Kelab Greenboc |
- Apabila Iblis Menguasai Diri, Anak Tiri Pun Dinodai Tanpa Peduli...
- Bila Kena Keluarga Sendiri, Bawa Usul Untuk Bahas Di Parlimen...
- [VIDEO] Ada Remaja Hafiz Al-Quran 30 Juz Di Dalam Penjara Machang
- [VIDEO] Lalu Di Zon Perang: Pesawat Malaysia Dituduh Bawa Pengintip
Apabila Iblis Menguasai Diri, Anak Tiri Pun Dinodai Tanpa Peduli... Posted: 19 Jul 2014 01:05 AM PDT Bekas staf Maim didakwa AYER KEROH - Seorang bekas kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak tirinya sebanyak dua kali iaitu pada Disember lepas dan minggu lalu. Tertuduh berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan didakwa ke atasnya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar. Berdasarkan pertuduhan, Nooraslan didakwa merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah rumah di Taman Desa Duyong pada waktu malam, Disember lalu. Tertuduh turut didakwa merogol kanak-kanak sama berusia 12 tahun di lokasi sama pada waktu malam pada 8 Julai lalu. Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya M Rebecca membantah mahkamah menetapkan sebarang jumlah wang jaminan terhadap tertuduh. Bagaimanapun, Nooraslan merayu diberikan jaminan kerana menanggung isteri yang tidak bekerja, lima anak tiri dan dua anak kandung termasuk bayi berusia empat bulan. Selepas mendengar rayuan itu, Ahmad Sazali yang bersetuju dengan pihak pendakwaan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, namun menetapkan sebutan semula kes pada 19 Ogos depan. ~SH ULASAN GB Demikianlah. Nafsu yidak mengenal batas. Nafsu tak mengenal jawatan. Jika kes di atas didapati benar, sekalipun bertugas di sebuah majlis agama Islam, rupa-rupanya lebih besar iblis yang ada di dalam dirinya sehingga tergamak merogol anak tiri sendiri. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Bila Kena Keluarga Sendiri, Bawa Usul Untuk Bahas Di Parlimen... Posted: 18 Jul 2014 10:00 PM PDT Parlimen bahas nahas MH17 Rabu ini KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat Khas untuk membahaskan usul mengenai tragedi nahas pesawat MH17 akan diadakan pada Rabu ini mulai 10 pagi, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Dalam kenyataannya, Pandikar Amin berkata, beliau selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Perkara ini adalah selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. "Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah telah menyusul dengan mengeluarkan pemberitahuan panggilan mesyuarat kepada semua ahli-ahli Dewan mulai hari ini (semalam)," katanya. Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di wilayah Donetsk, timur Ukraine, kira-kira 50km daripada sempadan Rusia pada Khamis. Pesawat tersebut berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia. - Bernama
ULASAN GB Maaflah tajuk yang GB gunakan... keras sedikit.. namun, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sewaktu tragedi MH370 dahulu apabila diminta supaya kes itu dibahaskan di Parlimen, ianya ditolak mentah oleh kerajaan. Berjurai airmata ahli keluarga mangsa mendengar keputusan kerajaan pada saat itu. Kini, apabla terkena "batang hidung" dan ahli keluarga sendiri, Najib sendiri menandatangani surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat untuk membincangkan kes MH17. Dan ia mendedahkan juga satu hal: terbukti speaker hanya menjadi pak angguk. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, sekalipun yang bodoh-bodoh atau yang buta mengenainya cuba menyangkal dan cuba menyembunyikannya. Namun Allah itu tetap Maha Adil! Airmata anda akan berjurai sepertimana anda juraikan airmata orang lain. Anda akan rasai sendiri apa yang anda telah lakukan terhadap orang lain. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] Ada Remaja Hafiz Al-Quran 30 Juz Di Dalam Penjara Machang Posted: 18 Jul 2014 05:45 PM PDT Imam Penjara' Jadi Rebutan KOTA BHARU – Remaja yang mengalunkan hafalan surah al-Quran di sebalik tirai besi sejak awal Ramadhan lalu kini menjadi perhatian ramai pihak termasuk untuk menjadikannya sebagai anak angkat. Remaja lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Jamaluddin, 16, ditahan akhir Jun dan dihantar ke Penjara Machang selepas Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan tinggal di negara ini melebihi tempoh sah. Sejak viral rakaman berdurasi 2 minit 29 saat itu mula tersebar di laman-laman sosial terutamanya Youtube dan Facebook, pelbagai respons positif diterima dari masyarakat seluruh negara. Malah, menurut sumber, kerajaan negeri juga tidak akan melepaskan peluang bagi memastikan remaja yang diibaratkan mutiara berharga itu tidak pulang ke negara asalnya dan membina kehidupan di sini. Melalui viral yang dikongsi di laman sosial Facebook dan Youtube, seorang individu sanggup bersusah payah mengesan Muhammad dan mahu menjadikan beliau sebagai anak angkat. Antara lain beliau telah mendapatkan maklumat Muhamamd melalui polis Kota Bharu dan jabatan imigresen dan mencari prosedur mengeluarkan remaja itu dipenjara dengan membayar denda. Difahamkan, Muhammad juga turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat bagi mengetahui sendiri perkembangan Imam muda dari penjara itu. Menurut sumber, rakaman tersebut dilakukan ketika dalam proses pemilihan imam untuk penjara di mana beliau ditahan, malah kini Muhammad dijadikan Imam untuk solat fardu dan terawih di penjara berkenaan. Banyak pihak yang tidak menyangka Muhammad sebenarnya menjadi perhatian golongan atasan yang kini masing-masing cuba untuk membantu remaja itu menyelesaikan beberapa proses dengan mahkamah dan Jabatan Imigresen. Tujuan utama adalah untuk memastikan permata berharga seperti Muhammad tidak disia-siakan sekali gus boleh dijadikan ikutan kepada golongan muda di Malaysia. Dalam masa yang sama, Ibu Muhammad didakwa berasal dari Thailand manakala bapanya pula berasal daripada Kemboja dan bukanlah berketurunan Rohingya sebagaimana yang dilaporkan di Youtube dan sebagainya. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman telah mengesahkan Muhammad ditangkap penduduk kampung di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa pada 18 Jun lalu kerana didakwa mencuri. "Bagaimana pun beliau dilepaskan kerana tiada bukti kukuh dan ditahan kembali pada keesokan hari kerana tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyatakan hasrat untuk menjadikan anak muda tersebut sebagai anak angkatnya. Ahmad Zahid berkata, proses kini dilakukan untuk mendapatkan dokumen asal bagi membolehkan prosedur pengambilan anak angkat. "Ada dakwaan mengatakan dokumennya telah dicuri. Jika benar, pastinya ada maklumat asal ibunya warganegara Thailand dan bapanya dari Kemboja," katanya. Ahmad Zahid berkata, sekiranya dokumentasi remaja itu berjaya, beliau bercadang menjadikan MuhamMad pembantu imam di maahad tahfiz miliknya di Melaka. Beliau sebelum ini menyatakan hasratnya untuk mengambil Muhammad sebagai anak angkat susulan video mengalunkan bacaan al-Quran ketika berada dalam lokap polis menjadi viral di laman sosial. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] Lalu Di Zon Perang: Pesawat Malaysia Dituduh Bawa Pengintip Posted: 18 Jul 2014 03:34 AM PDT Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia. The Kyiv Post, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, melaporkan bahawa perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin. Berikut perbualan telefon tersebut: Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast). Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang? Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap. Vasili Geranin: Berapa minit lalu? Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek. Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino. Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial. Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah). Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai. Major: Mengenai pesawat ditembak jatuh di kawasan-Snizhne Torez. Ia adalah pesawat komersial. Jatuh berhampiran Grabove. Terdapat banyak mayat-mayat wanita dan kanak-kanak. Penduduk sedang melihat semua ini. Siaran televisyen berkata ia sebuah pesawat pengangkut AN-26, tetapi ada perkataan Malaysia Airlines atas pesawat itu. Apa yang ia lakukan di wilayah Ukraine? Soalannya dibalas oleh seorang komander militan. "Ini bermakna pesawat itu membawa kumpulan pengintip. Mereka tidak seharusnya terbang. Perang sedang berlangsung. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan