Khamis, 14 Ogos 2014

Cendawan MALAYA

Cendawan MALAYA


ALASAN KHALID PALING BERASAS...

Posted: 12 Aug 2014 11:06 PM PDT

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau memutuskan untuk memecat lima orang anggota Exco Selangor kerana melanggar sumpah setia dan aku janji yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah jawatan. Jelasnya, kenyataan lima orang anggota Exco itu jelas melanggar sumpah taat setia kepada Sultan Selangor dan menteri besar, sekaligus bercanggah dengan sepuluh akujanji dan sumpah kesetiaan yang telah dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan DYMM Tuanku Sultan," kata beliau di sini

PAS SELANGOR BERTINDAK DEMI RAKYAT SELANGOR

Posted: 12 Aug 2014 08:40 PM PDT

Empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS perlu menghadiri mesyuarat hari ini untuk memastikan kerajaan negeri terus kekal sehingga parti Islam itu bermesyuarat pada 17 Ogos ini, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad DI SINI.

 Ramai dikalangan rakyat Selangor menyokong tindakan Pas Selangor bertujuan untuk menyelamatkan Selangor dari dihuruharakan golongan yg mengejar kuasa. Namun begitu  Khalid berkata, PKR dan DAP perlu memahami, jika semua exco Selangor tidak hadir bermakna kerajaan pemerintah yg sedia ada akan tumbang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dibubarkan dan ini akan memberi peluang kepada BN untuk mecuba nasib disebalik kekalutan politik selangor.

p/s; Jangan jadikan Rakyat Selangor mangsa perebutan kuasa. Wallhuaalam.  

ADUIYAII...!! AKU PECAT KO SORANG, 6 ORNG AKU PULAK KO BUANG...FENING2..!!

Posted: 12 Aug 2014 08:02 AM PDT


Angan-angan dan nafsu PKR yang menyokong cadangan Anwar, supaya bininya  Wan Azizah, menjadi MB Selangor akhirnya menikam diri sendiri.

 Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikianati oleh partinya sendiri berakhir dengan beliau pula kekal sebagai MB dengan automatik Kerajaan PKR bertukar menjadi Kerajaan PAS dengan sokongan UMNO.

Langkah Kajang akhirnya menjadi Langkah KEJANG buat PKR. 

sumber rujukan:  di sini.

Tiada ulasan: