Kelab Greenboc |
- Khalid Boleh Tubuh Parti Baru Untuk Bukti Kekuatannya - Sayuti
- MH370: Iman Terlalu Rindukan Bapanya... Terpaksa Dirujuk Kepada Kaunselor
- [MENYAYAT HATI] Bayi Diselamatkan Dari Rahim Ibu Yang Terbunuh Di Gaza
Khalid Boleh Tubuh Parti Baru Untuk Bukti Kekuatannya - Sayuti Posted: 27 Jul 2014 12:33 AM PDT Abdul Khalid Ibrahim tampaknya tidak gerun dengan tindakan PKR untuk memecatnya dari kerusi MB. Keputusan pimpinan PKR yang telah menamakan Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai penggantinya tidak dihiraukan langsung. Sebaliknya Khalid dengan cara dan stail politik "lembu kenyan"nya terus melawan keputusan PKR. Keadaan Khalid kini tak ubah seperti kera yang makin mengemaskan dakapan pada pohon yang digoyang dari bawah. Kenyataan dan pendirinnya menjelaskan dia tidak akan akur dan menyerlahkannya kian egois. Khalid semacam mendapat keyakinan tinggi. Alasannya mudah sahaja, dia mendapat sokongan rakyat Selangor dan dimasa sama cuba memberi tahu rakyat dalam konotasi politiknya bahawa Sultan menyebelahinya. Dua sokongan itu menjadikan dia egois dan enggan mematuhi konsensus parti. Keengganan Khalid dan keghairahan (keseronokan) membantu rakyat menerusi jawatan MB, meletakkan Selangor dalam krisis yang sangat membimbangkan. Kemelut Selangor juga menyebabkan rakyat Selangor serabut perut dan sedih. Bagi mereka yang mahu melihat kerakusan kerajaan UBN musnah dan diganti dengan kerajaan baru (Pakatan Rakyat), hampa apabila kerajaan Pakatan Rakyat juga berkecamukan. Dalam pada itu berbagai-bagai alasan yang dikemukakan Khalid bagi menghalalkan tindakannya itu. Antaranya dia mendedahkan kekuatan sokongan kepadanya. Daripada mempamerkan dia sebagai orang dipercayai Sultan hingga kepada soal prosuder perlantikan MB yang perlu mengikut perlembagaan atau mendapat sokongan semua pihak. Cara Khalid meminta pertukaran MB dibuat secara berpelembagaan, seolah-olah beliau berfikir apa yang hendak dibuat - pecatnya oleh PKR itu tidak secara berpelembagaan. Khalid cuba memberi gambaran kepada umum yang beliau hendak dipecat secara kejam dan zalim. Selain itu beliau juga melukiskan bahawa pemecatan tidak disokong oleh semua pihak dalam Pakatan. Mungkin salah satu bukti yang dikutip Khalid ialah kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor yang kemudian disokong oleh budak-budak Pas Selangor. Ini semua adalah psywar dilakukan Khalid dan sekaligus meremehkan tindakan PKR. Tidak terlupa juga Khalid dengan mengaitkan hasrat Sultan kononnya kerajaan Selangor memerlukan seorang pemimpin yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab. Kerana syok untuk memjual kebaikannya sehinggakan dia terlupa moralnya juga boleh dipertikaikan. Penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam sebanyak RM70 juta masih menjadi misteri. Begitu juga laporan rasuah dan serangan Ezam Mohd Noor terhadap Khalid diawal pentadbirannya juga akan terus dipersoalkan mengenai integriti dan kebertanggungjawab yang ada kepadanya. Apa yang dikira kuat dan hebat, Khalid cuba memberi gambaran yang beliau mendapat sokongan rakyat Selangor. Sebuah kajian bebas menerusi ruang maya didedahkan kononnya 80 peratus rakyat Selangor mahukan kepadanya dan suka kepada kepimpinannya. Angka ini dipergunakan untuk mempertahankan MB itu dan menunjukkan rakyat Selangor suka dan sayangkan kepadanya. Angka yang dikeluarkan itu kontradik dengan satu lagi angka kajian yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (Umcedel) yang mendapati populariti kerajaan Selangor pimpinan Khalid merosot sebanyak 35 peratus berbanding 50 peratus selepas setahun pilihan raya ke 12. Ertinya ia merudum sebanyak 15 peratus. Orang ramai mungkin tertanya-tanya angka mana yang betul. Kalau kepimpinan Khalid merosot sebanyak 15 peratus macam mana pula dia mendapat sokongan 80 peratus. Jelas sekali ada pembohongan mengenai angka yang dikeluarkan sama ada dipihak Khalid atau pun Umcedel. Bagaimana pun kajian Umcedel lebih diperakui memadangkan badan itu tiada kepentingan politik di Selangor. Kajian atas talian dilakukan Selangorkini bagi pihak Khalid boleh dipertikaikan kerana statusnya boleh dipinda dan tokoh tambah mengikut jejari. Tidak mengapa, kalau Khalid menyakini dengan angka yang dikeluarkan oleh pihaknya, bahawa 80 peratus rakyat Selangor menyokongnya beliau tidak perlu gentar untuk bertindak jauh dan dramatik daripada apa yang dilakukan sekarang ini. Beliau harus berani mengambilk risiko membuktikan kebenaran sokongan itu. Caranya mudah sahaja yakni beliau perlu menasihati Sultan agar bubar DUN Selangor. Dengan kedudukan dan kuasa yang ada kepadanya (menurut perlembagaan tubuh negeri Selangor) Khalid boleh menasihati Sultan agar bubarkan DUN. Kebetulan seperti mana cuba dipamerkan Khalid yang Sultan berpihak kepadanya mudah untuk menjadikan pembuburan itu sebagai realiti. Dan melihat kepada reaksi dizahirkan Sultan pasti beliau akan mendengar apa yang dicadangkan Khalid. Khalid boleh menguji kekuatan dan pengaruhnya dalam pilihan raya itu nanti. Untuk tujuan itu beliau boleh tubuhkan sebuah parti dan bertanding di seluruh 56 kerusi DUN Selangor. Apa yang pernah dibuat oleh Allahyarham Mohamad Nasir di Kelantan tahun 1978 dulu yang menubuhkan Berjasa kemudian melawan parti asalnya Pas, boleh dipraktik dan dijadikan suri teledan kepada Khalid. Soal selepas ini Selangor akan melayang kepada parti mana atas aksi itu jangan peduli. Nafsu dan dendam kena dileraikan. Khalid tidak perlu takut kalah dan kehilangan kerusi MB yang ditagihi itu. Kalau benar pengaruhnya kuat, rakyat Selangor menyayangi dan mencintai kepimpinanya seperti mana diuar-uarkan beliau tidak perlu gusar. Orang-orang PKR yang kini menjadi penyokong tegar beliau dan memakan ditangan boleh dilantik menjadi komuniti parti berkenaan. Misalnya Faekah Hussein boleh dilantik menjadi Setiausaha Agung. Faekah dikira layak dan mampu memikul tanggungjawab itu memandangkan kecemerlangan beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik Khalid dan kini selaku CEO di MBI. Syed Shahir Syed Mohamad ataupun Mustapa Kamil Ayub juga boleh diajak mengagaskan parti baru itu. Ngo-Ngo yang rasis dan tembolok perlu diisi juga boleh diajak sama. Parti baru itu boleh diberikan apa-apa saja nama. Nama tidak penting dalam soal ini, yang penting kredibiliti, ketokohan dan track record pemimpinnya. Kerana senario di Selangor bersifat kenegerian maka parti itu boleh sahaja dinamakan sebagai Parti Rakyat Selangor atau rengkasnya TIYATGOR atau boleh juga dipakai akronim PERAS (Frust). Rasanya untuk mendaftar parti ini tidak ada masalah. Pihak Umno akan sedia berkolobrasi dengan Khalid kerana ia juga akan menguntungkannya. Dan untuk memberi kesempatan Khalid set-up parti barunya ini, mungkin SPR boleh berkompromi dengan memaksimumkan masa untuk mengada pilihan raya itu sehingga genap 60 hari seperti mana dilakukan pada pilihan raya kecil Kajang tempoh hari. SPR mudah untuk diajak bersubahat dalam hal-hal sebegini asalkan menguntungkan Umno. Pilihan raya itu nanti akan menjawab persoalan sekarang ini sejauh mana benar atau tidak Khalid popular dalam kalangan rakyat. Ia juga akan menjawab apakah PKR dan Pakatan Rakyat masih dipercayai rakyat Selangor atau tidak dengan tindakan hendak mengugurkan Khalid itu. Selain pilihan raya itu juga memberi peluang kepada Pas bagi membuktikan bahawa parti itu berpengaruh di Selangor buat masa ini. Untuk memperlihatkan kebenaran sokongan terhadap Pas itu Pas boleh bertanding berasingan daripada PKR dan DAP. Pas boleh meletakkan calonnya di kesemua 56 kerusi. Mana tahu angan-angan Pas untuk menjadi MB Selangor akan tercapai. Tentu sekaali Iskandar Samad bersetuju dengan cadangan ini. Sekiranya kemelut di Selangor yang kian membarah kini tidak dapat diatasi, hanya dengan cara itu sajalah saya kira paling terbaik dilakukan. Serahkan semua mandat kepada rakyat biar rakyat yang menentukannya. Tidak perlu mendakwa dakwi aku kuat, aku hebat dan kalau lemah kau tidak betul dan sebagainya. Mungkin dengan berlaku kemelut dalam Pakatan itu menyebabkan rakyat Selangor mempunyai persepsi lain dan sikap mereka berubah. Tindakan itu juga dikira gentlemen kerana Khalid tidak perlu berselindung di sebalik kemenangan PKR untuk menjadi MB Selangor. Selama ini kerusi yang diduduki itu adalah atas nama PKR yang berkerjasama dengan DAP dan Pas menerusi Pakatan dimana ianya tidak berstatus mutlak milik Khalid dan Faekah Hussein. Apakah risiko dan natijah sekiranya pilihan raya umum Selangor diadakan jangan fikir. Rakyat akan membuat penghakiman yang adil dan tepat. Apakah dalam pilihan raya itu memberi ruang Umno kembali memerintah Selangor, itu juga tak perlu difikirkan. Kan sudah menjadi adat dalam perlawanan berlandaskan nafsu sedrakah, kalah akan menjadi arang menang akan menjadi debu. -msomelayu ULASAN GB GB belum nak ulas isu kemelut MB Selangor ini. Tunggu sehari dua lagi. InsyaAllah. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
MH370: Iman Terlalu Rindukan Bapanya... Terpaksa Dirujuk Kepada Kaunselor Posted: 26 Jul 2014 09:45 PM PDT Aidilfitri pasti membawa pelbagai dugaan bukan sahaja bagi anggota keluarga terdekat penumpang dan anak kapal MH17 yang terhempas baru-baru ini malah bagi waris pesawat malang MH370 yang hilang empat bulan sebelumnya. Iman, 5, anak perempuan kepada pramugara penerbangan MH370 iaitu Mohd Hazrin Hasnan terpaksa mendapatkan khidmat kaunselor ekoran emosinya kerap terganggu kerana terlalu rindukan ayahnya. Intan Maizura Othaman, 34, juga seorang pramugari dengan Malaysia Airlines, berkata beliau terpaksa merujuk Iman kepada kaunselor kerana bimbang dengan keadaan anaknya yang kerap menangis setiap malam sejak akhir-akhir ini. "Setiap malam Iman akan tidur dengan baju papanya di sebelah bingkai gambar papa kerana mereka memang sangat rapat. Iman juga kerap mimpi papa, dan Iman beritahu dalam mimpi papa cakap 'I love you' serta memeluknya. Setiap kali Iman terjaga daripada tidur, dia akan menangis. "Sebab itu saya putuskan untuk bawa dia jumpa kaunselor kerana saya tidak tahu nak buat macam mana lagi," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim di rumahnya di sini hari ini. Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac lalu setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam. Sehingga kini usaha mengesan pesawat itu di perairan barat Australia di selatan Lautan Hindi masih belum membuahkan sebarang hasil. Ditanya mengenai Aidilfitri yang bakal disambut dua hari lagi, Intan Maizura yang bercuti tanpa gaji selama tiga bulan selepas melahirkan anak kedua, Muhammad, kini berusia dua bulan, hanya membuat sedikit persiapan untuk anak-anak. "Raya tahun lepas, kami beraya bersama dan memakai baju raya sedondon berwarna biru tetapi tahun ini, tiada raya bagi saya, tiada ketupat dan tiada rendang ayam yang saya selalu masak (untuk suami). Saya akan berada di sini, lagipun keluarga saya duduk di kawasan berhampiran," katanya. Ketika diminta mengulas nahas MH17 terhempas di timur Ukraine yang mengorbankan kesemua 298 anak kapal dan penumpang, Intan Maizura berkata pada awalnya, beliau bagaikan tidak percaya serta menyangka ia berita pesawat dinaiki suaminya telah berjaya ditemui. Bagaimanapun, katanya, apabila mendapat tahu bahawa pesawat yang terhempas itu bukan MH370 sebaliknya MH17, beliau berasa amat sedih lebih-lebih lagi ramai rakannya turut menjadi mangsa. "Ketika mula-mula tengok gambar, saya amat gembira kerana akhirnya pesawat dinaiki suami saya telah berjaya ditemui, tetapi apabila mengetahui ia MH17 dan bukan MH370, saya sangat sedih kerana satu kumpulan lagi rakan-rakan saya telah hilang," katanya. Sementara itu, Rohani berkata beliau mengunjungi Intan Maizura untuk bertanya khabar selain memberi sokongan moral. "Kita juga akan menziarahi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang lain pada hari raya atau selepas Aidilfitri nanti," katanya. Rohani sebelum itu memohon maaf kepada Intan Maizura dan pihak media atas kelewatannya kerana beliau terpaksa bergegas ke rumah keluarga pengawal peribadinya, Johari Mat Nor, 49, yang meninggal dunia secara mengejut tengah hari tadi. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[MENYAYAT HATI] Bayi Diselamatkan Dari Rahim Ibu Yang Terbunuh Di Gaza Posted: 26 Jul 2014 05:10 PM PDT Kisah menyayat hati di hospital Gaza GAZA CITY - Seluruh kakitangan hospital tersentuh apabila seorang bayi perempuan berjaya diselamatkan dari rahim ibunya yang terbunuh selepas terkena serangan udara Israel, awal pagi tadi (waktu tempatan). Bayi pramatang itu lahir melalui pembedahan, BBC. Menurut doktor, bayi yang belum diberikan nama itu hanya mempunyai peluang hidup 50 peratus dan kini sedang dirawat hospital. "Saya sangat-sangat marah! Saya sangat sedih... "Saya merasakan bayi ini milik saya," kata seorang doktor Palestin ketika diwawancara BBC. Serangan udara yang menyebabkan ibu bayi itu maut berlaku di kawasan perumahan orang awam, lapor media tempatan. Menurut laporan BBC, lebih 800 orang terbunuh yang kebanyakannya orang awam di Gaza sejak Israel melancarkan serangan pada 8 Julai lalu. Manakala, laporan sama turut menyebut hanya 36 orang Israel maut sejak serangan yang dilancarkan zionis sebagai protes tindakan Hamas yang didakwa melancaran serangan roket ke atas Israel. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan