Isnin, 28 Julai 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


UCAPAN DARI DAPUR JALANAN

Posted: 28 Jul 2014 06:30 PM PDT





SELAMAT 

HARI RAYA


dari tim
dapur jalanan




Bulan Ramadhan telah menjadi medan ujian untuk warga miskin kota berhadapan dengan pemerintah & aparatusnya. Dari awal Ramadhan dengan karenah pak menteri sehingga ke penghujung ramadhan - dengan hadiah palang besi, warga miskin kota tidak henti-henti menjadi mangsa penindasan. 

Setiap sisi ditekan, setiap sudut diinjak, dengan baki tenaga yang terus diperah, ditinggalkan hanya lelah buat peneman malam. Bulan ramadhan telah benar-benar mengajar jerih payah menjadi warga yang tinggal di kota dalam keadaan tidak berwang, berumah, berkot segak, mahupun berkereta besar. 

Harapan pagi Syawal ini semoga ia membawa satu semangat baru untuk miskin kota yang tertindas, yang tidak henti-henti ditekan, walau di mana pun anda berada (Kuala Lumpur, Pulau Pinang, hatta Palestine) untuk kembali bangun dengan semangat melawan, dan semangat perubahan.
 
Kami turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan simpati, diiringi dengan ucapan takziah dan doa kepada ahli keluarga serta sahabat handai mangsa tragedi MH370 dan MH17. Semoga kalian terus tabah menghadapi dugaan yang hadir tanpa diduga. 

Duka anda, duka kita bersama! 
Akhir kata,selamat Hari Raya Aidilfitri
dari keluarga besar Dapur Jalanan Kuala Lumpur. 


*Makanan adalah hak anak semua bangsa*
1 Syawal 1435; 28 Julai 2014





-------------

SIAPA ITU KHALID IBRAHIM

Posted: 27 Jul 2014 10:00 PM PDT



KAH KAH KAH

bila musuh tibai kamu
ertiny kamu baik
bila musuh puji kamu
ertiny kamu dah musuh

KAH KAH KAH




---------

BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU

Posted: 27 Jul 2014 09:11 PM PDT



 




BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU



bila aku terlihat gambar itu
lalu aku teringat kota beirut
lalu aku teringat sabra dan shatila
lalu aku teringat tal al zaatar
lalu aku teringat kamar aku
yang aku tiduri di kota beirut


ah! apakah ianya masih selamat
atau ianya telah lama runtuh
diledak oleh mig
atau kini telah menjadi 
laluan kereta

yang segar hanya ingatan
yang selamat hanyalah lamunan
yang terpahat berkurun kurun
saperti air jeram gunung toi

lalu aku teringat

jejak jejak muda
yang aku tinggalkan
di gigi pantai liban
lalu aku teringat ledakan grenade
lalu aku tergambar keindahan rpg
lalu aku teringat nyanyian kalashinkov
lalu aku teringat ketika
aku mencelupkan badan ke laut tengah 
jiwa aku sedang berdendang 
dengan sonata kalashinkov


ah! berkelana lagi hati ini

bagaikan semalam yang tak sudah sudah
bagaikan panas semakin terik
bagaikan jerebu yang tak mahu hilang
bagaikan hati yang putus cinta

ah! hati ini berkelana lagi


bila aku melihat gambar itu
lalu aku teringat akan pembelotan
lalu aku teringat akan pengkhianatan


nah!
akhirnya pembelotan
akhirnya pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga yang paling mahal


sebelum dakwat oslo itu dilecok
sebelum dakwat itu kering
sebelum pejanjian itu dimetri
aku telah tercium
bau pembelotan
bau pengkhianatan

kepada kawan-kawan 
yang bersama di kota beirut
apakah kau masih ingat lagi
apakah kau masih  setia
pada janji 
pada revolusi
pada darah yang telah terpercik
antara tiang lampu
dan tembok bangunan

kepada kawan-kawan 
yang bersama di kota beirut
dimana kamu sekarang
apakah telah pulang ke kota paris
atau telah pulang ke al-gadir
atau telah pulang ke adis ababa
atau kini menjadi suami yang setia
atau seorang pemadat yang tegar


kepada yang telah gugur
mustahil dapat aku bisikan sekali lagi
kesah kita dengan chai dan khalwa
labon dipetang musim bunga yang indah
tentang rasuah dan saudi arabia
tentang moscow dan peking
tentang arafat dan habash
tentang pembelotan dan pengkhianatan


nah!
bila aku lihat gambar itu
pada pagi raya ini
maka aku tahu
pembelotan dan pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga yang paling mahal

kepada  kau kawan aku
yang belum aku kenali
kepada kau yang membaca puisi ini
saperti petang itu dikota beirut
dimana aku dan kawan kawan
hanya ditemani oleh chai dan kahwa
sedang berlabon panjang
tentang yasser dan george
tentang pengkhianatan dan pembelotan

kau yang membaca puisi aku ini
kau yang sedang diiringi indah
oleh ketupat dan rendang
kau yang didendang 
sonata mercun dan bunga api
kau yang sedang mamakai baju baru
kau yang bersongkok dan berpantalon baru
kau yang berselfie dengan keluarga
kau yang sedang bersalaman dan bermaafan

jangan sesekali kau lupa
untuk berlabon tentang selangor
untuk tahu siapa itu hadi
untuk tahu siapa itu khalid
kerana pembelotan
kerana pengkhianatan
akan dibayar dengan harga yang paling mahal 
saperti pembayaran yang sedang
ditunaikan oleh warga gaza

- pagi raya 2014- 






-----------

PERUTUSAN KHAS

Posted: 27 Jul 2014 07:38 PM PDT





SELAMAT

BERAYA 

BANGLA

berayalah kamu 
sebelum kamu
tak dapat
beraya



KHAS
untuk yang tak ada 
kampong
yang kampong tergadai
yang kampong 
dah jadi hiway
yang kampong 
dah tenggelam
yang dah kena cerai bini
yang dsah kenba cerau laki
beraya lah kamu
sebelum kamu
tak dapat
beraya


---------

Tiada ulasan: