Jumaat, 22 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


5 jam tunggu, dapat panadol serta ubat luka, kata Mufti Perlis

Posted: 22 Aug 2014 05:13 AM PDT

 
Beliau juga menyarankan agar perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) perlu lebih cekap memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.


images


KUCHING: "Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka," demikian luah Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya selepas beliau pergi mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak ekoran dirompak.

Beliau juga menyarankan agar perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) perlu lebih cekap memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.

Juanda yang dirompak di rumah di Samariang oleh dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, pada 18 Ogos lalu, kira-kira jam 4.30 pagi dilaporkan mengalami kerugian kira-kira RM50,000 termasuk wang tunai serta pelbagai barangan kemas.

Beliau, isteri dan pembantu rumah melalui detik-detik cemas apabila dua lelaki berjaya memecah masuk rumah Juanda selepas mengumpil pintu jeriji besi di bahagian belakang rumah.

Isteri Dr. Juanda dilaporkan cedera di tangan dan muka manakala pembantu rumah mereka mengalami kecederaan di belakang kepala dan mulut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Kongres kali terakhir Anwar sebelum dipenjara, kata Pemuda PKR

Posted: 22 Aug 2014 05:05 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS .


Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin berkata Kongres Tahunan kali ini kemungkinan kongres terakhir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Ogos, 2014.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin berkata Kongres Tahunan kali ini kemungkinan kongres terakhir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim


Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin membayangkan Kongres Tahunan parti itu kali ini kemungkinan kongres terakhir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, memandangkan beliau bakal dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan pada Oktober atas dakwaan meliwat bekas pembantunya.

Shamsul berkata, tindakan berkenaan adalah kezaliman Barisan Nasional (BN) dan Umno yang bakal mencetuskan kebangkitan "Reformasi" seperti pada 1999 ketika ketua pembangkang itu dipenjarakan.

 "Itu adalah resepi kemarahan rakyat, bagaimana reformasi bermula, rakyat marah," katanya dalam ucapannya sempena Kongres Tahunan Ke-10 Pemuda PKR di Shah Alam hari ini.

"Tindakan zalim seperti ini, BN akan menghadapi tindakan sukar, protes besar-besaran akan kita gerakkan," katanya, menambah tindakan menghukum Anwar itu bercanggah dengan "citarasa politik" masa kini.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, beliau bukan bertujuan menekan Mahkamah Persekutuan, sebaliknya hanya meminta sistem penghakiman meneliti dokumen perbicaraan dengan teliti sebelum menjatuhkan hukuman.

"Bukan kita mahu beri tekanan kepada Mahkamah Persekutuan, tetapi mereka perlu teliti dengan lengkap dokumen Mahkamah Tinggi," katanya.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Siapa yang mulakan krisis Selangor?

Posted: 22 Aug 2014 04:30 AM PDT




Oleh Nathaniel Tan


Saya mempunyai satu soalan yang mudah. Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng masih memuji Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, adakah anda fikir orang ramai akan mempunyai keraguan tentang integriti menteri besar ini?

Soalan ini membuatkan saya berfikir tentang sama ada kita membentuk pendapat kita secara bebas, atau sama ada kita membentuknya dengan tujuan mewajarkan kedudukan bos, wira atau orang yang kita kebetulan gemari.

Tidak dinafikan ada yang akan rasa saya jatuh ke dalam kategori kedua, dan itu adalah nyata hak mereka.

Bagaimanapun perasaan saya adalah Pakatan Rakyat menyedari adanya kerosakan yang serius berikutan krisis Selangor, dan mengambil jalan yang lebih mudah dengan memesongkan sasaran ke arah seorang yang menjadi sasaran kempen memburuk-burukkan besar-besaran – mungkin juga kerana beliau bukan jenis yang melawan.

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming adalah seorang kenalan lama dan seorang yang bijaksana. Pada hari Isnin, beliau menulis sebuah artikel dalam The Star yang bertanyakan kepada Khalid: Adakah ianya berbaloi?

Saya rasa adalah berbaloi buat Khalid untuk berpegang kepada prinsip-prinsip beliau. Kita akan meneroka sebabnya di dalam rencana ini.

Perenggan ketiga rencana Ong menanyakan beberapa soalan marah, pada dasarnya membayangkan bahawa Khalid merupakan punca keseluruhan krisis ini. Kesimpulan soalan-soalan ini: Berbaloikah untuk hampir memecahbelahkan Pakatan?

Saya dapati ini sedikit lucu, memandangkan saya pada dasarnya bertanya soalan yang sama terhadap Anwar. Dalam penilaian saya yang tidak seberapa, Anwar yang sanggup mengorbankan Pakatan untuk menjadikan isterinya Menteri Besar Selangor.

Sama ada Anwar berhak atau tidak untuk meneruskan jalan ini, saya kira bergantung kepada sama ada anda berfikir yang Khalid adalah korup ataupun tidak.

Seperti yang saya telah tulis sebelum ini panjang lebar, terdapat dua kemungkinan. Sama ada Anwar mencipta kempen untuk menjatuhkan Khalid kerana kontroversi berkaitan Khalid, atau Anwar mencipta kontroversi berkenaan Khalid kerana beliau mahu menjatuhkan Khalid, dan menggantikannya dengan Menteri Besar yang lebih menurut perintah.

Ong menunjuk kepada dua kes secara khususnya: perjanjian air, dan kes Bank Islam. Saya telah menulis mengenai kes-kes ini dan banyak lagi, dan cuba yang terbaik untuk tidak menjadi radio buruk, tetapi bagi menghormati artikelnya, saya akan merumuskan beberapa perkara.

Khalid percaya bahawa ada nilai yang adil untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor. Anwar dan Rafizi Ramli seolah-olah bersimpati dengan penyokong lama mereka, Wan Azmi Wan Hamzah dan pandangannya bahawa syarikat konsesi air beliau, SPLASH memiliki nilai 10 kali ganda lebih tinggi dari apa yang Khalid percaya.

Saya telah berkata bahawa jika Anwar boleh berjanji bahawa MB baru Selangor tidak akan membayar lebih dari RM250 juta untuk membeli SPLASH, ini akan membuktikan bahawa motivasi mereka untuk menggantikan Khalid adalah optimis.

Sudah tentu, baik Anwar mahupun mana-mana penyokong beliau tidak dapat berjanji sebegini, atau menjawab apa-apa soalan sekitar isu ini. Semua orang dengan sengaja tidak menghiraukannya

Saya percaya Khalid merasa bertanggungjawab kepada rakyat Selangor. Kewajipan itu termasuk menghalang kroni dari menjarah wang negeri. Untuk menetapkan harga pembelian yang adil bagi syarikat konsesi air, Khalid menandatangani perjanjian dengan kerajaan persekutuan.

Jika sesiapa sahaja boleh membuktikan secara meyakinkan bahawa Khalid telah mendapat faedah peribadi yang tidak beretika daripada perjanjian ini, saya akan menjadi orang pertama yang berhenti menyokong Khalid.

Strategi mereka menuduh Khalid rasuah adalah serupa dengan seseorang menuduh saya dengan berkata: "Awak telah berlaku curang kepada teman wanita anda! Kini buktikan bahawa anda tidak melakukannya!"

Bagaimana saya boleh buktikan bahawa saya tidak curang? Bukankah penuduh yang bertanggungjawab untuk membuktikan tuduhan ini? Adakah saya perlu menyediakan butiran mengenai setiap pergerakan harian dalam hidup saya, untuk membuktikan yang dakwaan tersebut tidak benar?

Prinsip yang sama terpakai dalam kes Bank Islam. Pengkritik Khalid mengabaikan keperluan untuk mengemukakan bukti kukuh, dan bergantung kepada tanggapan bahawa jika anda memalit lumpur dengan mencukupi, sesetengah orang akan percaya bahawa sebahagian daripadanya akan melekat.
Ong menulis bahawa beliau merasakan sebegini dan perjanjian air merupakan sebab yang cukup untuk mempersoalkan kesetiaan TSKI.

Sudah tentu kita semua bebas untuk mempersoalkan kesetiaan satu sama lain. Bagaimanapun perhatikan, perbezaan antara mempersoalkan kesetiaan dan merelakan sikap tidak acuh PKR terhadap prinsip keadilan asasi, dan tindakan mereka menjadi hakim, juri dan algojo.

Sebab-sebab untuk memecat Khalid kerap berubah-ubah, dan sering kali tidak masuk akal. Hakikat bahawa penyelesaian Bank Islam hanya dimuktamadkan pada bulan Julai 2014, bukannya Feb 2014 tidak membantu kes Ong atau meningkatkan keyakinan terhadap pembacaannya terhadap dokumen-dokumen undang-undang itu.

Bagaimanapun kita semua menyedari bahawa Serampang Kajang dilancarkan pada Januari 2014, dan sebelum pemuktamadan perjanjian air atau penyelesaian kes Bank Islam.

Jadi sekali lagi, adakah Anwar membuat promosi untuk menjatuhkan Khalid kerana kontroversi berkaitan Khalid, atau adakah Anwar dan gengnya mencipta kontroversi terhadap Khalid kerana beliau mahu menjatuhkan Khalid?

Kisah ini nampaknya akan berakhir, dan peranan Khalid dalam apa yang akan berlaku semakin kecil. Saya dahulunya dengan naif berharap Pakatan akan memberi tumpuan kepada masa depan dan masalah dalaman mereka sendiri, tetapi ia seolah-olah lebih mudah bagi mereka menjadikan Khalid kambing hitam untuk semua krisis mereka.

Masa akan menentukan siapa yang betul. Selepas penggal beliau sebagai MB berakhir, kita akan mempunyai banyak masa untuk membuat penilaian penuh kerja Khalid, yang baik dan yang buruk.

Dalam pada itu, sehingga tuduhan terhadap beliau dapat menjadi lebih daripada percubaan lemah memanipulasi keterangan mengikut keadaan, Serampang Kajang mungkin tiada kaitan dengan Khalid, dan segala-galanya dilakukan untuk membuat dana Selangor mengalir dengan lebih bebas.

Adakah berbaloi bagi Khalid untuk mengambil pendirian beliau itu? Saya hanya boleh menjawab untuk diri sendiri, dan jawapan saya adalah ya. Ia adalah berbaloi kerana satu hari nanti, Malaysia akan dapat menunjukkan sekurang-kurangnya seorang lelaki dan berkata: ada seorang negarawan yang melakukan tindakan yang benar, dan bukannya apa yang mudah.

NATHANIEL TAN gembira kerana sudah melihat cahaya di penghujung jalan. Beliau menulis tweet di @NatAsasi.

Rakyat Masih Keliru Dengan Kemelut Politik Di Selangor

Posted: 22 Aug 2014 04:18 AM PDT



Oleh Abu Hassan Adam


Rakyat Selangor khususnya menunggu dengan penuh debaran tentang keputusan yang akan dibuat oleh DYMM Sultan Selangor mengenai Menteri Besar Selangor. Sebenarnya jika diteliti prinsip pemerintahan Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini tidak akan timbul sebarang kekecuhan walau sedikit pun. DYMN Sultan Selangor hanya perlu mengesahkan sahaja pelantikan Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat yang menjadi parti pemerintah di negeri Selangor. 

Yang menjadi rakyat Selangor agak keliru ialah tentang keengganan dan penangguhan peletakan jawatan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Dan ada pula pasukan NGO yang akan 'berjuang' dan mempertahankan kedudukan TS Khalid sebagai Menteri Besar. Ini yang menyebabkan ramai rakyat Selangor ( yang kurang arif tentang selok belok pemerintahan negeri) keliru. Dan yang paling keliru tentulah golongan yang mempertahankan TS Khalid itu. Atas dasar apakah maka TS Khalid perlu kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Apakah golongan ini tidak terfikir bahawa sekiranyalah (sekiranya) tuntutan mereka itu dipenuhi dan TS khalid kekal sebagai Menteri Besar, maka segala tindakan mereka itu akan menjadi rujukan kepada peristiwa politik akan datang. Dan pemerintahan negara dan negeri akan menjadi kelamkabut.

Dan yang paling malang sekali ialah perlembagaan dan peraturan negara dan negeri seolah-olah sudah tidak berguna lagi. Dan seolah-olah kita akan kembali kepada keadaan pemerintahan negeri ketika James Birch mula-mula datang ke negeri Perak pada awal tahun 1870an dulu.

Ada pula 'teori' baru yang dikemukakan oleh sebuah akhbar harian yang meramalkan kemungkinan ADUN dari PAS akan dilantik menjadi MB. Tambah mengelirukan lagi. Sepatutnya akhbar ini telah 'faham' bahawa seseorang yang hendak dilantik sebagai MB oleh DYMM Sultan perlu mendapat sokongang majoriti ADUN. Dan dalam hal ini Dr. Wan Azizah telah pun mendapat sokongan 30 ADUN dan tentulah Dr Wan Azizah mempunyai kedudukan yang kuat sebagai MB Selangor. Dan nama Dr Wan Aziah dicadangkan oleh ketiga-tiga pari yang menganggotai Pakatan Rakyat termasuk PAS. Dan mengikut prinsip pemerintahan Raja Berperlembagaan, hanya calon yang dipersetujui rakyat sahaja yang boleh menjadi menteri besar di sesebuah negeri. Berdasarkan kepada keadaan itu tentulah timbul kekeliruan lagi.

Disamping berbagai kekusustan politik yang dihadapi dan cuba diselesaikan di Selangor muncul pula satu lagi bentuk kesusutan yang dicetuskan oleh Saudara Ridhuan Tee Abdullah yang menganggap bahawa negeri selangor akan menjadi negeri 'Selangor Darul Babi' sekiranya TS Khalid Ibrahim tidak lagi menjadi Menteri Besar Selangor. dan sekiranya pandangan Saudara Ridhuan Tee ini dipandang secara serious oleh DYMM maka telah meletakkan DYMM Sultan betul-betul dalam dilemma. Apa tidaknya.

DYMM Sultan Selangor betul-betul berada di persimpangan. Mengikut prinsip pemerintahan Raja Berperlembagaan maka TS Khalid Ibrahim mesti meletakkan jawatannya dan DYMM Sultan melantik Menteri Besar baru yang mendapat persetujuan rakyat. Dan sekiranya TS Khalid digugurkan maka Selangor akan menjadi "Selangor Darul babi' mengikut pandangan Saudara Ridhuan Tee Abdullah. Dan kenyataan beliau itu tentunya bukan sahaja menyentuh sensitiviti baginda Sultan tetapi rakyat Selangor umumnya ( Islam dan bukan Islam)

Persoalannya ialah mengapakah Saudara Ridhuan Tee mahu mengaitkan isu politik di Selangor dengan isu sensitif yang berkaitan dengan agama. Dan apakah hasrat sebenarnya beliau mengutarakan pandangan sedemikian rupa yang boleh menimbulkan kekeruhan dan kekusutan antara kaum bukan sahaja di Selangor tetapi juga diseluruh Malaysia.

Aku petik kenyataan Saudara Ridhuan Tee (Malaysiakini 18 August 2014), "I am worried, if this project is approved, Selangor will be known as 'darul babi'. Too many pig farms in Selangor, and this has caused discomfort among the people, especially the Muslims,"

Memanglah akan menimbulkan perasaan tidak selesa dikalangan rakyat yang beragama Islam sekiranya keadaan ladang babi tidak terkawal. Tetapi yang aku persoalkan ialah seolah-olah pentadbiran yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat nanti akan mempopularkan kandang babi, budaya kuning yang tidak senonoh dan lain-lain. Seolah-olah bagi Saudara Ridhuan Tee apa yang akan dilaksanakan oleh pemerintahan Pakatan Rakyat tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
Sekiranya 'ladang babi' menjadi ukuran baik buruk sebuah pentadbiran kerajaan negeri, maka apakah beliau tidak sedar tentang wujudnya jumlah ladang babi yang terbesar disebuah negeri yang ditadbirkan oleh Barisan Nasional dan yang telah menimbulkan kontroversi yang bukan kecil pada suatu ketika dulu.

Beliau juga mengsyorkan agar memberhentikan amalan yang suka menyalahkan orang lain. katannya,' "Is Umno so bad? Stop the blaming culture. If Umno does good, praise. If Umno does bad, please reprimand. But the real enemy is not Umno, but the ultra kiasu,".

Kalau begitu caranya beliau berhujah mengapa pula dalam kenyataannya dipenuhi dengan kata-kata yang menuduh,'mencerca' dan lain. Apakah tidak ada bahasa yang sesuai untuk menggantikan perkataan, " Darul Babi' untuk negeri Selangor? . Apakah kerajaan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional begitu sempurna pentadbirannya sehingga terkawal ladang babinya. Saudara Ridhuan Tee eloklah berpandangan kiri-kanan sebelum memperkatakan sesuatu yang buruk mengenai orang lain. Biarlah pandangan yang kita utarakan itu 'balanced' supaya kita dilihat sebagai benar-benar seorang intelek dan tidak sebaga 'Profesor kangkung'.

Peribahasa Melayu juga ada mengatakan bahawa, ' berkata dulang paku serpih…………….."
abuhassanadam

MH17: Lebih 1,000 orang tunai solat jenazah untuk Ahmad Hakimi dan Nur Shanaza

Posted: 22 Aug 2014 04:11 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
 
SHAH ALAM: Lebih 1,000 orang menunaikan solat jenazah bagi dua anak kapal MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi serta Allahyarhamah Nur Shazana Mohamed Salleh di Masjid Putra di sini, sebentar tadi.
 
Solat jenazah berkenaan diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Zulkifli Al Bakri.
 
MH17: Jenazah Nur Shazana selamat dikebumi di Putrajaya.
 
Jenazah pembantu juruterbang MH17, Ahmad Hakimi Hanapi pula selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Persint 20 kira-kira 3:00 petang tadi selepas solat Jumaat.
 
Manakala Noor Rahimmah penumpang dari Ipoh selamat dikebumikan di Kampung Masjid Lama Tambun Ipoh jam 3:10 petang. 
  
Majlis turut dihadiri keluarga dan Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
 
Jenazah sebelum itu disembahyangkan sebanyak tiga kali bermula di kediaman keluarganyanya di Kampung Melayu Rizab, sebelum dibawa ke Masjid Al Amin Tambun dan disembahyang sekali lagi oleh jemaah Solat Jumaat dan yang terakhir disembahyangkan di Masjid Lama Tambun sebelum majlis pengebumian bermula jam 2.30 petang.
 
Empat jenazah mangsa nahas tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 lagi selamat tiba di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi sekitar jam 12.50 tengah hari.
 
Empat jenazah berkenaan ialah Foo Ming Lee, Ng Qing Zheng dan pasangan suami isteri, Paul Rajasingam Sivagnanam dan Mabel Anthony Samy.
 
Ketibaan kesemua jenazah diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J Loga Bala Mohan.
 
Pihak Nirvana memaklumkan bahawa mendiang Foo akan melalui upacara keagamaan selama dua hari bermula hari ini di pusat peringatan berkenaan sebelum upacara pembakaran mayat dilaksanakan di Taman Peringatan Nirvana Shah Alam pada Ahad.
 
Sementara itu, mendiang Ng akan disimpan semalaman di pusat peringatan berkenaan sebelum dihantar ke kediamannya di Kota Kemuning, esok.
 
Jenazah dua daripada enam beranak yang maut dalam nahas MH17, Allahyarhamah Ariza Ghazalee, 46 dan anak sulungnya, Allahyarham Muhamad Afif, 19, selamat tiba di perkarangan Masjid Jamek, di sini, tepat jam 3.22 petang tadi.
 
Selain Ariza dan Muhamad Afif, turut terkorban suami Ariza, Tambi Jiee, 48, dan tiga anaknya yang lain iaitu Muhamad Afzal Tambi, 17, Marsha Azmeena Tambi, 15, dan Muhamad Afruz Tambi, 13.
 
Kira-kira 1,000 jemaah terdiri daripada ahli keluarga mangsa, sahabat handai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menanti kedatangan kedua-dua jenazah selepas berakhir Solat Jumaat, lebih dua jam lalu.
 
Turut kelihatan Yang diPertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan barisan Kabinet negeri termasuk Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
 
Jenazah kedua-duanya akan disembahyang dengan diketuai Imam Besar Masjid Jamek, Datuk Joji Suhaili dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, di sini, difahamkan sejurus selesai Solat Asar dalam satu liang lahad.
 
Jenazah pramugari pesawat MH17, Dora Shahila Kassim kemudiannya  selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara pada kira-kira jam 3.30 petang tadi.
 
Talkin dan bacaan doa disempurnakan Iman Masjid At-Taqwa, Muhd Ghazali Mohamed Nor.
 
Lebih 500 orang ramai terdiri daripada ahli keluarga, kenalan dan wakil Malaysia Airlines (MAS) termasuk penyanyi, Datuk Mohd Shukru Sahabuddin atau Hattan turut hadir pada upacara pengebumian berkenaan.
 
Di Segamat pula jenazah Hasni Hardi Parlan, 32, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Lapan Kampung Batu Paya Luas, Batu Anam, dekat sini, kira-kira jam 3.30 tadi.
 
Jenazah anak kapal MH17, Allahyarham Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 38, dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kl-Karak, Taman Batu Batu jam 3:10 petang tadi.
 
Untuk rekod, pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang jam 9.54 pagi ini.
 
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam jam 9.40 malam tadi untuk penerbangan selama 12 jam ke Kuala Lumpur, membawa kumpulan pertama jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam kendi berisi abu mayat.

Walau Khalid menteri besar terbaik...

Posted: 22 Aug 2014 04:09 AM PDT


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
 
 
 
SHAH ALAM - Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang menteri besar yang terbaik, namun sekiranya parti mahukannya turun, beliau perlu menghormati keputusan itu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan Abdul Khalid yang tetap berdegil meskipun telah ditolak.

"Kita turun padang dan jelaskan kepada rakyat untuk jelaskan kenapa (penolakan Abdul Khalid).

"Akhirnya, orang yang sokong Abdul Khalid pun faham bahawa dalam parti politik, walaupun anda 'the best man, the best MB' tapi apabila parti mahu anda turun atau meletakkan jawatan, anda patut hormat," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR, hari ini.

Katanya, Abdul Khalid sepatutnya faham keputusan parti itu dan meletakkan jawatan dengan aman.

"Secara peribadi, kebanyakan daripada kami kecewa dengan apa yang dia (Abdul Khalid) buat selepas apa yang kita telah beri...jawatan MB, peluang untuk apa yang dia telah lakukan sebagai MB untuk parti.

"Dia sepatutnya faham dalam parti politik, apabila parti menunjukkan orang lain, dia sepatutnya meletakkan jawatannya dengan aman. Itu yang kita harap dia buat. Kami sedih hingga terpaksa melalui sampai ke tahap ini dan melakukan semua ini," katanya.

Sementara itu, beliau menolak untuk mengulas soal pilihan raya negeri (PRN) kerana Abdul Khalid tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan Dun.

"Kita tak mahu buat spekulasi. Kita jauh daripada itu (PRN). Kerana kalau ikut Perlembagaan, tak mungkin dia boleh bubar Dun sebab kami majoriti.

"Sebenarnya dia telah ditolak daripada menjadi MB cuma proses peletakan jawatan itu belum lagi," katanya.

Liow: 3 lagi jenazah mungkin dibawa pulang Ahad ini

Posted: 22 Aug 2014 04:05 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Tiga lagi jenazah warganegara Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 mungkin dibawa pulang ke tanah air Ahad ini.
  
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata setakat ini hanya dua jenazah telah mendapat pelepasan pulang manakala satu lagi masih menunggu pengesahan pihak berkuasa Belanda.
  
"Ketika ini disahkan dua mayat, satu Islam dan satu lagu bukan Islam. Diharapkan tiga mayat itu akan tiba pagi Ahad ini, tetapi akan disahkan esok.
  
"Jenazah satu lagi masih kena diselesaikan pendokumentasi dan harap dipercepatkan supaya boleh dibawa balik Ahad ini," katanya dalam sidang media di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi hari ini.
  
Turut hadir dalam sidang media itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J Loga Bala Mohan.

Liow berkata senarai nama penumpang dan maklumat lanjut berhubung penghantaran pulang jenazah tersebut akan diumumkan kepada media esok.
  
Beliau berkata kerajaan tidak pernah melewat-lewatkan urusan membawa pulang jenazah mangsa nahas MH17 namun proses pelepasan perlu melalui pelbagai peringkat dan mengambil masa.
  
Liow berkata ini kerana pelbagai ujian padanan, DNA dan bedah siasat perlu dilakukan sebelum mayat mangsa diserahkan bagi tujuan pengurusan jenazah serta proses penghantaran pulang ke tanah air.
  
Selepas sidang media itu, Liow turut meluangkan masa memberikan penghormatan terakhir kepada empat jenazah bukan Islam mangsa nahas MH17 yang melalui upacara keagamaan di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi.

Empat jenazah itu ialah Foo Ming Lee, Ng Qing Zheng dan pasangan suami isteri Mabel Anthony Samy dan Paul Rajasingam Sivagnanam.- Bernama

Gangguan bekalan air di WP dan Gombak

Posted: 22 Aug 2014 04:03 AM PDT

MALAYSIAKINI



Sejumlah 36 kawasan di Wilayah Persekutuan dan 101 kawasan di Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara  mulai jam 8 pagi 2 September hingga jam 6 pagi keesokannya.

Gangguan bekalan air itu disebabkan oleh kerja-kerja menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di Rumah Pam Wangsa Maju oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), kata Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred.

Kawasan yang terbabit di Wilayah Kuala Lumpur ialah Flat DBKL Dato' Keramat; Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney; Kementah; PULAPOL; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Jalan U-Thant dan Jalan Ampang Hilir; Taman Panda Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan; Permaisuri; Sebahagian Taman Maluri; Taman Cheras Utama; Taman Pandan Perdana; Taman Kencana; Taman Pandan Indah; Taman Maju Jaya; Taman Cheras Indah; Taman Pandan Komersial; Kawasan Jalan Pandan Utama dan Kawasan Jalan Pandan Mewah.

Kawasan terbabit di Gombak pula ialah MINDEF; Desa Hussein Onn; Taman Setiawangsa; Taman Puncak Setiawangsa; Taman Bukit Setiawangsa; Keramat AU1 hingga AU5; Kampung Datuk Keramat; Taman Keramat (Jalan Enggang); Jalan Jelatek; Wangsa Melawati; Taman Permata; Desa Setapak; Taman Sri Rampai; Kampung Kemensah; Taman Dagang Permai; Setapak Jaya; Taman Bukit Mas; Taman Hillview; Taman Sri Ukay; Dataran Ukay; Ukay Heights; Taman Hijau; Taman Dato' Ahmad Razali; Taman Ampang Utama; Kampung Baru Ampang; Kampung Melayu Ampang; Taman Cahaya Indah; Taman Kelab Ukay; Bukit Mulia; Bukit Mewah; Pinggiran Ukay; Bukit Jubina; Villa Sri Ukay; Ukay Perdana; Ukay Bistari; Kampung Sungai Sering; Wangsa Ukay; Taman Zooview; Kampung Pasir Hulu Kelang; Taman Tun Abdul Razak; Taman Kosas; Taman Rasmi Jaya; Taman Uda Jaya; Taman Ampang Indah; Kampung Dato' Mufti; Taman Perwira Dua Ampang Jaya; Kemensah Heights; Kemensah Indah; Pesona Villa; Kampung Tasek Permai; Kampung Ampang Indah; Kampung Ampang Campuran; Kampung Tasek Tambahan; Taman Sri Raya; Bandar Baru Ampang; Ampang Avenue; Taman Pandan Ria (Mesra Ria, Villa); Ampang Mewah; Ampang Jaya; Baverly Heights; Bukit Antarabangsa; Bukit Utama; Bukit Jaya; Taman puncak Utama; Bukit Indah; Kuala Ampang; Taman Sering Ukay; Taman Andaman Ukay; Taman Bukit Kemensah; Taman Sri Bayu; Kampung Pinggir Tiga; Kampung Tengah Lembah Jaya; Taman Fairuza; Taman Ampang Prima; Taman Grandview Ampang Jaya; Wangsa Maju; Villa Wangsa Mas; Bukit Wangsa Mas; Megan Setapak; Taman Permai Jaya Ampang; Taman Tasek Tambahan; Ampang Waterfront; Bukit Ampang Permai; Desa Lembah Permai; Taman Dagang Jaya/Halaman Indah; Taman Sri Watan; Taman Sri Ampang; Taman Halaman; Taman Kesuma; Taman Ampang Saujana; Lembah Jaya Utara; Lembah Jaya Selatan; Kampung Muhibbah; Taman Bukit Ampang; Taman Sri Ampang; Danau Kota (Kawasan A); Wangsa  Delima; Jalan Usahawan; Taman Wangsa Jaya; Taman Andaman Wangsa Maju dan Rampai Niaga Business Park.

Dalam satu kenyataan hari ini,  Priscilla berkata, para pengguna dinasihatkan agar membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara ini.

Mereka, katanya, dinasihat menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

"Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini dapat bersabar dan memahami kesulitan yang di alami," tambahnya.

Para pengguna juga disarankan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan 'facebook' dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.
 

PAS, terhempas sebelum berlepas

Posted: 22 Aug 2014 12:54 AM PDT

Apakah yang akan dihasilkan jika masing-masing bercakap untuk menyejukkan pimpinan dan menyorokkan perasaan sebenar yang ada di dalam benak masing-masing? Kedua-dua pihak mempunyai nilai dan budaya yang sama, untuk memberikan 'amusements' terhadap pimpinan puak masing-masing.

Setelah Dr Mahathir membuat gerakan untuk meminta Najib dipersoalkan semua tindakan dan kelemahan beliau, maka ramai di antara menteri-menteri lantikan beliau (Najib) memberikan kenyataan dan memberikan berbagai-bagai alasan kenapa mereka mempertahankan Najib itu. Dan semuanya mengakui yang Dr Mahathir mempunyai niat yang baik untuk memberikan teguran itu.

Di sebelah pembangkang pula kenyataan ini boleh kita fahami dengan berlakunya kekecuhan di Selangor yang berkait dengan isu mengganti Menteri Besar dengan Wan Azizah. PAS yang begiru hebat dipandang rakyat, telah menjadi parti yang dipersoalkan ramai tentang kewibawaannya setelah berpusing 'U' selepas mesyuarat khas parti itu pada 17hb Ogos yang lalu.

Akhirnya PAS seolah-olah menjadi seperti 'pussy' yang rupa-rupanya boleh diurut tengkoknya dan terlentuk-lentuk dalam keputusan mereka. Parti itu menjadi parti yang sangat manja dengan rakan kongsinya di atas nama persatuan dan kesatuan, saling 'asih mengasih' diantara satu dengan lain diantara mereka yang menjadi ahli kepada kumpulan alternatif kepada kerajaan pimpinan BN sekarang ini.

Ternyata apa yang dirasai oleh ahli-ahli PAS dan orang ramai yang merasakan dekat dengan perjuangan PAS selama ini merasakan PAS begitu lentuk dan tidak boleh diyakini membuat keputusan yang tegas dalam masa yang terdesak. Akhirnya dalam isu Menteri Besar Selangor sekarang ini, Khalid bukannya yang kalah, tetapi yang mendapat kekalahan teruk ialah parti PAS.

Justeru itu, kita menyedari sekarang yang PAS secara tidak disedari oleh parti itu sendiri, pimpinan mereka bukan lagi bertuankan kepada pucuk pimpinan PAS, disebaliknya ramai diantara pemimpin PAS rupa-rupanya lebih memberikan 'allegiance'  Anwar dan betul lah tuduhan setengah pihak yang PAS dipenuhi dengan apa yang dikatakan sebagai 'Anwaris' di dalamnya.

Itulah sebabnya selalu blog ini menyatakan yang jangan sekali-kali kita mengambil dengan cepat apa yang dilihat sebagai cantik dan molek, kerana mungkin ada kecelakaan di sebaliknya. Begitu juga jangan kita mencampakkannya dengan cepat apa yang kita lihat buruk dan berduri, kerana di sebaliknya mungkin mempunyai hikmah yang besar.

Maka ramai yang mempersoalkan samada mereka di dalam PAS itu yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan mereka itu, benar-benar terlandas di atas agama suci kita ini? ATAU mereka hanya sekadar 'worshippers of God' dan bukannya 'servants of God'?

Jika mereka hanya setakat menjadi 'worshippers' maka PAS bukanlah ada perbezaannya dengan parti-parti lain dalam negara ini, dan mereka hanya bermain politik dan menggunakan nama Islam untuk kepentingan mereka. Dalam isu di Selangor sangat jelas kelihatan yang PAS juga bermain politik yang mengikut resmi air, 'dimana lekuk di situ berhenti'. Terkepit sedikit terus tidak dapat hendak 'menguet'.

Rupa-rupanya terlalu ramai didalam barisan pimpinan parti itu adalah pada hakikatnya ahli-ahli kepada PKR yang terlalu rakus untuk jawatan MB di Selangor sambil sanggup menghina pemimpin yang baru sahaja dipuji ramai itu. Sekarang segala usaha ditumpukan untuk mencari kesalahan seperti orang mencari 'kutu dalam rambut'.

Sekarang PAS yang mengakui sebagai parti Islam itu perlu melakukan usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang mereka bukan setakat 'worshippers of God' tetapi sesungguhnya mereka adalah 'the servants of God' dan melaksanakan Islam itu sebagai cara hidup atau yang disebut sebagai 'addin' itu.

Sesungguhnya menjinjing nama Islam itu adalah satu kerja yang amat berat kerana kesucian agama dan perjuangannya. Islam itu maha suci dan sememangnya jalan ke arah syurga itu penuh dengan duri dan onak, sedangkan menempuh jalan ke neraka itu adalah penuh dengan roti dan keju yang enak-enak.

Sesungguhnya PAS perlu 'restart and redefine' perjuangan mereka semula. Setakat ini perjuangan mereka telah 'terhempas sebelum berlepas'.

Senarai baharu pimpinan KEADILAN 2014-2017

Posted: 22 Aug 2014 12:46 AM PDT

pemilihan keadilan 2014


PETALING JAYA: KEADILAN hari ini mengumumkan senarai baharu Majlis Pimpinan Pusat bagi penggal 2014-2017.

Keputusan Pemilihan 2014 itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul pada sidang medianya di ibu pejabat parti pagi ini.

Berikut adalah senarai tersebut:

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden: Mohamed Azmin Ali

Naib Presiden:
1. Nurul Izzah Anwar
2. Tian Chua
3. Shamsul Iskandar
4. Rafizi Ramli

Majlis Pimpinan Pusat (MPP):
1. Latheefa Koya
2. Hee Loy Sian
3. Christina Liew
4. Fariz Musa
5. Elizabeth Wong
6. Ali Biju
7. Yaakob Sapari
8. Shuhaimi Shafie
9. S Manikavasagam
10. Azmizam Zamanhuri
11. Siti Aishah Shaik Ismail
12. Yunus Jamhari
13. Leong Jee Keen
14. Zakaria Hamid
15. Roland Chia
16. Khalid Jaafar
17. G Manivanan
18. M Ravi
19. Abdullah Sani
20. Gooi Hsiao Leung

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK): Nik Nazmi Nik Ahmad

Timbalan Ketua AMK: Dr Afif Bahardin

Naib Ketua AMK: 
1. Raymond Ahuar
2. Radzlan Jalal
3. J Sangetha

Ketua Wanita: Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita: Haniza Talha

Naib Ketua Wanita:
1. Dr Daroyah Alwi
2. G Sivamalar
3. Norsham Abu Samah

Khairy tak mahu terlibat Dr M kritik Najib

Posted: 22 Aug 2014 12:40 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menolak untuk memberi komen mengenai kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan kerana beliau sebelum ini merupakan "musuh nombor satu" Mahathir dan tidak mahu menimbulkan sebarang salah faham.

"Saya buat pendirian tak nak komen sebab saya tak nak berlaku salah faham.

"Daripada dulu lagi saya adalah 'public enemy' nombor satu Dr.
Mahathir," kata Khairy dalam sesi soal jawab Sukarelawan Muda BN di Empire Damansara semalam.

Khairy berkata, beliau tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dan menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetahui sokongan beliau dan pemuda Umno.

Bagaimanapun Khairy berkata kerajaan perlu menilai dan menjawab kembali kritikan terhadap dasar mereka dari Mahathir yang berpengalaman sebagai perdana menteri selama 23 tahun.

Justeru, katanya, kerajaan perlu melihat sama ada teguran itu perlu diikut sebagai penambahbaikan atau perlu dipertahankan.

"Apapun perbezaan antara saya dan dia (Tun Mahathir), dia perdana menteri selama 23 tahun, jadi dia mesti ada pandangan sendiri. Bila dia cakap, kita dengar dan kita terima kritikan.

"Kita berterima kasih kepada beliau (Mahathir) atas kritikannya, tetapi kita tak boleh hanya berterima kasih dan membisu. Ada keperluan menilai isu yang dikritik," tegas Khairy.

Mahathir dilaporkan pada 18 Ogos lalu menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan "dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan" berbanding pendahulunya itu.

Menjawab kritikan

Khairy memberi beberapa contoh kritikan Mahathir yang boleh dijawab kerajaan Najib seperti pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) dan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam isu BR1M Khairy berkata pemberian bantuan itu lebih baik dan menjimatkan bagi menggantikan subsidi secara pukal yang terlalu membebankan negara.

Sementara itu dalam isu ISA pula, beliau secara peribadi mempertahankan tindakan memansuhkan akta yang dianggap sudah lapuk itu.

"Dalam ISA, walaupun turut disokong beberapa akar umbi, ia salah satu undang-undang lapuk.

"Ini pembaharuan kita perlu pertahankan. Apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir pada zamannya, ia OK, tetapi kita kena jawab untuk zaman kita," kata beliau.

Azmin mahu Pakatan rampas DUN Pengkalan Kubor

Posted: 22 Aug 2014 12:22 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic



SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu merampas kembali kerusi DUN Pengkalan Kubor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.
"Saya percaya rekod dan prestasi kerajaan Pakatan Kelantan, kita boleh ambil semula kerusi tersebut.
"Saya tak nampak halangan besar untuk Pakatan Rakyat ambil balik," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kongres AMK, pagi tadi.
Menurut Azmin lagi, sehingga kini perbincangan khusus bagi meletakkan calon Pakatan untuk bertanding di dalam PRK DUN berkenaan masih belum dilakukan.
"Saya sudah maklumkan kepada  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan dengan beliau semalam, dan kita akan bincang secara khusus lepas kongres ini," kata beliau.
PRK DUN Pengkalan Kubor akan diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar, Rabu lalu, akibat kanser hati.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Zahidi menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon daripada PKR dan Bebas dalam pertandingan tiga penjuru memperolehi 10, 174 undi.
Sementara itu, mengulas ringkas berhubung krisis politik di Selangor, Azmin menyifatkan krisis tersebut sebagai 'peluang' untuk Pakatan memperbaiki diri.
"Saya cukup yakin krisis ini boleh dilihat dalam konteks peluang, bukan kelemahan.
"Dalam keadaan biasa kita lihat ia satu masalah. Saya mencabar diri saya dan pimpinan untuk melihat dalam konteks lebih positif untuk refleks dan melihat kembali polisi kita," katanya enggan mengulas lanjut kerana beralasan keputusan telah pun dibuat secara konsensus, minggu lalu.

Noh sedar BN tidak boleh ulang sejarah di Perak

Posted: 22 Aug 2014 12:20 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Kemelut yang dialami Pakatan Rakyat (Pakatan) di Selangor kini bukanlah titik tolak untuk mengulangi sejarah 'langkah Perak' yang berlaku pada 2009.
 
Justeru Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata Barisan Nasional (BN) di negeri itu hanya mampu menjadi pemerhati kepada krisis yang dihadapi Pakatan.
 
"Tidak kira apa kita mungkin boleh buat, kita tetap akan kekal sebagai pembangkang. Kita sedar jumlah kerusi kita. Kami hanya mempunyai 12 daripada 56 kerusi DUN dalam kerajaan negeri," katanya kepada The Malaysian Insider. 
 
Pada masa sama, Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata tidak timbul isu untuk mengadakan kerjasama perpaduan bersama-sama PAS yang disifatkannya sebagai tidak membawa apa-apa makna kerana jika digabung kerusi BN dan PAS jelas masih gagal membentuk dua pertiga. 
 
"Ini bukan seperti di Perak pada 2009, ketika perbezaan antara PR dan BN sangat kecil, dan BN berupaya mengambil alih kerajaan Perak melalui tiga Adun yang melompat parti.
 
"Isu bekerjasama dengan PAS tidak timbul," jelasnya.
 
Bagaimanapun drama yang dipaparkan PR ini tidak akan menggugat kedudukan BN di negeri itu, tambah Noh sebaliknya akan tetap menumpukan perhatian untuk kelangsungan rakyat.
 
"Kita hanya boleh memerhatikan saja mereka, fokus kepada menjadi pembangkang yang baik dan memastikan kerajaan (BN) kekal stabil.
 
"Kita sedar ini permainan mereka. Kenapa kita perlu masuk campur medan tempur mereka? Kalau PAS atau DAP jadi menteri besar sekalipun, kami tetap pembangkang," ujarnya.
 
Noh dalam pada itu menegaskan tidak akan menerima jawatan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (exco) jika ditawarkan oleh Menteri Besar Bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 
 
"Umno tidak akan mengikut rentak PR. Kami tidak akan terbabit dengan masalah dalaman mereka," tegasnya.
 
Untuk rekod, Sultan Selangor dijangka berangkat pulang ke tanah air esok (Sabtu) dan situasi di Selangor bergantung kepada keputusan baginda kelak.
 
Pada 11 Ogos lalu, Sultan Selsngor perkenan meneruskan khidmat Khalid sebagai menteri besar selepas Khalid memaklumkan masih lagi menerima sokongan majoriti DUN.
 
Khalid kekal sebagai menteri besar daripada blok Bebas buat masa ini, dan menguruskan kerajaan negeri bersama empat exco PAS selepas beliau memecat enam exco daripada PKR dan DAP pada 12 Ogos lalu.
 
Ahad lalu, PR mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid, yang dipecat keahliannya pada 9 Ogos.

Senarai Anak Kapal MH17 & Latar Belakang

Posted: 21 Aug 2014 09:28 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
BERIKUT adalah senarai nama anak kapal MH17 dan latar belakang:

1. Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, Juruterbang 

Kapten Wan Amran dari Kuala Kangsar, Perak, diingati sebagai seorang yang baik hati dan suka beramal serta suka berjenaka, kata anak saudaranya, Nur Suraya Dusuki, 29.

Dia telah memandu pesawat Boeing selama lebih dari 20 tahun dan merancang untuk menunaikan haji pada akhir tahun ini. Kapten Wan Amran meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki, berusia sembilan dan tujuh tahun.

2. Kapten Eugene Choo Jin Leong, 45, Juruterbang 

Kapten Eugene Choo dari Seremban adalah seorang lelaki yang merendah diri dan sentiasa mesra, kata rakan-rakan dan jiran-jirannya.

Bekas pelajar SM Ibrahim, Sungai Petani, Kedah, ini adalah seorang penunggang tegar. Kapten Eugene meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki, berumur 13 dan 10 tahun.

3. Ahmad Hakimi Hanapi, 29, Pembantu Juruterbang 

Ahmad Hakimi dikatakan seorang yang tenang, sangat baik dan suka membantu. Walaupun gemar berjenaka, Hakimi sentiasa bersikap lembut, tidak pernah menaikkan suaranya walaupun berhadapan dengan keadaan tertekan.

4 Muhd Firdaus Abdul Rahim, 27, Pembantu Juruterbang 


Muhd Firdaus telah mencapai impian zaman kanak-kanaknya untuk menjadi seorang juruterbang apabila dia memulakan kerjaya dengan Malaysia Airlines (MAS). Dia meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki.

5. Mohd Ghafar Abu Bakar, 54, Penyelia Penerbangan 

Mohd Ghafar adalah ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Indah, Ampang, di mana dia tinggal. Dia diingati oleh kawan-kawannya sebagai seorang yang berprinsip, soleh dan baik hati.

6. Dora Shahila Kassim, 47, Ketua Pramugari 

Dora Shahila, seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai ibu yang sangat rapat dengan anak perempuannya yang berusia 15 tahun, Diyana Yazeera, yang sedang menuntut di Seremban. Diyana kerap menulis Tweet tentang betapa dia amat rindukan ibunya yang disifatkan sebagai 'superhero' sejak kemalangan itu dan dia sentiasa mengirimkan doa untuk Dora.

7. Azrina Yakob, 41, Ketua Pramugari 


Azrina Yakob, anak kedua daripada empat beradik, telah bekerja dengan MAS selama 20 tahun. Ibu Azrina, Habibah Ismail berkata anaknya sentiasa berhubung dengannya dan telah merancang untuk kembali ke kampungnya bersama keluarganya pada Hari Raya.

8. Lee Hui Ping, 42, Pramugari 



9. Mastura Mustafa, 40, Pramugari 

Mastura adalah seorang pakar di dapur, gemar makanan tempatan. Anak lelakinya berusia 10 tahun Muhriz Marzaidi berkata ibunya biasanya akan memasak makanan kegemarannya selepas pulang dari bekerja di luar negara. Kali terakhir Muhriz melihat ibunya apabila mereka berbuka puasa bersama-sama dengan hidangan kegemarannya sebelum Mastura menaiki penerbangan MH17.

10. Chong Yee Pheng, 40, pramugari 

11. Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, Pramugara 

Shaikh Mohd Noor adalah seorang yang romantik, penyayang dan ceria, kata isterinya, pramugari Mardiani Mahdi. Shaikh Mohd Noor meninggalkan tiga anak berusia 13, 12 dan enam tahun dengan bekas isterinya dan seorang anak perempuan berusia dua tahun dengan Mardiani.

12. Sanjid Singh Sandhu, 41, Pramugara 

Juga dikenali sebagai Bob, Sanjid digambarkan sebagai seorang anak yang bermurah hati, taat dan disayangi bapanya, Jijar Singh, 71. Sanjid juga seorang yang baik-hati, berkawan tanpa mengira bangsa atau agama. Dia juga meninggalkan seorang isteri, pramugari MAS Tan Bee Geok, dan anak mereka Hans.

13. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 38, Pramugari

Hamfazlin meninggalkan suami dan dua orang anak lelaki, berumur lapan dan dua tahun.

14. Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, Pramugari

Telah menjadi pramugari selama sembilan tahun dan gemar melancong, Nur Shazana mencapai impiannya untuk melihat dunia dengan MAS. Anak sulung daripada empat adik-beradik ini juga peminat bola sepak. Sebelum kemalangan MH17, Nur Shazana telah membuat rancangan untuk menyambut Hari Raya di Pulau Pinang dengan keluarganya.

15. Angeline Premila Rajandaran, 30, Pramugari 

Satu-satunya gadis di kalangan tiga adik-beradik, Angeline digambarkan sebagai seorang yang baik hati dan merupakan seorang pencinta haiwan. Mesejnya yang terakhir untuk keluarganya di Klang, Selangor, adalah: "Jaga anjing saya Lexi."

Dedah punca kereta perisai terbalik

Posted: 21 Aug 2014 09:20 PM PDT

SALMAH HUSAIN 



 


PASIR MAS: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mendesak  satu siasatan terperinci dilakukan ekoran tragedi kereta perisai terbalik yang mengakibatkan kematian dua orang tentera di Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, siasatan terperinci itu penting bagi merungkai persoalan yang bermain di kalangan rakyat khususnya lebih lebih lagi ia berlaku di kawasan yang sering berlaku ancaman keselamatan.

"Ini ditambah lagi dengan kebimbangan ekoran siri ancaman keselamatan yang sering berlaku akibat tindakan provokasi pihak-pihak luar.

"Saya yakin pihak tentera sendiri amat serius di dalam menjalankan tugas menjaga kedaulatan negara.

"Namun rakyat juga berhak untuk tahu apakah sebenarnya yang mengakibatkan kereta perisai yang sewajarnya digunakan untuk peperangan namun boleh hilang kawalan dengan mudah seterusnya mengakibatkan kematian," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga salah seorang tentera yang terkorban dalam kejadian itu, Ahmad Fikri Mansor di Kampung Galok, Chetok, Pasir Mas hari ini.

Seorang lagi tentera yang terkorban ialah Mohd Hanif Patahur dari Johor.

Turut sama mengiringi beliau ialah Ketua Pemuda PAS Dun Chetok Abdul Rahim Yahya dan Penghulu Mukim Jabo Chetok Shamsuddin Ismail.

Fadhli yang  juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, turut menyampaikan sumbangan kepada ibu allahyarham yang menjalankan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan.

"Kita mengharapkan kerajaan dapat membantu ibu allahyarham yang hanya bergantung kepada perniagaannya yang sebelum ini dibantu oleh mangsa yang merupakan anak sulung di dalam keluarganya.

"Sesungguhnya, jasa Allahyarham kepada negara cukup besar sehingga terkorban ketika menjalankan tugas, " katanya lagi.- HARAKAHDAILY

Malaysiaku Minda Merdeka

Posted: 21 Aug 2014 09:17 PM PDT

Muhammad Muhammad Taib



Saya sedang berada dalam kereta menuju ke Taiping pagi ini untuk menyambut rombongan bermotor Jelajah Merdeka yang akan tiba di sana kira-kira jam 8 30 pagi ini.

Motosikal-motosikal berkuasa tinggi ini dilepaskan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu di Temerloh pada 16 Ogos yang lepas.

Kesemua 15 mereka akan bergerak dari Temerloh ke Trengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan kembali ke Kuala Lumpur pada 30 Ogos dan di sambut oleh Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur kira-kira jam 9 malam.

Apa yg kita nak sibuk-sibuk bermotor ke seluruh negara? Tak ada ke kerja lain yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan?

Bila saya dilantik oleh Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar untuk mempengerusikan JK Sambutan Kemerdekaan Makaysia ke-57 tahun ini 2014 anjuran PAS, saya fikir kita ada satu aspek yang sangat penting berkaitan kemerdekaan ini. Yakni aspek berkaitan minda atau lebih tepat jiwa.

Jiwa yang kukuh dan kuat boleh memberi keyakinan pada otak untuk menggerak seluruh anggota untuk melakukan sesuatu.

Jiwa yang lemah akan menyebabkan otak akan menjadi lemah atau 'demotivated'.

Melalui siri perbincangan dalam banyak kali mesyuarat jawatankuasa persiapan, maka salah seorang ahli, Suhaimi melontar kan idea slogan "Malaysiaku Minda Merdeka"

Saya berperdapat slogan Malaysiaku Minda Merdeka ini sangat releven dengan keadaan pemikiran dan sikap orang-orang kita pada ketika ini.

Tanpa mempunyai minda yang merdeka orang kita akan terus berada di dalam alam fikiran "kebergantungan" kepada org lain.

Ianya tidak baik dan membawa seseorang itu menjadi mundur ke belakang.

Orang Jepun, German punyai minda yang hebat. Kekuatan minda mereka menjadikan mereka sangat berjaya membina negara mereka.

Kita masih dibelengu oleh dasar pemerintah BN yang sejak mula-mula merdeka 1957 hinggalah ke hari ini yang mengamalkan dasar subsidi yang terus menerus melemahkan minda dan jiwa orang kita.

Minda yang lemah dan jiwa yangg lemah tidak memungkinkan orang kita bangun dan bingkas bergerak apatah lagi hendak bersaing dngan bangsa-bangsa maju di dunia.

Nabi Muhammad SAW berjaya mewujudkan jiwa dan minda hebat. Selepas zaman Baginda, Islam berkembang ke seluruh dunia.

Orang-orang Islam selepas Baginda punyai jiwa yang hebat dipandang tinggi oleh orang-orang di merata tempat di seluruh dunia pada ketika itu.

Anak-anak muda yang mengibarkan bendera Makaysia ke seluruh pelusuk negara ini mengajak kita semua menghayati slogan 'Malaysiaku MINDA Merdeka'.- HARAKAHDAILY

*Penulis adalah Pengerusi JK Sambutan Kemerkekaan PAS Malaysia kali ke-57, dan juga mantan Menteri Besar Selangor.

Kecurian kabel semakin serius

Posted: 21 Aug 2014 09:13 PM PDT


Zambry (dua, kanan) mahu kejadian berkenaan segera ditangani. Zambry (dua, kanan) mahu kejadian berkenaan segera ditangani.
 
 
 
IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan kes kecurian peralatan komunikasi dan kabel semakin berleluasa di negeri ini dan perlu ditangani segera.

Beliau berkata, disebabkan kes ini kadar penetrasi  jalur lebar di Perak semakin menurun, berbanding negeri lain yang sudah mencapai kadar tembusan jalur leber melebihi 60 peratus.

"Pelaku kes berkenaan boleh disifatkan tidak bertanggungjawab kerana tidak memikirkan kesejahteraan masyarakat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan; Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahrulzaman Yahya dan Exco Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hasan.

Difahamkan, sepanjang 2013 sebanyak 15,137 kes curi kabel melibatkan prasarana telekomunikasi berjumlah  RM78 juta dilaporkan berlaku di negeri ini.  Situasi ini menjadikan Perak negeri kedua tertinggi mencatat kes kecurian ini selepas Selangor dengan 2,014 kes selain nilai kerugian RM7.23 juta.

Selain itu, data 2014 juga menunjukkan peningkatan kes berbanding 2013 termasuk jumlah kerugian mencecah hampir RM5 juta.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Manjung dan Taiping dikesan daerah yang mencatatkan kecurian kabel dan vandalisme tertinggi di negeri ini selain Ipoh, Kuala Kangsar, Teluk Intan dan Kerian.

Katanya, kerajaan negeri telah mengarahkan pihak polis dan agensi penguatkuasaan untuk meningkatkan kawalan sekali gus, memberkas mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Kita juga memohon pihak jawatankuasa penduduk tidak kira di bandar atau di luar bandar melaporkan segera kepada pihak polis jika melihat ada individu melakukan kegiatan tersebut," katanya.

Dalam perkembangan sama, Zambry berkata, kerajaan negeri turut memandang serius isu penagihan dan pengedaran dadah di negeri ini.

Menurutnya, walaupun jumlah  tangkapan dilaporkan berkurangan, namun dari segi kadar penggunaan dadah masih ditahap  membimbangkan.

"Kita sudah memutuskan agar agenda memerangi dadah ini menjadi agenda utama dalam pembinaan masyarakat sebagaimana yang terungkap dalam Perak Aman Jaya. Selain itu, satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Samsudin Abu
Hassan perlu dilaksanakan untuk tindakan pencegahan dan pemulihan," katanya.

Seperti dilaporkan sebelum ini, beliau berhasrat untuk memperkasakan lagi pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) di semua peringkat dan kawasan, sebagai satu pendekatan untuk memerangi penagihan dan pengedaran dadah di negeri ini.

Katanya, JKKK ini bakal menerima tugas tambahan untuk memastikan kampung mereka bebas daripada dadah.

MH17: Seluruh Negara Bertafakur Seminit

Posted: 21 Aug 2014 09:11 PM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
SEPANG: Seluruh negara bertafakur selama seminit selepas jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 selamat tiba di tanah air.

Terdahulu, kesemua jenazah yang dibalut dengan Jalur Gemilang diturunkan dari pesawat khas itu sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9.55 pagi Jumaat.

Pesawat khas yang menggunakan kod penerbangan MH6129 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam kira-kira pul 9.40 malam Khamis waktu Malaysia.

Pesawat jenis Boeing 747 itu diterbangkan oleh tiga juruterbang kanan MAS, Datuk Kapten Misman Leham, Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid serta pembantu juruterbang, Yap Koon Keong.

Antara yang kelihatan di Kompleks Bunga Raya adalah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, jemaah menerti, pegawai kanan dan kakitangan kerajaan, ahli politik dan waris mangsa nahas pesat MH17.
Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.

Ia mengorbankan 298 orang termasuk 43 warga Malaysia.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun, setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Ongkili yakin projek Langat 2 siap ikut jadual

Posted: 21 Aug 2014 09:08 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yakin projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  
Beliau berkata hasil penelitian beliau ketika melawat tapak projek berkenaan, proses pembersihan hutan dan meratakan kawasan tapak pembinaan membabitkan 37 hektar tanah berjalan lancar.
  
"Saya melihat bahawa tapak pembinaan dan persiapan projek kini berjalan dengan lancar, boleh dikatakan sudah 0.7 peratus siap malah kerja tanah dijangka mengambil masa lebih dari 9 bulan untuk disiapkan.
  
"Pada masa yang sama, saya telah diberitahu terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan seperti kelulusan dan permit yang diperlukan untuk projek ini," katanya selepas melawat tapak projek berkenaan di Hulu Langat semalam.
  
Mengulas kenaikan kos projek itu setelah ditangguh hampir lebih empat tahun, Maximus berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara ini disebabkan kos bahan pembinaan yang sudah meningkat.
  
Oleh kerana dalam tempoh lebih empat tahun menunggu, dan Langat 2 baru dapat dimulakan, ada sebahagian pemilik tanah telah menukar status tanah mereka, jadi sedikit sebanyak ia telah menambahkan kos projek namun pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sedang mencari jalan untuk mengatasi perkara ini," katanya.
  
Maximus berkata pihaknya juga sedang menyelesaikan sebahagian lagi proses pengambilan tanah di kawasan itu.  
  
Projek Langat 2, yang tertangguh sejak 2008, dapat diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang 'Perintah Pembangunan' selepas menandatangai perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada 26 Februari lepas.
  
Projek itu antara komponen utama Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi merawat 2,260 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat dalam memenuhi keperluan permintaan tambahan bekalan di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sehingga 2025.
  
Ia dijangka siap sepenuhnya pada 30 April 2017 secara berperingkat dan menelan kos kira-kira RM3 bilion.


  
- Bernama
 

Ibu tunggal, anak terpaksa tidur dalam kereta

Posted: 21 Aug 2014 09:04 PM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang ibu tunggal bersama dua anak perempuannya terpaksa tidur dalam kereta Perodua Kancil kira-kira dua minggu kerana tidak mampu menyewa rumah.
  
Keadaan itu terpaksa dilalui Siti Hajar Ismail, 35, bersama anaknya, Siti Zubaidah Zubaidi, 8 dan Siti Zulaikah, 6, selepas dia diberhentikan kerja sebagai pembantu kedai makan di Taman Merdeka di Melaka.
  
Siti Hajar berkata sebelum ini, mereka menumpang di rumah sepupu di Tanjung Minyak sebelum mengambil keputusan keluar kerana tidak mahu membebankan keluarga saudaranya setelah dia kehilangan kerja.
  
"Saya terpaksa membawa anak-anak tidur di dalam kereta kira-kira enam hari sebelum saya tumpangkan mereka semula di rumah sepupu saya, tapi saya terus tidur di dalam kereta," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka semalam.
  
Katanya, dia tidur dalam kereta yang diparkir di depan rumah rakannya di Taman Merdeka selain menumpang mandi di situ.

Siti Hajar berkata dia juga tidak mampu memperbaharui cukai jalan kereta yang tamat tempoh pada 8 Ogos lepas namun terpaksa menggunakan kenderaan itu untuk mencari pekerjaan dan berjumpa anaknya.
  
Katanya, situasi itu menyebabkan Siti Zubaidah tidak dapat bersekolah kerana dia tidak mampu menyiapkan keperluan anak sulungnya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Parit Melana Durian Tunggal, Alor Gajah.
  
Sementara itu, Pengarah Pembela BN Melaka Amir Hamzah Aziz berkata pihaknya telah menguruskan penginapan sementara untuk Siti Hajar dan anaknya di Asrama Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka di Lorong Pandan di Melaka.
  
"Mereka boleh mula tinggal di asrama itu hari ini sementara pihak Lembaga Perumahan Melaka menyediakan sebuah rumah di Kampung Padang dalam masa terdekat," katanya.
  
Beliau berkata Siti Hajar juga akan diberi bantuan memulakan perniagaan francais menjual kuih pau di bawah program Jana Pendapatan 1Azam Kerja 'Pakej Perniagaan Pau Rizqi' bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Orang ramai yang ingin membantu Siti Hajar boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB di 0141 2002 0786 524.- Bernama

Selamat pulang... Semoga tenanglah jenazah mangsa nahas MH17

Posted: 21 Aug 2014 08:59 PM PDT

MALAYSIAKINI


Kepulangan yang telah lama dinantikan. Sebaik sahaja dua pegawai Kedutaan Malaysia dan wakil Malaysia Airlines (MAS) membuat proses pemeriksaan akhir, 20 jenazah mangsa nahas MH17 akhirnya diterbangkan pulang ke tanah air pada 3.40 petang Khamis (9.40 malam waktu Malaysia).
  
Mereka sepatutnya pulang pada 17 Julai lepas dan tiba pada 18 Julai ke Malaysia, namun tiada siapa menyangka pesawat MH17 itu akan ditembak jatuh.
  
Penerbangan membawa 298 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
  
Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, petugas media Malaysia dan tempatan tiba di sebuah bangunan untuk dibawa menaiki sebuah bas ke terminal kargo yang menempatkan pesawat khas membawa balik 20 jenazah.
  
Petugas media tiba kira-kira pukul 2 petang dan dibawa menghampiri pesawat khas MAS Boeing 747 itu sebelum pintu pesawat dibuka.
  
Kelihatan beberapa keranda telah disusun dan difahamkan kesemua 20 jenazah dalam 17 keranda dan tiga bekas abu itu telah mula diangkut satu per satu sejak awal pagi Khamis.
  
Proses pemeriksaan akhir jenazah bermula sejurus selepas 2 petang dilakukan Naib Presiden Operasi MAS Datuk Baharom Mohd Yatim, Setiausaha Kedua Pejabat Kedutaan Malaysia di Belanda, Halmah Hassan dan Kaunselor Kedutaan Malaysia di Finland, Devrin Jeck untuk tujuan formaliti proses.
  
Media Malaysia dan tempatan tidak dibenarkan mendekati pintu masuk pesawat khas itu dan hanya dapat melihat dari jarak 50 meter sahaja.

Kelihatan keranda yang dibalut dengan Jalur Gemilang itu disusun satu per satu, tidak bertindih dalam tiga barisan dengan sedikit jarak antara antara satu sama lain.
  
Cuaca sejuk mencecah 16 darjah Celcius dengan angin kuat tidak menghalang petugas media merakamkan detik bersejarah itu walaupun cuma dibenarkan berada di kawasan itu kira-kira 10 minit sahaja.
  
Terdapat kira-kira 20 petugas keselamatan yang dibantu pegawai lapangan terbang yang sangat mesra ketika proses rakaman pemeriksaan akhir pesawat itu dilakukan.
  
Sebaik sahaja selesai pemeriksaan, kelihatan wakil MAS dan pegawai kedutaan diserahkan beberapa kertas untuk tujuan formaliti proses sebelum mereka beredar dan keluar dari pesawat itu.
  
Tidak lama selepas itu, kumpulan anak kapal pesawat itu dilihat tiba dengan sebuah van sebelum menaiki pesawat itu.

Petugas media kemudian diarah meninggalkan kawasan itu memandangkan proses persediaan teknikal pelepasan pesawat akan bermula.
  
Pesawat itu dikendalikan Kapten Misman Leham bersama dua pembantu juruterbang iaitu Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid selain pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.
  
Kira-kira pukul 3.40 petang Khamis (9.40 malam di Malaysia),  pesawat akhirnya berlepas meninggalkan lapangan terbang yang dipenuhi ratusan pesawat antarabangsa itu ke Malaysia.
  
Seorang wakil MAS yang enggan dikenali memberitahu pesawat khas itu tidak akan menggunakan laluan seperti pesawat MH17 sebelum ini dan dijangka akan menggunakan laluan lain namun enggan mendedahkannya demi tujuan keselamatan.
  
Perjalanan terus tanpa henti itu akan mengambil masa kira-kira 12 jam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).- Bernama

MH17: Upacara keagaamaan Buddha belum diputuskan

Posted: 21 Aug 2014 08:55 PM PDT


Ka Siong  
Ka Siong



SEPANG - Cadangan  daripada wakil bukan kerajaan (NGO) berhubung upacara keagamaan Buddha di tapak nahas MH17 di timur Ukraine, masih belum diputuskan lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Katanya, terlalu  awal  untuk diputuskan perkara demikian, kerana siasatan masih lagi dilakukan berikutan beberapa mayat masih belum dijumpai.

"Buat masa ini, tiada isu berkaitan kerana masih ada lagi mayat yang  belum dikenal pasti dan kita tidak  dapat memberi jaminan sampai ke tahap itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Beliau sebelum itu tiba di tanah air melalui penerbangn MH19 dari Amsterdam jam 6.07 pagi bersama waris keluarga mangsa pesawat MH17.

Isu MB: Sultan mungkin minta beberapa nama lagi

Posted: 21 Aug 2014 08:50 PM PDT


Isu MB: Sultan mungkin minta beberapa nama lagi
 
 
 
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mungkin akan meminta PR mengemukakan beberapa nama bagi calon menteri besar yang baharu dan bukannya menerima terus calon tunggal PR, iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu, Sultan Sharafuddin memerlukan beberapa nama untuk membolehkan baginda membuat pilihan siapa yang paling layak.

"Walaupun undang-undang negeri tidak mengatakan hanya lelaki yang mesti dilantik sebagai menteri besar (kerana wanita pun boleh dilantik) asalkan beragama Islam, namun luar biasalah jika wanita dilantik untuk jadi Menteri Besar Selangor," katanya.

"Biarlah PR mahu letak nama Dr Wan Azizah saja (sebagai calon menteri besar), tetapi baginda mungkin akan minta beberapa nama calon lain. Saya tak yakin Sultan Sharafuddin akan mudah terima Dr Wan Azizah," katanya.

Bagaimanapun katanya, Sultan Selangor berhak membuat sebarang keputusan dan tidak akan mudah memberikan tampuk kepimpinan negeri kepada individu yang bukan anak kelahiran Selangor.

Ahad lalu, PR sepakat mahu memberikan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun Pas mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai pilihan kedua namun, PR sepakat kemukakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Wanita PKR kecewa Khalid fail aduan pada ROS

Posted: 21 Aug 2014 08:48 PM PDT

MALAYSIAKINI


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini berkata, beliau kecewa dengan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memfailkan aduan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemecatannya daripada parti itu.

Katanya, Khalid tidak sepatutnya berbuat demikian dan lebih bertanggungjawab dengan meletakkan jawatannya seperti yang diarahkan oleh parti.

"Secara peribadi ramai di antara kami yang kecewa. Kerana semua peluang dan jawatan yang kita bagi pada dia. Dia patut tahu yang organisasi politik yang meletakkan dia di situ. Dia sepatutnya meletakkan jawatan dia sendiri.

"Tapi kita memang sangat sedih. Kita tak seronok untuk buat semua ini tapi kita terpaksa berdepan juga dengan situasi ini," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Kongres Wanita PKR di Shah Alam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada parti itu kecewa atau tidak dengan tindakan Khalid yang membuat aduan kepada ROS berhubung pemecatannya.

Seluruh negara bertafakur hormati mereka yang pergi

Posted: 21 Aug 2014 08:47 PM PDT

MALAYSIAKINI


Detik masa seakan terhenti hari ini pada pukul 10.54 pagi apabila seluruh negara bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 selepas jenazah mereka tiba di tanah air dengan sebuah pesawat khas dari Belanda.
  
Jalur Gemilang dikibar separuh tiang ketika negara 30 juta penduduk ini bersatu dalam hiba bagi mengenang 20 warganya yang diragut maut apabila pesawat berkenaan bersama 298 orang terhempas bertaburan di timur Ukraine pada 17 Julai, suatu peristiwa menyayat hati yang mengejutkan seluruh dunia.
  
Ramai rakyat Malaysia berpakaian gelap hari ini, yang diisytiharkan Hari Perkabungan Negara, serta bertafakur selama seminit bagi mengenang mereka yang telah pergi untuk selama-lamanya.
  
Perhatian tertumpu pada istiadat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) yang diberi kepada mangsa, apabila pengumuman dibuat agar seluruh negara mula bertafakur selama seminit, disiarkan secara langsung melalui radio dan televisyen.
  
Pengumuman itu dibuat setelah kesemua 17 keranda dan tiga kendi berisi abu mayat mangsa yang dibawa pulang dengan pesawat MAS MH6129 dari Amsterdam, diletakkan di dalam 20 kenderan jenazah.

Tiada ulasan: