Sabtu, 16 Ogos 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MUSLIM DEMOKRAT

Posted: 16 Aug 2014 06:30 PM PDT





Perjuangan hidup mati puak profesional PAS, 17 Ogos

Tidak banyak perkembangan memberansangkan dalam PAS menjelang mesyuarat AJK PAS Pusat Ahad ini. Golongan profesional yang berusaha untuk meluluskan usul menerima pertukaran Menteri Besar Selangor masih ditentang sengit oleh puak ulama Unity Government (UG) PAS. Rajuk puak ulama lebih teruk setelah dua Adun PAS Selangor Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin ?melangkah walak? menyokong Dr Wan Azizah sebagai MB baru. Kewalakan terhadap ulama dicabar oleh dua Adun berkenaan. Penasihat punah ranah Berpalingnya Saari dan Hasnul Baharuddin akan memberi lebih keberanian kepada golongan profesional PAS untuk mengemukakan usul menarik kembali sokongan kepada Khalid di Selangor. Inilah yang sedang diuruskan oleh para penasihat Hadi. Iaitu, bagaimanakah caranya untuk Hadi dan kelompok UG kekal menang dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Orang yang memberitahu Hadi kononnya calon dari PKR pengedar pil kuda menjelang PRU lalu adalah orang yang sama menasihatkan Hadi menyokong Khalid. Kalau di Terengganu, Hadi disaman malu oleh calon PKR itu beberapa juta ringgit, dalam hal ini, Hadi pasti akan membuat PAS berpecah selepas 17 Ogos nanti. Golongan profesional PAS dilapor tidak sabar dengan cara Hadi mentadbir parti itu dan menekan pihak lain mendengar keputusannya. Sedangkan pemahaman politik Hadi hanyalah daripada penasihat yang diragukan tahap mentalitinya, mempunyai kepentingan dengan Khalid dan berniat untuk merapatkan PAS bersama Umno demi ketuanan Melayu. Tentangan terbuka Pertemuan dengan Anwar Ibrahim pada 11 Ogos lalu di sebuah hotel di Kuala Ibai sebaik sahaja Umno mengumumkan sokongan tanpa syarat kepada Khalid sepatutnya diguna Hadi bagi menjernihkan keadaan. Sebaliknya, Hadi mendominasi pertemuan itu menghentam Anwar kononnya Ketua Umum PKR itu penyebab huru-hara politik di Malaysia, tidak menyokong pencalonan Tengku Razaleigh sebagai PM menyebabkan PR kalah dalam PRU lalu serta beberapa lagi hujah yang tidak relevan dengan krisis kepimpinan Selangor.

Oleh itu, bagi profesional PAS, tidak ada pilihan lain selain menentang Hadi secara terbuka dalam mesyuarat AJK PAS pusat. Teori 22 AJK pro PR dan 14 AJK pro Hadi tidak terpakai sekiranya beberapa ulama mengeluarkan fatwa menyokong Khalid menjelang 17 Ogos ini. Sebaliknya, perdebatan terbuka lebih penting untuk mengetahui kesahihan sokongan Hadi terhadap Khalid. Puak profesional perlu berdebat secara agreasif dan memaksa Hadi mengeluarkan semua bukti Khalid benar-benar sempurna dan tiada cacat celanya untuk disokong. Keputusan menyokong Khalid dan bekerjasama dengan Umno bukanlah kecil. Impaknya sangat dahsyat kepada PAS. Undi Cina dan India akan hilang. Undi Melayu terbelah dua. Akhirnya PAS hanya akan mampu berkuasa di Kelantan dan Terengganu sahaja. Itu pun sekiranya bernasib baik. PAS lemah di Kelantan pada pilihan raya umum 1995, hanya tiga kerusi membentengi kerajaan majoriti mudah PAS daripada ditelan Umno setelah Semangat 46 meningalkannya. PAS juga hanya tinggal satu kerusi majoriti pada pilihan raya 2004 selepas DAP meninggalkan Barisan Alternatif dan rakyat Kelantan melihat gabungan itu tiada masa depan. Cuma faktor penyelamat PAS pada PRU 1999 kerana Dr Mhathir memecat Anwar. Sokongan pengundi reformasi menyebabkan PAS menang besar di Kelantan. Pada PRU 2008, Anwar keluar penjara dan mengetuai kempen pembangkang. Kini, dengan gagahnya ulama PAS ingin memisahkan diri daripada Anwar. Adakah mereka faham politik moden? Rakyat di Pantai Barat Semenanjung kecewa dengan telatah PAS bekerjasama dengan Umno memerintah Selangor mulai 11 Ogos lalu. Politik moden mensyaratkan kerajaan yang dilantik dipandu oleh rakyat. Sentiasa berinteraksi dengan rakyat dan tidak memutuskan sesuatu yang merugikan rakyat. Semua itu dilanggar Khalid sehingga PKR tiada pilihan selain menggantikan beliau.

Sebaliknya PAS menggunakan ijtihad politik kurun ke 3 masehi, iaitu rakyat yang melantik pemimpin wajib menerima apa sahaja keputusan pemimpin itu. Praktik politik yang amat jauh menyimpang dalam amalan demokrasi sebagaimana di Eropah, Jepun atau Korea Selatan. Sultan tiada pilihan Tentu sekali pengundi di pantai barat tidak akan mengundi PAS dengan corak politik lama itu sekiranya PAS bertanding sendirian. Malah jika bertanding dengan PR sekalipun maka kerusi PAS dijangka berkurangan jika tidak dibantu oleh penerangan PKR dan DAP. Oleh itu golongan profesional yang merupakan 65 peratus daripada AJK PAS pusat amat perlu membuat keputusan penting pada 17 Ogos nanti. Iaitu menarik kembali sokongan PAS kepada Khalid. Tanpa PAS dengan hanya 12 Adun Umno amat mustahil Sultan Selangor membenarkan berjalannya minority government. Pilihan sultan menjadi terhad kepada sama ada membubarkan Dun atau menerima Menteri Besar baharu yang dicadangkan oleh PR. Dan perkara itulah yang amat ditakuti oleh puak UG dalam PAS. Mereka akan kehilangan sabahat di ?seberang sana? dan sekali lagi gagal sejak PRU 2008, kerjasama PAS - Umno 2010 dan pujukan Umno 2012.


--------

WAN AZIZAH DAPAT SOKONGAN ANAK MUDA

Posted: 16 Aug 2014 06:00 PM PDT






Majoriti Sudah Dicapai

 Tamatkan Kemelut Selangor Segera!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ketika ini sedang mengadakan Rapat Kebangsaan 3/2014, dengan ini secara langsung mengumumkan Resolusi Khas menyentuh kemelut Selangor seperti di bawah;

1.      SAMM mewakili aspirasi anak muda dan rakyat progresif memperingatkan pakatan rakyat bahawa undi yang mereka perolehi bukan untuk rakyat menempuh krisis demi krisis. SAMM melihat krisis di Selangor telah dimulakan dengan kesilapan pengurusan PKR dan PR sendiri.

2.      Tindakkan beberapa ahli parlimen muda yang angkuh tidak membantu masalah ini selesai malah mengusutkan lagi suasana. Mereka harus lebih bijak dalam mengurus krisis. Janganlah sombong dan mendabik dada kerana kegagalan krisis ini mampu membawa perpecahan muktamad Pakatan Rakyat.

3.      Kini masanya krisis ini ditamatkan setelah satu pihak berjaya mendapat majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Pihak YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah berjaya menunjukkan sokongan majoriti anggota dewan secara bertulis dan fizikal, jika pihak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ingin menafikan satu sahaja jalan segera buka dewan untuk menunjukkan dia masih punya sokongan majoriti

4.      Sistem raja-raja Melayu khususnya pihak istana Selangor perlu bersama rakyat menjadi penyelesai masalah, bukan menjadi benteng kepada pihak-pihak tertentu. Maka SAMM mendesak pihak istana memberi laluan 'penstrukturan organisasi' di Selangor demi untuk mengelak pentadbiran negeri menjadi lebih bermasaalah. Pihak istana perlu panggil mengadap kedua – dua pihak dan selesaikan segera krisis ini.

5.      Dengan perlantikkan Menteri Besar yang dipilih ahli dewan secara demokrasi (majoriti), Pakatan Rakyat harus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya negeri Selangor dengan menghentikan londeh melondeh sesama sendiri. Semua pihak perlu akur dengan keputusan yang sudah dicapai.

6.      SAMM juga menegaskan bahawa tiba masanya beberapa pemimpin senior Pakatan Rakyat harus undur dan beri ruang dan peluang kepada pemimpin muda.

7.      Kesepakatan dan keberanian perlu di dalam suatu gagasan. Kegagalan Pakatan Rakyat didaftarkan dalam satu Logo atau satu agenda yang jelas akan menjadikan penentuan demokrasi (seperti krisis Selangor ini) tidak mampu ditangani dengan baik pada masa hadapan. Setakat ini tidak kelihatan kesungguhhan menjadikan agenda mendaftarkan PR dibawah satu nama dan logo dijadikan keutamaan.

8.      Antara yang diberikan perhatian oleh SAMM ialah penglibatan untuk kekal berkuasa menggunakan sokongan Umno. Atas semangat Asalkan Bukan Umno (ABU) , mengekalkan kuasa menggunakan pengaruh Umno ialah pengkianatan ke atas semangat PRU 13 dimana rakyat sudah menolak Umno / Bn di Selangor. Kekal kuasa dengan bergantung sokongan Umno yang minoriti hanya akan membuka ruang kepada Umno yang telah ditolak rakyat.

Sekian

Resolusi dibacakan oleh :

Che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

----------

DAP CALON WAN AZIZAH

Posted: 16 Aug 2014 07:07 AM PDT





DAP calonkan Wan Azizah Langkah Kajang adalah satu strategi menukar MB Selangor secara tertib. Tuduhan pemimpin aliran keras PAS kononnya Anwar melakukan nepotisme dengan melantik isteri sendiri tidak berasas sama sekali. Langkah Kajang memenuhi tuntutan Adun PAS Selangor yang muak dengan gaya pentadbiran seorang diri Khalid dibantu dua penasihat wanitanya, dibuat dengan tanpa mengecilkan hati beberapa pihak yang terlibat. Pada awalnya, Anwar Ibrahim sendiri mengambil tanggungjawab menggantikan MB Khalid.

Tujuannya bagi meletakkan pemimpin yang jauh lebih popular di tempat Khalid agar rakyat Selangor tidak tertanya-tanya kredibiliti dan keupayaan pemimpin tersebut. Dalam parti Khalid bermusuhan dengan Azmin Ali. Azmin mempunyai ghairah untuk menduduki kerusi MB. Sekiranya Azmin dilantik maka penyokong Khalid akan melakukan tindakan yang kurang baik kepada parti. Begitu juga Azmin tidak akan menentang sekiranya Anwar yang diseganinya menggantikan Khalid. Oleh kerana Anwar digagalkan bertanding oleh Umno maka PRK kajang kemudiannya dimenangi Dr Wan Azizah. Azizah kemudiannya dicalonkan sebagai MB baharu. Bagaimanapun, tidak seperti dakwaan PAS Anwar melantik isteri sendiri, nama calon lain juga telah diperbincangkan bersama DAP. Namun DAP tidak bersetuju kecuali Azizah menggantikan Khalid. Di peringkat PKR pula nama Azmin disenaraikan tetapi ditolak oleh Biro Politik dan Azizah disaran untuk menjadi MB baru. Pemimpin garis keras PAS wajar menghentikan tuduhan memburuk-burukkan PKR dan Azizah jika mereka benar-benar mengamalkan politik Islam. Pencalonan Azizah walaupun PAS tidak menyukainya telah dibuat secara bersama oleh DAP dan PKR. Dalam politik demokrasi suara majoriti mengatasi minioriti. PAS hanya minioriti dan sewajarnya bersetuju dengan pilihan dua rakan gabungannya. Apa yang dilakukan oleh pemimpin aliran keras PAS kini hanya membuka aib mereka sendiri. Penolakan Azizah membuktikan mereka tidak demokratik dan tidak mengamalkan politik Islam dengan mengutamakan pilihan yang dipersetujui oleh jumlah terbesar.



--------

MENCARI NAJIB DAN SUAMI YG HILANG

Posted: 16 Aug 2014 05:48 AM PDT







RALAT MAAF
 
 
  
adalah diberitahu bahawa
najib dan suaminya telah hilang
semenjak dua minggu
 
kali akhir mereka dilihat menaiki
pesawat di lapangan terbang kiev ukraine
kemudian hilang entah kemana
 
interpol telah dihubungi
gambar suami najib rosmah mansor  telah
diiklankan dalam media eropah
 
tetapi
penayangan gambar ini telah menerima
bantahan keras terutama dari paris
diberitakan muka rosmah yang hodoh
telah menakutkan ramai kanak kanak peranchis
justeru Interpol telah 
menarik kembali gambar suami najib
 
 
LANGKAH BARU WAJIB DIAMBIL
interpol yang berpusat di lyons peranchis
telah telah  mengubah taktik
 
cara terbaik untuk menemui rosmah mansor
bukan dengan menggunakan jaringan interpol
tetapi menggunakan jabatan kaji cuaca
 
 
 
 
sila lihat dimana ada banjir
sila lihat dimana ada bangunan runtuh
silah lihat dimana ada gegaran bumi
 
 
 
jika ada banjir ertiya rosmah
sedang berenang atu mandi
jika ada bangunan runtuh
ertinya rosmah baru naik bangunan ini
jika ada gegaran bumi
ertinnya rosmah sedang berjoging
 

 
 
 
----------

MINTA BANTUAN INTERPOL

Posted: 16 Aug 2014 05:08 AM PDT





KOMENTAR
najib dan suaminya
hilang 2 minggu
kemana najib 
dan suami pergi?

berubat atau
tukar darah?


The curious case of the disappearing PM ... 

yet again 

COMMENT: Yet again, Malaysians are faced with the mysterious case of a missing prime minister, worthy perhaps of another literary adventure for author Shamini Flint's Singaporean Inspector Singh to help investigate, estranged neighbour or not.

As pro-establishment blogger Syed Akbar Ali wrote on his blog Out-Syed The Box, Malaysia has been without  Najib Razak's presence for 13 long days, a lengthy time for a premier to vacate his seat.

The case of the missing PM showcases the major problem associated with Najib's leadership, his silence of major issues, disappearing acts and what can only be said as "cakap tak serupa bikin" where he flaunts expenses on public dole while telling the rakyat to reduce their spending.

Indeed Najib never denied the major excesses of travel expenses for his entourage and his ministers claiming all have national interests at heart.

- See more at: http://theantdaily.com/Main/The-curious-case-of-the-disappearing-PM-yet-again#sthash.X2nFgWGy.dpuf


KAH KAH KAH
woit
mana ngo islam
mana ngo melayu
buatlah laporan
pada interpol

seorang jantan botak
pendek bersama
betina  gemok
sedang di cari interpol

KAH KAH KAH 
 


MALAYSIA NEGARA MENGHUKUM

Posted: 15 Aug 2014 11:41 PM PDT



KOMENTAR
inilah contoh terbaik
bahawa undang undang 
ini juga berasaskan kelas

yang miskin akan dihukum
yang kaya akan bebas
yang miskin hanya curi beras
kena tiga tahun penjara
kena tiga sebatan

razak baginda  membunuh
dia kaya dia bebaskan
anak nazri ada kes pukul
dia kaya dia dibebaskan

mustahil tak sedar hal ini
mustahil tak nampak

satu hukuman untuk yang kaya
satu hukuman untuk yang miskin

kalau ada duit penjara boleh beli


Pecah amanah: Pemuda dijel, sebat

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Seorang bekas pekerja sebuah pasar raya besar dihukum penjara tiga tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan melakukan pecah amanah melibatkan 150 kampit beras bernilai RM10,000 milik majikannya, enam tahun lalu.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulkhairi Abdullah, 31, selepas tertuduh didapati bersalah melakukan perbuatan itu di pasar raya Giant Taman Setiawangsa, di sini pada pukul 8.30 pagi, 24 Disember 2008 dan pukul 10.41 pagi, 27 Disember 2008.

Beliau memutuskan demikian setelah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan berpendapat, keterangan tertuduh pada peringkat pembelaan adalah bersifat difikirkan selepas kejadian





--------

GAGAP JADI SEWEL

Posted: 15 Aug 2014 11:11 PM PDT







KOMENTAR

ini semua alasan
ini semua jalan tipu
mustahil tak dapat kira
mustahil tak dapat hitung
mustahil tak dapat congak 

khalid ada hutang 70 juta ringit
dengan bak islam
khalid ada jual 320 ekar tanah selangor
mustahiul dengan duit huitang sebanyak ini
dengan harga tanah ini
khalid todak pandai mengira

jumlah adun selangor 56 yb
jumlah dap pkr dan 2 dun pan 30 yb
mustahil tak dapat jawab 56 tolak 30
mustahil tak tahu siapa memiliki majoriti





Dewan Negeri Selangor kaji cara tentukan sokongan untuk Khalid, kata sumber


Dewan Negeri Selangor sedang mengkaji pelbagai pilihan yang ada untuk membolehkan satu mesyuarat tergempar diadakan bagi menentukan sama ada i Abdul Khalid Ibrahim mempunyai sokongan majoriti atau tidak, kata sumber.
Menurut sumber yang biasa dengan Perlembagaan Negeri dan perintah tetap, dalam keadaan biasa, menteri besar yang menasihati Raja untuk mengadakan mesyuarat dewan.
"Dalam kes ini pula, MB yang sepatutnya berhubung dengan Sultan adalah subjek yang hendak dibincangkan. Oleh itu, kita perlu mengkaji dan menafsir perlembagaan dan perintah tetap bersama dengan kes undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider tanpa mahu dinyatakan namanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dewan-negeri-selangor-kaji-cara-tentukan-sokongan-untuk-khalid-kata-sumber#sthash.4RX7lZk7.dpuf


KAH KAH KAH
woit jangan bangang
mat gagap ni pandai kira
suruh dia kira macam
utang dengan bank islam
pandai kira kira

buat kira macam ini:
1 yb gagap +
2 yb gagap +
3 yb gagap +
4 yb gagap +
jawabnya ada berapa
yb yang gagap

kira punya kira
hanya satu yb gagap
ia itu sahak gagap

KAH KAH KAH








----------

JEMPUTAN FORUM

Posted: 15 Aug 2014 08:17 PM PDT




FORUM

ESOK MALAM





RADIO BANGSAR
akan membuat liputan
untuk warga 
dimana sahaja berada

Displaying Attachment 1.jpg


NGO Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) akan menganjurkan sebuah forum bagi mengupas krisis Kerajaan Negeri Selangor yang semakin meruncing kini & polemik yang melanda parti PAS sendiri dalam isu negeri Selangor.

Oleh yang demikian, seluruh rakan media dijemput ke forum LENSA yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tajuk : "Krisis Selangor : Mengapa PAS Terasing?"

Tarikh : 17 Ogos 2014 (Ahad)
Masa : 8.45 Malam
Tempat : Auditorium, Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).
Ahli panel :

1) Dr. Dzulkefly Ahmad (Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS)
2) YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
3) Sdr. Suhaizan Kayat (Ketua Pemuda PAS)
4) Prof Dr. Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)

Untuk sebarang maklum balas/pertanyaan, pihak tuan/puan boleh hubungi kami di talian : 019-3851902 (shukri) atau emelkan ke lensa.anakmuda@activist.com



------------

Tiada ulasan: