Ahad, 17 Ogos 2014

dollah yankee

dollah yankee


Menunggu Sultan

Posted: 17 Aug 2014 06:37 AM PDT

Sidang_Media_Pas_Pusat

Pakatan Rakyat  tidak perlu berpecah hanya kerana seorang individu bernama 'Khalid Ibrahim'.
Kerjasama erat selama ini antara PAS, PKR dan DAP seharusnya dipertimbangkan di saat-saat genting ketika ada pihak yang cuba menjadi batu api dan minyak petrol dalam melaga-lagakan persaudaraan yang telah dibina.
Sejarah kerjasama parti-parti komponen Pakatan Rakyat mencatat begitu banyak kenangan yang baik-baik, terutamanya kemenangan besar dalam tsunami politik Mac 2008 serta kejayaan mendapatkan sokongan padu majoriti undi popular dalam PRU ke-13 tahun lalu.
Kita mahu mengingati sejarah untuk peristiwa sedemikian. Kita pastinya tidak mahu diingati sejarah kerana bergolak dan berpecah belah akibat Khalid Ibrahim 'gagap'.
Ramai rakyat bawahan yang gusar apabila mendapat maklumat bahawa ada pihak yang tidak selesa dengan persaudaraan Pakatan Rakyat, namun 'malu-malu mahu mengaku teringin tidur sebantal dengan umno dan BN'.
Kalau tidak lagi selesa bersama semangat Pakatan demi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama, dan status ekonomi; kenapa mesti malu-malu mahu menyatakan keinginan untuk bersama umno-BN?
Kepada politikus-politikus Pakatan Rakyat yang setia memperjuangkan kepentingan rakyat untuk menzahirkan kesetiaan kepada semangat Pakatan Rakyat dan jika sebaliknya berhajat untuk tidur sebantal dengan Umno, janganlah segan,jangan malu untuk mengaku.
Rakyat bawahan juga merasa amat gumbira dengan berita terbaru apabila dua adun PAS Selangor, iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin, bertindak menyatakan sokongan kepada Wan Azizah selaku MB Selangor yang baru.
Selesai mesyuarat PAS tadi, Saari dan Hasnul hadir bersama-sama semua Adun DAP dan PKR Selangor dalam sidang media bagi menunjukkan Wan Azizah memiliki majoriti yang cukup untuk menjadi MB baru negeri itu.
Sokongan itu sekaligus menamatkan kelayakan Khalid Ibrahim untuk terus memasuki pejabat MB Selangor.
Kita tidak mahu tertulis di nota kaki sejarah sebagai sebuah gabungan politik yang gagal dan berpecah selepas bertahun membina impian dan harapan baru bagi rakyat Malaysia
Dahulukanlah kepentingan rakyat, janganlah sampai Pakatan Rakyat berpecah. Janganlah sampai pakatan politik ini hancur akibat perbuatan seorang 'musibat' yang gagap.
dollah yankee -Semua orang sudah lega dan hanya tunggu sultan balik dari 'makan angin'.

Tiada ulasan: