DIALOG RAKYAT |
- 16 jam ke Kota Bharu, 11 jam Alor Setar
- PERKASA pertikai nama negara di badan anjing
- DAP Sabah sokong penegasan semula tujuh perkara Pelan Borneo
- Aliran trafik dijangka meningkat sebelah petang
- PAS nafi Majlis Pimpinan Pakatan setuju Khalid diganti
- ISMA dakwa NEGARA-KU promosi liwat
- Isu MB: Anwar percaya muafakat Pakatan kekal
- Polis antarabangsa dapat akses ke tapak nahas
- Exco: Samseng bersenjata cuba sabotaj air S'gor
- PKR diminta perjelas mekanisme pelantikan jawatan MB, KM di negeri Pakatan - Penganalisis
- Isu MB: Sokongan Anwarinas punca perbezaan pendapat dalam PAS
- PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya
- 38 keranda terakhir tiba di Eindhoven
- 'Dayak pedalaman jangan mudah terpedaya'
- Pelajar Ditemui Gantung Diri Sebelum Buka Puasa
- Hadi Awang Tetap Pendirian,Sokong Khalid Kekal MB
- Isu MB Selangor: Abdul Khalid hargai sokongan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan
- Daftar OKU untuk elak pengabaian
- Nik Aziz: Apa salah Khalid Ibrahim?
- Gencatan senjata 12 jam di Gaza
- Israel akui kehebatan pejuang Hamas
- Tragedi berdarah: Lima maut nahas jalan raya
- Isu MB: PR salah tafsir, kata Iskandar
- Lailatulqadar, mencerah jiwa, menurut Hamka
- Insiden “Mana surat?”: Pertembungan politik lama dan baru
16 jam ke Kota Bharu, 11 jam Alor Setar Posted: 27 Jul 2014 05:35 AM PDT MALAYSIAKINI Kesesakan jalan raya teruk dilaporkan berlaku untuk perjalanan ke utara dan Kelantan menjelang hari raya Aidilfitri esok atau lusa. Perjalanan ke Kota Bharu dilaporkan mengambil masa sehingga 16 jam manakala ke Alor Setar pula 11 jam semalam, lapor Berita Harian. Kesesakan teruk itu juga menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa berhenti di hentian rehat dan rawat (R&R), bersahur di stesen minyak dam beratur satu jam untuk mengisi petrol, lapor harian itu lagi. "Kami sekeluarga terpaksa menempuh perjalanan selama 16 jam untuk ke Kota Bharu, Kelantan dan menggunakan inisiatif lain melalui jalan kampung. "Saya ingatkan dengan melalui jalan kampung keadaan jalan semakin lancar, tetapi sama juga seperti melalui lebuh raya," seorang pengguna Khairizan Sabtu, 48, dipetik sebagai berkata. Tinjauan BH di tol Sungai Besi ke arah Selatan dan Pantai Timur bagaimanapun mendapati kenderaan lancar. Jurucakap trafik Bukit Aman dilaporkan berkata, pihaknya membuka satu lorong tambahan di lebuh raya arah selatan untuk perlawanan ke arah utara. | |||
PERKASA pertikai nama negara di badan anjing Posted: 27 Jul 2014 05:33 AM PDT MALAYSIAKINI PERKASA menyatakan kemarahannya terhadap tindakan penganjur Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland menggunakan anjing berpakaian tulisan negara bertanding dalam acara pembukaannya. "Perasmian sukan Komanwel, 40 ekor anjing Scottish dipakai sut, diguna untuk perarakan di mana nama-nama negara yang ambil bahagian tertulis di badan anjing. "Kita negara Islam, penganjur tidak sensitif dan biadab," katanya dalam kenyataannya hari ini. Ibahim juga berkata, beliau turut meluahkan perasaan itu kepada media asing Daily Telegraph United Kingdom dan menyatakan kesal dengan sikap tidak sopan tuan rumah dan penganjur. Sementara itu, The Herald Scotland melaporkan berhubung 40 ekor anjing jenis itu yang digunakan dalam perarakan untuk pembukaan acara sukan itu. Daripada 71 peserta dalam sukan Komanwel ke-20 itu, nama Malaysia disebut kerana anjing yang ditugaskan mengiring enggan berjalan. | |||
DAP Sabah sokong penegasan semula tujuh perkara Pelan Borneo Posted: 27 Jul 2014 04:31 AM PDT Roketkini.com KOTA KINABALU,: Adun Sri Tanjong Chan Foong Hin menyokong penegasan semula tujuh perkara dalam Pelan Borneo seperti dinyatakan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan ulangtahun ke-51 Kemerdekaan Sarawak di Kuching 22 Julai lalu. Menurut Adun dari Sabah itu, suatu detik bersejarah apabila pemimpin pembangkang Persekutuan merayakan ulang tahun Sarawak ke-51, membuktikan penghargaan Pakatan Rakyat terhadap penyertaan Borneo dalam pembentukan Malaysia. "Tidak ada Malaysia tanpa Sarawak dan Sabah, manakala keragaman budaya, masyarakat, dan agama di Sarawak dan Sabah mewujudkan konsep Malaysia sebagai sebuah bangsa. "DAP Sabah akan terus bekerjasama dengan semua komponen Pakatan Rakyat Sabah bagi mendapatkan persetujuan secara muafakat bagi meletakkan kepentingan Sabah dan Malaysia mengatasi perhitungan pilihanraya parti mana pun," kata Chan dalam kenyataannya, hari ini. Antara tujuh perkara terkandung dalam Pelan Borneo yang digariskan Pakatan Rakyat dalam majlis ulangtahun itu ialah mengakui semangat Persekutuan yang ditandatangani pada 1963 dan kini dikenali sebagai Perjanjian Malaysia. Antara penegasan lain yang terkandung dalam Pelan Borneo: - Menjunjung Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan semua warga Malaysia dari semua agama dan kaum. - Memperakui tiga hari Nasional: 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan untuk Malaysia dan Sabah, 22 Julai sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak dan 16 September sebagai Hari Malaysia. - Reformasi ekonomi dan pembangunan sebaik saja Pakatan Rakyat membentuk pentadbiran baru dengan perkongsian kemakmuran Pusat-Negeri dan meletakkan Pengarah Petronas dari Sabah dan Sarawak selain pembangunan syarikat minyak negeri dan hak royalti 20 peratus. - Menubuhkan Suruhanjaya di Sabah dan Sarawak yang bertanggungjawab kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi membetulkan dan mencegah pemberian hak kepada warga asing, selain langkah keselamatan sempadan di kedua-dua negeri Borneo itu. - Memastikan hak Orang Asal terhadap tanah adat dan alam sekitar melalui insititusi berperwakilan daripada setiap komuniti yang bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri. - Berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963, memastikan penglibatan dan pengambilan lebih ramai anak Borneo ke dalam pentadbiran tanpa diskriminasi, pelantikan ke jawatan penting termasuk Pesuruhjaya Tinggi dan Kedutaan selain biasiswa pendidikan. - Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengkaji hubungan antara negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia dari tahun pertama Kerajaan Persekutuan yang baru dalam masa tiga tahun, bertujuan memberi nafas baru sebelum pilihanraya umum ke-15. Tambah Chan, DAP percaya kepentingan dan hak negeri Sabah dan Sarawak hanya dapat dicapai melalui perubahan kerajaan di peringkat persekutuan yang memerlukan kesepaduan Pakatan Rakyat baik di peringkat Pusat mahu pun negeri. Beliau bimbang pertelingkahan dalam Pakatan Rakyat hanya memperkukuh kedudukan Umno dan menjadikan proksi mereka yang ekstrem seperti Perkasa dan Isma merosakkan struktur sosial Malaysia. Chan turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesan atas hubungan dalam Pakatan Rakyat dan juga antara penganut Islam dan Kristian susulan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas pejabat Persatuan Bible Selangor (BSM) awal tahun ini. Dalam masa sama, beliau turut berharap agar isu cadangan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan melalui usul rang undang-undang persendirian ditangani secara bijaksana dan saksama. "Saya menyeru kepada pimpinan pusat Pakatan Rakyat untuk membina persefahaman bersama berhubung soal Hudud berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963. "Ia kemudiannya dapat memacu kepercayaan seluruh rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat sebagai pemerintah alternatif," kata Chan. – Roketkini.com | |||
Aliran trafik dijangka meningkat sebelah petang Posted: 27 Jul 2014 04:20 AM PDT ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara sehingga 1 tengah hari tadi dilapor bergerak perlahan, termasuk di Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng. Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata, pergerakan trafik juga perlahan dari hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban ke arah Seremban. "Berlaku kemalangan kecil melibatkan empat kereta di KM265.2 arah Nilai ke Seremban. Namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi. Menurutnya, trafik dijangka meningkat di sebelah petang berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman di saat akhir untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya utama lain perlahan namun terkawal. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dijangka berada dalam keadaan terkawal biarpun pergerakan kenderaan dari arah ibu negara bertali arus. Naib Presiden Kanan Anih Berhad, Radzimah Radzi berkata, keadaan ini akan berterusan sehingga sebelah petang. "Bagaimanapun pada sebelah malam, keadaan trafik pada hari ini masih tidak boleh dijangkakan. "Tetapi kami mengharapkan agar gelombang balik kampung terutamanya ke arah pantai timur akan berakhir sehingga lewat malam ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. "Jumlah keseluruhan trafik yang telah melalui lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) semalam mencatat sebanyak 174,880. "Manakala di LPT dalam anggaran sejumlah 94,899 buah kenderaan," katanya. Sebarang maklumat lanjut, Pengguna jalan raya boleh mengikuti laporan terkini LPT di akaun Twitter@LPTTrafik atau layari laman sesawang www.anihberhad.com | |||
PAS nafi Majlis Pimpinan Pakatan setuju Khalid diganti Posted: 27 Jul 2014 04:18 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR: PAS menafikan ia memberi persetujuan kepada cadangan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai yang didakwa oleh ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS dan DAP hanya bersetuju untuk merujuk cadangan Anwar itu kepada pucuk pimpinan parti masing-masing dan tidak lebih daripada itu. Komponen Pakatan Rakyat sepakat dan mencapai keputusan rasmi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan perikatan pada Rabu lalu dalam polemik pertukaran Menteri Besar Selangor seperti mana didakwa PKR. Sebaliknya Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PKR hanya menyatakan hasrat atau cadangan rasmi mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor dalam mesyuarat itu. " Kita menerima laporan dan hasrat PKR sahaja. Hasrat itu disampaikan dalam mesyuarat Pakatan dan parti (PAS) akan bawa hasrat itu ke majlis pimpinan, bukan (kita) terima dan tukar (Khalid). "Kita terima keputusan mesyuarat PKR, mereka maklumkan (kepada kita) sebab PKR tak pernah maklumkan secara rasmi kepada Pakatan Rakyat," kata beliau kepada Antarapos. "Jadi itu makluman rasmi dan semua parti kena bawa dalam mesyuarat pimpinan masing-masing," tambah Tuan Ibrahim yang menghadiri mesyuarat itu dengan lima lagi pemimpin kanan PAS termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu. Selepas mesyuarat tiga jam itu, Anwar mengeluarkan kenyataan yang mendakwa PAS dan DAP menghormati jawatan MB Selangor adalah hak PKR. Kenyataan Anwar itu ditafsirkan sebagai kedua-dua parti itu bersetuju akur kepada hak PKR untuk mencalonkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid sebagai MB Selangor. Semalam, Setiausaha Agong PKR Datuk Saifuddin Nasution turut menggunakan tafsiran itu apabila mendesak PAS menghormati mekanisme Pakatan Rakyat dalam memilih pemimpin di negeri yang dikuasai gabungan pembangkang itu. "Mesyuarat itu membawa mandat dari parti masing-masing pada hari itu (23 Julai) mengesahkan komitmen setiap parti bahawa pada dasarnya, PAS dan DAP menghormati prinsip pencalonan jawatan menteri besar adalah dari PKR," kata Saifuddin. "Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan rasmi Majlis Pimpinan PR itu dalam hal pertukaran Menteri Besar Selangor," katanya. Tuan Ibrahim bagaimanapun menolak versi Saifuddin mengenai perjalanan mesyuarat PR itu dan menegaskan PAS tidak pernah membuat keputusan akur kepada hasrat PKR menggantikan Khalid. "Tidak, kita tidak buat keputusan baru-baru ini...semua parti tidak buat keputusan," kata beliau. "Cuma parti bersetuju bawa cadangan PKR itu dalam mesyuarat parti, jadi parti ada hak dan kita tak buat keputusan dalam mesyuarat (Pakatan) itu," katanya. Beliau berkata PKR patut lebih memahami perkara itu dan bukan membuat keputusan sendiri. "Saya rasa perkara itu jelas, ia bukan keputusan...kalau keputusan apa penting bawa ke peringkat parti?Kalau dah itu keputusan, jadi tiada kepentingan kita bawa kepada parti...semua sepakat nak bawa kepada parti masing-masing, maknanya tiada keputusan." katanya. Dua hari lalu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana menurut beliau, Khalid tidak terpalit dengan skandal atau rasuah. Kenyataan itu disokong oleh Murshidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini yang menggesa semua ahli PAS memberikan sokongan kepada Hadi dalam isu itu. Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat pada 10 Ogos untuk membuat keputusan muktamat berhubung jawatan Menteri Besar Selangor. Tanpa sokongan PAS, laluan PKR semakin sukar mendapatkkan perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk Wan Azizah menggantikan Khalid. PKR mempunyai 14 kerusi dalam DUN Selangor berbanding PAS dan DAP masing-masing 15 dan Barisan Nasional 12. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang lagi, berharap PKR tidak mensensasikan lagi polemik itu . "Saya rasa PKR salah faham, saya tak nak komen tentang itu cuma pandangan PAS-DAP sama iaitu kita akan bawa ke mesyuarat masing-masing. "Itu yang parti akan bawa dalam mesyuarat Pakatan Rakyat nanti," katanya. | |||
ISMA dakwa NEGARA-KU promosi liwat Posted: 27 Jul 2014 04:12 AM PDT MALAYSIAKINI Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendakwa gabungan baru NEGARA-KU mempromosikan liwat secara terbuka melalui perkongsian kartun di Facebook NGO yang dikaitkan dengannnya. Laman web NGO Melayu itu melaporkan, Projek Dialog pada Jumaat lalu berkongsi karikatur itu di laman sosial yang menurutnya "jelas mempromosikan jenayah liwat". ISMA turut mengaitkan beberapa lagi NGO, antaranya Sisters in Islam (SIS), Islamic Renaissance Front (IRF), dan Aliran Kesedaran Negara (Aliran) yang menurut mereka terlibat "secara langsung atau tidak langsung". Ini kerana, menurut ISMA, NGO itu sebahagian daripada rangkaian Projek Dialog. Ahli jawatankuasa pusat ISMA Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, terdapat kumpulan tertentu yang mendakwa mempertahankan perlembagaan melalui Negara-Ku, namun pada masa yang sama melawan perlembagaan dan Rukun Negara, melalui Projek Dialog. "Semua orang tahu liwat adalah jenayah di Malaysia dan boleh dihukum mengikut undang-undang. Oleh itu tindakan mempromosikan jenayah juga merupakan satu kesalahan dan perlu dihukum. "Mereka kata mereka pertahan perlembagaan, pada masa sama mereka promosi jenayah liwat, apa semua ini?" beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi ISMAweb. Laman itu melaporkan, karikatur yang dikongsi Projek Dialog daripada laman Facebook Kris Wilson mendapat komen negatif oleh pengguna kerana budaya liwat atau gay budaya kotor dan merosakkan masyarakat. Kartun jenaka enam panel itu antaranya menggambarkan seorang individu terkejut melihat aksi liwat dua lelaki dan menegurnya sebagai dosa. Bagaimanapun seorang daripada mereka menjawab, ia bukanlah dosa jika seseorang itu tidak beragama. | |||
Isu MB: Anwar percaya muafakat Pakatan kekal Posted: 27 Jul 2014 04:09 AM PDT MALAYSIAKINI Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya muafakat dalam Pakatan Rakyat akan tetap kekal dalam menghadapi isu sekitar pertukaran menteri besar Selangor. "Saya percaya semangat muafakat dalam Pakatan akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat," katanya. Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan hari ini, beliau menegaskan bahawa peralihan itu dibuat sebagai kesinambungan agenda Langkah Kajang yang diputuskan secara muktamad oleh pimpinan PKR sejak 15 Januari lalu. Katanya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri dimaklumkan perkara itu semenjak Mac 2014 dan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah telah pun dikemukakan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu. DAP hari ini menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku perpecahan Pakatan ekoran kegagalan "sebuah komponennya" menghormati janji dan keputusan bersama. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tampil menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan Khalid sebagai menteri besar Selangor. Sependapat dengan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nik Aziz membangkitkan soal prestasi cemerlang Khalid memimpin Pakatan negeri dalam pilihan raya umum lalu. | |||
Polis antarabangsa dapat akses ke tapak nahas Posted: 27 Jul 2014 04:07 AM PDT MALAYSIAKINI Kerajaan sudah mendapat persetujuan pemisah Ukraine bagi membenarkan polis antarabangsa ditempatkan di tapak nahas MH17 dan memberikan perlindungan untuk pasukan penyiasat. Pemimpinnya Alexander Borodai menyatakan persetujuannya ekoran perjanjiannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini. "Perdana menteri Najib sudah bercakap dengan perdana menteri Belanda dan Australia, dan tiga negara yang sedang bersedih itu bersetuju bekerjasama secara rapat menempatkan pegawai polis," menurut kenyataan itu. Najib pada 22 Julai lalu mengumumkan perjanjian tiga perkara dengan Borodai, iaitu penyerahan kotak hitam MH17 kepada Malaysia, pemulangan mayat mangsa dan jaminan keselamatan kepada penyiasat bebas antarabangsa di tapak nahas. | |||
Exco: Samseng bersenjata cuba sabotaj air S'gor Posted: 27 Jul 2014 03:59 AM PDT MALAYSIAKINI Usaha kerajaan Selangor memastikan bekalan air mentah cukup sepanjang perayaan Aidilfitri didakwa cuba disabotaj oleh sekumpulan samseng bersenjata menyebabkan operasi pengepaman air ke sungai terganggu lima jam. Exco belia dan sukan, infrastruktur dan kemudahan awam Ahmad Yunus Hairi (gambar sebelah, kanan sekali) berkata, keadaan itu menyebabkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala. Katanya, sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan pengendali pam di Bestari Jaya diugut dan terpaksa meninggalkannya atas faktor keselamatan. "Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas," kata Yunus. Katanya, laporan polis juga dibuat di balai polis Bestari Jaya dan kerajaan negeri berharap polis akan meningkatkan keselamatan dan menyiasat secepat mungkin agar ia tidak berulang. "Dalam situasi kerajaan negeri yang sedang berusaha keras bagi memastikan bekalan air terus lancar, kami juga berharap agar seluruh pengguna air dapat menggunakan air dengan cermat dan berhemat," katanya. | |||
PKR diminta perjelas mekanisme pelantikan jawatan MB, KM di negeri Pakatan - Penganalisis Posted: 26 Jul 2014 11:14 PM PDT Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar SHAH ALAM: PKR perlu menjelaskan mekanisme pelantikan Menteri Besar atau Ketua Menteri secara lebih terperinci agar kedua-dua parti komponen di dalam Pakatan Rakyat itu boleh menerima sebarang keputusan bersabit isu menggantikan Menteri Besar Selangor. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, PKR harus sedar Selangor bukan dipimpin secara tunggal oleh parti itu. "Apa juga perjanjian itu, jika ada satu perjanjian bertulis (yang rasmi), itu lainlah. Tetapi jika tidak ada (perjanjian) termasuk persefahaman nak tukar MB...Mungkin persefahaman nak melantik MB ada, tetapi persefahaman nak ganti MB tidak ada. "Mengikut undang-undang tubuh, MB mesti mendapat sokongan majoriti ahli Dewan. Soalnya apakah Khalid sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan? "Kemudian perkenan Tuanku. Yang tersuratnya begitulah jika mengikut undang-undang," demikian menurutnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini. PKR hari ini mendesak PAS menghormati mekanisme pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang disahkan oleh Pakatan Rakyat (PR). Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menggesa PAS untuk menerima keputusan parti itu mencalonkan Datuk Seri Dr Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kenyataan tersebut dibuat sehari selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongannya terhadap Khalid untuk kekal bagi jawatan nombor satu di negeri itu dengan alasan beliau bebas dari sebarang skandal dan rasuah. Rabu lalu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akur terhadap hak PKR menentukan calon menteri besar. Mengulas hal yang sama, Mustafa berpendapat tidak ada salahnya lontaran Hadi terhadap Khalid yang melihat isu itu dari segi kesejahteraan dan keutuhan kerjasama ketiga-tiga parti tersebut di Selangor. Dalam masa yang sama beliau tidak menolak kemungkinan Khalid akan menyertai PAS sekiranya merasakan dirinya bersih daripada segala dakwaan kepimpinan partinya sendiri. "Jika PAS dan PKR masing-masing bertegas dengan pendirian, sudah pasti apabila PKR gagal mendapat penyelesaian bersama PAS, sudah pasti berlaku keretakan PR di Selangor. Berkemungkinan Khalid menyertai PAS. "Tidak mustahil. Jika Khalid merasakan tidak bersalah, beliau ada maruah dan mengapa beliau mesti akur kepada perkara dimana pihak lain di dalam parti ada tujuan tertentu. Khalid juga kita kena ingat, beliau ada sokongan," katanya lanjut. Saifuddin turut berkata mekanisme yang diguna pakai pada mesyuarat Pakatan yang lalu adalah sama yang digunakan dalam pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan negeri pimpinan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sebelum ini. | |||
Isu MB: Sokongan Anwarinas punca perbezaan pendapat dalam PAS Posted: 26 Jul 2014 11:11 PM PDT Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar SHAH ALAM: Ketidakbersamaan Mohamad Sabu di dalam pendirian pemimpin nombor satu parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor memperlihatkan sokongan dan pengaruh 'Anwarinas' terhadap Timbalan Presiden PAS itu. Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata seharusnya ahli-ahli parti Islam tersebut menghormati dan akur keputusan yang dibuat oleh Hadi. "Inilah kuasa kuku besi yang digunakan Anwar. Tak boleh guna saluran ini, maka dia akan guna saluran lain. Semua orang, termasuk pimpinan PAS mengetahu Mat Sabu adalah daripada kumpulan Anwar. "Jika pandangan peribadi Presiden sekalipun, ia adalah pandangan beliau, dan jika di bawa ke mesyuarat itu adalah lontaran keputusan," katanya ketika dihubungi Antarapos. 'Anwarinas' merujuk kepada golongan pemimpin di dalam PAS yang proksi kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merubah struktur kepimpinan parti Islam itu kepada liberal. Mohamad Sabu semalam menyifatkan kenyataan Hadi mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah pandangan peribadi dan bukan keputusan rasmi parti itu. Beliau yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' sebaliknya berkata pendirian rasmi PAS mengenai kedudukan Khalid akan diputuskan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Ia susulan tindakan Hadi yang mempertahankan Khalid kerana tidak pernah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat terhadapnya. Johan ketika mengulas isu yang sama kemudiannya berkata, sikap parti Islam itu jauh lebih berbeza dengan Umno yang sentiasa mendukung dan menghormati pendirian pucuk pimpinannya. "Beliau Presiden, mengapa beliau membuat kenyataan jika beliau tiada jawatan. "Memang kita punya tradisi walaupun bukan di dalam perlembagaan. Tradisi kita begitu, apa yang pemimpin kita cakap, kita patuh dan ikut," ujarnya. Sebelum ini, Anwar mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lalu menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. | |||
PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya Posted: 26 Jul 2014 11:01 PM PDT Oleh : Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT. Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan. Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya? Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai. PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik. Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat. Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama. Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan. **** Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS). Artikel diatas adalah kenyataan media beliau bertarikh : 28 Ramadhan 1435H bersamaan 26 Julai 2014M | |||
38 keranda terakhir tiba di Eindhoven Posted: 26 Jul 2014 10:56 PM PDT EINDHOVEN: Tiga puluh lapan keranda terakhir mengandungi mayat mangsa pesawat malang Malaysia Airlines MH17 tiba di pangkalan Udara Diraja Belanda Eindhoven, di sini dari Kharkiv, Ukraine pada Sabtu. Setakat ini, sejumlah 227 keranda telah diserahkan kepada pihak berkuasa Belanda yang mengetuai pasukan penyiasatan antarabangsa. Keranda itu dibawa oleh pesawat tentera udara Belanda dan Australia yang mendarat satu selepas satu pada pukul 3.45 petang waktu tempatan di pangkalan udara berkenaan. Keluarga mangsa yang menaiki penerbangan MH17 juga berada di pangkalan udara dan mereka bertafakur sebaik sahaja kedua-dua pesawat berhenti di landasan. Satu demi satu keranda itu kemudian dipindahkan ke kereta jenazah untuk dihantar ke pangkalan tentera Belanda di Hilversum untuk penyiasatan forensik dan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI). Ketua Pasukan Penyiasat Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar, ketika dihubungi berkata dengan keranda terakhir diterbangkan, operasi bagi menyaring dan melabel mayat-mayat di Kharkiv telah selesai. Pesawat Malaysia Airlines MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai. Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai telah ditembak jatuh tetapi setakat ini tidak ada pihak yang mendakwa bertanggungjawab atas tindakan kejam itu. - Bernama | |||
'Dayak pedalaman jangan mudah terpedaya' Posted: 26 Jul 2014 10:51 PM PDT MALAYSIAKINI Pemimpin dan ahli politik Dayak dalam kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan kaum itu dan hak-hak mereka di negara ini, kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi. Sehubungan itu beliau meminta kaum Dayak, terutama di kawasan pedalaman agar tidak mudah terpedaya dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa nasib mereka tidak dibela oleh pemimpin terbabit. "Kami sentiasa membela komuniti ini dalam sebarang isu yang ada kepentingan. Justeru jangan fikir kami tidak menjalankan tugas atau terlalu selesa dengan apa yang kami terima sehingga tidak mempedulikan kaum sendiri," katanya kepada pemberita selepas pulang daripada sesi pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang Unyat Chupong di Merirai, Kapit hari ini. Nanta yang juga Anggota Parlimen Kapit berkata hanya kerana apa yang mereka lakukan tidak mendapat publisiti media, tidak bermakna mereka tidak melaksanakan tanggungjawab. Beliau juga menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seorang pemimpin yang bertimbang rasa dan prihatin terhadap keperluan rakyat serta mudah didekati. Katanya rakyat Sarawak turut bertuah kerana mempunyai Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri kerana beliau juga seorang pemimpin yang bertimbang rasa, berpandangan jauh serta mudah didekati.- Bernama | |||
Pelajar Ditemui Gantung Diri Sebelum Buka Puasa Posted: 26 Jul 2014 10:47 PM PDT Bernama BESUT - Seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 di Hulu Besut ditemui mati di dalam bilik tidur selepas berlaku perselisihan faham antara mangsa dan ibunya pada kira-kira 7 petang semalam. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan memarahi anak saudaranya yang berumur 8 tahun kerana membuang sampah di depan pintu bilik beliau sebelum ditegur ibunya pada kira-kira 6.30 petang. Ketika mengesahkan kejadian, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa bertindak mengurung diri dalam bilik sebagai memprotes tindakan ibunya yang dikatakan menyebelahi kanak-kanak terbabit. Kira-Kira setengah jam sebelum berbuka puasa, ibu mangsa menyuruh cucunya memanggil pelajar itu untuk membantu beliau menghidangkan makanan. "Setelah memasuki bilik ibu saudaranya itu, anak saudara mangsa berlari keluar dari bilik dan memberitahu neneknya yang ibu saudaranya dilihat tidur sambil berdiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Noorzainy berkata, selepas mendengar kata-kata kanak-kanak itu, ibu mangsa bergegas ke bilik anaknya dan mendapati pelajar terbabit dalam keadaan tergantung sambil berlutut dengan seutas tali terjerut di leher. Beliau berkata, ibu mangsa kemudian membuka tali yang menjerut leher anaknya sambil memaklumkan perkara itu kepada anggota keluarga lain yang menghubungi polis. Katanya, siasatan awal mendapati tiada unsur khianat berhubung kematian pelajar itu dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat. | |||
Hadi Awang Tetap Pendirian,Sokong Khalid Kekal MB Posted: 26 Jul 2014 10:45 PM PDT RAKYATNEWS KUALA TERENGGANU - Walaupun didesak PKR untuk menghormati keputusan Majlis Pimpinan Pakatan baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap tegas dengan pendiriannya, mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau tidak mahu memberi kenyataan lebih panjang, sekadar menjelaskan kenyataan yang dibuatnya kelmarin sudah cukup untuk menggambarkan pendiriannya itu, iaitu beliau tetap akan menyokong Abdul Khalid terus menerajui Selangor hingga tamat penggal. "Cukup dengan kenyataan yang dibuat. Macam (yang kata) semalam, (pendirian saya) tak ubah. Habis setakat itu. Apa yang saya cakap semalam (kelmarin), itulah (hakikatnya). Saya tak ubah," katanya yang ditemui selepas menunaikan solat Zohor di Masjid Rusila, semalam. Sebelum ini,Abdul Haditelah menyatakan pendiriannya untuk berada di belakang Abdul Khalid dan keputusan tersebut dibuat setelah mengambilkira pendapat dari akar umbi PAS yang majoritinya menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim bagi meneruskan khidmatnya selaku Menteri Besar. | |||
Isu MB Selangor: Abdul Khalid hargai sokongan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan Posted: 26 Jul 2014 10:38 PM PDT SELANGOR KINISHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan terima kasih sokongan dan pencerahan diberikan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Kelantan dalam isu Menteri Besar Selangor. Abdul Khalid berkata beliau berjanji sempena akhir Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, beliau akan memastikan pentadbiran Kerajaan Selangor diurus dengan sebaik-baiknya. Katanya, ia sebagaimana mandat diberikan rakyat sejak 2008 dan akan meneruskan kecemerlangan Selangor agar pentadbiran di negeri ini memperoleh keberkatan Allah SWT. "Saya memohon maaf kerana isu di Selangor ini secara langsung atau tidak langsung telah memberi kesan kepada rutin mereka khususnya di 10 hari terakhir Ramadan yang kebiasaannya diisi dengan urusan ibadah, namun terpaksa disulami dengan kemelut politik pula. "Saya juga memohon maaf kepada rakyat Selangor khususnya yang beragama Islam kerana isu yang disensasikan di bulan yang mulia ini sedikit sebanyak telah mengheret mereka untuk turut resah dan keliru atas polemik yang berlaku," kata Abdul Khalid. EZY | |||
Daftar OKU untuk elak pengabaian Posted: 26 Jul 2014 10:36 PM PDT MALAYSIAKINI Ibu bapa atau penjaga diseru mendaftarkan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan golongan itu tidak diabaikan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mereka yang berdaftar dengan JKM akan diberikan Kad OKU bagi membolehkan mereka menikmati 25 jenis kemudahan disediakan oleh kerajaan. Antaranya rawatan perubatan percuma, pengecualian duti import bagi membeli peralatan sokongan, elaun RM50 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Kementerian Pendidikan serta pengecualian cukai jalan, katanya kepada Bernama baru-baru ini. Rohani berkata bagaimanapun saringan akan dibuat ke atas setiap permohonan bantuan peruntukan bulanan OKU untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja mendapat bantuan bulanan berkenaan. "Tetapi sekiranya ada yang berkata bantuan JKM ada yang ditarik balik kita tengok keadaan. Misalnya EPC (Elaun Pekerja Cacat) yang mana pendapatan pemohon hendaklah tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak temasuk pendapatan keluarga. "Apabila pendapatan OKU ini sudah melebihi RM1,200 dia sudah tidak layak untuk mendapat EPC dan ini akan membuka ruang lagi kepada OKU lain yang lebih layak mendapat bantuan bulanan EPC sebanyak RM300 ini," katanya Justeru, Rohani berharap selain ibu bapa atau penjaga, pemimpin masyarakat, komuniti setempat, badan bukan kerajaan (NGO) NGO atau individu boleh membantu golongan OKU mendaftar dengan JKM di kawasan masing-masing. Rohani berkata kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan lain dengan JKM amat diperlukan dalam usaha membantu menyediakan perkhidmatan bagi meningkatkan kesejahteraan golongan OKU. Mengulas mengenai dakwaan pegawai JKM tidak membuat kerja sebaik mungkin membantu golongan OKU, Rohani berkata dakwaan itu tidak tepat sekali. "Sudah tentunya pegawai kebajikan menggalas tanggungjawab yang penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berkesan," katanya. Rohani berkata sekiranya dibuat perbandingan jumlah golongan sasar yang memerlukan perkhidmatan JKM dengan bilangan kakitangan JKM sememangnya tidak mencukupi memandangkan seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat perlu mengendalikan antara 300 kes sehingga 1,000 kes. Beliau berkata masyarakat tidak boleh menuding jari terhadap JKM semata-mata sebaliknya tampil membuat sebarang aduan dan memberi cadangan untuk kementeriannya ambil perhatian bagi memperbaiki mutu perkhidmatan.- Bernama | |||
Nik Aziz: Apa salah Khalid Ibrahim? Posted: 26 Jul 2014 10:28 PM PDT MALAYSIAKINI Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tampil menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Sependapat dengan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nik Aziz membangkitkan soal prestasi cemerlang Khalid memimpin Pakatan Rakyat negeri dalam pilihan raya umum lalu. "Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid (kanan) ingin digugurkan dari jawatan menteri besar?" soal Nik Aziz. "Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihan raya umum yang lepas, prestasi Pakatan di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi menteri besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan." Hadi pada Jumaat dilapor mempertahankan Khalid kerana beliau dikatakan tidak pernah khianat menjalankan amanah rakyat. Sambil menyeru seluruh pimpinan PAS menerima pandangan itu, Hadi berkata beliau sudah mendengar semua hujah dan mendapati majoriti akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan. Perlu taat 'nakhoda' Menulis di Facebook, Nik Aziz hari ini berkata, salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan Khalid digugurkan. "Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. "Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai," kata bekas menteri besar Kelantan itu. Nik Aziz juga menegaskan keperluan anggota PAS taat kepada Hadi (kiri) sebagai "nakhoda" parti Islam itu. "Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," katanya. Beliau bagaimanapun menganggap keadaan di Selangor hanya kemelut kecil dan proses mematangkan hubungan dalam Pakatan Rakyat. | |||
Gencatan senjata 12 jam di Gaza Posted: 26 Jul 2014 10:22 PM PDT GAZA - PALESTIN. Satu gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam antara Hamas dan Israel dilancarkan bermula jam 0500 GMT (1 tengah hari waktu Malaysia). Gencatan senjata ini digerakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas dipersetujui kedua-dua pihak. Namun, Setiausaha Amerika Syarikat John Kerry berkata, usaha gencatan senjata lebih lama masih menemui jalan buntu. Susulan gencatan senjata 12 jam itu, penduduk Palestin membanjiri jalan raya dan ada juga yang memasuki kawasan yang selama ini dianggap berbahaya. Sebelum gencatan senjata, jumlah penduduk Gaza terkorban mencecah 900 orang. Sementara itu, di Baitulmaqdis, jurucakap tentera Israel berkata, pihaknya akan patuh dengan arahan tersebut. "Tentera hanya akan bertindak balas jika diserang atau jika ada puak pejuang menembak roket ke Israel," katanya. Selain itu, antara perjanjian gencatan senjata tersebut termasuklah tentera dibenarkan memusnahkan terowong pejuang Hamas atau ia berada di bawah kawalan mereka. Pemerhati perang Gaza yang berpangkalan di Mesir berpendapat, Israel dilihat semakin lemah apabila melibatkan 'isu terowong' di dalam perjanjian itu. "Israel amat takuti terowong-terowong binaan Hamas yang disifatkan sebagai pembunuh darat nombor satu. Kehadiran terowong rahsia ini adalah salah satu strategik perang yang selam ini telah membunuh puluhan askar Israel," katanya dipetik East Monitor/Al Arabiyah. | |||
Israel akui kehebatan pejuang Hamas Posted: 26 Jul 2014 10:15 PM PDT KECEKAPAN pejuang Hamas menggunakan terowong, perangkap samar dan penembak tepat, benar-benar menggerunkan tentera Israel di Genting Gaza. Kepintaran taktikal bahari itu membuahkan hasil apabila puluhan askar Israel maut dan ada yang tekad membunuh diri. Israel mengakui, senjata dan pengetahuan dibekalkan pejuang Hizbullah berjaya membentuk barisan hadapan yang mantap di kalangan pejuang Hamas. Kira-kira enam hari lalu, selepas Israel melancarkan serangan darat di kubu kuat mereka di daerah Shejaia beberapa askar Israel dilaporkan cedera sehingga kawasan itu gagal dikawal jauh sekali untuk ditawan. Serangan paling dahsyat tersebut menyaksikan asap menjulang ke angkasa dengan puluhan Iron Drone Israel memintas puluhan roket yang dilepaskan Hamas hingga daerah di sempadan timur Gaza lumpuh dan musnah sepenuhnya. Bunyi dentuman letupan dan hujan roket serta api meriam bergema semalaman. Israel akui pejuang Hamas cekap Sejak hari pertama, pejuang Hamas dikatakan sudah mempunyai taktik serangan yang strategik. Kecekapan menggunakan rangkaian terowong rahsia dan meletupkan kenderaan tentera dengan alat kawalan jauh telah mengakibatkan lebih 30 askar Israel terbunuh. Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi ketika Perang Gaza pada 2008 hingga 2009. "Briged al-Qassam membuat kejutan. Setiap hari, kami cuba menggagalkan ramal mereka dengan mengubah bentuk taktik serangan. "Kami berjuang dengan cara bersemuka dengan musuh sebagai membalas dendam atas kematian para syuhada yang terbunuh setiap hari, " kata seorang ahli kumpulan al-Qassam. Pada konflik kali ini, pejuang Hamas melangkaui batas dalam serangan berbanding sayap pejuang kumpulan Jihad yang lain. Mereka mempunyai aset pesawat, komando skuba dan askar nekad yang setia menjaga terowong rahsia untuk memerangkap askar Isarel. Taktik penyamaran juga digunakan pejuang Hamas dengan memakai seragam penuh Israel namun mereka tewas apabila senapang Kalashnikov, M16s atau Tavor itu bukan menyerupai senapang yang digunakan Israel dalam peperangan ini. Ahad lalu, Hamas membuat serangan paling merbahaya dengan memusnahkan terowong yang dipenuhi senjata dan perangkap samar yang di tanam di beberapa laluan strategik. "Kami membina beberapa terowong rahsia untuk mengaburi dan bersembunyi dari musuh, " kata jurucakap kumpulan itu. Bagaimanapun, segala kegagalan itu disangkal oleh Israel menerusi laporan media Barat yang berat sebelah. Israel dalam satu laporan menyebut kenderaan mereka dibedil akibat ledakan peluru berpandu dan bukannya diletupkan dengan alat kawalan jauh atau perangkap samar. Bagi menggelakkan mereka malu, Israel mendakwa hanya seorang askar mereka terbunuh dan lainnya cedera ringan. Tindakan ini dilakukan bagi menutup kegagalan tentera mereka dalam usaha menentang pejuang Hamas yang sebelum ini dilabelkan sebagai askar 'penakut' dan 'bodoh'. Jurucakap tentera Israel, Leftenan-Kolonel Peter Lerner yang berkali-kali membela imej askar Israel akhirnya akur bahawa terdapat peningkatan kemahiran ketenteraan di kalangan pejuang Hamas. "Tentera kami cekap, bermotivasi dan berdisiplin. Kami telah bertemu dengan musuh paling hebat di medan perang. "Kami tidak terkejut dengan kecekapan mereka kerana kami sudah tahu bahawa mereka telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan peperangan ini. Mereka sudah membina terowong rahsia ini sejak dua atau tiga tahun lalu, "katanya. Gerakan bawah tanah Pegawai tentera Israel berkata, pejuang Hamas sudah menggunakan segala kepakaran serangan seperti peluru berpandu, serangan hendap, menggunakan keldai dan anjing untuk melakukan serangan nekad. "Serangan di Shejaia telah memecahkan rahsia kecekapan mereka. Kami percayai segala perancangan ini sudah dibuat sejak lapan tahun lalu berdasarkan laluan bawah tanah yang kami jumpai. Ia menakjubkan," katanya. Terkurung di wilayah yang mempunyai kepadatan penduduk 1.8 juta dan mempunyai jaluran kemiskinan dan pengangguran kira-kira 40 peratus, sudah tibanya penduduk Gaza bangkit bagi memecahkan segala sekatan Israel dan Mesir . Bertitik tolak dari situ, pemimpin Hamas berharap matlamat tersebut dapat dicapai demi membebaskan penduduk Palestin dari jurang negara antarabangsa. Semangat jitu pejuang Hamas untuk menentang kekejaman Israel pernah dilaporkan sebelum ini oleh agensi berita Reuters pada April lalu ketika mereka meninjau sendiri kesipuan seharian penduduk Palestin. Menurut laporan itu, semua golongan muda dan remaja dibekalkan dengan ilmu pengetahuan mendalam tentang teknik gempuran dan serangan untuk menghadapi askar Israel. "Kami melihat kumpulan pejuang remaja berada di dalam sebuah kelas dan belajar taktik pertempuran. Mereka juga melakukan latihan praktikal dan menyesuaikan diri dengan situasi peperangan melalui simulasi hujan mortar, teknik menyelinap ke dalam terowong untuk menyelamatkan diri," memetik laporan itu. Bukan kerugian besar Dalam tempoh dua minggu ini, lebih 1,000 roket kebanyakannya buatan sendiri telah dilancarkan ke Israel sekali gus memaksa kumpulan pejuang menambah kapasiti persenjataan. Penganalisis perang Gaza Adnan Abu Amer berkata, selain berjuang pemimpin-pemimpin Hamas juga memberikan mesej tersirat bahawa mereka mampu menghasilkan roket buatan Gaza dan masih juga menguji keupayaan roket buatan asing. "Ini bukan satu kerugian buat Gaza tetapi satu pelaburan dalam menentang musuh yang kuat. Terdapat laporan bercanggah mengenai kerugian Hamas dari segi set pejuang. "Israel mendakwa Hamas mempunyai 20,000 pejuang dan seramai 60 atau 70 syahid. Perkara ini tidak boleh menggambarkan sebagai satu kehilangan besar buat mereka," katanya. Seorang lagi penganalisis perang Charles Lister berpendapat, video yang diedarkan oleh al-Qassam benar-benar menunjukkan kekuatan aset persenjataan kumpulan itu. "Penggunaan kereta kebal anti-peluru berpandu bersaiz kecil berbanding yang dimiliki Israel jelas menunjukkan kumpulan al-Qassam mempunyai sistem pertahanan perisai unggul," katanya. Ajaran Hizbullah Ketika Gaza selama 22 hari, pejuang Hamas dan kumpulan sayap pejuang lain gagal melindungi wilayah Gaza. Ketika itu, hanya enam askar Israel dilaporkan terbunuh diikuti perang lapan hari pada 2012 dengan dua kematian tentera Israel dilaporkan. Bekas askar Isarel Lerner berkata, sepanjang Intifada pertama dan kedua diikuti perang lapan hari pejuang Hamas kurang menyengat. "Kebanyakan mereka adalah anggota baharu. Mereka mendapat pendidikan latihan ketenteraan dari Iran. Bentuk serangan banyak menyerupai taktik serangan dilakukan Hezbollah dan kami sudah dapat membaca segala pergerakan itu. Ketika Intifada kedua pada 2005, seramai 12 askar Israel terbunuh dalam sehari dan itu adalah catatan tertinggi pernah berlaku dalam sejarah peperangan Israel. Pegawai perisik Israel berkata, Syria, Iran dan Hizbollah adalah individu yang bertanggungjawab melatih pejuang Hamas dalam memperkenalkan taktik baharu seperti yang disebarkan di Internet. Strategi Hamas menjadi Taktik membina terowong sepanjang 1 hingga 7 kilometer, meletupkan terowong dan bersembunyi didalaminya adalah taktik yang tidak pernah terfikir oleh tentera Israel, menurut menganalisis perang Israel, Ehud Yaari. "Kami sukar menjangkakan kewujudan terowong bawah tanah di Gaza. Ia adalah serangan paling digeruni kerana tiada sebarang tanda amaran. Strategi peperangan mereka sangat sistematik hingga menyukarkan kami untuk melakukan serangan," katanya. Taktik yang digelar 'subterranean warfare' ini adalah inovasi terkini dan kejayaan pejuang Hamas . Selepas memperuntukkan bertahun-tahun dan jutaan dolar untuk membina terowong tersebut , Hamas layak untuk menempa kejayaan atas usaha itu. "Hamas menggunakan kaedah serangan melalui bawah tanah. Serangan tersebut benar-benar memberi tekanan hebat kepada askar kami," katanya. Tidak kira apa juga taktik serangan dan kehebatan kedua-dua kumpulan ini, ada perkara yang lebih penting iaitu gencatan senjata perlu dilakukan segera oleh mereka. Ketika sidang media hari ke-empat, pemimpin Hamas mengaku, peperangan ini adalah satu perkara sangat memeritkan buat mereka. Namun, sebagai penduduk dunia, peperangan ini perlu segera dihentikan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa melayang. Sama ada Hamas atau Israel mencipta kejayaan dalam peperangan ini ianya kini bukan lagi sesuatu yang ingin dilihat. Perkara lebih penting ianya harus diberhentikan segera kerana peperangan ini sudah menjadi peperangan jenayah kemanusiaan paling besar pernah dicatatkan di bumi Gaza. | |||
Tragedi berdarah: Lima maut nahas jalan raya Posted: 26 Jul 2014 10:02 PM PDT GUA MUSANG - Dua jalan menjadi lokasi berdarah apabila lima maut dan empat parah dalam dua kemalangan berasingan iaitu di Aring 8 Jalan Chiku - Aring dan Kilometer 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rantau Manis, dekat sini, pagi dan petang semalam. Antara yang maut itu kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertugas di Kuala Terengganu, Mohd Kosim Rashid, 39, yang dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kampung Bertam bersama keluarga untuk menyambut Aidilfitri. Mangsa yang maut bersamanya dalam kejadian pertama di Aring 8 kira-kira jam 10.30 pagi itu ialah adik ipar Mohd Kosim, Azliana Ab Kadir, 30, seorang guru yang mengajar di Sarawak. Empat yang cedera dalam kemalangan itu, isteri Mohd Kosim yang sarat mengandung tujuh bulan, Arini Ab Kadir, 37, bersama anak mereka Mohd Aniq Izat Mohd Kosim, 10, Umairi, 9, dan Alisha Balkiq, 6, kini menerima rawatan di Hospital Gua Musang. Keluarga terbabit menaiki kereta Perodua Alza dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Bertam, Gua Musang dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Nissan Grand Livina yang datang dari arah Chiku ke Terengganu. Dalam kejadian kedua di Kilometer 17 Jalan Gua Musang- Kuala Krai kira-kira jam 1.30 petang membabitkan sebuah kereta dengan bas persiaran menyebabkan tiga sahabat dalam sebuah kereta Proton Wira maut di tempat kejadian. Tiga mangsa yang maut itu dikenali, Suhariza Hassan, 35, berasal dari Kampung Tawang Bachok, Zulkifli Talib, 46, berasal dari Kampung Temila Pasir Puteh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di Kuala Lumpur dan Mohd Zuki Ariffin, 41. Kejadian itu dipercayai kereta dinaiki mangsa cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan sebuah bas persiaran dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, tetapi pemandu dan penumpang bas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat. Sementara itu adik Zulkifli, Mohd Salmizi Talib, 28, berkata, dia tidak sempat bertemu dengan arwah walaupun abangnya itu singgah di rumahnya di Kampung Merapoh, Kuala Lipis, untuk mandi bersama dua rakan yang lain. "Ketika itu saya sedang bekerja di Taman Negara Merapoh, tidak dapat pulang ke rumah. Kunci ditinggalkan kepada jiran bagi memudahkan arwah abang masuk dan berehat kira-kira jam 12 tengah hari. "Saya sempat berpesan supaya pulanglah dahulu kerana saya juga akan pulang ke kampung menyambut Aidilfitri bersama esok kerana masih banyak kerja yang perlu diselesaikan," katanya. Beliau berkata, cukup pilu apabila menerima panggilan telefon daripada rakan menyatakan abangnya maut dalam kemalangan menyebabkan dia bergegas ke HGM. "Sungguh sayu apabila mendapat tahu abang meninggal dunia dalam kemalangan itu dan sedih kerana tidak sempat berjumpa dengannya sebelum bertolak pulang ke kampung petang tadi (semalam)," katanya. | |||
Isu MB: PR salah tafsir, kata Iskandar Posted: 26 Jul 2014 10:00 PM PDT Iskandar SHAH ALAM - Pas Selangor menzahirkan rasa lega dan bersyukur dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan sudah menjelaskan beberapa kekeliruan. Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah tersalah tafsir dengan kenyataan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu. "Ayat tersebut telah disalahtafsirkan sebagai PR telah meluluskan cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. "Walhal seperti yang disebut oleh kenyataan itu hanya bermaksud menerima cadangan dan akan membawa perkara itu ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Kelmarin, Abdul Hadi mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. Beliau berkata, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat. Katanya, alasan pihak yang mahu menukar menteri besar itu adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar. Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. "Menerima itu bukan bermaksud Pas sudah bersetuju, malah tidak membuat sebarang keputusan pun lagi," tegas Iskandar. Menurutnya, kenyataan presiden itu juga telah menjawab semua persoalan-persoalan tersebut dan pihaknya mengucapkan terima kasih kerana Abdul Hadi mengambil kira pandangan pimpinan dan ahli Pas Selangor. Bagaimanapun katanya, pimpinan Pas Selangor akan sentiasa mematuhi apa saja keputusan presiden dan pimpinan tertinggi Pas bagi membabitkan isu Menteri Besar Selangor itu. | |||
Lailatulqadar, mencerah jiwa, menurut Hamka Posted: 26 Jul 2014 04:31 PM PDT Oleh H FANSURI MAKA, tersebutlah perkataan Hamka; seorang ulama' sasterawan revolusioner yang menurunkan catatan pemikirannya berhubung lailatulqadar itu. Pandangan beliau mengenai 'keajaiban' malam yang lebih baik dibanding 1,000 bulan itu adalah sebagai berikut... "Seorang pemuda merayap (merayau) malam-malam mencari perempuan yang akan dapat diajaknya berbuat jahat, berzina. Tiba-tiba dilihanya di satu rumah lampunya terang dan kedengaran suara perempuan sedang bernyanyi dengan suara yang merdu. Sudah dia tahu bahawa di rumah itu memang ada perempuan cantik tidak bersuami. Pemuda itu menyelinap masuk rumah itu. Di muka bilik perempuan itu, dia terpeguan melihat rupa perempuan itu yang cantik dan mendengarkan suaranya yang merdu bernyanyi. Rupanya perempuan itu bukan bernyanyi, melainkan membaca Al-Quran dengan sangat khusyuknya. Tepat didengar oleh pemuda itu, ayat: "Belumkah datang waktunya bagi orangorang yang beriman buat tunduk hati mereka mengingat Allah dan kebenaran yang telah Dia turunkan." ~ (Surah Al-Hadid: ayat 16) "Seakan-akan kepadanyalah dipukulkan ayat itu. Padahal wanita itu tidak tahu bahawa ada orang yang mengintipnya. Telah datang saat itu, suatu saat yang mempunyai nilai lebih dari 1000 bulan. Pemuda itu merasakan dalam lubuh jiwanya dan dalam hati sanubarinya akan adanya iman itu, hanya selama ini diselubungi oleh hawa nafsu. Runtuhlah pada saat itu segala angkara syahwat, timbullah kesedaran malu dan lain-lain perasaan lagi dari kemanusiaannya, dengan langkah lambat, dia pun meluncur turun, dia terus ke masjid dan shalat. Sejak malam itu berbubahlah hidupnya sama sekali, 100%. "Itulah orang salih yang terkenal Fudhail bin Ayyad. "Di Bukittinggi kira-kira 80 tahun yang lalu, seorang pemuda parewa (jahat) dikejar-kejar orang kira-kira pukul 3 tengah malam. Dia menyembunyikan diri di tebat di perkarangan sebuah surau. Setelah dicari-cari tidak bertemu. Yang mengejar telah pergi. Dia terus bersembunyi sampai datang waktu subuh. Tiba-tiba didengarnya azan subuh! Demi setiap kalimat azan itu, laksana dituangkan rasanya ke seluruh jiwaraganya. Telah datang kepadanya saat yang nilainya lebih 1000 bulan. "Mulai waktu itu, berbubahlah hidupnya. Kepada ayahnya minta dihantar ke Mekah. Beberapa tahun dia di Mekah, dia pun pulang menjadi Ulama Besar. Itulah Almarhum Syeikh Muhammad Jamil Jambek." Tamat catatan Hamka tentang lailatul qadar. Beliau tumpukan 'keajaiban jiwa' yang boleh diubah dibanding keajaiban di luar lingkungan jiwa (alam di luar jasad). Maka, pada 10 malam terakhir Ramadan yang diduga datangnya lailatul qadar, apakah keajaiban yang diundang datang ke jiwa kita? Arakian, ketika menurunkan catatan ini (17 Julai), penulis baru pulang daripada iftar Roketkini, lidah rasmi DAP. Melayu dan bukan Melayu berbuka puasa sekali. Sebelum berbuka, ada 'usrah' mengenai sejarah perjuangan orang kurang upaya. Hal ini mungkin terhitung sebagai keajaiban jiwa bagi Umno. Malam ini, ada cerita pesawat MH17 terhempas ditembak militan di Ukraine. Banyak sangkaan spekulasi sedang meluru di media internet. Dengan kejadian ini, sedikit demi sedikit, diharapkan 'keajaiban jiwa' hinggap di fikiran Najib Razak agar dia bertaubat sehingga tergerak hatinya untuk letak jawatan sebagai PM. Ya, selepas satu demi satu ujian ke atas insan pada Ramadan ini, umat memukat pengajaran daripada lautan kehidupan dan lemas dalam dakapan rahmat Tuhan. Inilah lailatul qadar untuk mustadh'afin tapi tidak bagi mustakbirin di Putrajaya jika mereka belum menemukan garis-garis kesedaran dan pencerahan jiwa pada hujung Ramadan. | |||
Insiden “Mana surat?”: Pertembungan politik lama dan baru Posted: 26 Jul 2014 04:25 PM PDT Oleh Liew Chin Tong RAKAN-RAKAN dari Pakatan Rakyat di seluruh negara memaklumkan kepada saya bahawa mereka ditanya secara bergurau ketika melawat bazaar Ramadan di kawasan masingmasing, "Mana surat?" Tanpa kami sedari, lawatan saya ke bazaar Ramadan Kluang telah menjadi medan pertembungan antara politik lama dengan politik baru. Insiden "mana surat" di bazaar Ramadan Kluang menunjukkan bahawa sebahagian besar dalam Umno masih terkongkong dalam kerangka minda lama, iaitu "Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno" – tanpa mengambil kira hakikat bahawa Umno hanyalah salah satu parti politik seperti semua parti politik yang lain. Dalam kerangka politik lama, atas nama mempertahankan Melayu, "rent-seeking" (habuan tanpa perlu kerja) bukan sahaja berlaku di peringkat projek kroni secara besar-besaran, tetapi sewaan gerai bulan Ramadan juga sebahagian "rent" atau habuan yang enggan dilepaskan. Bagaimanapun, pada masa yang sama, kita mengalu-alukan pemimpin Umno seperti Ketua Pemuda Umno Kluang Dato' Khairul Anwar Rahmat yang bersedia berusaha menuju ke arah "politik baru". Saya terpilih sebagai ahli parlimen sejak tahun 2008, sudah tentu ini bukan kali pertama saya terlibat dalam upacara dan program Ramadan. Tetapi apa yang berlaku pada tahun ini sememangnya paling "menarik" untuk saya. Bersama dengan Tan Hong Pin (Adun Mengkibol) dan Sheikh Omar Sheikh Ali, anak Kluang yang dahulunya bertugas sebagai pembantu di Sekretariat Pakatan Rakyat Pusat dan sekarangnya membantu saya di Pusat Komuniti Kluang, kami mengadakan lawatan bazaar Ramadan pertama pada Isnin, 30 Jun di bandar Kluang. Sebelum PRU13, Kluang, dan secara keseluruhan Johor, terutamanya kawasan separa bandar, adalah negeri dan kawasan-kawasan "deposit tetap" BN tanpa saingan sengit dari pihak pembangkang. Di kawasan separa bandar seperti Kluang, Umno dan partiparti komponen BN menganggap mereka "parti kerajaan" dan menguruskan pentadbiran seolah-olah pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan lain adalah sebahagian daripada parti mereka. Sehari sebelum Deepavali pada tahun 2013, saya telah dihalang masuk ke bazaar Deepavali oleh pemimpin MIC Kluang atas sebab yang sama: bazaar tersebut diuruskan oleh mereka dan saya tidak dibenarkan masuk walaupun saya tidak datang dengan sebarang bahan publisiti politik. Kehadiran saya walaupun hanya untuk bersalam dengan penjaja dan pengunjung bazaar tersebut cukup "gerun" buat parti MIC di Kluang, kerana mereka tidak pernah menghadapi parti lawan sebagai kawan di luar gelanggang politik. Dalam pengalaman mereka, MIC tidak boleh dicabar dan pembangkang adalah musuh yang mesti dimusnahkan. Hatta senyuman dan salam pemimpin politik Pakatan Rakyat tidak boleh disampaikan kepada orang ramai walaupun di tempat awam. Tidak hairan apabila saya dan rakan-rakan dihalang dari bazaar Ramadan Kluang kerana kami "sudah biasa!" Psikologi ketakutan ahli Umno/MIC bahawa ahli Pakatan Rakyat akan mendapat sokongan dari kalangan pengundi Melayu dengan kunjungan semacam ini adalah tidak matang dalam pemahaman politik mereka. Padahal pengundi kita lebih "canggih" dan matang pemikiran mereka daripada tanggapan itu. Mereka tidak akan mengundi DAP hanya kerana ahli politik DAP melawat bazaar Ramadan. Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Ketua Pemuda Umno Kluang Dato' Khairul Anwar Rahmat yang mengecam insiden tersebut dan menjemput YDP PAS Kawasan Kluang Khairul Faizi Ahmad Kamil, Hong Pin dan rakan-rakan lain untuk mengedar buah kumar dan bubur lambuk bersama pada Ahad 6 Julai. Dalam politik baru, parti lawan bukan musuh tetapi sahabat seperjuangan untuk Malaysia yang lebih baik, walaupun berbeza pandangan. Lantaran perbezaan pandangan, apa yang diperlukan adalah dialog dan pembahasan, bukan aksi halang-menghalang. Saya mengalu-alukan tindakan Khairul Anwar dan harap lebih ramai ahli politik dalam Umno- BN berpolitik secara matang dan sebagai demokrat yang berebutrebut untuk membawa dasardasar baik kepada rakyat dan bukan memonopoli kuasa (dan jalan awam) untuk parti sendiri. Selepas lawatan bersama Khairul Anwar dan selepas kami berpisah, ahli pemuda Umno si "mana surat" itu muncul sekali lagi dan meludah di hadapan saya. Saya juga dimaklumkan bahawa Khairul Anwar dikecam dalam partinya. Dua hari selepas lawatan bersama, pada 8 Julai, cat merah dilontar ke kereta Sheikh Omar. Rasanya politik lama tidak bersedia berundur dari pentas walaupun majoriti rakyat Malaysia mendukung politik baru. Salah satu sebab politik lama tidak berundur kerana habuan dibawa oleh amalan politik mereka. Di Johor dan di seluruh negara, amalan "rent-seeking" bukan sahaja berlaku di peringkat paling tinggi. Keuntungan penjaja gerai bazaar Ramadan pun diintai ahli politik Umno di peringkat bawahan. Di Kluang, bazaar Ramadan yang terbesar diuruskan oleh "Yayasan Perbandaran Kluang" yang dipengerusikan oleh Exco Kanan Kerajaan Johor Jais Sarday. Setiap majlis PBT di Johor diarah untuk menubuhkan satu "yayasan" yang diuruskan oleh ahli politik Umno dan setiap majlis PBT diarah untuk menyumbang 1% pendapatan tahunan kepada "yayasan" tersebut. Sekiranya Majlis Perbandaran Kluang mendapat pendapatan dari cukai pintu dan pendapatan lain sebanyak RM40 juta setahun, maka yayasan dipegang oleh ahli politik Umno itu akan mendapat dana sebanyak RM400 ribu (selain daripada pendapatan dari sewaan gerai bazaar Ramadan). Amalan semacam ini sebenarnya menghalalkan dana politik untuk pemimpin Umno dan juga menindas penjaja gerai yang berusaha untuk mendapat keuntungan yang halal dan agak sederhana. Politik lama kronisme dan "rent-seeking" perlu diakhiri bukan sahaja di peringkat atas tetapi juga peringkat perbandaran. » Liew Chin Tong ialah ahli parlimen Kluang, merangkap Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP. Beliau oleh dihubungi dengan supportlct@ liewchintong.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan