Selasa, 16 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jersey tim basikal wanita yang tersangat pelik

Posted: 16 Sep 2014 03:00 AM PDT

Tim basikal wanita Kolumbia, yang ditaja oleh ibu negara Bogota, memakai jersey yang sangat pelik dalam pertandingan lumba basikal di Itali.

 Perlumbaan itu diadakan sebagai penghormatan kepada bekas juara Itali, Michela Fanini, yang menjanjikan kerjaya tidak tercapai kerana beliau meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada tahun 1994 di berusia 21 tahun ..

Ramai yang memperbincangkan tim tersebut, tetapi bukan tentang keterampilan mereka. Yang ramai dibahas adalah kostum mereka saat mengikuti Tour of Tuscany, akhir pekan lalu. 

Enam atlet bergambar dengan salah seorang jurulatih mereka 
 menjelang perlumbaan minggu ini
 Kostum tim itu berwarna merah cerah, kuning, dan putih. Namun tepat di bagian sekitar perut dan pangkal paha, warnanya serupa dengan kulit sehingga bagian tubuh tersebut terkesan telanjang. Orang pun sedar, mereka telah menjadi korban mode yang sangat memalukan.SUMBER

PAS mahu orang lain tapi terpaksa pilih Dr Wan Azizah, kata Hatta Ramli

Posted: 16 Sep 2014 12:00 AM PDT

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli mendedahkan PAS pada mulanya mahukan individu lain menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi akhirnya terpaksa menerima Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengikut kehendak Pakatan Rakyat (PR).

 Selepas diasak hadirin dengan persoalan "Apa PAS mahu?", Dr Hatta mengakui gagal memberikan jawapan tepat punca parti itu memanjangkan lagi krisis peralihan kuasa menteri besar Selangor.

 "Apa yang kita mahu? Saya pun tidak pasti, yang kita mahu ialah orang lain, bukan Dr Wan Azizah, tetapi ironinya pada satu tahap kita cadangkan Dr Wan Azizah.

 "Kalau kita cakap orang lain akan tempelak kita... kita sudah bersetuju bersama rakan (PR)," katanya dalam forum 'Kemelut MB Selangor: Mampukah PR bertahan?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Lembah Pantai malam tadi.

 Ahli Parlimen Kuala Krai itu turut mengakui berlaku pertemuan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor membincangkan calon menteri besar, namun enggan mengulas lanjut.

 "Saya tidak tahu isi perbincangan itu kerana tidak ada laporan rasmi dan kita (AJK PAS Pusat) tidak dijemput.

 "Mungkin dia (Hadi) dengar pandangan Adun, saya pun tidak tahu apa kesimpulan tersebut," katanya.

 Beliau berkata walaupun dalam PR, kadangkala ada isu yang tidak boleh disepakati seperti hudud, tetapi PAS dalam isu menteri besar Selangor mengambil pendirian tidak wajar dan dirumitkan sehingga tidak ada satu keputusan dibuat.

 "Jangan ingat PR semuanya ideal... contohnya siapa perdana menteri daripada PR selepas PRU13, sampai sekarang tidak henbdak diselesaikan kerana kita 'setuju untuk tidak bersetuju' tetapi tidak perlu hendak sabotaj," katanya.

 Dr Hatta turut mempersoalkan pendirian pemimpin tertinggi PAS yang mahu 13 Adun PAS Selangor kekal tidak memihak Dr Wan Azizah.

 Katanya 13 Adun terbabit sepatutnya bersama 28 Adun PR lain memastikan khidmat Khalid ditamatkan dengan menyatakan sokongan kepada mana-mana calon yang diputuskan parti.

 "Kenapa hendak kekalkan 13 ini sebab dia tidak akan mengubah apa-apa. Adakah 13 Adun ini dijadikan alat untuk mencapai sesuatu cita-cita?

 "Kalau mahukan salah seorang 13 Adun ini jadi menteri besar, itu melangkaui persetujuan kita," katanya mengulangi pendirian mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos lalu yang tidak akan menuntut atau menerima jawatan itu jika ditawarkan. Beliau turut mempertahankan tindakan Adun Morib Hasnul Morib dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib menyokong Dr Wan Azizah, tidak dianggap melanggar arahan parti.

 Dr Hatta turut bersimpati dengan dua Adun terbabit yang digelar pengkhianat sehingga menyebabkan mereka trauma dan terpaksa menghilangkan diri.9 "Kenapa kita ambil isu ini sebagai pengkhianatan? Saya harap semua (13 Adun) itu menyokong supaya Sultan senang buat keputusan.

 "Saya ingin meminta mana-mana pihak yang mempertahankan kuasa 13 Adun itu untuk jelaskan, kalau tidak sampai bila-bila dua orang itu dicap sebagai pengkhianat," katanya.

 Sementara itu, pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata pertama kali dalam sejarah negara istana menolak calon menteri besar yang mempunyai sokongan majoriti.

 "Agong tidak pernah buat, raja-raja mahupun Tuan Yang Terutama (TYT) pun tidak pernah buat tetapi di Selangor macam akan berlaku," katanya. – 16 September, 2014. -  SUMBER

Persaingan konservatif dan reformis dalam parti

Posted: 15 Sep 2014 09:00 PM PDT

 Dr Mujahid Yusof | 23 September 2013. 

SETIAP kali muktamar menjelang, berbagai isu muncul untuk dijadikan bahan sensasi media mahupun kelompok yang bersaing dalam PAS. Khusus dua tahun sekali , para perwakilan akan mengadakan pemilihan kepimpinan, maka fenomena persaingan dan dinamika sebuah parti Islam akan terselah dalam bentuknya yang tersendiri. Bagi saya ia adalah fenomena biasa yang berlaku dalam mana-mana organisasi politik.

 ISU MENDASAR

Persaingan dalam PAS adalah fenomena. Bagi yang pesimis ia akan melihatnya sebagai 'bala' yang akan menghancurkan parti manakala bagi yang optimis ia melihat ini sebahagian daripada dinamika evolusi perkembangan sebuah parti politik.

 Bagi musuh politik PAS ini adalah peluang baik untuk melihat lawannya berpecah sesama sendiri walaupun sesekali dia akan melihatkan simpatinya pada pihak tertentu. Atas apa jua perspektif yang kita lihat, kita harus bertanya apakah isu yang mendasar dalam fenomena ini?

 Isu yang mendasar adalah persaingan, merasionalkan kewujudan parti dan evolusi organisasi.

 Persaingan adalah bentuk dinamika sesebuah organisasi, faktornya ialah kelompok-kelompok yang terbentuk dengan membawa idea tertentu dalam parti. Selalunya idea ini menampakkkan pihak yang mahukan pembaharuan manakala sebuah kelompok lagi melihat status-quo yang ada mencukupi malah meyakini bahawa keadaan yang ada yang telah membawa parti ke tahapnya hari ini.

 Mereka melihat pembaharuan akan mengubah asas dan dasar parti sedangkan golongan pembaharuan mahukan lonjakan besar parti untuk terus mampu berada di persada.

 PERSAINGAN DALAM PAS

 Apa yang kita saksikan dari berbagai kenyataan dan sensasi majlis tertentu seperti Multaqa Ulamak baru-baru ini mengisyaratkan persaingan kelompok dalam PAS terdiri dari dua kategori besar para konservatif dan reformis.

 Saya kurang setuju kategori ulama dan profesional, ia hanya label yang tidak banyak membantu perspektif yang tepat persaingan dalam PAS, tetapi konservatif dan reformis lebih membawa makna dalam memahami persaingan itu. Konservatif adalah golongan dalam parti yang melihat status-quo dan tidak berani keluar dari status-quo kerana menganggap itulah prinsip dan asas tertegaknya parti ini.

 Kelompok reformis mahukan parti keluar dari keadaannya dan melonjak kepada identiti baru untuk menggamit perubahan yang ada di sekelilingnya. Berita baiknya adalah kedua-kedua kelompok yang bersaing ini mahukan kebaikan untuk parti dengan perspektif yang berbeza.

 KEPIMPINAN ULAMA

 Salah satu tajuk perdebatan kelompok yang bersaing adalah tentang kepimpinan ulama. Gagasan pemikiran organisasi yang diperkenalkan tahun 1980-an ini seiringan dengan krisis besar organisasi PAS yang berlaku semasa era Datuk Mohd Asri Muda. Sebab kepada krisis dan faktornya telah saya sentuh dalam buku 'Pas Baru' terbitan The Malaysian Insider.

 Apapun, krisis itu membuka peluang kepada PAS melalui desakan kepimpinan pemudanya melahirkan idae gagasan baru iaitu 'Kepimpinan Ulama'. Ciri utama kepimpinan ulama adalah wujudnya kuasa baru dalam parti bernama Majlis Syura Ulamak di mana keanggotaanya secara eksklusif ialah mereka yang berstatus ulama.

 Pengerusi Majlis Syura ialah Mursyidul Am. Sifat Majlis Syura Ulamak ini lebih kepada legislatif dan nasihat. Bahagian eksekutif parti seperti Jawatankuasa Pusat, Dewan-dewan dan lain-lain sampai ke cawangan kekal seperti sediakala.

 Tetapi sepanjang 90-an hingga kini, tiba-tiba isu ulama tidak ulama menjadi perbahasan sampailah kepada persoalan sama ada bahagian eksekutif parti mesti juga di kalangan ulama atau tidak. Secara konvensionalnya juga Presiden, Timbalan dan salah seorang Naib mesti dari kalangan ulama.

 Kecuali Mohamad Sabu, semua Timbalan Presiden PAS sebelum ini dalam kepimpinan ulama dikategorikan sebagai ulama. Kelompok yang bersaing tidak mempertikaikan keahlian ulama dalam Majlis Syura, mereka cuma mempertikaikan kenapa jawatan eksekutif lain mesti di kalangan ulama juga? Untuk mengenal pasti bukan ulama maka terciptalah label profesional.

 Akhirnya isu sebenar yang boleh memajukan parti diabaikan dan isu ulama tidak ulama pula menjadi perdebatan yang tidak produktif.

 TUNTUTAN ULAMA

 Istilah ulama dalam PAS mesti difahami dari sudut operasinya sebagai mereka yang berlatarbelakangkan pengajian agama secara formal dalam atau luar negara, peringkat rendah ataupun tinggi. Apa yang dituntut dalam Multaqa Ulama untuk diberi ruang kepada ulama agak mengelirukan kerana selama ini mereka ada Dewan Ulamak yang bersifat eksekutif.

 Ketua Dewan Ulamak secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, begitu juga halnya di peringkat negeri dan kawasan. Malah ulama ada dalam jawatankuasa pusat dari sudut mereka yang berlatarbelakangkan pengajian agama, walaupun bukan dari kalangan anggota Dewan Ulamak.

 MERIT

 Persaingan dalam parti sepatutnya bukan berdasarkan latarbelakang pengajian tetapi adalah ditentukan oleh merit atau kelayakan. Dalam PAS corak pemilihan oleh para perwakilan akan terpengaruh dengan ciri tertonjol pada calon-calon antara aktivis, latarbelakang agama dan ilmuwan.

 Masalahnya adalah tidak semua aktivis ustaz dan tidak semua ustaz adalah ilmuwan mahupun aktivis dan tidak semua ilmuwan itu ustaz dan aktivis. Corak ini kadang kala terlalu simplistik sehingga asas utama iaitu kelayakan atau merit diabaikan.

 Merit atau kelayakan mesti dinilai dari sudut pencapaian dalaman dan luaran parti, kejelasan hendak membawa visi dan misi parti ke hadapan dan tahap pengorbanan dan susah-payah calon sebagai aktivis. Asas 'ulama lwn non-ulama' menjadi tidak relevan jika kita memahami asas kedudukan seseorang ialah kerana kelayakan yang dinilai oleh para perwakilan terhadapnya bukan kerana mereka ulama atau tidak.

 Apatah lagi sebagai sebuah parti politik yang inginkan kuasa ke Putrajaya, isu merit sepatutnya menjadi persoalan pokoknya. Hal ini tidak bercanggah dengan kaedah Islam memilih seseorang kepada sesuatu tugasan iaitu al-Qawi dan al-Amin iaitu berkemampuan (berkelayakan) dan beramanah. Mengapa pula ulama dan non-ulama menjadi isu?

 PERSAINGAN SIHAT

 Persaingan yang sihat adalah persaingan yang berlumba untuk mengetengahkan idea kepada parti dan membuat perkiraan rasional bagaimana parti harus terus efektif memimpin orang ramai membentuk negara yang diidamkan.

 Saya telah membawa idea dalam dua buku saya bagi mewajarkan lonjakan baru yang saya namakan sebagai 'keluk ke-3 untuk PAS'.

 Dalam program 'Rejuvenasi PAS', saya telah memperkenalkan empat tingkap atau bahagian organisasi yang perlu diberi penyegaran iaitu 'Struktur' dengan menawarkan Institusi Presiden yang kuat, manakala dalam 'Sumber Manusia' saya mencadangkan Jabatan Sumber Manusia parti untuk mengurus perkembangan parti yang pesat.

 Dalam 'Budaya' saya mencadangkan pengukuhan akhlak Islam dan profesionalisme manakala dalam 'Persaingan Dalaman' saya mencadangkan ketelusan dalam proses pemilihan.

 Dari sudut strategi luaran, kejelasan tentang penglibatan PAS dalam masyarakat sivil dan demokrasi serta advokasi dasar perlu kepada penyegaran semula. Malangnya parti diheret untuk membincangkan sama ada ulama atau tidak ulama yang layak memimpin PAS. Saya telah beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa jika ulama itu layak bukan kerana dia ialah ulama dan jikalau bukan ulama, dia layak bukan kerana dia tidak ulama.

 Mereka diletakkan di situ kerana para perwakilan melihat Kemampuan (al-Qawi ) dan Amanah (al-Amin) yang mereka miliki untuk membawa bahtera perjuangan PAS di Malaysia. Sepatutnya kepimpinan mendidik ahli kepada budaya memilih kerana kelayakan dan bukan statusnya. 

 IMPLIKASI

 Malangnya perkataan ulama telah diberi makna yang berbeza. Sepatutnya istilah ulama melambangkan keilmuan dan keterbukaan tetapi kini menjadi status yang dipertaruhkan untuk bersaing dalam parti. Apakah status ulama itu mewajarkan segala-segalanya dari sudut kelayakan?

 Penglibatan seseorang yang berstatus ulama dalam sebuah organisasi parti politik Islam bukan menjamin jawatan dan kedudukan dalam parti, malah sebagai ahli parti , dia perlu menunjukkan keberkesanan dan kemampuan membawa visi dan misi parti.

 Dalam buku saya, 'PAS Baru' dan 'Rejuvenasi PAS', isu dikotomi (pemisahan) ulama dan bukan ulama mesti diselesaikan segera melalui penyegaran sistem sumber manusia parti dengan membuat penarafan piawaian ahli yang ada dalam PAS dari berbagai latarbelakang kepada piawaian yang dipersetujui dan jangan biarkan pihak tertentu yang memandai-mandai menarafkan kelayakan hanya berbekalkan status semata-mata.

 Inilah yang akan berlaku apabila pengurusan parti tidak ada strategi Sumber Manusia parti yang melihat segenap aspek perkiraan bagi melahirkan kelayakan kepimpinan yang terbuka untuk semua.

 MASA DEPAN PAS

 Apa yang disaksikan hari ini adalah dinamika sebuah parti politik dan sebagai parti politik Islam, keunikannya menjadikan evolusi perkembangannya menarik untuk diberi perhatian.

 Nama Islam pada parti politik tidak menjamin ianya suci dari kerenah manusia yang menggerakkan parti Islam. Apa yang perlu adalah kemahiran menguruskan dinamika ini kerana ia akan memberi peluang cerah kepada perubahan yang amat diperlukan PAS hari ini jika ia mahu kekal relevan.

 Mengurus konflik dan krisis tidak memerlukan ulama atau tidak, ia memerlukan seseorang yang mampu melihat secara positif bahawa dalam krisis dan konflik ada peluang untuk penyegaran baru bagi PAS melonjak ke hadapan.

 Sudahkah kita yang cintakan pada perjuangan ini memikirkannya? SUMBER

Utusan Meloya jaja taik terapung di Pulau Pinang...

Posted: 15 Sep 2014 04:19 PM PDT

Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Shatar (kiri) bersama beberapa 
budak yang makan upah mengadakan demonstrasi membantah 
penubuhan Pasma di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara 
di Teluk Air Tawar Pulau, Pinang, semalam.
TASEK GELUGOR 15 Sept. - Sekumpulan kira-kira 50 individu yang mendakwa sebagai ahli Pas dari negeri ini berhimpun di hadapan Masjid Daerah Seberang
Perai Utara di Teluk Air Tawar di sini, bagi membantah sikap segelintir pemimpin parti itu yang disifatkan sebagai tali barut dengan lebih memihak kepada individu di luar parti berkenaan.

 Wakil mereka yang juga Ahli Pas cawangan Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Shatar berkata, pihaknya tertanya-tanya matlamat di sebalik penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dalam meneruskan perjuangan Pas.

 "Gerakan mereka ini seolah-olah sedang menyusun strategi menghadapi pemilihan parti dalam muktamar akan datang bagi menguasai jawatan-jawatan penting dalam Pas termasuk menolak presiden parti," katanya kepada pemberita di sini semalam. Artikel Penuh: di sini 


Patutlah mangkuk ni tidak tahu yang Muktamar kali ini bukan ada pemilihan pun...Kah! Kah! Kah!

Tiada ulasan: