WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- MH17: Siasatan mesti seluruh, heret pesalah ke muka pengadilan
- WAN AZIZAH CALON SESUAI
- VIDEO VIDEO DARI UKRAIN RAKAMAN KEHANCURAN KAPALTARBANG .
- VIDEO: Ukraine Dedah Rakaman Audio Russia Dalang Tragedi MH17
MH17: Siasatan mesti seluruh, heret pesalah ke muka pengadilan Posted: 18 Jul 2014 09:17 PM PDT MH17: Siasatan mesti seluruh, heret pesalah ke muka pengadilanKUALA LUMPUR 18 JULAI: KEADILAN menggesa Kerajaan Malaysia supaya melakukan siasatan menyeluruh terhadap insiden pesawat MH17 dan mereka yang bersalah perlu diheret ke muka pengadilan."KEADILAN juga berharap masyarakat antarabangsa khususnya di Rusia dan Ukraine, termasuklah puak pemisah pro-Rusia di kawasan terhempasnya pesawat MH17, akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyiasat dan penyelamat antarabangsa," kata Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan. Seluruh keluarga KEADILAN merakamkan salam takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi ini. "Negara kita dan seluruh dunia dikejutkan dengan berita tragis di pagi Jumaat, Ramadan ke-20, berlakunya kemalangan terhadap pesawat MAS, MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, dilaporkan terhempas di sempadan Ukraine-Rusia malam tadi. "Dengan doa agar kita semua sabar dan tabah dalam menghadapi saat yang cukup getir dan penuh dugaan ini," kata Wan Azizah lagi. |
Posted: 18 Jul 2014 01:44 PM PDT
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, mengambil kira beberapa faktor antaranya lebih berpengalaman Wan Azizah dilihat mempunyai lebih kelebihan. "Wan Azizah lebih layak, beliau merupakan seorang Presiden PKR, yang dilihat telah membuktikan rekod kecemerlangannya. "Di samping itu, Wan Azizah juga pengimbang di dalam Pakatan Rakyat sekiranya beliau dipilih majoriti yang akan bersetuju," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas situasi terkini yang berlaku di negeri Selangor. Dalam pada itu, menyentuh perkara yang sama, Agus berpendapat perebutan kuasa yang berlaku di Selangor akan menyebabkan terjadinya lebih banyak kepincangan dan akhirnya nasib rakyat terabai. "Saya mengambil masa lama untuk meneliti faktor yang menyebabkan berlakunya krisis dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. "Rumusan penelitian saya adalah teruknya perebutan kuasa dalam politik, semakin pincangnya politik PKR, rapuhnya kerjasama dalam PR, kacaunya politik bila terlalu banyak campur tangan, dan politik ini penuh dengan opurtunis yang menunggu untuk mengambil peluang. "Lalu saya terfikir, mananya perjuangan untuk membela nasib rakyat dan menegakkan hak rakyat? Nampaknya membela nasib rakyat bukan lagi keutamaan pemimpin politik. Kegilaan mereka ialah berebut kuasa dan mengekalkan kuasa. Sesat politik macam ini!," katanya. |
Posted: 18 Jul 2014 02:57 AM PDT MH17: Satu pembunuhan beramai-ramai, kata Anwar SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang didapati bertanggungjawab ke atas tragedi yang menimpa pesawat MH17. "Kami mengutuk perbuatan ini yang disifatkan sebagai salah satu keganasan dan menggesa pihak berkuasa antarabangsa untuk menjalankan siasatan penuh serta bebas bagi membawa mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini ke muka keadilan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Pesawat tersebut yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan telah ditembak dengan menggunakan peluru berpandu jenis Buk anti-aircraft system. MH17 yang berlepas dari Amsterdam malam tadi (waktu tempatan) dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini. Anwar menerusi kenyataannya turut melahirkan rasa sedih yang teramat turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH17. "Kami berasa terkejut dan sedih dengan berita yang diterima. Kami mengucapkan takziah buat keluarga penumpang MH17 yang telah kehilangan orang yang tersayang. Mari kita besama-sama tabah mengharungi tragedi yang menimpa ini," katanya lagi. -SH |
VIDEO VIDEO DARI UKRAIN RAKAMAN KEHANCURAN KAPALTARBANG . Posted: 18 Jul 2014 02:51 AM PDT CRASH SITE DEAD BODY'S AND PASSPORTS Malaysia flight MH17Malaysia Airlines MH17 crash in Ukraine Caught on CameraMalaysia Air MH17 Crash: Video From the WreckageCould Malaysia Air Tragedy Aid Sanctions Against Russia?MH17 Hit by Anti-Aircraft System |
VIDEO: Ukraine Dedah Rakaman Audio Russia Dalang Tragedi MH17 Posted: 18 Jul 2014 02:42 AM PDT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan