Rabu, 23 Julai 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gambar Suspek Kes "Rogol 38" Didedah dan Diburu

Posted: 22 Jul 2014 07:24 PM PDT


[Sinar Harian] KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

"Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

"Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin," katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

"Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan," katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. -ADILA SHARINNI WAHID, FOTO OLEH KHIRU SHALEH ABDULLAH/22/7/14

Jokowi: Dari Pondok Buluh ke Istana

Posted: 22 Jul 2014 06:59 PM PDT



[Harian Metro] Jakarta: Dia dibesarkan dalam rumah diperbuat daripada buluh di tebing sungai di kawasan kotor di Pulau Jawa.

Beberapa dekad kemudian budak dari kawasan terpinggir itu diangkat rakyat Indonesia menjadi presiden mereka dan yang ketujuh sejak ia merdeka. Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi bermula sebagai tokoh merendah diri yang aktif di luar lingkaran politik ketika Indonesia dicengkam amalan penguasaan melalui dinasti dan golongan elit dari era Suharto. Keputusan muktamad diumum malam tadi mengesahkan Jokowi memenangi persaingan sengit dalam pemilihan pada 9 Julai lalu.

Jokowi mengalahkan bekas jeneral era Suharto, Prabowo Subianto dengan perbezaan enam peratus.

Bekas Datuk Bandar Solo itu memperoleh 53 peratus (atau 70,997,895 undi) berbanding Prabowo 47 peratus (62,576,444 undi).

Menjelang pengumuman rasmi malam tadi Prabowo - bekas menantu Suhato - mengumumkan menarik diri daripada persaingan itu atas alasan berlaku banyak penyelewengan walaupun penganalisis bebas berkata, secara umumnya proses kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Pernah menjadi pengeksport perabot, Prabowo mencatat populariti lebih meninggi selepas dilantik menjadi Gabenor Jakarta pada 2012.

Pendekatannya yang secara langsung dan praktikal amat popular dalam kalangan rakyat ketika mereka sudah muak dengan amalan rasuah serta memencilkan ahli politik. Dia serang melawat kawasan terpinggir di Jakarta dengan cuma berpakaian biasa dan mengetepikan segala prosedur sebagai gabenor.


ORANG ramai memerhati Jokowi menghubungi wakilnya untuk mengetahui perkembangan terkini keputusan rasmi pemilihan presiden di pinggir projek takungan air di Jakarta semalam.

Jokowi juga gemar membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan pegawainya menjalankan tugas dengan betul. Walaupun dibebani tugasan yang berat, bapa kepada tiga anak itu masih memperuntukkan masa melayani minatnya kepada muzik heavy metal.

Pada kesempatan tertentu Jokowi pernah dilihat menghadiri konsert di Jakarta. Susilo Bambang Yudhoyono akan berundur daripada jawatannya tidak lama lagi selepas menjadi presiden selama dua penggal.

Perlembagaan Indonesia mengehadkan tempoh seseorang presiden hanya untuk dua penggal saja. Penganalisis Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di Jakarta, Tobias Basuki berkata, ketokohan Jokowi adalah sesuatu yang baru untuk rakyat Indonesia.

"Mereka teruja mendapat pemimpin yang faham realiti di bawah," katanya. Jokowi mendapat pendidikan perhutanan di sebuah universiti di Indonesia sebelum memulakan perniagaan perabot yang berjaya.

Dia menyertai politik sebagai Datuk Bandar Solo pada 2005. Antara kejayaan Jokowi selama tujuh tahun menduduki jawatan itu ialah memindahkan penduduk setinggan ke rumah pangsa dilengkapi tandas sistematik serta menyusun penjaja yang menyesakkan jalan raya ke kawasan pasar. Di Jakarta Jokowi memulakan beberapa projek pengangkutan awam bagi mengatasi kesesakan jalan raya.

Dia juga melaksanakan beberapa dasar mesra masyarakat miskin seperti memudahkan akses kepada rawatan perubatan. Namun sesetengah pihak masih tertanya-tanya terhadap kemampuan Jokowi menerajui Indonesia mendepani cabaran di peringkat antarabangsa.

Keterbatasan pengalamannya menjadikan keraguan berkenaan perlu diperhatikan. - AFP/23/7/14


Amuk Kereta Kena Langgar: Kiki Didenda RM5 000, Kerja Komuniti 240 Jam

Posted: 22 Jul 2014 06:46 PM PDT



[Astro Awani] KUANTAN: Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30 yang juga dikenali sebagai Kiki dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan melakukan kerja komuniti selama 240 jam di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman tersebut selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya kerana melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 di kawasan parkir kereta Pusat Transformasi Bandar Kuantan di sini pada 14 Julai lalu.

Kiki ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.

Kiki pada minggu lalu dilihat membuli seorang warga emas selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Video Kiki mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta telah dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik serta menjadi viral di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube. -22/7/14





Tiada ulasan: