Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


ADUN Meru, YB Dr Rani Osman Mahu PAS Terus Bersama PR, Tak Tolak Wan Azizah MB

Posted: 12 Aug 2014 01:04 AM PDT


Saya masih mahu PAS bersama Pakatan Rakyat"

ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman secara peribadi menjelaskan bahawa beliau masih mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Menurutnya, pihak yang menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor bukannya PAS, DAP dan PKR tetapi dilakukan bersama-sama sebagai Pakatan Rakyat.

"Saya secara peribadi tak nak Pakatan Rakyat berpecah," ujarnya sewaktu diserbu oleh media di Lobi SUK.

Dalam pada masa yang sama, Rani turut menjelaskan sehingga 17 Ogos ini, beliau telah diberikan surat arahan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kemelut Menteri Besar di Selangor.

Rani turut menjelaskan bahawa tujuan beliau hadir ke SUK adalah bagi membincangkan mengenai isu sebuah kuil di kawasannya iaitu Meru bukannya untuk berjumpa Khalid Ibrahim.

"Saya hadir ke sini untuk jumpa Pegawai EXCO Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau berkaitan isu kuil di Meru," ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak sependapat dengan beberapa ahli PAS yang tidak bersetuju wanita diangkat menjadi Menteri Besar.

"Saya tidak setuju dengan perkara tersebut. Kalau tak setuju wanita menjadi pemimpin, kenapa kita meletakkkan Dr Halimah Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Insan,"
katanya. -FMT

ULASAN GB

Jika berdasarkan kenyataan di atas dan jika kesemua ADUN PKR dan DAP dicampurkan, PR sudah memperolehi majoriti mudah yang dikehendaki iaitu 29. 13+15+1=29.

Ini bererti TSKI berdusta dengan Sulatn Selangor yang menyatakan beliau memperolehi majoriti ADUN untuk kekal sebagai MB.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Jika Berita Ini Benar.. Khalid Wajar Letak Jawatan...

Posted: 11 Aug 2014 11:01 PM PDT

Majoriti Adun Pakatan Selangor tandatangan surat sokong Wan Azizah jadi MB

Sekurang-kurangnya 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sudah menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyatakan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor.

Semua 15 Adun DAP, 13 PKR dan 4 Adun PAS menandatangani SD tersebut, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap Khalid yang mengatakan memiliki sokongan majoriti selepas menghadap Sultan Selangor semalam.

Sumber daripada DAP dan PAS memberitahu The Malaysian Insider dengan kenyataan bersumpah itu, sangat tidak logik apabila Khalid mengatakan dirinya masih memiliki sokongan.

Terdapat 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pemimpin DAP mengesahkan semua Adun Selangor mereka sudah menandatangani SD pada Ahad tetapi buat masa sekarang tidak merancang menggunakannya secara terbuka untuk mendesak Khalid meletakkan jawatan.

Sementara Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mengesah atau menafikan kewujudan SD tersebut apabila dihubungi The Malaysian Insider.

"Kami akan keluar kenyataan selepas ini dan pemimpin parti perlu dirujuk," kata Saifuddin apabila ditanya mengenai SD tersebut.

Saifuddin berkata, perbincangan perlu dilakukan secara teliti sebelum mengeluarkan sebarang pendirian selepas perkembangan terkini krisis di Selangor.

Adun Kampung Tunku daripada DAP Lau Weng San yang dihubungi The Malaysian Insider berkata mekanisma tersebut ada dibincangkan tetapi perlu menunggu arahan daripada pusat.

Sumber dalaman PAS juga mendedahkan empat Adun mereka sudah menandatangani SD tersebut.

Khalid semalam berkata beliau memberikan penjelasan kepada Majlis Dewan Diraja Selangor dan Sultan Selangor mengenai kedudukannya sebagai menteri besar.

"Saya jelaskan di sebalik pemecatan sebagai ahli PKR saya masih memperoleh kepercayaaan majoriti ahli Dewan," kata Adun Pelabuhan Klang itu dan menambah Sultan berpuas hati dengan penjelasannya dan memberi perkenan agar beliau terus menjadi menteri besar Selangor.

"Sehingga ada perkembangan terbaru, saya akan terus jalankan tugas," katanya.

Khalid dipecat daripada PKR kerana enggan memberikan laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.

PR kini mempunyai 43 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.

PKR kini hanya tinggal 13 kerusi, PAS dan DAP 15 sementara Umno mempunyai 12 kerusi DUN.

Khalid kini merupakan Adun bebas tetapi masih belum diketahui sama ada beliau akan menyertai parti lain dalam tempoh terdekat.

Semalam PKR dan DAP mendesak Khalid membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang DUN tergempar.

Kedua-dua parti PR itu berkata, kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan majoriti Adun Selangor meragukan.

"Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti di DUN itu meragukan," kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Saifuddin dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua. -TMI

Khalid perlu buktikan dapat sokongan majoriti


SHAH ALAM – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menunjukkan bukti bahawa beliau mendapat sokongan majoriti sebelum kekal sebagai Menteri Besar Selangor walaupun telah mendapat perkenan sultan.

Menurut pakar undang-undang dan perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari, Abdul Khalid perlu mendapat sekurang-kurangnya 29 sokongan Adun sebelum merujuk fasal Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. "Betul dari segi undang-undang , bukan saja Undang-undang Tubuh malah dalam Perlembagaan turut dinyatakan. Beliau boleh lantik tidak kurang dari empat tapi tidak lebih 10 (Exco). Maknanya, kalau dah ada empat orang, sudah boleh lah (mentadbir).

"Tapi sebelum itu, kena ada majoriti sokongan Adun iaitu sekurang-kurangnya 29 sokongan dan kedua baru boleh lantik yang empat orang itu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam sidang media khasnya hari ini, Abdul Khalid menyebut bahawa Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan supaya Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), mesti sekurang-kurangnya empat orang ahli ataupun sehingga 10 orang ahli.

"Oleh kerana Pas telah menyatakan sokongan dan telah memberitahu media bahawa keempat-empat ahli Pas akan bersama-sama dalam Exco kerajaan negeri di bawah kepimpinan saya, maka saya boleh meneruskan mesyuarat Exco kerajaan negeri," kata Abdul Khalid.

Namun menurut Aziz Bari, sekiranya PR dapat mengemukakan 29 Adun yang menolak Abdul Khalid, Abdul Khalid perlu berundur dari jawatan menteri besar.

"Sekarang ini terpulang kepada PR untuk buktikan kenyataan Khalid tidak betul atau tidak menyatakan keadaan sebenar.

"Selagi PR berdiam dan tak kata apa-apa atas dakwaan Khalid, beliau akan tetap duduk di situ. Itu boleh dinafikan kalau ada 29 Adun yang kata mereka menolak Khalid," katanya.

Senada dengan beliau, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan turut menyuarakan perkara sama.

"Kedudukan seorang menteri besar berasaskan sokongan majoriti dalam Dun bukan berasaskan kepada sokongan Exco.

"Jika enam ahli Exco menyokong dia sekalipun, saya rasa itu bukan isu. Beliau tidak boleh menggunakan perkara itu untuk mengekalkan jawatannya,"
katanya.

Malah beliau juga mendakwa Abdul Khalid merujuk kepada peruntukan undang-undang yang kurang tepat.

"Saya lihat sidang media tadi, beliau merujuk kepada soal pentadbiran dan politik berbeza. Soal pentadbiran itu boleh diuruskan setiausaha kerajaan negeri. Tak ada menteri besar pun, pentadbiran boleh diuruskan sementara tidak ada menteri besar itu.

"Jadi, saya rasa beliau merujuk kepada peruntukan yang tidak begitu tepat," katanya.

Menurut Jayum, cara bagi mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar adalah mendapatkan kepastian bilangan sokongan majoriti dalam Dun.

Katanya, PR pula perlu mengusulkan undi tidak percaya dalam persidangan Dun bukannya menyerang peribadi Abdul Khalid.

"Saya rasa tidak ada lagi yang boleh PR lakukan untuk mendedahkan sesuatu berkaitan peribadi dan sebagainya. Langkah terakhir adalah mengusulkan undi tidak percaya dalam persidangan Dun. Tuduhan itu dan ini tidak akan membawa kesudahan yang muktamad.

"Atau Khalid boleh memohon kepada sultan agar dibubarkan Dun kerana beliau sudah tidak lagi mendapat kepercayaan ahli dewan. Itu bergantung pada budi bicara sultan sama ada bersetuju dibubarkan atau memohon orang lain yang diberi kepercayaan majoriti untuk dilantik," katanya.

Dalam pada itu, Aziz Bari pula berpendapat, penyataan menolak Abdul Khalid itu tidak perlu dilakukan dalam sidang Dun sebaliknya boleh dilakukan di mana-mana.

"Tapi saya rasa memadai untuk beri isyarat kepada Khalid sekiranya 29 Adun itu pergi mana-mana pentas pun boleh.

"Sebaiknya dalam dewan tapi kalau tak boleh atas sebab apa sekalipun, buatlah surat yang ditandatangani dan edar kepada rakyat. Boleh juga," katanya.

Abdul Khalid memberitahu telah menjelaskan kepada Sultan Selangor bahawa di sebalik pemecatannya sebagai ahli PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti Adun.
-SH










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Isu Khalid: PAS Bersama UMNO Atau Bersama Rakan2 PR?

Posted: 11 Aug 2014 05:15 PM PDT


Ambiga: Siapa sebenarnya sokong kamu Khalid?

Bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga menuntut Tan Sri Khalid Ibrahim menamakan siapa sebenarnya yang menyokongnya sebagai menteri besar, seperti didakwanya.

Dalam reaksi terhadap pengumuman Khalid bahawa sultan Selangor memperkenannya kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat PKR, Ambiga mahukan pihak itu dinyatakan.

"Tan Sri, untuk kepentingan rakyat Selangor, sila namakan pihak dalam dewan (negeri) yang kamu kata sokong kamu," tulisnya di Twitter.

"Walaupun dengan sokongan PAS, ia (dewan) masih tergantung,"
katanya.

Kedudukan kerusi terkini dalam PKR kini seperti berikut: PKR (13), DAP (15), PAS (15), Umno (12) dan bebas (1). -mk


Buktikan ada sokongan, PKR, DAP desak Khalid panggil sidang DUN tergempar

PKR dan DAP hari ini mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar.

Kedua-dua parti Pakatan Rakyat (PR) itu berkata kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan adalah meragukan.

"Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti DUN itu adalah meragukan," kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, hari ini.

Sebaliknya, DAP dan PKR mendesak supaya Khalid membuktikan beliau mempunyai sokongan. "Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperoleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa," kata kenyataan itu lagi.

"Ini termasuklah memanggil sidang DUN untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan beliau mempunyai sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan Umno," katanya.

DAP dan PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baharu.

Ia menjadikan DAP dan PKR memiliki 28 Adun menolak Khalid, cuma PAS belum menyatakan pendirian. PAS memiliki 15 Adun di Selangor.

"PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Khalid dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini," katanya.

Walaupun sudah menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka akan menyokong Khalid tetapi ia masih belum dibuktikan, kata kenyataan itu lagi.

"Umno menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka menyokong Khalid seperti mana yang didakwa beliau.

"Jika 12 Adun Umno tidak menyokong Khalid, maka jelaslah beliau mempersembahkan maklumat palsu kepada Tuanku Sultan Selangor," kata kenyataan itu.

Susulan perkembangan terbaru ini, PKR dan DAP berkata akan meneliti langkah terkini bagi menyelesaikan kemelut di negeri Selangor tersebut.

"PKR dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipilih rakyat dalam pilihan raya umum yang lepas.

"Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan PR terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik."

Khalid dipecat daripada PKR Sabtu lalu selepas usaha mereka mendesaknya berundur gagal.

Khalid hari ini berkata masih menteri besar yang sah di Selangor selepas menyakinkan Sultan Selangor beliau memperoleh sokongan majoriti dalam DUN.

Beliau mengadakan pertemuan dengan baginda di istana dan sejurus kemudian mengadakan sidang media menjelaskan statusnya sebagai menteri besar Selangor.

Khalid juga mencabar mana-mana exco yang tidak menyokongnya agar meletakkan jawatan.
-TMI



Isu MB: Exco PAS S'gor jalan tugas seperti biasa

KUALA LUMPUR: Keempat-empat Exco PAS Kerajaan Selangor akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, demikian tegas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, ini kerana kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa, sebelum menunggu pengumuman terbaru daripada PAS Pusat.

"Kerajaan masih ada, jadi mereka hendaklah menjalankan tugas sebagaimana biasa sehingga ada keputusan baru," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan kesemua Exco PAS selepas Lembaga Disiplin PKR memecat Abdul Khalid kelmarin.

PAS mempunyai empat Exco dalam kerajaan Selangor iaitu, Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Iskandar Samad (Adun Chempaka), Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi (Adun Sabak), Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang) dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus (Adun Sijangkang).

Sementara itu, Mustafa mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang kini melanda Selangor.

Katanya, PAS masih bersama Pakatan Rakyat dan menangani krisis ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
-HD


ULASAN GB

PAS bersama rakan di dalam Pakatan Rakyatkah atau sudah bersama UMNO di dalam isu Khalid Ibrahim?

PAS juga dilihat tidak betul dari segi "masa". Begitu cepat Tuan presiden dan Majlis Syura memberikan sokongan kepada Khalid Ibrahim. Tetapi terhegeh-hegeh untuk memanggil mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos2014 ini setelah dianjakkan dua kali, pertama pada 10 Ogos kemudian kepada 13 Ogos 2014.

Dan lebih memalukan apabila PAS kini tersenarai di dalam kelompok yang menyokong Khalid bersama-sama UMNO bukan bersama-sama rakan-rakan PR sekalipun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali menyatakan: PAS masih bersama Pakatan Rakyat!

Jika PAS bersama PR, Khalid telah berdusta dengan Sultan menyatakan beliau mendapat sokongan majoriti ADUN dan hari ini juga sebenarnya Khalid sudah tersungkur.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT