Tukar Tiub |
- HARI HARI AKHIR SAEKOR KHALID
- LESEN NAK HARGA
- MANA NAK SOROK MUIKA
- DOKUMEN PENTING DALAM TANGAN
- YA AMPOON
- SELAMAT BERBUKA
- SEMUA JADI MELAYU
- DARI MANA DATANGNYA NABI
- IQRAK - BACLAH OLEH KAMU
- MEMAHAMI POLITIK
Posted: 16 Jul 2014 07:00 PM PDT SHAH ALAM 16 Julai - Abdul Khalid Ibrahim menegaskan dia akan terus menjadi Menteri Besar sehingga penggalnya berakhir pada 2018. Beliau juga menyatakan pendirian tidak akan sesekali tunduk kepada... KAH KAH KAH woit ingat tak macam mana baca akhbar milik gerombolan siapa utusan beri laporan baik orang itu orang jahat siapa utusan tibai orang itu orang baik KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 16 Jul 2014 06:30 PM PDT Kenaikan Harga Lesen Memandu Tidak Masuk Akal Kenaikkan harga lesen dari memandu kereta ke tahap RM2000 dan Motorsikal ke tahap RM1000 adalah sangat tidak masuk akal. Kenaikkan mendadak ini juga mendatangkan reaksi negetif dari pelbagai pihak khususnya anak muda. SAMM Pulau Pinang dengan ini menggesa pihak berwajib supaya kenaikkan ini dibatalkan segera. Pihak kerajaan yang dipimpin Umno Bn juga harus peka dengan permasalahan anak muda dalam keadaan ekonomi yang gawat dengan kenaikan pelbagai harga barang ketika ini. Apakah tabung negara sudah kontang dikerjakan pihak tertentu hingga memaksa rakyat khususnya anak muda mengeluarkan lebihan wang untuk lesen memandu? Pemimpin negara dilihat bermewahan, malah anak menteri dilihat menaiki Lamborghini yang bernilai lebih RM3 juta ringgit. Ketika yang sama anak muda lain pula dihukum dengan kenaikan kadar lesen baru yang amat membebankan. SAMM P.Pinang membantah kenaikan ini dan akan melancarkan kempen bantahan di peringkat Pulau Pinang dalam pelbagai bentuk aksi. Sekian Afzanizam Hashim Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang KAH KAH KAH padan muka siapa suruh undi gerombolan ini kah kah kah ------------ |
Posted: 16 Jul 2014 02:30 PM PDT FACE BOOK Jason Chua According to bung she is forgiven because she bocor pada hari itu. FACE BOOK i rest my case m my lord kah kah kah ----------- |
Posted: 16 Jul 2014 07:30 AM PDT DOKUMEN DAH ADA SKANDAL BANK RAKYAT: BUKTI MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI & KEPENGGUNAAN BERI ARAHAN SELAMATKAN DEEPAK Dua minggu lalu, National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) telah mendapat beberapa dokumen penting yang menjadi bukti campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen. Kesemua 13 dokumen yang diserahkan kepada NOW melibatkan surat menyurat rasmi di antara Bank Rakyat dan Menteri terbabit, kertas-kertas Lembaga Pengarah, memo dalaman dan lain-lain. Setelah meneliti dokumen-dokumen ini, saya berpendapat bahawa ia bukan sahaja menjadi bukti campur tangan Menteri di dalam pengurusan Bank Rakyat, malah memberi gambaran betapa besarnya jumlah hutang Deepak Jaikishin dengan Bank Rakyat dan bagaimana dia telah mendapat layanan istimewa dari Bank Rakyat selama ini. Bermula dari hari ini, NOW akan mendedahkan dokumen ini satu persatu untuk menjadi bukti terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Datuk Mustafha Razak, Pengarah Urusan Bank Rakyat kerana saya percaya ada asas yang kukuh telah berlakunya penyelewengan dan pecah amanah. Bersama-sama ini saya sertakan surat dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Datuk Mustafha Razak yang mengarahkan Bank Rakyat memberi layanan istimewa yang bertentangan dengan amalan biasa pentadbiran pinjaman Bank Rakyat setelah satu pertemuan diadakan di antara menteri, wakil Bank Rakyat dan Deepak Jaikishen pada 30 Januari 2014. NOW juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menteri terbabit pada hari Jumaat 18 Julai 2014 jam 11 pagi di ibu pejabat SPRM Putrajaya. Satu laporan terhadap Pengarah Urusan Bank Rakyat pula akan dibuat dengan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) pada hari Jumaat, 18 Julai 2014 jam 3 petang di ibu pejabat PDRM, Bukit Aman. NOW akan mendedahkan dokumen-dokumen ini sepanjang bulan ini sehinggalah tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap kedua-dua mereka. RAFIZI RAMLI Ahli Parlimen Pandan Pengarah Eksekutif NOW 16 Julai 2014 --------- |
Posted: 16 Jul 2014 06:30 AM PDT FACE BOOK adusss... KAH KAH KAH ya ampooon kincing tak tak munyi kah kah kah --------- |
Posted: 16 Jul 2014 03:38 AM PDT SELAMAT BERBUKA hari ini awalnya redup kemudian berbahang sebelah petang hujan turun lebat tapi tidak lama kemudian berbahang kembali hingga sekarang KELMARIN berbuka di hulu langat beli makan tempat yang sama kali ini pajeri nenas yang minngu lepas cukup baik telah gagal aku amat yakin pajeri ini telah diulang masak gulai labu dengan pucuk paku juga gagal ada dicampur ikan masin lalu agak termasin KE KAJANG pertama kalinya bulan puasa ke kajang melawat rona dan sham membuka kedai menjual baju kerosang dan dan dan untuk berharai raya sedang disana terserempak mamat pembaca tukar tiub si mamat ini dengan isteri dan anak lalu bergambar bila aku tanya bagaimana tahun ini agak pilu kerana mak cik kakak belum turun berbelanja hujung minggu okay tapi malam kelmarin lengang aku juga difahamkan keadaan sama sedang melanda mak cik dan kakak sedang takut takut nak berbelanja hantu gst akan sampai tahun depan KEROSANG lalu aku buka cerita satu ketika dahulu aku juga pernah menjual kerosang kerosang dan barang kemas ini datag dari bangkok ini emas tiruan anak petani yang bawa jauh datang nya dari bangkok ke karachi ke kabul ketika itu belum wujud lambakan barangan dari ccl atau ccp cheap chinese labour dan cheap chinese products bila aku berkelana dari karachi ke kabul aku juga membawa emas tiruan ini untuk dijual ha ha cukup untuk aku bercuti di kabul PETANG INI jemputan berbuka pejabat dap di jalan pudu SELAMAT BERBUKA |
Posted: 15 Jul 2014 10:11 PM PDT PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947 Saya selalu memikir dan cuba merungkai tentang persoalan Bangsa Bangsa dan Negara Bangsa. Saya sering menilai dan membuat ukuran dengan melihat bagaimana Indonesia telah berjaya mendirikan negara bangsa yang kukuh. Saya juga membuat perbandingan antara kita dengan dia. Ini berlaku kerana saya sering, malah dari zaman saya anak mahasiswa tahun 70'an lagi - saya telah wajib berhadapan dengan persoalan bangsa-persoalan nasion. Saya berhadapan dengan sentimen Melayu benci Cina atau Cina benci Melayu Saya berani merumuskan bahawa persolaan Bangsa-Bangsa masih menghantui Malaysia. Pembinaan negara bangsa masih goyah. Saya semakin yakin melihat projek Bangsa Malaysia itu sendiri telah gagal. Malah projek mendirikan negara yang bernama Malaysia itu adalah projek gagal. Projek yang telah dipaksakan keatas warga Sabah dan Sarawak. Manifestasi kegagalan persoalan Bangsa-Bangsa dan kegagalan projek Malaysia sedang kita lihat hari ini. Malaysia diwujudkan oleh British pada tahun 1963. Satelah kurang lebih 50 tahun kita sedang menyaksikan dengan jelas kemungkinan Malaysia menuju ke arah DAULAH GAGAL atau Failed State. Dari hari ke hari manifestasi dan bahan bukti kegagalan ini semakin terkumpul dan menyerlah. Kenyataan-kenyatan rasis – projek ajenda perkauman terus kedengaran. Ianya bukan hanya datang dari mereka yang mengakui diri mereka Melayu, malah suara rasis yang sama juga kedengaran dari Orang Cina dan Orang Idia. Sikap rasis ini tidak hanya dimonopoli hanya oleh Melayu. Benci terhadap Orang Lain/The Others ini bukan milik ekslusif Melayu. Minggu lalu saya telah memberi hujah tentang bagaimana kedatangan Orang Cina dan Orang India yang dibawa oleh British ke Tanah Melayu ini dilihat sebagai ' pencelah' dalam naratif induk Tamadun Melayu. Kitab-kitab Melayu kuno telah merakamkan permulaan Tamadun Melayu dari zaman Langkasuka ke Ganga Negara hinggalah ke zaman kegemilangan dan keruntuhan Empire Melaka. Dirakamkan juga bagaimana Manusia Melayu ini sebelum menjadi penganut Hindu adalah penganut Agama Anamisma. Sesudah Hindu Manusia Melayu menganut Islam. Hingga ke hari ini kita dapat melihat Orang Asal - Proto-Melayu masih lagi kekal dengan Agama Anamisma. Malah dalakm banyak budaya dan jati diri Melayu sendiri pegangan Anamisma dan Hindu itu masih wujud walau pun telah dibasuh oleh Islam. Dalam naratif induk tamadun Melayu telah dituliskan – dalam Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang, Hikayat Raja-Raja Pasai - tentang konsep dan struktur negara bangsa. Telah disisipkan ajaran salah benar dan adat istiadat Melayu. Ada undang-udang peraturan istana, pelabuhan atau peraturan berjual beli. Kalau di Negeri Sembilan hukum Adat Pepatih dan Adat Temenggong disebarkan dengan jelas melalui pepatah petitih. Kesemua adalah naratif kebudayaan Melayu. Kesemua ini wujud dari ekonomi pertanian yang menjadi asas Tamadun Feudal Melayu. Apa yang menarik dari membaca bahan sejarah ini ialah telah wujud satu kumpulan manusia yang tinggal dalam satu kawasan yang jelas, bertutur dan berhubung dengan mengunakan satu bahasa dan memiliki satu kepecayaan yang dikongsi bersama. Kumpulan manusia ini pula dibalut dalam satu mimpi dan satu harapan. Ini dinamakan identiti Melayu. Justeru identiti Melayu itu telah wujud lama – berhujan berpanas - di Tanah Melayu sebelum Orang Cina atau Orang India sampai. Alam bumi Melayu inilah yang melahirkan Melayu. Gunung, bukit, sungai, lurah dan rajau dari alam inilah yang membina tamadun Melayu. Manusia Melayu minum air Sungai Pahang dan Sungai Perak.Manakala indentiti Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu telah tumbuh dan subur di tebing Yang Tze dan Hwang Ho di Tanah Besar China. Bagitu juga dengan Orang India. Tamadun India lahir di Sungai Ganges dan Indus di Bharat. Apakah yang saya fikirkan ini tidak difikirkan oleh Burhanuddin Helmy? Tidak difikirkan oleh Ahmad Boestamam? Oleh Rashid Mydin. Tidak difikirkan oleh Mokhtaruddin Lasso , atau oleh Ibrahim Yacob. Jawabnya mustahil nasionalis bangsa ini tidak memikir pekara yang sama. Datuk Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan Maharaja Lela TIDAK akan memikirkan pekara ini. Ketika mereka mengakat senjata melawan penjajah ' pencelah' – Orang Cina dan India belum dibawa masuk lagi oleh British. Justeru pahlawan Melayu lama tidak perlu memikirkan apa itu bangsa-bangsa dan apa itu pembinaan negara bangsa. Tun Fatimah hanya perlu menajamkan keris dan lembing untuk menikam Portugis. Saya akan membuktikan bahawa pekara nasion - Melayu, Cina dan India ini telah difikirkan oleh orang yang terdahulu dari kita. Pekara ini pasti telah menjadi agenda penting untuk mereka yang terdahulu dari kita. Saya membuktikannya dengan mengajukan bahan bukti Perlembagaan Rakyat 1947. Ketika Perlembagaan Rakyat diajukan kepada penduduk Tanah Melayu – Jepun telah mengundur. Ketika ini Orang Cina dan Orang India telah dibawa masuk oleh penjajah British ke Tanah Melayu. Jumlah 'pencelah' dari India dan China ini bukan datang sikit anak. Ratusan ribu telah sampai. Mereka telah menduduki pusat-pusat bandar. Justeru mereka menguasi perniagaan. Mereka menguasi bidang dagangan. Mereka menjadi 'orang tengah' antara kuasa kolonial Inggeris dengan penduduk tempatan. Pada tahun 1947 – semangat nasionalisma , semangat anti penjajah telah merebak di Asia , Afrika dan Amerika Latin. Sesudah Perang Dunia Kedua mood warga dunia ialah bangun menghalau penjajah dan mendirikan kerajan sendiri. Gerakan nasionalisma di negara tanah jajahan ini menerima sokongan yang kuat dari Rusia yang telah berjaya mengembangkan pengaruh Sosialisma ke Eropah Timur. Sesudah Perang Dunia Kedua pengaruh Revolusi Boshevik telah meluas. Semangat nasionalisma ini telah lama berkembang dan bukan hanya bermula pada tahun 1947. Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh Ibrahim Yacob telah lama menyusun semenjak 1938 dan telah berjaya mempengaruhi Orang Melayu untuk bangun menuntut Merdeka. Dalam masa yang sama KMM memiliki jaringan Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar. Parti Komunis Malaya juga telah lama ditubuhkan.Parti Komunis memiliki pengaruh yang amat luas dalam kesatuan buruh dan kaum sekerja. PKM juga memiliki hubungan antarabangsa yang kuat dan intim dengan Parti Komunis di negara luar. Semua perkembangan ini diperhatikan oleh kuasa Britsih sebagi musuh yang akan mengahalu mereka dari Tanah Melayu. Penjajah British bukan sahaja menjajah - mereka juga merancang jangka panjang untuk memastikan pengaruh mereka akan berkekalan. British secara licik telah mengajukan apa yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah bara api yang disediakn oleh British untuk membakar semangat KeMelayuan Orang Melayu. Mari kita lihat bagaimana rancangan licik ini dijalankan. Secara terancang sebelum diajukan konsep Malayan Union – British telah terlebih dahulu menubuhkan apa yang kini dikenali sebagai United Malays National Organisation. Parti politik arus kanan ini disediakan oleh British sebagai jawapan kepada kaum nasionalis yang sedang mara menuntut Merdeka. United Malays National Organisation yang baru dutubuh (1946) pastilah TIDAK banyak pengaruh berbanding dengan KMM dan PKM yang telah lama bertapak. Justeru Malayan Union telah digunakan sebagai wadah untuk United Malays National Organisation berkempen dan mencari pengaruh. Malayan Union sengaja ditelorkan denbgan 'gula-gula' untuk menghapuskan kuasa Raja. Ini dilakukan dengan penuh kesedaran oleh British. Penghapusan Raja ini pasti akan menimbulkan tentangan hebat dari Orang Melayu yang masih feudal. Melalui Malayan Union - Orang Cina dan Orang India akan diberi kerakyatan. Ini satu lagi yang bara yang pasti akan membakar hati sanubari Melayu. Semua ini dirancang sebagai bola tanggung untuk United Malays National Organisation berkempen mencari pengaruh. Dalam suasana inilah para nasionalis saperti Ibrahim Yacob, Ahmad Boestaman, Burhanuddin Helmi, Tan Cheng Lock, John Eber – berbincang untuk menyelesaikan agenda Bangsa Bangsa – agenda nasion. Kaum nasionalis ini pastilah sedar bahawa tanpa pembinaan bangsa-bangsa yang kukuh perjuangan kemerdekaan mereka akan gagal. Tanpa setia kawan anak semua bangsa mustahil dapat penjajah British dikalahkan PKMMkini telah memiliki jaringan dengan organisasi sehati sejiwa saperti API, AWAS, GERAM, Hisbul Muslimin. Diakhir tahun 1946 semua lembaga Melayu ini telah bergabung untuk menjadi PUTERA. Manakala Orang Bukan Melayu telah menubuhkan Pan Malayan Council Joint Action(PMCJA) pada tahun 1946. Ini bertukar menjadi AMCJA pada tahun 1947. Saya dapat merasakan bahawa pada ketika itu Tanah Melayu dalam politik yang amat hangat. United Malays National Organisation berkempen untuk mempertahan Melayu, Raja dan Islam – dengan slogan Hidup Melayu Manalaka PUTERA dan AMCJA sedang membincangkan agenda negara bangsa. Sedang membincangkan bagaimana untuk menyelesaikan kemasukan Orang Cina dan India ke dalam politik dunia Melayu. Dalam masa yang sama melaungkan semboyan Merdeka! Niat dan cita-cita kaum nasionalis ini terbukti jujur dan berjangka panjang. Ini dibuktikan apabila dua lembaga – Melayu- Bukan Melayu ini bersatu untuk menjadi AMCJA-PUTERA pada 22 Febuari 1947. Lembaga AMCJA-PUTERA inilah yang menggarap Perlembagan Rakyat 1947. Dokumen Perlembagaan Rakyat ini ialah jawapan rakyat Tanah Melayu terhadap Malayan Union. Dalam Perlembagaan Rakyat sesiapa yang ingin menjadi warga negara Tanah Melayu harus dipanggil Melayu. Apakah para pembaca gagal melihat apa yang telah berlaku pada tahun 1947 sedang berulang hari ini. United Malays National Organisation dan anak-anak syarikatnya sedang berkempen untuk Melayu, Raja dan Islam? Manakala 52% warga Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Kita lihat saterusnya. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar mingguan SUARA KEADILAN --------- |
Posted: 15 Jul 2014 10:00 PM PDT NABI DARI YAHUDI Nota untuk TT - Nabi dari kaum Yahudi bermula Dari Nabi Yaakub.... Bani Israel (Ibrani:שבטי ישראל Bahasa Arab:بني إسرائيل) merujuk kepada kaum atau keturunan yahudi.Perkataan Israel, berasal dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s). Perkataan Israel ini bermaksud "Hamba Allah" atau "Tentera Allah".Perkataan "Isra" bermaksud "Hamba atau Tentera" dan "El" membawa maksud "Allah SWT". Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Israel bermaksud "Yang suka berjalan pada waktu malam". Gelaran "Israel" ini dikurniakan kepada Nabi Yaakub (a.s) kerana baginda diberkati oleh Allah SWT. Perkataan "Israel" berasal dari bahasa Ibrani. Kaum Bani Israel berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath' (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Sham'un, Lawi, Yahuza, Zabulun, Yasakar, Dan, Jad, 'Ashir, Naftali, Yusuf, dan Bunyamin. Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Nabi seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan on SUSAH JADI MELAYU Publish | Delete | Spam Anonymous on 7/16/14 ------------ |
Posted: 15 Jul 2014 09:00 PM PDT IKRAQ BACALAH bacalah berita ini bacalah dengan teliti fahami dan fahamilah inilah sebenarnya berita inilah sebenarnya segala induk berita inilah sebenarnay politik inilah sebenarnya ibu politik di uk ada akhbar financial times di amerika ada bloomberg di malaysia ada the edge inilah akhbar lapor berita benar inilah akhbar bawa berita tepat akhbar yang lain the guardian the times of london the new york times the new strait times the star berita harian utusan malaysia hanya melaporkan manifestasi dari berita ekonomi hanya melapor apa yang sebenarnya berlalu di belakang tirai ekonomi ialah punca berita manusia bergerka kerana ekonomi politik ialah perebutan ekonomi perebutan politik aialh perebutan punca punca ekonomi iraq di bom kerana minyak tapi akhbar melaporkan nak bawa demokrasi syria diserang kerana melawan israel tapi akhbar katakan tak ada demokrasi jelas politik ialah perebutan punca punca ekonomi agama bahasa bangsa semua ini hanyalah untuk mengolah persetujuan dalam usaha untuk mengepong punac punca ekonomi mak cik felda pak cik warung mat jual burger pak haji kontrektor datuk dan tan seri pemilik lesen kelas A cik gu dan ustaz dan tok guru towkay kedai runcit dan tok peraih mereka semua ini hanyalah statistik yang digunakan untuk mengolah persetujuan siapa memiliki punca punca ekonomi dialah yang berkuasa duit ialah kuasa siapa ada duit dia ada kuasa ada kuasa duit boleh beli kuasa politik duit dari mana? duit dari bank macam mana bank buat duit bank cetak duit khalas period bass Putrajaya berdepan kritikan berhubung cadangan penggabungan bankPutrajaya kini berdepan kritikan terhadap cadangan penggabungan CIMB Bank, RHB Bank, dan Malaysian Building Society Bhd (MBSB) apabila kesatuan perbankan nasional, pemimpin Umno dan kerajaan Abu Dhabi membantah pembentukan bank terbesar negara itu. The Malaysian Insider difahamkan, Abu Dhabi menghantar wakilnya ke Putrajaya untuk menyuarakan bantahan mereka berhubung penggabungan itu, dan berkata kuasa pasaran seharusnya ditentukan pada harga terbaik untuk saham RHB yang mereka miliki sebanyak 21.4%. Sumber memberitahu, mesej dihantar Abu Dhabi kepada Putrajaya adalah mereka akan mempertimbangkan pelaburan berbilion ringgit untuk projek Rapid Petronas di Pengerang, Johor sekiranya penggabungan bank itu diteruskan tanpa mengambil kira kepentingan negara Timur Tengah itu. Mereka berkata, Aabar Investment PJS, yang mempunyai saham dalam RHB tidak bersetuju dengan sebarang tawaran di bawah RM12 sesaham kerana ia merupakan kos keseluruhan ditanggung Aabar ketika memperolehi pegangan saham daripada Bank Komersial Abu Dhabi pada 2011.Negara teluk itu turut tidak gembira dengan tempoh eksklusif 90 hari diberikan kepada CIMB Bank untuk berunding tentang penggabungan yang mana bakal membentuk bank mega dengan aset sejumlah RM613.7 billion, mengatasi bank utama di Malaysia, Maybank Bhd yang memiliki RM578 bilion. Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) Tan Eng Hong juga menyuarakan rasa tidak puas hati dengan Bank Negara dan berkata pihaknya tidak dipanggil berunding untuk tujuan itu. NUBE juga khuatir akan berlaku kehilangan pekerjaan terhadap pekerja kerana situasi itu sering berlaku dalam setiap penggabungan. Secara politiknya, pemimpin Umno merungut kerana terpaksa berdepan pembangkang yang sering membantah nepotisme, menjelaskan, pemimpin tertinggi dalam CIMB merupakan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datuk Seri Nazir Razak. Nazir turut menjadi individu penting dalam penggabungan CIMB sebelum ini dengan Southern Bank Bhd. Bank berkenaan baru-baru ini mengumumkan Nazir akan dilantik sebagai pengerusi apabila penggantinya ditemui menjelang September. Sesetengah pemimpin Umno bagaimanapun pelik kenapa Nazir dilantik untuk menguruskan aset negara, Khazanah Nasional Bhd, atau dibenar meneruskan penggabungan itu, dan berkata, tindakan itu tidak akan memberikan kesan buruk kepada imej Putrajaya sekiranya meminta Maybank bergabung dengan RHB dan MBSB. Tidak jelas jika Najib sanggup menerima kritikan terhadap bantahan ini, dengan beliau bergantung daripada kebenaran Umno, Abu Dhabi yang merupakan pelabur utama dan juga kesatuan. Pemindahan pegangan saham yang dilaksanakan Najib tiga tahun lalu antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia masih tidak menentu selepas 9 bulan berikutan bantahan daripada kesatuan sekerja MAS. Lebih ironi lagi, perjanjian MAS-AirAsia itu dibrokerkan oleh sayap dagangan CIMB. Cadangan penggabungan terbaru CIMB dengan RHB adalah pembaharuan daripada pelan asal pada 2011 yang dibatalkan. Maybank juga ingin membeli RHB namun rancangan itu tidak berlaku. Penggabungan yang dilihat sebagai pembentukan bank Islam mega oleh pemerhati itu akan membentuk pasaran modal berjumlah RM88.4 bilion berdasarkan kadar pegangan dan keuntungan bersih RM7 bilion, melebihi Maybank yang berjumlah RM6.55 bilion. Penganalisis berkata, kadar nilai saham RHB dan MBSB masing-masing pada RM11.80 dan 2.55, di bawah sedikit permintaan Aabar pada kadar RM12 untuk setiap pegangan mereka dalam RHB. Antara pemilik saham utama bank itu adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF), pengurusan terbesar pencen negara, yang memiliki 14.5% saham dalam CIMB, 41.3% dalam RHB, menurut data yang dikumpul Bloomberg. Kumpulan itu turut memiliki sejumlah 65% saham dalam MBSB. – 16 Julai, 2014. KAH KAH KAH mustahil tak faham dah 3 minggu berpuasa tak kan masih bebal lagi kah kah kah ----------- |
Posted: 15 Jul 2014 08:00 PM PDT KOMENTAR apabila musuh menyerang itu bukan tanda tak baik itu petanda amat baik bila musuh tidak menyerang bila musuh memuji itu tanda tak baik kalau musuh tak menyerang maknanya diri kita dan msuh telah sama jika musuh mermuji maknanya diri kita dengan musuh telah sama united malays national organisation tak mahu anwar memimpin selangor ertinya jika anwar memimpin selangor adalah baik khairy jamaluddin memuji azmin jadi mb ertinya azmin jadi mb langkah tak baik najib puji khalid ibrahim ertinya ini berita paling tak baik khairy jamaluddin tak setuju wan azizah jadi mb selangor ini terbukti menjadikan wan azizah mb selangor adalah langkah paling baik langkah paling bijak kerana musuh tidak suka ini a b c politik yang tidak pernah berubah ubah inilah yang di panggil ilmu politik yang saimtifik Let Pakatan Rakyat decide Selangor MB post, not UmnoUnlike Umno lawyer Datuk Hafarizam Harun, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin believes that women can be a menteri besar or even prime minister. Despite that enlightened view, he firmly said today that PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail is unsuitable for the top post in Selangor. But why should he or for that matter any Umno politician have any say on who is the Selangor MB? Umno was soundly rejected by the electorate in Selangor. KAH KAH KAH kepala bana apa dg kj dah tak terpelok pelok bini yang gedebab muka tak muncul muncul mesti gedebab tak habis habis KAH KAH KAH |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan