Rabu, 17 September 2014

.

.


Segelintir Pemuda Pas main politik Pasar Payang

Posted: 16 Sep 2014 04:50 PM PDT

ULAS KEJADIAN                                                                                             

Bercerita perihal parti politik Malaysia khasnya apa yang berlaku dalam parti agama, (Pas) ada sedikit keterbalikan. Sebagai satu-satunya parti agama yang dapat melangsungkan hayatnya, Pas seharusnya berusaha mengukuhkan jati diri dan meningkatkan martabat dirinya untuk diyakini oleh umum.
Vest dibanggakan tetapi ia satu tindakan bodoh.

Sehubungan itu Pas perlu menampilkan kebijaksanaan dalam berpolitik bukan merendahkan nilai siasahnya kepada tahap longkang apa lagi menyebabkan orang terkeliru apakah begitu agama (Islam) itu. Janganlah hendaknya Pas menggunakan agama untuk mencemarkan kemurnian agama.

Semacam berlaku kontradik dalam hal ini kerana parti-parti lain yang tidak menganggap mereka parti agama lebih dilihat berwibawa, punyai sistemetik yang kemas dalam parti. Disiplin ahlinya juga terpuji dan sekaligus mampu menjadi peraih kepada sokongan.


Tolak PKR yang berkecamukan "berkekah" dalam pemilihan lalu, Umno, DAP, MCA maupun Gerakan sedang membina maruah parti dengan baik. Mereka berusaha mengemaskan oraganisasi parti untuk dilihat mempunyai martabat dan disiplin yang tinggi bagi mengapai kejayaan masa depan lebih gemilang.

Ambil contoh parti Umno. Walaupun parti itu dipenuhi dengan kebusukan disebabkan membenarkan sistem korupsi, menyalahgunakan kuasa di dalam parti itu, tetapi dari sehari ke sehari ia membina semula dirinya yang robek dan carik agar diyakini rakyat. Umno terus menjahit dirinya untuk masa depan.

Kerusi dan meja kosong kerana ada yang keluar.
Tahap disiplin anggota parti berkenaan boleh dipuji. Yang jelasnya pemimpin Umno tidak bertelagah sesama sendiri, dan mereka senyap bila presiden bercakap. Presiden partinya juga tidak diserkup mana-mana bentuk pemikiran kolot sehinggakan menjadikan parti itu kolot dan usang.

Semua isu, baik membalas dan membelasah pihak lawan diurus dan dikelola dengan kemas dan teratur. Tidak berlaku percanggahan antara satu sama lain. Tahap disiplin yang tinggi sebeginlah meletakkan Umno berjaya mencapai kedudukan seperti yang ada hari ini, terus menjadi kerajaan walaupun pada satu-satu masa dan sudut parti kebangsaan itu dilihat sangat huduh dan arragont.

Demikian juga dengan parti MCA dan Gerakan. Kekalahan teruk mereka dalam pilihan raya umum lalu memberi peluang untuk mereka bermahasabah dan memperbetulkan semula diri mereka yang salah. MCA dan Gerakan berusaha menyakinkan semula masyarakat Cina agar menyokong mereka. Tidak ada kotroversi meletus dalam parti berkenaan ke belakangan ini.

Mesyuarat parti-parti berkenaan berjalan lancar dan lendik dan tidak ada ahli yang cuba menunjukkan hidung mereka termancung, atau pun dapur paip mereka yang termahal. Pemimpin mereka juga kemas dan istiqamah dalam membuat kenyataan dan pendirian. Tidak ada perlumbaan untuk menahamkan muncung kopiah dalam parti-parti sekular.

Manakala parti yang benar-benar berdisplin ialah DAP. Contoh paling jelas ketinggian displin DAP ialah di Pulau Pinang, bagaimana parti itu berjaya mengawal kerajaan Pulau Pinang dengan selesa dan baik serta mendapat pujian umum. Walaupun mereka diserang dan "dilutu" setiap hari dan malam, tetapi pemimpin mereka konsisten dan dapat menjawab segala isu dengan baik, penuh yakin dengan profesional.

Keampuhan kerajaan Pulau Pinagn hari ini ialah kerana kebijaksanaan dan tingginya disipilin dalam kalangan ahlinya. Ahli DAP tidak berserabut dalam membuat kenyataan membalas serangan musuh atau pun mencetuskan isu untuk menarik perhatian rakyat. Anggota bawahan DAP juga akur dengan apa yang pemimpin mereka lapazkan. Prinsip sa'mit na wa'tana sememang dipraktik dengan baik dalam DAP yang jauh dari menggunakan agama sebagai lambang kesuciannya.

Anggota mereka juga tidak kalut membuat kenyataan atau pun berebut "copong" (pembesar suara) untuk bercakap. Ahli masing-masing tahu mengawal diri dan bijak meletak diri di kedudukan sebenarnya. Mereka tidak "gila" menggunakan media sosial untuk menyerang sesama sendiri dan juga bertindak lempar batu kemudian gotel peler. Kenyataan politik mereka juga seragam dan ini menandakan parti itu mempunyai disiplin yang tinggi dan tahap berpolitik yang cukup matang.

Juga tidak nampak berlaku kepuakan dalam DAP, kandati pun ada kumpulan-kumpulan kecil dalam parti itu yang tidak berpuas hati. Kepuakan nampak adalah disengajakan ia dibentuk oleh media massa PB untuk tujuan menghancurkan parti berkenaan. Projek Ganyang Kerajaan Pulau Pinang walaupun sudah lebih lima tahun dilancarkan namun ia tidak memberi kesan.

Berlainan dengan apa yang berlaku dalam Pas ketika ini. Apa yang terjadi dalam parti agama itu sungguh menyedih dan memalukan sekali. Parti itu langsung tidak menunjukkan ianya parti agama yang ada peraturan, tertakluk dalam lingkungan hukum-hukam;  halal, haram, sunat, makruh, mubah dan sebagainya. Kitab Allah al Quran hanya dijadikan lambang untuk dibaca tetapi tidak diamalkan. Kopiah dan serban dipakai juga sebagai lambang agama yang sebenarnya untuk melindungi daripada diberak burung gagak.

Wujud kecelaruan juga sehinggakan ahli menjadi "biul" tidak dapat menilai mana yang baik dan buruk lagi. Peraturan atau pun rukun-rukun sebuah pertubuhan dilacur begitu sahaja menjadikan parti agama itu dilihat seakan tidak ada peraturan, tidak diketahui mana ekor dan kepala lagi. Bukan sahaja ketua yang bercakap macam sungai berliku-liku, tetapi pimpinan peringkat kelas ketiga juga ikut sama bercakap seperti bertih dilontar minduk kepada si bageh.

Masalah kepuakan dalam parti agama ini sudah tidak dapat dibendung lagi. Ada pemisahan kaum kuffar dan musyirikin, syiah dan ahli sunah waljemaah dalam Pas. Hari ini sindom mengaku dan mendakwa aku lebih bijak dan pandai daripada kamu berleluasa. Pegangan dan cara aku lebih Pas daripada kamu berkecemukan dalam parti berkenaan. Kecelaruan dan kegagalan menguruskan parti secara profesional ini menjadikan parti Pas sebagai kumpulan bagaikan "inau" dalam belukar. Masing-masing hendak menjadi ketua dan menunjukkan alim. Alim kucing kerong.

Dalam Pas si anak boleh bercakap mengatasi kepala bapak, manakala bapak pula boleh akur dengan kehendak anak dan menantu. Si anak boleh menunjuk biadap memaling punggung tatkala si ayah sedang berbicara. Inilah keterbalikannya dan inilah saksiah kepimpinan al ulama yang dibangga-banggakan.

Krisis penggantian Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, menjelaskan bagaimana sikap dan integriti Pas merundum, jatuh rapat ke simen. Pas tidak mampu berdiri menjadi penegur atau pengislah yang bertaraf "ahlu albab", kepada Pakatan Rakyat di Selangor seperti diharapkan. Malang lagi Pas menjadi pencuri dan bertangan panjang. Pas gagal mengamalkan prinsip agama yang didokongnya itu, hanya tahu dan mahir membaca sabda Nabi yang akan memotong tangan Fatimah.

Terutamanya pendirian dan sikap presidennya sendiri, Abdul Hadi Awang yang adakalanya terjolor dengan sikap kediktatorannya akibat pemujaan terhadapnya sebagai ulama agung menjadikan beliau berkuasa ke atas Pas seperti menguasai sebuah masjid. Politik "Pasar Payang" bermaharajalela dalam Pas. Pemujaan dan apa dilakukan oleh Abdul Hadi persis bawang yang rosak kerana jambaknya.

Kekaluatan dan pertembungan dalam Pas semakin menjadi dan membesar. Semua ini jelas dan sangat memalukan. Orang-orang yang jiwa terbuka dan mencintai keindahan dalam Pas dengan semangat agama menyebabkan perlahan-lahan membetulkan haluan dengan meninggalkan Pas. Kewujudan apa dinamakan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa) ada bayangan dan terjemahan kekecewa sebilangan orang dengan Pas khasnya pemimpin agung rahmantanlialiminya.

Keadaan ini berlaku bukan kerana apa, melainkan disebabkan tahap disiplin yang porah.  Proses pengawalan diri tidak menjadi dan seruan-seruan agar rakyat berlaku baik, mengingati Allah dan Nabi terlupa diamalkan oleh orang parti agama ini sendiri. Anak kuman kurus nun jauh diseberang mudah dilihat tetapi sukar dan kabur untuk melihat ibu gajah gemuk di depan mata. Inilah munafik kufi yang sering dilakukan.

Apa yang berlaku dalam muktamar Dewan Pemuda Pas di Kota Tinggi Johor semalam menyerlahkan kebusukan dalam Pas dan betapa longkangnya disiplin anggotanya. Tindakan segelintir perwakilan yang keluar dewan ketika Timbalan Presiden Moahmad Sabu berucap satu perbuatan yang tidak beradat dan tidak berakhlak. Kalau pun mereka tidak setuju dengan kritikan Mat Sabu terhadap presiden dan Majlis Syura Ulamak (MSU) (yang tidak profesional itu), tetapi caranya bukan dengan aksi fizikal begitu melainkan dengan hemah dalam berucap membahas ucapannya.

Tindakan itu menjelaskan politik Pasar Payang yang mereka sedang amalkan. Daya intelektual dan kualiti diharapkan dalam Dewan Pemuda merundum sama sekali. Apa yang berlaku itu tidak sepatutnya hatta kalau ia sebagai satu gimik pun. Masyarakat yang meletakkan Pas sebagai parti agama yang terdiri daripada ahli yang sopan santun, berfikir sihat, nampaknya tidak berlaku.

Apa yang berlaku itu tidak berlaku dalam parti lain. Sesamseng pemuda Umno yang mengocak pagar, angkat sepanduk, tungging punggung, buat simbol sex dan sebagainya, tetapi mereka tidak pernah bertindak keluar dewan semasa Timbalan Presiden Umno berucap merasmikan persidangan. Apabila ia berlaku kepada Dewan Pemuda pati agama, ia adalah sangat dikesalkan. Betullah pendapat seorang mengatakan kalau orang agama menjadi jahat, ia lebih huduh rupanya daripada kejahatan dilakukan oleh si jahil. Dalam hal ini pemuda Umno lebih beradab daripada segelintir "ansrollah" itu.

Kita tidak mahu persoal suri teladan dan akhlak manakah yang mereka tiru dan ikut? Siapakah yang mengajar mereka berpolitik secara Abu Jahal dan Abu Lahad? Apabila mereka megenakan vest tertulis, "Kami Bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak"  ia memberi personifikasi ianya adalah didikan orang dianggap tokguru itu? Apakah zaman gedebe presiden pada awal tahun 1980-an hendak dihidup semula oleh segelintir ahli pemuda itu? Tidak perlulah kerana politik ala presiden tahun 80-an itu ternyata tidak membuahkan hasil apa-apa.

Cara pemakai ves itu memberi maklum mereka bersama Presiden dan MSU juga tidak tepat dan bijak kerana cara itu memberi gambaran sokongan kepada Presiden dan MSU itu tidak padu dan menyeluruh kerana segelintir sahaja yang mengenakan vest berkenaan. Dengan berbuat begitu, menyebabkan orang boleh beranggapan yang tidak pakai vest itu adalah mereka yang tidak bersama presiden dan MSU? Di sinilah kebodohan politik Pemuda Pas itu, membuka budu "teruk" di tengah orang ramai, busuknya akan meruap ke seluruh penjuru alam.

Perbuatan vendarlisme oleh segelintir Pemuda Pas pada muktamar di Kota Tinggi itu perlu diberi perhatian oleh Pas. Jangan biarkan kejadian yang boleh mencemarkan nama baik dan maruah Pas sebagai parti agama berterusan. Pas yang dibina atas wajah orang-orang agama, akan rosak ditangan mereka. Dengan tindakan sebegitu Pas tidak lagi akan dlihat sebagai parti agama penuh berdisiplin apa lagi diharap menjadi contoh. Insiden yang menimpa Pas tahun 1982 sampai presiden berundur adalah dilakukan oleh golongan mengaku agama juga. Apakah insisen itu hendak diteruskan dan dilakukan sekali lagi? Atau Pas kini sedang menjadi redikal yang ekstremis?

Siasatan seorang demi seorang juga mungkin perlu dilakukan, siapakah mereka sebenarnya. Apakah mereka polis (SB) atau pun sebenarnya pencuri yang menjerit-jerit kejar pencuri, kejar pencuri walhal merekalah si malingnya. Sebab kalau mereka benar "ansrollah", pejuang Allah dan sayang kepada Pas mereka tidak membuat ulah begitu. Mereka juga perlu disedarkan kepenting utama menjaga jemaah dan maruah parti dan bukan taksub penyu kepada mana-mana pemimpin.

Kefahaman dan kewajiban yang seharusnya ada kepada setiap ahli mengenai hal ini tampaknya kering dan kosong dari dalam pemuda yang bertindak demikian. Sayang mereka yang sepatutnya menjadi pemuda harapan parti, tetapi membesar secara membuta tuli. Pas tidak memerlukan ahli-ahli seperti ini kerana ia mencemarkan Pas dan memesongkan maksud penubuhan parti agama itu.

Apakah mereka itu adalah jelamaan pemuda tahasan lasak Umno, ataupun mereka adalah dibenihi dengan politik mabuk todi dalam parti-parti kaum India yang sebelum ini penuh dengan insiden memalukan? Ataupun mereka adalah anasir yang dibawa masuk ke dalam Pas untuk merosakkan parti agama itu dari dalam atas lambang agama. Dan mereka sanggup meletakkan benda putih atas kepala bagi mengelirukan orang ramai.

Pas kena siasat dan bukan masanya untuk bergembira (mujur) apabila Mohamad Sabu diperlakukan demikian rupa. Dalam politik tindakan-tindakan kebudak-budakan atau ala-ala samseng itu tidak akan dinilai oleh pemerhati yang bijak akal, melainkan apa yang dinilai ialah sejauh mana kemampuan mereka berbicara, berhujah dan menelorkan idea untuk mendinamikkan parti.

Bagi saya tindakan segelintir pemuda itu yang bangun memalingkan belakang kepada timbalan presiden partinya, tidak lebih daripada kumpulan menghambat biawak yang ingin memakan telor. [wm.kl.6:58 am 17/09/14]

Tiada ulasan: