dollah yankee |
Posted: 17 Jul 2014 06:51 AM PDT Sebelum raya tahun lepas Anwar Ibrahim telah berjanji nak bagi turun harga minyak, ptptn lupus, tol akan dikaji, sediakan peluang perniagaan dan pekerjaan. kos sara hidup lebih rendah. pasal itu 52 % rakyat malaysia sokong PR. tapi apa jadi ? kalau 70 % rakyat msia undi PR pun, kerajaan tetap dipegang BN.... kah kah kah inilah hakikat yang kita semua terpaksa terima. jangan dok merungut selalu. bayar bayar semua yang ada supaya golongan bangsawan dan politik terus mewah. sebab kita sebagai rakyat yang akan membayar segala kemewahan mereka tu... kah kah kah. pastikan kita terus sokong polisi ketuanan dan keutuhan umah agar terus berdepan sebagai rakyat miskin.dan terima bantuan subsidi dan BRIM pada masa akan datang. Hidup Melayu... kah kah kah Kenaikan Harga Lesen Memandu Tidak Masuk Akal Kenaikkan harga lesen dari memandu kereta ke tahap RM2000 dan Motorsikal ke tahap RM1000 adalah sangat tidak masuk akal. Kenaikkan mendadak ini juga mendatangkan reaksi negetif dari pelbagai pihak khususnya anak muda. SAMM Pulau Pinang dengan ini menggesa pihak berwajib supaya kenaikkan ini dibatalkan segera. Pihak kerajaan yang dipimpin Umno Bn juga harus peka dengan permasalahan anak muda dalam keadaan ekonomi yang gawat dengan kenaikan pelbagai harga barang ketika ini. Apakah tabung negara sudah kontang dikerjakan pihak tertentu hingga memaksa rakyat khususnya anak muda mengeluarkan lebihan wang untuk lesen memandu? Pemimpin negara dilihat bermewahan, malah anak menteri dilihat menaiki Lamborghini yang bernilai lebih RM3 juta ringgit. Ketika yang sama anak muda lain pula dihukum dengan kenaikan kadar lesen baru yang amat membebankan. SAMM P.Pinang membantah kenaikan ini dan akan melancarkan kempen bantahan di peringkat Pulau Pinang dalam pelbagai bentuk aksi. Sekian Afzanizam Hashim Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang dollah yankee - KahKahKah..undi lagi BN!!! |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan