Jumaat, 22 Ogos 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Tatu Lencana Kelab Bola Sepak pada Dahi, Berani???

Posted: 21 Aug 2014 08:14 PM PDT



Ini Baru Peminat Tegar MU

[Harian Metro] Svishtov (Bulgaria): Seorang peminat yang begitu taksub dengan pasukan bola sepak Inggeris Manchester United (MU) mentatu lencana kelab berkenaan pada dahinya.

Pekerja binaan warga Bulgaria itu yang sebelum ini bernama Zdravkov Levidzhov, 50, juga menukar namanya kepada Manchester United selepas berusaha untuk menyakinkan mahkamah agar membenarkan namanya itu sejak 10 tahun lalu. 

Meskipun tatu lencana kelab bola sepak tidak pernah didengar, tindakan lelaki itu menarik banyak perhatian. 

United memberitahu wartawan, tatu itu melambangkan pengenalan dirinya yang unik.


TATU MU di belakang tubuh seorang lagi peminat kelab itu.

"Orang ramai melihat saya dengan penuh kagum. Ia membuktikan kesetiaan saya kepada United. 


"Sebelum ini saya mahu mentatu lencana itu pada lengan, tetapi ia tidak akan memberi kesan yang sama," katanya. 

Meskipun sudah sekian lama menyokong kelab berkenaan, dia hanya pernah berada di Old Trafford sekali saja, selepas menyimpan wang selama tiga tahun. 

United kini tinggal bersama ibu dan kucing peliharaannya yang dinamakan sempena pemain yang diminatinya, David Beckham, di sebuah flat di Svishtov. 

United bagaimanapun bukan satu-satunya penyokong MU yang mengabadikan kesetiaan mereka dengan mentatu anggota tubuh mereka. 

Tahun lalu, seorang penyokong pasukan itu mempamerkan tatu di belakang badannya yang memberi penghormatan kepada Sir Alex Ferguson, Busby Babes dan jam bagi memperingati kemalangan udara di Munich yang membabitkan pasukan itu. 

Di bawah pula ialah tatu wajah George Best, Ole Gunnar Solskjaer dan Eric Cantona.- Agensi/22/8/14



Remaja Dakwa Kemaluan Diraba

Posted: 21 Aug 2014 06:46 PM PDT


[Borneo Post] SIBU: Seorang remaja perempuan berbangsa Cina mendakwa dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika bersiar-siar di tapak Pesta Kebudayaan Borneo (BCF), baru-baru ini.

Menurut laporan, pengadu yang berumur belasan tahun bersama sepupu lelaki dan seorang rakan perempuan sedang berjalan-jalan di kawasan legar Dataran Bandar Sibu pada jam 10 malam.

Tanpa disedarnya seorang lelaki muncul dari belakang dan meraba kemaluannya.

Terkejut dengan perbuatan tidak bermoral lelaki yangdipercayai berbangsa Cina tersebut, pengadu menjerit tetapi takut untuk berbuat apa-apa.

Bagaimanapun, pengadu serta dua rakannya bertindak mengambil gambar lelaki berkenaan dari belakang.

Namun, tindakan pe-ngadu disedari lelaki tersebut yang berpatah balik untuk mendekati pengadu sekali lagi sebelum merampas dan menghempas telefon bimbitnya.

Lelaki tersebut kemudiannya menuju ke tempat letak motosikal sebelum beredar dari situ.

Pengadu sempat menca-tatkan nombor plat motosikal suspek sebelum pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kes tersebut. -22/8/14

Tiada ulasan: