. |
Posted: 26 Jul 2014 11:53 PM PDT PERHATIAN Ramai pembaca atau penjengok blog Merah Tinta hendak berkongsi pendapat, memberi penjelasan, pandangan atau pun mengkritik pandangan dan sikap saya. Tidak menjadi hal. Saya akan layan dan publishkan komen-komen anda dengan syarat ia bertanggungjawab dan menggunakan bahasa yang cantik. Tata bahasa dan nahu tak betul tak mengapa asalkan tidak kesat. Blog saya bukan standard sangat tetapi ia bukan blog kaki lima yang boleh dimasukkan apa saja. Seboleh mungkin saya menjaga mutu dan wibawa blog saya hatta komen dari penjenguk. Jadi kalau anda inginkan idea dan pandangan anda, atau kritikan anda ke atas tulisan saya atau diri disiarkan untuk dibaca oleh penjenguk lain cubalah menulis dengan baik, insya-Allah tulisan anda akan dilayan. SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Wassalam Mso. [wm.kl.2:52 pm 27/07/14] | ||
Nasib Pakatan Rakyat biarlah hanya ilusi saya Posted: 26 Jul 2014 09:51 PM PDT CATATAN AKHIR RAMADHAN
Moga-moga darjat kita sebagai insan mulia bertambah, kita pun lebih mengenali diri kita sendiri menjadi kita yakin dengan kehidupan ini dan tidak pula gusar untuk kembali menghadap-Nya. Itulah yang diharapkan pada setiap kali Ramadhan menjelma. Sepelalu Ramdhan 1435/2014 kali ini ia memberi bekas kepada politik negara. Seolah-olah Ramadhan berlalu begitu cepat kerana sedih dengan perkembangan dalam politik tanah air sehari dua ini yang memuncak pada 10 malam-malam terakhir? Mungkin juga gelora yang berlaku sehari dua ini dianggap biasa, atau kocakan dalam cawan yang mana gelasnya sengaja diganggu musuh, UBN. Mungkin begitu sangkaan kerana ia selalu terjadi dan dianggap begitu. Kita atau sesiapa gampang sangat menunding jari kepada orang lain bagi menlindungi kesalahan sendiri. Barang kali kita lupa isyarat semulajadi yang diberikan Tuhan bahawa satu jari menunjukkan ke depan tiga lagi mengarah kepada kita. Majoritinya kita yang bersalah. Jangan salahkan musuh. Bagi saya Pakatan tidak boleh terlalu menyalahkan musuh walaupun ada ruang untuk diperlakukan begitu. Bila kita menyuluh ke dalam terhadap apa yang berlaku kini ianya perlu diletakkan kesalahan kepada kendangkalan dan kurang cermat cara pemimpin dan ahli Pakatan berpolitik. Ia bukan bikinan musuh, tetapi benar-benar kerana kesilapan dan kelemahan sendiri. Pemimpin Pakatan hilang rasa tanggungjawab, semangat setia kawan dan bersikap individulistik. Selain itu lebih terpesona dengan janji musuh daripada menyakini cita-cita sendiri. Makanya saya cukup bimbang dengan perkembangan dalam Pakatan Rakyat hari ini. Perbalahan hari ini khasnya antara PKR dengan Pas, disebabkan kepentingan diri (soal MB Selangor) dan bukannya untuk sama-sama mengagahi pejuangan. Perebutan untuk kepentingan diri memberi kesan negatif kepada Pakatan Rakyat. Sejarah sudah banyak ditulis dan dibaca bagaimana perjuangan untuk kepentingan diri akan musnah dan terbatal. Justeru jika ini tidak ditangani dengan baik, perbalahan pendapat ini boleh membawa kepada "kebekahan" yang luas akhirnya merobekkan Pakatan Rakyat. Ia laksana gurauan yang membawa gaduh. Teringat kepada bidalan arwah ayahanda saya (Omar Othman al Fatihah) katanya; gurauan adalah bunga-bunga pergaduhan. Situasi hari ini tampaknya membawa ke arah itu. Perbalahan dan perselehangan pendapat adalah perkara baik. Tetapi jika ia melibatkan soal asas, soal-soal prinsip ia akan menjadi masalah dan merbahaya. Apa yang berlaku mengenai isu MB Selangor adalah soal prinsip dan ikrar. Siapa yang salah dan benar kita semua dapat memikir dan mencari kesimpulan sendiri. Cuma saya nak tegaskan isunya adalah soal prinsip yang tidak seharusnya diheret jauh ke tengah umum. Apabila ia melibatkan soal prinsip dan maruah pemimpin, ia boleh merosakkan suasana. Dalam pertelingkahan hari ini, ada pihak yang tercalar dan tercabar kemudian membawa kepada rasa sakit hati. Ia bukan lagi setakat terkilan, tetapi sakit hati mendalam. Di sini saya lihat orang paling malang dan sedih dengan apa yang berlaku ialah Anwar Ibrahim. Saya tidak perlu mengulangi apa yang dihadapi oleh sang tokoh ini, kerana kita sedia maklum. Anwar roh PKR Dalam pada itu sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa tunggak PKR ialah Anwar Ibrahim. PKR itu wujud kerana perjuangan yang diaurakan olehnya kemudian ia menjadi medan mmperjuangkan kehendak dan aspirasi Anwar untuk jadi PM atau dijadikan PM. PKR hatta Pakatan Rakyat tidak akan wujud kalau tanpa Anwar. Kejayaan Pakatan Rakyat bermula dari tahun 1999 membawa kepada 2014 adalah dicetuskan Anwar. Api besar Pakatan Rakyat menjulang sehingga membakar keegoaan Umno ianya "dikeceh" (dinyalahkan) oleh Anwar. Ia bukan oleh Pas maupun DAP. Ini realiti yang tidak boleh dikambus dengan hukum-hukum agama. Kalau kita kembali kepada sejarah hakikat ini, titik mulanya jelas dan nyata. Fenomena perubahan landskap politik Malaysia disebabkan Anwar. Bukan satu pemujaan dan pengkultusan bodoh kepada Anwar, tetapi hakiki. Apabila belau dipecat daripada Umno, 3 September 1998 yang membawa kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional (PKN) yang kemudiannya bergerak bersama Pas dan DAP. Jangan fikir apakah Anwar menggunakan Pas atau sebaliknya, tetapi kebersamaan itu hakikatnya memberi laba bersama dan masalah besar kepada UBN. Hal ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Ertinya kekuatan PKR itu berada dalam genggamannya. Justeru kalau Anwar sudah tidak bersemangat atau pun berundur dari politik (PKR) saya cukup yakin parti berkenaan akan menghadapi saat-saat melelahkan kalaupun tidak terus berkubur. Kelelahan PKR ia akan membawa kehilangan daya kepada Pakatan Rakyat? Saya tidak percaya ada tokoh lain yag boleh menggerakkan PKR seampuh Anwar. PKR bukan seperti Pas yang sesetengahnya menganggap ia agama, mempunyai ramai pemimpin dan tunggaknya, ia bukan terletak kepada mana-mana indvidu. Baik Abdul Hadi Awang atau Nik Abdul Aziz Nik Mat, mereka hanyalah tokoh yang dikagumi ketika ini sahaja. Pas akan hidup walaupun tanpa Nik Aziz atau Abdul Hadi kerana sirahnya telah membuktikan begitu, perjuangan Islam itu tidak akan mati sebab agama "berkapuh" rapat dengan manusia. Berbeza dengan PKR ia sebuah parti dibina atas kehendak material dan nasfu manusia. Maka nasibnya akan menjadi sebam jikalau Anwar sudah tidak ada. PKR itu sendiri berohkan Anwar. Kerana kesebatian itu walaupun sudah berbagai-bagai cara dilakukan untuk menghancurkan PKR ia tidak berjaya selagi Anwar ada. Inilah kekuatan dan kesaktian yang ada kepada Anwar, beliau dapat menghidupkan sebuah parti dan perjuangan yang dapat pula ditumpangi Pas dan DAP. Muasir ini Khalid menjadi hero dalam PKR. Beliau dipuja dan disanjung tinggi. Keriuhan pemujaan kepada Khalid itu menyebabkan orang tersilap melihat dapat menghidupkan PKR. Berdasarkan kepada kehebatannya mengurus Selangor maka beliau dinobatkan sebagai wira baru PKR? Pas juga meletakkan harapan itu, daripada budak-budak Pas sampailah kepada Mursyidul Am Pas. Sejauh manakah kebenaran dan ketulenan perasaan ini? Bagi saya Khalid tidak semampu Anwar. Bagilah berapa bintang atas khidmatnya sebagai MB, Khalid tidak akan berjaya. Khalid hanya jaguh kampungan Selangor sahaja, begitulah pengikhtirafan sesetengah pihak khasnya mereka yang hidup bagaikan ayam daging dalam rebannya. Adapun kenapa keriuhan menyanjungi Khalid termasuk daripada Umno ianya adalah perangkap dan jerat politik. Bermaaf-maafan dengan Umno Dan sekiranya Anwar tidak ada bersama PKR, kerana menyesali atas perkembangan yang berlaku kini, (semisalnya) saya percaya ia akan dituruti sama oleh Mohamed Azmin Ali dan pemuka-pemuka lain yang membenci Khalid Ibrahim. Beberapa pemimpin lain yang "memerut" kepada Anwar dan Azmin juga akan mengambil jalan sama untuk berihat dalam politik. Manakala yang merasakan perjuangan itu suatu tuntutan agama dan bangsa akan memilih sama ada Pas atau pun kembali bermaaaf-maafan dengan Umno. Dan mereka yang bersimpati serta mengkagumi Anwar akan ikut berihat bersama Anwar. Mungkin apa yang saya rasa ini adalah ilusi saya semata-mata. Itu yang saya harapkan mudah-mudahan ia tidak akan menjelma menjadi kebenaran. Namun pembelaan dan pemujukan kepada jiwa Anwar perlu dilakukan. Anwar harus diberi sokongan moral. Seteguh dan sekental mana Anwar, dia juga seorang manusia yang ada perasaan dan tujuh tahap nafsu. Kita melihat Anwar tidak pernah putus asa dan matanya tidak pernah menangis walaupun dizalimi dan dipermainkan rakan dan kawan, tetapi nisbinya sebagai manusia dia juga ada berbagai perasaan. Tidak salah sepanjang hidupnya kalau sekali dia merajuk? Sekiranya orang PKR ataupun pendokong Pakatan Rakyat mahu melihat ianya kekal dan utuh memberi cabaran kepada UBN, atau ingin kehebatannya yang mempunyai attraction menarik perhatian rakyat dengan gayanya, nah.. Anwar perlu diselamatkan, atau dipastikan semangatnya terus bersama PKR. Anwar harus dirawati agar dia terus cekal menghadapi tentangan walaupun berbeberapa angan-angan peribadinya untuk menjadi PM dan meletakan isterinya menjadi MB Selangor gagal. Dengan menyedari banyaknya rintangan mungkin Anwar tidak lagi bermimpi untuk mengapai cita-citanya, tetapi cukuplah jangan menyakiti hati dan perasaanya. Hati saya sangat khuwatir keadaan ini. Melainkan ada pihak yang sengaja mahu mengnyahkan Anwar untuk membolehkan terbentuknya dimensi politik baru Malaysia ini atas nama menguatkan Melayu dan Islam kononnya. Kalau ini berlaku Pas akan bergembira kerana Anwar bukan menjadi faktor penghambat lagi dalam sebuah ikatan tidak bertali. Firasat saya meramal Pas akan bersama Umno atas agenda untuk memperkasakan agama dan bangsa. Hari ini dengan irama dan tarian Pas menampakkan apa yang disembunyikan cuma mereka malu untuk mengistyharkan berpakat dengan Umno gara-gara termakan budi Anwar. Jadi apabila Anwar mereka sudah musuhi, mereka akan berpelukan dengan Umno. Itulah apa yang sedang berlaku dan proses yang sedang dilakukan oleh sesetengah pucuk pimpinan Pas. Dendangan sesetengah pihak termasuk Umno sendiri yang memberi gambaran negara bernasib malang dan dalam keadaan bahaya dengan kekuatan pengaruh DAP (baca Cina) ia merangsangkan sesetengah pemimpin tertinggi Pas dan budak-budaknya, untuk membuat penilaian semula tahalul syiasi dengan parti itu. Usaha dimulakan tahun 2008 dahulu perlu diteruskan. Sudah pun ada cula ke arah itu yang ditunjukkan. Perubahan sikap politik Pas Kelantan yang senang dengan Umno adalah contohnya. Dialog rahsia seorang ahli Badan Perhubungan Pas dengan seseorang mengesahkan apa yang sedang berlaku kini. Begitu juga perubahan sikap Nik Aziz sendiri di hujung usianya memberi peluang baik untuk Pas membuat perubahan politiknya. Hari ini Nik Aziz sudah tidak "cekat" dan dia tidak lagi setegas dan sekeras dahulu. Alhamdulilah.... Sesuatu yang malang kepada Pakatan ini tidak mustahil akan berlaku dalam masa terdekat sekiranya Anwar juga mengambil jalan baru dalam hidup dan perjuangannya. Kesan kepada tindakan Anwar juga memberi impak kepada Pas. Pemimpin Pas yang mahu menggunakan pengaruh Anwar menguatkan parti itu dan sokongan rakyat akan turut sama menarik berek atau menjadi sukar memikirkan apakah model atau vehicle baru untuk Pas memancu harapannya. Atau Pas cukup selesa dengan menumpang kasih kepada Umno yang akan menjadi abang tirinya semula? DAP juga akan menerima impak mendalam kalau ini berlaku. DAP akan menghadapi perjuangan secara sendirian memperjuangkan Malaysia Malaysian. Akhirnya kalau keadaan ini terjadi ia memberi kesan dan suasana politik yang tidak berapa baik untuk Malaysia. Perpaduan nasional yang diharapkan, persefahaman hidup dalam sebuah negara menerusi sistem demokrasi mungkin akan terjejas. Belum tentu apa yang kita angan-angankan menjadi kenyataan seindah diimpikan. Hidup dalam kepura-puraan Iya orang Melayu Pas dan Umno akan mendapat kemenangan dengan pertolongan kuasa yang ada ditangannya (kerajaan, Raja dan SPR dan sebagainya), tetapi hakikatnya dari segi moral dan aspirasi kemenangan itu bukan mutlak. Selama mana kita mahu hidup dalam kepura-puraan? Saya sendiri tidak tahu. Jadi suka atau tidak, bahawa perubahan besar akan berlaku dalam politik negara kalau Anwar mengambil jalan berundur atau berihat dalam politik. Perubahan itu dari segi nilai dan darjahnya sama dengan nilai dan darjah perubahan besar selepas Refomasi yang ditulangi Anwar Ibrahim. Kiri kanan belakang dan depan Anwar tetap mencipta nama dan sejarah tersendiri buat dirinya yang dapat dikutip oleh pemain-pemain politik negara. Ingin saya sebut dengan terus terang dan ikhlas, sekiranya Pas merasakan dapat berdikari dan ada kekuatan politik tanpa Anwar, berterus terang sahajalah. Nyatakan secara berdepan yang Pas sudah tidak percaya kepada Anwar atau tidak dapat menerima Anwar kerana moralnya. Sebutlah kepada Anwar yang moralnya menyebabkan Allah menutup kemenangan buat Pas. Jangan bersifat hipokrit siang hari mengakui Anwar manakala di malam hari menidakkannya. Anwar tidak perlu bersedih kalau Pas sedia berterusan terang. Kemunafikan demikian tetap juga mendatangkan dosa. Dan dengan kuasa veto serta prerogatif sebagai presiden Abdul Hadi dapat melakukannya seperti mana yang sudah dilakukan sebelum ini. |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan