WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- APA PUN NOH...HANG JANGAN CEMBURU PASAI TAK DILANTIK MENJADI MENTERI....BYE.....
- Pakatan akhirnya terima Azizah calon tunggal
- Kerusi MB kosong, sultan boleh lantik Wan Azizah
- Akuan bersumpah 30 Adun sah dan mencukupi, kata peguam
- WAN AZIZAH MENDAPAT SOKONGAN DARI ADUN UNTUK SINGKIRKAN KHALID IBRAHIM-39/56 -KHALID IBRAHIM TIPU SULTAN SELANGOR
- video: Pakatan capai konsensus dengan keputusan PAS hari ini, kata Setiausaha Agung PKR .
APA PUN NOH...HANG JANGAN CEMBURU PASAI TAK DILANTIK MENJADI MENTERI....BYE..... Posted: 17 Aug 2014 06:42 AM PDT |
Pakatan akhirnya terima Azizah calon tunggal Posted: 17 Aug 2014 06:32 AM PDT Terima kasih YB Azmin Ali kerana menerimanya dengan hati terbuka.Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor sebentar tadi. "Majlis Pimpinan (Pakatan) juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin Ali untuk jawatan senteri besar. "Bagaimanapun Azmin menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar baru Selangor," kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi. Mesyuarat PKR sebelum itu telah memutuskan untuk tetap menyokong Wan Azizah seperti yang diputuskan parti 21 Julai lalu. PAS pada tengah hari telah meminta satu lagi nama iaitu Azmin untuk dicalonkan sebagai menteri besar bersama Wan Azizah. Justeru Anwar berkata PKR akan meneruskan proses memohon menghadap sultan Selangor untuk mempersembahkan keputusan itu kepada baginda secepat mungkin. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akur dengan keputusan itu selepas Azmin bersetuju mengikut keputusan parti. "Dua calon dah ada di sini dan selepas mesyuarat tadi Azmin hormati keputusan partinya," kata Mohamad ringkas. Azmin: Parti lebih penting Sementara itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan Pakatan lebih penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar. "Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan. "Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata beliau. Azmin (atas) turut menafikan khabar angin beliau bertegas mahukan jawatan itu. |
Kerusi MB kosong, sultan boleh lantik Wan Azizah Posted: 17 Aug 2014 04:30 AM PDT Ahad, 17 Ogos 2014 07:56 OLEH: AMIRULMUKMININ Professor Gurdial Singh Nijar (gambar) dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata sekiranya Khalid enggan mengundur diri, jawatan MB dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dianggap dikosongkan, tanpa perlu Sultan Selangor menyingkirkan mereka dari kedudukan tersebut. Gurdial merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di mana diputuskan: "Apabila menteri besar dimaklumkan dia hilang kepercayaan majoriti anggota dewan undangan, dia dikehendaki dengan cara yang mulia meletakkan jawatan beliau dan jawatan majlis eksekutif. "Jika menteri besar enggan atau tidak meletak jawatan beliau dan majlis eksekutif, hakikatnya ialah majlis eksekutif dibubarkan (yang juga termasuk menteri besar) disebabkan oleh menteri besar hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan," kata Gurdial. "Oleh itu ia tidak perlu untuk Sultan... menyingkirkan Nizar (menteri besar Perak waktu itu) dan ahli majlis eksekutif. Sultan hendaklah melantik seseorang yang mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Undangan." Tambah Gurdial, berdasarkan kes sebelum ini, yang tinggal kini hanya untuk Sultan melantik "seseorang" sebagai MB. |
Akuan bersumpah 30 Adun sah dan mencukupi, kata peguam Posted: 17 Aug 2014 04:16 AM PDT Akuan bersumpah 30 Adun sah dan mencukupi, kata peguamAkuan Berkanun (Statutory Declaration) yang ditandatangani 30 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bukti konklusif dan jelas mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata pertubuhan peguam Lawyers for Liberty. Dalam satu kenyataan hari ini, Afiq M Nor dari pertubuhan itu menegaskan Akuan Berkanun tersebut satu dokumen yang serius dan mempunyai kesan di bawah undang-undang. "Saya percaya semua 30 Adun yang menandatangani Akuan Berkanun tersebut, mengetahui dan maklum akan implikasi perundangan sekiranya mereka menyediakan satu akuan palsu dan tidak benar. "Menurut Seksyen 3 Akta Akuan Berkanun 1960, menyediakan satu akuan palsu merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dihukum di bawah Seksyen 199 dan 200 Kanun Kesiksaan," katanya. Afiq merujuk kenyataan peguam Khalid yang menyatakan Akuan Berkanun itu bukan satu bukti konklusif Khalid hilang kepercayaan majoriti sebagai menteri besar dan ia boleh ditarik dan dipinda pada bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian, kata peguam Khalid, hanya satu usul tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau perbincangan dengan Sultan Selangor boleh membuktikan Khalid hilang sokongan. Afiq merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 2010 dalam kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin lwn Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di mana hakim Tun Ariffin Zakaria menyatakan "..evidence of loss of confidence in the MB may be gathered from other extraneous sources provided, as stated in Akintola, they are properly established. Such sources we think, should include the admission by the MB himself and/or representations made by members of the LA that the MB no longer enjoys the support of the majority of the members of the LA." "Saya percaya kita tidak lagi berkomunikasi menggunakan perantaraan burung merpati seperti zaman dahulu. Kebanyakan dari kita di Malaysia boleh mengetahui apa yg berlaku di segenap penjuru dunia kurang dari 2 saat. "Adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal untuk Khalid meragui 30 Adun yang tidak lagi yakin dengannya sebagai menteri besar," katanya. Katanya, sekiranya Khalid merasakan perlunya diadakan satu undi tidak percaya dalam DUN, dia sendiri boleh memanggil satu sidang khas membentangkan satu undi tidak percaya ke atas dirinya. "Bola berada di gelanggang Khalid kerana seorang menteri besar boleh memanggil satu sidang khas di DUN," katanya. – 17 Ogos, 2014. |
Posted: 17 Aug 2014 03:52 AM PDT Hanya 5 ADUN PAS dan 12 ADUN Umno suka sama Khalid Ibrahim Kesalahan terbesar Khalid Ibrahim ialah menipu Sultan Selangor dengan mengatakan mempunyai majoriti dalam dewan. ITU SEMUA BOHONG! Kerana Khalid tidak bertanya persetujuan dari Adun selain UMNO. :) Senarai ADUN Selangor yang menyokong TSKI untuk melepaskan jawatan ialah: N4 SEKINCHAN Ng Suee Lim (DAP) N6 KUALA KUBU BAHARU Lee Kee Hiong (DAP) N11 IJOK Dr Idris Bin Ahmad (PKR) N14 RAWANG Gan Pei Nei (PKR) N15 TAMAN TEMPLER Zaidy Bin Abdul Talib (PAS) N16 BATU CAVES Amirudin Bin Shari (PKR) N17 GOMBAK SETIA Hasbullah Bin Mohd Ridzwan (PAS) N19 BUKIT ANTARABANGSA Mohamed Azmin Bin Ali (PKR) N20 LEMBAH JAYA Khasim Bin Abdul Aziz (PAS) N21 CHEMPAKA Iskandar Abdul Samad (PAS) N22 TERATAI Tiew Way Keng (DAP) N23 DUSUN TUA Razaly Bin Hassan (PKR) N25 KAJANG DS Wan Azizah (PKR) N26 BANGI Mohd Shafie Bin Ngah (PAS) N27 BALAKONG Ng Tien Chee (DAP) N28 SERI KEMBANGAN Ean Yong Hian Wah (DAP) N29 SERI SERDANG Noor Hanim Binti Ismail (PAS) N30 KINRARA Ng Sze Han (DAP) N31 SUBANG JAYA Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP) N32 SERI SETIA Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (PKR) N33 TAMAN MEDAN Haniza Binti Mohamed Talha (PKR) N34 BUKIT GASING Rajiv Rishyakaran (DAP) N35 KAMPUNG TUNKU Lau Weng San (DAP) N36 DAMANSARA UTAMA Yeo Bee Yin (DAP) N37 BUKIT LANJAN Wong Keat Ping (PKR) N38 PAYA JARAS Mohd Khairuddin Othman (PAS) N40 KOTA ANGGERIK Yaakob Sapari (PKR) N41 BATU TIGA Rodziah Ismail (PKR) N43 SEMENTA Daroyah Binti Alwi (PKR) N44 SUNGAI PINANG Teng Chang Khim (DAP) N47 PANDAMARAN Tan Pok Shyong (DAP) N48 KOTA ALAM SHAH Ganabatirau Veraman (DAP) N49 SERI ANDALAS Xavier Jayakumar A/L Arulanandam (PKR) N50 SRI MUDA Mat Shuhaimi Bin Shafiei (PKR) N51 SIJANGKANG Ahmad Yunus Bin Hairi (PAS) N52 TELUK DATUK Loh Chee Heng (DAP) N53 MORIB Hasnul Baharuddin (PAS) N54 TANJONG SEPAT Mohd Haslin Hassan (PAS) N56 SUNGAI PELEK Lai Nyuk Lan (DAP) Total = 39/56 ADUN SOKONG KHALID TURUN TAKHTA dan HENTI TIPU SULTAN. (bermakna hanya 17 sokong Khalid terus keras kepala) SUMBER:ERA PASCA |
video: Pakatan capai konsensus dengan keputusan PAS hari ini, kata Setiausaha Agung PKR . Posted: 16 Aug 2014 11:13 PM PDT PKR menyambut baik keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini dan menyifatkan kini Pakatan Rakyat sudah mencapai konsensus apabila PAS menamakan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor di samping Mohamad Azmin Ali. "Bagi saya Pakatan sudah mencapai konsensus apabila PAS mencadangkan Dr Wan Azizah kerana sebelum ini PKR dan DAP sudah mencalonkan beliau. "Walaupun PAS juga namakan Azmin, ia masih tertakluk kepada pandangan PKR dan DAP kerana kedua-duanya hanya bersetuju dengan satu nama sahaja sebelum ini, iaitu Dr Wan Azizah," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail kepada The Malaysian Insider. Sehubungan dengan itu, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang ini akan membuat keputusan mengenai cadangan PAS itu selepas DAP dan PKR membuat keputusan mereka. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat petang ini di sebuah hotel dekat Subang Jaya sebelum mengadakan sidang media kira-kira jam 6.30 petang ini. Bagi Saifudin, keputusan PAS hari ini menamakan Dr Wan Azizah dan Azmin juga bermakna PAS menarik balik sokongannya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diberikan sebelum ini. "Jadi Khalid tidak ada lagi legitimasi untuk terus kekal sebagai menteri besar," kata beliau. Beliau juga berkata, keputusan 30 Adun Selangor termasuk dua dari PAS sebelum ini juga membuat keputusan yang sama. – 17 Ogos, 2014. MENYUSUL LAGI |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan