Rabu, 17 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Asyik kerja menghukum orang semaunya....

Posted: 17 Sep 2014 10:53 AM PDT

              Dewan Ulama Pas Kedah tegur                   Dewan Ulama Perak

KULAI JAYA - Perwakilan Muktamar Dewan Ulama Pas ditegur supaya tidak melabelkan sesama sendiri dengan gelaran 'munafik' bagi menjaga martabat dan kedudukan ulama dalam parti itu.

 Perwakilan Johor, Mohd Kassim Maidin menegaskan, sekiranya panggilan negatif itu dipraktikkan dalam Muktamar itu, ia tidak ubah seperti mesyuarat agung tahun parti komponen BN.

 "Kita tidak duduk dalam Perhimpunan Agung Umno, Dewan Ulama Pas adalah tinggi darjatnya di sisi manusia, menjadi pelindung dan penegak kepada manusia dan bukan keluarkan dari Islam.

 "Bila berbahas sebagai seorang yang berilmu, bukan emosional, kita kena ingat kita adalah orang mewakili umat Islam seluruh Malaysia.

 "Apabila berbahas dan selesaikan sesuatu isu, jangan timbul isu baharu dan kena kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah," katanya ketika membahas ucapan dasar Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob di sini, hari ini.

 Mengulas lanjut, Mohd Kassim juga menegaskan ulama tidak terpengaruh dengan laporan berita selain lidah rasmi parti itu, iaitu Harakah.

 "Bila berbahasa mana al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak, tapi hanya kemarahan, bukan terpengaruh dengan surat khabar bukan milik kita," ujarnya.

 Beliau menegaskan lagi, ahli dan pimpinan Pas juga diberi amaran supaya tidak mudah mengeluarkan kenyataan kepada media.

 "Mulut jemaah Pas jangan mudah-mudah keluar (media), kenapa dalam satu-satu isu kita tidak menunggu pemimpin tapi kita yang memimpin.

 "KIta diperingkatkan menjadi kewajipan taat kepada pemimpin melainkan perkara mungkar sehingga nama baik presiden dimalukan, boleh tegur tapi bukan di media sosial," katanya lagi.SUMBER

Sumber lain menyatakan perwakilan Dewan Ulama Perak telah sewenang-wenangnya menghukum munafik pada ahli atau pimpinan parti lain yang berbeza pandangan.

"Kita bukan diutus di dunia ini untuk mengeluarkan seseorang Muslim daripada Islam. Label sebagai munafik itu bukan sebarangan boleh digunakan. Bawah api neraka.

 "Adakah kita mahu meletakkan ahli PAS di bawah api neraka? Siapa kita? Berhati-hati sahabat, bila hendak menyelesaikan isu," ujarnya.~ Sumber WhatsApp

LAUNGAN "MUNAFIK" BERGEMA DI DEWAN MUKTAMAR 

 Perwakilan bagi Dewan Ulamak PAS Perak, iaitu Ustaz Norazli Musa yang juga dikenali sebagai Ustaz Toliban telah menegaskan perihal ketaatan dalam berjemaah. Kemudiannya, beliau menegaskan lagi jangan ada yang khianat.

 Beliau menyatakan, jika dahulu zaman Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor diserang, dibelakangnya ada Al-Marhum Tuan Guru Harun Taib, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan pimpinan Ulamak yang lain. Namun hari ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi diserang siapa yang mempertahankannya? Harapkan Timbalan Presiden sekarang, langsung tidak mempertahankan malahan melawan Tuan Guru Presiden.

 Tambahan lagi, disuarakan juga isu berkait dua Adun yang mengkhianati PAS. "Munafik" itu gelaran yang wajar diberikan kepada mereka, kerana jelas ia menepati syarat-syarat munafik tersebut. Apabila ditanyakan kepada para muktamirin yang hadir, "Tidak munafikkah mereka?" Maka seluruh yang hadir dalam dewan menyatakan "munafik".

 Ustaz Toliban ingatkan kepada semua mengenai kalam Syeikh Abdullah Azam. Jika ada 10 peluru, maka 9 darinya mesti dihalakan kepada musuh dalam selimut dan yang 1 lagi kepada musuh yang lain.-EL-HARAKI

Mat Yaakob pun dah pandai U-Turn?

Posted: 17 Sep 2014 08:10 AM PDT

                 Tak timbul Dewan Ulamak                      mahu Khalid kekal lagi


NAZRI ABDULLAH |17 September 2014.
KULAIJAYA: Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Datuk Ahmad Yakob menegur sikap media yang memetik kononnya beliau bertegas mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

 Menafikan perkara itu, beliau berkata laporan itu bukan sahaja salah, malah beliau sendiri tidak menyebutnya ketika menyampaikan Ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat pagi tadi seperti didakwa.

 "Saya tidak hilight pun tadi. Dia dah dipecat dari parti dia dan tak ada apa lagi kita nak kepada dia.

 "Saya hanya bagi contoh pendekatan (membuat keputusan) mengikut dasar hukum Islam, bukan Ulamak Pusat nak pada Khalid lagi.

 "Yang itu tak berbangkit, tak releven lagi," katanya pada sesi penggulungan perbahasan ucaptama petang ini.

 Beberapa media pagi tadi melaporkan kononnya Dewan Ulamak masih bertegas mahukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

 Sedangkan ianya hanya menyebut secara umum dalam konteks kaedah membuat keputusan yang digunapakai oleh Dewan Ulamak khususnya melibatkan pertukaran menteri besar.

 "Apa disebut di sini ialah sebagai sebuah sebuah parti Islam di mana sebarang keputusan politik sama ada atas kerangka Pakatan Rakyat atau lain-lain hendaklah sentiasa merujuk sumber-sumber Islam.

"Jadi saya harap rakan media mengambil yang betul dalam buat laporan," tegasnya. - HARAKAHDAILY  
17/9/2014

Saya di fahamkan Teks ucapan tersebut telah diedarkan kepada petugas media yang membuat liputan di dewan IOI Palm Villa Golf and Country Club, Kulaijaya, Johor. Sebab itu media lain termasuk akbar rasmi PAS Harakah turut menyiarkan berita yang sama :

Kekal MB Selangor berasaskan hukum - Ulamak


Tambahnya, Dewan Ulamak PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.
Sila baca sepenuhnya di sini

Ulama PAS tuntut tindakan terhadap pengkritik, desak agenda Islam

Posted: 17 Sep 2014 04:26 AM PDT

Reaksi bersemangat daripada ahli-ahli Pemuda PAS dalam Muktamar Pemuda 
PAS ke-55 yang berlangsung di Kota Tinggi, Johor,hari ini. Mereka menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura. – Gambar MI oleh Nazir Sufari, 17 September, 2014.
OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Published: 17 September 2014

 Sayap konservatif Ulama PAS hari ini menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura, semasa krisis menteri besar Selangor yang semakin memuncak.

 Dewan Ulama juga mahu PAS ‎mendapatkan jaminan daripada sekutu Pakatan Rakyat (PR) agar membolehkan parti itu melaksanakan agenda Islam seperti Undang-undang Syariah Kanun Keseksaan, hudud.

 Semua tuntutan itu adalah antara dua usul yang diterima pada muktamar Pemuda PAS ini.9 Usul mengenai disiplin juga dibangkitkan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang mengingkari keputusan parti dalam isu menteri besar Selangor.

Dua Adun berkenaan, Saari Sungib (HuluKlang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), mengatasi keputusan Jawatankuasa Pusat parti bulan lalu berhubung pendirian PAS mengenai status Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Saari dan Hasnul menyertai 28 Adun Selangor lain bagi menyokongan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada Khalid. – 17 September, 2014.
 MENYUSUL LAGI - SUMBER

Renungan untuk "Kami Bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak"

Posted: 17 Sep 2014 12:37 AM PDT

Peluang dan ruang yg dah ada seluas-luasnya x nak plak digunakan utk bahas dan nyatakan ketidakpuasan hati pd abg Mat..mmg suka buat kerja pelik, emosi, terikut dgn sentimen dan taksub..   
Kalau nak bagi alasan demokrasi sekalipun sebagai justifikasi utk keluar dewan, biarlah alasan yg diberi itu kene pada tempatnya.

 MP PR pun protes keluar Dewan Rakyat? 

1. MP PR tidak protes ketika pimpinan PR berucap tapi kumpulan "Kami Bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak" protes ketika pimpinan mereka sendiri sedang berucap.

 2. MP PR keluar dewan bilamana semua saluran utk menyuarakan pandangan dinafikan. Ertinya, keluar dewan adalah langkah terakhir dan bukannya langkah pertama. Tetapi kumpulan "Kami Bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak" menjadikan tindakan keluar dewan sbg langkah pertama dan bukannya langkah terakhir.

 3. Kalau kumpulan "Kami Bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak" tidak berpuas hati sekalipun dgn pendekatan Abg Mat yg tidak bersama dan membantu Presiden dalam kemelut MB Selangor, mereka punya ruang dan ruang yg luas di dalam Muktamar Pemuda ini utk menyuarakan pandangan, teguran dan kritikan kpd Abg Mat. Tetapi belum sempatpun peluang dan ruang ini digunakan, mereka ambil langkah keluar dewan dahulu. 

Tindakan pra-matang

 4. MP PR pun kalau nak bertindak keluar dewan, tindakan tersebut akan diambil oleh semua MP-MP PR tanpa seorgpun terkecuali sbg tanda solidariti dan kebersamaan. Tetapi tindakan kumpulan "Kami Bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak" nampaknya tidak mendapat sambutan dan sokongan majoriti dewan. Mungkin mereka perlu post-mortem semula stratergi bertindak mereka yg tidak berjaya itu.

 5. Kumpulan "Kami Bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak" mengandaikan bhw tindakan protes mereka itu sbg tindakan suci, berani, berprinsip dan tegas terhadap Abg Mat yg seolah-olahnya tidak bersama Presiden dan MSU. Tetapi mereka sendiri terlupa bagaimana kalau perkara yg sama dilakukan terhadap Presiden. Saya tidak tahu apakah pula label dan kecaman yg akan dikenakan kpd kumpulan itu nanti.

 6. Kumpulan "Kami Bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak" juga mengandaikan bhw tindakan protes mereka itu adalah tindakan terbaik utk menunjukkan rasa cinta dan setia mereka kpd Presiden dan MSU. Tetapi mereka tidak sedar bhw tindakan mereka itu sebenarnya telah mencalarkan imej Presiden dan MSU khususnya dan PAS amnya.

 Tidak Berani Berhujah tetapi Berani Melabel dan Sabotaj.

 7. Biasanya kumpulan yg bertindak sebegini adalah kumpulan yg bermasalah dan tidak punya kekuatan.

 8. Kumpulan "Kami Bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak" ini saya perhatikan tidak mempunyai keberanian berhujah, tidak boleh dikritik tetapi hanya berani melabel dan sabotaj. Apabila mereka dikritik dan kering hujah, mereka akan melabel. Saya yakin tindakan protes tersebut diambil kerana mereka sedar bhw mereka tidak mampu berhujah mempertahankan kebenaran yg ingin mereka bawa, lalu langkah pintas utk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka ialah dgn cara keluar dewan.

 Kpd kumpulan ini, saya nak bagitahu bhw kamu telah memalukan Presiden, MSU dan PAS. Bahkan lebih teruk dari itu, tindakan kamu itu telah memalukan imej Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui Jubah dan Kopiah yg kamu pakai itu.~ Mohd Fitri Bin Asmuni

Nik Aziz nasihatkan Hj Hadi

Posted: 16 Sep 2014 06:14 PM PDT

Majlis Syura Ulama tentukan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang

LEDANG 16 Sept. - Kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang tidak akan dibincangkan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-60 yang bermula hari ini di Johor, sebaliknya perkara itu diserahkan kepada Jawatankuasa Politik serta Majlis Syura Ulama untuk ditentukan.

 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sehingga perkara itu ditentukan, tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tetap diteruskan sementara usul mengenai perkara itu dalam muktamar kali ini tidak perlu dikemukakan.

 "Saya rasa tidak perlu kepada usul itu (membincangkan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang). Terserah apabila Jawatankuasa Politik dan Majlis Syura Ulama menilainya dari segi hukum syarak.

 "Sehingga hari ini Pas masih dalam pakatan rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas Ceramah Penerangan Perdana di Maahad Tahfiz Al-Muhammadi di Parit Medan, Kudang Ulu dekat sini, malam tadi.

 Beliau mengulas muktamar kali ini yang dijangka hangat dan bakal menentukan hala tuju parti tersebut berikutan konflik yang berlaku antara kepemimpinan ulama dan golongan Anwarinas dalam isu Menteri Besar Selangor dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

 Dewan Pemuda Pas Pusat akan membuka tirai Muktamar Tahunan Pas Ke-60 pada malam ini bertempat di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi diikuti muktamar Dewan Ulama dan Dewan Muslimat esok.

 Abdul Hadi berkata, isu mengenai calon yang akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor juga tidak akan dibincangkan dan Pas akan menerima apa sahaja keputusan Sultan Selangor berhubung perkara itu.

 Katanya, usul berkaitan isu semasa lain akan dibawa dan perjalanan muktamar berkenaan adalah seperti biasa dilakukan secara tahunan termasuk yang pernah berlangsung di Perlis, Perak dan Terengganu.

 Mengenai peluang Pas untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, beliau berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan perkara tersebut.

 "(Masih) terlalu awal sebab saya pergi dua hari sahaja semalam. Jentera Pas sangat aktif dibantu (jentera) negeri lain," katanya.

 Menurutnya, Pas tidak gentar berdepan tentangan dua lagi calon kerana perkara itu pernah berlaku sebelum ini.

 Terdahulu, Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, tidak ada sebab Pas berpisah dengan pakatan pembangkang, namun jika ditakdirkan demikian, empat kerusi DUN yang dimenangi parti itu di negeri ini akan hilang.

 Beliau yang juga Ahli Majlis Syura Ulama berkata, ini kerana kemenangan Pas turut dibantu orang bukan Islam, namun mengingatkan ahli Pas agar tidak menjadikan tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP menjejaskan ketaatan kepada kepemimpinan parti itu. SUMBER

Saya perturunkan dibawah ini laporan Harakah mengenai kenyataan TGNA sebagai menyanggah kenyataan Harun Taib. Ia masih relevan untuh menyanggah kenyataan Hj Hadi di atas

         Kaji untuk tambah baik, bukan undur          –  TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR: PAS wajib melangkah ke hadapan untuk terus relevan di pentas politik negara dengan memahami suasana politik dan mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia," kata Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu, beliau menasihati para pemimpin PAS supaya jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang dicipta sendiri dan bersedia menjalinkan kerjasama politik selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat.
Dalam satu entri di laman facebook beliau bagi mengulas resolusi yang diputuskan Multaqa Ulamak PAS di Alor Setar semalam, beliau menegaskan kerjasama politik PAS dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu malah adalah keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.
"Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non-Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno.
"Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka," tegas beliau.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.
Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.
Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.
Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno. Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.
Senjata Umno ialah perkauman, lambang Umno ialah keris tidak bersarung, politik Umno ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non-Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik Umno yang penuh dengan habuk kebangsaan.
Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin Umno sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.
PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.
Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.
Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.
Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.
Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.
Sekian.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Al-Mursyidul Am PAS

9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M

Pengkalan Kubor : Awal-awal lagi PAS dah menyerah...

Posted: 16 Sep 2014 04:34 PM PDT


TUMPAT - Pas menyifatkan hubungan dengan parti lawan dalam PRK Pengkalan Kubor, BN amat baik dan tidak pernah timbul sebarang masalah.

 Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya Pas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, mereka akan memastikan hubungan baik tersebut dikekalkan bagi menjamin keharmonian dalam PRK kali ini.

 "Memang Pas dan Umno macam anak-beranak. Kami tidak bergaduh pun.

 "Pas pun berasal daripada Umno dan hubungan baik ini akan dikekalkan bukan sahaja dalam PRK ini malah di luar sana," katanya pada sidang media di Markas Pas, di sini, semalam.

 Menurutnya, keharmonian yang ditonjolkan antara kedua-dua parti itu membolehkan pengundi rasional memilih calon yang layak berkhidmat di kawasan itu.

 "Dengan keadaan ini diharapkan dapat beri peluang kepada pengundi buat pilihan secara bijak dan demokrasi dengan tiada sebarang ugutan, dan sebarang mainan kasar secara fizikal oleh kedua-dua parti," katanya.

 Katanya lagi, Pas memegang dua prinsip utama dalam menggerakkan jentera pilihan raya kali ini.

 "Pas tidak akan membangkitkan (isu) mengenai wakil rakyat terdahulu, Datuk Noor Zahidi Omar kerana kami amat mengenali beliau dan beliau adalah sahabat kami.

 "Kedua, kami tidak akan menyasarkan serangan kepada peribadi lawan," katanya.

 Katanya, apa yang ingin ditekankan dalam kempen jentera pilihan raya pada kali ini adalah berkaitan dengan masalah yang dihadapi rakyat termasuk projek tebatan banjir oleh Kerajaan Persekutuan yang didakwa menghadapi pelbagai masalah.SUMBER

Tiada ulasan: