Isnin, 21 Julai 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Australia timbang isytihar MH17 angkara pengganas

Posted: 21 Jul 2014 06:11 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Kerajaan Australia sedang mempertimbang mengisytiharkan kejadian menembak pesawat MH1 sebagai angkara pengganas dan memberi laluan kepada keluarga mangsa nahas itu menuntut gantirugi sehingga AU$75,000 (RM224,000), lapor stesen televisyen Australia, ABC.

"Bayaran itu telah diisytiharkan untuk kejadian keganasan termasuk serangan 11 September dan pengeboman di Bali dan London.

"Pegawai-pegawai kanan perisikan telah mengesahkan bahawa mereka sedang mencari maklumat mengenai pilihan itu," kata laporan itu, tanpa menamakan 'pegawai-pegawai perisikan' tersebut.

MH17 diberikan 'laluan terus'

Sementara itu, akhbar Times of India melaporkan bahawa juruterbang pesawat Air India terdengar pengawal trafik udara Ukraine memberi kebenaran kepada MH17 untuk terbang "di laluan terus" dan bukannya mengikut trek zig-zag di antara titik laluan pandu arah.

"Laluan terus menjimatkan bahan api dan masa dan lebih disukai oleh juruterbang. Dalam kes ini, ia terbukti membawa maut," kata seorang pegawai syarikat penerbangan itu yang tidak dinamakan yang disebutkan sebagai berkata dalam laporan semalam, yang menambah bahawa arahan itu diberikan beberapa minit sebelum MH17 ditembak.

Semasa MH17 ditembak, pesawat Boeing 787 Dreamliner yang terbang dari New Delhi ke Birmingham hanya berada 25 kilometres dari MH17 - satu jarak yang boleh dilalui pesawat dalam tempoh 90 saat.

Pengawal trafik udara Ukraine juga meminta penerbangan Air India cuba menghubungi MH17 selepas mereka gagal berbuat demikian.

"Apabila juruterbang itu tahu punca MH17 terhempas, mereka begitu terkejut. Ia seperti orang yang berdiri di sebelah anda terkena peluru tembak curi," sumber itu dilaporkan berkata,sniper, "sumber itu dilaporkan berkata.

Anwar letak penasihat ekonomi S'gor?

Posted: 21 Jul 2014 06:00 AM PDT

MALAYSIAKINI


Spekulasi bertiup kencang bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berhenti sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas isterinya dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail naik sebagai menteri besar.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dijangka bakal dilantik menggantikan Anwar untuk jawatan itu.

Sementara dua lagi pemimpin yang setia kepada Anwar iaitu MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dikatakan akan menjadi penasihat Azizah.

Anwar telah memanggil semua wakil rakyat PKR untuk pertemuan Khas di ibu pejabat PKR malam ini.

Beliau dijangka meyakinkan hadirin untuk menyokong Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjadi MB selama enam tahun.

Wan Azizah dijangka memulakan tugas barunya selepas perayaan Aidilfitri sama ada hujung bulan ini atau awal bulan depan.

Menurut sumber dalaman parti, Rafizi, Johari dan Saifuddin turut menyokong penuh langkah Kajang, yang dikatakan untuk menjatuhkan Khalid.

Anwar yang sepatutnya bertanding di pilihan raya kecil Kajang dan menjadi MB tidak dapat berbuat demikian apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau.

Ini memaksa Wan Azizah bertanding dalam PRK itu.

Pengarah ICAO dan IATA perlu bertanggungjawab ke atas MH17 dan letak jawatan!

Posted: 21 Jul 2014 05:33 AM PDT



Oleh Ng Kee Seng


Menteri Pengangkutan yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai perlu bangun dan menghadapi realiti berkenaan MAS, MH370 dan MH17.

Apabila persoalan sah mengenai keselamatan udara dibangkitkan dan MAS dipersoal, ia tidak bermakna pengkritik mempunyai agenda terselindung selain daripada kebimbangan yang nyata.

Kepada mereka yang cepat untuk menuduh pengkritik tidak sensitif kepada mangsa-mangsa dan keluarga mereka, mereka tidak sepatutnya beranggapan sedemikian.

Jadi bilakah masa yang terbaik untuk mengajukan persoalan? Tidak perlukah soalan ditimbulkan? 
Hanya perlu percayakan pihak berkuasa secara membuta tuli?

Jadi, adakah pengkritik ini berfikir MAS bebas daripada apa-apa kesalahan atau tanggungjawab hanya kerana pesawatnya telah ditembak jatuh?

Hanya menyalahkan penembaknya? Ya, penembaknya berhak untuk masuk neraka kerana membunuh 298 orang yang tidak bersalah di atas pesawat MH17, tetapi adakah semua pihak berkuasa penerbangan antarabangsa dan MAS bak malaikat? Mereka tidak bersalah dalam tragedi ini?

Liow berkata pada taklimat media: "Laluan yang diambil oleh penerbangan MH17 telah diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), dan negara-negara yang ruang udara mereka digunakan.

"Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) juga telah menyatakan bahawa ruang udara yang diseberangi pesawat itu tidak mengalami sekatan."

Liow juga berulang kali berkata yang laluan MH17 telah diluluskan dan dianggap sebagai selamat.
Jika ia selamat, 298 penumpang di atas pesawat MH17 pasti masih hidup hari ini.

Jika ianya selamat, ICAO dan IATA tidak akan menutup laluan itu serta-merta selepas nyawa mereka terkorban.

Sudah tentu ICAO, IATA dan MAS akan terus mendakwa bahawa laluan penerbangan itu selamat, dan semata-mata menyalahkan penembaknya. Jika tidak, mereka akan meletakkan kesalahan di bahu mereka sendiri.

Ini jadinya bila kita mempercayai ketelusan dan kejujuran pihak berkuasa.

Laluan penerbangan itu adalah terlalu dekat dengan zon perang di mana awal minggu ini, dua buah jet tentera Ukranian telah ditembak jatuh oleh pemberontak pemisah pro-Rusia.

Anda menggelar ruang udara ini selamat?

Ya, banyak syarikat penerbangan lain juga terus menggunakan laluan MH17 setiap hari. Adakah ini bermakna bahawa mereka betul? Jika ya, ia seperti mengatakan bahawa mentaliti gerombolan adalah sentiasa betul.

Walau bagaimanapun, apakah penjelasan yang boleh diberikan ICAO, IATA dan MAS mengenai sebilangan kecil syarikat penerbangan yang telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan laluan ini, kerana mereka memilih untuk mengutamakan keselamatan penumpang mereka?

Mereka bersedia untuk menanggung kos tinggi dan masa penerbangan yang lebih panjang demi keselamatan penumpang! Pendek kata, mereka berpandangan jauh untuk menjangka bahaya dan mengurangkan risiko kepada keselamatan penumpang.

Adakah ICAO, IATA dan MAS telah mempertimbangkannya seperti yang dilakukan pengurusan bijaksana syarikat-syarikat penerbangan yang telah mengelakkan laluan penerbangan ini?

Malah, pihak pengurusan bijak syarikat penerbangan ini perlu mengambil alih kepimpinan ICAO dan IATA! Tiada rasa malu dan ketelusan di kalangan pemimpin penerbangan antarabangsa!

Para pemimpin ICAO dan IATA perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan mereka serta-merta!

Jadi Liow, dalam hal MAS, pihak pengurusan jelas perlu berubah.

Kerajaan Malaysia dan MAS perlu bertanggungjawab dan melakukan perubahan.

Mereka perlu melantik pengurusan yang cekap dan telus bagi MAS, yang tahu masa untuk mengambil tindakan berjaga-jaga berkenaan keselamatan penumpang. Bukan hanya mengikut membabi buta dan mengabaikan pertimbangan yang lebih baik.

Sesuatu laluan penerbangan atau ruang udara mungkin telah diluluskan, tetapi ia tidak semestinya bermakna yang ianya selamat untuk dilalui. 298 nyawa terpaksa membayar harga yang mahal bagi menyedarkan ICAO, IATA dan MAS mengenai kebodohan mereka.

Mereka semua terlupa atau mengabaikan realiti dengan mengambil risiko terbang terlalu dekat dengan sebuah zon perang. Itulah realiti tragedi ini.

Cukuplah adanya pemimpin yang hanya pandai berkata-kata mengenai keselamatan dan perlindungan penumpang udara.

Jadi, adakah anda masih berfikir ICAO, IATA dan MAS bebas daripada apa-apa kesalahan atau tanggungjawab ke atas tragedi ini?

Boleh buat solat jenazah ghaib jika perlu

Posted: 21 Jul 2014 04:21 AM PDT

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyampaikan ucapan penggulungan pada Majlis Pelancaran Projek Usahasama dan Seminar Membanteras Penularan Syiah di negeri ini di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama  
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyampaikan ucapan penggulungan pada Majlis Pelancaran Projek Usahasama dan Seminar Membanteras Penularan Syiah di negeri ini di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama


ALOR SETAR - Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, solat jenazah ghaib boleh dilakukan untuk penumpang dan anak kapal MH17 beragama Islam jika mayat mereka tidak dapat dibawa pulang.
 
Beliau berkata, tidak menjadi kesalahan untuk melakukannya kerana sekiranya mayat boleh dibawa pulang pada bila-bila masa selepas ini, ia masih boleh diuruskan seperti biasa.
 
"Kalau rasa macam tidak ada harapan untuk bawa balik jenazah, elok buat solat ghaib dan doakan arwah," katanya ketika diminta mengulas mengenai kesukaran untuk membawa pulang mayat mangsa nahas ke Malaysia bagi diuruskan dengan sempurna.
 
Nahas pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines (MAS) itu melibatkan 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal yang terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.  - Bernama

Bimbang kotak hitam MH17 dikuasai pihak lain

Posted: 21 Jul 2014 04:16 AM PDT

SALMAH MAT HUSAIN



 


KOTA BHARU: Kelantan menuntut kerajaan Malaysia membawa ke muka pengadilan pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah yang membabitkan pesawat Penerbangan Malaysia MH17.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada masa yang sama, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti bertanggungjawab untuk mencari dalang sebenar disebalik insiden itu.

"Kita mencadangkan  sebuah badan bebas penyiasat bebas diadakan segera untuk menyiasat kejadian itu," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengunjungi datuk salah seorang mangsa allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, iaitu Daud Abd Kadir di Melor, dekat sini petang semalam.

Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk bertanya khabar tentang insiden itu.

"Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah kejam menembak pesawat MH17 kerana ia bertentangan dengan agama dan undang undang kemanusiaan," ujarnya.

Pada masa yang sama beliau berkata, kotak hitam mesti diserah kepada kerajaan Malaysia kerana pesawat itu adalah milik kerajaan ini.

"Kotak hitam tidak boleh diambil oleh mana-mana negara kerana ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

"Kita bimbang jika kotak hitam dikuasai oleh pihak lain, segala bukti akan dilenyapkan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua keluarga mangsa bersabar menghadapi ujian yang amat pahit itu.

Sementara itu, Daud berharap jenazah cucunya yang juga pembantu juruterbang berkenaan dapat dibawa pulang serta diuruskannya di sini.

Beliau juga  memberitahu, arwah cucunya pernah melahirkan rasa syukur kerana tragedi yang menimpa MH370 tidak berlaku pada pesawat yang beliau naiki.

"Tapi itulah kehendak Allah, kita tidak boleh mengelaknya. Cuma kami berharap ianya dapat ditangani dengan baik oleh semua pihak," ujarnya. - HARAKAHDAILY

26 peluru berpandu Al-Qassam berjaya tembusi Israel

Posted: 21 Jul 2014 04:14 AM PDT


HARAKAHDAILY


 




JURUSALEM: Sekurang-kurangnya 26 peluru berpandu telah meletup jatuh di kawasan Israel selepas dilancar sayap kanan Hamas, Briged Al-Qassam dari Semenanjung Gaza semalam.

Media Israel menyebut, bedilan roket tersebut bagaimanapun tidak mengorbankan nyawa penduduk negara penceroboh itu setakat ini.

Lebih daripada sembilan roket dilancarkan dari Gaza ke Ashkelon, Netivot dan Beer Sheba di kawasan Israel.

Saluran TV1 Israel sebelum ini melaporkan bahawa sepuluh roket telah ditembak ke selatan Ashkelon Israel.

Tiga roket jatuh di kawasan tidak berpenduduk berhampiran Beer Sheba, kata ketua polis Israel Micky Rosenfeld yang menulis pada akaun Twitter beliau.

Akhbar harian Israel Yedioth Ahronoth melaporkan sebelum ini bahawa tiga roket dilepaskan ke Negev selatan, manakala sebuah roket jatuh di bandar Ovakim selatan.

Kesemua roket-roket itu dilancarkan Al-Qassam sebagai tindak balas mereka terhadap operasi tentera rejim ke atas Gaza sejak 7 Julai lalu.

Sehingga hari ini, lebih 425 penduduk Gaza gugur syahid dibunuh kejam tentera rejim zionis itu manakala 3,008 yang lain cedera. - HARAKAHDAILY

Gaza: Kenapa kerajaan masih jadi rakan dagang Israel?

Posted: 21 Jul 2014 04:12 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenapa Kerajaan Barisan Nasional masih lagi menjadi rakan dagang utama Israel, sebagai rakan dagang ke-15 terbesar pada tahun 2010.

Demikan ditegaskan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput), Wong Chen (Kelana Jaya) dan Charles Santiago (Klang) dalam kenyataan bersama.

Justeru, mereka menggesa Najib mencontohi Chile dengan memutuskan kesemua hubungan perdagangan dengan Israel di samping menjelaskan bagaimana.

Berikut kenyataan penuh mereka.

Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Michael Froman dijangka akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Sebagai Ahli Kokus Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik, kami telah diminta untuk berbincang dengan Froman untuk membincangkan perjanjian tersebut dan perkara-perkara berkait.

Pada masa yang sama, kami berasa amat kecewa dengan keganasan yang berlaku kepada rakyat Palestin di Gaza oleh rejim Zionis Israel pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Lebih mengejutkan lagi, Presiden Obama telah secara jelas menunjukkan sokongan kepada Israel dalam Majlis Iftar di White House pada 14 Julai yang lepas dengan memberikan Ron Dermer, Duta Israel ke Amerika Syarikat peluang untuk berucap dalam majlis tersebut.

Ini diteruskan lagi apabila Obama berucap mempertahankan "hak" Israel untuk "mempertahankan diri" walaupun pada ketika ini lebih daripada 70 peratus daripada kematian yang berlaku di Gaza adalah terdiri daripada wanita dan kanak-kanak menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Ingatan Obama buat Netanyahu untuk bertahan dalam mempertahankan diri sedang Israel membedil Gaza jelas mempamerkan ketidakpedulian beliau dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua di wilayah tersebut.

Sehingga kini, tentera Israel telah membunuh lebih daripada 400 nyawa dan mencederakan lebih 2800. Serangan Israel termasuk 2,602 serangan udara, dengan sejumlah 649 bangunan di bom.

Kira-kira 70 peratus dari Gaza terputus bekalan elektrik, mangsa-mangsa tidak mendapat bekalan air, makanan dan perlindungan yang mencukupi. Dan sedang kita membicarakan isu ini, jumlah mangsa kian meningkat.

Adalah penting untuk kita ingat bahawa sebelum daripada serangan ini, 57 peratus daripada Gaza tidak mempunyai makanan yang mencukupi sementara 80 peratus daripada populasi Gaza bergantung kepada bantuan kewangan. Lebih daripada 90 peratus daripada air di wilayah tersebut tidak selamat untuk diminum.

Rakyat Palestin telah lama menderita akibat pengasingan politik ini, sekarang sedang dibunuh tanpa sebarang kutukan daripada Amerika Syarikat.

Israel tidak mungkin mampu untuk melakukan keganasan ini dan keganasan-keganasan lepas di Gaza sekiranya Amerika Syarikat mengambil posisi yang tegas untuk memastikan keamanan dan keselamatan rakyat Palestin.

Amerika Syarikat bersubahat atas kesengsaraan rakyat Palestin dengan tidak mengambil tindakan dan juga sebagai pembekal utama senjata bagi Israel.

Sehingga kini, Israel telah mencabul sebanyak 79 resolusi PBB yang diluluskan di antara 1948 dan 2009. Walaupun Amerika Syarikat merupakan rakan dagang utama Israel, AS telah gagal untuk mengambil sebarang tindakan punitif ataupun menggantung perdagangan dengan rejim zionis tersebut.

Dengan itu, kami, Ahli Kokus TPPA daripada Pakatan Rakyat akan menggantung sebarang perbincangan dengan sebarang wakil daripada Amerika Syarikat sehingga diberitahu kelak.

Kami juga menyeru Ahli Parlimen Malaysia yang lain untuk mendengar hati nurani mereka dan turut mengambil pendirian yang sama.

Kami menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia untuk menggantung sebarang perbincangan berkenaan TPPA dengan AS sehingga kerajaan AS mengambil tindakan untuk mengutuk dan menghentikan keganasan rejim Zionis ke atas Gaza.

Kami juga menggesa Najib untuk mencontohi Chile dengan memutuskan kesemua hubungan perdagangan dengan Israel.

Kami juga menuntut agar Perdana Menteri menjelaskan kenapa kerajaan Barisan Nasional masih lagi menjadi rakan dagang utama Israel, sebagai rakan dagang ke-15 terbesar pada tahun 2010. - HARAKAHDAILY

Dua kumpulan pengendali teksi haram dipantau

Posted: 21 Jul 2014 04:07 AM PDT

SPAD  
SPAD


JOHOR BAHRU - Dua kumpulan pengendali perkhidmatan teksi yang dipercayai beroperasi secara haram kini dipantau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, sindiket berkenaan beroperasi secara tempahan menggunakan aplikasi dalam talian, perkhidmatan teksi yang menggunakan kenderaan persendirian itu dipercayai dikendalikan oleh sesetengah pihak dari luar negara.
 
"Perkhidmatan teksi yang mereka berikan ini kononnya mengatasi mana-mana sistem dan mendakwa tidak berada di bawah bidang kuasa SPAD.
 
"Kalau mengambil penumpang dan menerima bayaran, ini berada di bawah sistem pengangkutan awam dan tertakluk kepada undang-undang pengangkutan awam darat," katanya kepada pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengusaha Pengangkutan Awam di sini, semalam.
 
Beliau mengingatkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan itu bahawa mereka berdepan risiko tiada perlindungan insurans sekiranya teksi yang mereka naiki itu terlibat dalam kemalangan. - Bernama

MH17: Rusia akan bantu Malaysia

Posted: 21 Jul 2014 04:04 AM PDT

SINAR HARIAN


MH17


KUALA LUMPUR - Rusia akan bekerjasama dengan apa cara yang mungkin untuk membantu kerajaan Malaysia menangani kes pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang terhempas di timur Ukraine.
  
Duta Rusia di Malaysia, Lyudmila G Vorobyeva berkata, negaranya menghargai hasrat kerajaan Malaysia untuk mengetahui bagaimana tragedi dahsyat itu berlaku dan tidak semata-mata menuding jari kepada mana-mana pihak.
  
"Di Rusia, kami berasa amat simpati dengan Malaysia, keluarga mangsa dan mereka yang kehilangan saudara-mara dan orang tersayang. Kami juga amat menghargai pendirian kerajaan Malaysia yang tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menuding jari dan cuba untuk mencari fakta.
  
"Oleh itu, Rusia akan memberi kerjasama kepada kerajaan Malaysia dan kami akan melakukan semua yang yang termampu untuk membantu kerajaan dalam keadaan yang sukar ini," kata beliau kepada Bernama selepas temuramah eksklusif dengan BernamaTV dalam program 'Bernama Today'.
  
Vorobyeva ditemu bual mengenai insiden pesawat Boeing 777-200ER MAS terhempas di kawasan Donetsk di Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur Khamis lepas.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata pada Jumaat bahawa pihak berkuasa Ukraine percaya Penerbangan MH17, yang membawa 298 orang termasuk 15 kru, telah ditembak jatuh.
  
Dalam temuramah dengan BernamaTV, Vorobyeva berkata pada masa ini, kerajaan Rusia sedang berunding dengan beberapa pihak untuk menyediakan langkah-langkah keselamatan di tempat kejadian.
  
"Kami meminta kerajaan Kiev dan pemimpin kawasan (Donetsk) ini memastikan bahawa semua langkah keselamatan dilaksanakan supaya pasukan pakar boleh sampai ke tempat kejadian," kata beliau dan menambah bahawa pengaruh Rusia terbatas memandangkan peswat itu terhempas di wilayah Ukraine.
  
Beliau bagaimanapun berkata penglibatan suruhanjaya antarabangsa yang diketuai Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) amatlah penting bagi menyiasat tragedi itu.
  
"Menurut pemerhati Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OCSE) di tempat kejadian, puak pemberontak memberi kerjasama secara positif dengan menyediakan segala keperluan untuk membolehkan pasukan asing dan antarabangsa memasuki kawasan berkenaan.
  
"Bagaimanapun, yang lain bergantung kepada pihak berkuasa Kiev," kata beliau.
  
Ketika ditanya tentang reaksi Rusia apabila kesalahan dilemparkan oleh masyarakat dunia, Vorobyeva berkata tuduhan tidak harus dibuat sehingga fakta sebenar didedahkan melalui penyiasatan.
  
"Fakta-fakta hanya boleh ditentukan melalui penyiasatan oleh kumpulan pakar antarabangsa. Itulah yang diminta oleh Rusia. Hanya selepas penyiasatan, barulah tuduhan boleh dibuat," katanya.
  
Vorobyeva mendakwa krisis dalaman di Ukraine sekarang berkemungkinan menjadi punca tragedi.
  
Beliau berkata, adalah penting bagi puak-puak bertelagah di Ukraine mencari penyelesaian secara aman seperti ditegaskan Presiden Rusia Vladimir Putin semalam.
    
"Jika perbalahan dan pertumpahan darah pada 28 Jun (antara puak pemisah pro-Rusia dan tentera kerajaan Ukraine dihentikan, tragedi (MH17) tidak akan berlaku," kata beliau.
  
Beliau menegaskan bahawa tragedi itu tidak seharusnya memecah-belahkan rakyat, sebaliknya menyatukan rakyat untuk mencari penyelesaian demi mengelakkan insiden yang serupa daripada berulang.
  
Duta itu juga merakamkan ucapan takzaih kepada keluarga para penumpang pesawat.  - Bernama

Jajaran LPT2 dari Jabor ke Cheneh dibuka hari ini

Posted: 21 Jul 2014 03:58 AM PDT

BERNAMA


 


KUALA LUMPUR: Jajaran projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari persimpangan Jabor sehingga persimpangan Cheneh di Terengganu dibuka kepada awam mulai hari ini bagi memudahkan pengguna pulang berhari raya.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dalam kenyataannya di sini hari ini berkata pembukaan laluan sepanjang 26 kilometer itu juga diharap dapat mengurangkan kesesakan trafik menuju ke pantai timur.
  
"Kerajaan komited dalam menyegerakan penyiapan beberapa jajaran yang masih dalam pembinaan iaitu dari persimpangan Cheneh ke persimpangan Chukai dan dari persimpangan Kerteh ke persimpangan Paka.
  
"Kerajaan yakin bahawa jajaran ini dapat dibuka secara berperingkat sebelum penghujung September ini," katanya.
  
Katanya LPT2 sepanjang 184km merupakan satu daripada projek infrastruktur berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat dan negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.
  
LPT2 mula dibuka kepada orang ramai pada 22 Ogos 2011, dan sehingga 25 Jan 2014, kerajaan telahpun membuka sebahagian jajaran sejauh 104km dari persimpangan Kuala Terengganu ke persimpangan Paka. - Bernama

Briged Al-Qassam berjaya tawan askar rejim Israel

Posted: 21 Jul 2014 03:57 AM PDT

HARAKAHDAILY 



 


GAZA: Sayap kanan Hamas Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya menawan seorang tentera zionis semasa pertempuran dengan tentera rejim itu di Semenanjung Gaza.

"Briged Qassam berjaya menahan askar Israel Shaul Harun sebagai tebusan dalam pertempuran di Gaza," kata jurucakap briged itu Abu Ubaidah, ketika muncul dalam siaran sebuah televisyen.

Jurucakap briged juga menyebut nombor kad tentera askar berkenaan.

Sementara itu, beribu-ribu rakyat Palestin, turun ke jalan untuk meraikan keupayaan briged Al-Qassam menawan tebusan askar Israel itu.

Israel secara rasmi belum mengulas mengenai tuntutan Al-Qassam itu lagi.

Sejak 7 Julai, rejim Israel telah menyerang Semenanjung Gaza dengan bom udara dan meriam tentera laut.

Ia dikuatkan lagi dengan serangan darat yang dimulakan pada Khamis lalu.

Operasi serangan itu telah mengorbankan 425 penduduk Gaza dan 3008 yang lain cedera setakat ini.

Majoriti mereka yang syahid itu adalah orang awam yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak-kanak. - HARAKAHDAILY

MH17 dan ‘Kiki CDM 25’

Posted: 20 Jul 2014 10:14 PM PDT





Oleh Amin Iskandar


Tiada yang lebih menyedihkan bagi negara daripada berita tentang penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 - dikatakan ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.

Apa lagi apabila peristiwa malang itu berlaku pada ketika umat Islam menjalani ibadah Ramadan dan akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Siapa yang dapat menyangka pesawat Malaysia yang membawa 298 penumpang dan anak kapal "dilibatkan" dalam konflik kuasa-kuasa besar dunia.
Pada ketika ini seharusnya, rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang politik dan kepercayaan bersatu sebagai rakyat satu negara dalam berdepan dengan tragedi malang menimpa MH17.

Tetapi pada masa sama masih ada sesetengah pihak jahil cuba mengambil kesempatan politik dengan menyalahkan syarikat penerbangan negara dan pihak berkuasa di atas apa yang berlaku.

Kita harus ingat, laluan penerbangan MH17 disahkan selamat di atas 10,000 meter dan pesawat MAS itu tidak terbang di ruang udara yang terlarang sepertimana penilaian awal Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Mencari kesalahan memang mudah berbanding memberi bantuan bagi meringankan beban pihak berkuasa, syarikat penerbangan dan ahli keluarga mangsa.

Siapa pun yang memerintah negara ini sudah tentu tidak menyangka MH17 akan ditembak apabila melalui kawasan udara Ukraine sepertimana tidak menyangka MH370 hilang pada 8 Mac lalu.

Sudah tentu menteri pengangkutan baru seperti Datuk Seri Liow Tiong Lai akan "terkujat" menjawab soalan daripada ratusan wartawan seluruh dunia seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika berdepan dengan krisis kehilangan MH370.

Rabu depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang Parlimen tergempar mengenai tragedi malang MH17 dan inilah peluang bagi ahli politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan mereka mampu bersatu dalam isu melibatkan negara.

Takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal terlibat, semoga solidariti yang diberikan rakyat Malaysia dan rakyat dunia dapat mengubati kesedihan dialami.

Keganasan Kiki

Jika insiden malang tidak menimpa MH17, sudah tentu negara masih membincangkan tentang keganasan seorang wanita bernama Siti Fairrah Ashykin @ Kiki yang memandu kereta Peugeot dengan nombor pendaftaran CDM 25 terhadap seorang pemandu tua apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kuantan, Pahang.

Rakaman video keganasan wanita Melayu yang menggunakan pengunci stereng itu tersebar luas sehingga menerima kutukan luas dan dijadikan bahan lawak pengguna media sosial negara.

Sebagai negara yang mempunyai majoriti penduduk Melayu beragama  Islam kita seharusnya membincangkan bagaimana Kiki boleh bertindak sedemikian pada ketika kebanyakan sistem pendidikan negara dan rancangan televisyen berunsur keislaman dan sering membincangkan mengenai kehidupan selepas mati.

Mengapa wanita bertudung seperti Kiki ganas dan bersikap perkauman dan menghina lelaki tua itu semata-mata kerana beliau berketurunan Cina?

Apakah ini yang diajarkan sistem pendidikan negara? Apakah tindakan Kiki "halal" semata-mata kerana beliau berpuasa?

Sebaliknya Sim Siak Heong - seorang Cina, beragama Katolik, pesara kerajaan yang terlanggar kereta Kiki berjaya "memukau" pengguna media sosial kerana kesabaran dan ketenangannya serta berjiwa besar dengan memaafkan wanita itu selepas diganasi.

Tetapi malangnya, stesen radio dan televisyen memberikan publisiti kepada Kiki dan mengangkatnya sebagai "selebriti" walaupun tindakan wanita itu cukup memalukan.

Apakah yang cuba dibuktikan? Apakah stesen radio dan televisyen kita mahu rakyat Malaysia mencontohi tindakan ganas Kiki itu apabila berdepan dengan kemalangan jalan raya?

Jika dilihat komen di laman Facebook Era FM ramai yang kecewa dengan tindakan stesen radio itu menjemput pembuli jalan raya seperti Kiki.

Seharusnya Uncle Sim yang dipanggil untuk menceritakan pengalaman negeri dilaluinya dan bagaimana beliau begitu berbesar hati memaafkan wanita Melayu-Islam kurang ajar itu.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia mencontohi kebaikan Uncle Sim berbanding keganasan Kiki.

Dua Pesawat Hercules C130 Bawa Balik Mayat Mangsa MH17

Posted: 20 Jul 2014 10:07 PM PDT

Hercules C130 (gambar fail).

 MSTAR ONLINE
 
 
ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)menyediakan dua pesawat jenis Hercules C130 untuk membawa balik mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata pesawat itu turut digunakan untuk membawa anggota tambahan TUDM ke Ukraine bagi membantu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).

"Pesawat ini kita siap sedia dan akan digunakan sekiranya diperlukan untuk melaksanakan tugas," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Panglima ATM Bersama Warga TUDM dan Kolej TUDM di Kepala Batas dekat sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan menambah 30 lagi anggota TUDM untuk membantu pasukan penyelamat yang telah berlepas ke Ukraine sebelum ini dengan 10 anggota perubatan.

Katanya pihaknya turut menghantar dua anggota dari Kor Agama ATM bagi membantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menguruskan jenazah penumpang beragama Islam.

Pada majlis tersebut Zulkifeli turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota TUDM yang menghadapi penyakit kronik dan anak warga TUDM yang sakit kronik.

MH17: Kami Temui Kotak Hitam - Pemimpin Puak Pemisah

Posted: 20 Jul 2014 10:03 PM PDT

MSTAR ONLNE
 
 
Seorang lelaki didakwa memegang kotak hitam pesawat MH17 yang ditemui tapak nahas pesawat Malaysia Airlines itu terhempas. - Foto NBC.
 
 
 
DONETSK, Ukraine: Puak pemisah Pro-Rusia di timur Ukraine menemui objek yang didakwa kotak hitam milik pesawat Malaysian Airline MH17 yang terhempas dan kumpulan tersebut bersedia untuk menyerahkannya kepada pasukan penyiasat antarabangsa. 

"Serpihan daripada pesawat yang dilihat seperti kotak hitam ditemui di tapak nahas," kata Alexander Borodai, yang mendakwa dirinya sebagai perdana menteri Republik Donestk sambil menambah mereka akan memberikan barangan berkenaan kepada pakar antarabangsa yang dilantik sebaik sahaja mereka tiba.

Borodai berkata mayat yang dialihkan daripada tapak nahas akan disimpan di dalam peti sejuk dalam gerabak kereta api yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian sehinggalah pasukan yang terdiri daripada pakar tiba.

"Kami tidak boleh menunggu lebih lama, kerana cuaca panas dan terlalu banyak anjing dan binatang buas di kawasan tersebut," katanya.

Dr Salma, Doktor Wanita Melayu Pertama Meninggal Dunia

Posted: 20 Jul 2014 10:01 PM PDT




MSTAR ONLINE


Dr Salma Ismail
Dr Salma Ismail.
 
KUALA LUMPUR: Wanita Melayu pertama yang memperoleh kelayakan doktor perubatan, Tan Sri Dr Salma Ismail, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai di sini pada 6.15 petang Ahad.

Allahyarhamah, yang berusia 95 tahun, meninggalkan dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan enam cucu.

Anak sulungnya, Tan Sri Dr Ridzwan Abu Bakar, 64, berkata ibunya dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat sesak nafas.

Jenazah akan disempurnakan di No. 6, Jalan Mesra, Off Jalan Aman di sini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sebelum Zohor, kata Dr Ridzwan ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini malam Ahad.

Allahyarhamah menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama memperoleh kelayakan sebagai doktor pada 1949.

Anak kelahiran Alor Setar itu antara lain pernah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Kedah dan Selangor pada tahun 1950-an dan 60-an.

Dr Salma dianugerah darjah Panglima Setia Mahkota pada 1997 yang membawa gelaran Tan Sri.

"Sebagai seorang wanita dan doktor, beliau hidup dengan prinsip, mempunyai keyakinan pada diri sendiri, jujur, jangan bercakap buruk tentang orang lain dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan," kata Dr Ridzwan mengenai ibunya

Nahas MH17: 20 Keluarga Maut Sekaligus

Posted: 20 Jul 2014 09:55 PM PDT

MSTAR ONLINE


Bangkai pesawat MH17 antara yang dilihat ladang bunga matahari di Ukraine. Foto AFP
 
 
PETALING JAYA:Kisah senarai penumpang MH17 begitu menyayat hati apabila lebih 20 keluarga maut dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis lalu.

Dua keluarga enam beranak berasal dari Belanda dan Malaysia antara mangsa nahas itu, manakala terdapat keluarga yang mempunyai lima, empat dan tiga ahli yang turut maut.

Kebanyakan mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak, sekurang-kurangnya 20 daripada mereka berusia di bawah 12 tahun.

Sejumlah remaja turut maut bersama pasangan yang kembali dari bercuti malah ada yang baharu sahaja menaiki pesawat itu bagi memulakan percutian.

Jinte Wals, 15, begitu teruja dengan rancangan percutian di Malaysia, dengan menulisnya di Twitter mengenai perkara itu sejam sebelum penerbangannya berlepas dari Amsterdam.

Dia meninggal dunia bersama bapanya Jeroen yang gemar berbasikal, ibunya Nicole, dan adik-beradik Brett, 17, Amel, 12, dan Solenn yang berusia sembilan tahun.

"Over uurtje in t vliegtuig naar Maleisiƫ ! (Saya akan berada di udara untuk ke Malaysia dalam sejam lagi!)," katanya di Twitter pada Khamis, yang merupakan tulisan Twitternya buat kali terakhir.
Keluarga Wals berasal dari sebuah pekan kecil Neerkant di Belanda.

Jiran-jiran yang tinggal berhampiran dengan keluarga itu memberitahu sebuah akhbar Belanda, Algemeen Dagblad bahawa mereka tidak mempercayai keluarga enam beranak itu maut dalam nahas itu.

"Ia amat mendukacitakan. Kami tidak dapat lagi melihat Jeroen berbasikal bersama anak perempuannya," kata Nel dan Ton Winkelmolen kepada akhbar harian itu.

Mereka yang lain turut terbunuh ialah keluarga dari Malaysia, Tambi Jiee, bersama isterinya, Ariza Ghazalee, 47, dan empat anak mereka iaitu Mohd Afif (19), Mohd Afzal (17), Marsha Azmeena (15), dan Mohd Afruz (13), mahu pulang ke tanah air selepas tiga tahun berada di Kazakhstan.

Keluarga lima beranak yang maut termasuk warga Belanda, Johannes van den Hende, bersama isterinya rakyat Malaysia, Shaliza Dewa dan anak-anak mereka, Piers (15), Marnix (12) dan Margaux (lapan).

Keluarga itu dalam penerbangan pulang ke kediaman mereka di Melborune selepas bercuti.

Peguam, John Allen, dan isterinya warga Belanda, Sandra Martens dan anak lelakinya, Christopher (16), Julian (14) dan Ian (lapan) dilaporkan dalam perjalanan untuk bercuti di Indonesia.

Percutian itu diakhiri dengan tragedi selepas pesawat MH17 terhempas di ladang bunga matahari di Grabovo, Ukraine.

Charles Smallenburg dari Hilversum, dan isterinya, Therese, bersama anak perempuan mereka, Carlijn dan anak lelakinya, Werther maut dalam nahas itu dalam perjalanan mereka ke Malaysia untuk bercuti sempena musim panas.

Robert Van Keulen, dan isterinya, Caroline, dan kedua-dua anak lelaki mereka, Allard (16) dan Joroen (15) dalam perjalanan ke Borneo, yang akan bermalam di Kuala Lumpur terlebih dahulu.

Antara lain yang turut dalam perjalanan ke Borneo ialah Peter Essers, bersama isterinya, Jolette Nuesink, dan anak-anaknya, Emma (20) dan Valentijn (17).

Pasport milik Nuesink merupakan yang pertama ditemui di lokasi nahas dan gambarnya tersebar meluas di Internet.

Ramai lagi keluarga turut maut dalam tragedi itu, termasuk warga Belanda Paul Goes yang bekerja di Shah Alam, bersama isterinya rakyat Malaysia, Shuba Jaya dan anak perempuan mereka, Kaela yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran kedua tidak lama lagi.

Emile van Muijlwijk yang bertugas sebagai pengurus logistik di Singapura maut bersama isterinya warga Indonesia, Vickiline Kardia dan anak perempuan mereka, Adinda.

Johnny Paulissen, isterinya, Yuli Hastini dan anak-anak mereka, Martin (lima) dan Sri (tiga) turut terbunuh. Ini termasuk pasangan Oscar Kotte dan Miranda bersama anak lelaki mereka, Remco yang berusia enam tahun.

Antara lain yang turut terbunuh adalah tiga beradik Maslin, Mo (12), Evie (10) dan Otis (lapan) yang dalam perjalanan pulang dari Amsterdam ke Perth bersama datuk mereka, Nicoll Norris.

Media Belanda, Thuis In het Nieuws melaporkan bahawa tujuh dari dua keluarga di bandar Rosmalen di selatan Belanda maut dalam nahas itu. Kedua-dua keluarga itu merupakan rakan rapat.

Leon Wels dan isterinya Conny (Cornelia) dilaporkan menaiki pesawat itu bersama anak lelaki mereka, Sem yang berusia 10 tahun manakala Remco Trugg dan isterinya, Yvonne bersama kedua-dua anak perempuan mereka, Tess (10) dan Liv (tujuh) juga merupakan antara keluarga yang terbunuh dalam nahas MH17.

Penghalang sebenar penukaran Khalid Ibrahim

Posted: 20 Jul 2014 09:38 PM PDT



Oleh Timmy Say


Akhirnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kehilangan sokongan terpenting sebagai seorang ahli politik PKR yang dipilih menjawat jawatan Menteri Besar Selangor apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kepada media bahawa PKR bersetuju menukarkan Khalid dengan orang lain.

Jika PKR berkuasa penuh untuk menentukan siapa pengganti Khalid, sudah tentu perkara ini lebih mudah bagi mudah.

Tapi, menukar Khalid yang imejnya hanya sekadar dicalarkan tohmahan-tohmahan yang masih tidak dibuktikan bukan mudah.


Selepas PKR, Anwar memerlukan empat sokongan lagi yang selari iaitu, DAP, PAS, istana dan Khalid sendiri.

Rasanya, Anwar boleh menyelesaikan masalah yang pertama iaitu mendapat persetujuan kesemuanya bahawa Khalid perlu ditukar.

Yang rumitnya ialah soalan – apakah Khalid akan akur dan meletak jawatan dan Khalid perlu ditukar dengan siapa?

Dr Wan Azizah?

Melihat daripada pemilihan PKR sendiri di mana kerjasama Nurul Izzah Anwar-Rafizi Ramli-Saifuddin Nasution yang dilihat mendapat sokongan penuh Anwar gagal menguasai pemilihan daripada pasukan Mohamed Azmin Ali, Anwar sudah tentunya ingin isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR menjadi Menteri Besar Selangor berbanding Azmin.

Risikonya ialah Dr Wan Azizah mungkin akan mengalami nasib seperti Shahidan Kassim dan Idris Jusoh, di mana majlis sumpah di istana dilengah-lengahkan kerana pihak istana tidak bersetuju untuk seorang wanita menjadi menteri besar.

Ketika itu, pertembungan dengan istana akan berlaku, dan Dr Wan Azizah adalah mangsanya. PKR sudah cukup dihujani masalah seperti Malaysia Airlines, perlukah mereka menambah masalah dengan penolakan terhadap presiden mereka untuk menjadi menteri besar?

Kesian Dr Wan Azizah yang terpaksa memikul satu demi satu amanah berat parti sejak penubuhan PKR. Mungkin beliau sendiri pun tidak rela, tapi apakah daya kerana suaminya turut ditimpa masalah demi masalah sejak 1998.

Azmin Ali?

Gerakan 'Asal Bukan Khalid' menguntungkan Azmin. Ada yang kini rela Azmin menjadi menteri besar Selangor meskipun satu dahulu kala dulu, merekalah penentang kuat perkara ini berlaku.

Ini bukan kerana Azmin berubah tapi kerana status Khalid menjunam teruk, bukan di kalangan rakyat, tapi di kalangan mereka yang terpaksa bekerja dengannya setiap hari.

Bagi Azmin, asalkan Khalid tidak menjadi menteri besar, ia sudah adalah satu kemenangan meskipun Dr Wan Azizah yang menjadi menteri besar.

Kemenangannya ke atas Khalid di pertembungan kerusi timbalan presiden PKR sudah cukup untuk beliau berpengaruh ke atas keputusan kerajaan negeri asalkan Khalid tidak lagi berada di situ.

Berbanding Dr Wan Azizah, peluang istana untuk menerima Azmin lebih tinggi meskipun beliau tidak dilantik sebagai exco selepas kemenangan di PRU13.

Calon pilihan Khalid?

Akan tetapi, Azmin belum tentu selamat sekiranya Khalid melancarkan serangan balas sebagai perang terakhirnya sebelum mengosongkan kerusi menteri besar.

Apakah Khalid akan mendedahkan salahlaku musuh-musuh politiknya sebelum tamatnya karier politik beliau?

Memandangkan PKR sendiri tidak mahu beliau terus menjadi menteri besar, apakah Khalid akan mencadangkan kepada istana penggantinya juga dari PKR? Susah dibayangkan.

Apakah syarat-syarat yang bakal Khalid kemukakan untuk perletakan jawatan beliau?

Apakah syarat-syarat yang melibatkan Azmin, yang selama ini ditentangnya habis-habisan? Apakah Anwar akan setuju?

Bayangkan juga jika Khalid memberitahu Anwar, "Saya tak akan letak jawatan. Kalau nak saya turun, buat ikut perlembagaan – undi tak percaya di DUN."

Apakah Anwar akan mengambil risiko tersebut, yang besar kemungkinan berakhir dengan pembubaran DUN Selangor?

Penutup

Anwar sebenarnya tidak perlu berbincang dengan PAS dan DAP mengenai penukaran Khalid sehinggalah beliau sendiri dapat mencapai persetujuan dengan Khalid.

Susah juga nak jawab jika Khalid bertanya soalan ini kepada Anwar: "Apa kesalahan saya?"

Jika Anwar membalas dengan isu kitab Bible bahasa Melayu, Lebuh Raya Kidex, loji air Langat 2, masalah hutang dengan Bank Islam dan cubaan meluluskan projek yang melibatkan kepentingan
Umno, Khalid bakal bertanya soalan yang lebih susah dijawab, "Kalau kamu jadi menteri sesar, kamu akan buat apa? Apa bukti kamu bahawa saya mengkhianati negeri dan Pakatan Rakyat?"

Khalid akan berani tanya soalan sebegini kerana beliau seorang yang melakukan setiap perkara dengan cermat dan berpandukan undang-undang.

Yang pasti, Khalid bukan Ahmad Said, yang ada rekod-rekod buruk untuk memaksa beliau berundur dan mendengar cakap.

Sebab itu, bukan mudah untuk menukar Khalid, meskipun Anwar pendesaknya.

Penghalang sebenar penukaran ini bukanlah PAS mahupun presiden PAS sebagaimana dakwaan pemimpin kanan PKR, tapi kesukaran PKR mendapat kerjasama Khalid untuk berundur secara terhormat.

Ini diburukkan cara melampau yang mereka gunakan untuk menyingkirkan Khalid sehingga hari ini, kesilapan bermain catur di Langkah Kajang dan strategi pemilihan parti yang gagal. -

Guan Eng cadang Hisham dihantar ke Rusia

Posted: 20 Jul 2014 04:41 PM PDT

 


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencadangkan Malaysia menghantar menteri ke Rusia selain Ukraine untuk membantu memudahkan penyiasatan nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lepas.

Beliau berkata Malaysia boleh menghantar Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (bawah) ke Moscow atau Hishammuddin boleh mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya tak nampak pun mana-mana menteri pergi ke Rusia. Oleh kerana (Menteri Pengangkutan Datuk Seri) Liow Tiong Lai telah pergi ke Ukraine, kenapa Hishammuddin tidak pergi ke Rusia, kerana anda perlukan (bantuan) kedua-dua negara. Jika Ukraine kata ya, tetapi Rusia tidak berikan respons, (ia) juga
tidak guna.

"Rusia lebih penting kerana Rusia mempunyai pengaruh di rantau itu. Rusia sebuah negara kuasa besar. Kita patut beri penghormatan kepadanya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif berjumlah RM182,100 untuk diagihkan kepada 607 pemandu pemandu teksi dan kereta sewa (Bahagian Seberang Perai).

Insentif itu disampaikan kepada Yang Dipertua Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Pulau Pinang Abd Malek Darus Abd Malek Darus di Dewan Datuk Ahmad Badawi di Butterworth.

MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Ukraine yang sedang bergolak. Pesawat itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh. Lokasi pesawat itu terhempas terletak di kawasan pasukan tentera Ukraine yang sedang berjuang menentang kumpulan pemberontak pro-Rusia.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama-sama enam delegasi berlepas ke Ukraine. Delegasi itu akan transit di Amsterdam dalam perjalanan ke Kiev dan dijangka tiba hari ini pada pukul 1 tengah hari (waktu Ukraine).

Ditanya sama ada beliau akan mengemukakan usul berhubung cadangan itu pada sidang Parlimen tergempar pada Rabu ini, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, "Apa yang kami mahukan ialah kita bersatu dan bersama-sama menghadapinya. Kami bukan mahu mendapat pujian untuk itu. Kami hanya membuat gesaan secara ikhlas." Bernama

PM tak tidur malam selepas insiden MH17

Posted: 20 Jul 2014 04:37 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu beliau tidak dapat tidur malam ekoran nahas mengejutkan melibatkan pesawat

 Beliau terpaksa menghubungi pemimpun dunia ekoran nahas melibatkan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) itu.

"Ini dua malam berturut-turut tidak tidur malam. Sebab apa? Sebab saya dihubungi pemimpim dunia dan pihak-pihak lain," katanya yang kelihatan lesu dalam sebuah acara berbuka puasa di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurutnya, beliau menyatakan pendiriannya kepada pihak terbabit supaya mangsa dibawa keluar daripada tapak nahas dalam masa terdekat.

"Kita tak boleh biarkan keadaan di mana mereka boleh dibawa sesiapa sahaja, (atau) diletak di tempat yang kita tidak ketahui," katanya.

Selepas pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh pada Khamis, Ukraine dan Amerika Syarikat mendakwa ia ditembak oleh peluru berpandu.

Malaysia enggan mengeahkan perkara ini atas alasan siasatan masih berjalan.

Amaran angin kencang di Sabah berikutan Taufan Matmo

Posted: 20 Jul 2014 04:35 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan hari ini berikutan Taufan Matmo yang dikesan kira-kira 1,487 kilometer ke timur laut Sandakan, Sabah pada jam 5 pagi tadi. 
 
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan satu kenyataan bahawa taufan itu dikesan pada Latitud 12.1 U dan Longitud 130.0 T dan bergerak ke arah barat laut dengan perlahan. 
 
Berikutan itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di perairan Palawan, Reef North, Condore, Kudat dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Khamis. 
 
Sementara itu, kawasan perairan Perlis dan Kedah juga dijangka mengalami keadaan yang sama manakala di kawasan perairan Phuket, angin kencang dijangka berterusan sehingga esok. 
 
Menurut kenyataan itu, ribut petir yang berlaku di perairan Sandakan, Sabah juga dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini. 
 
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. 

Usaha ganti Khalid Ibrahim tidak mudah - Aidit Ghazali

Posted: 20 Jul 2014 04:33 PM PDT

Oleh Nur Shakira Buang
 
 
Post Pic

 
 
KOTA DAMANSARA: Usaha untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tidak semudah dengan hanya mendapatkan konsensus daripada parti kompenan Pakatan Rakyat, kata Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali.
 
Malah, Aidit berkata isu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan berjaya jika gerakan itu hanya dilihat daripada perspektif 'pertimbangan politik' semata-mata. 
 
Ini kerana, pada akhirnya Pakatan Rakyat perlukan perkenan Sultan Sultan Selangor untuk tujuan itu, ujar Aidit.
 
"Saya rasa isu siapa yang jadi MB Selangor ini ialah satu isu yang tak boleh semata-mata dilihat dalam lingkungan pertimbangan politik sebab ada banyak lagi faktor-faktor lain. Antara yang terpenting siapa yang Tuanku Sultan perkenan," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.
 
"Soal mereka gagal menadapat konsensus, walaupun mendapatkan konsensus itu bukan beerti bahawa mereka sudah berjaya untuk memajukan mana-mana pihak lain untuk menggantikan Khalid. Balik kepada Tuanku Sultan mesti dapat kepastikan, betulke majoriti dikalangan ADUN dalam DUN nak kepada sekian-sekian orang untuk menjadi MB," katanya.
 
Tambahnya, ia tidak setakat itu sahaja calon yang dikemukakan juga haruslah memenuhi kretiria-kretiria yang wujud dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
 
"Itu pun bila dapat calon nak kena semak pada kretiria-kretiria yang wujud dalam Undang-undang Tubuh Selangor.Perkara-perkara yang akan menyusahkan mereka ini puak-puak dikalangan pemimpin PR ini mereka sengaja saja nak melepaskan pandang atau pun nak sembunyikan,"ujar.
 
Katanya lagi, jika benar Pakatan Rakyat sudah benar-benar sepakat mahu menggantikan Khalid pihaknya perlu membuat usul undi tak percaya.
 
Bagaimanapun Aidit berkata beliau yakin Pakatan Rakyat tidak akan berbuat demikian ekoran gagasan itu gemar membuat sesuatu mengikut jalan belakang.
 
"Ia tidak semudah itu dan kalau betul katakan PR tidak mahu pada Khalid sebagai MB ikutlah prosuder untuk membuat undi tidak percaya tetapi mengapa mereka tidak buat ikut undi tidak percaya sebab mereka juga sedar bahawa BN melalui Umno ada 12 ADUN disitu. Jadi mereka akan cuba nak cari jalan belakang supaya nak menyingkirkan Khalid.
 
Gerakan mahu menjatuhkan Khalid bukan lagi rahsia. Beberapa pemimpin PKR sebelum ini lantang menuntut agar ADUN Pelabuhan Klang itu digantikan sementelah beliau terlalu kerap membelakangkan parti dalam pengurusan negeri.
 
Kedudukan Khalid semakin goyah apabila beberapa pemimpin PAS dan DAP kini secara terang-terangan menolak beliau.
 
Namun, menurut Aidit apa yang berlaku kini hanyalah kedangkalan-kedangkalan yang merugikan gagasan itu sendiri.
 
"Jadi, ini adalah kedangkalan-kedangkalan yang kini merugikan diri mereka sendiri," jelasnya.
 
"Tapi orang macam saya dan ramai lagi kita memang mahir dengan undang-undang tubuh dan enakman jadi kita tahu dimana yang wujud kelompangan-kelompangan yang dipihak PR sengaja tidak mahu mengakui wujud sebagai penghalang kepada agenda mereka," katanya.
 
Sehubungan itu, beliau mahu Pakatan Rakyat tidak mensia-siakan peluang kedua yang diamanahkan rakyat dalam mengurus tadbir negeri ini dengan sebaik mungkin sekali gus membuktikan bahawa mereka lebih baik daripada kerajaan sebelum ini seperti yang diuar-uarkan.
 

Kenapa harus terbang di ruang udara zon perang?

Posted: 20 Jul 2014 04:21 PM PDT

Alasan syarikat penerbangan lain juga terbang di ruang udara Ukraine tidak boleh di terima kerana keselamatan kita adalah tanggungjawab kita


SEREMBAN – Susulan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara pada hari Khamis lalu, orang ramai mempersoalkan mengapa syarikat penerbangan nasional itu memilih untuk terbang di zon ruang udara wilayah yang sememangnya diketahui sedang bergolak.

FMT membuat tinjauan di bandar Seremban dan cuba mendapatkan reaksi orang ramai berhubung kejadian yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal MH17.

Khairul NizamKhairul Nizam Kassim, 44, bertanya kenapa MAS ambil risiko dan merentasi zon perang.

"Walaupun menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh dan MAS akan rugi dari segi kos penerbangan, tetapi ia akan menjamin keselamatan penumpang.

"Sekarang siapa yang mahu dipertanggungjawabkan? Tiada ada sesiapa yang mahu mengaku menembak MH17.

"Bukankah pencegahan lebih baik?

"Pada bulan April, International Civil Aviation Organisation, telah menasihatkan agar syarikat penerbangan mempertimbangkan laluan alternatif selepas mengenalpasti kemungkinan wujudnya risiko yang serius kepada keselamatan penerbangan awam antarabangsa.

"Apakah MAS tidak peka?

"Malah kalau tidak ada mana-mana pihak memberi amaran pun, sepatutnya secara 'common sense' boleh fikir secara logik, kenapa ambil risiko lalu di ruang udara zon perang? tanya Khairul Nizam.

Ruang udara Ukraine dulu lain, sekarang lain

Khairul Mohamad, 31, pula berkata alasan sudah lama terbang di ruang udara berkenaan tidak boleh diterima.

"Tidak kisah berapa tahun laluan itu telah digunakan. Dulu lain sekarang lain.

"Dulu selamat, kini sejak beberapa bulan Ukraine bergolak dengan perang saudara.

"Maka sudah tentu ianya tidak selamat lagi untuk terbang di ruang udara Ukraine, lebih-lebih lagi di zon perang.

"Alasan kononnya ada banyak lagi syarikat penerbangan lain terbang di ruang udara tersebut tidak boleh di terima kerana keselamatan kita adalah tanggungjawab kita.

"Kalau dah namanya zon perang, pasti akan ada kejadian tembak menembak di sana sini, letup sana letup sini; tapi kitalah yang harus berhati-hati dan jangan lalu di zon perang.

"Pada hari Isnin, Eurocontrol, sebuah badan yang mengkordinasi semua trafik di ruang udara Eropah telah menghantar satu nota rasmi dikenali sebagai Notam, mengulangi amaran tersebut dan menasihatkan dengan tegas agar mengelak dari ruang udara tersebut," jelas Khairul.

Terbang atas zon perang, ibarat serah nyawa

Mohamad SudhayMohamad Sudhay, 55, pula bertanya kenapa MAS lalu di ruang udara negara sedang berkonflik.

"Perang saudara di Ukraine ini bukan sehari dua, tapi dah berapa bulan.

"Terbang di atas ruang udara negara berperang ini seperti serahkan nyawa macam itu sahaja.

"Walaubagaimanapun saya menasihatkan orang ramai jangan takut penggunakan penerbangan udara.

"Ajal dan maut di tangan tuhan," katanya.

Leong Chee Kong, 48, berharap kerajaan ambil tindakan tegas ke atas pihak yang menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal MH17 terkorban.

"Saya juga harap kerajaan siasat kenapa pada hari tersebut MH17 dikatakan membuat sedikit lencongan daripada laluan asal.

"Apakah pihak berkuasa Ukraine atau Ukraine Air Traffic Control (ATC) telah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum lencongan itu di buat? tanya Leong.

A Vanitha Sri, 18, pula berkata pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17 dan mengakibatkan orang yang tidak bersalah mati, perlu dihukum.

"Ini sangat kejam. Bayangkan berapa ramai kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban begitu sahaja.

"Kenapa mereka (pihak yang menembak MH17) berbuat demikian?

"Macam mana boleh jadi begini?

Ahli Parti Gerakan salah seorang penumpang MH17

Posted: 20 Jul 2014 04:15 PM PDT


 
Dr. Mah harap agar semua pihak jaga hati keluarga dan rakan-rakan penumpang MH17


Mah-Siew-KeongCHERAS: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr. Mah Siew Keong membidas kenyataan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaaiat berhubung kenyataan beliau yang menyalahkan MAS atas insiden MH17.

"Saya harap individu berkenaan tidak menuding jari pada mana-mana pihak pada masa sekarang. Jangan politikkan isu sebegini, ini bukan masanya untuk mencari kesalahan orang lain. Jaga hati keluarga dan rakan kepada penumpang-penumpang MH17.

"Ini juga ditujukan kepada semua pengguna laman sosial di luar sana, bayangkan jika keluarga atau rakan anda di dalam pesawat terbabit, cuba letakkan diri anda di dalam situasi tersebut seketika," katanya yang ditemui di pejabat Parti Gerakan semalam.

Menurut Mah, salah seorang penumpang yang berada di dalam pesawat MH17 merupakan Delegasi Pemuda Kebangsaan Parti Gerakan cabang Kota Damansara iaitu Liew Yau Chee.

"Saya mewakili parti Gerakan amat berdukacita atas insiden MH17 kerana salah seorang penumpang merupakan ahli parti Gerakan. Beliau menyertai parti pada 30 November 2004. Setiausaha Agung parti Gerakan akan melawat keluarga beliau bagi memberi kata-kata semangat hari ini juga.

"Seperti apa yang Perdana Menteri katakan, saya harap, pihak yang bertanggungjawab dalam insiden ini dibawa ke muka pengadilan. Insiden tragis ini meragut 298 nyawa yang tidak bersalah.

"Saya cadangkan agar kotak hitam pesawat MH17 dibawa pulang ke Malaysia agar siasatan yang lebih telus dapat dilakukan oleh pakar. Kotak hitam itu merupakan kepunyaan kapal terbang penerbangan Malaysia, ada baiknya jika siasatan dilakukan di sini," katanya.

Berhubung dengan khabar angin yang mengatakan Menteri Besar Selangor bakal meletakkan jawatan selepas hari raya Aidilfitri, Mah turut memberi kenyataan.

"Pendapat peribadi saya, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai Menteri Besar sehingga PRU-14. Saya tiada masalah untuk memilih beliau sebagai MB Selangor memandangkan pentadbiran di bawah pimpinan beliau agak 'boleh tahan' berbanding pemimpin tertinggi lain di dalam PKR," ujarnya ringkas.

Lindungi integriti kawasan kemalangan

Posted: 20 Jul 2014 04:10 PM PDT

 
Dunia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kesemua mayat ditemui dan diuruskan dengan penuh hormat


WP_20140719_004SEPANG: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa supaya semua pihak melindungi integriti kawasan kemalangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dan membenarkan siasatan dijalankan dengan telus.

Menurut Liow, perbuatan menggangu kawasan kemalangan akan mengundang kepada risiko dalam siasatan yang dilakukan di kawasan kejadian.

"Halangan untuk siasatan dijalankan amatlah tidak boleh diterima kerana ia menjadi sesuatu pengkhianatan kepada mereka yang telah kehilangan nyawa.

"Kami menuntut agar semua pihak yang terlibat agar menghormati keluarga mangsa dan negara yang terlibat dalam nahas penerbangan ini," katanya dalam satu sidang media di Hotel Sama-Sama.

Tambahnya lagi, fokus utama kerajaan Malaysia buat masa ini ialah mencari pihak yang bertanggungjawab dalam serangan pesawat tersebut.

"Tujuan utama ialah kita perlu mengetahui siapa yang bertanggungjawab terhadap serangan yang telah mengorbankan 298 nyawa penumpang pesawat MH17.

"Operasi pencarian mangsa juga sedang giat dijalankan dan penuntutan keadilan mestilah ditegakkan," jelasnya.

Tambahnya lagi, berhubung dengan laluan MH17, ia memang tidak pernah tersasar. Ini kerana kira-kira 400 penerbangan komersial termasuk 150 penerbangan antarabangsa merentasi Timur Ukraine setiap hari sebelum nahas.

"Laluan MH17 juga sebenarnya berada jauh 100 kilometer dari kawasan larangan penerbangan dan kita terbang di utara dan kawasan larangan ialah di kawasan selatan.

"Laluan ini juga telah diluluskan oleh Eurocontrol dan digunakan oleh beratus-ratus pesawat lain," ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau mengutuk serangan ke atas MH17 dan perbuatan kejam ini perlulah dihukum dan diadili dengan sepenuhnya.

"Tindakan serangan ini tidak boleh diterima kerana MH17 ditembak dan menyebabkan banyak nyawa terkorban." katanya.

Nahas MH17: Hampir 200 mayat ditemui

Posted: 20 Jul 2014 03:55 PM PDT


MH17


SHAH ALAM – Operasi pencarian yang diketuai oleh pihak kerajaan Ukraine telah menemui 196 mayat di tapak kemalangan MH17 setakat ini.

Menurut sumber dari Bahagian Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine (SES), seramai 380 petugas telah menyertai usaha pencarian yang meliputi 34 kilometer persegi di selatan Ukraine.

Bagaimanapun, usaha tersebut dijejaskan oleh kehadiran kumpulan pemisah yang dikatakan mengganggu dan menghalang kerja-kerja unit SES.

Sebelum itu, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, OSCE melahirkan kebimbangan ke atas bilangan anggota mayat yang masih tinggal di lokasi kemalangan.

Jurucakap OSCE, Michael Bociurkiw berkata kepada pemberita bahawa pihaknya telah ke tapak kemalangan nahas MH17 dan melihat kumpulan pemisah terbabit mengalihkan beberapa mayat ke tempat lain.

Bagaimanapun menurutnya, maklumat sahih sukar dikenal pasti berikutan kawasan tersebut telah dikawal ketat oleh kumpulan itu.

"Tujuan dan kepentingan kami buat masa sekarang ialah untuk mengumpul maklumat untuk dikongsikan bersama pihak penyiasat Ukraine dan juga media. Tahap keselamatan di tapak perimeter buat masa kini sedang diambil kira, begitu juga dengan keadaan mayat, harta dan barangan peribadi milik penumpang pesawat dan serpihan-serpihan kapal terbang," katanya.

Tiada ulasan: