Ahad, 24 Ogos 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenali masalahnya PAS sebenarnya....

Posted: 24 Aug 2014 05:29 AM PDT

Apa sebenarnya yang menjadi masalah dalam PAS sehingga dilihat semakin kalut? 

Kau yang berak dan kencing kat hulu tu, kami kat hilir ni terpaksa bersilat untuk menepis ketepi segala macam najis yang kamu alirkan ke hilir ni.

Dah tu pula, kamu salahkan kami pula bila najis kamu tu terpalit kat badan kami, kata kat  kami semua ni busuk tak pandai mandi dan jaga diri. Sedap ke kamu saja!

Bukan kami tidak tahu sembahyang berjemaah. Tapi Kalau Imam mula angkat takbir sebelum masuk waktu sembahyang, tentulah jemaah atau kariah riuh satu Malaya! Janganlah ingat bila dah ada taitel Imam, kamu boleh ikut suka hati kamu saja dan suruh makmum ikut bontot kamu?


KUALA TERENGGANU 23 Ogos - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) mengakui parti itu kini berhadapan dengan masalah sikap dalam kalangan mereka yang tidak beradab dalam 'berjemaah'.

 Menurut Abdul Hadi, mereka itu bukan sahaja lantang kerana cuba bertindak mendahului pemimpin tetapi juga mahu agar pemimpin mengikut apa-apa langkah yang mereka mahukan.

 Abdul Hadi membayangkan gambaran itu melalui kenyataan berkias dalam sedutan video yang dimuat naik dalam Facebook rasminya petang ini.9 "Kalau sembahyang berjemaah, ada adab sembahyang berjemaah. Antaranya imam boleh baca kuat, makmum tak boleh baca kuat. Kalau kata 'amin' tak apalah. Ini (baca) Fatihah sama kuat dengan tok imam juga.

 "Kemudiannya, rukuk dan sujud tak boleh dahului imam. (Mereka) ini pintas rukuk dan sujud dulu (daripada imam). Ini yang berlaku.

 "Jadi kita kena ada adab-adab berjemaah. Kadang-kadang (apabila) berasa lambat sudah, nak suruh beri salam deras (segera), suruh tok imam beri salam deras, ini masalah yang kita hadapi,'' katanya.

 Kenyataan beliau difahamkan merujuk kepada kemelut politik yang berlaku di Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) berhubung kedudukan menteri besar.

 Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pas di Selangor memutuskan menyatakan pendirian mereka menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

 Langkah yang mereka ambil dengan kesediaan untuk dipecat daripada parti dibuat sebelum Jawatankuasa Pas Pusat bermesyuarat dan memutuskan pendirian rasmi pada 17 Ogos lalu.

 Bagaimanapun, Pas akhirnya turut menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama Azizah sebagai calon dan pakatan pembangkang kemudiannya memutuskan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal. Ekoran itu, Pas Terengganu mengingatkan pergolakan politik di Selangor perlu dijadikan pengajaran besar kepada Pas untuk 'menapis' barisan kepimpinan sebelum diberi kepercayaan agar mereka memikul agenda parti dengan sentiasa taat dan setia kepada presiden dalam apa jua keadaan.

 Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat menegaskan, mereka tersasar daripada 'akhlak berjemaah' tidak perlu dan tidak layak diberi amanah dengan dilantik menjadi pemimpin kepada 'Harakah Islamiyah' pada masa akan datang. SUMBER

Mu ni oghang ghapo? : Nik Amar

Posted: 23 Aug 2014 06:37 PM PDT

Ir Hj Khairil Nizam Khirudin Ketua DPPWP menyampaikan cenderahati 
kepada Dato' Nik Amar selaku perasmi Muktamar DPPWP
Berikut adalah transkrip ucapanTimbalan Menteri Besar Negeri Kelantan, AJK PAS Pusat,YB Dato' Mohd Amar Nik Abdullah melalui rakaman video ini, sewaktu perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kali ke 29 di Hotel Puteri Park, Jalan Raja Laut , Sabtu 23 Ogos 2014. Hadir sama Ketua Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan Ir Khairil Nizam Khirudin.

0:00 ~ Kepatuhan kepada kepimpinan penting, kalau tidak kita akan jadi serupa hok dua orang hok lompat.Ini melanggar adab dalam jemaah dan juga disiplin jemaah.0:12

0:13 ~ Dua orang yg melompat ini; kalau saya ada kuasa, saya pecat dua orang tu! 0:17 

0:18 ~ Apa lebihnya kita dari presiden? Apa lebihnya kita dari AJK PAS Puisat? Sehingga kita buat keputusan dahulu dari jemaah kita sendiri? Kalau dalam tentera, kalau langgar arahan ketua, tembak! 0:30 

0:31 ~ Kalau kita masuk PAS, kerana ada kepentingan-kepentingan, ada tujuan-tujuan tetentu yg ingin kita capai dan kita perolehi, maka kita tidak akan lama didalam perjuangan ini. 0:42 

0:43 ~ Sebab itu keikhlasan itu penting.Biar kita jelas, kenapa kita masuk PAS! Kalau kita tidak ikhlas, kita akan menjadi rosak lebih teruk dari Umno lagi. 0:53 

0:54 ~ Pemimpin ini mesti dipatuhi, mesti dihormati! Walaupun kita menerima bahawa pemimpin tidak sempurna, mereka tidak maksum, mereka ada kelemahan sebagai manusia, tetapi penghormatan, kepatuhan itu penting! Kerana itulah nilai sebuah kepimpinan! 1:09 

1:10 ~ Kalau kita mengkritik nak tegur pimpinan, kita boleh didalam forum, iaitulah didalam mesyuarat. Kita mestilah meletakan jemaah dari perkara-perkara yang lain.1:22 

1:23 ~ Jemaah ni, walaupun kita duduk dalam Pakatan Rakyat, jemaah kita mesti mari dulu, bukan Pakatan Rakyat mari dulu! 1:29 

1:30 ~ Bila duduk dalam Pakatan Rakyat, seolah-olah PAS ini tak ada! - 'Saya mendahulukan Pakatan Rakyat daripada parti!' - jadi mu ni oghang ghapo? Makna kita Tanya, mu ni siapa? Bukankah kamu ahli parti? 1:41 

1:42 ~ Kalau kita ahli parti, partilah nombor satu!Bukan Pakatan Rakyat nombor satu! 1:46

Tiada ulasan: