Ahad, 24 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Gantung Dua KP Pahang, Benarkah Kerana Dendam KJ?

Posted: 24 Aug 2014 04:38 AM PDT

Oleh Shahbudin Husin



Mesyuarat MT UMNO awal Julai lalu telah menggantung dua orang Ketua Pemuda Bahagian di Pahang secara merta-merta. Mereka iaitu Mohamad Faiz Hashim, Ketua Pemuda Indera Mahkota dan Ketua Pemuda Maran, Saiful Anuar Mokhtar telah menerima surat penggantungan bertarikh 22 Julai 2014 yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tindakan penggantungan itu bukan saja menghairankan kerana amalan biasa yang digunakan UMNO ialah ia diputuskan oleh Lembaga Disiplin tetapi kedua-dua Ketua Pemuda ini bukan saja tidak dihadapkan ke lembaga itu, tidak pernah dipanggil membela diri, malah dalam surat yang diterima menyatakan mereka digantung sehingga dihadapkan ke Lembaga Disiplin.

Bermakna, kedua-dua ini dijatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum dibicarakan.

Lebih menghairankan ialah bukan saja punca kesalahan yang mereka lakukan tidak dinyatakan, bahkan berapa lama tempoh penggantungan juga tidak ditulis dalam surat yang diterima sedangkan penjenayah yang ditahan reman dan mereka yang ditahan dibawah ISA pun dimaklumkan mengenainya.

Apakah kedua-dua pemimpin muda bakal digantung tiga bulan, enam bulan, setahun, sehingga pemilihan UMNO yang akan datang atau selama-lamanya?

Sumber daripada Lembaga Disiplin juga mengakui bahawa tindakan ini tidak kena kerana sepatutnya Lembaga Disiplin yang membuat keputusan dan kemudian disahkan oleh MT UMNO.

Dalam kes ini bukan saja kedua-dua Ketua Pemuda Bahagian berkenaan keliru dan kabur mengenai kesalahan yang mereka lakukan, bahkan orang-orang Pahang yang rapat dengan mereka juga tidak faham mengenainya. Ini kerana bukan saja kedua-dua pemimpin muda tidak pernah mengkhianati parti, tidak pernah memburukkan nama Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Menteri Besar Pahang serta lain-lain pemimpin utama parti, malah juga didapati aktif menjalankan puluhan program di bahagian masing-masing.

Kiranya disebutkan kesalahan beserta bukti-buktinya, mungkinlah mereka berupaya menjelaskan kedudukan yang sebenarnya, malangnya semua itu tiada sama-sekali. Tahu-tahu hanya surat penggantungan yang diterima.

Walaupin surat penggantungan itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin seolah-olah tidak terpalit apa-apa dengannya, warga UMNO Pahang secara umumnya sedar bahawa semua ini adalah berkaitan dengan masalah dalam Pemuda Negeri Pahang.

Semuanya bermula daripada pemilihan UMNO Bahagian Rompin pada 2013 lalu yang terpaksa diadakan sebanyak tiga kali, percubaan calon yang kalah mengaitkan nama Istana Pahang sebagai punca kekalahannya, pergolakan dalam pemilihan Ketua UMNO Pahang, wujudnya Kumpulan 11 yang menolak Ketua Pemuda UMNO negeri, tindakan Pemuda UMNO Malaysia menutup pintu rundingan dan sehinggalah akhirnya KJ sedia menemui wakil Kumpulan 11 tetapi tetap menunjukkan lagak sombong dan endah tak endah dengan bercakap sambil pencungkil gigi terselit di mulutnya.

Di ketika KJ selalu menyarankan hak golongan muda memberi pandangan dalam keadaan yang mesra dan tiada protokal haruslah selalu dihormati, beliau sebaliknya menunjukkan sikap yang bertentangan sama-sekali apabila sudah menjawat jawatan menteri.

Kata-kata dan keputusannya seolah-olah petikan Al Quran dan Hadis yang tidak boleh diubah walau sedikit pun. Sesiapa yang membantah akan terus dihukum.

Berikutan sikap tidak mahu mendengar pandangan itu, Pemuda UMNO Pahang kini boleh dikatakan lumpuh. Dengan Kumpulan 11 ini tetap menolak kepimpinan Pemuda Negeri yang diketuai oleh Shahruddin Ahmad, Pemuda UMNO Pahang kini hanyalah disokong oleh tiga Ketua Pemuda Bahagian saja dan gagal mengadakan mesyaratnya.

Tidak dapat tidak, penggantungan Ketua Pemuda Indera Mahkota dan Maran ini adalah percubaan halus KJ menakut-nakutkan mereka yang mahu terus berbalah dengannya. Sama ada bersalah atau tidak, jika membantah tetap akan dihukum. Kalau ada pun kesalahan kedua-dua Ketua Pemuda ini, ia hanyalah dari segi kelantangan dan keberanian mereka menyuarakan pandangan saja.

Tetapi sejak bila menyuarakan pandangan merupakan suatu kesalahan dalam UMNO?

Walaupun surat penggantungan telah diterima dan entah bila kedua-dua Ketua Pemuda ini akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO, tetapi secara sedar atau tidak, permainan KJ dan Pemuda UMNO Malaysia mungkin dengan cara memberi maklumat yang salah atau tidak tepat sehingga MT mengambil tindakan menggantung ini, ia juga memalukan dan mencemar nama baik Presiden UMNO yang juga berasal dari Pahang.

Apakah penggantungan ini bukan sekadar melepaskan dendam tetapi kerana KJ ada agenda yang lebih besar daripada itu?

Henti berbalah, buktikan Selangor dinamik

Posted: 24 Aug 2014 04:28 AM PDT



      






  HARAKAH DAILY



Bekas Menteri Besar Selangor (1986-1997), Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjawab tentang kemelut Menteri Besar Selangor. Ikuti temubual ringkas wartawan Harakah, ARIF ATAN pada 21 Ogos lalu.

WARTAWAN: Pandangan Tan Sri tentang keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat, 17 Ogos lalu? MUHAMMAD:

Mesyuarat akhirnya memutuskan Dr Wan Azizah (Wan Ismail) dan Azmin (Ali) sebagai calon Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Itu keputusan yang bagi saya sudah diperhalusi secara baik dan teliti oleh Jawatankuasa PAS.

Tahniah saya ucapkan kerana dapat menjawab tanda-tanya rakyat tentang pendirian PAS.

Nampak jelas, keputusan PAS itu menjadi satu keputusan yang mengukuhkan dan menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada Pakatan Rakyat.
 
Dakwaan kononnya PAS telah membuat U-Turn?

Saya fikir tidak berbangkit soal 'u-turn' lainlah seperti isu Adun Terengganu yang tak jadi meninggalkan Umno bulan Mac lepas. Keputusan PAS sebelum ini pun ketika Khalid itu masih lagi ahli Pakatan.

Tapi kemudiannya apabila beliau tidak lagi mewakili mana-mana komponen dalam Pakatan, jadi PAS telah membuat keputusan bijak menolak Adun Pelabuhan Kelang itu sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Timbul isu jantina ekoran pencalonan Dato' Seri Wan Azizah?

Hal ini tidak patut timbul, terpulang pada budi bicara Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya pasti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ada pertimbangan yang bijaksana terhadap cadangan rakyat ini.

Saya juga ada membaca penjelasan beberapa pakar perundangan dan perlembagaan berkenaan gender ini dalam isu pelantikan Wan Azizah.

Mereka memberitahu kepada kita secara jelas, syarat pelantikan menteri besar dalam Undangundang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 tak menjejaskan peluang Adun Kajang itu menjadi Menteri Besar yang baharu.

Bagaimana Tan Sri melihat keputusan Jawatankuasa PAS itu masih lagi menyaksikan senario seperti rumah siap pahat berbunyi dalam kalangan ahli PAS?

Saya fikir elok ahliahli PAS memperkukuh parti dan maju ke depan meneruskan perjuangan parti. Tugas pimpinan parti pula beri penjelasan bukan mengapikan keadaan.

Banyak lagi perkara dan kerja tertangguh yang mesti dibereskan jika mahu dilihat relevan dalam 'mood' perubahan rakyat.

Tindakan mengundur ke belakang hanya merugikan PAS dan Pakatan Rakyat. Hal-hal yang sudah lepas tiada guna kita mahu kelahi sesama parti. Ini hanya merugikan. Hentikanlah.

Pandangan berbeza tentang kemelut Menteri Besar Selangor ini mengundang perpaduan atau perpecahan dalam PAS?

Saya fikir PAS sekarang ini lebih kukuh lagi. PAS meraikan kepelbagaian pendapat dengan kemuncaknya ialah keputusan daripada pimpinan tertinggi.

Jadi, cakap siapa lagi mahu didengar kalau perbezaan pandangan hanya menempah perpecahan dan kegagalan.
Saya tidak rasa ahli-ahli PAS terlalu naif dalam memahami strategi berpolitik.

Rumusan dan harapan Tan Seri selepas ini?

Selepas PAS membuat keputusan yang mantap, kerajaan negeri perlu digerakkan semula. Ini yang mungkin ramai mulai alpa sebab hanyut dengan perasaan. Emosional hanya mahu mengekalkan Khalid tak membantu survival Pakatan Rakyat.

Majoriti sokongan Adun pun sudah ada pada Wan Azizah.

Semestinya kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat ini perlu meneruskan agenda untuk membangunkan negeri Selangor. Paling penting menjadikan negeri ini sejahtera dan contoh suri teladan kepada negerinegeri lain sebagai sebuah kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dinamik dan progresif.

Berita Mastura Mustafa : Pengebumian Jenazah Pramugari Mastura Mustafa MH17 Malaysia Airlines. Nasihat Kepada Adik Muhriz Marzaidi. Al-Fatihah!

Posted: 24 Aug 2014 04:23 AM PDT

 


Biodata Mastura Mustafa



Berita Mastura Mustafa, Pengebumian Jenazah Pramugari Mastura Mustafa MH17 Malaysia Airlines : Nasihat Kepada Adik Muhriz Marzaidi : Suasana sedih dan pilu di sekitar Masjid At Taqwa Paroi Negeri Sembilan. Di satu sudut, kelihatan seorang adik kecil berada betul-betul di hadapan keranda yang dibaluti bendera Malaysia. Ya…Allah.

Tatkala melihat gambar anak Mastura Mustafa iaitu adik Muhriz Marzaidi, Berita Semasa tidak mampu menahan sebab dan tiba-tiba mengalirkan air mata.

Ya…..anak Mastura Mustafa pastinya tentunya sedih sekali apabila adik Muhriz Marzaidi tidak dapat menatap dan mencium ibunya yang tercinta buat kali terakhir. Seorang ibu yang berkorban separuh nyawanya taktala melahir dan membesarkannya.

BACA SINI : Lagi berita kisah sedih isteri krew MAS
mastura mustafa


Kelihatan Muhriz Marzaidi yang baru sahaja berumur 10 tahun kaku seketika dan tidak mampu menahan sebak tatakala air matanya berjujuran apabila melihat sendiri keranda jenazah Mastura Mustafa, selepas lebih 30 hari berita Mastura Mustafa terbunuh dek bersama penumpang pesawat MH17 yang telah ditembak jatuh oleh pengganas di Ukraine sempadan Rusia.

Muhriz Marzaidi yang seperti biasa menantikan kepulangan ibunya bekerja di awan biru, tetapi kali ini yang sampai hanyalah keranda jenazah Mastura Mustafa di rumahnya. Muhriz Marzaidi yang begitu rindukan ibunya terus menangis teresak-esak di hadapan keranda jenazah Mastura Mustafa (pramugari Malaysia Airlines)

Pengebumian Jenazah Pramugari Mastura Mustafa MH17: Nasihat Kepada Muhriz Marzaidi


Bersama ini Berita Semasa ingin kongsikan dan sertakan sekali pesanan yang cuba disampaikan saudara Ahmad Saifuddin Yusof buat adik Muhriz Marzaidi ;

pramugari mastura mustafa

Saya tidak sengaja menatap gambar ini. Membaca captionnya terus menitiskan air mata. Anak ini kehilangan ibunda tercinta (Mastura Mustafa). Saya tidak mengenalinya. Kepada sesiapa yang mengenali anak ini, mohon sampaikan pesanan saya ini.

"Sewaktu pakcik seusia adik atau mungkin lebih kecil. Pakcik telah kehilangan ibu seperti adik juga. Andai adik membaca pesanan ini, ini adalah perkara yang adik akan hadapi dan perkara yang boleh dilakukan.

1. Adik terpaksa menguruskan diri sendiri. Mengurus pakaian, bangun pagi sendiri, menyusun urusan sendiri. Tiada lagi orang yang sudi menggaru belakang adik kecuali ayahanda yang masih ada.

2. Adik mesti berhati-hati dalam tuturkata supaya tidak dibenci orang. Fikir dahulu sebelum berkata-kata. Sebaiknya, diam sahaja dan jawab apabila ditanya.

3. Mesti selalu membantu orang lain dan kawan-kawan tanpa mengharapkan balasan. Dengan membantu orang lain, hati kita akan puas dan gembira.

4. Banyakkan membaca buku. Buku adalah teman paling setia, Buku tidak pernah meninggalkan kita. Buku akan sentiasa bersedia menghiburkan hati adik di kala kesedihan.

5. Apabila teringatkan ibu, terus berdoa. Mohon keampunan untuknya. Insya Allah, adik akan bertemu dengan ibu di syurga.

6. Solat 5 waktu mesti jaga walaupun tidak disuruh. Solat akan menjauhkan adik dari perkara buruk.

7. Jauhi kawan-kawan yang jahat dan tidak baik. Kuatkan semangat walaupun kawan-kawan mengajak melakukan perkara yang tidak baik. Walaupun kawan tidak ada, adik masih ada buku sebagai peneman setia dan kawan soleh yang setia menanti.

8. Apabila teringatkan ibu, adik akan menangis. Menangislah, ia tidak salah. Selepas menangis, hati adik akan bertambah kuat, Jiwa adik akan bertambah kental.

9. Jangan sesekali 'menjawab mulut' dengan ayahanda atau orang yang lebih tua. Walaupun mereka ada kesilapan, diam itu lebih baik dan kita berbaik sangka. Masalah orang tua tidak sama dengan kita yang masih kecil.

10. Belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara. Belajar tanpa henti dan terus berbakti. Tidak faham terus bertanya. Apabila bertanya, kita akan tahu sesuatu. Pakcik dulu pernah berkata di dalam kelas 5 Dahlia, "Cikgu, saya tidak faham semua."
Andai adik membaca semua pesanan pakcik di atas. Mungkin kita boleh berkawan.
 Yang benar,
Pakcik Ahmad Saifuddin Yusof
Perindu Ibunda 26 tahun.

Mastura Mustafa


Jenazah paramugari Mastura Mustafa, Malaysia Airlines pesawat Mh17 adalah jenazah pertama seklai diturunkan dari pesawat pada Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Hari berkabung Mh17 Malaysia pada hari Jumaat 22 Ogos 2014222

Ya…Allah kau tabahkan hati adik Muhriz Marzaidi, kuatkan semangatnya dalam menerima ketentuanMu bagi meneruskan hidupnya. Nasihat Berita Semasa kepada anak Mastura Mustafa ini. Jadilah seorang anak yang soleh untuk kedua ibubapamu agar kamu dapat diketemukan dengan ibuMu di Jannah nanti.

Buat keluarga, bimbing dan sokonglah adik Muhriz Marzaidi, untuk menerima takdir pemergian Mastura Mustafa ini dengan redha. Dia masih punya ayah (Mohamed Affendi Khairuddin) dan keluarga termausk datuk (Mustafa Abdul Samad) yang menyayanginya.


MH17: Identiti seorang lagi rakyat Malaysia dikenal pasti

Posted: 24 Aug 2014 04:18 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SEPANG: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan, seorang lagi mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu telah dikenal pasti.
 
Beliau berkata, perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah mangsa rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti sebanyak 31 orang.
 
Menurut Liow, kerajaan juga sedang mengatur untuk membawa balik kumpulan ketiga jenazah mangsa MH17 pada 30 Ogos ini.
 
"Kami akan terus mengemas kini maklumat kepada orang awam untuk ketibaan jenazah dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi bagi kumpulan kedua MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.
 
Ditanya sama ada usaha membawa pulang kesemua mangsa warga Malaysia boleh dilakukan sebelum Hari Malaysia pada 16 September, Liow berkata ia masih tidak dapat disahkan lagi kerana perlu mendapat pelepasan daripada pihak Belanda.
 
"Kita masih tidak boleh mengesahkan lagi. Kita tidak tahu sama ada pihak Belanda boleh mengenal pasti kesemua jenazah," katanya.
 
Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas.
 
Hari ini, kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi tiba di tanah air, dan dua daripadanya diberi penghormatan dalam istiadat ringkas namun penuh penghormatan.
 
Bagaimanapun satu jenazah yang dibawa balik hari ini tidak mengikuti istiadat penghormatan atas permintaan keluarga yang mahukan privasi.
 
Liow berkata kerajaan menghormati permintaan waris dan keluarga yang mahukan privasi dan tidak terlibat dalam istiadat penghormatan.
 
"Kami sedar terdapat keluarga yang mahukan privasi...Apa yang kami aturkan adalah mengikut permintaan keluarga," katanya.
 
Liow berkata kos pengurusan membawa pulang jenazah warga Malaysia dibiayai Malaysia Airlines.
 
Pesawat MH17, dengan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
 
Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di zon bergolak itu namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

PRK Pengkalan Kubor: PKR enggan layan tuntutan PAS

Posted: 24 Aug 2014 04:15 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar dan Shuhaniza Said
Post Pic
  
 
 
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat ketetapan untuk terus kekal bertanding bagi memiliki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor  pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.
 
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata ketetapan itu perlu dibuat berdasarkan tradisi kerusi itu yang sejak dua penggal lalu ditandingi parti berkenaan sekali gus enggan melayan tuntutan PAS.
 
"Kita mahu kerusi DUN Pengkalan Kubor dikekalkan kepada PKR," katanya dalam ucapan penggulungan sempena Kongres Nasional PKR Ke-10, di sini, sebentar tadi.
 
Kenyataan Azmin itu seakan mengesahkan keinginan parti itu untuk terus bertanding di DUN berkenaan biarpun ada ura-ura PAS turut menawarkan permintaan sama.
 
Dewan Muslimat PAS semalam menuntut kerusi itu diserahkan kembali kepada parti itu selepas diwakili PKR sejak dua penggal lalu, yang menyaksikan kegagalan parti dipimpin Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menawan DUN itu.
 
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya kerusi DUN itu diberi nafas baru.
 
Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia akibat barah hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 5.45 pagi Rabu lalu.

Tetulang konkrit MRT jatuh, trafik sesak di Cheras

Posted: 24 Aug 2014 04:14 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
  
 
 
KUALA LUMPUR: Sebelas daripada 16 tetulang konkrit yang terjatuh daripada sebuah treler muatan panjang di atas jejambat Bulatan Bilion, Cheras di sini menyebabkan kesesakan lalu lintas pada jam 12.30 tengah hari tadi.
 
Difahamkan kejadian itu berpunca daripada tindakan pemandu treler berkenaan yang berhenti secara mengejut bagi mengelak kenderaan di hadapannya hingga mengakibatkan tali yang mengikat tetulang itu terputus.
 
Menurut jurucakap pusat info trafik (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Lebuhraya Grand Saga menuju ke Bulatan Bilion.
 
"Bagaimanapun tetulang konkrit itu telah dialihkan pada jam 1.40 petang tadi dan trafik kembali lancar seperti sedia kala.
 
"Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan," katanya dipetik Bernama.
 
Kejadian itu turut dikongsi di media sosial.

Malaysia, Australia akan meterai MoU misi mencari MH370 - Menteri

Posted: 24 Aug 2014 04:09 AM PDT

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Kerajaan Malaysia dan Australia akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama mereka dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
 
Menurut Liow, beliau akan berada di Australia dari esok untuk menghadiri beberapa mesyuarat, diikuti dengan mesyuarat tiga pihak bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss, dan rakan sejawatannya dari China.
 
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mengulangi janji kerajaan meneruskan misi mencari pesawat MH370 yang hilang daripada imbasan radar pada awal pagi 8 Mac semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.
 
"Ketika kami berusaha keras untuk keluarga mangsa MH17, saya juga ingin memberi jaminan kepada waris penumpang (dan anak kapal) MH370 yang kami tetap berpegang pada janji kami untuk meneruskan misi mencari pesawat ini.
 
"Saya ulangi bahawa MH370 kekal menjadi keutamaan kami dan kerajaan Malaysia akan meneruskan pencarian ini," katanya.
 
Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi, yang menjadi kawasan tumpuan misi mencari ketika ini, selepas operasi serupa di Laut China Selatan dan Laut Andaman gagal menemukan sebarang objek yang ada kaitan dengan pesawat itu.
 
Sementara itu, Liow sekali lagi mengucapkan simpati dan takziah kepada waris dan anggota keluarga mangsa MH17.
 
Seramai 23 daripada 43 mangsa warga Malaysia yang terkorban dalam nahas itu telah dibawa pulang ke tanah air dari Belanda setakat ini, dengan kumpulan ketiga jenazah mangsa dijangka tiba di tanah air pada 30 Ogos.
 
Pesawat MH17 dengan 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Khalid Putuskan Tarikh Menghadap Sultan Isnin Ini

Posted: 24 Aug 2014 04:07 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Khalid Ibrahim.
 
 
 
KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan memutuskan tarikh untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar pada Isnin ini.

"Saya akan maklumkan (Isnin ini) bila saya akan menghadap sultan dan selepas itu, akan diberi kenyataan media," katanya kepada pemberita selepas menghadiri makan malam anjuran alumni Sekolah Menengah Chung Hua di sini.

Ditanya kemungkinan beliau akan menghadap Sultan Selangor pada Isnin ini, Abdul Khalid berkata perkara itu belum tidak diketahui.

Kenyataan itu dibuat selepas hampir dua minggu beliau mengelak daripada bercakap kepada pihak media selepas dinasihat oleh sultan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah baginda pulang ke tanah air.

Beberapa percubaan pihak media untuk mendapatkan kenyataan atau komen daripada Abdul Khalid sebelum ini, gagal.

Laporan media menyebut Sultan Selangor dijangka memendekkan percutian baginda di luar negara dan akan kembali ke tanah air esok.

Perkara itu disahkan sumber dari istana.

Sebelum ini baginda dijadual pulang pada 27 Ogos.

Penerbangan Paling Sukar, Namun Dimudahkan - Kapten Missman

Posted: 24 Aug 2014 04:01 AM PDT

Missman (dua dari kanan) bersama pembantu juruterbang MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 pada Jumaat.
  
MSTAR ONLINE
 
 
SEPANG: Ketua Juruterbang, Datuk Kapten Missman Leham menyifatkan tugasan membawa pulang 20 jenazah tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang tiba di tanah air pada Jumaat lepas adalah 'penerbangan paling sukar' baginya sejak menyertai syarikat itu, 33 tahun lalu.



Missman berkata, penerbangan selama 12 jam itu juga merupakan penerbangan paling emosi buatnya kerana beliau tahu siapakah 'penumpang' istimewa pesawat khas MH6129 selain mengenali secara peribadi sebahagian mereka.

"Dua, tiga hari sebelum berlepas sudah rasa sedih, sebab kita tahu ini penerbangan paling penting dan dinantikan ramai, khususnya kepada waris mangsa," katanya semasa ditemui selepas istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Ahad.

Bagaimanapun, Missman bersyukur kerana penerbangan yang membawa 20 jenazah itu dimudahkan, bukan sahaja dari sudut cuaca yang baik, namun mendapat kerjasama daripada semua negara yang dilaluinya.

Katanya, setiap negara yang dilalui memberi penghormatan tinggi kerana mengetahui pesawat itu membawa muatan penting.

"Contohnya seperti di Iran. Lazimnya apabila melintasi negera itu, mereka akan meminta 'entry number' tetapi kali ini awal-awal lagi mereka sudah maklumkan kita.

"Mereka beritahu tidak perlu entry number, pesawat boleh teruskan penerbangan. Mereka selalunya begitu tegas dalam hal ini," katanya.

Mengimbas kenangan mengemudikan pesawat itu, Missman berkata, beliau tidak putus-putus menyedekahkan al-Fatihah kepada mangsa beragama Islam dan bertafakur untuk agama lain.

"Sebelum memulakan penerbangan, saya sempat 'berjumpa' dengan mereka (jenazah). Saya cakap kepada Hakimi (pembantu juruterbang MH17 Ahmad Hakimi Hanapi) dan rakan-rakan, kami akan bawa kamu balik. Kamu akan berjumpa dengan orang yang dikasihi," katanya.

Pada penerbangan itu, Missman dibantu Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid serta pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.

Ditanya apakah yang menyebabkan beliau dipilih untuk memikul tanggungjawab itu, Missman berkata, ia berkemungkinan kerana MAS mahu juruterbang senior untuk mengemudi pesawat itu.

Sejak diarahkan, Missman tidak putus-putus berdoa supaya penerbangan itu berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah.

"Alhamdulillah, doa itu dimakbulkan," katanya.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Seramai 43 rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden itu.

Kongres PKR: Anwar Akui Sistem Pemilihan "Selerak-Barak"

Posted: 24 Aug 2014 03:56 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK 
 
 
Anwar ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR Ke-10, Ahad.
 
 
 
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kaedah pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dirombak semula kerana sistem sedia ada didapati tidak praktikal hingga menimbulkan pelbagai masalah.
Menurut Ketua Umum PKR itu, beliau sendiri pada mulanya tidak bersetuju dengan sistem 'satu ahli, satu undi' yang digunapakai sejak dua pemilihan yang lalu.

"Saya antara orang yang kurang setuju dengan proses ini, pemilihan ini (sistem)...saya tidak setuju. Tetapi bila diputuskan, ya kita teruskan.

"Memanglah selerak-barak, sebab kita mengambil keputusan yang dari segi ideanya sistem demokrasi itu memang baik tetapi pelaksanaannya tidak upaya kita laksanakan dengan berkesan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Amanat Ketua Umum pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad.

Justeru katanya Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sedia bertanggungjawab terhadap semua masalah yang timbul berkaitan pemilihan parti.

"Jadi saya terima, bukan kelemahan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat), kelemahan pimpinan keseluruhannya dalam menangani langkah pemilihan pimpinan parti baru-baru ini.

"Dan pastinya dalam peringkat segera kita harus cadang rombak semula supaya ia demokratik tetapi praktikal untuk dliaksanakan," katanya.

Pemilihan PKR yang berlangsung sejak April lalu dan hanya berakhir pada awal bulan ini merupakan yang proses pemilihan paling panjang pernah dikendalikan PKR.

Sepanjang proses itu berlangsung, pelbagai masalah dilaporkan berlaku, termasuk insiden keganasan serta dakwaan rasuah membabitkan calon peringkat tertinggi parti.

Sementara itu, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul ketika ditemui tetap mempertahankan sistem 'satu ahli, satu undi' yang digunakan PKR.

Mengakui wujud kelemahan dari segi perlaksanaannya, Johari bagaimanapun mahu sistem itu diteruskan pada pemilihan akan datang.

"Saya akan pertahankan sistem ini kerana ia baik. Cumanya (perlu fikir) bagaimana kita boleh perbaiki proses, yang pasti sistem itu adalah yang terbaik kerana anggota terlibat secara langsung.

"Bagi kami sekurang-kurangnya tiga bulan untuk turun ke bawah tanya pendapat mereka, dan kita akan persembahkan kepada parti.

"Bergantung kepada keadaan, kalau sekiranya terpaksa ubah semula semuanya, memang akan kita ubah. Tetapi bagi kita lihat dulu macam mana keadaannya sekarang ini," katanya.

PRK Pengkalan Kubor: Ujian di sebalik isu MB Selangor

Posted: 23 Aug 2014 11:00 PM PDT

HARAKAHDAILY|


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor, Kelantan adalah medan untuk Pakatan Rakyat menilai prestasi setelah terpaksa menghadapi liku konflik yang timbul dalam isu Menteri Besar Selangor.

Pengarah Jabatan Pilihanrayanya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, Pakatan Rakyat boleh menilai mood rakyat terhadap gabungan parti itu setelah sedikit tercalar akibat konflik yang timbul yang sehingga hari ini belum dapat diselesaikan secara keseluruhannya.

PKR juga, katanya boleh mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan parti itu kukuh dan sudah pulih daripada konflik serta tidak mempunyai perpecahan seperti yang digambarkan oleh pihak-pihak tertentu.

"Kami berpandangan, pilihanraya kecil itu adalah satu medan penting untuk Pakatan Rakyat itu sendiri bagi memulihkan kembali imej di mata rakyat khususnya seterusnya meyakinkan mereka untuk terus bersama Pakatan Rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pengkalan Kubor juga seharusnya menjadi gambaran kepada rakyat bahawasanya kerjasama Pakatan Rakyat sangat utuh dan akan terus dikekalkan bagi menghadapi seteru utama iaitu Barisan Nasional dan segala konflik yang timbul akan diselesaikan secara musyawarah.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat perlu mengadaptasi semangat setiakawan mereka di Pengkalan Kubor dengan ketiga-tiga parti mengerah seluruh tenaga bagi mencapai matlamat untuk merampas kedudukan kerusi tersebut yang dimenangi oleh Barisan Nasional sebelum ini seterusnya memperteguhkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat di negeri Kelantan.

"Bagi peringkat Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak, kami akan menunggu arahan yang dikeluarkan PAS dan sentiasa bersedia untuk mengerah tenaga bagi membantu gerak kerja pilihanraya walaupun kerusi tersebut ditandingi oleh PKR.

"Sebelum menerima arahan, kami akan mengarahkan seluruh jentera membuat persediaan dari pelbagai aspek dalam hasrat memenangkan Pakatan Rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY

Perwakilan tegur PKR tidak menyerlah isu Palestin

Posted: 23 Aug 2014 10:59 PM PDT

SALMIYAH HARUN


SHAH ALAM: Perwakilan PKR dari Terengganu menegur partinya yang agak kebelakang dalam menangani isu umat Islam di Palestin berbanding rakan mereka iaitu PAS.

Wakilnya Azlan Che Mat berkata, PKR harus bersama-sama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam isu Palestin yang mendapat perhatian seluruh dunia.

"Mungkin kita ada bersama tetapi tidak menyerlah seperti PAS. PAS cerdik, dia dah ke depan kita masih di belakang sedikit.

"Sepatutnya dalam hal ini, kita kena lancar tabung untuk Gaza dalam kongres hari ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan  usul antarabangsa yang dikemukakan oleh Angkatan Muda Keadilan Pusat di Kongres Keadilan PKR ke-10 semalam.

Terdahulu, wakil AMK menyifatkan keganasan dan jenayah bukan sahaja berlaku di negara Islam bahkan ianya telah lama berlaku  kepada Ketua Umun PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 2008. - HARAKAHDAILY

Graduan Unisel laku di pasaran kerjaya

Posted: 23 Aug 2014 10:56 PM PDT


Dr Anuar  
Dr Anuar
 
 
 
TANGGAL 23 Ogos, genap 15 tahun penubuhan Universiti Selangor (Unisel) yang suatu ketika dahulu yang terkenal dengan Universiti Industri Selangor.

Institusi ini yang beroperasi di dua kampus  di Bestari Jaya, Kuala Selangor dan kampus bandar Di Jalan Zirkon Seksyen 7, Shah Alam mula mengorak langkah dan kini setanding dengan IPTS di negara ini.

Sepanjang penubuhan universiti tersebut pelbagai kejayaan dicapai terutamanya dalam bidang penyelidikan selain dapat menghasilkan graduan berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran.

Perkara itu diakui oleh Naib Canselornya, PROFESOR DR ANUAR AHMAD ketika ditemu bual wartawan NORAWAZNI YUSOF di pejabatnya di Kampus Bandar di Seksyen 7.

Sejak Unisel ditubuhkan, berapa ramai penuntut yang telah menimba ilmu di universiti ini?

DR ANUAR: Unisel ditubuhkan 23 Ogos 1999 dan penubuhan Unisel seiring dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu menjadikan Selangor sebagai hub pendidikan serantau yang terunggul dan memainkan peranan untuk meningkatkan modal insan cemerlang. Sebagai sebuah IPTS ketujuh di Malaysia, Unisel memiliki keunikan tersendiri kerana ia sebuah universiti milik kerajaan negeri yang pertama di negara ini.

Pada akhir tahun 2011, sebanyak 89 program pengajian meliputi hampir kesemua aspek disiplin keilmuan diperkenalkan. Semua program tersebut telah mendapat akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pengiktirafan badan profesional yang berkaitan.

Perkembangan Unisel  juga dapat dilihat dari fizikal kampusnya yang di sasar akan menjadi salah sebuah kampus termoden di Asia Tenggara. Sejak penubuhannya hampir 12,000 graduan telah dihasilkan di Unisel.

Kalau kita melihat kemasukan baru iaitu pengambilan Januari sehingga Ogos hampir 3,300 penuntut telah berdaftar di sini.

Apa program yang telah diatur sepanjang tahun ini?

DR ANUAR: Banyak perkara yang kita atur sempena 2015 bermula daripada aktiviti-aktiviti antaranya Unisel dipilih sebagai universiti pertama di Asia oleh Amerika Asia-Bangsa Bersatu dan Pusat Latihan Pasifik ICT Pembangunan.

Antara program yang berjaya dianjurkan di peringkat antarabangsa adalah persidangan yang diadakan dengan kerjasama Aidcom yang berlangsung di Concorde Hotel, di sini mengenai pembelajaran dan ICTD dalam Kurikulum Universiti Persidangan Antarabangsa menyaksikan penyertaan 120 peserta dan penceramah dari 23 negara di seluruh dunia.

Persidangan itu bagi menggalakkan penuntut lebih banyak terlibat dengan komuniti dan berbakti kepada masyarakat, sejajar dengan misi PBB untuk memperbaiki kemiskinan dan memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak.

Terdapat 12 sesi ceramah yang dijadualkan sepanjang persidangan itu. Peserta dijemput untuk membentangkan kertas kerja dan mengadakan perbincangan semasa sesi bengkel juga.

Rancangan yang dicadangkan itu telah dikemukakan ke Kerajaan Negeri Selangor dan Unisel menyasarkan untuk memulakan program pembelajaran hibrid secepat tahun depan.

Pembelajaran hibrid melibatkan pelaksanaan sekurang-kurangnya 30 peratus aplikasi ICT dalam bilik darjah. Kami berharap kerajaan negeri akan meluluskan rancangan Unisel tidak lama lagi jadi kita boleh mula menambah baik infrastruktur ICT.

Usaha-usaha ini adalah sebahagian daripada mendedahkan pelajar kita kepada masyarakat antarabangsa supaya tidak ketinggalan.

Graduan Unisel dianugerahkan dengan darjah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan pelan ICT kami adalah sebahagian daripada memastikan kita menegakkan standard pendidikan dengan menggunakan ia dalam kurikulum.

Unisel juga berjaya menempa nama apabila berjaya melahirkan dua pelajar terbaik bidang kejuruteraan dan perakaunan yang mendapat pengiktirafan dari Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Ini membuktikan pelajar kami mampu bersaing bersama pelajar-pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain seterusnya menangkis dakwaan bahawa graduan universiti ini tidak berkualiti.

Bagaimana dengan asrama di Kampus Bestari Jaya yang pernah diarahkan tutup pada suatu ketika dulu. Apakah ia telah boleh didiami penuntut?

DR ANUAR: Selepas pihak Unisel bertungkus lumus berusaha membaik pulih asrama itu dan alhamdulillah pada 1 Julai lalu asrama tersebut sudah boleh didiami. Jadi semua pelajar di Bestari Jaya tidak perlu berulang.

Sebelum ini mereka berada di satu kawasan yang agak jauh mengambil masa 45 minit hingga satu jam. Kita pula terpaksa sediakan bas untuk mereka dan kos pelajar sememangnya akan meningkat.

Setakat ini alhamdulillah pelajar sangat gembira kerana dapat duduk di asrama baru dan kampus Bestari Jaya suasananya lebih meriah.

Masih ramai yang tidak tahu perkara ini dan keluarga boleh menghantar anak mereka untuk belajar di situ tanpa perlu bimbang tempat penginapan mereka.

Apa kejayaan yang telah dicapai oleh Unisel sepanjang 15 tahun penubuhannya?

DR ANUAR: Unisel telah berjaya membuktikan keunggulan dan kecemerlangan institusi itu apabila berjaya melahirkan graduan berkualiti untuk pasaran pekerjaan. Kita ukur kejayaan Unisel berdasarkan kebolehpasaran pelajar kita mendapat pekerjaan.

Jika merujuk kepada kajian yang dijalankan Kementerian Pendidikan Tinggi, graduan Unisel adalah yang tertinggi dalam aspek kebolehpasaran untuk syarikat swasta di dalam negara dan antarabangsa.

Pelajar kita adalah kedua tertinggi dalam negara untuk IPTS dalam aspek kebolehpasaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu 76.5 peratus selepas enam bulan bekerja. Pencapaian-pencapaian itu membuktikan ramai pihak yang berkeyakinan tinggi dengan kemampuan graduan Unisel untuk bersaing di peringkat tinggi.

Pasukan rakit senior Unisel, Rack'IT pula mencatatkan sejarah apabila meraih tempat ketiga keseluruhan bagi kategori terbuka, pertandingan Rakit Rafting Festival 1Perak peringkat kebangsaan di Selama, Perak, baru-baru ini.

Dalam pertandingan mencipta dan lumba kereta, Unisel turut dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Pertandingan Educational  Innovation Of Motorsports & Automotive Race 2010 (EIMARace 2010) dianjurkan oleh Pertubuhan Pelajar-Pelajar Kejuruteraan Mekanikal (MESA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Motorsport Association on Malaysia (MAM).

Sejauh mana kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh Unisel setakat ini?

DR ANUAR: Setakat ini penyelidikan yang kita jalankan dilihat berjaya terutamanya penyelidikan halal hab dan kini Unisel sedang memohon untuk mendapatkan peruntukan bagi membina kilang membuat gelatin dan enzim halal.

Kita hanya ada lebih kurang tujuh peratus sahaja gelatin halal. Jadi untuk menambah gelatin halal ini kita memerlukan peruntukkan RM6 bilion. Kalau kita boleh hasilkan gelatin halal, kita akan dapat memperbanyakkan produk makanan halal. Dalam hal ini kerjasama dengan kerajaan negeri dan industri amat diperlukan bagi merealisasikan perkara ini.

Buat masa ini, 12 penyelidikan akan dijalankan oleh 12 pensyarah dalam pelbagai bidang.

Sesebuah universiti tidak boleh lari penyelidikan dan kajian oleh sebab itu saya menggalakkan pensyarah membuat kajian yang tertumpu pada industri, kementerian dan kerajaan negeri.

Ke mana hala tuju Unisel ?

DR ANUAR: Dalam usaha untuk menjadikan sebuah universiti yang unggul, Unisel telah menggariskan enam nilai iaitu perlu ada integriti, bertanggungjawab, inovasi, berkualiti tinggi, keterbukaan dan setia kawan.

Enam nilai kongsi ini warga Unisel amalkan untuk mencapai hala tuju untuk menjadikan Unisel sebuah universiti yang terkemuka di negara ini dengan menaik taraf dan meningkatkan kemudahan prasarana di Unisel seiring dengan peningkatan jumlah penuntut pada setiap tahun.

Apa harapan Prof?

DR ANUAR: Dalam usaha untuk menaikkan institusi ini, Unisel mengasarkan tahun 2016 semua pensyarahnya mempunyai kelulusan PhD dan perkara sebegini jarang dibuat oleh universiti swasta lain demi menjamin kualiti pendidikan di Unisel.

BN masih boleh menang di Pengkalan Kubur?

Posted: 23 Aug 2014 10:46 PM PDT

MSO


 
Lumrah dalam politik dan kejamnya dunia politik apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia maka orang politik menjadi sibuk. Mereka bukan sibuk untuk menguruskan pengembumian jenazah atau berfikir apa-apa yang perlu, tetapi sibuk membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kerana kekosongan kerusi yang ditinggalkan si mati.

Barang kali dalam politik sudah hilang rasa hormat dan kepedulian kepada soal-soal fardu kifayah. Orang politik baik pemimpin dan pemain bawahannya semua berfikir soal kebendaan dan komersial. Bagi merka semua boleh diuruskan dengan ringgit, dan semua "bangsa" perlu dipolitikan.

Kebejatan manusia politik ini terkesan sekali lagi, apabila Adun Pengkalan Kubur Noor Zahidi Omar, 57 meninggal dunia di China pada 21 Ogos lalu. Tatakala jenzah masih berada di Guang Zhao, tetapi manusia politik di tanah air sudah pun berkira-kira dan membuat perhitungan mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubur. Sudah yang ada membuat perhitungan siapa calon dan peluang parti yang akan menang.

Saya sendiri dihubungi oleh sekurang-kurang tiga wartawan politik daripada akhbar arus perdana termasuk sebuah akhbar berbahasa Cina mahu bertanyakan hal Pengkalan Kubur. Mereka mahu pandangan daripada saya. Kenapa saya, mungkin kerana saya berasal dari Kelantan.

Saya tidak melayan semuanya dengan memberi alasan tunggulah sehari dua lagi. Jenazah wakil rakyat yang meninggal pun masih di China kata saya. Biarlah kita bercakap setelah jenazah disempurnakan dan marilah kita tunjuk solidariti kepada keluarga si mati yang masih bercukacita.

Wartawan dari akhbar berbahasa Melayu memahami dan dia hanya meminta pandangan umum sahaja. Jadi selepas bercakap dengan wartawan berkenaan, saya tidak membuat apa-apa ulasan awal mengenai Pengkalan Kubur termasuk dalam blog. Ada penjengok yang sudah merintih dan meminta saya membuat ulasan mengenainya. Inilah catatan awal saya khasnya kepada penjengok blog ini yang mungkin mahu mengtahui situasi di sana.

Sebelum itu, menurut Ketua Penerangan Umno Kelantan Mohd Alwi Che Ahmad, jenazah Noor Zahidi selamat disempurnakan pada malam kelmarin (23 Ogos). Jenazah dibawah dari Guang Zhao tiba di KLIA kemudian diterbang dengan pesawat Herculis TUDM ke Pengkalan Chepa Kelantan. Turut berada semasa pengkembumian ialah Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob. Kebetulan juga kerusi Pengkalan Kubur berada dalam parlimen Tumpat dimana Ahmad adalah Yang Dipertua Pas kawasan itu.

Apa yang orang ingin mengetahui hal Pengkalan Kubur ialah dua perkara utama. Pertama apakah BN dapat mengekalkan kerusi berkenaan, dan kedua siapakah atau daripada fraksi manakah yang akan menentang BN dalam pilihan raya kecil yang bakal diumumkan itu. Inilah dua perkara awal yang sedang bermain dalam kepala orang ramai khasnya pemain politik.

Dalam pilihan raya lalu Allahyarham Noor Zahidi menang dengan manjoriti besar, mendapat 1,776 majoriti mengalahkan calon Pakatan Rakyat daripada PKR Saharun Ibrahim yang mengutik sebanyak 8,438 undi berbanding dengan Noor Zahidi yang memunggut sebanyak 10,174 undi. Keseluruhan pengundi berdaftar di Pengkalan Kubur ialah sebanyak 24,097 dengan eceran 91.8% pengundi Melayu, 0.97% pengundi Cina dan 7.03% pengundi bangsa lain terutamanya Siam.

Dalam pilihan raya umum 2008 kerusi itu dimenangi Noor Zahidi dengan kelebihan undi sebanyak 100 sahaja mengalahkan calon PKR Mat Hassan seorang calon kampungan. Pemerhati sedikit memeranjat apabila Noor Zahidi memperbaiki kedudukan dalam pilihan raya umum lalu dengan meraih sebanyak 1,776. Kejayaan Noor Zahidi ini dilihatsebagai keupayaan dan kepedulian beliau kepada rakyat. Ertinya beliau bekerja membaiki reputasinya di Pengkalan Kubur.

Perkara ini memanglah jelas. Noor Zahidi seorang wakil rakyat yang baik dan dekat dengan rakyat. Dan dengan kedudukannya sebagai Ketua Umno Tumpat yang memegang beberapa jawatan lantikan politik memberi kemudahan kewangannya kepadanya untuk mengurus dan membantu rakyat. Peluang itulah menyebabkan beliau mendapat undi lebih baik.

Persoalan kini apakah budi atau kebaikan Noor Zahidi itu akan terguna pakai dalam pilihan raya kecil kelak? Umno Kelantan mengira sedikit sebanyak ia membantu parti tersebut, tetapi tentulah tidak banyak. Kelebihan yang ada kepada Noor Zahidi sebelum ini juga kerana beliau seorang yang baik, Allahyarham juga mempunyai keluarga besar di Tumpat.

Orang-orang Pas termasuk Ahli Parlimen Tumpat Kamarudin Jaffar juga merupakan kawan baiknya. Hubungan inilah menyebabkan berlaku perbezaan undi diperolehi Kamarudin di Pengkalan Kubur berbanding dengan undi diraih Saharun Ibrahim.

Apakah situasi ini akan berlaku dalam pilihan raya kecil nanti? Jawabannya ia bukan mudah. Tidak semestinya kebaikan orang-orang Pas di Pengkalan Kubur yang tidak senang dengan PKR, akan berpindah undi kepada calon baru Umno kelak. Perhitungan dan pendekatan baru perlu dilakukan Umno kalau mahu menarik simpati berbelah bahagi itu.

Secara kasarnya Umno masih boleh mempertahankan kerusi Pengkalan Kubur, tetapi bukan dengan majoriti sebesar dikutip Noor Zahidi itu. Mustapa Mohamed selaku ketua Umno tidak boleh tidak kena mempertahankan kerusi berkenaan kerana ia adalah moral kepimpinannya. Mustapa harus membuktikan yang beliau masih mampu dan ada pengaruh di Kelantan. Kekalahan di Pengkalan Kubur akan memberi natijah yang buruk kepada Mustapa.

Annuar Musa yang selamanya dahagakan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan akan bijak menggunakan kekalahan itu nanti untuk menonjolkan semula kehebatannya di Kelantan. Untuk menjadi Pengerusi Umno Kelantan dua kali (menambah) tidak pelik kerana Tengku Razaleigh Hamzah dan Mustapa Mohamed juga "menambah" dengan jawatan itu, dan kenapa tidak dengan Annuar.

Bercakap mengenai peluang BN ini, calon memainkan peranan penting dan penentu kepada menang kecil atau menang besar. Muhyiddin Yassin sudah memberi gambaran awal yang BN akan menurunkan calon muda. Manakala di pihak Umno Kelantan memberi gambaran mereka tidak "kasik" dengan calon. Ramai muka-muka baru yang berpotensi. Soalnya siapa?

Persoalan kedua, parti mana antara PKR dan Pas akan meletakkan calon untuk merampas kerusi berkenaan. Kalau mengikut tradisi dalam Pakatan Rakyat (konsensus yang longgar), sepatutnya kerusi itu diserahkan kepada PKR. Tetapi Pas sudah lama mengidam untuk bertanding di situ. Kekalahan dua kali calon PKR dijadikan alasan muktabar oleh Pas.

Ada benarnya juga alasan Pas itu. Tetapi kekalahan PKR tidak tepat untuk dijadikan alasan bagi Pas mengambil kerusi berkenaan tanpa membuat analisa dan kajian menyeluruh kenapa PKR tertumus di kerusi berkenaan. Harapnya Pas jujur dan ikhlas dalam membuat anlisa mengenai kekalahan atau kegagalan PKR di Pengkalan Kubur itu.

Kalau kekalahan arwah Mat Hassan tahun 2008 dan kekalahan Shaharun 2013 berpunca sedikit sebanyak daripada sabotaj pihak Pas, maka alasan yang diberikan itu kurang tepat. Alasan itu tidak ikhlas dan menunjukkan Pas sebagai rakan yang adil dan saksama dalam Pakatan Rakyat Sebaliknya kalau punca kekalahan itu kerana faktor lain tidak ada kena mengena dengan sabotaj Pas ia boleh diterima. Dan PKR sendiri tidak perlu bertekak untuk melepaskan kerusi itu kepada Pas. Kerana apa yang penting ialah kemenangan.

Sesuatu yang cacat sudah lama berlaku di Pengkalan Kubur di mana keadaan ini orang melihat tidak mewujudkan suasana kondusif antara Pas dengan PKR. Walaupun kerusi itu diberikan kepada PKR bertanding dalam pilihan raya, tetapi jawatan penyelia DUN diberikan kepada Pas. Kalau mengikut amalan biasa yang betul, mana-mana kerusi yang kalah, ianya perlu diserahkan kepada parti yang calonnya kalah untuk menjadi penyelia. Dengan cara itu barulah calon kalah atau parti kalah tadi dapat meneruskan khidmat kepada masyarakat.

Tetapi ia tidak berlaku di Pengkalan Kubur dan juga di tempat lain. Penyelia Dun diberikan kepada Pas menyebabkan kerja untuk masyarakat bertindih dan pihak PKR selalu bekerja hanya dengan gusi dan air liur. Hal ini juga turut diamalkan bila mana kerusi Kuala Balah yang ditandingi PKR tetapi penyelianya diberikan kepada Pas. Calon PKR Ramlan Mat yang dilantik menjadi penyelia kemudian "disenyenjah" turun penuh kezaliman.

Bagi saya sikap dan perbuatan ini adalah sabotaj dan bukan sikap setiakawan yang baik. Jadi kalau ia sabotaj ertinya perkiraan Pas untuk mengatakan PKR tidak ada kekuatan tidak benar, kerana kelemahan PKR itu turut sama dicanang oleh Pas.

Dengan kejadian ini kalau Pas memutuskan kerusi Pengkalan Kubur ditandingini Pas, ia tentu akan mendapat kritikan daripada pihak PKR. Bukan senang dan mudah untuk PKR menyerahkan begitu sahaja kerusi itu walaupun ianya tidak ada apa-apa ikatan. Pengambilan tanpa mendapat perlepasan baik daripada PKR menimbulkan masalah kepada Pas. Ingat kegagalan Pas untuk merampas kerusi Pengkalan Kubur ia akan dikaitkan dengan kepimpinan Ahmad Yaacob sebagai MB dan Pesuruhjaya.

Mereka yang sedang menanti atau mencari kelemahan Ahmad Yaakob akan menggunakan isu ini untuk menikamnya.

Pun begitu kalau kerusi itu terus diberikan kepada PKR untuk meletakkan calonnya, harapan untuk menang sangat tipis, bahkan ia lebih tipis daripada Pas. Kemenangan untuk Pas dan PKR dapat dicapai hanya dengan satu cara sahaja kedua pihak berkomrpmi dan iklas menghadapi pilihan raya berkenaan. Dengan wujudnya persefahama sampai ke tulang hitam begitu sahaja memungkin kerusi Pengkalan Kubur itu mampu dirampas. Catatan seterusnya potensi calon

GST: Harga rumah dijangka naik

Posted: 23 Aug 2014 10:36 PM PDT


Shu Chuan bersama Ketua Jabatan Komunikasi, Dzulnureen Dzulkifli (kanan) menunjukkan replika The Rafflesia @ Hill di galeri jualan MK Land di Damansara Perdana, baru-baru ini Shu Chuan bersama Ketua Jabatan Komunikasi, Dzulnureen Dzulkifli (kanan) menunjukkan replika The Rafflesia @ Hill di galeri jualan MK Land di Damansara Perdana, baru-baru ini
 
 
 
PELAKSANAAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST)  bermula 1 April 2015 dijangka meningkatkan harga rumah antara empat hingga enam peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MK Land Holdings Berhad (MK Land), Lau Shu Chuan berkata, peningkatan tersebut bergantung kepada perbezaan perniagaan antara pemaju.

"Kita boleh lihat kemungkinan kenaikan harga apabila GST dilaksanakan tetapi pada masa sama kita juga melihat kebarangkalian untuk bekerjasama dengan kontraktor dan pembekal bagi mengurus dan mengekalkan kos pembinaan rumah.

"Oleh itu, sebagai pemaju kami cuba untuk terus memberikan nilai tambah kepada pembeli terhadap wang yang dibelanjakan oleh mereka," katanya ketika ditemui di Galeri Jualan MK Land di Damansara Perdana, baru-baru ini.

Shu Chuan berkata, kenaikan harga rumah sudah lama berlaku dan setiap tahun harga tersebut meningkat mengikut nilai pasaran.

"Mengikut carta yang kami peroleh harga rumah di Selangor bagi tempoh 23 tahun lalu meningkat sebanyak 340 peratus dengan purata peningkatan lebih dari 10 peratus.

"Jadi untuk mengatakan harga rumah akan meningkat lima hingga 10 peratus disebabkan GST adalah kurang tepat kerana kita sedia tahu harga rumah di sekitar Lembah Klang meningkat lebih 10 peratus bagi tempoh dua tahun lalu," katanya.

Lantaran itu, MK Land sentiasa memikirkan cara untuk memberi nilai tambah kepada pembelinya dalam menghadapi kenaikan harga rumah.

Sementara itu, baru-baru ini, MK Land melancarkan fasa pertama The Rafflesia @Hill di Damansara Perdana yang melibatkan pembinaan 36 unit rumah berkembar tiga tingkat Semi-D.

Menurut Shu Chuan, The Rafflesia @ Hill mengandungi 106 unit rumah yang mempunyai nilai pembangunan kasar berjumlah RM350 juta dengan empat fasa pembangunan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun.

TPM yakin Pengkalan Kubor kekal milik BN

Posted: 23 Aug 2014 10:34 PM PDT

SINAR HARIAN


Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
 
 
MUAR - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor, Kelantan, meskipun terpaksa berhadapan cabaran daripada Pas, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata walaupun Dun Pengkalan Kubor adalah kubu kuat parti namun BN tidak boleh ambil mudah, sebaliknya perlu bekerja keras untuk mempertahankan kerusi itu.
  
"Kita tahu kawasan itu bukan mudah tetapi terbukti kawasan ini memang telah diwakili calon kita. Kita akan mengambil peluang ini untuk jelaskan dasar-dasar perjuangan Umno dan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran Umno Bahagian Pagoh, dekat sini hari ini.
  
Beliau turut memuji keperibadian penyandang kerusi Dun Pengkalan Kubor, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, yang semasa hayatnya sentiasa berpijak di bumi nyata, bekerja keras dan sering memberi perkhidmatan cemerlang dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan kepada pengundi tanpa mengira latar belakang mereka.
  
Allahyarham Noor Zahidi, 57, yang menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal, meninggal dunia akibat kanser hati pada pukul 5.45 pagi, Rabu lepas ketika menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhou, China.
  
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
  
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, turut membayangkan BN akan menurunkan calon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Kubor kali ini.
 
"Kita sudah kenal pasti ramai tokoh muda berwibawa yang boleh diketengahkan. Saya harap ini dapat diputuskan dalam tempoh bila tarikh pengumuman calon itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya," kata Muhyiddin.
  
Ketika ditanya sama ada kemelut yang menyelubungi pakatan pembangkang bakal memberikan kelebihan kepada BN, beliau berkata pengundi sentiasa peka mengenai isu seperti ini.
  
"Semuanya akan menjadi pertimbangan buat pengundi seperti juga contoh kemelut krisis politik di negeri Selangor...pertembungan dan perbezaan pendapat yang agak ketara antara komponen pakatan pembangkang, baik Pas, DAP dan PKR," kata Muhyiddin.
  
BN, katanya, boleh mengambil iktibar daripadanya untuk memberi penjelasan kepada pengundi tentang apa yang berlaku, sekali gus menerangkan kepada pengundi bagaimana BN berjuang untuk rakyat dan menguruskan hal negara.
  
Kira-kira 20,000 orang hadir memeriahkan majlis sambutan Aidilfitri kali ini. Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - Bernama

PKR hantar Azmin 'runding' kerusi Pengkalan Kubor

Posted: 23 Aug 2014 10:32 PM PDT


Presiden PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional PKR di Stadium Melawati,Seksyen 13 Shah Alam. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI Presiden PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional PKR di Stadium Melawati,Seksyen 13 Shah Alam. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
 
 
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan membincangkan terlebih dahulu permintaan Dewan Muslimat Pas yang mahu kerusi Dun Pengkalan Kubor dikembalikan kepada Pas selepas dua penggal ia gagal dimenangi calon PKR.

Untuk itu, Anwar berkata, PKR akan menghantar Timbalan Presidennya, Mohammed Azmin Ali bagi mengadakan perbincangan lanjut.

"Kita (PKR) serah pada YB Azmin, Azmin yang akan bincang.

"Memang kerusi itu tradisinya milik PKR, tetapi apabila ianya telah dibangkitkan oleh Pas, cara kita adalah adakan perbincangan," katanya kepada pemberita pada Kongres PKR, di Stadium Malawati, di sini hari ini.

Anwar berkata demikian bagi mengulas permintaan Ketua Dewan  Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof yang berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya corak politik di Dun Pengkalan Kubor diberikan nafas baharu.

"Setelah beberapa penggal sebelum ini kita telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baharu.

"Pas perlu mengisi tempat itu (Dun Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan," ujar Siti Zailah.

Sementara itu, Mohamed Azmin yang ditemui media berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin bersama pimpinan PKR Kelantan dan Pusat untuk mendapatkan maklum balas sebelum perkara itu dibawa ke peringkat tertinggi untuk diputuskan PR.

"Buat masa ini kita tidak mahu buat sebarang spekulasi kerana masih dalam proses perbincangan.

"Mengikut tradisi, kerusi Pengkalan Kubor diwakili PKR untuk dua penggal iaitu pada 2008 dan 2013. Sudah tentu ada permintaan untuk mengekalkan kerusi ini,"katanya.

Mohamed Azmin bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada PKR akan terus mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor kerana Kongres Nasional PKR masih berlangsung.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser Rabu lalu.

Pengkalan Kubor terletak di bawah Parlimen Tumpat yang mempunyai lima Dun di bawahnya. Empat daripada Dun berkenaan dimenangi oleh Pas pada PRU13.

Tiga lagi jenazah MH17 tiba hari ini

Posted: 23 Aug 2014 10:30 PM PDT


Pesawat MH19 yang membawa dua jenazah baru sahaja tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA kira-kira jam 8.30 pagi tadi. - Foto Sinar Harian Pesawat MH19 yang membawa dua jenazah baru sahaja tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA kira-kira jam 8.30 pagi tadi. - Foto Sinar Harian
 
 
 
SEPANG - [DIKEMASKINI] Walaupun hanya dua jenazah mengikuti Istiadat Penghomatan  Jenazah MH17 pagi ini namun suasana sedih tetap menyelubungi pekarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ).

Suasana sebak semakin dirasai sebaik pintu pesawat MH19 dibuka tepat jam 8.32 pagi.

Jenazah kumpulan kedua itu adalah Penyelia Penerbangan Kabin pesawat MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ng Shi Ing disambut penuh terhormat bermula jam 8.30 pagi tadi.

Kelihatan ahli keluarga tidak dapat menahan sebak ketika pesawat berhenti di hadapan khemah utama.

Pasukan penanda mula mengambil tempat dan dan kumpulan pengusung bersedia untuk membawa jenazah pertama.

Sebaik abu jenazah Shi Ing dibawa masuk ke van jenazah, hadirin diminta berdiri untuk bertafakur selama seminit pada jam 8.41 pagi sebagai tanda penghormatan terakhir.

Keadaan cuaca pagi cerah, namun suasana agak suram ketika kenderaan jenazah melintasi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman untuk dibawa ke lokasi pengkebumian masing - masing.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Mohd Ghafar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, Selangor manakala abu mayat mendiang Shi Ing akan dibawa ke Xiao En Bereavement Care Sdn Bhd, di Cheras, Kuala Lumpur.

Dua jenazah berkenaan adalah antara tiga jenazah yang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tepat jam 6.54 pagi tadi menerusi penerbangan MH19 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda pada jam 12.50 tengah hari Sabtu waktu tempatan (6.50 petang waktu Malaysia).

Identiti jenazah ketiga tidak didedahkan atas permintaan pihak keluarga, dan difahamkan jenazahnya dibawa terus ke kediaman keluarganya.

Setakat ini, pihak berkuasa Belanda mengenal pasti 30 mayat rakyat Malaysia, termasuk 20 yang sudah dibawa pulang ke tanah air kelmarin dan tiga pada hari ini.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Selain 43 warga Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Utusan: Gaya politik Dr M buat 'provokasi'

Posted: 23 Aug 2014 10:23 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Akhbar Utusan Malaysia edisi hujung minggu hari ini tidak teruja untuk mengulas kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam tulisan pojok Awang Selamat hari ini menyebut selain memberi pandangan, sememangnya gaya berpolitik bekas perdana menteri itu antaranya "melakukan provokasi".

"Seperti rakyat yang lain, Dr Mahathir berhak untuk menyuarakan pandangan sama ada yang manis atau mahupun pedas.

"Sejak mula berpolitik, itu sememangnya gaya beliau - mengkritik, memberikan idea dan melakukan provokasi," tulisan Awang Selamat dalam akhbar itu dipetik.

Dr Mahathir sebelum ini dilapor menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk termasuk "dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan" berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Tulisan Awang dalam akhbar milik Umno itu juga menyebut, kritikan Dr Mahathir kepada Najib dianggap hal biasa, memandangkan bekas presiden Umno itu juga pernah ditegur antaranya daripada Tunku Abdul Rahman.

Bagaimanapun tulisan itu memuji sikap Najib yang sabar, tenang dan tidak melatah ketika berdepan dengan kritikan itu.

"Perdana menteri sudah terbukti mempunyai rekod baik dalam menangani kritikan pada pemimpin termasuk Dr Mahathir.

"Kini Najib menerajui negara dalam lanskap politik yang jauh lebih mencabar berbanding era-era sebelum ini. Maka beliau perlu disokong atas banyak faktor.

"Antaranya prestasi pentadbiran beliau setakat ini tidak mengecewakan termasuk mengurus krisis seperti MH17," tulisan itu dipetik.

Tulisan itu juga menyebut, menarik balik sokongan kepada Najib bukan jalan penyelesaian malah boleh mengundang pihak yang ghairah menangguk di air keruh.

Rafizi: Tak puas hati sila keluar parti

Posted: 23 Aug 2014 10:21 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Naib presiden PKR yang baru Rafizi Ramli mengingatkan, mana-mana ahli yang menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu menteri besar Selangor sama seperti bersekongkol dengan BN.

Dalam ucapan penggulungan hari terakhir Kongres PKR hari ini, beliau turut meminta kepada ahli yang menyalahkan ketua umum itu supaya keluar daripada parti sekiranya tidak berpuas hati.

"BN dan Umno salahkan Datuk Seri Anwar perkara biasa. Kalau kita nak salahkan Datuk Seri Anwar juga, cari parti lain. Yang menyalahkan Datuk Seri Anwar ini sama seperti bersekongkol dengan BN yang menyerang parti ini.

"Mengkitik boleh tetapi biar ada adabnya. Bukan mengkritik dengan kritikan yang meletakkan kita sama dengan Umno dan BN," katanya.

Selain itu, Rafizi turut membidas ahli yang mendakwa PKR mengamalkan nepotisme.

Katanya, isu nepotisme tidak timbul memandangkan kesemua pimpinan tertinggi parti dipilih secara demokrasi pada pemilihan parti.

Justeru, Rafizi meminta mana-mana pihak yang tidak senang dengan 'nepotisme' yang ada di dalam parti supaya bertanding untuk merebut jawatan tersebut.

"Kenapa nak ada unsur dan suara yang bidas dan perlekeh apa yang dibuat oleh presiden, anak dan keluarganya. Kalau kita tak yakin, jangan duduk dalam dewan ini. Kalau yakin bahawa perjuangan yang dibawa ketua umum untuk melawan rasuah itu betul, kenapa mengkritik presiden dan anaknya kerana menyokong perjuangan yang betul.

"Sebaliknya yang berlaku, suara sumbang menyerang keluarga. Yang kata 'istana Bukit Segambut' pun datang dari orang kita sendiri. Sebab itu hari ini, cukup-cukuplah. Sebab yang galak serang parti ini nepotisme ialah Umno dan BN.

"Setiap seorang daripada mereka ada kekuatan masing-masing. Kalau rasa nepotisme itu teruk dan rosakkan parti, ada jalan keluarnya. Cabar mereka dengan bertanding. Mereka dipilih secara demokratik, jangan persoal nepotisme," katanya lagi.

"Istana Bukit Segambut" dianggap merujuk kepada kem Anwar dalam PKR. Gelaran itu diberikan berdasarkan kedudukan kediaman Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Sementara itu, dalam ucapan sama, Rafizi turut memberi peringatan kepada menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menghormati suara rakyat dengan 'bersara' daripada jawatan itu dengan cara yang baik.

Beliau turut mengingatkan Khalid supaya tidak mensabotaj rakyat dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

'Saya nak ingatkan kepada Tan Sri Khalid. Walaupun baki-baki integriti nama baik yang ada itu, sebaik-baiknya uruskanlah peralihan ini dengan menghormati suara rakyat. Jangan berani untuk sabotaj rakyat dengan membubarkan dewan. Saudara perlu bersara dengan baik.

"Yang sudah itu sudahlah, bersara. Hutang dah habis bayar, bersara dengan baik," katanya sambil menerima sorakan daripada perwakilan yang hadir.

PKR tuntut siaran langsung kes Anwar

Posted: 23 Aug 2014 10:20 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menuntut satu siaran langsung ke atas perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah persekutuan.

Dalam ucapan penggulungan Azmin menuntut siaran langsung itu diadakan agar "rakyat dapat menilai" sendiri tuduhan dan pembelaan kes tersebut.

"Kalau perdana menteri jujur, dia perlu buat perbicaraan secara langsung. Biar rakyat jadi hakim dan lihat perjalanan perbicaraan yang berlaku," tegas beliau dalam sambil mendapat tepukan gemuruh oleh perwakilan kongres yang hadir.

Ini adalah satu dari tiga perkara yang dituntut Azmin daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya beliau serius dalam mempertahankan dasar transformasinya.

Perkara lain yang dituntut ialah menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang juga ahli Umno dari menjadi ketua pendakwaraya kes dan juga pertuduhan ke atas peguambela Anwar N Surendran yang didakwa beliau bermotif politik.

"Apakah tiada pendakwa raya lain di pejabat peguam negara?

"Mengapa dilantik peguam Umno yang berjiwa Umno, dan berkiblatkan Umno? Maknanya ini kes politik (untuk) menghukum kita," kata beliau.

Mahkamah Persekutuan sebelum menetapkan 28 dan 29 Oktober depan untuk mendengar kes Anwar untuk membebaskannya daripada pertuduhan liwat oleh Mahkamah Rayuan.

Namun, pihak pendakwaan berusaha untuk menambah hukuman penjara dari lima tahun yang dikenakan terhadapnya.

Anwar, 67, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kepada Anwar atas pertuduhan itu.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh sebelum ini berkata, mahkamah akan mendengar rayuan ketiga yang berkaitan pada 14 Oktober dengan pihak pembelaan berusaha untuk membatalkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili pihak pendakwa.

Ini merupakan kali ketiga Anwar cuba untuk membatalkan peguam veteran tersebut dari pasukan pendakwaan dalam rayuan tersebut.
 

Perlis Tolak Tafakur, Dakwa Ia Bertentangan Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan

Posted: 23 Aug 2014 10:17 PM PDT

KELAB GREENBOC



 

Di saat seluruh negara bertafakur sewaktu 20 mayat mangsa nahas MH17 tiba di KLIA semalam, negeri Perlis tidak turut serta di dalam upacara bertafakur tersebut.

Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengeluarkan sekeping memo bertarikh 22 Ogos 2014, yang tersebar di laman sosial facebook dan twitter, menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan program tafakur anjuran Kerajaan Pusat berkenaan kerana perbuatan itu didakwa melanggar Faktwa Kebangsaan Tahun 1987 dan Fatwa Negeri Perlis tahun 1974.

Sementara itu Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbincang pada 6 – 7 Oktober, 1987 telah mengeluarkan fatwa berhubung isu ini yang menyatakan ianya adalah amalan yang bercanggah dengan Islam dan syirik, telah membuat kenyataan yang berlainan dan telah melakukan "U-Turn" di dalam portalnya menyatakan amalan tafakkkur yang dilakukan untuk MH17 tidak menyalahi syariat. Petikan:


Faham bertafakur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil 'moment of silence' (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna "kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta'rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

LIHAT VIDEO DI SINI

VIDEO - 1
VIDEO - 2

Tandas stadium gelap jadi modal PKR untuk "bantai" Khalid

Posted: 23 Aug 2014 05:14 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said dan Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Keadaan tandas yang gelap dan ketiadaan air di Stadium Melawati Shah Alam menjadi modal  perwakilan PKR untuk mencaci Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Pembahas Selangor Abu Talib Bujang membidas Khalid kerana keadaan stadium itu yang menjadi tuan rumah kepada Konvensyen Nasional PKR yang bermula hari ini.
 
"Saudara lihat, tak payah jauh, di stadium ini sudah (cukup). Lihat.. bilik air bergelap, air tak ada.. Apakah itu negeri yang ditadbir PKR," katanya pada sidang membahas ucapan presiden.  
 
Tindakan PKR pecat Khalid tepat
 
Beliau mendakwa parti itu mengambil tindakan tepat dengan memecat Khalid dua minggu lalu kerana enggan berundur sebagai MB.
 
 Abu Talib menyifatkan Khalid sebagai kedekut kerana tidak mahu membelanjakan rizab tunai untuk keperluan rakyat walaupun berjaya mengumpul sehingga berbillion ringgit.         
 
Beliau menuduh beliau sebagai punca kepada krisis politik yang melanda negeri ini sejak beberapa bulan lalu.
 
"Kalau dia tidak elok, melanggar tataetika perlembagaan, kita hukum mereka. Sebagaimana yang saudara tahu, walaupun (dia) sahabat baik kepada Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim), sebelum perkara ini merebak lebih teruk, lebih baik kita mengambil tindakan mengeluarkan (pecat) seorang daripada hancur satu parti," kata Abu Talib.
 
PKR diberi liputan meluas
 
Beliau menyifatkan media perdana yang memberi liputan meluas kepada PKR susulan kemelut itu sebagai pihak yang menangguk di air keruh.
 
"Kita lihat sahabat kita yang serpihan, yang kita lihat saban hari diperbesarkan di TV3, TV1.. sejak bila mereka mendewakan PKR?," kata beliau.
 
"Apa yang berlaku di selangor bukanlah salah pemimpin, ini adalah salah kepada pimpinan negeri seorang dua dengan pencacainya,"ujarnya. 
 
Tanpa menyebut nama Khalid sepanjang ucapan perbahasan walaupun dipercayai merujuk kepada Menteri Besar dua penggal itu, Abu Talib  menyifatkan Khalid sebagai kedekut kerana tidak mahu membelanjakan rizab Kerajaan negeri.
 
Perwakilan Selangor bidas kepimpinan PKR tidak cekap 
 
Abu Talib turut membidas kepimpinan PKR kerana tidak cekap menangani isu politik kabilah yang semakin menular dalam parti itu.
 
Perwakilan Pahang, Ahmad Nizam Hamid turut membangkitkan perkara yang sama, selain berpandangan kewibawaan PKR merosot disebabkan krisis isu pemilihan dan jawatan menteri besar baru-baru ini.
 
"Cabaran pertama yang saya lihat ialah merosotnya kewibawaan parti. Daripada pemilihan sehinggalah krisis yang berlaku sekarang ini (di Selangor," kata beliau.  
 
"Yang kedua melemahkan ialah sendi-sendi disiplin dan kasih sayang di antara kita dan anggota, kepimpinan berbelah bahagi mengikut puak di sana sini, " tambah beliau.
 
"Yang ketiga, merebaknya intoleransi dan krisis keperibadian…(seolah-olah)  tak boleh nak bertolak ansur, untuk (mereka) yang fikirannya dan pandangannya tidak sama dengan kita," kata Ahmad Nizam. 
 
Proses pemilihan PKR  mencetuskan kontroversi di sepanjang empat bulan lalu sehingga memecah-belahkan parti sehingga diperingkat akar umbi.
 
Semalam, barisan exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) menngajurkan bantahan kerana tidak puas hati dengan keputusan parti mengisthiarkan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai ketua sayap pemuda parti itu.
 
Mereka enggan mendengar ucapan penangguhan ketua baru sayap tersebut, Nik Nazmi.  
 
"Kita (harus) kembali bersatu, kembali sebagai ahli Keadilan dan saya ulang yang diatas itu pun perlu ada disiplin, ikan membusuk daripada kepala, yang tidak boleh nak terima, tak boleh nak tunduk setuju dengan keputusan parti nasihat kita hanya satu, keluar dan buat parti sendiri," kata Ahmad Nizam.

[VIDEO] Layanan 2 Darjat MH17 & Korban Lahad Datu: Laksamana (B) Selar Sikap Kerajaan

Posted: 23 Aug 2014 05:05 PM PDT

KELAB GREENBOC



Layanan dua darjat antara MH17 dengan korban Lahad Datu - Perwakilan PKR


SHAH ALAM: Pada saat negara bersedih selepas kembalinya jenazah mangsa MH17 semalam, seorang perwakilan Kongres PKR menyifatkan istiadat hormati jenazah mangsa MH17 terlampau istimewa jika dibandingkan dengan anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu.

Perwakilan Perak, Mohamad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, ia sekali gus membuktikan isu Lahad Datu hanya 'drama' yang dirancang pihak tertentu.

"Bila kita lihat apabila kematian 10 orang perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan secara ala kadar, ia berbeza benar berbanding dengan kematian mangsa MH17 yang diatur begitu rapi.

"Yang jadi mangsa warga tentera, macam jadi hamba abdi, menguruskannya. Bukan kita kata tidak boleh (pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan oleh kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17," katanya semasa membahas usul politik pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini.

Pada Mac 2013, pertempuran terjadi di antara pihak keselamatan dan pengikut pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Ia mengakibatkan dua anggota terkorban di Lahad Datu selain enam lagi di Semporna.

Jelas Mohamad Imran, kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap isu berkenaan selain mengakui turut bersimpati dengan mangsa nahas MH17.

"Bukan kita tidak bersimpati, tapi kenapa sampai begitu sekali, sedangkan pejuang-pejuang kita meninggal dunia di Lahad Datu tidak ada sambutan yang sebegitu, inilah yang kita minta kerajaan beri penjelasan," ujarnya.

Tambahnya, detik kejadian Lahad Datu iaitu tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 juga dilihat mempunyai muslihat tersendiri.

"Peristiwa serangan di Sabah sudah berlaku sejak 1986, 1991, 1990 tetapi tidak ada tindakan sivil yang diambil oleh pihak kerajaan

"Tetapi pada tahun 2013, pilihan raya akan berlaku, Lahad Datu dipaparkan, serangan dilaksanakan. Saya bercakap Lahad Datu merupakan sebuah drama tetapi selamat.

"Oleh kerana kita lihat ia berlaku tiga bulan sebelum pilihan raya apabila berlaku pada bulan Februari, tidak ada tindakan yang diambil sehingga masuk bulan Mac," katanya.

Pada Mei tahun lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berkata pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Jelasnya, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti. -astroawani



'Warga tentera diperlaku seperti hamba abdi'

Perwakilan dari Perak Laksamana (B) Imran Abdul Hamid hari ini mempertikaikan penggunaan anggoita tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat MH17.

Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah.

Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.

"Apabila kita lihat, kematian sepuluh perwira kita disambut secara ala kadar berbanding dengan (sambutan) kematian MH17 yang diatur begitu rapi.

"Yang jadi mangsa (adalah) warga tentera (yang diperlakukan) macam hamba abdi untuk menguruskannya.

"Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih untuk meraikan mangsa MH17.

"Bukan kita tak bersimpati tetapi mengapa sampai begitu sekali.

"Sedangkan, pejuang kita mati di Lubnan dan Lahad Datu pun tidak ada sambutan yang sebegitu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PKR hari ini di kongres parti itu hari ini.

'Beri penjelasan'

Beliau juga mendesak kerajaan menjelaskan rasional di sebalik penggunaan tentera dalam sambutan itu.

"Inilah yang kita minta kerajaan bagi penjelasan," katanya

Semalam, seluruh negara bertafakur selama seminit tepat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat itu.

Dinamakan Hari Perkabungan Negara, jenazah yang tiba di Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas dari Belanda, diberikan penghormatan menurut istiadat ketenteraan.

Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong juga berkenan mencemar protokol dengan memberi tunduk hormat kepada jenazah yang melintas di hadapan mereka.

Pesawat angkatan tentera C130 juga diguna untuk menerbangkan dua jenazah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Selain itu, helikopter EC725 digunakan untuk menerbangkan jenazah dua lagi mangsa ke Pagoh dan Segamat, Johor.
-mk

LIHAT VIDEO DI SINI

Tidak sensitif, 2 stesen radio tidak bertafakur

Posted: 23 Aug 2014 05:02 PM PDT


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
 
 
 
KOTA BHARU – Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini sedang menunggu laporan berkenaan dua stesen radio tempatan yang didakwa gagal mengikut cadangan bertafakur selama seminit pada Hari Perkabungan, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dua stesen radio tersebut tidak termasuk 36 stesen yang turut serta dalam istiadat penghormatan sebaik sahaja 20 jenazah tragedi MH17 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kita masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung dua stesen radio tersebut.

"... mungkin SKMM boleh beri peringatan kepada mereka kerana tindakan yang dilihat tidak sensitif terhadap suasana itu.

"Selain itu kita mahu tahu apa masalah mereka sehingga seminit yang dicadangkan untuk bertafakur seluruh negara itu gagal dituruti mereka," katanya.

Beliau hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Bharu kali ke-20 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Chat tadi yang turut dihadiri seluruh kepimpinan Umno bahagian itu.

Semalam, jenazah 20 daripada 43 rakyat Malaysia, yang terkorban dalam nahas MH17, tiba di tanah air dengan disambut penuh rasa pilu dan hiba, selepas 37 hari tragedi itu berlaku di Ukraine.

Tiada ulasan: