Kelab Greenboc |
- MAS Nazak, Perlu Diisytihar Bankrap.. Bukankah Itu Memang Hasrat Najib?
- Wanita Lapor Polis Terhadap Akaun FB Palsu
- Rakan Mahu Teruskan Perjuangan Ghaffar Tentang Sajian Arak Dalam Pesawat
- Diantara Perkataan & Gurauan Mangsa MH17 Yang Menjadi Kenyataan...
MAS Nazak, Perlu Diisytihar Bankrap.. Bukankah Itu Memang Hasrat Najib? Posted: 20 Jul 2014 12:31 AM PDT Tidak! Tidak Mungkin Untuk Kali Kedua...Ya Allah Ya Tuhanku...!" BELUM pernah dalam sejarah penerbangan awam dunia, dua pesawat dari model yang sama dan dari sebuah syarikat penerbangan yang sama musnah dalam tempoh empat bulan. Dan jika dicantum jumlah mangsa yang terkorban akibat malapetaka ini, ia adalah satu rekod dunia malah yang terburuk dalam sejarah penerbangan awam dunia. Malah Dunia pun tiada jawapan kepada bencana yang menimpa Syarikat Penerbangan Malaysia ini. Akan tercatat dalam sejarah, dalam tempoh empat bulan sahaja, MAS kehilangan 534 pelanggan dan kakitangan dengan 239 orang dari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi sehingga kini tidak dapat dikesan dan dijejaki. Sesungguhnya cabaran dan dugaan yang sedang dihadapi oleh MAS adalah sangat-sangat luar biasa dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk dipikul. Jika kita di luar MAS berasa gundah, resah dan gelisah, apatalah lagi mereka yang berada di dalam syarikat itu. Pesawat Boeing 777-200 milik MAS Seorang bekas kakitangan MAS yang dikenali penulis menangis teresak-esak sebaik sahaja berita mengenai tragedi ini muncul di kaca televisyen. "Tidak!Tidak mungkin untuk kali kedua...Ya Allah Ya Tuhanku..," katanya sambil menutup muka dengan kedua-dua belah tangan. Itu airmata dari bekas kakitangan MAS, apatah lagi mereka yang masih berkhidmat. Dalam kes ini, bukan sahaja MAS tetapi Malaysia sebagai sebuah negara sedang sengsara dan kebigungan menghadapi krisis kedua yang melanda syarikat penerbangan kebangsaan dalam tempoh tidak sampai lima bulan. Pada 8 Mac lalu, MAS turut kehilangan pesawat dari model yang sama dan kehilangannya itu masih tidak ditemui sehingga ke saat ini sekaligus menjadikannya misteri antarabangsa paling dahsyat. Bukan sahaja ia tidak ditemui malah secebis serpihan daripada bangkai pesawat tersebut pun tidak dapat dikesan. Petanda di mana ia terhempas atau menghilang pun masih menjadi teka-teki yang tidak terjawab. Kemudian insiden terbaru yang berlaku di Ukraine pada Khamis lagi menyayat hati. Kesemua 295 penumpang dan anak kapal terkorban dalam sekelip mata apabila pesawat dari model yang sama dan milik syarikat penerbangan yang sama hancur musnah jatuh terhempas di kawasan konflik antara etnik Rusia Ukraine dengan kerajaan pusat pimpinan etnik Ukraine. Teori yang diperkatakan oleh semua orang ialah ia musnah ditembak menggunakan roket tapi tiada siapa pun yang tampil mengakui bertanggungjawab melakukannya atau pun dilihat melakukannya. Sejak malam semalam sehinggalah ke saat ini, semua stesen televisyen tempatan dan antarabangsa iaitu dari CNN, BBC sehinggalah ke Al Jazeera tidak henti-henti menyiarkan program temubual khas untuk membicarakan tragedi yang menimpa pesawat MAS ini. MAS untuk kali yang keduanya menjadi topik bualan paling panas semua agensi berita, media dan televisyen dunia. Belum pernah dalam sejarah syarikat penerbangan ini, ia menerima liputan yang begitu meluas dan menjadi bahan berita utama dunia sebanyak dua kali dalam tempoh beberapa bulan. Tetapi apa yang pasti ialah, syarikat penerbangan yang kini sedang nazak dan berhadapan dengan kemungkinan diisytihar bankrap sebagai jalan terbaik untuk memulihkannya semula perlu berhadapan dengan satu lagi kisah sedih, pahit dan malang serta perhatian dunia ekoran insiden kedua yang menimpanya. Persoalan paling besar yang kini menjadi tanda tanya ialah bagaimanakah malapetaka seperti ini melanda sebuah syarikat penerbangan yang rekod perkhidmatannya adalah antara yang terbaik dan cemerlang di dunia dalam tempoh masa yang begitu singkat. Percayalah, jawapannya akan terus diperdebatkan sehingga ke akhir masa... -mstar
ULASAN GB Selepas 2 bulan Najib berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh, maka pada 18 Julai 2014, MH17 pun terhempas ditembak jatuh di Ukraine mengorbankan 295 nyawa. Hukum Alam yang berlaku persis mengiyakan kata-kata Najib itu, dan MAS kini benar-benar nazak. Tiada pilihan kecuali membangkrapkannya apabila nahas dua buah pesawat MH370 dan MH17 berlaku di dalam tempoh selang 4 bulan yang mengorbankan 500 orang kesmeuanya. GB dah kata sebelum ini... "setiap perkataan adalah doa" (kullu kalan ad-du'a". Najib, you asked for it! Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Wanita Lapor Polis Terhadap Akaun FB Palsu Posted: 19 Jul 2014 10:30 PM PDT Itu akaun palsu, bukan saya' Tawau: Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan Datuk Mohd Jeffry Rosman mewakili kelab terbabit dan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara membuat laporan polis bagi meminta siasatan dilakukan terhadap satu akuan Facebook (FB) yang bernama Sim Kwang Yung dikatakan menghina juruterbang MH17 dan rakyat beragama Islam mengenai isu nahas terbabit. Bagaimanapun Mohd Jeffry dalam kenyataannya turut meminta supaya orang ramai tidak bertindak melulu menuduh wanita berkenaan dan biar pihak berkaitan menjalankan siasatan mereka. "Ketika laporan dibuat pagi tadi di IPD Tawau, kebetulan saya terserempak dengan pemilik penama Sim Kwang Yung yang tampil membuat laporan polis menafikan bahawa beliau membuat kenyataan berbaur menghina agama Islam dan juruterbang berkaitan nahas MH17 yang kini tersebar meluas di laman sosial," katanya. Beliau berkata, akaun FB aslinya adalah Kwang Yung Sim manakala yang palsu Sim Kwang Yung Sim dan perkara itu sudah dilaporkan kepada polis pada 2012 mengenai akaun palsu berkenaan," katanya dalam kenyataan di Facebooknya miliknya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, pihaknya ada menerima tiga laporan polis berhubung isu terbabit termasuk penama asal akaun Facebook terbabit. "Tindakan akan diambil dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan, katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. -HM
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Rakan Mahu Teruskan Perjuangan Ghaffar Tentang Sajian Arak Dalam Pesawat Posted: 19 Jul 2014 05:08 PM PDT MAS hilang penentang sajian arak dalam penerbangan dengan hancurnya MH17 Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin. Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya. "Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial. Ghafar adalah ketua pramugara pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Beliau meninggal bersama 298 yang berada di atas pesawat Boeing 777 tersebut. Turut meninggal adalah kesemua 14 krew MH17 yang bersama Ghafar mengendalikan penerbangan itu. Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS. Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas. "Sekarang salah seorang pejuang dalam jihad kita menentang alkohol dijemput pergi dahulu... tetapi kita akan teruskan perjuangan ini," kata beliau dalam Whatsapp. Walaupun Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya, MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan milik negara masih menghidangkan arak dalam penerbangan. Ia dibuat berdasarkan permintaan dan juga amalan biasa dalam mana-mana syarikat penerbangan utama dunia. -TMI
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Diantara Perkataan & Gurauan Mangsa MH17 Yang Menjadi Kenyataan... Posted: 19 Jul 2014 04:12 AM PDT Doa Pramugara MH17 Pemergian salah seorang pramugara yang terlibat dalam nahas MH17 hari ini benar-benar memberi kesan kepada salah seorang bekas pekerja di Astro Radio, Wafiey Haskia. Pramugara MAS, Shaikh Mohd Noor bin Mahmood yang dipanggil Abang Mat Noor oleh bekas jurutera audio ARSB merupakan rakan yang telah dianggap seperti saudara kandung sendiri olehnya. Shaikh yang merupakan anak kepada rakan karib arwah bapanya merupakan seorang mentor buat dirinya dari kecil hingga kini. "Bila saya balik dari sekolah, orang pertama yang saya cari adalah dia. Setiap kali dia balik dari kelas silat, dia akan suruh saya tumbuk perut dia kuat-kuat. Alasannya, dia kebal dan jika saya selalu tumbuk perutnya, saya juga akan jadi kuat dan kebal! Tapi akhirnya saya tahu itu adalah helahnya semata-mata kerana mahukan saya picit badannya yang letih," cerita Wafiey mengenai memori indahnya bersama pramugara yang cukup berdedikasi ini. "Ya Allah, menangis bila cerita ni pada you. He's very protective, I dulu time budak, jangan ada orang usik I. Dia akan selalu ada. I see a lot of my dad in him. Hati dia baik sangat, tolong orang tak kira siapa, time or even akan susahkan dia sendiri…dia tetap akan tolong," ujar Wafiey mengenai keperibadian murni Shaikh. "Arwah ada cakap masa insiden MH370, he wished he was on that flight, so that the whole Malaysia akan doakan dia, now his wish granted. Innalillah…," kata Wafiey sedih apabila teringatkan kata-kata pramugara itu. Wafiey turut memberitahu dia berasa cukup risau dan tertekan dengan insiden ini kerana isterinya juga merupakan seorang pramugari. Walaubagaimanapun, menurut bapa kepada seorang anak ini, walaupun sedih dengan kejadian yang menimpa, dia tetap redha dengan ketentuan Allah. Apa pun yang menyebabkan nahas MH17 ini berlaku, pasti ada hikmahnya. -sinar.fm KES 2 KUALA LUMPUR: Muat naik laman sosial Facebook oleh salah seorang yang dipercayai penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 meraih perkongsian yang banyak di laman sosial apabila beliau berjenaka mengenai pesawat terbabit bersama gambar kapal terbang tersebut. Penumpang yang menggunakan nama Cor Pan di Facebook itu memuat naik gambar pesawat terbabit sebelum ia berlepas dari Amsterdam. Bagaikan dapat mengagak tragedi ini, Cor Pan memuat naik pesawat Boeing 777 itu dengan kapsyen "Jika pesawat ini hilang, inilah rupanya". Gambar tersebut dikongsi lebih 12,000 kali dan ruangan komen terus dihujani dengan pertanyaan serta doa daripada para pengguna lain. Melalui perbualannya di laman Facebook, Cor Pan merancang untuk bercuti di Bali, Indonesia sebelum meneruskan percutian di Gili Trawangan, Lombok juga di Indonesia. Pengguna media sosial turut membuka laman khas mengenang Cor Pan setelah perkongsian gambar dan cerita mengenai Cor Pan menjadi viral di media sosial. -astroawani ULASAN GB Di dalam blog ini, GB sering menyampaikan pesanan Rasulullah saw yang bermaksud "setiap perkataan itu adalah doa" (Kullu kalam addu'a). Apabila anda menyatakan demikian maka yang demikian jugalah hal yang anda bakal perolehi. Di dalam ilmu psikologi, minda bawah sedar menerima sesuatu perkataan itu sebagai "benar" dan sebagai satu "arahan" untuk dilaksanakan. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan