Sabtu, 13 September 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Solat hajat sebelum perarakan calon Pakatan

Posted: 13 Sep 2014 04:25 AM PDT

ASLANI M 






TUMPAT: Perarakan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Pasir, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang bemula di Padang Kemahkotaan didahului dengan solat hajat yang dipimpin Ustaz Nik Radzi Ni Mat.

Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mula berkumpul kira-kira jam 7 pagi dalam suasana tenang dengan cuaca yang agak redup.

Para petugas Unit Amal kelihatan sibuk mengawal lalu lintas supaya keadaan berjalan lancar.

Perarakan calon Pakatan Rakyat daripada PAS itu diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut disertai Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemagku Ketua Dewan Ulamak PAS PUsat yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat, Ketua Pengarah Pilihan raya, Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar di samping Tian Chua dan Shamsul Iskandar daripada PKR.

Rombongan calon PAS yang mula berarak jam 8.15 pagi sudah masuk tempat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. Mereka tiba paling awal. Seorang calon Bebas juga kelihatan.
Pegawai Pengurus PRK Pengkalan Kubor, Mohd Sobri mengumumkan penamaan calon dibuka jam 9 pagi.

Wan Rosdi menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi , diikuti calon BN, Mat Razi Mat Ali pada 9.03 pagi dan calon Bebas, Aizat Bukhori seminit kemudian.

Penyokong kedua-dua pihak hanya dpisahkan dengan jalan di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. Laungan takbir kedengaran dari sebelah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. - HARAKAHDAILY


AMK: Hadi masih mahu Khalid kekal MB

Posted: 13 Sep 2014 04:14 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

"Agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri (Hadi) akan memantau kelemahan Khalid," kata Nik Nazmi.

Malah, Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai MB, katanya lagi dalam kenyataannya.

Menurut Nik Nazmi, Hadi menyatakan demikian dalam pertemuan dengan beliau dan juga Ketua DAPSY, Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pagi semalam.

"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti ADUN Selangor terhadap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor.

"Meskipun isu pelantikan MB belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang telah diterima Sultan Selangor," katanya lagi.

Nik Nazmu berkata, pertemuan di antara para ketua sayap pemuda itu merupakan usaha untuk menyelesaikan hubungan dalaman Pakatan.

Krisis berhubung calon pengganti Khalid itu masih berlarutan selepas Khalid dipecat dari PKR dua bulan lalu dan menjadi menteri besar bebas.

Selepas enam bulan pencarian MH370

Posted: 13 Sep 2014 04:12 AM PDT




HAMPIR dua bulan selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas dari ruang udara timur Ukraine, Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) telah mengeluarkan laporan awal mengenai kejadian tersebut yang sedikit-sebanyak menjawab beberapa persoalan mengenai perkara sebenar yang telah menimpa pesawat malang tersebut.

Laporan tersebut telah mengesahkan MH17 berkecai di udara apabila ditembusi sejumlah besar objek berkelajuan tinggi dari luar pesawat berkenaan yang antara lain menjurus kepada faktor peluru berpandu sama ada yang dilepaskan dari permukaan atau pun udara.

Sukar untuk menafikan kesimpulan awal tersebut kerana ia berdasarkan beberapa fakta yang disumbangkan oleh kotak hitam pesawat, komunikasi pusat kawalan dan gambar bangkai pesawat yang terhempas.

Laporan awal ini kritikal kerana ia memberi petunjuk hala tuju dan fokus penyiasatan supaya pengumpulan bukti yang lebih terperinci dapat dilakukan untuk mensabitkan kesalahan kepada pihak yang bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu berkenaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa laporan awal DSB mengenai MH17 telah menarik perhatian terhadap kehilangan pesawat MH370 kerana setelah enam bulan berlalu masih tidak diketahui apa yang sebenarnya telah berlaku terhadap pesawat tersebut.

Kehilangan MH370 dianggap sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan awam kerana tiada petunjuk yang boleh digunakan untuk memudahkan penyiasatan.

Petunjuk yang ada hanyalah bersandarkan data komunikasi di antara pesawat MH370 dengan satelit Inmarsat dan itu pun bukan data komunikasi yang sempurna kerana tidak mampu menterjermah lokasi terakhir pesawat tersebut.

Berpandukan data yang tidak sempurna inilah pencarian ditumpukan di sebelah selatan Lautan Hindi yang mencakupi ratusan ribu kilometer (km) persegi dari segi keluasannya.

Malaysia pernah dituduh oleh segelintir kumpulan sama ada tidak berupaya, tiada kesungguhan atau cuba menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan MH370. Persepsi serong sedemikian timbul kerana kekangan dari segi maklumat penerbangan yang menyukarkan lagi pihak berkuasa menyalurkan berita sahih dan terkini kepada orang ramai.

Jika selepas enam bulan masih wujud tuduhan sedemikian rupa terhadap keupayaan dan keikhlasan Malaysia merungkai misteri MH370, maka iktibar daripada strategi yang diamalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecah kebuntuan MH17 perlu digunakan sebagai panduan.

Komunikasi secara langsung di antara Najib yang mewakili Malaysia dengan ketua pemberontak Alexander Boradei adalah penuh risiko dalam arena geopolitik antarabangsa.

Tetapi demi untuk membuka laluan supaya mayat mangsa nahas dapat dikembalikan kepada keluarga masing-masing dan juga kotak hitam dapat diserahkan kepada pihak penyiasat antarabangsa, Najib sanggup mengambil pendekatan yang jarang digunakan oleh pemimpin negara lain. Telah terbukti pendekatan tersebut membuahkan hasil dan juga mentafsirkan kesungguhan kerajaan Malaysia.

Timbul kemusykilan mengapa selepas enam bulan masih tidak terdapat tanda bahawa MH370 telah terhempas di Lautan Hindi kerana langsung tidak ditemui serpihan atau pun tompokan minyak dari pesawat tersebut.

Berbeza dengan kejadian Air France AF447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada tahun 2009, terdapat serpihan pesawat yang terapung di permukaan walaupun bangkai di dasar lautan hanya ditemui selepas dua tahun pencarian.

Perlu ditegaskan lokasi udara terakhir AF447 diketahui dan pesawat tersebut berada pada laluan yang ditetapkan tetapi berbeza dengan MH370 bukan sahaja tidak diketahui kedudukan terakhir tetapi dipercayai telah melencong jauh dari laluan asal.

Terlampau banyak andaian terpaksa digunakan demi untuk menentukan kedudukan terakhir MH370. Umpamanya tidak diketahui ketika bila pesawat tersebut berpatah balik menuju arah selatan ke Lautan Hindi. Juga tidak diketahui laluan mana yang digunakan kerana terdapat ratusan laluan yang boleh diambil jika Lautan Hindi dijadikan sasaran tujuan.

Jika pencarian AF447 yang mempunyai data lengkap mengambil masa dua tahun maka sudah pasti pencarian MH370 akan mengambil masa yang lebih lama.

Tambahan pula keluasan pencarian AF447 hanya merangkumi 17,000 km persegi berbanding dengan 650,000 km persegi bagi kawasan pencarian MH370. Tambahan pula dasar Lautan Hindi adalah lebih mencabar bukan sahaja jauh terpencil tetapi juga kerana faktor kedalaman dan topografi akan lebih menyukarkan lagi tugas pencarian.

Kini pencarian MH370 telah memasuki fasa baharu kerana kaedah yang lebih teliti akan digunakan untuk memetakan dasar lautan kawasan berkenaan dan seterusnya melaksanakan pengukuran sonar yang dapat membantu mengesan objek buatan manusia.

Proses pencarian AF447 yang serupa juga digunakan selama dua tahun akhirnya membuahkan hasil dan telah menelan belanja sebanyak RM80 juta. Kos tersebut ditanggung secara bersama oleh kerajaan Perancis, Air France sebagai pengendali dan Airbus sebagai pembuat pesawat.

Pencarian fasa terkini MH370 dianggarkan akan menelan kos sebanyak RM180 juta dan akan ditanggung secara bersama oleh Malaysia dan juga Australia. Dalam hal ini tanggungjawab yang telah dipamerkan oleh Australia amat mengagumkan kerana sanggup bersama-sama Malaysia dalam usaha pencarian untuk fasa yang lebih sukar dan mencabar.

Tiga kapal utama akan digunakan dalam pencarian terperinci iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery dan juga Fugro Equator. Perlu ditegaskan kos kapal Go Phoenix ditanggung sepenuhnya oleh Malaysia sementara pembiayaan kedua-dua kapal Fugro ditanggung secara bersama dengan Australia.

Menjadi harapan pencarian secara terperinci ini bakal memberi hasil kerana data terkini yang diperolehi telah mengecilkan kawasan pencarian utama yang berkeluasan 60,000 km persegi.

Apa yang diperlukan pada ketika ini adalah sokongan rakyat Malaysia kerana kritikan dan komen yang tidak berasas boleh menjejaskan usaha pencarian.

(*)  PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM

Kehadiran tentera Amerika cetus kebimbangan

Posted: 13 Sep 2014 04:05 AM PDT



Oleh DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI 


Kehadiran ratusan tentera Amerika Syarikat (USARPAC) di Kelantan dan Terengganu semalam mencetuskan kebimbangan masyarakat awam.

Kita sudah maklum bahawa kehadiran mereka adalah untuk menjalani latihan ketenteraan bersama dengan Tentera Darat Malaysia yang dinamakan Eksesais Keris Strike Siri 18/14.

Walaupun pihak TDM telah menegaskan bahawa latihan ini berorientasikan pengurusan bencana bantuan kemanusiaan, namun dasar bilateral ketenteraan ini harus dinilai berdasarkan perkembangan senario politik dan sentimen masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam.

Kerjasama ketenteraan telah berjalan sekian lama. Malah, Malaysia dilihat bersifat pragmatis dalam mengendalikan politik antarabangsa dengan negara-negara besar di dunia.

Meskipun ia boleh dinilai dengan pelbagai objektif yang tersendiri, namun beberapa siri yang melibatkan kepentingan negara dan umat Islam antarabangsa pada tahun ini jelas membimbangkan.

Contohnya, sokongan padu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke atas Israel untuk terus membantai umat Islam di Palestin sekitar bulan Julai yang lalu.

Beberapa badan antarabangsa berpendapat pentadbiran Obama kini meneruskan siri 'War on Terror' yang dipopularkan oleh Bush ke arah 'Global Battlefiled'.

Kempen antarabangsa telah mempromosikan menjenayahkan peperangan dan sasaran utamanya adalah terhadap Washington.

Malaysia seharusnya lebih tegas menyuarakan hasrat umat Islam seluruh dunia kepada Amerika Syarikat dalam hal ini. Dasar pragmatik mesti dinilai semula.

Dalam keadaaan krisis antarabangsa yang berlanjutan, ini peluang yang terbaik untuk negara memposisikan peranan bersama organisasi Islam dan aktor kemanusiaan di seluruh dunia dalam menjulang hak keadilan dan kebenaran. Sudah tentu, Malaysia harus bermula dari dalam negara terlebih dahulu

Produk Dnars bebas bahan beracun

Posted: 13 Sep 2014 04:03 AM PDT


Hasil ujian yang mendapati produk Dnars bebas hydroquinone.  
Hasil ujian yang mendapati produk Dnars bebas hydroquinone.



SHAH ALAM - Pengeluar yang juga pengedar produk kosmetik jenama Dnars, Rohban Trade Sdn Bhd mengesyaki wujud unsur sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab ekoran penarikan dua produk dikeluarkan syarikat tersebut yang didapati mempunyai bahan beracun hydroquinone.

Pengarah Urusannya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim berkata, ia kerana dua produk keluaran syarikatnya ditarik balik selepas uji kaji oleh Kementerian Kesihatan mendapati ia bebas daripada bahan itu selepas dibuat ujian oleh makmal.

"Di sini kami ingin menjelaskan bahawa selepas menerima notis daripada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan mengenai pembatalan notifikasi terhadap dua produk ini pada 9 Julai 2014, pihak kami mengambil inisiatif membuat ujian makmal ke atas produk-produk ini.

"Hasil ujian tersebut bertarikh 21 Julai 2014 mendapati kedua-dua ini adalah bebas daripada bahan hydroquinone," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, pihaknya telah pun membuat permohonan semula notifikasi bagi kedua-dua produk itu.

Kedua-dua produk itu adalah Dnars Yellow Cream (Krim Ku-Neng) dan Dnars Magic Gold Foundation.

Isu GST: Anwar jawab Najib

Posted: 13 Sep 2014 04:01 AM PDT


Najib dan Anwar
 
 
 
PUTRAJAYA - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa dipersetujui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1992 itu jelas mengelirukan.

Ketua Pembangkang itu menegaskan pelaksanaan GST perlu memenuhi prasyarat tertentu terlebih dahulu serta dilakukan dengan telus dan cekap sebelum ia boleh diperkenalkan tahun depan.

"Dalam Parlimen, saya juga telah menekankan bahawa GST harus bermula pada tahap yang rendah.

"Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran serta mengelakkan daripada berlakunya amalan rasuah.

"Prasyarat ini tidak dipenuhi, sebab itulah GST tidak pernah dilaksanakan ketika saya menjadi Menteri Kewangan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Rabu lalu, Najib berkata, Anwar semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 1992 telah menyokong pelaksanaan sistem cukai itu di negara ini.

Jelas Najib, pelaksanaan GST telah disokong oleh Anwar ketika usul itu dibentangkan dalam bajet tahunan negara ketika itu.

Najib ketika membentangkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lalu berkata GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.

Wanita hampir maut bom meletup bawah kereta

Posted: 13 Sep 2014 03:56 AM PDT

SINAR HARIAN


PETALING JAYA - Seorang wanita hampir maut apabila sebutir bom tangan meletup ketika kereta yang dipandunya melalui jalan berhampiran rumahnya di Kampung Baru Subang di sini, hari ini.
  
Chong May Lun, 40, yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya pada 6.45 pagi, tidak menyangka bunyi kuat itu adalah letupan sebutir bom tangan.
  
"Saya bernasib baik kerana bom itu tidak meletup di tangki minyak dan di bahagian pemandu," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
  
Letupan itu menyebabkan bahagian bampar belakang kereta Toyota Vios beliau tertanggal dan serpihan bom itu menembusi but dan tempat duduk penumpang bahagian belakang.
  
Chong berkata bom itu diletakkan di bawah sebuah bongkah batu di jalan berkenaan.

Menurutnya jalan berkenaan terletak hanya kira-kira 10 meter dari rumahnya, dan mendakwa bom itu disengajakan diletakkan di situ.
  
"Saya tolong kakak usahakan perniagaan kedai makan...mungkin ada unsur dengki dalam perniagaan," katanya.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Bahan Letupan dan Kakisan.
  
"Kita sedang mengenal pasti model bom yang digunakan dan punca kejadian," katanya. - Bernama

Teater Super Mokh papar semangat juang & displin Mokhtar Dahari

Posted: 13 Sep 2014 03:51 AM PDT

Oleh Asri Sapfie


KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak negara tidak harus semata-mata mengkagumi kehandalan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, sebaliknya meneladani semangat juang dan disiplinnya.

Pemain lagenda bola sepak tanah air, Santokh Singh, berkata Mokhtar terkenal sebagai pemain yang memiliki semangat juang tinggi dan tidak mudah mengalah setiap kali beraksi.

"Mokhtar juga sangat menitikberatkan disiplin. Sekiranya masa berlatih kami pada jam 5 petang, beliau akan berada di padang seawal jam 4 petang," katanya kepada Selangor Kini.

Supermokh bersama MB di Istana Budaya (3)
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Malam Penganugerahan 20 pemain veteran bola sepak anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  sempena teater 'Supermokh' di Istana Budaya antara 8 hingga  21 September 2014

Kehebatan Mokhtar terpapar dalam pementasan teater 'Super Mokh' arahan bersama Hans Isaac dan Harith Iskandar yang berkisar perjalanan hidupnya dalam arena bola sepak di Malaysia.

Melalui teater itu, penonton dihidangkan pahit getir yang dilalui Mokhtar sehingga bergelar lagenda dan dianggap sebaris dengan bintang handalan luar negara ketika itu.

Teater itu turut disaksikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris yang sanggup mencemar duli bagi menonton teater itu bersama ribuan penonton

Santokh juga menyeru kepada pemain supaya tidak menjadikan wang ringgit sebagai faktor mereka bermain sebaliknya mengambil iktibar dari kesungguhan dan semangat yang ditonjol Mokhtar.

Beliau menggesa setiap pemain memperbaiki disiplin, semangat kesukanan dan dedikasi semasa di padang supaya menjadi pemain yang berkualiti.

"Bagi saya, pemain bola sepak sekarang tidak cukup berdisiplin dan dedikasi tinggi baik ketika latihan mahupun di padang.

"Pada hari ini, saya tidak berasa pemain menunjukkan prestasi di tahap optimum," katanya.
Santokh Singh adalah pemain pertahanan yang digeruni lawan dan bijak menyerap asakan pasukan lawan.

Beliau bergandingan bersama Kapten skuad Malaysia, Datuk Soh Chin Aun yang dianggap serasi hingga menjadikan benteng pertahanan Malaysia kebal dari dibolosi.

MB: 30 guru sekolah Tamil, Cina diberi biasiswa lanjut pelajaran

Posted: 13 Sep 2014 03:48 AM PDT

Oleh AFEEQA AFEERA


PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor mencadangkan 30 guru Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan Cina diberi biasiswa bagi membolehkan mereka melanjut pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia membolehkan golongan pendidik meningkatkan ilmu sekaligus memberi kualiti pendidikan serta pengajaran lebih baik kepada pelajar.
"Kita mesti beri tambahan kepada guru kalau tidak bagaimana anak-anak mahu mendapatkan kualiti pelajaran terbaik.

"Saya cadang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau Guru Besar menulis kepada Dr Halimah Ali untuk dapatkan biasiswa," katanya pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Sekolah Tamil Fasa 2 di SJK (T) Watson, malam tadi.

tamil
Sebanyak 26 sekolah menerima bantuan RM850,000 bagi meneruskan dasar Kerajaan Selangor terhadap pelbagai jenis sekolah yang diwujudkan sejak enam tahun lepas.

Antara sekolah yang menerima bantuan itu adalah SJK (T) Ladang Ampar Tenang, SJK (T) Ladang Escot, SJK (T) Ladang Riverside, SJK (T) Ladang Sungai Tinggi, SJK (T) Ladang Minyak, SJK (T) Pulau Carey Barat, SJK (T) Batu Caves, SJK (T) Klang dan lain-lain.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, Exco Beli dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata sebanyak RM20 juta diperuntuk Kerajaan Negeri kepada SJK (T) di Selangor sejak 2009.

Katanya, peruntukan itu bagi memastikan pembangunan infrastruktur di sekolah jenis berkenaan dapat dilaksanakan dengan baik untuk keselesaan pelajarnya.

"Selangor tiada diskriminasi dari sudut pendidikan, ibu bapa bebas memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke mana-mana sekolah.

"Sebelum 2008, semua jenis sekolah dibolehkan tetapi Kerajaan Negeri tidak beri bantuan, hanya selepas pentadbiran baru kita beri (peruntukan)," katanya.

UPSR kucar-kacir, Dr M kritik 1MDB, tetapi di manakah PM Najib?

Posted: 13 Sep 2014 03:41 AM PDT



Oleh Ng Kee Seng


Di manakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini?

Menurut agensi berita nasional Bernama, Najib berada dalam sebuah lawatan rasmi ke Republik Azerbaijan, atas jemputan Presiden Ilham Aliyev.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama oleh PM ke Azerbaijan.Semasa lawatan itu, Najib akan diberi satu majlis sambutan rasmi dengan pertemuan empat mata dengan Presiden itu, sebuah mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Azerbaijan, dan sambutan rasmi yang dianjurkan oleh Presiden.

Najib juga akan menyaksikan majlis menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) dan bertemu dengan Arthur Rasizade, Perdana Menteri Azerbaijan.

Najib juga dijadual merasmikan pembukaan Kedutaan Besar Malaysia di Baku dan juga menghadiri dan menyampaikan ucaptama pada sebuah mesyuarat meja bulat perniagaan.

Adakah Najib sedang mendahulukan apa yang patut didahulukan? Adakah anda percaya terhadap kebetulan?

Najib berlepas ke Republik Azerbaijan semalam tetapi peperiksaan UPSR berada dalam keadaan kucar-kacir apabila dua kertas peperiksaan, Sains dan Bahasa Inggeris, telah disahkan bocor. Kertas Matematik kini juga disyaki telah bocor.


Dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempersoalkan hutang besar dan penggunaan dana oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kebakaran" telah marak di Malaysia tetapi Najib tiada. Kebetulan?

Mahathir menulis dalam blognya pada 10 September bahawa 1MDB telah membelanjakan berbilion-bilion ringgit bagi membeli loji-loji kuasa dari Genting dan Tan Sri Ananda Krishnan (pemilik Maxis-Astro) dan telah membayar harga melebihi harga pasaran untuknya.

Beliau juga mempersoalkan hutang besar 1MDB pada kira-kira RM38 bilion, selepas hanya lima tahun beroperasi sebagai dana kekayaan negara kedua negara ini, selepas Khazanah Nasional Berhad.

Mahathir mendakwa dana 1MDB tidak datang daripada lebihan negara, dan hutang ini telah meningkatkan hutang negara yang sudah pun sedia tinggi.

Bekas PM itu, yang baru-baru ini telah menulis bahawa beliau telah menarik balik sokongan terhadap pentadbiran Najib, mendakwa kerajaan tidak akan mempunyai keupayaan untuk membantu membayar hutang 1MDB.

Mahathir berkata bahawa sebahagian besar daripada dana yang diperoleh daripada terbitan hutang oleh 1MDB telah dihantar ke Kepulauan Cayman, suatu langkah yang telah banyak dipersoalkan.

Ramai juga yang telah menyuarakan kebimbangan terhadap kurangnya ketelusan dalam menguruskan dana berjumlah RM18 bilion daripada Cayman.

Dan seperti kebiasaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, beliau menyokong kritikan Mahathir terhadap 1MDB itu.

The Malaysian Insider memetik Lim sebagai berkata yang kerajaan Pulau Pinang berminat terhadap isu ini, kerana 1MDB juga membeli tanah di negeri ini.

Jadi apa halnya? Ia tiada kaitan dengan kerajaan negeri itu.

Unit 1MDB, 1MDB RE (Ayer Itam) Sdn Bhd telah membeli tanah berkeluasan 47.3 hektar di Bandar Air Itam dari Farlim Group, dengan harga RM112.5 juta pada September tahun lepas.

Tanah tersebut dijual pada tiga lot dengan harga RM110 sekaki persegi, dan Putrajaya telah berjanji untuk membina 9,999 rumah bagi membantu rakyat Pulau Pinang.bm.theantdaily.com

MAS memiliki ‘lubuk’ bernilai RM6 bilion

Posted: 13 Sep 2014 03:34 AM PDT

Oleh Doreen Leong

 
KUALA LUMPUR: Walaupun ramai penganalisis memberi nasihat kepada pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) untuk menerima tawaran RM1.4 bilion daripada Khazanah Nasional Bhd, sesetengah pihak mencadangkan mereka perlu meminta lebih, kerana syarikat penerbangan itu memiliki aset tanah dan harta lain yang mungkin bernilai sehingga RM6 bilion.

Sementara menunggu laporan daripada penasihat bebas, AmInvestment Bank Bhd, pemegang saham minoriti mungkin telah mendapat tawaran yang yang rendah, kerana MAS duduk di atas simpanan tanah yang besar dan berharga, dan aset yang berpotensi meningkatkan nilai buku bersihnya, yang berjumlah RM12. 91 bilion pada 31 Disember 2013.

Walaupun harga tawaran 27 sen adalah melebihi aset bersih MAS bagi seunit saham sebanyak 19 sen sehingga 30 Jun, hakikatnya ialah aset-aset ini adalah berdasarkan kepada nilai buku dan tidak dinilai semula.

RHB Research menasihati pemegang saham minoriti untuk menerima harga tawaran untuk mengelakkan saham mereka cair lagi, dan mereka berpeluang untuk melabur semula MAS sebaik sahaja ia kembali untuk penyenaraian semula, yang disasarkan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Walau bagaimanapun, soalan yang penting ialah sama ada pemegang saham minoriti, terutamanya pelabur lama, harus menerima tawaran Khazanah yang kononnya rendah, walaupun dengan meminta lebih banyak, mereka boleh menghadapi pencairan lanjut dalam pegangan mereka. Badan pelaburan kerajaan itu telah menyatakan bahawa untuk menjalankan pelan penstrukturan semula, ia perlu mengambil alih kawalan penuh syarikat penerbangan yang dilanda masalah itu dan menswastakannya.

Sebagai cabang pelaburan kerajaan, Khazanah perlu menerajui dalam memastikan pemegang saham minoriti lama MAS diberi ganjaran yang setimpal. Walaupun harga saham mungkin tidak akan dapat mencapai paras tertinggi sebelum ini, Khazanah harus mempertimbangkan membayar harga yang lebih baik untuk mengambil alih MAS, disebabkan aset-asenya yang berharga.

"Pemusnahan nilai sebanyak RM10 bilion dalam tempoh 10 tahun yang lalu bukannya berpunca dari pemegang saham minoriti yang telah mengekalkan saham mereka dan mengambil bahagian dalam banyak isu-isu hak. Sebaliknya, pihak pengurusan yang telah menggagalkan syarikat itu. Tawaran itu perlu adil," kata seorang pemegang saham.

Malah ahli perniagaan, Tan Sri Ananda Krishnan turut membayar nilai premium yang adil, 22.9% apabila beliau membuat tawaran sebanyak RM4.20 bagi setiap unit saham, untuk menswastakan Astro pada tahun 2010. Harga tawaran itu adalah hampir dengan harga penyenaraiannya pada bulan Oktober 2003, RM4.06.

Untuk menswastakan MAS, Khazanah memerlukan penerimaan 100% dan barulah Akta MAS akan ditubuhkan. Khazanah, yang mempunyai kepentingan 69.4% dalam MAS, telah mengemukakan cadangan untuk menswastakan MAS dan menarik balik penyenaraiannya pada akhir tahun.

Suatu undang-undang baru yang dinamakan Rang Undang-Undang MAS akan dibentangkan di Parlimen sebelum Julai tahun depan, bagi memudahkan penghijrahan operasi MAS yang sedia ada ke dalam sebuah syarikat baru (Newco), yang akan mengambil alih operasi syarikat penerbangan itu pada 1 Julai tahun depan.

Khazanah tidak boleh mengundi dalam mesyuarat agung tergemparnya, memandangkan ia adalah pihak yang berkepentingan, dan pemegang saham institusi memiliki hanya kurang daripada 4% dalam MAS.

Sekiranya langkah penswastaan ​​gagal, tidak akan ada apa-apa suntikan modal baru dari Khazanah dan syarikat penerbangan itu mungkin akan diisytiharkan bankrap, yang mungkin bukan suatu idea yang buruk, walaupun kes-kes bankrap boleh menjadi panjang.

Langkah bankrap bukan satu-satunya pilihan yang dimiliki, kerana terdapatnya rancangan pembubaran secara sukarela (MVL).

FocusM melaporkan pada awal bulan Ogos bahawa Khazanah telah mempertimbangkan MVL, yang merupakan pembubaran syarikat yang masih mampu membayar hutang, di mana pengarah-pengarahnya perlu menyatakan pendapat bahawa syarikat itu akan dapat membayar hutangnya secara penuh dalam tempoh 12 bulan dari permulaan penutupan.

Pada asasnya, tidak kira apa, aset syarikat penerbangan itu masih boleh dijual pada harga pasaran dan berpotensi mendapatkan lebih dana daripada yang diperlukan untuk memulihkan syarikat itu. 

Lagipun, Khazanah agak yakin dapat memulihkan syarikat penerbangan itu dalam tiga hingga lima tahun, dengan pelaburan sebanyak RM6 bilion.

Pada masa ini, satu langkah di bawah pelan pemulihan MAS adalah untuk menyatukan ibu pejabatnya dengan memindahkan ibu pejabat dan operasinya dari Subang ke KLIA.

RHB Research berkata langkah itu akan menjimatkan kos logistik dan meningkatkan keadaan kerja bagi keseluruhan pekerjanya. Ini juga boleh membuka jalan untuk MAS menjual simpanan tanahnya di Subang.

Kompleks pejabat MAS di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, yang terletak di atas sebidang tanah persekutuan berkeluasan 42.9 hektar, mungkin bernilai lebih daripada nilai buku bersihnya, RM199.41 juta. 32 buah bangunan pejabat dan bengkel yang membentuk kompleks pejabat MAS berusia dari 15 hingga 42 tahun.

Walaupun kompleks pejabat MAS itu adalah salah sebuah bangunan yang telah dilupuskan pada tahun 2002 di bawah sebuah langkah pelupusan aset yang dilakukan bagi mengumpul RM6.1 bil, ia masih disenaraikan sebagai hartanah MAS dalam laporan tahunannya bagi tahun 2013.

Petrol tidak akan dikecualikan daripada GST?

Posted: 13 Sep 2014 03:24 AM PDT

GST_petrol

Roketkini.com


IPOH: Kerajaan diminta menjelaskan kepada rakyat Malaysia sama ada bahan bakar keperluan utama pengguna, iaitu petrol. tidak akan dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin berkata, beliau merujuk kepada laporan akhbar Sin Chew Jit Poh yang memetik kenyataan Jabatan Kastam Malaysia dalam sebuah forum bahawa petrol tidak akan dikecualikan daripada GST.

Menurut Chong, penolong pengarah kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Isa Daud menyatakan bahawa cukai GST di Malaysia adalah cukai progresif dan bukannya cukai regresif.

"Ini bukan sahaja satu kenyataan yang mengelirukan dari Isa , tetapi satu percubaan terdesak untuk mewajarkan pelaksanaan GST," kata Chong dalam satu kenyataan.

Jun lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk tidak mengenakan GST ke atas petrol dan diesel apabila sistem percukaian baru itu dilaksanakan pada April 2015.

Namun kata Ahmad, kerajaan bakal kehilangan hasil jika GST tidak dikenakan ke atas petrol dan diesel, dan hanya dapat ditampung melalui pelan rasionalisasi subsidi.

Kenyataan ini menimbulkan kebimbangan ramai bahawa cukai GST bakal dilaksanakan dan memberi kesan langsung terutamanya kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Kata Chong, petrol adalah produk yang mendapat subsidi kerajaan dan tindakan mengenakan cukai GST keatasnya adalah sama dengan menghapuskan subsidi petrol.

Kini, harga semasa minyak petrol jenis RON95 bersubsidi adalah pada kadar RM2.10 seliter, dan langkah mengenakan GST ke atas RON95 akan menaikkan harganya kepada RM2.23 seliter
"Ini tidak ada beza dengan menghapuskan RM0.13 sen bagi setiap liter petrol bersubsidi," kata Chong.

Katanya, walaupun kerajaan menyenaraikan beberapa keperluan asas seperti barang cukai sifar, golongan berpendapatan rendah hanya akan dapat membeli barangan tersebut, berbanding golongan berpendapatan tinggi yang berpeluang menyimpan sebahagian pendapatan mereka.

Chong memberikan contoh bahawa seseorang yang berpendapatan rendah mendapat gaji bulanan RM1,000 yang membelanjakan keseluruhan pendapatan bulanannya, akan membayar enam peratus cukai GST, iaitu bersamaan RM60.

Sebaliknya, seseorang berpendapatan tinggi yang mendapat gaji RM6,000 sebulan berpeluang menyimpan sebahagian pendapatannya dengan mengandaikan dia menyimpan RM3,000 dan membelanjakan RM3,000, maka jumlah cukai GST yang dibayar hanya RM180, iaitu tiga peratus dari pendapatan bulanannya.

"Saya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengkaji semula keputusannya untuk mengenakan GST ke atas petrol dan menyenaraikannya sebagai produk cukai sifar di bawah GST untuk mengelakkan peningkatan beban kepada rakyat," tegas Chong. – Roketkini.com

[VIDEO & GAMBAR] PRK Pengkalan Kubor: 3 Calon Bertanding - PAS, BN & Bebas

Posted: 13 Sep 2014 12:46 AM PDT

KELAB GREENBOC



 
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Barisan Nasional (BN) dan PAS sekali lagi akan berdepan seorang calon Bebas, demikian umu SPR.

Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Beliau diiringi pencadang dan penyokong Suhardi Mohd dan Yazid Ibrahim serta seorang pemerhati.

Beliau tiba di tempat penamaan calon seawal jam 7.50 pagi.

Beliau pernah bertanding pada Pilihan raya umum yang lepas dalam DUN yang sama dan mendapat 65 undi

Pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi dan kini ketiga-tiga calon sudah bersedia di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat bagi menyerahkan borang pencalonan mereka.

Perarakan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Pasir, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang bemula di Padang Kemahkotaan didahului dengan solat hajat yang dipimpin Ustaz Nik Radzi Ni Mat, lapor harakahdaily.

Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mula berkumpul kira-kira jam 7 pagi dalam suasana tenang dengan cuaca yang agak redup.

Para petugas Unit Amal kelihatan sibuk mengawal lalu lintas supaya keadaan berjalan lancar.

Perarakan calon Pakatan Rakyat daripada PAS itu diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut disertai Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemagku Ketua Dewan Ulamak PAS PUsat yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat, Ketua Pengarah Pilihan raya, Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar di samping Tian Chua dan Shamsul Iskandar daripada PKR.

Rombongan calon PAS yang mula berarak jam 8.15 pagi sudah masuk tempat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. Mereka tiba paling awal. Seorang calon Bebas juga kelihatan.

Pegawai Pengurus PRK Pengkalan Kubor, Mohd Sobri mengumumkan penamaan calon dibuka jam 9 pagi.

Wan Rosdi menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi , diikuti calon BN, Mat Razi Mat Ali pada 9.03 pagi dan calon Bebas, Aizat Bukhori seminit kemudian.

Penyokong kedua-dua pihak hanya dpisahkan dengan jalan di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. Laungan takbir kedengaran dari sebelah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.



LIHAT VIDEO DI SINI

Perkembangan semasa PRK Pengkalan Kubor

Posted: 13 Sep 2014 12:39 AM PDT

 
 
7.50 pagi: Keadaan di tempat penamaan calon Majlis Tanah Jajahan Tumpat masih lagi terkawal dan para pegawai SPR sudah mula memasuki Dewan majlis Jajahan tumpat.

8.30 pagi: Calon PAS tiba dan penyokong PAS mengiringi calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim ke tempat penamaan calon di Pejabat Tanah Jajahan Tumpat

Hadir sama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut hadir Tian Chua, Shamsul Iskandar dan pemimpin-pemimpin DAP.

8.40 pagi: Kedua-dua calon dari BN dan PAS tiba di tempat penamaan calon bertempat di Pejabat Tanah Jajahan Tumpat yang diiringi pemimpin tertinggi parti masing-masing.

9.00 pagi: Semua calon diiringi penyokong dan pencadang memasuki Dewan Pejabat Tanah Jajahan Tumpat.

9.45 pagi: Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di tempat penamaan calon sambil diiringi laungan "takbir" .

prk kubor

10.00 pagi : Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat berangkat pulang dari tempat penamaan calon sambil mendapat laungan "takbir" daripada penyokong.

Isu MB: Jangan gadaikan ilmu semata demi memenuhi nafsu politik pihak lain - Aidit

Posted: 13 Sep 2014 12:24 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Jangan sampai menggadaikan pengalaman dan ilmu undang-undang semata-mata demi mahu meraikan hajat serta impian pihak yang gilakan kuasa, khususnya berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor, demikian tegas Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali.
 
Aidit dalam pada itu juga membidas tindakan sesetengah ahli akademik yang mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada fakta dan situasi yang berlaku di Selangor, yang menafikan hak mutlak Sultan Selangor berhubung pelantikan Menteri Besar.    
 
"Kalau ada orang yang ada ilmu undang-undang, ilmu agama, tahu tradisi yang wujud di Selangor, (tetap) sanggup mengepikan ilmu dan pengalaman mereka semata nak meraikan orang yang bernama Anwar dan konconya, maka orang ini bukan sekadar derhaka kepada Sultan, tetapi derhaka kepada ilmu dan derhaka kepada segala sumpah yang telah diangkat bila hendak mencari ilmu yang penuh dengan kemuliaan," katanya kepada Antarapos.  
 
Tanpa menyebut secara khusus individu yang dimaksudkan, Aidit selain itu berkata, individu tersebut tidak layak mendapat gelaran 'pakar perlembagaan'. 
 
"Saya musykil bagaimana mereka ini, yang tak ada siapa pun pernah panggil mereka ini pakar perlembagaan. Tak ada siapa beri. Hanya kalangan mereka yang memperakui demi mencapai matlamat politk Anwar Ibrahim," katanya lagi.
 
Beberapa hari lalu, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Aziz Bari dalam satu forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mendakwa istilah 'kuasa mutlak' oleh seseorang raja atau sultan tidak wujud mengikut Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi.
 
"No such thing as absolute power sebab kita mengamalkan demokrasi. Dalam demokrasi tidak ada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Saya fikir dalam Islam pun tak ada kuasa mutlak.
 
"Jadi dari mana kuasa mutlak ini (timbul)? Apa asasnya?" kata Aziz ketika menjawab soalan hadirian yang bertanya mengenai kuasa yang dimiliki oleh Sultan Selangor  dalam melantik seorang menteri besar.
    
Mengulas berhubung perkara itu, Aidit berkata, jelas sekali individu berkenaan tidak mengkaji secara teliti sebelum mengeluarkan kenyataan.
   
"Precedent (amalan terdahulunya) ialah Sultan dan Raja-raja mempunyai hak mutlak atas siapa yang mereka hendak lantik sebagai MB. Anwar tak ada hak nak cipta precedent lain. Inilah 'precedent' (amalannya). 
 
Dari segi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Sultan ada hak untuk memperkenankan siapa yang jadi MB. Lebih-lebih lagi siapa yang jadi MB, beliau nanti kena pikul amanah dan perkenan Sultan atau Raja negeri itu," katanya lagi.
 
Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dalam Artikel 51 memperuntukkan bahawa Sultan mempunyai kuasa mutlak berhubung pelantikan Menteri Besar negeri itu. 
 
Sultan juga berhak untuk melantik seorang anggota DUN sebagai menteri besar yang menurut pertimbangan baginda mendapat keyakinan majoriti dewan dan syarat kedua, seorang Menteri Besar yang dilantik mestilah berketurunan Melayu dan beragama Islam.
 
Perkara tersebut dirujuk berdasarkan Artikel 51 (1) serta berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Penghuni asrama wanita dicabul kehormatan

Posted: 13 Sep 2014 12:21 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
MELAKA: Seorang wanita dicabul kehormatan di sebuah asrama, sehari selepas seorang pelajar akhir tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditikam lima kali, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai keselamatan asrama-asrama wanita  di negeri ini.  
 
Zaini Mohd Razali, seorang pekerja hotel yang berasal dari Kelantan di serang oleh seorang pemuda di bilik asramanya di Jalan Tun Perak tengah hari Khamis lalu. 
 
Remaja berusia 20 tahun itu berjaya melepaskan diri apabila pemuda berkenaan menggeledah bilik sebelah. 
 
Kejadian itu berlaku kurang 24 jam selepas pelajar akhir tahun UiTM  Siti Irina Ridzwan di serang di bilik sewanya di Lendu, Alor Gajah.  
 
Beliau di tikam di paru-paru oleh seorang pemuda bersenjatakan pisau. 
 
Tindakan pantas polis membolehkan pemuda itu ditahan dengan tiga rakannya di sebuah hotel bajet di Melaka Tengah keesokkan hari.

Zahid tak serius bincang Akta Hasutan- Pemuda Pakatan

Posted: 13 Sep 2014 12:13 AM PDT

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR  : Pemuda Pakatan Rakyat kecewa apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir dalam perbincangan yang sepatutnya diadakan hari ini.

Sebaliknya, Zahid hanya menghantar wakil iaitu Setiausaha Bahagian Keselamatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Din untuk bertemu mereka di Pejabat KDN di Putrajaya.

Nik NazmiMenurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, Awang Din dalam pertemuan itu mengesahkan tiada perkembangan dalam proses untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

"Jadi boleh dikatakan itu adalah jawapan utama yang kita boleh katakan daripada perbincangan tadi," katanya ketika ditemui di Perkarangan bangunan KDN.

Minggu lalu, Pemuda Pakatan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Hasutan, dan menggesa agar dihentikan serta merta pendakwaan terhadap individu yang dikenakan di bawah akta tersebut.

Namun Awang menjelaskan ia adalah kenyataan Perdana Menteri dan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat tentang perkara itu.

"Itu pengumuman yang dibuat Perdana Menteri tapi dia (Awang) tak ada maklumat tentang perkara itu. Itu yang kita musykil kenapa ia berlaku.

"Sebab itu saya tanya, jadi apa perkembangan dari segi pemansuhan (Akta Hasutan)? Dia kata tak ada progess, jadi saya fikir jawapan tu seolah-olah ingin melanjutkan akta tersebut," jelasnya lagi.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat bagaimanapun menjelaskan pihaknya bersama Nik Nazmi dan Ketua Pemuda DAP (DAPSY), Teo Kok Seong akan berbincang untuk langkah seterusnya susulan jawapan yang diberikan KDN.

‘Saya tidak pernah setuju GST, kenyataan Najib mengelirukan’

Posted: 13 Sep 2014 12:10 AM PDT

NADIA HANAFI


IMG_6808


KUALA LUMPUR- Tidak jujur dan mengelirukan, itu kata Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Ketua Umum KEADILAN itu bersetuju untuk mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) pada tahun 1992.

Kata Anwar, beliau telah menyatakan dengan jelas di Parlimen bahawa GST perlu dilakukan dengan cara 'telus dan cekap' dan perlu memenuhi beberapa pra-syarat tertentu sebelum melaksanakannya.

"Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran, dan mengelakkan daripada berlakunya amalan rasuah.

"Saya juga telah menekankan bahawa GST harus bermula pada tahap yang rendah," katanya dalam satu kenyataan

Anwar berkata GST tidak dilakukan sehingga sekarang kerana pra-syarat itu tidak dipenuhi.
"Ini pra-syarat yang tidak dipenuhi sebab itulah tidak pernah dilaksanakan semasa saya menjadi Menteri Kewangan," katanya

Menurut laporan Malaysian Insider pada 10 Sept, Najib berkata Anwar pernah menyatakan hasrat dalam ucapan bajetnya untuk melaksanakan GST pada tahun 1992 namun Anwar berpatah balik dan tidak melaksanakannya.

CJ: Hakim perlu berani buat keputusan tak popular

Posted: 13 Sep 2014 12:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


Hakim perlu memiliki keberanian moral untuk membuat keputusan tidak popular dalam kalangan ahli politik atau media dan orang ramai," kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
  
Beliau berkata hakim tidak perlu khuatir jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mereka jika mereka sudah menyediakan penghakiman yang jelas berdasarkan autoriti undang-undang kes.
  
"Tidak ada arahan kepada hakim untuk bersetuju dengan keputusan majoriti panel yang bersidang di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," katanya dalam ucapan pada majlis angkat sumpah 15 hakim yang dilantik ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
  
Panel Mahkamah Persekutuan yang bersidang untuk mendengar sesuatu kes dianggotai lima atau tujuh hakim manakala Mahkamah Rayuan terdiri daripada tiga hakim.
  
Arifin turut mengingatkan hakim agar menulis alasan penghakiman dengan jelas dan dalam bahasa yang mudah difahami pihak terbabit terutama mereka yang tidak diwakili peguam.
  
"Saya ingin berpesan kepada mana-mana pihak terutama para peguam agar tidak mengambil tindakan yang membelakangkan kedaulatan undang-undang dalam menyalurkan rasa ketidakpuasan hati terhadap keputusan mahkamah," katanya.
  
Beliau berkata hakim, pegawai kehakiman dan peguam perlu bersama-sama memelihara martabat dan integriti kehakiman bagi mengelak kepercayaan rakyat dalam proses keadilan di negara ini tergugat.
  
"Pada akhirnya, apa yang paling penting ialah persepsi umum terhadap badan kehakiman. Sebuah badan kehakiman kehilangan nilai dan perkhidmatan kepada masyarakat jika orang ramai tidak yakin dengan keputusannya.
  
"Saya menggesa semua pihak agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam memuat naik pandangan serta pendapat mereka di laman media sosial kerana kesannya amat besar dan boleh menghakis kepercayaan umum kepada badan kehakiman," kata Arifin.
  
Menyentuh isu lain, beliau berkata berikutan pindaan terhadap Akta Saraan Hakim 1971, mereka tidak dibenar bersara sebelum mencapai usia 60 tahun dan berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun bagi membolehkan mereka mendapat pencen.

Peruntukan baharu itu bertujuan menyediakan fleksibiliti kepada mana-mana hakim yang merasakan bahawa beliau tidak dapat meneruskan tugasnya atau ingin bersara awal atau sebarang alasan lain sebelum mencapai umur persaraan wajib.
  
Arifin juga berkata beliau berpuas hati kerana kebanyakan hakim mematuhi arahan amalannya yang tidak membenarkan perbicaraan mana-mana kes ditangguh tanpa sebarang alasan kukuh.
  
Bagaimanapun, beliau mendapati ada hakim yang tidak mematuhi arahan amalan yang menghendaki mereka membuat keputuan tidak lebih empat minggu dan menyediakan alasan penghakiman dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh kes ditangguh untuk keputusan.
  
Di majlis itu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azahar Mohamed, 58, Peguam Cara Negara Tan Sri Idrus Harun, 59, serta enam Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi, 60, Datuk P. Nallini,  55, Dr Badariah Sahamid, 59, Ong Lam Kiat Vernon, 57, Abdul Rahman Sebli, 55, dan Dr Prasad Sandosham Abraham, 63, mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan.
  
Azahar dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan manakala yang lain sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
  
Tujuh Pesuruhjaya Kehakiman iaitu Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, 55, Datuk Wira Kamaludin Md Said, 56, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, 57, Teo Say Eng, 62, Rosilah Yop, 56, Datuk Hashim Hamzah, 52, dan Datin Azizah Nawawi, 52, dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Pelantikan mereka berkuat kuasa semalam.- Bernama

Pendidik: Jangan taksub capai 5A

Posted: 13 Sep 2014 12:06 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


"Saya mesti dapat 5A dalam UPSR. Ini hasrat saya. Hidup saya akan senang kelak, jika saya dapat gred baik," demikian kata seorang murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Oleh itu M Rushill dari sebuah sekolah di Cheras sentiasa berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran tanpa mendapat bantahan ibu bapanya.

Dia juga mahu mencontohi beberapa anggota keluarganya yang cemerlang dalam pelajaran mereka.

Namun bagi pensyarah Universiti Tuanku Abdul Rahman, Norazleen Mohamad Noor, obsesi sebegini perlu dihentikan.

"Dalam masyarkat yang mengejar gred, proses pembelajaran sebenar akan diketepikan. Jika ini berlaku, sekolah akan menjadi institusi yang menakutkan," katanya.

Beliau berkata amat malang jika dipercayai bahawa masa depan kanak-kanak  yang mendapat banyak A dalam peperiksaan akan lebih cerah masa depannya berbanding kanak-kanak yang mendapat banyak C.

Proses pembelajaran sebegini adalah berbeza berbanding di negara maju, tambah beliau.

Profesor Dr Turiman Suandi dari Universiti Putra Malaysia pula berkata perlu disedari bahawa pembelajaran adalah untuk membina keperibadian dan nilai.

"Perlu ditanya apakah makna gred, apakah yang ia gambarkan," katanya.

Bagi pendidik Shiveh Sivalingam, ibu bapa jangan menilai anak-anak mereka berdasarkan berapa banyak A yang diperoleh.

"Setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan sendiri yang perlu dipupuk. Akhirnya kejayaan anak-anak mereka akan menjelma dengan sendirinya," katanya.

Beliau yang bersetuju dengan pendapat Turiman, berkata ibu bapa perlu turut menggalak anak-anak mereka untuk bersukan dan menyertai kegiatan kokurikuklum bagi mempelajari nilai-nilai yang berharga.

Seorang ibu, Maizatul Lina Mustapa berkata beliau tidak memaksa anaknya untuk cemerlang.

"Gred bukan segala-galanya. Kita perlu fokus kepada pembelajaran dan penambahbaikan dan biarkan gred baik datang secara semula jadi," katanya.

Beliau berkata sikap ibu bapa yang suka membandingkan pencapaian kanak-kanak perlu dihentikan.

Seorang lagi ibu, Rosie Chan berkata ibu bapa perlu turut dididik untuk memfokus kepada pembinaan kekuatan anak-anak mereka yang mempunyai kemahiran masing-masing.

Pada masa yang sama, seorang eksekutif syarikat menyarankan agar pihak media berhenti daripada meuar-uarkan pelajar cemerlang, sebaliknya turut mengetengahkan pencapaian pelajar sederhana. - Bernama

Kit Siang: Kenyataan Mahathir lebih berbahaya

Posted: 13 Sep 2014 12:01 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pemimpin Umno juga akan didakwa mengikut Akta Hasutan sekiranya pendakwaan mengikut undang-undang itu tidak dilakukan secara "pilih kasih".

MP Gelang Patah itu mengambil contoh kenyataan terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meggelarkan Melayu sebagai pemalas.

Katanya, Mahathir juga menuduh beliau mencetus perbalahan kaum kerana bertanding kerusi parlimen di Johor dalam pilihan raya umum lalu.

"Mahathir membuat kenyataan tak munasabah, palsu dan berbahaya mendakwa saya bertanding di Gelang Patah untuk mencetuskan pertembungan antara Melayu dan Cina di Johor kerana saya mahu Cina membenci Melayu.

"DAP juga didakwa menolak konsep perkongsian kuasa Melayu-India-Cina kerana Cina mahu menumbangkan kuasa politik Melayu," katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, tuduhan itu sangat jelas bersifat menghasut dan melaga-lagakan golongan pelbagai kaum.

"Kenyataan ini bukan sahaja pembohongan yang nyata, tetapi ia juga sangat tidak bertanggungjawab, cuai dan berniat jahat dan mahu mencetuskan rasa kurang senang antara kaum.

"Ia berkali-kali ganda lebih menghasut berbanding kenyataan yang dibuat mangsa-mangsa jaring Akta Hasutan yang dilancarkan kerajaan," katanya lagi.

Menurut Lim, beliau sebenarnya bukanlah menyeru agar Mahathir didakwa di bawah Akta Hasutan kerana kenyataan itu.

Namun, rakyat Malaysia berhak tahu rasional di sebalik siri dakwaan terhadap mereka yang berbeza pendapat dengan kerajaan sewaktu kenyataan yang lebih 'menghasut' dibiar begitu sahaja.

Beliau berkata demikian mengulas siasatan terbaru berkaitan hasutan terhadap peguam Edmund Bon serta naib pengerusi PKR Johor, Hassan Karim.
 

'DAP tak datang, pengundi Cina tak ramai'

Posted: 12 Sep 2014 11:55 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, isu dalaman Pakatan Rakyat dan kemelut yang berlaku di Selangor tidak akan menggugat kempen dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor.

Malah, ketiadaan pemimpin utama termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari penamaan calon pagi ini juga bukan bermakna parti itu kini bermasalah.

"Tak jadi isu. Tak jadi masalah. Presiden akan datang, petang ini. Kami pun sekarang sibuk dengan muktamar yang akan berlangsung di Johor," katanya ringkas.

Katanya, PAS juga tiada masalah dengan tindakan pemimpin DAP yang tidak muncul memberi sokongan kepada calon mereka hari ini.

Mat Sabu berkata, tidak ramai pengundi di kawasan tersebut terdiri daripada kaum Cina.

Bagaimanapun, katanya, wakil daripada DAP akan hadir semasa tempoh berkempen nanti.

"Dari PKR ramai yang datang. Di sini orang bukan Melayu tak ramai. Jadi mereka (DAP) tak datang. Mungkin akan datang pada kempen hari yang lain," katanya lagi.

Beliau ditemui pemberita mengiringi calon PAS,  Wan Rosdi Wan Ibrahim ke pusat penamaan calon DUN Pengkalan Kubor di pejabat tanah dan jajahan Tumpat.

Anwar, Wan Azizah datang kemudian

Sementara itu, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, ketidakhadiran ketua umum PKR dan presiden semasa penamaan calon sudah menjadi kebiasaan.

Katanya, pemimpin yang bertanggungjawab untuk hadir setiap kali penamaan calon ialah Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, beliau dan Tian Chua hadir sebagai wakil PKR pada pagi ini.

Shamsul Iskandar juga memberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan hadir semasa tempoh berkempen pilihan raya kecil itu.

"Biasanya timbalan yang akan hadir. Oleh sebab sekarang baru lepas pemilihan maka belum lagi ada penstrukturan untuk siapa yang akan jadi pengarah pilihan raya.

Sebab itu kami buat keputusan saya dan Tian Chua turun hari ini mewakili kepimpinan. (Masa) kempen nanti  kita akan bawa presiden dan Datuk Seri Anwar, paling tidak pun sehari," katanya.

Pertandingan tiga penjuru di PRK Pgkl Kubor

Posted: 12 Sep 2014 11:52 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tiga calon sah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kerusi itu akan ditandingi calon PAS, BN dan Bebas.

PAS meletakkan Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon manakala BN pula meletakkan Mat Razi Mat Ail sebagai calon mereka.

Manakala calon Bebas ialah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, yang pernah bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum lalu.

Proses penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi ini di
Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

Proses itu berlangsung sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Sobri Ramli mengumumkan nama calon pada jam 10.20 pagi ini.

Tarikh pengundian ditetapkan pada 25 September ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian ADUN sebelum ini, Datuk Noor Zaidi Omar, 57, akibat kanser.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Bagaimanapun, kali ini, PKR menyerahkan kerusi itu kepada PAS yang mempunyai jentera pilihan raya yang lebih kuat di sana, dengan harapan untuk merampas kerusi itu daripada BN.

Orang ramai kelihatan mula memenuhi kawasan berkumpul mengikut parti masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama penyokong dan pemimpin BN mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat pada pukul 8.40 pagi.

Calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, calon BN Mat Razi Mat Ail serta calon Bebas dilihat memasuki pusat penamaan calon pada jam 9.02 pagi.

Akta Hasutan: Bekas Peguam Negara hairan Gani lepas buat pandakwaan baru kaji kes

Posted: 12 Sep 2014 05:07 PM PDT

KL TODAY


 


Pertuduhan hasutan yang bertalu-talu terhadap wakil rakyat pembangkang dan individu lain dilihat sebagai "penindasan" dan bukannya pendakwaan, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman mengkritik tindakan Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula kes selepas pertuduhan dikenakan.Abu Talib berkata, luar biasa bagi Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang juga pendakwa raya mendakwa dulu, kemudiannya membuat keputusan untuk kajian semula. 

"Kita mesti berlaku adil dengan melakukan pendakwaan dan bukannya penindasan," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah khas di Kuala Lumpur semalam.

Abu Talib, yang menjadi peguam negara pada 1980 hingga 1993, berkata demikian ketika mengulas kenyataan Gani (gambar) pada Selasa pihaknya mengkaji kes terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya Profesor Madya Dr Azmi Sharom dan beberapa lagi yang dihadapkan dengan tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.

Gani berkata, ia adalah amalan biasa bagi pihak pendakwaan dan beliau akan menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, adil, tepat dan telus tanpa pengaruh mana-mana pihak.

"Mendakwa seseorang adalah perkara yang sangat serius kerana ia memberi kesan kepada kredibiliti, kedudukan dan maruah tertuduh.

"Ia akan menyebabkan tertuduh dalam terganggu emosi. Malah, jika pertuduhan ditarik balik kemudian pun, kerosakan sudah berlaku," katanya.
Abu Talib berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau hanya memberikan persetujuan kepada pendakwaan sekiranya terdapat 90% bukti untuk melakukan sabitan.

Katanya, pendakwaan dibuat berdasarkan undang-undang, keadilan dan pertimbangan kepentingan awam tanpa dipengaruhi pihak ketiga.

Beliau berkata, kenyataan Gani untuk mengkaji semula pertuduhan hanya memberi gambaran keputusan mengenakan dakwaan terhadap tertuduh dibuat tanpa pertimbangan teliti dan serius terhadap semua fakta yang ada.

"Adakah beliau (Gani) mengakui tidak adil dan telus apabila melakukan dakwaan, dan itu sebabnya mengapa beliau mengkaji semula kes sekarang? Mungkin beliau perlu beri penjelasan," katanya.

Abu Talib berkata, bukan tugas pihak pendakwa mendapatkan sabitan tetapi memastikan keadilan terhadap pertuduhan dan mangsa.

Beliau berkata, Dr Azmi hanya mengulas mengenai undang-undang atau menjelaskan undang-undang.

"Malangnya, makna menghasut sangat luas. Di sinilah peguam negara perlu menggunakan kebijaksanaan beliau dalam keputusannya untuk melakukan pendakwaan," katanya sambil menambah pada zamannya hanya terdapat satu atau dua kes hasutan bagi pendakwaan.

Abu Talib, yang enggan menyebut sebarang nama berkata, terdapat personaliti yang membuat kenyataan hasutan kaum dan agama yang lebih serius tetapi tidak dikenakan dakwaan.

"Beliau tidak diperlukan untuk memberi penerangan tetapi ia amat ideal bagi meningkatkan keyakinan dalam soal pentadbiran keadilan dan jawatannya," kata Abu Taib merujuk kepada Gani.

Pada Rabu, Majlis Peguam Malaysia menyeru Gani menarik balik dakwaan hasutan terhadap Azmi, pemimpin pembangkang dan aktivis.

Presidennya Christopher Leong berkata Gani pada pembukaan Undang-Undang Tahun 2013 menyatakan "setiap orang perlu mengemukakan pandangannya tanpa penalti dan perlu ada satu semangat toleransi di seluruh rakyat".

Majlis peguam akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 19 September bagi membincangkan resolusi berkenaan Akta Hasutan 1948.

Mahasiswa daripada university awam di seluruh negara juga menyertai hartal (protes) yang dianjurkan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya sebagai solidariti terhadap Azmi.

Pada 2 September, Azmi didakwa menghasut berdasarkan kenyataannya dalam satu artikel bertajuk "Ambil laluan krisis Perak bagi mengakhir kebuntuan Selangor, kata Pakatan", yang diterbitkan dalam sebuah portal berita pada 14 Ogos.

Ahli politik Sabah David Orok juga didakwa mengikut undang-undang yang sama pada 3 September kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad menerusi Facebook dua bulan lalu.

Sejak awal bulan ini beberapa ahli politik pembangkang termasuk Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran (PKR), Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad serta wakil rakyat Seri Delima RSN Rayer (DAP) didakwa mengikut Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (DAP), Ahli Parlimen Batu Tian Chua (PKR) dan aktivis Haris Ibrahim juga berdepan dengan perbicaraan kerana dakwaan menghasut.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

Wakil rakyat berisiko kehilangan jawatan mereka jika mahkamah mengenakan denda RM2,000 atau lebih, atau sekurang-kurangnya setahun penjara.-The Malaysian Insider

[PEDULIKAH KITA?] Luluh Hati Seorang Ibu Baca Status Seks Anaknya Di FB

Posted: 12 Sep 2014 05:03 PM PDT

KELAB GREENBOC



Budak zaman sekarang dah terlampau 'ADVANCE'


Entah apa yang sudah jadi dengan kanak-kanak zaman sekarang ini. Tidak pasti sama ada mereka ini tidak tahu atau buat-buat tidak tahu tentang perkara yang betul atau salah.

Lihat sahaja status berkahwin yang telah dimuat naik oleh kanak-kanak ini. Status berkahwin ni satu hal. Satu lagi, mereka ni bercakap dah macam laki bini.. dah la kat FB pulak tu, lihat apa yang mereka komen dibawah.



Ini sememangnnya menjelikkan. Tidak tahulah siapa yang patut dipersalahkan. Media? Ibu Bapa? Teknologi? -siakapkeli


JENAYAH JUVANA YANG BERLELUASA - APA PERANAN IBU BAPA?

KELMARIN baru kami ulas kes buang bayi, dan pagi ini ada lagi. Oleh itu, hari ini ingin kami kongsikan beberapa kes yang dirujuk kepada kami dalam ulasan semasa kali ini. Penekanan kali ini ialah jenayah juvana, samada selaku mangsa ataupun pemangsa. Jenayah ini semuanya memberikan kesan fatal samada secara lahiriah maupun dari espek rohani. Sebahagiannya tidak pernah dilapurkan kepada pihak berkuasa. Tujuan kami hanya untuk menampakkan keseriusan situasi semasa sebagai peringatan kepada para ibu bapa.

KES ANAK TUNGGAL YANG DIMANJAKAN

Ini kes anak tunggal dari satu keluarga berada yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa. Anak ini mendapat segala gajet dan kemewahan hidup yang diperlukan. Dalam rumah ada khidmat maid dan guru tuisyen peribadi sejak sekolah rendah lagi. Ironinya, sejak berumur 12 tahun anak ini yang 'cukup makan' dan berbadan besar sudah mampu meniduri maid dan guru tuisyen yang mengajarnya.

Apabila sedar, situasi ini sudah parah dan terlambat untuk diperbaiki. Anak ini dihantar ke pondok tahfiz, namun kedegilannya telah mengatasi kuasa pendidik. Guru-guru dan rakan rakan beliau ditipu dengan pelbagai cara. Untuk mengelakkan dari hukuman, anak ini lari dari pusat tahfiz itu dan masuk ke politeknik dengan mengulangi masalah yang sama. Beliau turut dikatakan merosakkan ramai gadis lain dan menipu pensyarahnya. Masalah bertimpa-timpa. Suara ibu bapa sudah tidak didengar lagi.

KES ANAK USTAZAH KETAGIHAN SEKS SEAWAL USIA 13 TAHUN

Dalam kes anak gadis seorang ustazah dan seorang anggota polis yang berumur 16 tahun itu ada kaitannya. Beliau yang mengaku telah ditiduri ribuan kali oleh 285 jantan itu mengakui yang ramai juga lelaki bawah umur yang menidurinya secara beramai-ramai dalam keadaan sedar dan rela. Menurut ibu si gadis ini, setiap malam anak ini akan keluar dibawa Mat Rempit dan hanya pulang jam 5 pagi. Ibu bapa tahu tapi tidak mampu berbuat apa apa.

Bermula dari ponteng sekolah, lari rumah lalu anak ini tinggal bersama teman lelakinya yang tinggal di rumah bujang bersama beberapa teman wanita lain. Setelah 2 minggu tinggal bersama, gadis ini tidak dapat menahan nafsu melihat keseronokan teman wanita lelaki bujang yang juga tinggal sebumbung itu lalu menggoda teman lelakinya untuk menidurinya.

Setelah ditemui bapanya dan diletakkan di asrama yang agak jauh, dia melarikan diri pula dari asrama. Sekali lagi kerana kesempitan wang, dia merelakan diri untuk ditiduri lelaki separuh umur yang tidak dikenali, hanya melalui perkenalan di stesen bas. Begitulah selanjutnya sehingga kami selamatkan dia dari rumah bujang dan kami simpan untuk dipulihkan selama 7 bulan. Gadis ini yang berusia 15 tahun ketika itu sanggup melacur diri setiap malam untuk menyara teman lelakinya yang juga penagih dadah.

KES GRADUAN UNIVERSITI IKUT LELAKI INDIA DAN MENGANCAM IBU BAPA

Keluarga gadis ini mengadu untuk meminta bantuan menyelamatkan anak gadisnya yang sudah tidak dapat dikawal. Gadis ini melarikan diri tinggal bersama seorang lelaki India selepas sekian lama memadu kasih. Ibu gadis ini pernah terserempak anaknya berwebcam dalam bilik dalam keadaan lucah namun tidak melakukan sebarang tindakan.

Apabila ditegur, gadis ini membawa lelaki India tersebut dan bertemu ibunya dan berlaku ketegangan. Lelaki India ini mengugut ibu gadis ini mengatakan anaknya sudah berumur 21 tahun dan ibu tidak berhak menghalang hubungan mereka. Beliau malah mengugut untuk menyaman ibu ini atas dasar hak asasi. Anak malang ini malah menjerkah ibunya, mengatakan siapa ibu senang-senang mengatakan dia derhaka? nak menentukan syurga neraka bagi dia???

Ironinya, si bapa seperti kehilangan arah. Setelah lebih 2 bulan anak lari dari rumah pun beliau masih tidak melapurkan kepada polis kerana kononnya anak ini sudah besar dan keluar rumah atas kerelaan sendiri. Beliau hanya berharap kepada bantuan Darus Shifak untuk membomohkan anak ini.

Setelah dikajiselidik, didapati kelaian sudah bermula sekian lama. Ibu bapa ini membiarkan sahaja anak gadis mereka keluar malam dan hanya berpesan jangan pulang lewat dari jam 12 malam. Wajarkah limitasi seorang bapa terhadap anak gadis seperti ini??? Dari situlah anak ini bercampur dengan NGO Internasional yang aneh sehingga bertemu dan memadu kasih dengan lelaki India ini.

KES SUMBANG MAHRAM JUVANA

Kes yang dirujuk kepada kami ini amat menyedihkan. Seorang gadis sunti berusia 8 tahun ditiduri buat kali pertama oleh rakan abangnya. Dalam masa yang sama abang beliau pula meniduri adik perempuan kepada perogolnya. Dua gadis sunti ini menjadi mangsa, dirogol serentak oleh abang-abang mereka.

Seumur ini gadis ini tidak tahu apa-apa kerana abang sendiri yang membawa beliau ke rumah kosong itu. Ironinya selepas itu, beliau menjadi tempat memuaskan nafsu oleh abang sendiri sehingga umur beliau mencecah 20 tahun. Amat menyedihkan kerana selepas abang beliau berkahwin, beliau menjadi seorang yang ketagih seks dan merelakan diri ditiduri oleh siapa saja yang sudi.

Ada terlalu banyak kes sumbang mahram seperti ini yang tidak mampu kami tuliskan satu persatu. Cukuplah untuk memperlihatkan kondisi jahiliyyah yang lebih teruk dari haiwan. Kawal dan pantaulah aturan dalam rumah kita, kerana pencabulan sudah bermula dari usia 5 tahun, berulang kali bahkan beramai-ramai dalam kalangan saudara mara sendiri.

KES ZINA DAN BUANG BAYI DALAM PENGETAHUAN IBU BAPA

Dalam artikel ini kami kongsikan kes yang dirujuk kepada kami mengenai ibu bapa yang tahu anak mereka sedang enjoy berzina namun tidak melakukan suatu apa pun. Ramai gadis muda seusia 18 tahun sudah lakukan 4 kali pengguguran, seumur 24 tahun sudah 6-8 kali gugurkan bayi, meneruskan zina lalu hamil lagi. Malah ada pembaca yang memberitahu jiran mereka sendiri yang membiarkan anak-anak gadis mereka hamil dan buang bayi berkali-kali kerana ingin menjaga nama keluarga. Mahu dinikahkan masih terlalu muda kononnya.

Seorang ibu tunggal yang 'berada' dengan senang hati membiarkan teman lelakinya keluar masuk rumah dan tidur sebilik dengannya, diperhatikan pula oleh anak-anak gadisnya. Malah beliau membiarkan teman lelakinya menjemput anak-anak gadis beliau dari sekolah dan kolej. Lebih sedih lagi, anak bujang beliau turut membawa teman wanita pulang ke rumah dan disitulah terhimpunnya aktiviti zina, jenayah seksual dalam satu rumah.

Dalam kes berlainan, seorang abang melapurkan kepada bapanya seorang anggota polis, akan kes adiknya yang membawa masuk teman lelakinya dalam bilik. Tabiat itu sudah berlarutan selama 3 tahun tanpa tindakan tegas. Apabila anak gadis itu dikurung, beliau sendiri membuka tingkap untuk membolehkan teman lelakinya masuk melalui tingkap untuk memuaskan nafsu. Apabila disita tingkap tersebut, gadis itu malah lari untuk tinggal bersama teman lelakinya. Itulah akibat ketagihan seks.

ULASAN DARI KES-KES YANG DILAPURKAN DALAM AKHBAR

Prinsip statistik (Law of statistic) menunjukkan daripada satu kes yang dilapur atau ditemui, ada puluhan lagi yang sebenarnya telah berlaku. Dari kes-kes yang dilapur, kita lihat pertengkaran pembaca apabila ada yang mengatakan musibah itu adalah atas sebab kelalaian ibu bapa. Yang lain melenting mengatakan kita tidak patut berkata begitu, menyalahkan ibu bapa.

Sila baca hati-hati berita dari pautan berikut jika anda ada masa dan kenalpasti di mana silapnya. Ini semuanya melibatkan gadis bawah umur. Setiap hari ada saja wawancara dan pendedahan terbuka tentang kes sebegini di tv, bagaimana anak-anak gadis yang terlanjur ini mengakui kronologi bagaimana mereka terjebak.

Dalam kebanyakkan kes, kita lihat memang jelas ada kelalaian ibu bapa. Membiarkan saja anak keluar malam dan pulang lewat pagi. Hanya tersedar setelah anak dirogol, dibunuh, anak hamil, ditangkap khalwat, buang bayi dan sebagainya. Dalam kes anak gadis 14 tahun yang dirogol dan dibunuh bersama adik adiknya sangat jelas kelalaian ibu bapa. Bagaimana anak 14 tahun boleh dizin keluar malam? Wajarkan anak gadis itu bekerja, mengabaikan persekolahannya? Wajarkan anak gadis itu memandu motosikal tanpa lesen? Jika keluarga ini susah bukankah ada Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat?

Kami sahkan kelalaian ini berlaku dengan berleluasa kerana kami pernah menegur seorang bapa yang membiarkan anak-anak gadis mereka belajar di tingkat atas rumah beliau bersama 10 rakan mereka bercampur bebas lelaki dan perempuan. Alasannya ialah beliau ada di bawah (sedang membaiki kereta). Kami tanyakan berapa jam dibiarkan anak-anak itu bergaul mesra, dia kata 3 jam. Hasil kajian kami, kes begini yang berleluasa berlaku disebabkan sangkaan baik yang keterlaluan. Ibu bapa tidak peka dan melihat bayang musibah sebelum berlakunya. Bukan itu yang Allah ajarkan. Jangan kamu hampiri zina, itu adalah ungkapan prejudis dan pencegahan. Bukan bersangka baik yang tidak kena pada tempatnya.

Kita selalu meletakkan takdir Allah kepada perkara buruk. Terkadang kita seolah bersifat prejudis dan meletakkan keburukan yang kita taja itu kepada Allah. Terkadang kami lihat kata-kata kita menampakkan Allah itu tidak adil kerana mengizinkan penganiayaan terhadap anak kecil sampai di rogol, dilanggar kereta oleh abang sendiri dan berbagai-bagai lagi. Padahal bibir kita berkata, segala yang baik sahaja dari Allah, yang buruk itu kerana kelemahan kita sendiri tidak ikut aturan Allah.

Mari kita hadapi musibah ini dengan merujuk semula kepada banyak peraturan Allah yang sudah kita langgar.

INNALILLAHI WAIINA ILAIHI ROJIUN. Sesungguhnya bagi Allah, dan sesungguhnya kepada Nya ada rujukan itu. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya. Jika anak 15 tahun tertembak polis selepas dikejar memandu kereta tanpa lesen dengan merbahaya jam 3 pagi, dan begitu juga kes-kes jenayah juvana jam 3 pagi seperti yang di lapur itu, adakah kita ibu bapa memainkan peranan

mencegahnya? Perhatikan juga firman Allah ini, 42. Asy Syuura 30. Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar.

48. Jika mereka berpaling maka Kami tidak mengutus kamu sebagai pengawas bagi mereka. Kewajibanmu tidak lain hanyalah menyampaikan. Sesungguhnya apabila Kami merasakan kepada manusia sesuatu rahmat dari Kami dia bergembira ria karena rahmat itu. Dan jika mereka ditimpa kesusahan disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri karena sesungguhnya manusia itu amat ingkar.

APA JALAN KELUAR DARI MASALAH INI?

Tangkapan sudah tidak memberi erti lagi. Kami sarankan agar kita merapatkan saf, membentuk jemaah dalam kejiranan dan kelompok kita. Kita hidupkan suasana kejiranan dan persaudaraan, saling bahu membahu, tolong menolong serta nasihat mensihati dengan ikhlas, penuh rasa tanggungjawab dan berkasih sayang. Kita perhalusi semula firman dan sunnah bersama-sama. Jangan banyak menuding jari.

Kami telah cuba menghidupkan suasana kekeluargaan dan kerjasama itu untuk sekian lama. Itu saja jalan keluar dalam mendepani permasalahan ini. Kita tidak mampu hidup sendiri lagi. Itu pesan nabi, bila kita tinggalkan hidup berjemaah, maka kita akan dibaham syaitan, seperti serigala membaham kambing gamaknya. Pupuklah cara hidup yang koperatif, bukan kompetitif.

Kami tutup cetusan ini dengan surah 36. Yaasiin: 6. "Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapa-bapa mereka belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai".

Semuga cetusan ini mampu menghidupkan semula hati kita yang sudah lama mati, mata yang sudah lama membuta dan tangan yang sudah lama kusta...

Kudap Kudap
WARGA PRIHATIN.
-prihatin.my

Tiada ulasan: