Kelab Greenboc |
- [GAMBAR] Nama & Gambar Penumpang MH17 Didedahkan, Suasana Hiba DI KLIA
- [VIDEO & GAMBAR] Mayat Bergelimpangan, Ukraine Sahkan MH17 Terkena Tembakan
- [GEMPAR] VIDEO - Pesawat Malaysia Bawa 295 Penumpang Ditembak Jatuh Di Ukraine
- [TERKINI] "Kiki" Akhirnya Ditangkap
[GAMBAR] Nama & Gambar Penumpang MH17 Didedahkan, Suasana Hiba DI KLIA Posted: 18 Jul 2014 01:02 AM PDT Syarikat penerbangan Malaysia (MAS) pada Jumaat mengesahkan terdapat kira-kira 298 penumpang termasuk anak kapal berada di dalam pesawat MH17 dan bukannya, 295 seperti yang dilaporkan sebelum ini. MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa 283 penumpang termasuk tiga bayi dari pelbagai negara dan 15 anak kapal warganegara Malaysia. Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. Warganegara beberapa penumpang masih belum dikenal pasti. Senarai penumpang dan anak kapal mengikut negara adalah seperti berikut: Belanda - 154 Malaysia - 43 (termasuk 15 kru dan dua bayi) Australia - 27 Indonesia - 12 (termasuk seorang bayi) United Kingdom - 9 Jerman - 4 Belgium - 4 Filipina - 3 Kanada - 1 Belum dikenal pasti - 41 MAS kini dalam proses memaklumkan kesemua ahli keluarga penumpang dan anak kapal. Fokus utama syarikat penerbangan itu adalah bekerjasama dengan pasukan kecemasan dan pihak berkuasa serta menggerakkan sistem sokongan penuh untuk menyediakan semua keperluan kepada ahli keluarga mangsa. MAS akan menggerakkan 'Go Team' ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan untuk membantu ahli keluarga penumpang. MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh. Malaysia Airlines juga menggerakkan "Go Team" ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang. "Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka," menurut kenyataan itu. Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu. Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +603 7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands).
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO & GAMBAR] Mayat Bergelimpangan, Ukraine Sahkan MH17 Terkena Tembakan Posted: 17 Jul 2014 07:40 PM PDT Bangkai pesawat terbakar, mayat bergelimpangan Berpuluh-puluh mayat bertaburan di sekitar bangkai pesawat jet penumpang yang terbakar selepas terhempas di sebuah padang di timur Ukraine pada hari Khamis, kata seorang wartawan Reuters. Seorang pekerja menyelamat berkata sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui setakat ini di tempat kejadian, berhampiran kampung Grabovo, dan serpihan bangkai pesawat itu bertaburan di seluruh kawasan sehingga keluasan kira-kira 15 km. Serpihan sayap bertanda biru dan merah cat - warna yang sama sebagai lambang syarikat penerbangan Malaysia yang pesawatnya, Boeing 777, hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa hampir 300 orang. "Saya sedang memandu traktor di padang itu apabila saya mendengar bunyi kapal terbang dan kemudian letupan dan tembakan. "Lalu saya nampak pesawat itu terhempas dan patah dua. "Ada asap hitam tebal," kata seorang saksi, yang memberikan namanya hanya sebagai Vladimir. Seorang pejuang pemisah dari Krasnyi Luch yang berdekatan, yang memberikan namanya hanya sebagai Sergei berkata: "Dari balkoni saya saya nampak kapal terbang itu mula menurun dan kemudian terdengar bunyi dua letupan." Beliau menafikan pemberontak menembak jatuh pesawat itu. "Ini boleh berlaku hanya jika ia jet pejuang atau peluru berpandu darat ke udara (yang menembaknya)," katanya kepada Reuters, sambil berkata pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak menembak jatuh kapal terbang pada ketinggian begitu. Semua 295 orang di atas kapal pesawat terbunuh, kata seorang pegawai kementerian dalam negeri Ukraine, dengan menyalahkan "pengganas" menggunakan peluru berpandu darat ke udara. Perdana menteri Ukraine menyifatkan nahas yang menimpa pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu sebagai satu "bencana". - Reuters
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[GEMPAR] VIDEO - Pesawat Malaysia Bawa 295 Penumpang Ditembak Jatuh Di Ukraine Posted: 17 Jul 2014 02:48 PM PDT Pesawat M'sia dilapor terhempas dekat sempadan Ukraine-Rusia Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini. Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat MH17. "Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik. Sementara itu, laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini. Sementara itu, laporan Al-Jazeera menyebut, Malaysia Airlines mengesahkan kejadian itu dan dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi. Menurut Al-Jazeera, pesawat terlibat dipercayai pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17, yang berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan. Ia dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi. Laporan itu juga menyebut, ia mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine. Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia. Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter. Ia disyaki terhempas dekat bandar Shakhtyorsk. -mk
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[TERKINI] "Kiki" Akhirnya Ditangkap Posted: 17 Jul 2014 08:57 AM PDT Kiki kena tangkap Kuantan: Polis menahan wanita yang bertindak keterlaluan terhadap seorang warga emas selepas terbabit dalam kemalangan di parkir kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Isnin lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata, tempoh penahanan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, yang lebih dikenali sebagai Kiki, bergantung kepada hasil siasatan. "Kita menahannya berhubung tindakannya merosakkan harta benda mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. "Setakat ini beliau memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang keterangannya diambil dan kita juga berkemungkinan untuk memanggil beberapa saksi lain untuk membantu siasatan," katanya. Siti Fairrah tiba di IPD kira-kira jam 4 petang untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu dengan memakai baju kemeja biru dan bertudung hitam sambil ditemani ibu, bapa serta adiknya. ~HM
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan