Isnin, 22 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Aksi melampau anak seorang ustaz

Posted: 21 Sep 2014 08:03 PM PDT

Ini bukan Anak Ku Sazali..tetapi anak seorang ustaz…
Saya nak menceritakan satu hal kelakuan biadab yang sangat memalukan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang anak bergelar ustaz.

 Saya kurang pasti sama ada ayah budak ini akan turut bermegah dengan perbuatannya itu.

 Umumnya, kita akan menyalahkan sibapa jika anak tiada adab dan tidak tahu menghormati orang yang lebih dewasa darinya; apatah lagi jika orang yang diperlakukan sedemikian rupa itu merupakan seorang tokoh pemimpin parti sendiri. 

 Istilah bagi anak yg begitu biasanya masyarakat Melayu menggelarnya 'anak kurang ajar'

 Mungkin ayahnya jarang bersamanya , almaklumlah  seorang ustaz yang sibuk mengajar di merata masjid dan surau hinggakan anak di rumah terabai untuk mengenal pakai adab dan kesopanan yang normal.

 Kesian sibapa, walaupun ada pihak menganggap dia seorang yang hebat kerana menyatakan dirinya sanggup untuk 'mati syahid' demi mempertahankan Hj Hadi semasa muktamar yg lalu, masyarakat akan berbisik-bisik mencemuh dibelakangnya kerana kelakuan anaknya. 

 Nasihat saya, kalau nak mati syahid sila pergi ke Iraq atau Syria, tetapi tentunya bukan dalam Muktamar PAS yang baru lalu, wahai ustaz! 

Saya mendapat maklumat, sewaktu tokoh parti ini sedang menuju pintu depan pejabat agung PAS pada 17 Ogos lalu untuk mesyuarat AJK Pusat, di Jalan Raja Laut ada segerombolan anak muda menjerit berteriakan ke arahnya.

 Salah seorangnya adalah anak muda dalam gambar di atas tu. Sambil meludah tanda kebenciannya, malaon ini menghamburkan kata-kata jijik menghina tokoh tersebut antaranya 'Munafiq' kepada beliau. 

 Ada seorang hamba Allah telah sempat mencabut kunci motor budak tu dan mencekak bajunya.

 Bila ditanya "Hang anak siapa?" budak tu pun jawab, "anak Ust dot, dot, dot Gombak" dan hamba Allah tu sempat mengambil gambar budak tu yang namanya ialah ..... 

Alahai...korang tentu tahu kerana budak yang sama inilah yang buat kalut sewaktu muktamar pemuda. Antara aksi melampau yang dapat dirakamkan adalah sebagaimana di bawah nih:



 Petugas-petugas Amal tentunya tahu hal kejadian yang berlaku sebab mereka telah mengadu kepada tokoh berkenaan mengenai kata-kata kesat yang gerombolan termasuk budak yang kuang wajar ini hamburkan.

Tiada ulasan: