Sabtu, 13 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pakar Lari Berhalangan acara solo....

Posted: 13 Sep 2014 06:00 AM PDT


Sudah berapa kali Haji Hadi lari dan menyembunyikan dirinya daripada bertemu dengan rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Sampai Pemuda PR gi jumpa untuk memujuknya supaya mencari muafakat berunding menerusi MPPR menyelesaikan Isu MB Selangor dengan segera. Buruk benar kelaku orang tua nak kena pujuk oleh budak-budak muda! Cer baca status Suhaizan Kayat tu....

Satu insiatif yang patut dipuji sebagai langkah untuk mencari jalan penyelesaian yang harmoni sesama kawan dalam PR. 

Langkah tersebut terpaksa dilakukan Suhaizad memandangkan keadaan semakin meruncing. Masing-masing pihak mahu bertekak tidak mahu mengalah.

Hj Hadi pula semedang tidak mahu menghadiri mesyuarat bersama MPPR. Aleh-alehnya Mat Sabu juga yang kena hamun!

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) telah mengadakan mesyuarat beberapa kali bermula dari 23 Julai lalu,tapi Hj Hadi gagal untuk menghadirkan diri. Hinggakan MPPR terpaksa menunggu PAS bermesyuarat untuk mendapatkan pendirian mengenai isu MB Selangor.  

 PAS janji lepas raya 10 Ogos akan bermesyuarat dan akan buat keputusan mengenainya. Belum sempat bermesyuarat, Hj Hadi sudah buat kenyataan terbuka menyokong Khalid Ibrahim dan mahu beliau terus kekal sebagai MB Selangor!

Mesyuarat AJK PAS dianjak ke 13 Ogos.MPPR terpaksa tunggu lagi. Kemudian PAS anjak lagi ke 17 Ogos. MPPR terpaksa melayan karenah PAS, tunggulah juga...

 Tiba masa yang di tunggu, maka bersidanglah...ingatkan akan berlaku debat mempertahankan Khalid Ibrahim. Rupa-rupanya longlai menyerah kerana dua Adun PAS telah menyatakan sokongan kepada WAWI!

Muhaimin Sulam salah seorang AJK PAS Pusat yg bersama bermesyuarat tersebut mencatatkan sebagai berikut:
 Presiden mencdgkan WAWI sebagai calon pertama dan nama itu dicdgkan oleh PKR sendiri dan Azmin Ali sebgai calon kedua dan tanda tolak ansur PAS setelah umum mengetahui Sultan Selangor enggan memberi perkenan kpd WAWI.
 Presiden bertanya pd pandangan ahli mesyuarat. Serentak kami bersetuju dgn menyatakan setuju. Ada yg angkat tangan tanda setuju dan ada yg ketuk meja menyokong. Tiada yg membantah. Bang Mat pun menambah bhw misi utama Pas adalah kukuhkan PR dgn membawa cadangan tersebut. Keputusan itu akan dibawa ke dlm mesy PR Pusat pd 5 ptg ini.....

Mesyuarat petang itu telah memutuskan PAS hantar nama WAWI sahaja setelah Azmin Ali menarik diri. Ada sekelompok mazhab Zuhdi Marzuki bersungut dan marahkan Mohd Sabu. Mereka tak marah Hj Hadi yang ponteng mesyuarat petang tu...Naya Mat Sabu - dapat label Ayam Daging! Pasai apa Hj Hadi tak mau datang mesyuarat petang tu? Allah dan RasulNya sahaj yg tahu!

Keesokannya Hj Hadi buat PC bersama TGNA dan Mustafa Ali. Hj Hadi dan Mustafa setuju dan menyatakan tidak bercanggah dengan keputusan mesyuarat AJK PAS pada 17 Ogos yang menamakan WAWI sahaja kerana Azmin Ali menarik diri.

Oleh sebab kuatnya desakan mazhab Zuhdi tu, maka PAS terpaksa buat mesyuarat lagi pada 25 Ogos.Mesyuarat kali ini masih berpegang kepada keputusan mesyuat pada 17 Ogos.

Entah berapa kali nak mesyuarat. Pada 7 Sept lepas pun mesyuarat lagi. Hj Hadi sekali lagi menghilangkan diri....Mesyuarat banyak kali tapi keputusan tetap sendiri juga yang dipakai?

Bayangkanlah, kerana tidak berpuas hati dgn keputusan mesyuarat pada 25 Ogos tu,  Hj Hadi telah bertindak sendirian tanpa melalui pejabat SUA.Dia hantar sendiri 3 nama orang PAS. Tak siapa yg tahu siapa nama-nama tersebut. 

Bila orang kecuh dan persoalkan tindakannya itu, dia hantar sekali lagi, kali ini barulah ada nama orang PKR...korang ceklah sendiri. Cuma aku nak catatkan di sini, betapa bongkaknya Hj Hadi ini bila ahli mesyuaratnya tidak mahu menerima cadangannya. 

Korang ingat macam inikah kelaku seorang pemimpin sebuah gerakan Islam? Mesyuarat tak mahu pakai, mahu ikut kemahuan sendiri. La ni bertelagah pula dengan Luham! Bicara saman fitnah nanti suruhlah MSU jadi loyar kamu!

Contohnya terkini ialah program hari ini Sabtu13 September 2014 dimana Hj Hadi diminta menyampaikan ucapan dalam Himpunan Solidariti Ummah di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.Hj Hadi kata dia berhalangan. 

Aku cuma teringatkan ada satu acara dalam sukan balapan yang dinamakan 'Lari Berhalangan'. Tapi setahu aku, tidaklah lari sorang-sorang diri....
  

PAS tak tuntut, tapi kalau bagi juga....terpaksalah!

Posted: 13 Sep 2014 03:00 AM PDT


Mustafa Ali hantar juga nama orang PAS walaupun dia kata PAS TIDAK AKAN TUNTUT KERUSI MB SELANGOR kerana telah dipersetujui untuk DIBERIKAN KEPADA PKR. 

 Dan dengan sopan santunnya pula Mustafa Ali menambah kata, "Serah kepada budi bicara Sultan Selangor"  

Penutup bicara nanti : PAS terpaksa terima kerana tidak mahu dikatakan derhaka kepada Sultan dan tampal ayat dan hadis untuk mengucapkan tanda perlu mensyukuri anugerah Ilahi..... Kah! Kah! Kah! Kita orang dah tak berapa nak percaya sangat cakap Mustafa dan Hj Hadi ni. Harap-harap pada Hj Mohd Sabulah.....

KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi menegaskan tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui untuk diberikan kepada PKR.

 Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata juga berkata, pada peringkat ini PAS memutuskan untuk menyerahkan isu perlantikan itu kepada budi bicara Sultan Selangor.

 "PAS pusat kekalkan keputusan yang pernah kita (PAS) buat sebelum ini iaitu tidak menuntut jawatan menteri besar selangor.

 "PAS bersetuju bahawa jawatan Menteri Besar selangor adalah ialah untuk PKR," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat, di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

 Mengulas isu calon PAS yang dikemukakan parti itu, beliau berkata PAS hanya menyerahkan nama cadangan dan ia bukan satu isu.

 Sebelum ini beliau memaklumkan PAS telah menyerahkan tiga nama calon iaitu dua dari PKR dan satu dari PAS. SUMBER

Mohon Diusulkan Dalam Muktamar Supaya LUHAM Dibubarkan

Posted: 13 Sep 2014 12:00 AM PDT

SILA BACA LAPORAN LAPORAN SANUSI DI SINI
Oleh: inderasipejuang
Buat apa lagi untuk ada nya LUJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (LUHAM), jika Peranan nya hanya sekadar untuk Menjadi Peguam kepada Pemimpin PAS yang dituduh di Mahkamah. Sedangkan untuk Mentafsir Perlembagaan PAS mengikut apa yang diketahui oleh LUHAM pun dikatakan TIDAK LAYAK melainkan Majlis Syura Ulama' (MSU) dan Presiden PAS serta yang sama Selera dengan nya.

 Jelas lagi Bersuluh bahawa LUHAM yang dianggotai oleh Para Peguam yang Boleh dan Mampu Mentafsirkan Perlembagaan Negara tetapi dikatakan Tidak Layak untuk Mentafsirkan Perlembagaan PAS, apa lagi guna nya Ujud LUHAM didalam PAS jika sudah ada MSU yang Lebih Arif untuk Mentafsirkan Perlembagaan PAS. Tak kan LUHAM hanya Ujud untuk menjadi Peguam kepada Pemimpin PAS.

 Jika hanya untuk menjadi Peguam kepada Pemimpin PAS yang didakwa di Mahkamah, mulai sekarang Disarankan supaya MSU yang lebih ARIF berkaitan Perlembagaan PAS menjadi Peguam bila saja ada Pendakwaan dikenakan terhadap Pemimpin-Pemimpin PAS. Tiada Gunanya LUHAM Ujud jika hanya untuk Mentafsirkan Perlembagaan PAS Mengikut SELERA Tekak Segelintir Pemimpin PAS.

 Adalah sesuatu yang Mendukacitakan setiap kali dibangkitkan berkaitan Perlembagaan maka setiap kali jugalah dikatakan PAS mengikut Al-Qur'an, Hadis, Ijmak Ulama' dan Qias oleh yang disebelah MSU. Sedangkan apa terjadi adalah sebaliknya dengan Membelakangkan Persetujuan yang dibuat dalam SYURA (Masyuarat), Menuduh Orang Tanpa Bukti dan lebih DASYAT lagi Menikam Kawan Dari Belakang.

 Mungkin betul jika ada yang Mengatakan bahawa Kemelut Krisis Menteri Besar (MB) Negeri Selangor adalah DIMULAKAN oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun WAJARKAH segelintir Pemimpin Parti PAS turut sama Menambahkan PERISA supaya Krisis boleh bertambah Sukar untuk diselesaikan. Apakah Segelintir Pemimpin PAS mahu mengikut Jejak Langkah Pemimpin PKR dengan Memanjangkan Krisis.

 Hari ini SEJARAH telah Tercipta dengan Muktamatnya Perjanjian Air diantara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Pusat dibawah seorang Menteri Besar (MB) BEBAS, dimana dikatakan Perjanjian tersebut telah Menjimatkan Pemegang Saham iaitu Rakyat Negeri Selangor sebanyak 2 Billion lebih. Betul ke apa yang dikatakan oleh MB Bebas tersebut atau hanya Sembang Kencang. Tanpa menyertakan Butir-Butir Perjanjian atau dalam kata lain hanya Sesedap Mulut MB Bebas tersebut sahaja yang menyebutnya, juga Perjanjian tersebut walaupun bernilai Berbillion Ringgit namun tiada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari ADUN PAS yang turut serta didalam Perjanjian tersebut. Jadi apa Peranan ADUN-ADUN PAS yang masih menjadi Exco Kerajaan Negeri.

 Jangan diingat apabila seseorang itu bergelar Ulama' maka seseorang tersebut TAHU dan PANDAI segala nya di atas Dunia ini, Sejarah telah Mengatakan di mana Kerajaan Negara Islam ANDALUSIA yang kini di panggil SEPANYOL boleh RUNTUH akibat dari Salah Takbir Pemimpin nya. Mustahil Kerajaan Andalusia dimasa tersebut tidak ada Ulama'-Ulama' di dalam nya. Wallahualam... Takbir... Takbir... Takbir Mohon Diusulkan Dalam Muktamar Supaya LUHAM Dibubarkan Dan Perananya Diambil Oleh MSU

 hemmmmm..... apabila ahli menegur maka ianya dikatakan seperti anak tidak menghormati bapa... satu perumpamaan yang kurang tepat kerana anak dan bapa punya pertalian darah yang tidak putus sampai ke akhirat. namun ahli dan ketua adalah dalam satu jemaah yang datang dan pergi... kah kah kah!."

Zulhazmi At-Takanan Jawab Ust Norazli

Posted: 12 Sep 2014 08:46 PM PDT

Nampaknya semakin galak orang PAS yang ngaku tak nak kepada Umno, tapi keluar kenyataan menghentam kawan-kawan sendiri di akhbar kepunyaan Umno...Syukurlah, Utusang la ni semakin laris jualannya...muka-muka depa selalu terpampang dimuka depan....tahniahlah kepada kepala Gengster Ustaz aka Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, tindakan LUHAM yang tiada kuasa mentafsirkan Perlembagaan Pas seolah-olah cuba membangkitkan ahli parti itu untuk menentang Majlis Syura Ulama.

Katanya, Akta 335 Bahagian 1A Seksyen 18c Akta Pertubuhan memperjelas dan memperkuatkan kuasa pemutus bagi mentafsir perlembagaan yang dimiliki oleh Majlis Syura Ulama menerusi Fasal 8(1)(a) Perlembagaan Pas.Boleh ikuti di sini


Zulhazmi At-Takanan Jawab Ust Norazli

 Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Salawat dan Salam ke atas Baginda Muhammad Rasulullah.

Respon kepada tulisan Ustaz Norazli Musa Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Perak bertajuk "LUHAM yang tak ada kuasa tafsir Perlembagaan vs Majlis Syura Ulamak yang diberi kuasa?"

Firman Allah dalam surah An-Nisaa' ayat 58 berbunyi :

"Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.".

Secara keseluruhannya Ustaz Norazli mempersoalkan hak LUHAM (Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) yang katanya tidak diberikuasa mentafsir Perlembagaan Pas. Oleh itu LUHAM tiada kuasa mempertikaikan hak dan kuasa Majlis Syura Ulamak (MSU) yang diberikuasa menghurai, mentafsir dan menjelaskan Perlembagaan seperti yang diperuntukkan oleh Fasal 8(1)(a).

Saya ingin mengajak Ustaz Norazli dan semua pembaca untuk membaca kembali kenyataan rasmi LUHAM yang dikeluarkan semalam 9/9/2014. Saya muatnaik semula kenyataan LUHAM seawal perenggan ke-2 seperti berikut :-

 "LUHAM berpendapat bahawa walaupun Fasal 8 (1) (a) Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada MSU untuk menghurai, menjelaskan dan menafsirkan mana-mana peruntukan perlembagaan di dalam Perlembagaan PAS sepertimana yang dinyatakan oleh MSU di dalam kenyataan rasmi badan itu, namun terdapat dua (2) prasyarat yang perlu dipenuhi sepertimana yang dinyatakan di Fasal 88 (1) Perlembagaan PAS iaitu perlunya ada perselisihan faham dan adanya rujukan secara rasmi kepada MSU terlebih dahulu. 

 Kemudiannya, jika dilihat kepada Fasal 8 (1) (a) tersebut, peruntukan itu juga menyebut bahawa kuasa menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS itu hanya timbul jika timbulnya kesamaran mengenai maksud dan tujuan mana-mana peruntukan Perlembagaan tersebut. 

Dengan tidak menafikan kewujudan kuasa MSU bagi menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS jika timbulnya kesamaran, LUHAM juga berpendapat menjadi satu keperluan juga bagi MSU benar-benar mengetahui dan memahami kaedah-kaedah penafsiran sesuatu Perlembagan supaya apa-apa tafsiran yang diberikan adalah lebih tepat, munasabah dan memenuhi ruh, matan dan niat perlembagaan itu sendiri."

 Sejak dari permulaan kenyataannnya, LUHAM tidak pernah mempertikai atau menafikan HAK MSU yang diberikan oleh Perlembagaan untuk menghurai, mentafsir dan menjelaskan peruntukkan Perlembagaan. Ini amat jelas. LUHAM tidak menafikan hak MSU. Lebih dari itu LUHAM juga tidak pernah pada bila-bila masa mengatakan bahawa LUHAM berkuasa untuk mentafsir, menghurai dan menjelaskan Perlembagaan, tetapi LUHAM berpandangan bahawa tidak salah bagi LUHAM yang merupakan sebuah lajnah rasmi yang ditubuhkan melalui Perlembagaan PAS untuk memberikan pandangan berkaitan undang-undang yang menjadi teras kewujudan LUHAM.

 Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 53 yang bermaksud :

 "Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara)." 

LUHAM menjalankan amanahnya sebagai penasihat yang memberikan nasihat di atas kepakaran yang mereka ada. Kepakaran LUHAM adalah berkaitan perundangan. Ianya adalah sekadar atas dasar memberikan nasihat dan pandangan BUKAN menafikan atau menidakkan hak MSU membuat tafsiran. Malah tindakan LUHAM tersebut adalah selari dengan tuntutan syarak iaitu nasihat menasihati atas yang hak serta selari dengan penubuhan PAS sebagai sebuah parti yang menegakkan Al-Amru Bil Ma'ruf Wan Nahyu 'Anil Munkar.

Ustaz Norazli terbawa-bawa sehingga kepada peruntukkan Seksyen 18c Akta Pertubuhan yang mengatakan segala keputusan badan yang diberikuasa untuk mentafsir Perlembagaan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Saya berpandangan di dalam konteks MSU sekarang bahawa peruntukkan Seksyen 18c Akta Pertubuhan memberi maksud bahawa sebarang keputusan MSU tidak boleh dicabar di Mahkamah tetapi tidak menyatakan bahawa keputusan tersebut tidak boleh dipertikai secara dalaman. Seksyen 18c tersebut tidak terpakai dalam hal kenyataan LUHAM kerana LUHAM tidak mempertikai hak MSU. LUHAM sekadar memberikan pandangan bahawa MSU menjalankan tugas dan kuasanya tidak mengikut peruntukkan Perlembagaan. Apabila kuasa dan tugas dilakukan secara tidak berperlembagaan, maka dengan sendiri keputusan daripadanya adalah tidak terpakai walaupun keputusan itu muktamad dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. LUHAM tidak mencabar MSU di Mahkamah tetapi LUHAM memberikan pandangan dan pendapat. Itu bezanya.

Sekali lagi saya ingin membuka mata dan minda Ustaz Norazli dan semua bahawa jika kita baca dan fahami kenyataan rasmi LUHAM adalah jelas, terang lagi nyata bahawa LUHAM tidak pernah menafikan hak MSU mentafsir Perlembagaan. LUHAM tidak pernah mengambil kuasa MSU untuk mentafsir Perlembagaan tetapi LUHAM bertindak atas kapasiti pemberi pandangan dan nasihat.

Saya juga ingin menarik perhatian semua bahawa kenyataan rasmi LUHAM tersebut telah dibuat dan dikeluarkan setelah ahli LUHAM bermesyuarat, berbincang, berbahas dan memutuskan seperti yang dikeluarkan. Ini jelas disebutkan di perenggan 1 kenyataan LUHAM bahawa.

"Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat ( LUHAM ) telah bermesyuarat pada 8hb September 2014 bagi membincangkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama ( MSU ) pada 7 September 2014. Setelah berbincang dan meneliti segala peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS termasuk peruntukan-peruntukan tertentu yang dirujuk oleh MSU di dalam kenyataan rasmi tersebut, LUHAM sebulat suara bersetuju supaya suatu kenyataan rasmi dibuat bagi menyatakan pandangan LUHAM berkenaan isu yang dibangkitkan dalam kenyataan rasmi MSU tersebut".

Kenyataan tersebut dikeluarkan atas nama LUHAM melalui Setiausaha LUHAM. Itu cara organisasi LUHAM. Kenyataan rasmi dikeluarkan melalui Setiausaha. Jika tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, jangan dilanyak Setiausaha berseorangan kerana Setiausaha menjalankan amanahnya yang diberikan oleh Lajnah melalui mesyuarat. Setiausaha tidak mengeluarkan kenyataan secara bersendiri. Itulah LUHAM, melakukan sesuatu berdasarkan SYURA berdasarkan kesepakatan keseluruhan mesyuarat. Walau pun di sana ada perselisihan pendapat, pandangan dan kekhilafan tetapi apabila mesyuarat memutuskan maka LUHAM keseluruhan bertanggungjawab.

Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya Allah mengarahkan kamu memberikan amanah kepada yang hak. Yang berhak mentafsir, menghurai dan menjelaskan Perlembagaan ialah MSU tetapi LUHAM juga berhak untuk memberikan pendapat dan pandangan di atas amanahnya sebagai penasihat undang-undang parti. Apabila LUHAM ditubuhkan untuk berfungsi sebagai penasihat undang-undang parti maka MSU juga berhak dinasihati oleh LUHAM kerana MSU juga adalah sebuah badan di dalam parti.

AKHIRNYA, jika Ustaz Norazli mahu mencadangkan LUHAM dan seluruh AJKnya digantung atau dibubarkan, sila usul di dalam muktamar. Jika mahu mencadangkan AJK LUHAM meletak jawatan, saya buka cadangan tersebut kepada semua AJK LUHAM.

Saya menulis atas kapasiti peribadi kerana saya bukan AJK LUHAM tetapi saya adalah ahli PAS yang berprofesyen peguam.

ZULHAZMI SHARIFF
10/09/2014

Tiada ulasan: