DIALOG RAKYAT |
- MH17 Passenger List : Malaysia Airlines Dedah Senarai Penumpang MH17. Terdapat Beza Versi Rasmi VS “Versi Bocor”?
- [11 GAMBAR] Tol Sunway KESAS Terbakar, Beberapa Kenderaan Turut Musnah
- Tiga Lemas, Enam Selamat Tongkang Karam Dekat Batam
- Pegawai Imigresen Diburu Terlibat Pemalsuan Dokumen Pekerja Asing
- Pelumba Basikal Negara Terselamat, Pemandu Lori Maut Dalam Nahas Lebuhraya Plus
- Fokus utama Pakatan Sarawak tumbangkan BN dalam PRN
- Tuntut keadilan dianggap jenayah, lebih baik KPN letak jawatan
- MB: Bonus kepada kampung promosi program kemahiran teknikal belia
- Abdul Khalid: “Saya bekerja untuk rakyat dan tunaikan tanggungjawab MB”
- Akhirnya nama Wan Azizah diumum sebagai MB
- Pakar antarabangsa mula siasat MH17
- Kereta api bawa mayat ke Kharkiv
- MAS berisiko dinyahsenarai susulan tragedi
- MH17: Tiga wakil M'sia dalam pasukan penyiasat antarabangsa
- Sidang khas MH17: Tiga wakil PAS sedia berbahas
- Gaza: Israel sahkan dua lagi askarnya maut
- Gaza: 573 gugur syahid termasuk wartawan
- Kotak hitam MH17 diserah pada pakar M'sia
- Rusia enggan komen perjanjian Najib-Borodai
- Wanita dalam video buli didenda RM5,000
Posted: 22 Jul 2014 08:25 AM PDT MH17 Passenger List Netherlands, Malaysia, Indonesia, Canada, Germany, New Zealand, Philippines, Canada, Australia, United Kingdom UK, Belgium : Akhirnya setelah pemeriksaan rapi dilakukan oleh pihak Malaysia Airlines, terkini MH17 Passenger List telah didedahkan kepada anda semua untuk tujuan semakan yang mana senarai penumpang MH17 Malaysia Airlines MAS seramai 298 orang termasuk 15 paramugari, pramugara, dan juruterbang (krew & anak-anak kapal Malaysia Airlines MAS MH17). Walaubagaimanapun….. Walaubagaimamanapun Malaysia Airlines masih lagi mengalami kesukaran sehingga ke hari ini untuk menghubungi semua keluarga mangsa berdasarkan MH17 Passenger List yang telah dikeluarkan sekarang ini. Tetapi, jikalau mana-mana rakan-rakan mangsa penumpang MH17 MAS ataupun ahli keluarga mangsa yang perlukan bantuan dan kemaskini segera berdasarkan tragedi ini boleh terus menghubungi Malaysia Airlines Family Support Center di talian +6013-7884 1234. Atau keluarga atau kawan-kawan terdekat mangsa boleh menghubungi nombor di bawah mengikut negara masing-masing:
Tetapi Berita Semasa perhatikan MH17 Passenger List yang dikongsikan secara rasmi kali ini oleh pihak Malaysia Airlines kali ini terdapat beberapa perbezaan dibandingkan dengan versi senarai nama penumpang MH17 Malaysia Airlines yang telah bocor terlebih dahulu dan dikongsikan sebelum ini : Jadi bagi pendapat Berita Semasa senarai nama penumpang MH17 samada versi rasmi dan versi "bocor" boleh anda gunakan kedua-duanya bagi mendapatkan maklumat dan data yang lebih komprehensif terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dengan tragedi pesawat Mh17 jatuh terhempas di Ukraine – Rusia baru-baru ini. Di bawah ini Berita Semasa kongsikan MH17 Passenger List mengikut negara masing-masing.
MH17 Passenger List : 283 Penumpang & 15 Krew Pesawat MH17
|
[11 GAMBAR] Tol Sunway KESAS Terbakar, Beberapa Kenderaan Turut Musnah Posted: 22 Jul 2014 08:15 AM PDT KELAB GREENBOCGambar kebakaran yang berlaku di plaza tol Sunway – Seafield, KM40.1 Lebuhraya KESAS yang berlaku petang tadi. Sebuah lori yang membawa muatan tanah merah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas kira- kira jam 4 petang tadi. Dalam kejadian itu, dua kenderaan yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori berkenaan termasuk sebuah Estima. Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut berjaya menyelamatkan diri. Pemandu Lori yang melanggar tol berkenaan dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir dua kilometer. Seorang perempuan yang bekerja sebagai petugas tol mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Pusat perubatan Universiti Malaya untuk rawatan. |
Tiga Lemas, Enam Selamat Tongkang Karam Dekat Batam Posted: 22 Jul 2014 08:13 AM PDT SINGAPURA: Tiga orang termasuk seorang warga Singapura dipercayai lemas apabila sebuah tongkang yang didaftarkan di Singapura, Posh Mogami, karam di perairan dua batu nautika timur laut Sekupang, Batam, pada Jumaat. Dua lagi adalah warganegara China dan rakyat Myanmar. Dalam kenyataan pada Ahad, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata sembilan orang berada di dalam tongkang itu ketika insiden itu berlaku pada Jumaat. Tongkang boleh separa tenggelam itu dilaporkan sedang melakukan percubaan untuk masuk ke dalam laut semasa kejadian berlaku. Sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap Posh Mogami, MPA sedang menyiasat punca inisden itu dengan pihak berkuasa berkaitan. |
Pegawai Imigresen Diburu Terlibat Pemalsuan Dokumen Pekerja Asing Posted: 22 Jul 2014 08:07 AM PDT MSTAR ONLINE Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam Ops Levi di sekitar Lembah Klang pada Ahad, suspek berusia 34 tahun, yang beralamat di Seri Kembangan telah menghilangkan diri. Turut diburu, seorang individu awam berusia 39 tahun dipercayai tinggal di Seksyen 15, Shah Alam. "Dalam operasi semalam, kami berjaya menahan lapan lelaki warga tempatan, dua wanita warga Thailand, seorang warga Indonesia bertaraf pemastautin tetap, berusia lingkungan 28 hingga 56 tahun. Abdul Jalil, berkata sindiket menggunakan modus operandi dengan menawarkan perkhidmatan bagi menguruskan permit pekerja asing kepada syarikat-syarikat di sekitar Lembah Klang, Perak, Johor dan Pahang. Katanya, sindiket yang beroperasi sejak setahun lalu bertindak sebagai 'runner' itu telah memperdaya syarikat-syarikat berkenaan setelah menerima bayaran sebelum mengeluarkan dokumen kelulusan palsu. Bagaimanapun, beliau berkata, syarikat-syarikat terbabit hanya menyedari dokumen yang dikemukakan palsu setelah pembayaran levi dibuat bagi tujuan memperbaharui permit pekerja mereka di Jabatan Imigresen. Sejak hujung tahun lepas hingga semalam, sebanyak lapan laporan polis telah dibuat oleh individu dan syarikat yang menjadi mangsa penipuan ini dengan nilai kerugian dianggarkan RM3 juta. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sehubungan itu, polis menasihati syarikat yang ingin menguruskan permit pekerja asing mereka, menggunakan perkhidmatan sah di Jabatan Imigresen bagi mengelakkan penipuan. |
Pelumba Basikal Negara Terselamat, Pemandu Lori Maut Dalam Nahas Lebuhraya Plus Posted: 22 Jul 2014 08:05 AM PDT MSTAR ONLINE Pemandu lori berkenaan, Abas Baharom, 44, bagaimanapun terbunuh di tempat kejadian pada kira-kira 11.30 malam itu setelah mengalami kecederaan serius dan putus betis kanan. Lori 'bonded' 3 tan yang dipandu mangsa dipercayai terbabas ekoran tayar belakangnya pancit lalu terbalik dan melintang di tengah-tengah lebuh raya. "Ketika kejadian saya sedang memandu di lorong tengah dan tidak menyedari sebuah lori terbalik di hadapan berikutan keadaan lebuh raya yang gelap. "Saya tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa setelah dia keluar dari lorinya yang melintang di tengah lebuh raya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi. Ekoran kejadian itu, Muhammad Fauzan, 28, berkata, isterinya Norasikin Omar, 31, turut mengalami kecederaan di muka serta badan, manakala keretanya mengalami kerosakan teruk. "Bagaimanapun saya tidak mengalami sebarang kecederaan dan bersyukur saya dan isterinya terselamat," katanya menambah ketika kejadian dia dan isteri sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pasukan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Melaka. Mohd Fauzan dijadualkan berlepas ke Glasgow, pada Selasa. Sementara itu, di lokasi sama, bahagian kaki mangsa yang terputus itu telah tercampak ke seberang lebuhraya sebelum menembusi cermin hadapan kereta Proton Inspira yang dinaiki Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Risda, Datuk Mohamad Muda yang dalam perjalanan ke Melaka bersama pemandunya, Mat Reeza Mat Jusuh. Menurut Mat Reeza, bahagian kaki yang terputus itu telah mengenai bahu kanan Mohamad dan beliau berjaya mengawal kenderaan daripada terbabas sebelum berhenti di tepi lebuh raya. Mayat mangsa dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat dan menerima rawatan. Ketua Polis Trafik Negeri Supt Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan punca kejadian masih disiasat. |
Fokus utama Pakatan Sarawak tumbangkan BN dalam PRN Posted: 22 Jul 2014 07:57 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat Sarawak menegaskan fokus utama parti itu di Sarawak ketika ini adalah untuk menumbang dan mengalahkan Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Menurut PAS Sarawak, mereka sama sekali tidak akan mengkhianati perjanjian dan agenda bersama Pakatan Rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Buku Jingga. Pesuruhjayanya, Adam Ahid berkata, PAS adalah sebuah parti yang dikenali dengan semangat setiakawan dengan rakan-rakan sejak zaman kerajaan campuran Barisan Nasional pada era 70-an lagi. "PAS tidak pernah keluar atau mengugut rakan-rakannya pada masa itu dan ianya kekal menjadi fakta dan sejarah politik di Malaysia," katanya dalam kenyataan Pejabat PAS Sarawak hari ini. Respon ini sebagai reaksi terhadap resolusi yang dibuat oleh DAP Sarawak melalui Pengerusinya, Chong Chieng Jen yang mengugut untuk keluar dari Pakatan Sarawak jika isu hudud tidak diselesaikan. "Seperti yang semua sedia maklum, Hudud di Kelantan telah diluluskan sebelum kewujudan Pakatan Rakyat. "Hudud di Kelantan hanya akan dilaksanakan di Kelantan, bukannya di Sarawak seperti mana yang dimaklumkan menerusi Resolusi oleh DAP Sarawak semalam, maka semua isu yang dibangkit oleh DAP Sarawak tiada kaitan langsung dengan pemakaian dan perlaksanaannya di Sarawak," jelas Adam, seperti dilapor Harakah Daily. Menurutnya, dari segi demokrasi untuk mewujudkan suatu undang-undang sebagai contohnya Enakmen Hudud di Sarawak memerlukan pindaan perlembagaan negeri di mana 2/3 undi dari kalangan Adun di Sarawak diperlukan. Katanya, dalam hal ini Kelantan termaktub kepada keputusan kerajaan negerinya untuk melaksanakan Hudud di negeri itu dan DAP Sarawak tidak berhak menyoal keputusan tersebut dan ini adalah termaktub dalam kuasa sesebuah kerajaan negeri. "PAS juga tidak pernah menghalang mana-mana penganut agama di Malaysia untuk mengaplikasikan cara hidup beragama masing-masing kerana itu adalah hak dan peruntukan di dalam perlembagaan. Namun, ianya hendaklah melalui proses demokrasi dan sistem berperlembagaan Malaysia," ujar Adam. Katanya, PAS juga tetap konsisten di dalam memperjuangkan hak untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. "PAS Sarawak berharap dan berdoa sempena bulan Ramadhan yang mulia ini agar isu ini dapat diselesaikan dan dibincang secara dalaman agar hubungan dalam Pakatan terus kukuh dan tetap menjadi pilihan rakyat setiap masa," tambah beliau. |
Tuntut keadilan dianggap jenayah, lebih baik KPN letak jawatan Posted: 22 Jul 2014 07:52 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menyiasat Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang di bawah Akta Hasutan 1948 hanya kerana beliau ingin menegakkan keadilan dalam kes kematian Teoh Beng Hock dikecam. Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata, polis akan menyiasat Pensihat DAP berhubung artikel bertajuk 'Malaysians will not rest until justice is done for the killing of Teoh Beng Hock' yang disiarkan di laman The Rocket, 16 Julai lalu. Kit Siang dalam artikel itu berkata, rakyat Malaysia yang cintakan keadilan tidak akan berhenti menuntut keadilan bagi Beng Hock selagi pembunuhnya tidak dibawa ke muka pengadilan. "Apakah kesalahan Kit Siang untuk menyatakan DAP dan Pakatan akan terus memperjuangkan ketidakadilan yang menimpa Beng Hock? "Adakah menegakkan keadilan dan menuntut pembunuh dihukum kini sudah menjadi satu jenayah di Malaysia?" kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan. Katanya, Khalid juga seolah-olah cuba mengalih perhatian terhadap kegagalan polis menjejak pihak yang menyebabkan kematian Beng Hock dengan mengambil tindakan ke atas Kit Siang. "Keluarga mendiang telah menolak sebarang andaian bahawa beliau menyebabkan kematian sendiri. (Maka) Tugas pihak berkuasa, termasuk polis adalah menyelesaikan kes ini dan mencari pembunuhnya. "Jika KPN benar-benar hendak menghukum dan bertindak ke atas Kit Siang kerana memperjuangkan isu ini, lebih baik KPN turut mengambil tindakan kepada seluruh pimpinan DAP, semua 37 Ahli Parlimen, dan 105 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kami yang turut mengambil prinsip yang sama," kata Guan Eng. Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14 bangunan itu. Sehubungan itu, Guan Eng mendesak agar Khalid menjalankan tugasnya yang digariskan undang-undang dengan profesional dan bertanggungjawab. "Beliau patut membuat keputusan, sama ada ingin menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dengan berhenti mengambil tindakan bermotif politik terhadap Kit Siang atau letak sahaja jawatan dan menjadi ahli politik ekstremis jika mahu," kata Guan Eng. |
MB: Bonus kepada kampung promosi program kemahiran teknikal belia Posted: 22 Jul 2014 07:45 AM PDT Oleh: LIZAWATI MADFA SHAH ALAM: Pimpinan komuniti kampung diharap membantu Kerajaan Negeri mempromosikan Program Kemahiran Tektikal Belia Luar Bandar dan menarik penyertaan belia. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sejak dilancarkan program berkenaan sehingga kini masih kurang mendapat sambutan walaupun disertakan dengan tawaran menarik. Oleh itu, katanya, kerjasama pihak ketua kampung dan jawatankuasa kemajuan keselamatan kampung (JKKK) diperlukan dalam membantu menarik penyertaan yang disasarkan. "Kita akan memberi bonus kepada kampung-kampung yang dapat memberi sokongan yang sangat baik dalam program ini. "Program ini sangat penting kerana jika golongan muda terkandas, bagaimana mereka dapat menjamin masa depan negeri. "Sesungguhnya pengangguran belia adalah kerugian yang sangat besar," katanya di hadapan lebih 200 hadirin di sini. Beliau berkata demikian dalam majlis berbuka puasa, Ihya' Ramadan bersama ketua kampung, AJK dan JKKK negeri Selangor yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini semalam. Dalam majlis sama, beliau turut menerima sumbangan RM3,000 bagi pihak Tabung Kemanusiaan Palestin daripada Kesatuan Penghulu Penggawa Selangor. Pada Mac lepas, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2 juta setahun bagi pelaksanaan Program Kemahiran Tektikal Belia Luar Bandar yang mula dilaksanakan pada April tahun ini. Belia yang terpilih akan dihantar mengikuti latihan teknikal dalam jangka masa enam bulan hingga satu tahun dan semua kos latihan termasuk elaun sara hidup akan ditanggung Kerajaan Negeri. Mereka kemudiannya akan ditempatkan untuk bertugas di pangsapuri seliaan Kerajaan Negeri selepas tamat tempoh latihan dan akan menerima gaji minima RM1,500 selain sijil tamat latihan mengikut standard Australia .EZY |
Abdul Khalid: “Saya bekerja untuk rakyat dan tunaikan tanggungjawab MB” Posted: 22 Jul 2014 07:38 AM PDT Oleh: AFIX REDZUAN KUANG: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi kenyataan beliau bahawa penggantian dan pelantikan Menteri Besar perlu mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Bercakap kepada media di Masjid Kampung Sungai Serai Abdul Khalid berkata, perkara ini juga terserah kepada rakyat Selangor. "Walau bagaimanapun saya ingin menyatakan bahawa saya akan menjadi Menteri Besar kalau tidak diganti saya akan teruskan. "Tapi penggantiannya diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor (DNS)," katanya kepada media. Kata Adun Pelabuhan Klang ini lagi, beliau sejak awal lagi teguh dengan pendirian menyertai PKR bagi meneruskan reformasi dan membantu rakyat. Beliau menambah, tugas sebagai Menteri Besar akan diteruskan dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah. "Saya tidak (terasa hati). Ini adalah politik dan saya masuk PKR kerana reformasi. "Saya ingin bekerja untuk rakyat dan saya akan tunaikan tanggungjawab saya sehingga tidak diminta untuk tidak melakukan tanggungjawab tersebut. "Saya juga sangat seronok perkara ini. Boleh jadi tahun akan datang saya dapat berehat dengan cucu-cucu saya," katanya dengan nada bergurau. Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata keputusan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar adalah keputusan PKR dan mereka perlu menghormati PAS Selangor sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat (PR). "Itu keputusan PKR, bukan keputusan Pakatan Rakyat. Bermakna sebarang keputusan kepimpinan negeri adalah dipulangkan kepada PR," katanya. Sebelum ini katanya, PAS Selangor dan Pusat tidak mencapai apa-apa keputusan mengenai pertukaran Abdul Khalid dan Wan Azizah.EZY |
Akhirnya nama Wan Azizah diumum sebagai MB Posted: 21 Jul 2014 11:06 PM PDT SHAH ALAM - PKR menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. PKR mencapai keputusan itu selepas selesai mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lewat malam tadi, lapor sebuah portal. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Wan Azizah yang juga Presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor. "Nama yang dicadangkan adalah Wan Azizah selaku Presiden parti dan saya percayai ia mampu beri gambaran kestabilan kepada PKR dan PR," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam. Laporan itu dipetik, Anwar mengakui mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai isu Menteri Besar Selangor dan keputusan yang diperoleh adalah mengemukakan Wan Azizah sebagai calonnya. "Jadi konsensus tadi (semalam) ialah untuk terus dengan keputusan awal (Langkah Kajang) dengan kemukakan satu nama kepada Majlis Pakatan Rakyat. "Proses itu akan dibawa kepada Majlis Pakatan Rakyat," katanya. Anwar menjelaskan pengumuman tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu di negeri Selangor yang semakin meruncing. "Tapi kita rasa kena ada langkah tambahan untuk selesaikan isu panas dan legakan kegelisahan rakyat dan menarik kembali keyakinan kepada PR," katanya. Anwar bagaimanapun dilaporkan tetap memuji pentadbiran Abdul Khalid yang dilantik menteri besar untuk penggal kedua tetapi menegaskan perubahan perlu dilakukan. "Pertama kita akui, prestasi itu membanggakan dan menghargai jasa Abdul Khalid mentadbir serta banyak rekod yang boleh dibanggakan," katanya. Menurut Anwar, pertemuan malam tadi juga bagi menjelaskan mengenai perkembangan terakhir "Langkah Kajang" yang pada awalnya diambil untuk menukar kepimpinan di Selangor. "Jadi malam ini, kita teruskan pertemuan dengan ahli pimpinan baru, ketua cabang baru serta pemimpin PKR lain. "Kita adakan pertemuan ini bagi beri ruang untuk dapatkan penjelasan dan maklumat terakhir mengenai Langkah Kajang," katanya. Isu Menteri Besar Selangor panas sejak selepas PRU13 dan tidak selesai sehingga kini. Abdul Khalid kehilangan sokongan daripada partinya sendiri selepas dilantik semula menjawat jawatan nombor satu itu untuk penggal kedua. Anwar minggu lepas juga memberi isyarat PKR sudah memiliki pengganti menteri besar baharu. Nama Dr Wan Azizah sebelum ini juga dikatakan akan mengisi jawatan tersebut. Sementara itu, isu jawatan Menteri Besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas PRU13. |
Pakar antarabangsa mula siasat MH17 Posted: 21 Jul 2014 11:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Sekumpulan pakar antarabangsa memulakan siasatan mereka ke atas penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang terhempas, kata laman sesawang rasmi Presiden Ukraine Petro Poroshenko hari ini. Menurut laman itu http://www.president.gov.ua, kerajaan Ukraine membantu memudahkan kerja penyiasatan dan mengarahkan kumpulan pakar antarabangsa itu diberikan kemudahan pesawat presiden. "Pagi ini 14 pakar tiba di Kharkiv dan segera memulakan kerja mereka. Sebuah pesawat khas untuk misi kemanusian juga berlepas dari Netherlands ke Kharkiv membawa tujuh pakar berkaitan, peralatan khas dan keranda," kata laman sesawang itu. Laman sesawang itu berkata, pakar-pakar juga memeriksa foto-foto yang dihantar menggunakan e-mel. "Berdasarkan analisis suruhanjaya penyiasat, adalah disyorkan untuk memberi perhatian terhadap butiran tertentu kapal terbang itu dan merakamkan foto panorama terhadap bahagian yang berlainan pada pesawat berkenaan," katanya. Laman sesawang itu berkata pagi tadi pakar-pakar di tempat kejadian memeriksa dengan teliti dan mendokumenkan serpihan sayap pesawat itu. Kemudian kerja suruhanjaya penyiasat itu tertumpu kepada serpihan dek penerbangan, katanya. Pesawat Malaysia Airlines itu berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 penumpang termasuk 15 anak kapal terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, Khamis lepas. Ia berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari Khamis waktu Netherlands dan dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia.- Bernama |
Kereta api bawa mayat ke Kharkiv Posted: 21 Jul 2014 10:52 PM PDT Ini berdasarkan kenyataan dalam laman sesawang rasmi Presiden Ukraine Petro Poroshenko. "Presiden memerintahkan angkatan bersenjata mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan kereta api itu sehingga tiba ke destinasinya," kata kenyataan itu. Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata enam anggota pasukan khas Malaysia akan menyertai perjalanan kereta api itu. Beliau membayangkan bahawa dari Kharkiv, 282 mayat berkenaan akan diserahkan kepada wakil dari Belanda dan kemudian dibawa ke Amasterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia itu. Terletak di timur laut Ukraine, Kharkiv adalah bandar kedua terbesar negara itu. Pesawat Boeing 777 MAS bersama 298 orang penumpang dan anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh pada Khamis di wilayah Donetsk, di timur Ukraine. – HARAKAHDAILY |
MAS berisiko dinyahsenarai susulan tragedi Posted: 21 Jul 2014 10:46 PM PDT MALAYSIAKINI MH17 Bloomberg hari ini melaporkan kemungkinan Malaysia Airlines (MAS) dinyahsenaraikan susulan kehilangan pesawat MH370 dan nahas MH17. Dua tragedi itu lapor Bloomberg, berkemungkinan besar akan menoktahkan riwayat MAS sebagai syarikat senaraian awam. Lapornya, pilihan yang ada buat MAS sekarang adalah menswastakan syarikat itu sehinggalah kepada mengisytiharkan kebankrapan. Kedua-dua pilihan itu memerlukan MAS dinyahsenaraikan, laporan itu dipetik. Bloomberg turut memetik penganalisis Maybank Mohshin Aziz yang berkata MAS kini tidak punya banyak masa lagi. "Belum pernah ada syarikat penerbangan yang terpaksa mengharungi dua tragedi besar dalam jangka masa empat bulan," katanya. Dagangan saham MAS ditutup pada harga 20 sen semalam. Khazanah yang merupakan syarikat milikan kerajaan, memiliki hampir 65 peratus kepentingan dalam MAS. |
MH17: Tiga wakil M'sia dalam pasukan penyiasat antarabangsa Posted: 21 Jul 2014 10:43 PM PDT Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilapor berkata, dua darinya adalah dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) iaitu Kapten Philip Joseph Selvaraju, 42 dan Mohd Naemy Fahimy Mustapa, 38 manakala seorang lagi ialah Pengarah Kejuruteraan MAS, Azahari Dahlan, 53. Pakar-pakar tersebut dihantar selepas diminta oleh Organisation for Security and Cooperation in Europe (OSCE) yang kini mengetuai pasukan siasatan awal nahas itu. Sebarang perkembangan, mereka akan melaporkan terus kepada Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Difahamkan kesemua mereka telah berlepas ke Kharkiv menggunakan pesawat pada awal pagi tadi waktu Malaysia. Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara pada Khamis. Pesawat malang itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine. - HARAKAHDAILY |
Sidang khas MH17: Tiga wakil PAS sedia berbahas Posted: 21 Jul 2014 10:42 PM PDT Ketua Whip Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kelaziman parlimen hanya memberi peluang tidak kurang dua orang wakil bagi setiap parti untuk berbahas, namun PAS tetap menyediakan tiga nama bagi tujuan tersebut. "Kita tidak dimaklumkan berapa orang wakil yang dibenarkan untuk berbahas untuk setiap parti dan berapa lama masa diperuntukkan sepanjang sidang bermula 10 pagi hingga 5.30 petang itu. "Namun kita menyediakan tiga nama iaitu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar mewakili Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang mewakili Muslimat dan termasuk saya sendiri yang mewakili Presiden PAS yang tidak dapat hadir," jelasnya. Menurut Mahfuz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak dapat hadir kerana faktor kesihatan beliau yang masih belum mengizinkan. Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, isu perbahasan dijangka lebih terfokus kepada insiden membabitkan MH17 termasuk dasar luar dan juga percaturan politik peringkat antarabangsa. "Kita akan tekankan hubungan antara Malaysia-Rusia dan Ukraine, dan apa yang kita perlu lakukan. "Selain itu kita juga akan selitkan isu yang berlaku di Gaza sekarang kerana itu turut membabitkan isu kemanusia sejagat," sambung beliau. Sementara itu, sidang Parlimen Khas bagi membincangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap pesawat MH17 itu akan disiarkan secara langsung di TV1 esok mulai jam 10 pagi. Perkara itu dijelaskan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam satu kenyataan. Pesawat MH17 yang membawa penumpang seramai 283 orang bersama 15 anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu telah terhempas di Donestk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia dipercayai ditembak. - HARAKAHDAILY |
Gaza: Israel sahkan dua lagi askarnya maut Posted: 21 Jul 2014 10:40 PM PDT Jurucakap pasukan tentera rejim itu berkata, kedua-dua mereka terbunuh ketika bertempur dengan sayap kanan Hamas Briged Izzuddin Al-Qassam. Salah seorang mayat askar telah dikenal pasti sebagai Sarjan Oded Ben Sira, 22, dari Nir Etzion. Kenyataan itu menyebut, majlis pengkebumian akan diadakan pada petang Selasa di tanah perkuburan tentera Nir Etzion. Nama askar kedua bagaimanapun belum didedahkan untuk penerbitan. Kematian terbaru itu menjadikan jumlah pegawai dan anggota tentera rejim Zionis yang terbunuh setakat ini kepada 27 orang. Al-Qassam dalam kenyataannya bertegas tidak akan berdiam diri dengan operasi tentera penceroboh yang kini melakukan serangan darat, laut dan udara ke atas penempatan penduduk di Gaza. Sejak tentera rejim melancarkan serangan bermula 7 Julai lalu, seramai 573 orang Palestin gugur syahid manakala 3,400 lagi dilaporkan. Sebahagian besar mereka adalah wanita dan kanak-kanak. - HARAKAHDAILY |
Gaza: 573 gugur syahid termasuk wartawan Posted: 21 Jul 2014 10:38 PM PDT GAZA: Semalam adalah hari ke-15 berturut-turut tentera Zionis Israel melancarkan serangan terhadap penduduk Gaza. Sehingga semalam, jumlah korban terus meningkat kepada 573 orang manakala 3,400 lagi dilaporkan cedera yang sebahagian besarnya adalah wanita dan kanak-kanak. Sementara itu juga, ribuan rumah lagi musnah dalam serangan bom tentera Israel. Semalam juga seorang petugas media Palestin Khaled Hamad terbunuh ditembak tentera Israel. Hamad, 25, yang bekerja untuk syarikat Continue TV, ditembak mati ketika membuat liputan operasi tentera Israel di kejiranan Shujaia di bandar Gaza. Israel juga dikatakan mensasarkan beberapa lagi wartawan tempatan dalam usaha menyekat penyebaran maklumat kekejaman mereka kepada dunia. Wartawan Mahmoud Al-Louh dan jurukamera Kareem Tartouri turut menjadi sasaran Israel apabila mereka diserang semalam. Mahmoud dan Kareem yang berkerja dengan stesen radio Al-Ashab dilaporkan cedera. "Wartawan mesti dibenarkan untuk melaporkan apa yang berlaku dan tidak disasarkan oleh tentera untuk kerja-kerja mereka. "Kami menyeru Israel untuk menghormati hak-hak dan kebebasan media Palestin, " kata Presiden Persekutuan Wartawan Antarabangsa Jim Boumelha. Selain itu, agensi berita antarabangsa CNN turut dilaporkan memanggil balik wartawan mereka, Diana Magnay ekoran tindakan beliau mengutuk Israel. Beliau membuat kenyataan itu di Twitter ekoran melihat penduduk Israel bersorak melihat pembunuhan beramai-ramai ke atas warga Palesti oleh tentera rejim. - HARAKAHDAILY |
Kotak hitam MH17 diserah pada pakar M'sia Posted: 21 Jul 2014 10:33 PM PDT MALAYSIAKINI Pemimpin kanan puak pemisah, Aleksander Borodai, menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada pakar Malaysia awal pagi ini dalam satu sidang akhbar di ibu pejabatnya di Donetsk, lapor Reuters. "Ini dia kotak hitam," kata Borodai dalam bilik yang penuh dengan wartawan. Kolonel Mohamed Sakri dari Majlis Keselamatan Negara Malaysia memberitahu bahawa kedua-dua kotak hitam itu adalah "dalam keadaan baik". Ini adalah sebahagian daripada perjanjian yang dicapai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang diumumkan awal pagi ini, di mana mayat mangsa nahas MH17 akan dihantar ke Belanda. Sementara itu, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte memberitahu sidang akhbar ada hari Isnin bahawa keretapi yang membawa kira-kira 200 beg mayat dalam perjalanan ke Donetsk dan kemudian ke Kharkiv yang dikuasai kerajaan Ukraine, di mana ia akan dibawa ke Belanda untuk dikenal pasti. Penyerahan mayat dan kotak hitam itu, dan laporan penyiasat antarabangsa yang mendapat akses yang lebih baik ke tapak nahas selepas empat hari pesawat MH17 ditembak jatuh, dibuat di tengah-tengah desakan supaya sekatan lebih luas dikenakan terhadap Rusia atas sokongannya kepada pemberontak itu. |
Rusia enggan komen perjanjian Najib-Borodai Posted: 21 Jul 2014 10:27 PM PDT MALAYSIAKINI MH17 Kedutaan Rusia di Malaysia enggan mendedahkan sama ada Moscow membantu mencapai perjanjian antara Putrajaya dan puak pemisah di Ukraine. Duta Rusia, Lyudmila G Vorobyeva ditanya mengenai perjanjian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk, Alexander Borodai. "Ia memang hak (Malaysia) untuk menghubungi sesiapa sahaja yang boleh membantu untuk menyelesaikan situasi dan hubungan ini terbukti membina dan berhasil. "Hasilnya ialah keputusan pemberontak untuk menyerahkan kotak hitam kepada pakar Malaysia," katanya dalam sidang akhbar di kedutaan Rusia di Kuala Lumpur pagi ini. Ditanya apa peranan Rusia dalam perjanjian itu, Vorobyeva, selepas berhenti sejenak, menjawab: "Tiada komen". Najib mengumumkan selepas tengah malam tadi bahawa beliau berhubungan dengan bBarodai dan mencapai perjanjian dengan puak pemisah untuk menyerahkan kotak hitam MH17 yang ditembak jatuh serta mayat penumpangnya. |
Wanita dalam video buli didenda RM5,000 Posted: 21 Jul 2014 10:25 PM PDT MALAYSIAKINI Mahkamah Sesyen Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ke atas Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30, atau Kiki yang bertindak ganas mengetuk sebuah kereta yang bergesel dengan kenderaannya Isnin lalu. Mahkamah juga memerintahkan Kiki menjalani kerja-kerja khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan, lapor Utusan Online. Mahkamah menjatuhkan tersebut selepas tertuduh mengaku salah dan insaf atas kesalahan yang dilakukannya pada 14 Julai lalu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan