Selasa, 30 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tak Perlu Keluar PR, Pas Hanya Perlu Tukar Pemimpinnya Saja

Posted: 30 Sep 2014 09:03 AM PDT

Hakikatnya Pas, PKR dan DAP saling memerlukan antara satu 
sama lain. Ia sama seperti UMNO yang tidak mampu berdiri 
sendiri tanpa MCA, MIC, Gerakan dan lain-lainnya
Kedudukan Pas dalam gabungan Pakatan Rakyat atau PR boleh dikira paling genting ketika ini. Selain ada suara daripada luar parti itu yang mahu Pas keluar daripada PR, dalam masa yang sama wujud pula suara daripada dalam Pas sendiri yang mahu parti itu berbuat tindakan yang sama.

 Suara daripada luar ini berbagai bentuk nadanya. Ada yang merasakan adalah merugikan Pas berada dalam PR kerana kedudukannya yang dikatakan tidak dominan dan sentiasa ditenggelamkan oleh PKR dan DAP.

 Ada pula yang merasakan Pas perlu mengubah sikap dan berpendirian lebih kukuh kepada semangat kerjasama serta berpegang pada janji jika mahu terus bersama dengan PR. Sebaliknya jika tidak sedia berubah, Pas disarankan keluar saja daripada PR dan bergerak sendirian dalam politik negara ini.

 Pihak yang lain seperti Perkasa misalnya, menyarankan agar Pas mengetuai PR jika benar-benar mahu mewujudkan sistem dua parti kerana Pas adalah parti yang mirip seperti UMNO yang kini mengetuai BN. Maknanya, jika hanya berada di belakang PKR dan DAP, dianggap tidak berguna sama-sekali.

 Sementara dalam Pas pula seperti terbelah dua dalam isu sama ada parti itu perlu terus kekal bersama PKR dan DAP dalam PR atau bergerak sendirian selepas ini. Walaupun Presiden Pas, Haji Hadi Awang dalam muktamar baru-baru ini menekankan bahawa parti itu akan terus bertahaluf siyasi dalam PR tetapi suara-suara yang mahukan sebaliknya juga turut lantang kebelakangan ini.

 Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Nasharuddin Tantawi dan Dr Zuhdi Marzuki adalah antara pemimpin dalam Pas yang terus-menerus "mencari pasal", mengungkit, mahu berbalah dan seolah-olah lebih emosi dengan pemimpin daripada PKR dan DAP berbanding pemimpin daripada UMNO.

 Setiap hari ada saja kenyataan berbentuk luahan perasaan, dakwaan dibuli dan berbagai lagi daripada mereka ini seolah-olah PKR dan DAP itu lebih dianggap musuh berbanding UMNO yang secara realitinya adalah musuh sebenar dalam perjuangan parti itu sebagai parti politik.

 Dalam masa yang sama, golongan "nasi tambah" pula seperi Dr Hasan Ali, ahli akademik dan beberapa NGO sentiasa muncul dengan saranan agar Pas segera keluar daripada PR untuk menyelamatkan pejuangan Islam yang dibawanya dan untuk mengelakkan daripada hanya menjadi alat PKR dan DAP semata-mata. Nampak suci benar hati nurani mereka ini!

apakah lebih untung Pas bersama PR atau keluar daripada gabungan itu?


 Untungnya Pas berada dalam PR sudah pun dapat dilihat daripada kejayaannya memenangi banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor, WP, Pahang dan sebagainya dalam beberapa pilihanraya kebelakangan ini. Berbanding ketika bersendirian Pas hanya dominan di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Kedah saja, harapan untuk menang di negeri lain bagaikan jauh daripada jangkauannya..

 Ini kerana tanpa kerjasama dengan PKR dan DAP, calon Pas tidak mungkin mendapat undi daripada bukan Melayu. Di situlah pula letaknya kelebihan calon UMNO berbanding Pas dalam banyak pilihanraya sebelum ini kerana mereka mempunyai kerjasama dengan MCA dan MIC. Tetapi sejak wujudnya PR yang dicetuskan melalui kesungguhan Anwar Ibrahim mengikat kerjasama antara Pas, PKR dan DAP untuk menyaingi BN yang mempunyai UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lainnya, dominasi UMNO di banyak kawasan sudah dapat dipecahkan.

Ia menjadikan selain Pas makin kukuh di Kelantan, Terengganu dan Kedah, ia juga sudah dapat melebarkan sayapnya dengan lebih selesa ke negeri-negeri lain. Sokongan daripada pelbagai kelompok masyarakat seperti profesional, guru, kakitangan kerajaan, swasta dan sebagainya juga turut bertambah.

Jika Pas tidak bersama PR dan bergerak sendirian pula, gambarannya ialah parti itu perlu menyelak kembali sejarahnya di tahun-tahun 80-an dan 90-an dahulu. Sekadar menang di beberapa kawasan dan hanya gah di pentas ceramah saja.

Dengan emosi, marah, terkilan, kecil hati dan seumpamanya, memanglah sesiapa pun boleh berhujah dengan pelbagai dalil dan nas untuk mewajarkan perlunya Pas keluar dan berpisah daripada PR. Tetapi apakah untungnya dan tidakkah keluarnya Pas daripada PR akan menjadikan cita-cita mewujudkan pembangkang yang kuat atau kerajaan alternatif hanya tinggal angan-angah saja?

 PR yang hanya diangggotai oleh PKR dan DAP tidak menjadikannya sekukuh BN kerana wujudnya kelompongan untuk menarik sejumlah pengundi Melayu yang sepatutnya dilakukan oleh Pas tadi. Dalam masa yang sama pula, Pas secara sendirian juga turut lompong kerana tiada sokongan bukan Melayu dan pengundi bandar atau separa bandar yang lebih kukuh. Akhirnya kedua-duanya rugi.

Pas juga harus berani ....

 Hakikatnya Pas, PKR dan DAP saling memerlukan antara satu sama lain. Ia sama seperti UMNO yang tidak mampu berdiri sendiri tanpa MCA, MIC, Gerakan dan lain-lainnya

 Pas tidak perlu keluar PR sebenarnya. Apa yang perlu dilakukan ialah memperbaik tekad dan azamnya untuk terus kekal bersama PR sambil menyedari cita-cita menawan Putrajaya tidak mungkin tercapai jika bergerak sendirian. Sesuai dengan semangat majoriti ahli dan pimpinan Pas sendiri yang mahu terus berlawan dengan UMNO, pendirian itu perlu terus diperkemaskan dan jangan digoyahkan dengan unsur-unsur yang lain.

 Kalau perlu dan enggan patuh, Pas juga harus berani mengenepikan mana-mana pemimpinnya, termasuk Presiden sekali pun jika didapati lebih condong mahu membawa parti itu keluar daripada PR kerana ia nyata bertentangan dengan matlamat sebenarnya. Slogan "Pas For All" atau "Pas Ganti UMNO" tentunya bermaksud menggantikan tempat UMNO dan bukan bekerjasama dengannya.

 Keluarnya Pas daripada PR tidak lain hanyalah khabar gembira buat UMNO dan BN. UMNO akan bergembira dengan tindakan itu. Harus juga disedari, sekiranya UMNO dan BN menang lagi dalam PRU 14 nanti, ia mampu menjadikan dominasi itu kekal untuk sekurang-kurangnya selama 50 tahun lagi. Sanggupkah Pas menerima realiti itu? Jika ketika bersama PR, diperbesarkan dakwaan kononya parti itu akan menjadi lebih condong kepada Anwar, PKR dan DAP tetapi tidakkah dengan membawa keluar Pas daripada PR pula menunjukkan kecondongan kepada Najib dan UMNO?

 Apakah UMNO yang dimusuhi sejak sekian lama sebelum ini lebih Islamik sekarang untuk didampingi dan Najib pula sudah menjadi putih bersih bagi sesetengah kelompok dalam Pas?

 Inilah pertimbangan yang perlu difikirkan dengan sewaras-warasnya oleh sesetengah pihak dalam Pas sekarang ini. (SH 30/09/2014)

Komen Ust Ridzwan pasal Nik Abduh...lembut tapi bisa melopong dibuatnya!

Posted: 30 Sep 2014 01:00 AM PDT

Lai lai li tam plong merupakan satu kaedah pengundian yang dilakukan oleh kanak-kanak bagi menentukan giliran dalam sesuatu permainan.

 Ia dilakukan secara berkumpulan dengan mengucapkan "Lai lai li tam plong" sebelum menunjukkan telapak atau belakang tangan.

Dalam satu permainan peringkat nasional baru-baru ini, adalah tiga rakan telah sampai ke peringkat akhir...

Dua rakan telah menunjukan telapak tangan masing-masing, tapi ada yang sorang tu menunjukan belakang tangannya...

Yang seorang tu sepatutnya akurlah....tapi tak mahu keluar dari permainan walaupun mulutnya terus membebel nak keluar, nak keluar sat lagi .... 

"Tunggu bila tiba masanya...." dia memberikan dalih!

Kawan yang dua tadi tengok pelik dengan perangainya lalu berbisik sesama mereka, "Tunggu apa tunggu?" 

Biasalah dalam permainan, budak yang kalah dan tak berpuas hati akan marah atau menangis mengadu dia kena buli....


Gambar ini tidak ada kena mengena dengan 
budak main Lai lai li ...

Korang tentu dah maklum teguran Ketua Pemuda PAS Kota Baru pasal Nik Abduh ni. Kalau belum korang klik tang tu. Cer tengok pula apa kata Ridzwan Kuala Kedah tu...tang akhir ayat penutup tu yg aku suka - bisa bangat! 

 komen orang cerdik pasal budak Nik abduh ni:

Membaca komentar Ustaz Nik Abduh berkaitan "kisah buli" menimbulkan tiga tanda tanya lanjut :

 1. Apakah Ustaz Nik Abduh sebagai AJK PAS Pusat sudah tidak ada ruang untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya melalui mesyuarat JKPP?

 2. Sememangnya ruang terbuka seperti FB ini adalah ruang terbaik untuk meluahkan rasa? ( ada yang kata gunalah saluran, nah sekarang Ustaz Nik Abduh dah tunjuk salurannya).

 3. Atau memang inilah "satu satunya" kaedah yang paling berhikmah untuk terus beristiqamah mempertahankan tahaluf siyasi yang masih sah?.

 Sekadar bertanya, kalau bertanya pun salah hilanglah nilai "manusia".

~ Ridzwan Abu Bakar 
10.48 pagi Teratak Mubarakah

Saari: Bahaya PAS 'cuba bolot' tafsiran Islam

Posted: 29 Sep 2014 10:30 PM PDT


ADUN PAS Saari Sungib berkata PAS kini meniti jalan bahaya apabila merasakan pihak lain tidak mempunyai hak untuk mentakrifkan perjuangan dan pandangan Islam selain daripada perspektif parti itu sendiri.

Walaupun dilabel "barua" oleh presidennya sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kini berdepan dengan tindakan disiplin, aktivis veteran ini berkongsi pandangannya dengan Malaysiakini ketika ditemui di sebuah acara hujung minggu lalu.

 Saari mempunyai latar belakang yang menarik.

 Beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemudiannya menulis beberapa buku mengenai hak asasi manusia dan Islam.

 Malah beliau juga merupakan pengasas Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

 ADUN Hulu Kelang ini turut menjadi mangsa 'kemarahan' Hadi kerana menginkari arahan parti dan menyebelahi PKR dan DAP ketika krisis menteri besar Selangor.

 Insiden itu sekali lagi menunjukkan wujudnya pergeseran antara golongan ulama dan profesional yang ada di dalam PAS.

 Mengimbas kembali, pada tahun 1982, Saari berkata, PAS pada ketika itu menganggap diri mereka sebagai satu-satunya badan atau jemaah politik Islam, manakala gerakan yang sama seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan JIM dilihat sebagai entiti yang memecahbelahkan orang Islam.

 "Sejak bertahun-tahun lamanya, PAS membina satu kefahaman, hanya dialah yang mempunyai dasar perjuangan Islam, berdasarkan Islam yang layak untuk menginterpretasikan serta mentafsirkan apa sahaja berdasarkan perspektif Islam dan yang lain tidak ada hak.

 "Ini amat berbahaya," katanya.

 Saari berkata, walaupun PAS telah wujud selama enam dekad, namun parti itu belum bersedia jika ia melibatkan kepelbagaian sudut pandangan.

 "PAS lebih 60 tahun pengalaman tetapi tidak menyediakan kepimpinannya, suasana politiknya, kekuatan intelektualnya untuk bertemu dengan kepelbagaian pendapat.

 "Jika tidak ada kuasa, anda tidak akan rasa tetapi apabila anda mempunyai kuasa, anda rasa terancam dan berasa dicabar dan anda berasa tidak selesa.

 "Dan anda mahu gunakan kuasa anda," katanya. SUMBER

Inilah baru namanya buli....

Posted: 29 Sep 2014 06:17 PM PDT

Kelakar betullah tengok gambar Mak Nenek sebelah ni. Teringatkan Allahyarhamah Mak Enon...

Gambar di sebelah ni adalah cerita terbaru mengenai seorang isteri comel membuli suaminya. Ini macam barulah namanya buli...

Setelah membidas suaminya di hadapan kakitangan pejabat di Wisma Bapa Malaysia pada hari Jumaat 12 Oktober dengan satu sepakan tajam pada betis kaki, kita kini mengetahui bahawa 'Wanita Pertama' Sarawak kembali secara terbuka menyerang sekali lagi di hadapan tetamu majlis makan malam  pada Jumaat petang! Menurut laporan:

 "Ragad membaling dan menghantuk kepala Taib dengan telefon bimbit di hadapan ramai tetamu yang datang ke kediamannya pada Jumaat lepas. Semua orang yang tinggal selepas kejadian itu berlaku ".

 Bagaimana rakyat Sarawak boleh membenarkan warga asing untuk brutalise ketua mereka yang dihormati? Bagaimana mereka boleh membenarkan penghinaan sedemikian dikenakan ke atas Pak Uban mereka.SUMBER

Tiada ulasan: