Sabtu, 16 Ogos 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Usaha terdesak Khalid- Mahu PKR diharamkan

Posted: 16 Aug 2014 12:31 AM PDT

Disamping usahanya mahu memecah belahkan Pakatan Rakyat, Khalid yang telah dipecat keahliannya oleh PKR sedang berusaha pula untuk mengharamkan parti itu pula.

Paakatan tidak berdaftar pun dia komplen...ni pulak, PKR yang dah sah berdaftar dia cuba pulak nak haramkan? Khalid, Khalid tak mengapalah. Buatlah apa saja yang kamu suka sebab ramai manusia yang mengaku suci tetap bersama mu...gunung sama didaki, lurah sama dituruni...lubang itu tetap kami turuti walaupun sudah dipatuk  berkali-kali dilubang yang sama itu...

Jelas tindak tanduk Khalid adalah jelmaan dendam kesumat yang terus membara di kalbu manusia ini lantaran hasutan syetan dan iblis. Sepatutnya biarlah puak-puak syetan dan iblis itu sahaja yang menyokong usahanya itu ....


Khalid adu pada ROS kes disingkir dari PKR


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memfailkan aduan pada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) atas tindakan PKR yang memecat keanggotannya dari parti tersebut.

 Laporan Utusan Malaysia menyebut, aduan yang difailkan melalui Bon Advocates itu menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR melanggar perlembagaan parti.

 Sekiranya benar melanggar perlembagaan parti, pendaftaran parti itu mungkin dibatalkan, dakwa Utusan.

 Peguam New Sin Yew dalam laporan itu mendakwa Khalid gagal mendapat maklumat mengenai keanggota lembaga disiplin yang mendengar kesnya.

 Katanya, lembaga itu perlu terdiri daripada enam orang.

 "Kita minta ROS siasat. Jika jumlah yang hadir tidak cukup, maka mereka secara sengaja melanggar perlembagaan parti," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar milik Umno itu. 

 Beliau juga berkata, keputusan itu perlu dipersetujui oleh dua pertiga anggota majlis pimpinan pusat untuk membolehkannya berkuatkuasa.

 Maklumat itu juga tidak diberitahu pada Khalid, dakwanya yang merumuskan bahawa pemecatan Khalid pada hari Sabtu lalu "cacat" dan tidak mengikut perlembagaan.SUMBER

Bagai tikus membaiki labu

Posted: 15 Aug 2014 05:43 PM PDT

Tan Sri Khalid Ibrahim Cukup Memperalatkan PAS



Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak telah mengharu birukan lagi keadaan dengan komen-komen yang sesetengahnya tidak bertanggung jawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.

 Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah dari membina.

 Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS. Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat. Presiden PAS telah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu telah berlalu.

 Perkembangan lain telah berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam bersekali Tan Sri Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik yang dipegangnya dan amanah atas nama PAkatan rakyat yang ia perolehi dari rakyat Selangor.

 Tan Sri telah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat, ia bukan mewakili PR lagi.

 Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini ?

 Kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.

 Bagaimana seorang ADUN bukan anggota PR boleh terus menjadi MB Pakatan Rakyat? Baca seterusnya  di sini

Tiada ulasan: