Kelab Greenboc |
- Permintaan Terakhir Sharifah Aini Termakbul, Anak Sendiri Imamkan Solat Jenazahnya
- Penduduk Kampung Berjaya Tangkap "Raja Toyol"
- Kes Awie Belasah isteri, Haliza, Kakak Rozana Misbun Bersuara
- "Kuala Lumpur Perlu Bersihkan Pusat Hiburan, Bukan Peminta & Pemberi Sedekah"
Permintaan Terakhir Sharifah Aini Termakbul, Anak Sendiri Imamkan Solat Jenazahnya Posted: 06 Jul 2014 01:02 AM PDT Anak imamkan solat jenazah, permintaan terakhir Sharifah Aini termakbul Antara permintaan terakhir binuanita negara allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar terlaksana semalam apabila anaknya Aliff Omar Ali sendiri mengimamkan solat jenazah beliau. Selain itu, beliau juga meminta stesen televisyen dan media tidak lagi mengeluarkan gambarnya yang tidak menutup aurat. Permintaan itu dibuatnya dalam program Celik Hati Prof Muhaya di TV9 tidak lama dulu. Aliff mengimamkan solat jenazah Sharifah Aini di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam. Selepas selesai solat, beliau meminta semua pihak menghalalkan kesilapan yang dilakukan ibunya dan berdoa untuk allahyarham. "Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan terima kasih kepada semua yang mengambil berat kepada arwah ibu," katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian, hari ini. Aliff berkata, ibunya ada meninggalkan pesan buatnya dan keluarga tetapi terlalu peribadi untuk dikongsi. Beliau yang sedang melanjutkan pengajian di Madinah berkata, beliau kebetulan berada di tanah air kerana sedang bercuti tiga bulan. Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat Fibrosis paru-paru di Pusat Perubatan Pakar Damansara awal pagi Sabtu.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Penduduk Kampung Berjaya Tangkap "Raja Toyol" Posted: 05 Jul 2014 09:37 PM PDT Raja Toyol' terlibat 23 kes kecurian PETALING JAYA - Dia bukan anggota geng kongsi gelap, bukan penyamun, jauh sekali perompak. Kalau dilihat dari luaran dia hanyalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun. Namun, siapa sangka dalam usia semuda itu dia mendapat gelaran Raja Toyol selepas terbabit dalam tidak kurang daripada 23 kes kecurian membabitkan kes pecah rumah, kecurian tabung masjid dan kedai runcit di kawasan Kampung Sungai Ara, Damansara, di sini, sejak setahun lalu. Meskipun sudah acap kali ditangkap penduduk kampung kerana mencuri, bahkan pernah dibelasah kerana perbuatannya itu, budak lelaki yang sudah tidak bersekolah ini tidak serik, malah bertambah aktif seolah-olah mencuri menjadi kerjaya sepenuh masanya. Difahamkan kanak-kanak ini hanya memerlukan tempoh yang singkat untuk melarikan wang yang disimpan di dalam rumah tanpa disedari oleh pemiliknya. Sudah beribu ringgit masuk ke sakunya. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Sungai Kayu Ara, Ramli Daud berkata, kanak-kanak itu pernah diserahkan kepada polis tetapi dibebaskan semula kerana dia di bawah umur. "Dia bergerak seorang diri di dalam kampung dan sasaran utamanya adalah wang. "Baru-baru ini dia pernah ditangkap dan apabila ditanya ke mana wang curi itu dibelanjakan, dia dengan selamba memberitahu wang itu digunakan untuk berhibur di pusat siber. Saya yakin dia berkawan dengan budak yang lebih besar dan di situlah wang itu dibelanjakan," katanya. Menurut Ramli, kanak-kanak ini melakukan kerja tidak kira siang ataupun malam. Jika ada peluang dia akan masuk ke dalam rumah sesiapa sahaja tanpa disedari. "Dia akan sasarkan wang yang disimpan di dalam rumah, tidak kira di dalam poket seluar, almari mahupun laci. "Peliknya dia boleh tahu di mana wang itu disimpan dan dengan tubuhnya yang kecil dia boleh masuk ikut lubang kecil selain tahu membuka gril pintu rumah," katanya. Jelas Ramli lagi, masalah itu sukar diselesaikan kerana keluarga kanak-kanak ini langsung tidak mengambil berat terhadapnya. "Dia anak ketujuh daripada lapan adik-beradik dan tinggal bersama ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Keluarganya sudah lali dengan cerita kanak-kanak itu ditangkap. "Ramai yang nasihat ayahnya supaya tidak membiarkan anaknya terus begitu, tetapi tidak diendahkan," katanya. -SH
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Kes Awie Belasah isteri, Haliza, Kakak Rozana Misbun Bersuara Posted: 05 Jul 2014 06:06 PM PDT Awie tak mengaku, Allah lebih mengetahui segalanya – Haliza Misbun MESKIPUN vokalis Awie Wings mengaku tidak bersalah atas dakwaan membelasah isterinya, Rozana Misbun, namun sebagai seorang kakak, pelakon Haliza Misbun percaya bahawa Allah Maha Mengetahui segalanya tentang kejadian tersebut. "Saya cuma mampu berdoa agar adik saya, Rozana Misbun terus diberi kekuatan dalam menempuh ujian yang hebat ini. Meskipun dilempar dengan pelbagai tohmahan dan cacian yang tidak munasabah. "Selain daripada menanggung kesan kesakitan fizikal yang masih berbisa dan ditambah pula dengan kerinduan dan kesedihan yang teramat akibat berminggu-minggu tidak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7 tahun, Putra Ahmad Rezzki, 6 tahun dan Putri Qasseh Antasya, 4 tahun. Namun, dia (Rozana) masih cuba berfikiran positif," katanya kepada Portal Murai. Dalam pada itu, Haliza yang juga pelakon siri Cinderella (1998), Kiranya Aku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005) juga turut melemparkan pandangan peribadi dari sisi seorang wanita mengenai isu ini. Katanya, wanita perlu tahu hak mereka sebagai isteri sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. "Wanita bukan saja perlu mencapai kata sepakat dengan suami dalam 'deklarasi harta sepencarian' disaat sedang bahagia, tetapi soal hak penjagaan anak-anak harus juga dititikberatkan sebagai salah satu dari terma-terma yang termaktub dalam deklarasi itu. "Ini penting agar kita tidak perlu naik turun makhamah apabila penceraian terjadi. Oh ya! Paling penting, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebaik menikah: Pastikan salinan sijil nikah ada dalam simpanan anda," katanya.-newmalaysianpost Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
"Kuala Lumpur Perlu Bersihkan Pusat Hiburan, Bukan Peminta & Pemberi Sedekah" Posted: 05 Jul 2014 03:32 AM PDT Bekas mufti Perlis tuntut Kuala Lumpur bersihkan pusat hiburan Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mencadangkan kerajaan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu negara. Asri berkata, bagi menjaga imej negara Islam itu sendiri, ibu negara seharusnya aman dan selamat buat pengunjungnya. "Kepada pihak yang ingin membersihkan bandaraya Kuala Lumpur daripada peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin elak Kuala Lumpur tercemar serta untuk menjaga nama baik ibu kota negara Islam ini, mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Dr Maza.com. Beliau berkata, kerajaan juga seharusnya menunjukkan dakwaan berpegang kepada Islam dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang melambangkan kemakmuran dan kesantunan. "Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung. "Jadikanlah ia kota yang setiap orang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya. "Buktikanlah dakwaan ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambangkan kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan," katanya. Tengku Adnan sebelum ini dikritik hebat kerana melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu kota berkenaan. Beliau turut memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL. Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tidak berumah dan pengemis di ibu negara. Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan. "Mengenai golongan tidak berumah ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan. "Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya. Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat. Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma. Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma. "Kalau mereka hendak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang 2km dari pusat beli-belah Lot 10," katanya. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan