Isnin, 11 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Nasib Khalid makin jelas ditangan Pas

Posted: 11 Aug 2014 06:51 AM PDT

MSO


Hari ini kemelut politik dalam PKR Selangor yang merebak ke dalam Pakatan Rakyat sudah hampir ke kemuncaknya dan sudah menampakkan denai-denai penghabisan. Puak yang mendokong Khalid Ibrahim mungkin merasa lega apabila Majlis Dewan Diraja Selangor telah menasihatkan Sultan Selangor supaya memberi laluan kepada Khalid untuk terus jadi MB Selangor.

Dengan mempercayai bahawa Khalid masih mendapat kepercayaan Adun Selangor, Sultan Selangor memberi perkenan supaya Khalid terus menjadi MB Selangor. Tetapi perkenaan itu tidak merupakan sesuatu yang muktamad dan sahih. Ia mungkin berlaku setakat beberapa hari sahaja, paling lama sehingga Pas mengadakan mesyuarat jawatankuasanya yang dijangka 17 Ogos setelah ditunda sebanyak dua kali, 10 dan 13 Ogos.

Pengakuan Khalid kepada Sultan Selangor kononnya dia mendapat kepercayaan Adun Selangor meragukan kerana tidak ada bukti jelas atau pun sebarang pernyataan bertulis. Khalid hanya beranggapan dia mendapat sokongan ahli Dewan dengan berpandukan kepada kenyataan akhbar kononnya empat Exco daripada Pas kekal bersamanya serta pengakuan media yang 12 Adun Umno menyokongnya sebagai bukti beliau masih mendapat sokongan.

Tidak ada apa-apa surat pernyataan yang ditanda tangani oleh ke empat Exco Pas itu menunjukkan apa yang didakwa oleh Khalid. Agak menghairankan juga macam mana Sultan boleh mempercayai Khalid tanpa ada bukti nyata?

Jika dihitung angka-angka yang disebut Khalid itu ini bermakna hanya 16 orang Adun sahaja yang menyokongnya semantara 39 orang Adun lagi masih menjadi tanda tanya. 39 Adun itu 15 daripada DAP, 13 daripada PKR dan 11 daripada Pas. Sekiranya 39 Adun ini tidak menyokongnya macam mana beliau boleh mempersembahkan kononnya beliau mendapat sokongan ahli Dewan?

DAP telah menyatakan yang kesemua 15 Adun mereka hilang kepercayaan kepada Khalid. Persoalan kini apakah 13 Adun PKR dan 11 Adun Pas menyokong Khalid atau pun tidak?

Secara gantlemannya Khalid tidak layak untuk memaklumkan kepada Sultan yang beliau masih mendapat sokongan ahli Dewan kerana tidak ada pernyataan bersurat berhubung sokongan berkenaan. Kemusykilan juga timbul berhubung hal ini sejauh manak pihak Istana atau Sultan mempertimbangkan keadaan ini yang masih dalam samar-samar ini? Apakah pihak Istana juga berpihak kepada Khalid?

Sementara itu seperti mana yang saya duga awal-awal Khalid akan membawa kes pemecatannya ke mahkmah untuk memberi ruang kepada beliau bertindak mempertahankan kedudukannya. Tindakan undang-undang ini adalah jalan bagi dia mendapat jangka hayat bagi tidak berundur walaupun beliau sudah hilang hak dari segi perlembagaan parti. Tindakan mahkamah atau perundangan adalah untuk melengah-lengahkan masa membolehkah MB itu terus berada di pejabat MB dan bekerja seperti biasa termasuk meluluskan apa-apa projek yang dirancang.

Khalid akan terus berada di bilik MB sehinggalah mahkamah atau undang-undang memberi penjelasan dan kata putus dalam soal ini. Manakala Sultan pula dipecayai akan memberi kata dua berpandukan kepada perkembangan seterusnya. Langkah ini disengajakan Khalid. Dalam ruang ini juga beliau akan terus mencari pengaruh bagi mendapat sokongan daripada Pas dan juga beberapa Adun PKR.

Perkembangan selanjutnya mengenai nasib Khalid akan ditentukan oleh Pas. Di sinilah Pas menjadi pemegang anak kunci kepada ketentuan nasib Khalid. Pas boleh mengambil kesempatan dalam situasi hari ini termasuk memiliki jawatan MB menerusi Khalid. Dengan sokongan kesemua ahli Pas 15 dicampur dengan Umno 12 menjadi 27, Khalid boleh kekal sebagai MB dengan mendapat kepercayaan anggota Dewan. Kekurangan dua Adun untuk mendapat majoriti Khalid mungkin akan berusaha untuk mendapat sokongan sekurang-kurang dua anggota Adun PKR.

Umno telah membuat kejutan apabila menyatakan kesemua Adunnya akan memberi sokongan kepada Khalid. Muhyiddin Mohd Yassin mengatakan sokongan itu adalah ikhlas bukan ada apa-apa undang disebalik batu? Sokongan Umno itu yang dianggap pelih dan diluar moral politik itu sebenarnya tidak memelikkan apabila menyelidik dan membelek politik Umno selama ini.

Dalam tempoh 48 jam ini sangat penting bagi Khalid dan juga PKR khasnya bagi menentukan nasib masing-masing. Sudah tentu mulai semalam Khalid atau agennya sedang berusaha untuk mendapatkan korum bagi mengekalkannya sebagai MB. Harga Adun Pas dan PKR juga ketika ini naik harga dengan tiba-tiba. Mana-mana Adun yang bersedia untuk mengkhianati Pakatan Rakyat dan memalukan Anwar bakal menerima bayaran lumayan.

Saya tidak mahu maralkan apa-apa di sini, tetapi kita sama-sama tunggu siapakah dalam kalangan 11 Adun Pas dan 11 Adun PKR akan sedia untuk menjual maruah mereka dengan bertindak berpaling tadah atau pun mengkhianati semangat Pakatan Rakyat. Saya yakin kesemua Adun DAP 15 orang akan konsisten dengan pendirian mereka menolak Khalid, termasuk juga tiga Exco mereka akan mengambil tindakan meletak jawatan.

Apakah Pas akan memberi arahan kepada empat Exconya dan 11 Adunnya terus menyokong Khalid atau tidak? Pas akan dinilai oleh seluruh pengundi dan rakyat Malaysia mengenai wibawa politiknya. Dalam pada itu dalam pengamatan saya berpandukan senario dalam Pas berhubung kronologi krisis MB ini Pas mungkin akan turut membuat kejutan politik sama dengan Umno, menyokong Khalid?

Anwar hilang kata-kata ekoran kenyataan MB

Posted: 11 Aug 2014 03:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Seri Anwar Ibrahim terkedu sejurus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu bahawa sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal "??".

Menjawab soalan sultan, Khalid hari ini menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.

Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan menteri besar.

Berikut beberapa reaksi segera di Internet berhubung keputusan terkini istana:

Datuk Ahmad Maslan, Ketua penerangan Umno 

 
Sultan Selangor sudah memberi perkenan agar Tan Sri Khalid terus jadi MB Selangor. Episod amat menarik. Adakah PKR dan DAP akan mohon "sembah derhaka"?

Latheefa Koya, peguam dan pemimpin PKR 

 
Amboi tebalnya kulit. Orang pecat dia, dia pula suruh exco letak jawatan!

Abdul Rahman Dahlan, menteri perumahan 

 
Ekoran majoriti ADUN Selangor menyokong TSKI (Khalid), Pakatan tak boleh dakwa Khalid tiada kesahan jadi MB. Pakatan sebenarnya tiada kesahan membentuk kerajaan.

Faekah Husin umum keluar PKR hari ini

Posted: 11 Aug 2014 03:11 AM PDT

MALAYSIAKINI






Faekah Husin, bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau keluar PKR hari ini kerana membantah cara parti itu memecat bekas bosnya.

Faekah yang juga ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menunjukkan surat yang dihantar beliau kepada Malaysiakini dan menyatakan ia telah dihantar kepada ibupejabat PKR hari ini.

Faekah yang juga bekas setiausaha politik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ditugaskan dengan Khalid pada 2009, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut selain menyatakan beliau "hilang kepercayaan terhadap parti."

Surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu berkata PKR tidak mengamalkan cara berhemah dan terpesong dari prinsip parti dalam pemecatan Khalid Sabtu lalu.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini yang diperjuangkan oleh partinini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," petik surat itu.

TPM: Umno S'gor sokong Khalid tanpa syarat

Posted: 11 Aug 2014 02:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN Selangor sokong status Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor tanpa syarat serta ikhlas, lapor Bernama.

Katanya, sokongan terhadap Khalid sebagai MB Selangor mengambilkira kebajikan dan nasib rakyat Selangor.

Semua ADUN BN Selangor, tegasnya, akan sokong Khalid jika ada usul undi tidak percaya di sidang DUN nanti.

Laporan PAS Pelawa Khalid Keahlian Parti Tidak Tepat

Posted: 11 Aug 2014 02:55 AM PDT

Oleh: MSTAR 
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS menjelaskan laporan sebuah portal berita bahawa parti itu mempelawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyertai mereka adalah tidak tepat.

Datuk Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan sebaliknya hanya dilaporkan berkata,  Abdul Khalid Ibrahim bebeas menyertai parti itu selepas dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau juga menyerahkan perkara itu kepada Abdul Khalid sendiri untuk menentukan masa depannya.

"Itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia," katanya ketika ditanya sama ada perlu Abdul Khalid menyertai PAS berikutan beliau kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebas.

Penjelasan itu dibuat Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berhubung laporan mStar Online pada Ahad bertajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian Parti'.

Selain itu menurut Mohd Asri, Ahmad turut menafikan laporan TV3 yang mendakwa Dewan Ulama PAS Pusat telah membincangkan mengenai urusan pemecatan Abdul Khalid.

"Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama telah membincangkan hal ini.

"Boleh jadi mereka yang melaporkan tersebut keliru antara Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak," katanya.

Status MB: Khalid Mungkin Kekal Sementara Waktu

Posted: 11 Aug 2014 02:53 AM PDT

Oleh: JOCELINE TAN 
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin akan kekal berada di kedudukan Menteri Besar Selangor buat sementara waktu dan beliau tidak akan meletak jawatan dalam masa terdekat.

Senario terkini berkemungkinan menyaksikan beliau akan terus menerajui kerajaan negeri sehingga akhir bulan ini.

Ia berikutan proses peralihan kuasa yang perlu dipatuhi dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengadakan lawatan ke luar negara Rabu ini.

Baginda hanya akan kembali pada 23 Ogos.

Pada tahap ini langkah logik berikut pemecatan Abdul Khalid daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah untuk mendapatkan pekenan mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor.

Apabila pertemuan itu diadakan, Abdul Khalid secara rasmi akan memaklumkan kepada Tuanku bahawa beliau telah dipecat daripada PKR dan kini secara teknikal merupakan wakil rakyat bebas.

Beliau juga boleh menasihati Sultan untuk memanggil satu persidangan khas Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun jika Abdul Khalid enggan berbuat demikian, Sultan mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan untuk berbuat demikian.

Abdul Khalid juga mungkin boleh memberitahu Sultan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar atau untuk kekal memegang jawatan sehingga ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

Sidang khas berkenaan bagi membolehkan 56 wakil rakyat untuk mengundi sama ada Khalid masih mendapat kepercayaan sebagai Menteri Besar atau tidak.

Usul undi tidak tidak percaya hanya memerlukan majoriti mudah iaitu 29 undi dalam kes Selangor.

Selepas itu, wakil Pakatan Rakyat perlu mencadangkan nama yang akan menjadi Menteri Besar yang baharu untuk pertimbangan pihak istana.

Kebiasaannya istana akan meminta lebih daripada satu nama.
Sebelum ini Abdul Khalid menyatakan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Sultan pada Isnin ketika mesyuarat khas Majlis Penasihat Raja-Raja.

Katanya beliau akan berbincang dan mendapatkan pandangan Sultan mengenai perkembangan terkini di Selangor.

Menteri Besar adalah ahli majlis itu dan beliau boleh menggunakan ruang berkenaan untuk memberi taklimat berhubung apa yang berlaku dan rancangannya dalam masa terdekat.

Jika Tak Boleh Kerja Bawah Saya, Sila Letak Jawatan - Khalid

Posted: 11 Aug 2014 02:51 AM PDT

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM 
 
 
Abdul Khalid pada sidang media berhubung kedudukannya di Bangunan SUK pada Isnin.
 
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, mana-mana exco negeri itu yang tidak boleh bekerja dibawah pentadbirannya dinasihatkan untuk meletak jawatan.

"Saya akan terus menjalankan tanggungjawab dan jika mereka (exco) tidak setuju dengan saya, mereka yang patut pergi," katanya pada sidang media di Bangunan SUK di sini, petang Isnin.

Khalid berkata, beliau masih boleh meneruskan mesyuarat exco negeri selepas mendapat sokongan empat ahli exco dari PAS berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Menurut artikel 53 (2) (B) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar mesti sekurang-kurangnya empat hingga 10 orang ahli.

"Oleh kerana parti PAS telah nyatakan sokongan dan memaklumkan kepada media yang keempat-empat mereka menyokong saya, maka saya boleh teruskan mesyuarat exco kerajaan negeri," katanya.

Bagaimanapun, Khalid berkata, beliau akan bertemu dengan semua ahli exco untuk mengetahui pendirian mereka terhadap kepimpinannya.

"Saya akan ambil peluang untuk bertemu wakil exco yang ada untuk bertanyakan kesediaan mereka bersama-sama dengan saya dalam mengendalikan mesyuarat exco dan menjalankan tugas," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan memecat ahli exco yang tidak menerima, Khalid berkata, Menteri Besar mempunyai kuasa untuk mencadangkan kepada Tuanku supaya membuat perubahan dalam barisan exco sedia ada.

Namun, katanya, buat masa ini, beliau mengambil pendekatan untuk bertemu dan menemu-bual semua exco pada Selasa.

Sementara itu, mengulas mengenai undi tidak percaya, Khalid berkata, tidak perlu sidang khas buat masa ini kerana perkara itu tidak berbangkit semasa perjumpaannya dengan Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah, pagi Isnin.

"Sebenarnya yang nak sidang Dewan bukan saya, isu ini tidak dibangkitkan (ketika pertemuan)," katanya.

Terdahulu, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang menegaskan beliau akan kekal sebagai Menteri Besar selepas mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.

BN sedia kembali bentuk kerajaan negeri di Selangor - Shamsudin Lias

Posted: 11 Aug 2014 02:47 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor bersedia untuk kembali membentuk sebuah kerajaan di Selangor jika Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut diadakan dalam masa terdekat.
 
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsuddin Lias berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terbaharu politik di negeri ini yang menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan sebagai ahli PKR.
 
Khalid kini menjadi Menteri Besar bebas dan berikrar akan menjalankan tugasnya seperti biasa sehingga kemelut kedudukannya diputuskan sendiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 
 
Khalid menyifatkan pemecatan itu sebagai melanggar perlembagaan PKR dan tidak adil kerana telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin tetapi tiada jawapan balas diberikan.
 
"Biarlah mereka (Pakatan) jadi pembangkang. DAP sudah terang menentang.
 
"Kita akan ambil peluang untuk meletakkan calon-calon supaya kita dapat capai kemenangan BN jika benar PRN akan berlaku," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Shamsuddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong turut menempelak tindakan drastik PKR itu terhadap Khalid dengan menyifatkan tembelang dan kegilaan kuasa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah.
 
"Mereka tidak beri peluang pembelaan terhadap Khalid. Sedangkan beliau baru nak beri penjelasan. 66 kali kes liwat Penasihat Ekonomi Selangor ditangguh, tapi kes Khalid tidak ada (pembelaan)," ujarnya lagi.
 
PKR memberi alasan disebalik isu pemecatan Khalid itu dengan berkata ADUN Pelabuhan Klang itu terus melanggar arahan-arahan parti dan Pakatan Rakyat bersabit banyak perkara termasuk kenaikan gaji dan elaun mendadak ADUN dan Exco dan penstrukturan semula industri air.
 
Dalam isu penstrukturan semula air, Khalid menandatangani perjanjian tanpa memaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.
 
Malah tindakan Khalid memberikan alasan tidak masuk akal bersabit saman RM67 juta Bank Islam yang diselesaikan tiba-tiba "tanpa membayar sesen."
 
Sementara itu, Shamsuddin turut kesal dengan tindakan pimpinan PKR yang menjaja dan mempertontonkan 'salah laku' Khalid di khalayak ramai melalui majlis-majlis penerangan yang diadakan baru-baru ini.
 
"Apabila datang kepada kepentingan peribadi, Anwar sanggup buang Khalid begitu sahaja dan mencari alasan. Hari ini mereka sanggup gunakan demonstrasi dan majlis penerangan untuk memburukkan pemimpin yang dahulunya disanjung dengan kata-kata hebat dan bunga yang wangi, namun kini semakin dahsyat, buruk sangat kepada Khalid. Umno pun tak buat begitu," katanya lagi.

Khalid ambil tindakan undang-undang terhadap PKR

Posted: 11 Aug 2014 02:43 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menghantar notis undang-undang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong bersabit pemecatannya daripada parti Sabtu lalu.
 
Khalid menerusi peguamnya New Sin Yew menuduh PKR sebagai melanggar prosedur parti dan bertindak di luar bidang kuasanya dalam membicarakan beliau.
 
"Proses disiplin terhadap anak guam kami berat sebelah.
 
"Anak guam kami dipecat kurang lima hari selepas beliau diberikan surat tunjuk sebab," kata New dalam notis itu.
 
Beliau mempertikaikan hak lembaga disiplin mengusulkan supaya Khalid dipecat tanpa mengambil keterangan daripada ADUN Pelabuhan Klang itu.
 
New juga menuduh Lembaga Disiplin PKR dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah melanggar perlembagaan parti, dalam Perkara 41 yang dibaca bersama Perkara 9.
 
Untuk ini, mereka mahu pihak parti menamakan mereka yang menghadiri mesyuarat MPP, yang menganggotai lembaga disiplin PKR, dan bagaimana mereka mengundi.
 

DAP akan anjur demonstrasi seluruh negara jika kerajaan BN haram Facebook

Posted: 11 Aug 2014 02:36 AM PDT

WIRA9745

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP akan menganjurkan demonstrasi di seluruh negara jika Kerajaan Persekutuan meneruskan cubaan mereka untuk menutup dan mengharamkan penggunaan media sosial Facebook.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP menentang keras cubaan jahat tersebut kerana bertentangan dengan prinsip demokrasi dan menyekat hak rakyat.

"DAP menentang kuat percubaan BN ini dan tidak teragak-agak menganjurkan demonstrasi di seluruh negara.

"Tindakan ini jelas menafikan hak kebebasan bersuara rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka dan kembali kepada zaman regresif dengan membenarkan hanya mereka yang mempunyai kawalan monopoli ke atas media berhak bersuara," kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook dengan alasan kononnya mengakibatkan pelbagai penyalahgunaan di laman itu,

Shabery turut berkata kementeriannya akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumbalas orang ramai berhubung perkara itu.

Kenyataan Shabery itu mengundang kemarahan pengguna media sosial terutamanya anak muda, sehingga sebahagian mereka membuat kiriman di laman Facebook dengan menyindir cadangan kerajaan tersebut dan menulis 'kerajaan guna Facebook untuk tutup Facebook'.

Tambah Guan Eng cadangan kerajaan adalah langkah mundur ketika sektor perniagaan dan peluang mengembangkan ekonomi banyak bergantug kepada perkhdimatan laman media sosial tersebut.

"Langkah itu sekaligus memusnahkan peluang ekonomi internet yang bergantung kepada Facebook dan boleh membawa kerugian besar berjuta-juta (ringgit).

"(Manakala) hak golongan miskin dan anak muda untuk berkomunikasi melalui media sosial secara mudah dan murah juga turut dicabuli," katanya.

Pada sidang media sama Guan Eng mengutuk keras tindakan kerajaan menyalahguna Akta Hasutan untuk menekan pemimpin DAP seperti dilakukan terhadap Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hanya kerana sebuah artikel tentang kematian Teoh Beng Hock. – Roketkini.com

BN jual lebih tiga ribu ekar tanah negeri ketika mentadbir Pulau Pinang

Posted: 11 Aug 2014 02:34 AM PDT

40748_161694430527333_127235530639890_428572_2922211_n

Roketkini.com


GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menyangkal tuduhan bahawa mereka bergantung semata-mata pada penjualan tanah negeri untuk menjana pendapatan.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Lim Hock Seng berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali, malah BN sebenarnya yang telah menjual 35 kali lebih banyak tanah daripada Pakatan Rakyat (PR) semasa mentadbir negeri.

"BN telah menjual 35 kali ganda tanah, sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dengan pulangan RM1.0586 bilion berbanding PR menerusi tender terbuka yang kompetitif iaitu hanya 106.1 ekar untuk pulangan tinggi sebanyak RM1.1102 bilion.

"Walaupun BN menjual lebih banyak tanah, PR mendapat lebih banyak wang kerana jualan tanah telah dijalankan melalui tender terbuka, kerana itulah kami mendapat mandat besar dalam sejarah Pulau Pinang dengan 68 peratus undi popular pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 lalu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelas Adun Bagan Jermal itu lagi, hasil jualan tanah tersebut telah diperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk tabung Skim Perumahan Mampu Milik Awam (PAHS) bagi membina lebih 20,000 unit rumah mampu milik di 5 daerah di Pulau Pinang.

"RM500 juta dana PAHS merupakan yang terbesar daripada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia. Kami juga bersedia untuk menambah peruntukan jika perlu," ujarnya.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, jualan tanah BN semasa mentadbir sebanyak 3,661 ekar itu merangkumi 980 ekar di Tanjong Tokong (RM42.7 juta), 325 ekar di Jelutong Expressway (RM325 juta), 750 ekar di Batu Kawan untuk Abad Naluri (RM106 juta) dan 1606 ekar di Butterworth kepada Rayston Consortium Sdn Bhd (RM584.9 juta) dari awal 90an sehingga 2008. -Roketkini.com

Sampai masa Pas tinggalkan pakatan!

Posted: 10 Aug 2014 10:35 PM PDT


Ertinya, sesuatu yang cukup besar sudahpun dijangka oleh pemimpin PR sendiri. Memang, Pas tidak pernah setegas ini. Lazimnya dalam beberapa isu kontroversi yang pernah berlaku sebelum ini, pemimpin Pas akhirnya akan buat pusingan U selepas bertemu Anwar Ibrahim. Namun dalam isu MB Selangor, sikap yang ditunjukkan berbeza.

Sejak awal - dalam tulisan disiarkan pada 23 Julai yang ditulis beberapa jam selepas Anwar umum isterinya akan dilantik sebagai MB Selangor - saya telah menyarankan supaya Khalid Ibrahim dipelawa masuk Pas untuk kekal sebagai MB.

Jika ini jadi kenyataan, sudah pasti ia suatu langkah yang dengan sendirinya akan memisahkan Pas dengan sekutunya dalam pakatan.

Namun pada hemat saya, itulah langkah yang paling baik boleh dibuat oleh  Pas dan Khalid yang diketahui mendapat restu istana  dan majoriti rakyat Selangor untuk kekal di kerusinya.

Meskipun pada masa itu saya sebenarnya masih tidak begitu yakin Pas akan begitu berani mempertahankan Khalid, namun jauh di lubuk hati, saya percaya pertemuan tengah malam menteri besar itu dengan Abdul Hadi Awang dan Mustafa Ali  pada penghujung bulan puasa lalu di kediamannya di Shah Alam, bukan pertemuan biasa.

Alasan yang diberitahu Mustafa kepada media, "sekadar bertanya khabar dan membalas kunjungan MB ketika Presiden (Abdul Hadi) di hospital" agak payah untuk diterima.

Ini makin jelas apabila Abdul Hadi kemudian membuat kenyataan bahawa Pas akan mempertahankan Khalid sebagai MB. Ini disusuli pula dengankeputusan Majlis Syura Ulama - badan pembuat keputusan tertinggi dalam Pas - yang merasmikan kenyataan Abdul Hadi.

Mesyuarat Majlis Syura Pas diawalkan, mendahului mesyuarat Jawatankuasa Pusat yang sepatutnya berlangsung semalam (10 Ogos). Ini benar-benar menjadi tempelak buat Anwar dan PKR!

Apa lagi, pendirian Pas awalnya sudah cuba digoyang dari dalam oleh tiga anggota kepimpinannya yang menyifatkan kenyataan Abdul Hadi sebagai pandangan peribadi kerana dibuat mendahului keputusan parti yang akan bermesyuarat pada 10 Ogos.

Ini sesuatu yang sangat luar biasa bagi Pas apabila institusi presiden yang selama ini cukup disegani dan setiap kenyataannya diterima sebagai keputusan parti, tidak lagi dihormati. Begitu kuat pengaruh Anwar hingga orang Pas begitu berani membidas pemimpin sendiri.

Barang kali kerana melihat apa yang berlaku sebagai ancaman terhadap keutuhan parti, Majlis Syura Ulama tampil menutup kontroversi dengan merasmikan apa yang disebut Abdul Hadi sebagai itulah keputusan parti.

Isu 'tidur sebantal, mimpi lain-lain' sudah sebati dengan Pas sejak dahulu lagi apabila berlaku gabungannya yang rasmi dan tidak rasmi dengan parti lain, terutama DAP.

Sebagai pembangkang yang sejak awal kehadirannya di pentas politik tanah air terpaksa berhadapan dengan kekuatan BN yang begitu ampuh dan sukar dirempuh, Pas walaupun memperjuangkan Islam, masih perlu untuk bertindak secara politik.

Parti itu pada ketika yang tertentu terpaksa mengambil sikap untuk sedia bergabung dengan parti-parti lain atas prinsip 'the enemy of my enemy is my friend' demi menumbangkan kerajaan BN meskipun terpaksa mengambil risiko termasuk bantahan dari dalam parti.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1990, Pas bergabung dengan Semangat 46, Berjasa dan Hamim di bawah payung Angkatan Perpaduan Ummah (APU), gabungan yang kemudian berjaya menumbangkan BN di Kelantan untuk parti itu   kekal berkuasa hingga hari ini.

Gabungan itu bagaimanapun hanya bertahan hingga PRU 1995 apabila pemimpin Semangat 46 kemudian membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Umno manakala beberapa Adun Semangat 46 menyertai Pas.

Penyatuan dengan Semangat 46 pada masa itu pun dibantah oleh sebilangan orang kuat Pas sendiri. Di Kelantan, antara yang menentang termasuk Cikgu Musa Salleh (bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Puteh) dan Wan Ismail Wan Ahmad, bekas AJK Dewan Ulama Pas Kelantan.

Mereka menuduh Pas telah lari daripada prinsip perjuangan asal sejak penubuhannya pada 1951 kerana bergabung dengan Semangat 46 yang dianggap parti sekular sama seperti Umno. Kumpulan itu menggelar mereka sebagai Pas 51 sebelum ditukar kepada Islah. Cikgu Musa kemudian menubuhkan Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim).

Pada masa yang sama, Semangat 46 yang diterajui Tengku Razaleigh Hamzah terpaksa bergabung dengan parti pembangkang lain  DAP, Parti Bersatu Sabah (PBS), IPF (Indian Progressive Front), PSRM dan Kimma di bawah jenama yang berbeza, Gagasan Rakyat untuk berjuang di peringkat nasional.

Ini kerana, Pas  bawah kepimpinan Fadzil Noor ketika itu menyediakan 'buffer zone' iaitu sempadan bagi mengelak parti bukan Islam terutama DAP yang secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam yang diperjuangkannya, berkaitan secara rasmi dengan Pas yang dicurigai boleh mengganggu perjuangan Pas.

Lantaran itu, terselamatlah Pas daripada gangguan DAP yang begitu konsisten penentangannya terhadap usaha membawa pemerintahan Islam melalui frasa mahsyur 'Islamic country is over my dead body' hingga sekarang.

Meskipun ada cubaan untuk mengaitkan Pas dengan tindak-tanduk DAP yang menentang Islam, gangguan itu hanya sekadar di luar cawan! 

Bagaimanapun, apabila Pas bergabung secara langsung dengan PKR dan DAP selepas PRU 2008, pakatan itu dilihat oleh pemerhati begitu mencurigakan!

Meskipun pendokong Pas mempertahankan gabungan itu sebagai tahaluf siyasi dan keputusan yang meluluskannya dibuat oleh Majlis Syura Ulama, ironinya kedudukan Pas dalam pakatan lazimnya sekadar di pinggiran.

Anwar dilihat lebih meraikan DAP berbanding Pas. Konsep tahaluf siyasi, realiti amalannya masih diragui oleh sebahagian besar anggota masyarakat di luar mahupun di dalam Pas sendiri. Ini kerana, syarat tahaluf siyasi ialah Islam perlu dominan namun sebaliknya DAP dilihat  cukup berkuasa dalam pakatan.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk Pas kembali berjuang sendirian. Walaupun matlamat pilihan raya penting bagi setiap parti politik termasuk Pas, namun sebagai wadah perjuangan Islam, kemenangan pilihan raya bukanlah segala-galanya.

Ini kerana yang lebih utama ialah mencari keredaan ALLAH. Menang di dunia penting, tetapi akhirat lebih penting.

Pesan Ustaz Fadzil, "jangan masuk Pas kalau anda cari dunia. Pas bukan untuk orang yang buru dunia."

Apa pun, saya yakin Pas akan lebih kuat tanpa gangguan DAP dan bayang-bayang Anwar Ibrahim. Kerajaan campuran Pas-BN Selangor - negeri termaju di Malaysia - dengan Khalid sebagai  MB adalah permulaan yang heba

Bayaran Pendahuluan Tidak Jejas Pampasan Waris MH17

Posted: 10 Aug 2014 10:25 PM PDT

RAKYATNEWS


alt


KUALA LUMPUR - Bayaran pendahuluan pampasan kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 tidak akan menjejaskan hak mereka untuk menuntut pampasan mengikut undang-undang pada kemudian hari.

Dalam kenyataan pada Sabtu, MAS menjelaskan bahawa bayaran itu bagaimanapun akan dikira sebagai sebahagian daripada pampasan penuh yang layak mereka terima.

MAS berkata melalui wakilnya di Pusat Sokongan Keluarga, ia telah menghubungi waris mangsa yang menaiki pesawat malang itu untuk memulakan proses pembayaran pendahuluan pampasan.

Pada 4 Ogos, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata anggota keluarga terdekat mangsa nahas MH17 pada 17 lepas dijangka menerima bayaran pendahuluan pampasan sebanyak US$50,000 (kira-kira RM160,000) dengan secepat mungkin.

"Kami juga mengambil langkah untuk mengurus faedah kontrak yang layak diterima anak kapal kami, untuk diperjelaskan dan dibayar kepada waris mereka, bersama bayaran sagu hati tambahan bagi membantu mereka memenuhi keperluan semasa keluarga masing-masing," kata syarikat penerbangan itu.

MAS menjelaskan ia turut menawarkan bantuan kewangan US$5,000 kepada keluarga setiap penumpang dan anak kapal MH17.

"Sehingga kini, majoriti keluarga berkenaan telah mendapat bantuan kewangan itu, yang tidak termasuk sebagai bayaran pampasan yang layak mereka terima," kata MAS.

Penerbangan MH17 bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.

MAS berkata fokus utamanya sekarang ialah menjaga kebajikan keluarga yang terjejas akibat tragedi itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberi sokongan kepada keluarga terbabit dalam menghadapi saat-saat getir dan menugaskan penjaga terdiri daripada pekerja terlatih MAS untuk memberi sokongan dan bantuan dari segi emosi kepada mereka.

Seorang Lagi Wanita Dipanggil Bantu Siasatan Kes Sukan Bogel

Posted: 10 Aug 2014 10:21 PM PDT

RAKYATNEWS


alt

 

KEPALA BATAS  - Seorang wanita berusia 24 tahun dari Perak dipanggil polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes sukan bogel di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang baru-baru ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, wanita tersebut merupakan pekerja swasta di Kuala Lumpur dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pada Sabtu lalu.

"Wanita itu memberi keterangan selama dua jam dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas itu.

"Setakat ini kita telah merakam 18 percakapan saksi termasuk yang terbaharu seorang pemandu pelancong," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan polis percaya tujuh rakyat tempatan yang terlibat dalam pesta sukan bogel itu masih berada dalam negara.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka supaya tampil membantu selain meminta individu terlibat tampil menyerah diri.

Khalid Puas Hati Selepas Jumpa Sultan

Posted: 10 Aug 2014 10:16 PM PDT

Alif Mustapha


alt



KLANG - Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan beliau berpuas hati dengan pertemuan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebentar tadi.

Beliau yang mengadakan pertemuan di Istana Alam Shah, Klang walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan membuat kenyataan rasmi pada sidang media yang dijadualkan berlangsung petang ini.

"Saya sangat berpuas hati," katanya ringkas kepada pemberita di sini hari ini.

Kit Siang Selar Tawar Khalid Sertai Parti, Ahmad Yaakob Nafi Berbuat Demikian

Posted: 10 Aug 2014 10:12 PM PDT

KELAB GREENBOC


MB Kelantan nafi tawar Khalid Ibrahim sertai PAS


Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob nafi mempelawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR untuk menyertai PAS seperti dilaporkan media semalam, kata Setiausaha Akhbar Mohd Asri Mat Daud.

Asri berkata, sebaliknya Ahmad yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS apabila ditanya mengenai masa depan Khalid mengatakan itu merupakan hak menteri besar Selangor penggal kedua itu.

"Pemangku ketua DUPP hanya menyatakan 'itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia' apabila ditanya tentang masa depan politik Khalid selepas ini," kata setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Laporan berita yang berkait dengan menteri besar Kelantan merangkap pemangku ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) di bawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online Mstar adalah tidak tepat sama sekali," katanya.

Semalam portal berbahasa Melayu milik The Star itu melaporkan Ahmad mempelawa Khalid untuk menyertai PAS.

Menurut Mstar, menteri besar Kelantan itu memberitahu, pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk khalid yang dipecat daripada PKR pada Sabtu kerana masalah disiplin.

"Terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana dipecat PKR.

"Tetapi, kita perlu menunggu pertemuan beliau dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan melihat nasihat yang akan diberikan untuk tindakan selanjutnya," katanya seperti dilaporkan Mstar di Kota Baru.

Asri berkata, Ahmad mengatakan Dewan Ulama PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Khalid sebagaimana yang tersiar dalam Buletin Utama TV3 pada jam 8 malam semalam.

"Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama sudah membincangkan hal ini, mungkin mereka yang melaporkan berita tersebut keliru antara Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama," katanya. -TMI


Tindakan tidak bermaruah tawar Khalid sertai parti, kata Kit Siang


Katanya, tindakan mengambil kesempatan atas krisis tersebut dengan menawarkan Khalid yang dipecat PKR menyertai parti lain dalam PR, tidak berpendirian dan tidak bermaruah.

"Ia sangat menjengkel dan menjijikkan untuk sesiapa yang mengambil kesempatan dalam krisis menteri besar dengan melayan cadangan Khalid masuk PAS atau DAP supaya PAS atau DAP boleh mendapat jawatan tersebut, sekiranya Khalid terus menjadi menteri besar," kata Lim.

Ahli parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan tersebut tidak berprinsip dan menghormati konsep kesepakatan dalam PR.

"Tiada parti politik atau pemimpin politik yang dihormati akan menimbang cadangan hina itu," katanya.

Lim sebaliknya mahu pemimpin PR menumpukan kepada usaha untuk memulih dan menyakinkan semula rakyat susulan krisis yang berlaku di Selangor.

"Cabaran yang paling besar dihadapi PAS, PKR dan DAP adalah untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada Pakatan," katanya.

Lim bagaimanapun sedikit lega apabila ketiga-tiga rakan dalam PR menyatakan komitmen untuk kekal dalam gabungan tersebut walaupun selepas Khalid dipecat.

"Saya bersyukur ketiga-tiga parti komponen PR menyatakan komitmen kekal bersama walaupun selepas pemecatan Khalid daripada PKR semalam," katanya.

Menurut Lim, krisis di Selangor yang dihadapi ketika ini adalah terburuk dihadapi Pakatan.

"Sama ada Pakatan boleh terselamat dan selesaikan krisis menteri besar dengan cepat bergantung kepada integriti politik dan saling hormat-menghormati dalam Pakatan," katanya.

PKR terpaksa mengambil langkah memecat Khalid selepas usaha mereka mendesak menteri besar dua penggal itu berundur gagal.

DAP sudah menyatakan sokongan kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun PAS belum ada keputusan rasmi.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mempelawa Khalid masuk PAS selepas dipecat dilihat sebagai petanda tidak baik.

Bagaimanapun, kepimpinan PAS pusat berbeza pandangan dengan kepimpinan ulamanya yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pemecatan Khalid.

Khalid juga bertegas masih menteri besar Selangor yang sah dan menunggu keputusan daripada Sultan Selangor yang bakal diputuskan dalam mesyuarat esok.


ULASAN GB

Bercempera.

Yang mana satu betul? Kenyataan Ahmad Yaakob semalam menyatakan "PAS pelawa Abdul Khalid Keahlian Parti", namun setiausaha akhbarnya menafikan Ahmad Yaakob pernah menyatakan demikian.

Persefahaman selama ini sesuatu pihak dalam PR tidak akan mengambil ahli yang dipecat daripada parti lain dalam pakatan itu. Sudah jelas.

Akhbar MSTAR nampaknya keterlaluan memmmesongkan fakta untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan kita berharap pemimpin dan ahli parti di dalam PR tidak termakan dengan berita-berita palsu dari media mesra-BN.

TGNA sendiri pernah menyelar orang yang melompat parti.


Azmin: Jangan buat spekulasi

Posted: 10 Aug 2014 10:09 PM PDT


Azmin Ali Azmin Ali


GOMBAK - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan berebut kerusi panas Menteri Besar Selangor dengan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa itu turut menangkis dakwaan bahawa beliau akan menentang Wan Azizah untuk rebut jawatan menteri besar.

"Jangan buat spekulasi, bagi saya kita sedang menghadapi satu krisis.

"Tapi kita akan pastikan semua keputusan menjamin parti dan menyelamatkan PR. Buat masa ini minta semua bertenang," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Pas, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Antarabangsaturut yakin dengan kebijaksanaan pimpinan PR untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Azmin juga yakin PR tidak akan berpecah ekoran konflik dalaman itu dan menjangkakan krisis berkenaan akan berakhir dengan mantap.

"Keputusan dah buat dan ikut proses... spekulasi sebab saya yakin PR akan terus kekal dan ada banyak ujian sebelum ini dan akan terus pertahankan prinsip.

"Saya yakin kita boleh keluar daripada krisis ini dengan mantap," katanya.

Rabu lalu, sidang media PKR digemparkan dengan sebaran kenyataan media bahawa Azmin juga antara calon yang bakal menggantikan kerusi menteri besar selain  Wam Azizah.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin memaklumkan AMK dan Pemuda Pas akan mengadakan pertemuan Selasa ini dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita akan jumpa untuk membincangkan agenda bagi memastikan agar mesej muafakat diselesaikan. Kita turut alu-alukan keputusan pimpinan Pusat DAP yang menyokong pemecatan Abdul Khalid yang telah diputuskan parti," katanya.

Usul undi tidak percaya dibincang 17 Ogos

Posted: 10 Aug 2014 10:04 PM PDT


Mohamad Sabu Mohamad Sabu


BATU CAVES – Pas enggan memberi sebarang komen berkenaan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bakal dibuat PKR.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, perkara tersebut dan isu pemecatan Abdul Khalid hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat Pimpinan Pas Pusat yang akan diadakan pada 17 Ogos nanti.

"Tak tahu lagi. Kita tak bincang lagi. Kita akan bawa (usul undi tidak percaya) ke mesyuarat 17 Ogos nanti," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid dalam Dewan Undangan Negeri bertujuan menyingkirkannya daripada jawatan menteri besar secara sah.

Pengumuman itu dibuat ekoran pemecatan Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR yang berkuat kuasa serta-merta selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mencapai keputusan sebulat suara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saifuddin: Abdul Khalid masih MB Selangor]

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika ditemui meminta semua ahli Pas bertenang kerana pimpinan Pas sedang menangani isu ini.

"Pas akan terus bersama dengan PR dalam menangani isu ini secara berhemah dan bijaksana.

"....dan empat Exco Pas sudah dimaklumkan untuk terus memberikan khidmat kerana Kerajaan Negeri Selangor," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menafikan dakwaan pelawaan terhadap Abdul Khalid dalam menyertai Pas.

"Pas tidak jemput sesiapa dalam parti dan Abdul Khalid pun tidak menawarkan diri ke Pas," katanya lagi.

Khalid perlu talian hayat untuk kekal

Posted: 10 Aug 2014 10:02 PM PDT


Khalid Ibrahim Khalid Ibrahim
 

SELANGOR tidak perlu mengadakan piluhan raya negeri ( PRN) walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah disingkirkan daripada PKR.

Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr Azmi Hassan berkata,  kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan tergugat dengan sokongan penuh yang diterima dari Pas.
"Tidak perlu buat PRN tapi dengan syarat Abdul Khalid kena dapat sokongan penuh dari Pas dan BN dalam Dun untuk undi tak percaya.

"Juga cukup sekadar suara dari dua atau tiga dari Adun PKR untuk elakkan PRN. Pas ada 15 kerusi dalam Dun, BN pula 14, jadi bila gabung jadi 29 suara sokong Abdul Khalid.

"Berbeza pula dengan DAP yang memang sama ada 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi dan jika dicampur, ada 28 suara sokongan jika mereka sokong Abdul Khalid. Jadi untuk kekalkan menteri besar, kena ada dua atau tiga suara sokongan dari PKR untuk mendapat majoriti suara mahukan Abdul Khalid kekal sebagai menteri besar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menambah, dengan desakan yang terus menerus ke atas Abdul Khalid ini juga Pakatan Rakyat (PR) bakal mengalami perpecahan yang besar kerana ketidakstabilan dan masalah dalaman parti.

"DAP dan PKR bolehlah dapat satu suara untuk desak Abdul Khalid berundur tetapi bagaimana pula dengan suara Pas? Mahu diabaikan juga?," katanya.

Melalui pemerhatian, katanya, BN memang mahukan Abdul Khalid kekal sebagai menteri besar walaupun berbeza haluan parti.

"Dengan sokongan yang ada dari BN juga, Abdul Khalid boleh kekal sebagai menteri besar," ujarnya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN),  Prof Datuk Dr Mustafa Ishak  pula berkata,  Pas merupakan talian hayat yang ada untuk Abdul Khalid untuk terus kekal menerajui Selangor.

"Kemungkinan Abdul Khalid untuk lompat parti itu ada, tetapi  jika ia dibenarkan dalam PR, jika tidak, memang Abdul Khalid tidak selamat dengan semua desakan dalaman yang mendesaknya untuk berundur," katanya.

Khalid menghadap Sultan bincang jawatan MB

Posted: 10 Aug 2014 09:55 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Ekoran disingkirkan daripada PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar.

Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang tiba di Istana Alam Shah pada jam 8.45 pagi sementara Sultan tiba di istana itu 15 minit kemudian.

Sultan dijadual mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor pada jam 10 pagi untuk membincangkan mengenai jawatan menteri besar yang disandang Khalid.

Lebih 50 wartawan dari pelbagai media dalam dan luar negara memenuhi kawasan jalan hadapan istana.

Setengah daripada mereka menuju ke Klang setelah menanti di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam sejak jam 8 pagi lagi.

Menurut maklumat yang diperolehi Malaysiakini, Khalid sedang menunggu Sultan dan Dewan DiRaja Selangor bermesyuarat dan dijangka akan membaca kenyataan di hadapan Istana tengah hari nanti.

Ekoran isu yang dibincangkan, maklumat yang sama turut menyatakan Khalid tidak menghadiri mesyuarat itu walaupun menjadi ahli atas kapasitinya sebagai menteri besar.

PERKASA: Buat, jangan cakap saja, Muhyiddin

Posted: 10 Aug 2014 09:52 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
PERKASA menyambut baik kesediaan kerajaan meminda undang-undang bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap penghinaan agama dan hasutan di media sosial.

Kumpulan pendesak Melayu itu bagaimanapun menggesa ia dilaksana segera dan bukan sekadar kata-kata bermusim.

"Saranan dan cabaran PERKASA ialah buat, laksana dengan tegas dan jangan cakap saja," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

"Bila tiba mesyuarat Umno akan kedengaran hebatlah perjuangan membela Melayu dan Islam, apatah lagi jika musim pemilihan, tetapi selepas itu senyap."

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) semalam dilaporkan berkata, kerajaan sedia meminda Akta Hasutan dan undang-undang lain bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang menggunakan media sosial untuk menghina agama atau menyebarkan hasutan.

Katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dipertanggungjawab dalam soal multimedia manakala Jabatan Peguam Negara melihat dari segi perundangan jika Akta Hasutan dan akta lain perlu diperkukuhkan.

Beliau juga mengakui, tanggapan bahawa kes melibatkan Melayu cepat diambil tindakan tetapi berbeza pada bukan Melayu ada asasnya dan menegaskan undang-undang harus dikuat kuasakan tidak kira kaum.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim menegaskan keperluan "mencegah sebelum musnah" ekoran kini tiada lagi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memudahkan pihak keselamatan bertindak.

"Cegah sebelum Musnah. Kalau pemimpin Umno dah faham apa dalam fikiran orang Melayu, ini petanda baik. Masih ada talian hayat. Kekalkan dan tambah baik Akta Hasutan 1946," katanya.
 

Majlis agama didakwa tak efisien urus zakat

Posted: 10 Aug 2014 05:08 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mahu satu agensi khas ditubuhkan bagi mengurus harta wakaf di Pulau Pinang secara optimum untuk manfaat umat Islam di negeri ini.

Presidennya Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata cadangan itu dibuat berikutan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dilihat tidak efisien dalam mengurus aset itu terutama melibatkan tanah wakaf.

"Pemenang ada buat permohonan untuk membangunkan sebuah pangsapuri dan dewan orang ramai di tanah wakaf Wan Chik Ariffin di sini sejak dua tahun lepas tetapi sampai sekarang MAIPP belum memberi persetujuan sedangkan MAIPP adalah pemegang amanah bukannya pemilik mutlak harta wakaf.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membahaskan usul itu dalam mesyuarat agung tahunan ke-85 Pemenang di George Town hari ini.

Katanya dengan pembinaan pangsapuri itu, ia boleh dibeli atau disewakan dengan harga berpatutan kepada orang Melayu selain dapat menjana ekonomi setempat.

Mohd Yussof berkata Pemenang telah menyediakan pelan lengkap bangunan yang dijangka mengandungi 74 unit rumah lengkap dengan dewan serta masjid dan menegaskan pihaknya tidak mempunyai masalah kewangan untuk merealisasikan perkara itu.

"Kami juga telah mendapatkan persetujuan waris Wan Chik Ariffin untuk menstrukturkan semula kegunaan tanah itu supaya lebih ramai lagi orang Melayu dapat merasai faedah daripada program pembangunan yang dilaksanakan," katanya.

Mohd Yussof turut mencadangkan agensi khas itu diterajui dan dianggotai golongan profesional berasal dari Pulau Pinang yang lebih memahami keperluan dan aspirasi anak negeri ini.

Katanya, Pemenang akan menghantar memorandum berkenaan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, selaku ketua agama di negeri ini, dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan perkenan baginda.

Beliau berkata Pemenang telah mengenal pasti 11.56 hektar tanah wakaf di sekitar kawasan di sebelah Pulau yang berpotensi untuk dibangunkan.

Katanya beliau sedih apabila mendapati kebanyakannya menjadi perkampungan tidak teratur serta terhimpit di tengah kepesatan bandar.- Bernama

DAP, MCA bantah cadangan tutup Facebook

Posted: 10 Aug 2014 04:52 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


DAP dan MCA membantah cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk mengkaji cadangan menutup Facebook.

Strategis Media Sosial DAP, Yeo Bee Yin (bawah) memberi amaran, cadangan itu akan menjatuhkan lagi ranking Malaysia dari Indeks Kebebasan Media yang kini sudah pun begitu teruk.

"Malaysia jatuh 23 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia (PFI) dari tangga 122 ke 145 daripada 179 negara, kedudukan paling teruk kita setakat ini, lebih teruk daripada Zimbabwe, Kemboja dan Kyrgyzstan.

"Jika Facebook diharamkan di Malaysia, kita akan menyertai negara seperti Korea Utara, Cuba, Iran dan Cina sebagai 'negara yang mengharamkan Facebook', satu jalan yang tidak akan dibenarkan oleh rakyat Malaysia yang menghargai kebebasan bersuara," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Yeo yang juga ADUN Damansara Utama berkata terdapat lebih jurang 13 juta pengguna Facebook di Malaysia dan mengingatkan Putrajaya betapa jaminan Koridor Raya Multimedia dulu untuk tidak menapis Internet.

Jumaat lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup Facebook, termasuk mendapatkan reaksi orang ramai, ekoran pelbagai penyalahgunaan.

MCA: Dengar kata pengguna

Sementara itu, Pengerusi Biro Guaman Pemuda MCA Eric Choo bimbang dengan cadangan Ahmad Shabery itu dan memberi amaran kebebasan bersuara di negara ini akan terjejas.

"Daripada menghalang akses ke laman itu, pemimpin, terutamanya menteri-menteri kerajaan persekutuan perlu mengambil tahu, mendengar dan bertemu pengguna sosial media," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

'Jangan demo dulu, pesan Khalid'

Posted: 10 Aug 2014 04:50 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Satu demonstrasi bagi menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sepatutnya diadakan hari ini dibatalkan atas arahan menteri besar Selangor itu sendiri.

Menurut Pengerusi Pakatan Anak Selangor Sokong Menteri Besar (Passmeb) Mazli Saring (kiri, berbaju hijau), program yang dirancang diadakan pada jam 2 petang dibatalkan selepas beliau mendapat panggilan daripada Khalid pada jam 1 petang.

"Program hari ini sepatutnya diadakan. Tetapi kita dapat satu nasihat daripada menteri besar.

"Atas kesempatan ini, kita dinasihat supaya tidak buat sebarang kenyataan media atau program sehingga diberitahu kelak," katanya kepada media.

Menurut Mazli lagi, demonstrasi hari ini juga batal bagi menghormati mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang akan diadakan esok.

Selain itu, Mazli turut meminta rakyat Selangor untuk membuat penilaian sama ada ingin menerima atau tidak menteri besar yang bukan daripada negeri itu.

"Lihat apa PKR buat, seorang menteri besar anak Selangor nak digantikan dengan menteri besar bukan rakyat Selangor.

"Saya rasa rakyat Selangor boleh menilai untuk beri sokongan pada beliau (Wan Azizah) atau Khalid yang memang anak Selangor," katanya lagi.

Pas Selangor bincang pelawa Khalid?

Posted: 10 Aug 2014 04:36 PM PDT


Iskandar Abdul Samad Iskandar Abdul Samad


GOMBAK - Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad tegas menyatakan semua Exco parti itu terus menyokong pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan tidak akan melepaskan jawatan seperti didakwa.

Mengenai khabar angin pelawaan Pas untuk Abdul Khalid menyertai parti itu, Iskandar memaklumkan perkara itu masih belum diputuskan Pas Pusat.

"Buat masa ini Exco Pas Selangor akan meneruskan pentadbiran negeri seperti biasa kerana tidak adil untuk rakyat.

"Kami akan beri kerjasama kena fikirkan rakyat. Jika berhenti atau tak beri kerjasama, ia akan menjejaskan kesejahteraan rakyat," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Pas, di sini, semalam.

Iskandar berkata, Exco Pas tidak ada masalah dan kekal dengan pendirian Pas Selangor, Majlis Syura dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau turut menangkis dakwaan akan wujudnya Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya pembubaran Dun berlaku.

"PRN.... tidak sampai tahap itu tapi sebagai parti politik kita sentiasa berdepan apa saja termasuk PRN," katanya.

Ketika ditanya mengenai potensi dirinya dinamakan sebagai calon menteri besar, Iskandar berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku.

"Saya tidak tahu pasal jadi calon menteri besar, di peringkat bawah Pas akan jalankan tugas seperti biasa," katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika ditanya mengenai pelawaan Pas untuk Abdul Khalid menyertai parti itu beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan.

"Pelawa Abdul Khalid? Pas akan bincang," katanya, ringkas.

Tiada ulasan: