islam sahaja," katanya. |
MH17: Jenazah dibawa pulang Khamis mungkin bertambah kepada tiga - Rohani Posted: 16 Sep 2014 03:45 AM PDT ANTARAPOS.COM MIRI: Jumlah jenazah mangsa nahas pesawat MH17 yang akan dibawa pulang Khamis ini mungkin bertambah kepada tiga daripada dua, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Beliau berkata, ini kerana jenazah anak kapal, Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, juga telah selesai melalui semua proses dan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sebelum ini mengumumkan empat lagi jenazah telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan dua iaitu jenazah Muhammad Afzal Tambi, 17, dan adiknya Marsha Azmeena, 15, telah mendapat kelulusan untuk dibawa pulang Khamis ini. Rohani berkata, jenazah seorang lagi rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti iaitu Liew Yau Chee, 38, masih dalam proses dokumentasi. Sementara itu, Rohani berkata Malaysia Airlines (MAS) sudah mula menghubungi waris keluarga mangsa untuk proses pengecaman barang-barang milik mangsa. "Sebaik barangan milik mangsa ditemui, MAS terus menghubungi keluarga mangsa dan memberi gambar barangan itu untuk proses mengenal pasti," katanya kepada pemberita di sini. Rohani berkata, beliau akan bertemu 10 waris mangsa esok untuk membincangkan soal bantuan yang boleh diberikan kepada mereka. "Ini untuk membantu waris mangsa meneruskan hidup dari segi persekolahan anak-anak mereka, kebajikan, kerja dan sebagainya," katanya. |
Soalan bocor: Bekas Ketua Hakim Negara dilantik pengerusi jawatankuasa bebas Posted: 16 Sep 2014 03:44 AM PDT ANTARAPOS.COM TUMPAT: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa bebas untuk mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pelantikan itu dimaklumkan sendiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di Kampung Simpangan di sini, sebentar tadi. Beliau menjelaskan, lapan lagi anggota jawatankuasa itu akan dilantik dalam masa terdekat. Beliau juga memaklumkan tempoh tiga bulan diberi kepada jawatankuasa itu untuk mengemukakan cadangan berkaitan penambahbaikan kepada SOP itu. |
Muktamar PAS dijangka bahas perbalahan Ulama dengan profesional Posted: 16 Sep 2014 03:38 AM PDT Oleh Zeanaaima Mohd YusofKOTA TINGGI: Muktamar PAS kali ke-60 membuka tirainya hari ini dengan tumpuan dijangka diberikan kepada perbahasan di kalangan perwakilan Pemuda dan juga Ulama berhubung kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu. Fokus juga akan dihalakan kepada perbahasan di antara dua kelompok dalam PAS iaitu golongan profesional dan juga golongan ulama. Kedua-dua kelompok ini dilihat saling bercanggah pendirian berhubung pencalonan pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim. Jawatankuasa PAS Pusat yang didominasi golongan profesional bersetuju sebulat suara untuk menyokong PKR yang menetapkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. Namun keputusan itu tidak selari dengan pendirian golongan ulama termasuk juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat. Masing-masing membuat kenyataan yang jelas berlainan sekali gus memperlihatkan jurang yang semakin besar di antara dua kelompok itu. Hadi dilaporkan menghantar nama tiga ADUN PAS iaitu ADUN Chempaka, Iskandar Samad; ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi dan ADUN Sijangkang, Dr Yunus Hairi kepada istana. Hadi kemudiannya dilaporkan menghantar senarai nama kedua kepada istana. Kali ini melibatkan dua ADUN PKR dan seorang ADUN PAS. Mereka adalah ADUN Chempaka, Iskandar Samad; ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad (PKR) dan ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari (PKR). Tindakan PAS itu mengundang cemuhan PKR dan DAP yang nekad menamakan calon tunggal mereka Azizah meskipun menyebabkan Sultan Selangor murka. Mengeruhkan lagi keadaan apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu dilaporkan cuba menasihati golongan ulama agar tidak menggunakan imej Islam untuk menghalalkan segala tindakan mereka. Katanya, imej keislaman yang melampau akan menjadikan PAS tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia pada masa depan. "Kepimpinan (teratas) PAS tidak harus terlalu bangga dalam menggunakan Islam sebagai perisai untuk mempertahankan segala tindakan mereka. "Para ulama dalam PAS harus menjalankan reformasi dalaman dan lebih terbuka berhubung isu-isu rasuah dan keadilan," kata Mat Sabu. Penegasan Mat Sabu itu dijangka turut dibahaskan perwakilan PAS hari ini. Muktamar kali ini juga diramal turut membahaskan isu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai ahli PAS sendiri, iaitu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa. NGO itu kononnya adalah satu gerakan untuk menjatuhkan Hadi, namun ia dinafikan presidennya, Datuk Pharolrazi Zawawi. Meskipun mengaku terdapat desakan ahli PasMa yang mahu supaya Hadi diturunkan, Pahrolrazi menegaskan ia sekadar pandangan dan tiada tindakan susulan mengenainya. PasMa adalah gerakan yang menyokong kerjasama PAS dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, kata Pahrolrazi lagi. Muktamar PAS dijadualkan berlangsung bermula hari ini sehingga Sabtu depan dengan Persidangan Dewan Pemuda PAS diadakan hari ini dan esok (Selasa dan Rabu), Persidangan Dewan Ulama (Rabu) dan Muktamar Penuh pula pada Khamis, Jumaat dan Sabtu. Muktamar kali ke-60 ini pada mulanya dijadual diadakan di kawasan parkir Sutera Mall, Johor Bahru pada 18 hingga 20 September, sebelum dipindahkan ke Parit Raja, Batu Pahat akibat masalah dengan pemilik pusat beli-belah itu. Terbaru Persidangan Pemuda PAS diadakan di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi. Sementara Persidangan Dewan Ulama dijalankan di Kulaijaya manakala muktamar penuh akan diadakan di Batu Pahat. |
Pemuda PAS mahu PP, S'gor giat bela Melayu... Posted: 16 Sep 2014 03:35 AM PDT MALAYSIAKINI Pemuda PAS mahu kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan contoh terbaik untuk terus membela dan memartabatkan Melayu, bumiputera dan kaum lain yang terpinggir di bawah dasar afirmatif yang dilaksanakan dalam dua kerajaan Pakatan itu. Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata perkara itu antara aspek "yang masih kurang menonjol" dan usaha mapan perlu digiatkan khususnya bawah portfolio pembangunan luar bandar dan portfolio belia dan sukan. "Pemuda PAS berpandangan bahawa dasar afirmatif tetap relevan untuk membantu Melayu, Bumiputera dan bangsa lain yang hidup melarat. "Kami menyeru supaya Kerajaan Pakatan Rakyat meneruskan perlaksanaan dasar afirmatif secara mapan dan berkesan yang benar-benar mampu membela nasib Melayu dan bangsa lain yang terpinggir daripada limpahan kekayaan ekonomi. "Kita tidak mahu ada di kalangan warganegara yang tercicir daripada menikmati limpahan kekayaan negara. Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, secara sendiri terkuburlah khurafat yang mengatakan bahawa orang Melayu hanya bermartabat sekiranya berada di bawah Umno," katanya. Beliau berkata demikian dalam usaha untuk menggerakkan agenda bersepadu untuk menguasai sokongan pengundi muda Melayu ketika menyampaikan ucapan dasarnya bertajuk "Memperkukuh Muafakat" dalam Muktamar Pemuda PAS di Dewan Chon Moi, di Kota Tinggi Johor petang ini. |
Jangan ingat Pakatan Rakyat terlalu ideal - Hatta Ramli Posted: 16 Sep 2014 03:32 AM PDT ANTARAPOS.COM SHAH ALAM: "Jangan ingat Pakatan Rakyat terlalu ideal", tegas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli. Katanya, sehingga kini, gagasan itu masih belum memutuskan siapakah yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya. Begitu juga dengan isu siapakah bakal pengganti Menteri Besar Selangor. "Jangan ingat PR semuanya ideal... contohnya siapa perdana menteri daripada PR selepas PRU13, sampai sekarang tidak hendak diselesaikan kerana kita 'setuju untuk tidak bersetuju' tetapi tidak perlu hendak sabotaj," katanya dalam forum 'Kemelut MB Selangor: Mampukah PR bertahan?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Lembah Pantai malam tadi. Katanya lagi, PAS terpaksa menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai mengikut kehendak Pakatan Rakyat. Ironinya, PAS pada mulanya mempunyai nama lain untuk diketengahkan bagi menerajui Selangor - negeri terkaya di Malaysia. "Apa yang kita mahu? Saya pun tidak pasti, yang kita mahu ialah orang lain, bukan Dr Wan Azizah, tetapi ironinya pada satu tahap kita cadangkan Dr Wan Azizah. "Kalau kita cakap orang lain akan tempelak kita... kita sudah bersetuju bersama rakan (PR)," katanya lagi. Ahli Parlimen Kuala Krai itu tidak menolak percanggahan pendapat di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Jawatankuasa PAS Pusat berhubung kemelut itu. "Saya tidak tahu isi perbincangan itu kerana tidak ada laporan rasmi dan kita (AJK PAS Pusat) tidak dijemput. "Mungkin dia (Hadi) dengar pandangan ADUN, saya pun tidak tahu apa kesimpulan tersebut," katanya. Hatta bagaimanapun dilihat tidak selari dengan pendirian kebanyakan pemimpin PAS yang mencemuh dua ADUNnya sebelum ini yang bertindak membelakangkan parti dan menyokong Azizah sebagai calon pengganti Khalid. Beliau juga simpati pada ADUN Morib, Hasnul Morib dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib yang dicop sebagai pengkhianat. "Kenapa kita ambil isu ini sebagai pengkhianatan? Saya harap semua (13 ADUN) itu menyokong supaya sultan senang buat keputusan. "Saya ingin meminta mana-mana pihak yang mempertahankan kuasa 13 ADUN itu untuk jelaskan, kalau tidak sampai bila-bila dua orang itu dicap sebagai pengkhianat," katanya. Sokongan Saari dan Hasnul kepada Azizah menyaksikan ADUN Kajang itu mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor sekali gus menidakkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. |
PRK Pengkalan Kubor: Majikan diminta beri pelepasan kepada pengundi pulang Posted: 16 Sep 2014 03:28 AM PDT ANTARAPOS.COM TUMPAT: Kerajaan Kelantan meminta majikan pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di luar Kelantan memberi pelepasan kepada pekerja mereka untuk pulang mengundi pada 25 September ini. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kebenaran daripada majikan adalah penting kerana hari mengundi pada Khamis itu adalah hari bekerja di negeri lain. "Di Kelantan tidak ada masalah kerana semalam, kerajaan negeri telah mengumumkan cuti peristiwa pada 25 September ini sempena PRK itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Katanya, pelepasan majikan itu dapat meningkatkan peratusan orang keluar mengundi dan menyuburkan lagi sistem demokrasi negara ini. Terdapat 24,039 pemilih berdaftar bagi kawasan DUN Pengkalan Kubor yang terletak dalam kawasan Tumpat. Daripada jumlah itu lebih 1,700 pengundi berada di luar kawasan DUN berkenaan. PRK DUN Pengkalan Kubor akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail; calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim; dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas. Pada Pilihan Raya Umum lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. |
'Orang sekeliling punca kerajaan belum mansuh Akta Hasutan'' Posted: 16 Sep 2014 03:27 AM PDT ANTARAPOS.COM SHAH ALAM: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa keengganan rakyat untuk Akta Hasutan dimansuh adalah faktor kerajaan Persekutuan sehingga kini tidak melaksanakannya. Bagaimanapun, beliau yakin kerajaan persekutuan sehingga kini masih mengkaji pelaksanaan dan keperluan akta tersebut dimansuhkan. "Saya yakin Perdana Menteri memang nak mansuhkan Akta Hasutan tetapi ada yang di sekeliling yang tak setuju. "Tugas kita adalah tunjuk kepada Perdana Menteri yang kita semua nak Akta Hasutan dihapuskan," kata Saifuddin lagi. "Ketika saya seorang Timbalan Menteri, nak pinda Seksyen 15 pun susah kerana bos saya tak mahu, begitu juga yang lain-lain, tetapi akhirnya ia dilakukan walaupun sedikit," katanya ketika menyampaikan ucapan dii majlis pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di ibu negara malam tadi. Pada masa sama beliau mengakui akta itu dilihat digunakan sebagai untuk menakut-nakutkan rakyat serta menyekat kebebasan mereka untuk bersuara dan tindakan menggesa akta itu dimansuhkan juga tiada kena mengena dengan politik. |
Isu tol: Syor Malaysia-Singapura bincang Posted: 15 Sep 2014 11:02 PM PDT Suhaizan JOHOR BAHRU – Pemuda Pas menyifatkan kenaikan kadar tol di Pusat Pemeriksaan Woodlands kepada semua kenderaan kecuali motosikal yang keluar dari Singapura, berkuat kuasa 1 Oktober ini, sama seperti konsep pasaran hartanah. Sambil memberi contoh, Ketua Pemudanya, Suhaizan Kayat berkata, signifikan perkara itu adalah jika berlaku kenaikan nilai hartanah di sesuatu kawasan, ia menyebabkan lokasi berhampiran turut berlaku perkara sama. Menurutnya, justeru kenaikan kadar tol baharu di Pusat Pemeriksaan Woodlands Singapura seperti diumumkan kerajaan republik itu dilihat seperti ada kaitan dengan kenaikan tol di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Iskandar, di sini, pada 1 Ogos lalu. "Rakyat Malaysia sudah tentu menjadi mangsa keadaan dalam isu kenaikan tiga elemen yang naik dalam tempoh terdekat sepanjang tahun ini membabitkan tol baharu EDL, Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) dan tol baharu Singapura. "Pemuda Pas menggesa kerajaan Malaysia supaya menggunakan hubungan diplomatik sedia ada untuk membincangkan isu ini selain mencari jalan penyelesaian dalam mengurangkan beban ditanggung rakyat negara ini khususnya yang bekerja di republik berkenaan," katanya, di sini semalam. Beliau berkata demi Rakyat Malaysia sudah tentu menjadi mangsa keadaan dalam isu kenaikan tiga elemen yang naik dalam tempoh terdekat sepanjang tahun ini membabitkan tol baharu EDL, Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) dan tol baharu Singapura." - Suhaizan kian ketika diminta mengulas tindakan Kerajaan Singapura menaikkan kadar tol di Causeway Woodlands Checkpoint kepada semua kenderaan kecuali motosikal yang keluar daripada negara berkenaan berkuat kuasa 1 Oktober ini. Suhaizan turut menolak dakwaan kononnya tindakan Kerajaan Singapura itu sebagai membalas dendam di atas ke keputusan kerajaan menaikkan kadar tol di KIK. Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata, disebabkan kenaikan tiga komponen itu, rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dijangka terpaksa menanggung kos lebih RM100 sehari. "Sudah tentu ia satu bebanan amat besar bagi mereka yang memandu untuk ke Singapura," katanya. Sebelum ini, sesetengah pihak khususnya pengusaha pengangkutan awam dan pekerja tempatan ke Singapura turut meramalkan apabila berlaku kenaikan tol di sebelah Malaysia akan berlaku situasi sama di Seberang Tambak. Suhaizan mencadangkan supaya kerajaan Malaysia menyemak semula kadar tol di KIK Bangunan Sultan Iskandar sementara proses perbincangan dengan Kerajaan Malaysia-Singapura berjalan. "Kerajaan perlu kurangkan dahulu tol di sebelah kita dahulu kerana ia lebih mudah. Ini kerana tol di seberang tambak adalah di bawah bidang kuasa Singapura, sudah tentu perbincangan ini memerlukan masa. "Sebelum ini juga, saya tegaskan sebenarnya kenaikan tol di KIK disebabkan adanya Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) adalah tidak munasabah. Ini kerana tidak semua pemandu yang ke Singapura dan terbeban dengan kadar baharu di KIK, menggunakan EDL," katanya di sini. Beliau juga memberitahu,sekiranya kos ditanggung rakyat begitu tinggi, maka akan menyebabkan satu keputusan drastik diambil seperti berhenti kerja di Singapura kerana terlalu tertekan dengan perbelanjaan besar. |
Bilangan jenazah dibawa pulang mungkin bertambah Posted: 15 Sep 2014 10:58 PM PDT SINAR HARIAN Beliau berkata ini kerana jenazah anak kapal Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, juga telah selesai melalui semua proses dan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan empat lagi jenazah telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan dua daripadanya iaitu jenazah Muhammad Afzal Tambi, 17, dan adiknya Marsha Azmeena, 15, telah mendapat kelulusan untuk dibawa pulang Khamis ini. Rohani berkata jenazah seorang lagi rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti iaitu Liew Yau Chee, 38, masih dalam proses dokumentasi. Sementara itu beliau berkata Malaysia Airlines (MAS) sudah mula menghubungi waris keluarga mangsa untuk proses pengecaman barang-barang milik mangsa. "Sebaik barangan milik mangsa ditemui, MAS terus menghubungi keluarga mangsa dan memberi gambar barangan tersebut untuk proses mengenal pasti," katanya kepada pemberita di sini. Rohani berkata beliau akan bertemu 10 waris mangsa esok untuk membincangkan soal bantuan yang boleh diberikan kepada mereka. "Ini untuk membantu waris mangsa meneruskan hidup dari segi persekolahan anak-anak mereka, kebajikan, kerja dan sebagainya," katanya. - Bernama |
Royalti: Muhyiddin, Mustapa hina mahkamah Posted: 15 Sep 2014 10:53 PM PDT Royalti: Muhyiddin, Mustapa hina mahkamahTUMPAT: Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum dianggap sebagai subjudis dan menghina mahkamah. Timbalan Presiden Pertubuhan Royalti, Abdul Shakur Sharrie berkata, penafian dibuat pemimpin Umno terbabit berdasar kepada pentafsiran Kelantan tidak layak mendapat royalti. "Menafsirkan berdasar kepada 3 batu nautika dan undang-undang berkaitannya adalah subjudis kerana isu itu dalam perbicaraan di mahkamah. "Dan ia juga termaktub sebagai pre-emptive decision dan penghinaan kepada mahkamah. Ini kerana Petronas adalah milik kerajaan," katanya di sini. Sehubungan itu beliau sebagai mewakili R membuat laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Umno Kelantan di Balai Polis Tumpat jam 12.30 pagi tadi. Muhyiddin dalam kenyataan media di sini kelmarin mencabaran kerajaan PAS menyiasat jumlah royalti yang belum dijelaskan kerajaan pusat. Manakala Mustapa ketika berceramah di Kampung Tebing malam semalam turut mencabar kerajaan Kelantan mengemukakan bukti berhubung tuntutan royalti petroleum. Menurut anggota parlimen Jeli itu fakta yang dikemukakan PAS adalah fitnah semata-mata dan tuntutan yang dibuat tidak berlandaskan undang-undang. Pada Ogos 2010 kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas) di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur berhubung dakwaan melanggar kontrak. Dalam tuntutan itu kerajaan negeri menjelaskan Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas hendaklah membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di pantai ataupun di luar pantai negeri berkenaan. Sementara itu Presiden R, Nazri Deraman berkata, kenyataan dibuat kedua-dua pemimpin Umno terbabit bertentangan sama sekali dengan amanat bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 15 November 1974: "Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya,". Tun Abdul Razak merupakan antara individu merangka Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani kesemua negeri di Malaysia. Nazri berkata, tuntutan royalti berdasarkan Undang-Undang dan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Surat Cara yang ditandatangani Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir pada 9 Mei 1975. "Perjanjian itu melampirkan surat penyerahan hak (vesting deeds) kuasa petroleum negeri Kelantan, kerajaan Persekutuan dan Petronas yang jelas menyebut pembayaran tunai 5 peratus daripada pengeluaran. "Semua negeri di Malaysia menandatangani perjanjian yang sama kerana semuanya merujuk kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974," katanya. Beliau berkata, mengapa pemimpin Umno terbabit yang melaungkan 1Malaysia tetapi memberi layanan yang berbeza terhadap negeri. Ia jelas amalan pecah amanah. - HARAKAHDAILY |
NGO lancar bantahan mengundi hari bekerja Posted: 15 Sep 2014 10:44 PM PDT Ketua Pemantau Rakyat, Mohammad Faizal Che Yusof berkata, kempen bantahan itu diadakan di Pengkalan Kubor selama tiga hari bermula 16 hingga 19 September 2014 ini. "Pemantau Rakyat menyeru semua pengundi di Pengkalan Kubor untuk bersama membantah tarikh pengundian 25 September ini. "Kami menggesa SPR membatalkan notis pengundian dengan membuat perubahan tarikh kepada hari Sabtu 4 Oktober 2014 iaitu sehari sebelum cuti Hari Raya Haji. "Ia juga adalah hari tidak bekerja di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan di sini. Sebelum ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan memberitahu pengundian pada hari bekerja di Pengkalan Kubor tidak menjejaskan proses pengundian kerana ramai pengundi bekerja sebagai petani. Malah beliau menganggarkan keluar mengundi pilihan raya tersebut sekitar 70 peratus. Jumlah pengundi yang tinggal di luar kawasan di Pengkalan Kubor lebih 2,000 orang dan sebahagian mereka bekerja di luar Kelantan. Faizal juga berkata, Pemantau Rakyat berharap SPR membenarkan pengundi yang berada di luar kawasan pilihan raya mengundi awal di pusat-pusat pengundian di Kuala Lumpur, Shah Alam, Georgtown dan Johor Bahru. "SPR sebagai badan perlembagaan perlu menjaga integriti dan kepercayaan awam terhadap mereka yang kini semakin terhakis," ujarnya. Menurutnya juga alasan pengerusi SPR majoriti pengundi di Pengkalan Kubor bekerja sebagai petani, nelayan dan buruh tidak terikat dengan hari bekerja sebagai sangat tidak bertanggungjawab. Katanya, Pemantau Rakyat memandang serius kenyataan Pengerusi SPR yang bertentangan dengan prinsip dan perlembagaan menjamin setiap warga mengundi dengan bebas. – HARAKAHDAILY |
Peluang kenal PAS secara lebih rapat - Aminolhuda Posted: 15 Sep 2014 10:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Aminolhuda Hassan bagi berbesar hati menjemput dan mengalu-alukan Mursyidul Am dan Ahli Majlis Syura, Presiden dan AJK PAS Pusat, semua pimpinan PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat serta rakan-rakan ke Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang akan berlangsung di Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat mulai 18 hingga 20 September ini. Beliau yang mewakili PAS negeri berkata, inilah julung-julung kalinya Muktamar PAS Pusat diadakan di Johor. "Kepada masyarakat umum khususnya di Johor, saya mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan untuk mengenal PAS secara lebih rapat dengan melihat pameran dan menyertai pelbagai acara menarik dalam Karnival Rakyat yang akan turut diadakan sepanjang tempoh tersebut," tulisnya menerusi facebook PAS negeri, kelmarin. Mengenai jadual karnival sempena muktamar tersebut, katanya ia akan dimaklumkan kemudian. "Marilah kita sama-sama menjayakan muktamar PAS pada kali ini. Islam rahmat kepada seluruh alam. PAS untuk semua. Sudi-sudikanlah," ujarnya lagi. Sebelum itu, Muktamar Dewan Ulamak diadakan di Kulai, Dewan Pemuda di Dewan Chun Moi, Kota Tinggi dan Dewan Muslimat di Pulai Spring Resort. Untuk perasmian bagi Dewan Pemuda akan berlangsung pada petang 16 September, manakala Dewan Muslimat pada sebelah malam hari yang sama. Dewan Ulamak pula akan mula berlangsung pada 17 September. - HARAKAHDAILY |
Keluarga Shaikh Mohd Noor lega jenazah dikenal pasti Posted: 15 Sep 2014 09:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Anggota keluarga Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terkorban dalam nahas 17 Julai lalu, akhirnya menarik nafas lega kerana jenazahnya sudah dikenal pasti. Meskipun masih diselubungi kesedihan, namun adik kepada Shaikh Mohd Noor, Siti Nurhidayah Mahmood, 23, berkata penantian selama dua bulan itu berakhir apabila beliau dan anggota keluarga yang lain menerima berita mengenai penemuan itu semalam. "Akhirnya kami dapat menarik nafas lega, sekurang-kurangnya jenazah arwah abang (Shaikh Mohd Noor) sudah dijumpai dan kami sekeluarga berasa syukur kerana jenazah bakal dibawa pulang. "Sebaik sahaja terima panggilan daripada pihak MAS, enam daripada anggota keluarga kami sudah berlepas ke Armsterdam malam tadi bagi proses pengurusan membawa balik jenazah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana bertungkus-lumus membawa pulang kesemua jenazah mangsa MH17, termasuk Shaikh Mohd Noor yang juga abang sulungnya. Sementara itu, Pengerusi Gerakan Negeri Selangor, David Ang berkata anggota keluarga Liew Yau Chee, 38, mangsa nahas MH17 yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Selangor masih belum boleh ditemui media kerana masih dalam keadaan sedih. "Anggota keluarga Liew berhasrat untuk menunggu kepulangan mayat mendiang isterinya (Lee Kiah Yeen yang masih belum ditemui) sebelum mengadakan upacara keagamaan," kata Ang. Ang, yang juga Bendahari Agung Gerakan berkata pihaknya bersedia untuk membantu anggota keluarga Liew. Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan empat lagi jenazah mangsa nahas MH17 telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan dijangka akan dibawa pulang dalam masa terdekat. Menurut Liow, dua daripadanya iaitu Muhammad Afzal Tambi, 17, dan Marsha Azmeena Tambi, 15, telah mendapat kelulusan pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang manakala dua lagi iaitu Shaikh Mohd Noor dan Liew masih dalam proses pengurusan jenazah. Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas apabila ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, pesawat itu juga membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. - Bernama |
Lihat anak bulan Zulhijjah petang 24 Sept Posted: 15 Sep 2014 09:37 PM PDT KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah untuk menentukan Hari Raya Aidiladha ditetapkan petang 24 Sept bersamaan 29 Zulkaedah. Perkara itu dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Sebanyak 29 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan iaitu di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam di Selangor. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah. Lokasi lain: Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu, di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan di Labuan; Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis. Pada malam itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Qurban menerusi radio dan televisyen. - Bernama |
Akta Hasutan: Khatib berkhutbah Jumaat pun disiasat Posted: 15 Sep 2014 09:35 PM PDT AKTA Hasutan sudah lama wujud di negara ini sejak wujudnya penjajah di negara ini. Tetapi mengapakah kali ini bantahan ke atas akta ini begitu lantang didengar sehingga wujudnya satu gerakan bernama "GHAH" bagi menuntut penghapusan akta drakonian ini? Sudah tentu ada sebab tertentu yang mendorong penentangan lantang itu. Sebabnya terlalu jelas. Akta Hasutan itu kini sedang menggila ibarat lembu liar yang tidak dapat dikawal. Yang lebih malang para pengawal akta yang sedang menggila ini juga adalah orang gila - mereka yang gila kuasa! Undang undang ibarat pisau - manfaat atau mudarat pisau itu bergantung siapa yang pegang dan gunakan pisau itu! Saya tidak terfikir penggubal akta ini terfikir akta ini akan digunakan kepada seorang profesor undang-undang yang bidangkuasanya memberi pendapat undang-undang. Jika seorang profesor undang-undang didakwa di bawah undang-undang kerana memberikan pendapat tentang undang-undang maka di manakah lagi kita boleh mengharapkan akta ini dan pengawal akta ini masih lagi di garisan kewarasan? Saya juga tidak fikir penggubal undang-undang ini boleh terfikir tangan undang-undang ini terlalu panjang sehingga seorang khatib yang berkhutbah Jumaat juga akan disiasat di bawah akta ini. Sejak bila pula bidangkuasa polis dilebarkan hingga ke urusan dalam masjid? Begitu juga jika penjajah yang gubal undang undang ini tidak terfikir untuk menangkap dan mendakwa seorang wartawan nampaknya "anak penjajah" tidak segan silu melakukan apa yang tuan dia tidak lakukan. Sebab itu kali ini kita melihat penentangan kepada akta ini bukan sahaja datang dari pihak Pakatan Rakyat dan NGO serta individu individu yang kita sudah tahu istiqamah mereka menentang akta ini sejak sekian lama sepertimana istiqamah mereka menentang undang undang drakonian yang lain, malahan kali ini menteri dan mantan menteri Umno juga tidak dapat mengawal lidah mereka selain turut sama menghentam akta ini. Ketika saya hadir sebagai peguambela kepada Khalid Samad yang juga menjadi mangsa kepada akta ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama peguam LUHAM, Saudara Arif Azami, mendengar pertuduhan dibacakan ke atas tertuduh, saya berbisik kepada Saudara Arif di manakah unsur hasutan kata kata Khalid Samad itu? Rupanya bukan saya sahaja berkongsi kesangsian itu. Saya diberitahu oleh Khalid Samad pegawai polis yang mengiringi Khalid untuk membayar duit jaminan juga berbisik dengan Khalid "saya tunggu sampai habis kata kata YB yang dikatakan menghasut dalam kertas pertuduhan, di mana yang dikatakan menghasutnya?" Orang kata undang undang ini juga harus selari dengan "common sense" kerana mana mana undang undang yang tidak selari dengan " common sense" tidak akan dapat bertahan kecuali di negara yang kezaliman adalah satu norma dan keadilan adalah satu pengecualian. Hanya rejim yang zalim sahaja boleh terus hidup dengan akta yang tak masuk akal kerana di dalam masyarakat yang tidak mampu menggunakan akalnya rejim yang zalim akan tetap dipatuhi dalam apa keadaan sekalipun. Itulah yang A- Quran ajar kepada kita tentang Firaun. Firaun, kerana percaya kepada ahli nujum, sanggup gubal undang undang membunuh bayi lelaki yang baru lahir kerana percaya bahawa bayi itu akan menjatuhkan rejimnya yang zalim itu. Mengapakah undang undang yang tidak masuk akal itu lama bertahan di bumi Mesir di bawah rejim Firaun? Jawabnya Firaun telah berjaya memperbodohkan kaumnya (fastakhaffa qaumahu) dan malangnya kaumnya terus mentaati Firaun dengan undang undang yang tidak masuk akal dan zalim itu. Para mufassirin seperti Ibnu Kathir r.a. ketika menafsirkan kata kata "fastakhaffa qaumahu" menafsir dengan makna "istakhaffa 'uqulahum" iaitu Firaun memperbodohkan otak dan pemikiran rakyatnya sehingga mereka tidak boleh lagi berfikir. Di era langit terbuka, kampung global atau globalisasi kewujudan Akta Hasutan adalah suatu yang tidak masuk akal yang hanya patut wujud di dalam dunia imaginasi sahaja. Bolehlah dikatakan akta ini ibarat dinosour yang kita boleh menyaksikan binatang purba itu apabila wujudnya pengarah seperti Steven Spielbergh yang mewujudkan dinosour dalam filem imaginasi Jurassic Park. Di zaman sepertimana kata Perdana Menteri "Kerajaan tahu semuanya" sudah berakhir sepatutnya menyaksikan juga berakhirnya Akta Hasutan. Jika era 'Kerajaan tahu semuanya' sudah berakhir, maka sepatutnya ketakutan rakyat untuk berbincang, berdebat dan bercakap perkara perkara yang dahulunya dianggap sensitif dan masuk dalam zon larangan sewajarnya juga sudah berakhir. Sampai bilakah rakyat Malaysia akan bersikap matang jika setiap kata kata yang diingin ditutur dibatasi oleh sekatan sekatan yang terus menyekat mereka? |
Pasang kain rentang provokasi, Umno tiada modal – Zuraida Posted: 15 Sep 2014 04:39 PM PDT Ermizi Mohamad AMPANG: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin percaya penyokong Umno BN sengaja membuat provokasi dengan memasang kain rentang di beberapa tempat di sekitar Pandan Indah dan Ampang. Menurut Zuraida, beliau tidak menolak tindakan sedemikian adalah strategi Umno meraih sokongan dan mahu menunjukkan seolah-olah Pakatan Rakyat membelakangkan institusi raja. "Mereka tak ada modal dah. Jadi dengan cara begini sahajalah kononnya mereka boleh mengubah persepsi masyarakat terhadap Pakatan Rakyat. "Sedangkan rakyat tak akan terpengaruh langsung dengan provokasi sedemikian, sebab rakyat sendiri sudah bijak menilai dan memahami permainan Umno untuk meraih sokongan," kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi. Tinjauan Keadilan Daily di sekitar Ampang baru-baru ini mendapati, beberapa kain rentang diletakkan di persimpangan jalan dan di atas jejambat yang memaparkan sokongan terhadap Sultan Selangor. Ia tertera perkataan seperti 'Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Tuanku', 'Allah Selamatkan Negeri Selangor Di Bawah Tuanku' dan 'Rakyat Selangor Tetap Setia Di Belakang Tuanku'. Bagaimanapun, kain rentang berwarna kuning itu tidak mempunyai nama pihak yang bertanggungjawab menulis mesej tersebut. Lebih mengundang persoalan, ia turut digantung di kawasan Bangunan Umno Ampang, pejabat KEADILAN Ampang dan sekitar kawasan perumahan di Pandan Indah. "Bagi saya isu ini langsung tidak timbul sebab apa yang berlaku di Selangor sekarang ini langsung tidak membelakangkan kuasa Sultan. Ini hanya cubaan dari mereka (Umno) kononnya kemelut di Selangor kini telah meruntuhkan institusi beraja," jelas Zuraida. Katanya lagi, beliau meminta semua pihak berhenti melakukan sebarang provokasi terhadap sentimen sistem beraja bagi menjamin kestabilan dan keharmonian di negara ini. |
Hak Anwar untuk dapat perbicaraan adil terjejas – LFL Posted: 15 Sep 2014 04:35 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Kumpulan peguam Lawyers For Liberty (LFL) menggesa Peguam Negara menggugurkan pendakwaan terhadap peguam N Surendran yang dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan baru-baru ini. Menurut Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen, dua pertuduhan yang dihadapi Surendran selaku peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang serius. "Ia adalah mengejutkan dan tidak boleh diterima bagi seorang peguam dikenakan dakwaan atas kenyataan yang dibuat berhubung kes anak guamnya, dan lebih- lebih lagi kenyataan yang membentuk asas pembelaan yang sah untuk pelanggannya," ujarnya dalam kenyataan media hari ini. Menurut Eric, adalah penting untuk seseorang mendapat perbicaraan yang adil, termasuk peguam yang menjalankan tugas tanpa ancaman dan ugutan daripada pihak berkuasa. Dalam kes ini, katanya, hak Anwar untuk mendapatkan perbicaraan adil di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini terjejas oleh tuduhan hasutan ke atas Surendran. "Ia tidak boleh diterima bagi Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan Anwar dengan tuduhan hasutan ini dikenakan kepada salah seorang peguam utama bagi rayuan itu," ujarnya. Pada 19 Ogos lalu, Surendren didakwa di bawah akta hasutan kerana mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menyabitkan Anwar bersalah dalam kes liwat 2. Pada 28 Ogos, beliau sekali lagi didakwa di bawah akta sama berhubung sebuah video di YouTube yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan kes tersebut. |
Syarikat penerbangan tidak sensitif Posted: 15 Sep 2014 04:31 PM PDT "Lambang jalur gemilang di kaki pramugari...kurang adab disitu." Di dalam iklan tersebut dipaparkan bulan sabit dan bintang pecah 14, yakni lambang agama Islam sebagai agama rasmi diletakkan ditapak kaki pramugari yang menjadi model iklan tersebut. Bulan sabit (anak bulan) melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia). Manakala bintang bucu 14 melambangkan perpaduan yang di antara 13 negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak. Di dalam saat negara sedang berkabung menunjukkan solidariti kepada kemalangan dua pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 dan MH370, tindakan syarikat Firefly itu, memburukkan lagi keadaan sedia ada. Bagi pengguna Facebook Sri Rahayu Ismail beliau menyatakan bahawa "Bahasa dan kedudukan simbol Islam di kaki model yang tidak mempamerkan imej Islam," Manakala bagi Saifulnizam Hamdan menyatakan "lambang jalur gemilang di kaki pramugari…kurang adab disitu," |
Posted: 15 Sep 2014 04:28 PM PDT Mayat bayi malang itu ditemui oleh seorang lelaki Orang Asli yang sedang mencari barangan lusuh di kawasan itu. Menurut Ketua Polis Daerah Mersing DSP Zulkepli Hashim, mayat bayi malang itu dijumpai oleh seorang lelaki Orang Asli yang sedang mencari barangan lusuh di kawasan itu. "Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berbungkus dengan surat khabar dan beg plastik," katanya. Zulkepli tidak menolak kemungkinan mayat itu baharu diletakkan di tapak pelupusan itu berdasarkan keadaannya yang masih elok. Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Orang ramai diminta menghubungi hotline polis Johor di talian 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan