Ahad, 17 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Isu MB: Transkrip penuh sidang media PAS Pusat

Posted: 17 Aug 2014 09:03 AM PDT

SALMIYAH HARUN



 


KUALA LUMPUR: PAS hari ini mencadangkan dua nama calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohammad Azmin Ali sebagai menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Keputusan itu diumumkan PAS pada sidang media selepas Mesyuarat PAS Pusat di pejabat agung parti itu pagi ini.

Berikut adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan wartawan kepada pimpinan PAS Pusat yang dijawab oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausa Agung PAS Datuk Mustafa Ali selepas membacakan keputusan PAS pada sidang media hari ini.

Wartawan: Kenapa PAS tidak letak nama (Tan Sri) Khalid Ibrahim?

PAS: Sudah tidak timbul soal Khalid Ibrahim, dia telah dipecat oleh partinya. Maka tidak timbul lagi nama khalid Ibrahim.

Q: Bagaimana dengan empat exco PAS?

A: Mereka akan terus berkhidmat.

Q: Bagaimana dengan dua Adun PAS yang sokong Wan Azizah.

A: Kita akan siasat kenapa boleh jadi begitu.

Q: PAS telah menolak Wan Azizah seblum ini tetapi hari ini PAS dah buat U-turn?

A: Tidak ada U-turn

Q: Adakah keputusan ini persetujuan bersama atau ada undian?

A: Persetujuan bersama dan sebulat suara.

Q: Dengan keputusan ini adakah ia tidak selari dengan keputusan Majlis Syura yang mahukan TSKI sebagai MB?

A: Tidak timbul. Sebab TSKI dipecat partinya.

Q: Bagaimana hubungan PAS dengan DAP sekarang?

A: Petang ini kita ada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat jam 5 petang ini.

Q: Kenapa tidak TSKI?

A: Kita tahaluf siayasi dengan parti bukan dengan individu.

Q: Ada yang mengaitkan Umno dalam isu ini.

A: Itu tidak betul, tidak betul

Q: Keputusan hari ini adakah dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

A: Tidak ada.

Q: Adakah PAS bersedia jika ada Pilihan Raya Negeri?

A: Tidak timbul perkara itu sekarang. Kami masih 2/3 majoriti.

Q: Selepas Aan Azizah adakah PAS cenderung kepada Azmin.

A: Kita kemukakan dua nama. Tidak timbul soal ini. Kita akan mesyuarat petang ini. Petang ini kita akan tentukan dalam mesyuarat PR .

Q: Umno hendak tengok Pakatan Rakyat berpecah?

A: Ya...kalau bukan itu (tujuannya) bermakna bukan Umnolah.

- HARAKAHDAILY

5 individu direman tiga hari kes pesta sukan bogel

Posted: 17 Aug 2014 08:59 AM PDT

BERNAMA 


GEORGE TOWN: Lima individu termasuk seorang lelaki Singapura direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.
  
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata rakyat Singapura berusia 30-an itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pagi semalam.
  
"Kelima-lima mereka iaitu dua wanita dan tiga lelaki berusia antara 24 dan 57 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret George Town pada pukul 11 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya ketika dihubungi.
  
Beliau berkata kesemua mereka termasuk dua yang disyaki penganjur pesta itu menyerah diri sekitar pukul 10.30 pagi dan 6 petang semalam.
  
Lai berkata sehingga kini tujuh daripada 15 individu yang disyaki terlibat dalam pesta itu ditahan.
  
Pesta itu hangat diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang' tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan. - Bernama

Status MB: Khalid akan menghadap Sultan Selangor

Posted: 17 Aug 2014 08:52 AM PDT


Abdul Khalid Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Abdul Khalid Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan nasihat mengenai jawatan yang masih disandangnya.

Keputusan tersebut dibuat selepas hasil mesyuarat pimpinan Pas Pusat yang berlangsung selama 90 minit itu mendedahkan dua nama, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.

"Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk diberikan nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

"Sehingga sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama empat Exco daripada Pas akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menerima keputusan yang dibuat daripada hasil mesyuarat oleh pimpinan Pas.

"Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Pas berkenaan status menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

"Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang," katanya lagi.

Pas Selangor terima keputusan Pas Pusat

Posted: 17 Aug 2014 08:50 AM PDT


Mohd Khairuddin Othman Mohd Khairuddin Othman
 

PAS Selangor pada hari ini menerima dan akan taat kepada keputusan yang telah diambil oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pusat sebentar tadi iaitu menggantikan seorang Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kita akan terus bekerja dengan mana-mana menteri besar yang ada termasuk yang bakal akan dilantik nanti atas perkenan Sultan Selangor kelak.

"Pas Selangor akan menjunjung titah Sultan Selangor dan seluruh kepimpinan pas serta ahlinya sangat menjunjung kasih ke bawah Sultan Selangor.

Pas Selangor yakin ada hikmah yang sangat besar di sebalik keputusan yang telah dibuat dan kita tegas meminta agar semua adun pas serta kepimpinan parti di semua peringkat agar akur kepada keputusan yang dibuat termasuk mentaati tatacara parti yang ada.

Pesuruhjaya telah mengarahkan agar semua anggota Exco Pas, Adun, Ahli Majlis serta JKKK untuk terus fokus kepada memperkukuhkan kerajaan PR dan menjaga agar kebajikan rakyat terus terbela.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha Pas Selangor

Nik Aziz tunggu penjelasan Abdul Hadi

Posted: 17 Aug 2014 08:48 AM PDT


Nik Aziz  

Nik Aziz


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendengar penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan berhubung keputusan parti itu mengemukakan dua nama calon Menteri Besar Selangor.

Enggan mengulas lanjut, Nik Aziz berkata, Abdul Hadi akan bertemunya esok di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim dan segala-galanya akan dijawab selepas pertemuan itu nanti.

"Saya tidak boleh sebut sebelum beliau (Abdul Hadi) membuat kenyataan kerana itu peraturan, namun saya bersyukur pemimpin Pas Kelantan tidak banyak mulut, walaupun mereka lebih berpengalaman dalam perbalahan yang dibuat oleh orang politik," katanya hari ini.

Menurutnya, beliau tidak mahu penyokong Pas terlalu membicarakan sesuatu isu sehingga boleh merumitkan keadaan.

"Saya tidak mahu ajar penyokong Pas banyak mulut dan panjang lidah memperkatakan itu dan ini yang akhirnya akan merumitkan keadaan, apa pun kita berdoa kepada ALLAH mudah-mudahan Pakatan Rakyat kekal," katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

[VIDEO] Azmin Tarik Diri, Pakatan Hanya Hantar Nama Wan Azizah Sebagai MB

Posted: 17 Aug 2014 08:38 AM PDT

KELAB GREENBOC





Pakatan akhirnya terima Azizah calon tunggal

Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor sebentar tadi.

"Majlis Pimpinan (Pakatan) juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin Ali untuk jawatan senteri besar.

"Bagaimanapun Azmin menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar baru Selangor," kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi.

Mesyuarat PKR sebelum itu telah memutuskan untuk tetap menyokong Wan Azizah seperti yang diputuskan parti 21 Julai lalu.

PAS pada tengah hari telah meminta satu lagi nama iaitu Azmin untuk dicalonkan sebagai menteri besar bersama Wan Azizah.

Justeru Anwar berkata PKR akan meneruskan proses memohon menghadap sultan Selangor untuk mempersembahkan keputusan itu kepada baginda secepat mungkin.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akur dengan keputusan itu selepas Azmin bersetuju mengikut keputusan parti.

"Dua calon dah ada di sini dan selepas mesyuarat tadi Azmin hormati keputusan partinya," kata Mohamad ringkas.




LIHAT VIDEO DI SINI

Parti lebih penting daripada jawatan MB,kata Azmin

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, beliau sanggup mengorbankan jawatan menteri besar Selangor demi memberi keutamaan kepada kepentingan parti.

Azmin dicalonkan sebagai menteri besar Selangor bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail oleh PAS awal hari ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Bagi saya parti lebih utama. Saya bercakap dengan rakan-rakan pimpinan, kita mesti bekerja untuk PKR tanpa mengira apa sekalipun," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas sidang media pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Subang Jaya, Selangor petang ini.

Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, PR akan lebih bersatu padu selepas krisis membabitkan isu penggantian menteri besar di Selangor ini.

"Saya percaya, selepas krisis ini, PR dan PKR akan lebih kuat," katanya.

Ditanya sama ada beliau masih ingin menjadi menteri besar, jawabnya: "Saya tidak memaksudkan demikian, saya hanya mengulangi komitmen parti."
-TMI

LIHAT VIDEO SINI

ULASAN GB

Demikianlah harmonisnya selesai kemelut yang melanda Pakatan.

Dengan keputusan Pakatan Rakyat tersebut, ini juga bererti kesemua 15 orang ADUN PAS di Selangor perlu memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor mengikuti jejak langkah dua orang YB PAS yang dituduh "pengkhianat" oleh sesetengah pihak sebelum ini. kesemua ADUN PAS wajib mematuhi keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mencalonkan Dr. Wan Azizah dan Azmin Ali sbeelum ini dan kini setelah Azmin menarik diri, maka mereka perlu menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal MB dari Pakatan Rakyat.

Memang benar apa yang dinyatakan oleh YB Saari Sungip sebelum ini.

Saari berkata, mereka berdua (beliau dan YB Hasnul Baharuddin) berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama,"

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.

"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya

Dengan sokongan tersebut sekarang kedudukan Pakatan Rakyat yang menyokong Wan Azizah ialah 15 (DAP) + 15 (PKR) + 13 (PKR) = 43. Sedangkan di satu pihak lagi UMNO (12) + Bebas (1) = 13.

Semuga Pakatan Rakyat terus bertambah kukuh dengan episod ini.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sesungguhnya Allah tidak mensia-sia ornag yang telah banyak berbakti kepada parti meskipun masih ramai tidak mengetahui. Baca SINI.

Faekah dakwa Khalid mahu tubuh parti politik baru

Posted: 17 Aug 2014 08:32 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal menubuhkan sebuah parti politik baru bagi berdepan segala kemungkinan dalam kemelut penyingkirannya sebagai menteri besar Selangor.
 
Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala urusan peralihan perlu berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
 
"Khalid bakal menubuhkan parti baru. Saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat apa tindakan beliau selanjutnya.
 
"Pendirian Khalid yang kini cuba digambarkan kononnya beliau dalam apa cara sekalipun mahu mempertahankan jawatan MB, itu adalah gambaran jahat.
 
"Tidak tepat mengatakan Khalid begitu kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan pelantikan dan pemecatan menteri besar hendaklah dilakukan secara teratur, tertib dan berhemah," katanya dalam satu wawancara yang diterbitkan Berita Harian hari ini.
 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat hari ini bagi menyatakan pendirian sama ada mahu terus mengekalkan Khalid sebagai menteri besar atau menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru.
 
Majlis Syura PAS yang bermesyuarat tempoh hari mahu Khalid dikekalkan kerana tiada apa-apa bukti yang disabitkan Khalid melakukan penyelewengan dalam tugasnya sebagai menteri besar. - berita harian

MH17: Dua lagi mayat warga Malaysia dikenal pasti - Wee Ka Siong

Posted: 17 Aug 2014 08:26 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
 
THE HAGUE:  Pihak berkuasa Belanda mengenal pasti dua lagi mayat warga Malaysia menjadikan setakat ini 26 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang disahkan identiti mereka.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, perkembangan terbaharu itu telah dimaklumkan kerajaan Belanda kepada Kedutaan Malaysia dan MAS.
 
``Saya dimaklumkan mengenai perkara itu dalam perjumpaan dengan Duta Besar kita di Belanda Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib dan Naib Presiden Perkhidmatan Operasi MAS, Datuk Baharom Mohd Yatim pada Sabtu.
 
``Perkara ini telah dimaklumkan kepada keluarga. Proses dokumentasi kini sedang dijalankan dan akan disiapkan secepat mungkin sebelum upacara sembahyang atau pembakaran mayat dilakukan,'' katanya kepada Bernama.

Mat Sabu: Keputusan Majlis Syura PAS sokong Khalid terbatal

Posted: 17 Aug 2014 08:23 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad, Shuhaniza Said dan Shawaliah Hadir
Post Pic


KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Syura PAS mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor "terbatal" setelah beliau dipecat oleh PKR.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata ekoran pemecatan itu, PAS sebulat suara bersetuju mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali untuk jawatan itu.
 
"Itu (Keputusan Majlis Syuara) tak berbangkit sebab Khalid sudah dipecat partinya," kata Mat Sabu selepas mesyuarat tiga jam AJK PAS Pusat.
 
"Dia kena pecat, kita tahaluf dengan parti bukan individu," jelas Mat Sabu pada sidang media.
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir pada sidang media itu.
 
Antara yang turut serta menjawab soalan wartawan adalah Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar; Naib Presiden, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad.
 
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat petang ini untuk menimbangkan permohonan PAS supaya selain Wan Azizah, nama Azmin turut dikemukakan untuk perkenan Sultan bagi mengisi jawatan MB itu.  
 
Minggu lalu Sultan Selangor memberi mandat untuk terus menjadi MB setelah Khalid memberikan perakuan beliau masih mempunyai sokongan majoriti dalam DUN Selangor.
 
Khalid kemudian bertindak memecat semua enam exco PKR dan DAP namun mengekalkan empat exco PAS dan berharap kepada sokongan 15 ADUNnya untuk berpaut kepada kuasa.   
 
Namun PAS kini mengambil keputusan ia bersetuju untuk Khalid digantikan tetapi mahukan PKR untuk turut mencalonkan Azmin, selain Azizah sebagai calon MB kepada Istana Selangor.  
 
Majlis Pimpinan Pusat PKR sebelum ini menetapkan hanya nama Azizah akan dikemukakan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Dua hari lalu, Azizah mengisytiharkan beliau mempunyai sokongan 30 daripada 56 ADUN Selangor termasuk dua daripada PAS.
 
Selain dua wakil PAS itu, 13 ADUN PKR termasuk Azmin dan 15 ADUN DAP turut memberikan sokongan kepada Azizah. 
 
Mohamad Sabu ketika ditanya berkata, PAS akan menyiasat dua ADUNnya itu.
 
"Kita akan siasat dan akan buat pemeriksaan (untuk ketahui) mengapa jadi begitu. (Bagaimanapun) Benda itu tidak berbangkit sebab kita sudah sokong Azizah," katanya.
 
Keputusan PAS hari ini bermakna Khalid hanya dapat bergantung kepada sokongan 12 ADUN Umno dalam DUN Selangor.
 
PAS sebelum ini menolak Azizah sebagai calon MB dan menyatakan sokongan kepada Khalid ekoran ADUN Pelabuhan Klang itu tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penyelewengan sepanjang menerajui Selangor.
 
Bagaimanapun sokongan itu dibuat sebelum Khalid dipecat daripada PKR. Khalid dipecat kerana enggan memberi laluan kepada Azizah untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

KEMASKINI] PAS Selangor akan bekerjasama dengan Khalid hingga berlaku peralihan kuasa

Posted: 17 Aug 2014 08:21 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said, Shawaliah Hadir dan Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic



KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad menyambut baik keputusan pimpinan tertinggi parti itu yang sebulat suara mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau dalam pada itu juga berpegang dengan pendirian PAS yang mahu empat exco dari parti itu, termasuk dirinya, kekal bekerjasama dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga peralihan kuasa berlaku.
 
"Tetap bekerjasama dengan Tan Sri Khalid sehingga peralihan kuasa," ulasnya ringkas.
 
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung pagi tadi selain itu juga mengambil ketetapan untuk tidak menuntut jawatan tersebut setelah sepakat mengangkat dua nama daripada PKR sebagai pengganti kepada Khalid.
 
Atas alasan sebagai rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) maka PAS sebulat suara mendokong calon yang diutarakan oleh PKR walaupun sebelum ini Presiden Datuk Seri Andul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat termasuk Majlis Syura parti itu mahu Khalid dikekalkan sekaligus menolak Wan Azizah.
 
Keputusan hari ini sekaligus membatalkan semua pendirian yang dibuat mana-mana pemimpin dan sayap parti itu sebelum ini.
 

Abdul Khalid bagai harimau cedera

Posted: 16 Aug 2014 10:52 PM PDT


Dr Dzulkefly Ahmad Dr Dzulkefly Ahmad
 

[VIDEO] SEHINGGA 17 Ogos ini atau esok, semua pimpinan Pas khususnya di Selangor diarah untuk tutup mulut dan tidak mengeluarkan sebarang pendirian dan kenyataan terhadap krisis politik di Selangor dan pada masa ini juga mereka perlu patuh kepada keputusan Majlis Syura Ulama Pas memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun kurang tiga sebelum tarikh itu, Lajnah Politik Pas pula bermesyuarat dan memutuskan untuk menolak cadangan supaya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.

Ikuti temu bual Sinar Harian Online bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat merangkap Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad untuk mengulas lanjut kemelut politik yang dihadapi Pas untuk terus kekal relevan dalam landskap politik di negara ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Pas melihat krisis politik di Selangor memberi kelebihan atau bencana kepada Pas untuk kekal menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor selepas dirampas oleh Menteri Besar dari Adun Bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

DZULKEFLY: Saya telah nyatakan pada mulanya krisis ini saya sangat tertekan dengan cara kesemua komponen dan pimpinan parti dalam PR mula menembak sesama sendiri.

Ketika itu saya mengeluarkan beberapa kenyataan menyebutkan istilah sebagai PR dalam kemelut memusnahkan PR sendiri.

Lalu saya menekankan betapa pentingnya Majlis Presiden bersidang atau bermesyuarat untuk segera menangani kemelut itu.

Alhamdulillah esoknya itu keluar kenyataan mengingatkan semua pimpinan supaya berhenti daripada menembak sesama sendiri.

Setelah Tan Sri Khalid dipecat, berlaku krisis (pemecatan enam Exco PR Selangor) yang saya istilahkan sebagai 'ribut yang sempurna'.

Lalu ketika itu juga tindakan parti-parti komponen itu jelasnya nampaknya sedikit berbeza, Pas semacam agak terasing daripada DAP dan PKR.

Tentunya ia telah mencetuskan pelbagai persepsi yang gusar dan khuatir, tidak memahami kenapa Pas mengambil tindakan-tindakan seperti ini.

Saya mahu jelaskan terdapat dua perkara sebagai penjelasan dan pencerahan daripada saya untuk memahami apa yang berlaku.

Pertama saya ingin tegaskan, meskipun dalam tindakan setelah berlaku pemecatan dan Tan Sri Khalid menghadap Sultan Selangor seraya mengatakan bahawa beliau masih mendapat sokongan dan Tuanku memperkenankan Tan Sri Khalid terus memerintah sekaligus PR telah hilang kerajaan ketika itu.

Kerajaan negeri Selangor itu sudah menjadi kerajaan Tan Sri Khalid dan ketika itu jugalah empat Exco dari Pas mengambil pendirian yang agak berbeza.

Undang-undang Tubuh Negeri mensyaratkan sekurang-kurang empat Exco, maka mereka boleh meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Saya memberikan tafsiran ini meskipun dilihat sebagai satu yang negatif kepada Pas tetapi saya pernah menyebut dalam penulisan awal bahawa dengan 'campur tangan langit' sahaja dapat mengelakkan PR daripada hancur apabila pimpinan PR mula menembak sesama sendiri.

Bagi saya langkah ini walaupun tidak nampak sebagai satu cemuhan daripada rakan-rakan dalam PR, saya berani menyatakan bahawa langkah ini sangat penting untuk mengelakkan kerajaan negeri Selangor ini dirampas kuasa mengikut pintu belakang (back door coup d'etat).

Apabila empat Exco kami ini menyatakan sokongan kepada Tan Sri Khalid dengan meletakkan syarat supaya Tan Sri Khalid tidak akan melantik mana-mana Adun dari Umno sebagai Exco, sekiranya berlaku maka mereka akan letak jawatan serta-merta.

Langkah ini saya fikir sangat berani dan konvensional sekaligus mencetuskan pelbagai persepsi terhadap Pas, namun saya berani mengatakan bahawa langkah itu telah menyelamatkan Pas daripada dirampas kuasa oleh Umno.

Saya juga mendengar daripada sumber-sumber sahih bahawa ada pihak mengatakan Umno akan dilantik oleh Tan Sri Khalid untuk mengambil alih kesemua kerusi Exco yang dikosongkan oleh wakil PR itu.

Ketika episod kedua berlaku yang diambil oleh PKR, kita dapati sekali lagi Pas menyelamatkan keadaan dengan pintu depan.

Dua Adun Pas Selangor yang mempunyai komitmen dan keyakinan diri mereka bahawa mereka bertindak dengan semangat dalam lingkungan dasar yang diputuskan dalam Muktamar Pas untuk mengukuhkan PR.

Mereka membuat ijtihad dan mereka berdepan dengan kecaman dan pelbagai tuduhan dari luar dan dalam, maka saya anggap satu tindakan itu tidak konvensional, tidak dijangka dan sangat luar biasa.

Dengan itu sekaligus mengizinkan PR membuka 'pintu depan' kepada apa yang ada pada hari ini nyata menjadi satu cabaran kepada Tan Sri Khalid bahawa kononnya bahawa dia dapat suara ramai (majoriti) dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

Jadi tinggal 30 suara Adun jelas kepada Tuanku bahawa ia membuka isyarat jelas mengikut Undang-undang Tubuh Negeri, kita tahu siapa kerajaan di Selangor ini.

Walaupun kenyataan Tan Sri Khalid sangat mengejutkan yang mengatakan bahawa tiada kerajaan PR dan tidak wujud PR di Malaysia kerana tidak berdaftar kononnya.

Selama ini dia (Khalid) berdiri di atas apa ya? Itu perkara yang ditanya oleh rakyat. Sekali gus penafian Tan Sri Khalid itu tidak mengizinkan Sultan Selangor membubarkan Dun Selangor.

Dua perkara itu sangat penting bagi kami dalam Pas yang mahu difahami kerana banyak cemuhan kami terima kononnya kami telah keluar dari PR, kami menyokong orang yang sudah dipecat dan sebagainya.

Politik sangat kompleks bukan boleh dibaca selapis tetapi beberapa lapis, beberapa strategi yang "multipronged".

Akhirnya yang penting bagi PR ialah melakukan transisi kepada pertukaran Menteri Besar Selangor dan PR kembali memerintah Selangor.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah pendirian Pas tidak konsisten selepas menyokong Tan Sri Khalid kemudian mahu meletak jawatan jika Adun Umno dilantik menjadi Exco?

DZULKEFLY: Sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam, kita juga ada perhitungan-
perhitungan, kita boleh terangkan secara jelas, sering kali perhitungan strategik itu yang dilihat dalam tindakan dan amalan kami termasuk pendekatan yang telah kami lakukan.

Saya kira dalam hal sangat penting, akhirnya rakyat boleh lihat dengan apa yang dilakukan oleh empat Exco Pas itu, ia tidak mencetuskan satu keadaan huru-hara.

Ada yang mengatakan boleh saja diMagerankan negeri ini, atau boleh diambil alih atau boleh saja dibubarkan DUN Selangor sekaligus boleh mengundang Pilihan Raya Negeri serta-merta.

Kami mahu tindakan-tindakan kami dilihat dengan segala rendah hatinya, bukannya kami mahu jadi hero, perhitungan kami itu ada asasnya dan terbukti apa yang dilihat pada hari ini.

Kepelbagaian tindakan itu kami berharap akan dapat difahami oleh kawan dan lawan.

SINAR HARIAN ONLINE: Pas dikatakan lambat menyatakan pendirian dalam krisis Menteri Besar ini sedangkan parti komponen lain dalam PR menyatakannya lebih awal.

DZULKEFLY: Itu saya tidak boleh beri jawapan yang tepat, perhitungan itu dalam pemikiran Presiden Pas, walaupun saya tidak setuju, tetapi saya menghormati pandangan beliau itu dan saya yakin 17 Ogos nanti kita akan buat keputusan begitu cermat dan teliti setelah mendapat pelbagai pandangan.

Saya juga berpandangan kalau boleh kita mengadakan mesyuarat dengan segera kerana isu ini melibatkan pengurusan krisis.

Pas nampaknya tidak pandai mengurus krisis walaupun kita ada seorang pakar iaitu Dr Mujahid Yusof Rawa di mana PhDnya dalam "Crisis Management".

Pas ini dilihat seperti berlengah-lengah, tidak tahu erti krisis, saya kira tuduhan-tuduhan itu bolehlah kita terima sebagai muhasabah dan peringatan bagi kami.

Sementara saya mahukan perkara ini disegerakan, saya masih menghormati pendirian Presiden Pas yang mungkin ada perhitungan-perhitungan tertentu.

Hanya tinggal 24 jam lagi dan kita akan bertemu dengan kenyataan dan realiti dalam membuat keputusan yang sangat besar untuk masa depan Pas dan PR.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Dr melihat tindakan Tan Sri Khalid itu yang membuat keputusan agak drastik memecat enam Exco DAP dan PKR disebabkan enggan bekerjasama dengannya?

DZULKEFLY: Saya kira beliau telah menjadi seumpama seekor harimau yang cedera, ia sangat ganas, dan juga kerana itu orang tahu beliau melanggari prinsip demokrasi.

Kalau kita sudah hilang kepercayaan oleh parti kita sendiri dan gabungan politik, maka kita tidak ada lagi moral untuk terus mentadbir sebuah negeri mahupun negara.

Perkara itu sudah jelas dalam tindakan-tindakan, menurunkan ketua negara itu bukannya sesuatu yang pelik, ia telah berlaku berulang kali dan kali ini berlaku dalam PR.

Jangan dianggap sebagai di luar daripada amalan demokrasi, mengikut peruntukan pun dia mesti lepaskan jawatan, tapi nampaknya Tan Sri Khalid pula lebih mengganas.

Kita tahu bahawa hari-harinya sudah tinggal beberapa hari untuk dihitung. Kita juga menunggu 27 Ogos ketika Tuanku balik, perkara ini kita akan terus hadapi, ketika itu pun Pas sudah membuat keputusan.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Pas menolak khabar angin mengenai kerajaan perpaduan akan menggantikan kerajaan negeri Selangor?

DZULKEFLY: Ini adalah politik, gelanggang politik itu dikatakan bermacam kemungkinan boleh berlaku dan mampu dilakukan.

Saya terlibat dalam politik sejak sekian lama, bagi saya ia bukan satu kejutan atau aneh di luar jangkaan, perkara itu perlu diambil kira oleh mana-mana pimpinan politik.

Persoalannya bagaimana kita menangani dan menggarap kemelut itu yang penting. Sesiapa pun boleh melontarkan apa jua cadangan, resepi, formula dan sebagai, tetapi inilah yang akan menguji kesepaduan, kematangan dan kedewasaan PR sebagai satu gabungan parti politik.

Apakah mampu kita atasi semua ini dan pada akhirnya keluar dengan satu kekuatan yang lebih ampuh, lebih mampu dan lebih berpadu.

Dengan pengalaman ini tentunya banyak sisi pandang dan iktibar yang perlu kita ambil dan kita kena perkemaskan tadbir urus dan cara-cara kita membuat penyelesaian pengurusan krisis seperti ini.

Krisis ini saya kira agak besar yang pernah berlaku dalam pengalaman kami dalam PR, mungkin kita ada dulu sebelum ini dalam Barisan Alternatif (BA), tetapi saya tidak merasakan ia akan menggugat PR.

Saya berpandangan bahawa Pas akan kembali meletakkan asas pendekatan politik kami dengan apa yang diputuskan bersama dalam beberapa muktamar Pas lalu secara berurutan dan berterusan menekankan betapa pentingnya untuk kita terlibat dalam tahaluf siyasi atau muafakat politik PR sebagai hanya satu wadah yang mampu menggugat, menyemak imbang dan dengan izin ALLAH mampu menumbangkan Umno dan BN.

Inilah wadahnya, jika tiada PR, rakyat di Malaysia ini sudah hilang satu kuasa menyemak imbang dan mencabar.

Sistem dua parti itu adalah sangat penting dalam kehidupan sesebuah politik yang sifatnya bertenaga dan punya sifat semak imbang.

Bayangkan jika tiada PR, maka saya berani mengatakan sampai kiamat negara ini akan ditadbir oleh Umno-BN dengan segala kebejatan kerana tiada pencabarnya.

Ini meletakkan demokrasi di negara kita dalam keadaan sangat tempang kerana ia tidak dapat mewujudkan sistem dua parti.

Dalam Islam pun dua sistem parti itu dikatakan sebagai prinsip dalam Al-Quran, prinsip Sunnatul Tadafuk.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah mungkin kerajaan campuran akan diwujudkan di Malaysia susulan krisis MB Selangor ini? Adakah konsep kerajaan itu boleh diterima?

DZULKEFLY: Saya memandang kerajaan campuran ini sebagai sesuatu yang berlawanan dengan apa yang kami mahukan sebagai pola sistem dua parti dalam gabungan politik.

Pas pernah punya pengalaman dalam Perikatan atau BN, jadi ia mengimbau pengalaman yang cukup pahit bagi kami, nampaknya lawan kami hanya mahu memanggil kepada gabungan ketika mereka sedang berdepan dengan tekanan dan kelemahan.

Tetapi ketika mereka kuat nanti, mereka akan tendang kami keluar, tetapi lebih penting bagi saya ialah saya mementingkan persoalan mewujudkan sistem dua parti.

Sangat bahaya seandainya berlaku gabungan antara Umno dan Pas kerana gabungan Melayu dan Islamis itu akan membawa satu pola yang dikatakan Melayu Islamis Supramasis satu doktrin yang sifatnya itu boleh membawa kepada pertentangan kaum, agama dan budaya.

Bagi saya untuk bergerak kehadapan ia (kerajaan campuran) tidak baik bagi sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama, kaum dan budaya.

Saya rasa lebih sesuai dengan Islam dengan sifat demokrasi dalam Islam itu sendiri, ia kekal sebagai sistem dua parti, yang sana ada Umno, di sini ada Pas, di sana juga ada parti pelbagai kaum dan di sini juga ada begitu.

Itulah semak imbang yang cantik, cumanya kami mengingatkan semasa orang politik supaya jangan jadikan gelanggang politik ini hingga menjadikan satu sifatnya yang memusnahkan dan "zero sum game".

Hal ini tidak dalam semangat politik Islam sebenar-benarnya. Siapa pun pemerintah, pembangkang menyemak dan mungkin suatu hari nanti akan bertukar kuasa ini.

Saya mengharapkan ia menjadi kematangan politik di negara ini yang langsung akan mengangkat keupayaan dan daya saing negara dengan segala sumber yang kita miliki.

SINAR HARIAN ONLINE: Baru-baru ini Merdeka Centre ada menyebut bahawa krisis politik di Selangor banyak menjejaskan keyakinan rakyat negeri itu ke atas PR?

DZULKEFLY
: Saya terpaksa mengakui sedikit sebanyak ia telah menjejaskan kepercayaan dan keyakinan rakyat khususnya pengundi sama ada pengundi tegar atau baharu kepada PR termasuk kepada Pas khususnya.

Kesemuanya saya pernah tweet sebelum ini, bahawa adat alam ini, ada panas, ada hujan, sekali sekala ada ribut. Tetapi ribut itu jugalah adalah penting menangani jerebu-jerebu yang tercetus.

Kadang kala jerebu itu diperlukan untuk membawa pergi segala pencemaran alam.

Begitulah pada sifat alam itu, saya dan kawan-kawan dalam PR khususnya Pas mengakui banyak penulisan yang dibuat, kadang kala orang bertanya, adakah benar "Pas for All", nampak lebih kurang macam Umno dan sebagainya.

Apabila reda ribut ini, mereka akan nampak perkara sebenarnya, komitmen kami kepada Islam sebagai agama menaungi dan memberi keadilan semua.

PR adalah wadah untuk membawa satu landskap politik ke arah dua sistem parti ini adalah sangat penting untuk kita kekalkan.

Saya tidak kata PR mesti ambil alih Putrajaya, sama ada kami berjaya atau tidak, itu hanya ALLAH saja tahu dan takdirkan.

Tetapi saya minta supaya rakyat memahami adalah kepentingan untuk kita kekalkan sistem dua parti ini dan jangan kembali kepada sistem dominasi satu parti yang tidak mengizinkan negara ini diangkat sebagai negara maju kerana segala kebejatan tadbir urus sebuah kerajaan yang tidak disemak imbang oleh pembangkang yang kuat.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah pembangkang di Malaysia itu kuat, teruji dan terbukti?

DZULKEFLY: Saya kira inilah waktu-waktu dan era pembangkang paling kuat di negara ini.

 Saya berani mengatakan bahawa kita tidak pernah melihat kekuatan dan kesepaduan pembangkang di negara ini kecuali apa yang sedang berlaku dalam PR sekarang.

 Inilah gabung pembangkang yang terkuat di negara ini, jadi saya mengharapkan kita dapat mengekalkan kekuatan ini, momentum ini dan gagasan ini supaya ia tidak kembali kepada sistem dominasi satu parti kerana jika ia menyebabkan negara pincang dan tempang.

SINAR HARIAN ONLINE: Cubaan PR untuk berdaftar sebagai pertubuhan yang sah di negara ini dan hal ini telah dipertikaikan oleh Tan Sri Abdul Khalid. Adakah kekangan ini terus memberi cabaran kepada pimpinan PR membawa gabungan ini dalam sistem dua parti di negara ini?

DZULKEFLY: Saya yakin perkara itu sesuatu yang perlu kita tangani, namun saya sendiri terlibat dalam usaha mendaftarkan PR, suatu masa dahulu dan sebelum pernah mendaftar Barisan Alternatif, saya juga terlibat dalam sekretariat tersebut.

 Barisan Alternatif itu merupakan pengalaman pertama saya dan pengalaman kedua dalam PR saya terlibat pada peringkat awal ketika itu bersama Datuk Zaid Ibrahim dan sekarang ini usaha yang sama diperbaharui oleh sekretariat baharu ini.

 Saya yakin kalau benar-benar Kerajaan Persekutuan ikhlas dan berjiwa besar, mereka seharusnya memberi laluan untuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengizinkan kami (PR) berdaftar sebagai satu gabungan.

 Saya mengharapkan perkara ini dapat diatasi dalam waktu seberapa segera kerana cemuhan bahawa kami ini adalah Pakatan tiruan dan sebagainya itu adalah sangat tidak adil.

 Di atas semangat untuk membangunkan negara bersama, izinkan PR didaftar sebagai sebuah gabungan yang sah di negara ini.


SINAR HARIAN ONLINE: Adakah mungkin berlaku sekali lagi perpecahan gabungan pembangkang dalam PR sepertimana yang berlaku dalam Barisan Alternatif pada 2001?

 DZULKEFLY: Saya mengharapkan peristiwa itu tidak berulang dan berakhir begitu, dan 17 Ogos akan menentukan bagaimana Pas menangani seterusnya cabaran politik masa depan.

PERKASA: Kami tak akan tanding PRU

Posted: 16 Aug 2014 10:44 PM PDT

MALAYSIAKINI


 
 
 
Ekoran bantahan pemimpinnya di Pahang, PERKASA menjelaskan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang tetapi tidak melarang mana-mana anggotanya menjadi calon.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali (bawah) berkata, PERKASA hanya akan mengadakan program memperjelaskan isu-isu tertentu bagi menyedarkan masyarakat Melayu agar tidak salah memilih parti.

"PERKASA tidak akan mengambil bahagian bertanding dalam pihan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yang Dipertua PERKASA Pahang dan kesemua 19 ahli jawatankuasa (AJK) di peringkat negeri dilapor meletak jawatan kelmarin selepas menghadiri satu mesyuarat tergempar.

Tindakan itu ekoran tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan pendesak Melayu mengkaji keperluan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum ke-14 sebagai "kuasa penawar", lapor Sinar Harian.

Yang Dipertuanya Datuk Dr Abd Wahid Abd Manap dilaporkan berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat daripada ketua penerangan Perkasa Hassan Basri bertarikh 10 Julai.

Harian itu melaporkan Wahid sebagai berkata, mereka sentiasa menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi tidak menjadi satu badan politik.

"PERKASA Pahang tidak dapat menerima sama sekali keputusan ini kerana perjuangan asalnya adalah untuk Islam, hak orang Melayu dan Institusi Raja-raja," beliau dilapor sebagai berkata kepada media di Kuantan, kelmarin.

Penyokong Hadi berkumpul di pejabat PAS

Posted: 16 Aug 2014 10:42 PM PDT

MALAYSIAKINI

Sekumpulan kira-kira 70 orang, kebanyakannya penyokong PAS dan Unit Amal, berkumpul di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur pagi ini.

Antara mereka memegang plakad mengaku sebagai anggota PAS dan menyatakan sokongan pada presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kami semua anggota PAS dan menyokong presiden kami," begitu antara plakad yang bertulis, dalam bahasa Inggeris.

Sokongan itu dinyatakan menjelang perhimpunan jawatankuasa pusat parti itu yang akan bermula pada 10 pagi ini bagi menentukan calon menteri besar Selangor pilihan mereka.

Perhimpunan pro-Hadi itu dipercayai sebagai reaksi terhadap desakan kumpulan properubahan menteri besar Selangor, dinamakan "Kembalikan Selangorku" yang menjalankan kempen "Reben Hitam".

Kelmarin, kira-kira 15 berhimpun di hadapan bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi menuntut Khalid meletakkan jawatan.

Sementara itu, jawatankuasa PAS Pusat yang diketuai Hadi itu dianggotai oleh 37 orang anggota.

Hadi, selari dengan pendirian Murysidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Majlis Syura PAS sebelum ini menyokong pengekalan Khalid berbanding calon pengganti Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail

Empat exco PAS kini masih bertahan dalam kabinet Khalid sempena penunggu keputusan penting hari ini.

Faekah: Dokumen anti-MB seperti '50 Dalil' Anwar

Posted: 16 Aug 2014 10:38 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Dokumen pembongkaran masalah "integriti" Tan Sri Khalid Ibrahim oleh PKR agak mirip dengan buku 50 Dalil kenapa Anwar Tak Boleh Jadi PM, kata bekas setiausaha politiknya Faekah Husin.

"Dossier (dokumen) yang dikeluarkan oleh OKR sebagai alasan untuk menjadikan pemecatan Abdul Khalid sebagai sah dan halal, agak mirip dengan 50 Dalil yang dikeluarkan suatu ketika dahulu," katanya dalam wawancara dengan Berita Harian.

Buku kontroversi tulisan Khalid Jafri itu dikeluarkan menjelang pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Faekah, kini ketua eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, juga dilapor berkata, Khalid justeru tiada pilihan selain membersihkan namanya.

"Manusia yang mempunyai akal, harga diri dan maruah akan melakukan perkara sama seperti Abdul Khalid," katanya lagi dalam wawancara itu.

Faekah juga membangkitkan bagaimana Khalid kini digambarkan sebagai "manusia yang buruk sekali", daripada "seorang model pemimpin kepada pemerintahan Pakatan Rakyat".

Virus Ebola ambil enam bulan untuk dikawal

Posted: 16 Aug 2014 10:30 PM PDT

SINAR HARIAN


Sebahagian pengidap vidus Ebola ditenmpatkan di khemah khas. - Foto AFP Sebahagian pengidap vidus Ebola ditenmpatkan di khemah khas. - Foto AFP


GENEVA - SWITZERLAND. Pihak berkuasa dilaporkan perlu mengambil tempoh enam bulan bagi mengawal penularan virus Ebola di Afrika Barat.

Ketua Doktor Medecin Sans Frontieres (MSF) Joanne Liu berkata, tempoh itu diperlukan kerana virus terbabit merebak dengan pantas berbanding keupayaan untuk mengendalikannya.

"Skala virus yang dibuat adalah tinggi dan langkah luar biasa diperlukan untuk mengawal penyakit itu secepat mungkin," katanya dipetik Reuters

Menurutnya, angka terbaharu diumumkan agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan, jumlah kematian berpunca daripada virus itu dalam tempoh empat dekad meningkat kepada 1,145 orang membabitkan Guinea, Liberia, Nigeria dan Sierra Leone.

Sementara itu, langkah mengkuarantin kawasan terjejas akibat penularan virus itu menyebabkan harga makanan ruji seperti nasi dan keperluan asas lain meningkat mendadak.

Bagi mengelakkan ancaman kebuluran, Agensi Bantuan PBB merancang pengagihan konvoi makanan selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran penularan virus itu akan berlarutan sehingga beberapa bulan lagi.

Maut mahu ambil kunci

Posted: 16 Aug 2014 10:26 PM PDT


Lokasi Ilyas terjatuh selepas cuba memasuki biliknya di UiTM kampus Puncak Alam, kelmarin. Lokasi Ilyas terjatuh selepas cuba memasuki biliknya di UiTM kampus Puncak Alam, kelmarin.


KUALA SELANGOR - Gara-gara mahu mengambil kunci bilik tidurnya, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam,di sini, maut setelah terjatuh daripada tingkat empat asramanya, kelmarin.

Mangsa, Mohd Ilyas Saifullah Md Azhari, 19, pelajar semester pertama dalam program Asasi Sains jatuh setinggi kira-kira 30 meter dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian muka.

Seorang pelajar lelaki yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam.

"Pada ketika itu, Ilyas mahu masuk ke dalam biliknya, namun dia tertinggal kunci di dalam bilik," katanya.

Beliau yang tinggal berdekatan bilik mangsa berkata, mangsa tinggal bersama seorang lagi rakan.

Namun, mangsa mengambil tindakan sendiri dengan cuba memanjat beranda dari bilik sebelah untuk masuk ke biliknya.

"Akibatnya, dia tergelincir sebelum jatuh ke bawah dan kami terus menghubungi polis bantuan universiti untuk melaporkan kejadian berkenaan," katanya.

Menurutnya, ambulans tiba tidak lama kemudian dan terus membawa mangsa ke hospital.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan kejadian terbabit dan pihaknya mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.

"Polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat," katanya.

Pas cadang Azizah atau Azmin ganti Khalid

Posted: 16 Aug 2014 10:18 PM PDT



Pas cadang Azizah atau Azmin ganti Khalid


KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Pas Pusat mengumumkan bersetuju untuk mengangkat dua nama dari PKR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata keputusan itu dicapai sebulat suara melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Peringkat Pusat yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jam 10.10 pagi, hari ini.

"Nama yang dicadangkan oleh Pas ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan, empat Exco Selangor yang masih berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan terus kekal menyandang jawatan masing-masing.

Sementara itu, ketika ditanya sebab menolak Abdul Khalid terus meneraju kerusi nombor satu itu, Mohamad hanya menjawab, "...dia sudah bukan ahli PKR. Kami pegang pada tahaluf siyasi."

Sinar Harian Online difahamkan, kedua-dua nama tersebut bakal ditentukan untuk jawatan menteri besar itu dalam mesyuarat  PR, petang ini.

Sebelum ini, melalui Majlis Syura Pas memilih untuk mengekalkan Abdul Khalid.

Tiada ulasan: