ANAK SENGAT |
BUKA SIMPULAN DARI PUNCANYA.... Posted: 30 Jul 2014 06:41 PM PDT Aku sudah melihat ke mana arah tuju isu pertukaran MB Selangor... Ia punca segala kekalutan dan kekeruhan yang berlaku kini. Ia bermula dengan kerakusan ingin menukar Tan Sri Khalid Ibrahim . Jika anda masih ingat, ia menggunakan alasan Tan Sri Khalid seorang yang kedekut... di situlah punca ia bermula... "kedekut" .... kepada siapa??/ Rakya Selangor dapat rasai kemurahan itu... di saat negeri lain dan pusat hanya mampu bagi rm500 kepada kakitangan mereka, Selangor menghadiahkan sebulan gaji... itupun kerana kedekutnya.... bermula isu kedekut, ia berkembang dengan isu yang di reka dan di cipta. Mengharapkan agar PRU 13 sebagai jalan ke Putrajaya musnah... Jawatan PM hanya igauan tak pernah berakhir sejak plan 16 september.. semuanya mimpi yang hilang bila terjaga dari tidur... lebih malang di Selangor PKR tidak lagi majoriti dalam DUN berbanding DAP dan PAS terutamanya... Namun PKR masih lagi bermimpi apabila merasakan Selangor adalah milik mutlak mereka... Mereka ingin menukar TSKI dengan Azmin... Zuraida yang tidur tak basuh kaki membuat kenyataan biadab seumpama bosnya yang tak pernah menghormati rakan majoriti.... "MB Selagor hal dalaman PKR"... Tak cukup dengan itu, dikhabarkan rombongan PKR "menyerang" Rusila bagi memastikan TGHH yang mewakili PAS (bukan pandangan peribadi) atas kapasiti Presiden menyokong mereka.. Malangnya TGHH menolak... Walaupun PAS lebih dari PKR di DUN Selangor, jiwa besar TG Presiden masih menyeraahkan jawatan itu kepada PKR melalui TSKI.... kerana kecemerlangannya... ( berbeza dengan sikap Anwar masa di Perak... berkali kali berusaha agar wakil PKR jadi MB walaupun hanya seorang yang bermasalah...- Jangan lupa.. Anwar bawa balik Dr Muhd Nur manuty dengan harapan nak di jadikan MB jika PR menang di Perak... - seperti di Selaangor... rakan PR DAP yang majoriti sebelum ini telah bersetuju kekalkan Nizar jadi MB jika menang- macam situasi di Selaangor sekarang..) Isu inilah yang dikatakan menjadi keretakan PR sekarang.. bukan kerana kenyataan sokongan TG Presiden... Puncanyan kerana nak tukar MB... ADUN Kajang letak jawatan yang memberi buah kepada umNO bahawa PR tak hargai rakyat...semata mata kerana niat menguasai kerusi MB... Anwar menafikan itu untuk tukar MB...walaupun umum mengetahui itulah tujuannya... sebagaaimana Anwar nafikan dialah calon Kajang... tanda beliau tak boleh di percayai... ( namun takde pun bloger upahan yang marahkan anwar kerana penipuan ini sebaliknya di julang sebagai bijak untuk langkah ke Putrajaya...) Keruhnya di sini... selesaikan isu ini... semua isu akan selesai... Sebaik sahaja TGHH menyatakan sokongan kepoada TSKI... riuh rendah orang menyerang TGHH termasuk pimpinan dan penulis PAS... ada yang kata peribadi... ada yang menyesali.... ada yang kata hilang kepercayaan... hanya respect TGNA.... tetiba TGNA pun sokong Presiden... terkezut gorila puak munafik haraki ini... Ubah strategi... alihkan isu dan tumpuan... bermula dari pimpinan yang khianat mendedahkan perbincangan dalam waps PAS Pusat... ia di olah dengan baik... di sambut oleh pemaain dari DAP dan PKR- Pengarah Strategi yang di katakan bijak- di sambut oleh seorang pimpinan PAS kononnya ia bukan suara PAS Pusat...- memang la... nama pun analisis- takkan orang yg pernah duk Universiti tak tau kaedah analisis.... Dr Zuhdi di jadikan kambing hitam... di belasah kiri dan kanan..peliknya yang bermulut celupar dalam pimpinan PAS sebelum ni diam menikus... macam tak tau isu... awat no??? Saya juga membaca beberapa blog yang kuat menghentam TG Presiden sebelum ini,, segera mengalih isu... tanda peluru dah makan tuan... secara ringkasnya- sebab dah malas menulis- mari kita balik ke punca segala kekalutan- punca segala kekeruhan... 01. Pertukaran Jawatan MB tidak patut berlaku sebagaimana ikrar Anwar bahawa Kajang bukan untuk tukar MB Selangor... Kekaalkan ia agar tiada yang tak setuju.. 02. Punca kekalutan Waps PAS Pusat adalah kerana ia di dedahkan dengan menyedut sisi yang boleh mengundang prasangka... tanpa penjelasan perbincangan keseluruhan... Ia di tulis oleh Pengarah Penyelidikan yang sudah pastinya di mulakan dengan dapatan penyelidikan sebagai asas membuat penyelidikan... Masalah atau punca sebenar isu ini bukan kandungannya... tetaapi pengkhianatan orang yang mendedahkannya... Jika ia sebuah negara.. pendedahnya boleh di hukum bunuh jika di dedahkan kepada musuh negara kerana khianat. Orang sebegini mesti di cari agar rahsia parti tidak terlepas ke tangan musuh... CARI PENGKHIANAT yang dedahkan isu ini di alam maya... itulah punca keruhnya... |
GENCATAN DI PINTA SETELAH PUAS MEMBELASAH... Posted: 30 Jul 2014 04:24 AM PDT Israel menyangka dirinya hebat... miliki segala kekuatan persenjataaan ( di baca juga media).. pendokong yang meletakkan wala yang tidak berbelah bahagi kepadanya... dalam negara yang di pimpin atau negara luar yang menjadi talibarut kepada negaranya termasuk di negara arab jua agennya di dalam Falastin sendiri.. Yahudi ini sangat yakin kepada kekuatannya... Amerika selaku kuasa besar adalah lidahnya... malah Yahudi Israel juga punyai ramai agen yang berada di dalam Falastin malah di Ghazzah sendiri. Rahsia kekuatan Hamas di rasakan berada di tangan mereka. Mereka boleh buat sesukanya... Merancang sekehendak hatinya... PBB adalah rubber stampnya... PM Israel boleh sahaja merancang semahunya ... lalu diistiharkan... maka berkokoklah penjilat Yahudi itu berkokok... menyokong dan mendokongnya... Termasuk PBB yang kononnya hebat di mata media yang dikuasai Yahudi laknatullah ini. Berdepan dengan Hamas, di rasakan ia boleh sahaja berbuat sesukanya... menyerang orang awam malah rumah PM Falastin yang di pilih rakyat. Media dan PBB akan menyatakan bahawa Yahudi sentiasa betul dalam mempertahankan haknya... Serangan Yahudi adalah mempertahankan haknya dan keamanan dunia... manakala serangan Hamas adalah kehendak "peribadi" Hamas sendiri... Ia seakan bersendirian... Tanpa mengambil kira ramadhan atau Syawal, Yahudi terus menyerang sesukanya... bukan kali pertama... malah berkali kali hatta setelah perjanjian gencatan senjata yang telah beberapa kali berlaku... Yahudilah yang mengkhianatinya.... dan mengkhianati.... Paling malang apabila Hamas memilih menyerang, ia di tuduh dengan berbagai tuduhan, termasuk dari pemimpin Falastin sendiri... (yang perjuangannya ialah asobiyah atau kedudukan dan harta....bukan Islam...) Mahmud Abbas seringkali menyerangIsmail Haniyeh setiap kali tindakan al Qasam melawan Yahudi walaupun Ia sedar bahawa tindakan dan suara Ismail Haniyeh adalah suara akar umbi yang menyokong Falastin khususnya di Ghazzah... malangnya Mahmud seringkali beranggapan tindakan Ismail Haniyeh bersama Briged al Qasam bukanlah suara rakyat Falastin... adussss... munafiq sungguh mereka walaupun seringkali melihat Falastin bermandi darah angkara khianatnya Yahudi... Sekali lagi Yahudi menyerang orang awam... kali ini lebih agresif dan kejam... Malah dengan angkuh Yahudi mengistiharkan serangan darat... Ia menyangka al Qasam akan berdiam diri atau mengaku kalah, namun telahannya kali ini tersasar. Ia terkejut dengan serangan dan kemampuan persenjataan dan strategi perang al Qassam. Apa lagi pilihan Yahudi...??? kini ramai tenteranya yang cedera dan maut... Yahudi tiada pilihan selain mengadu kepada PBB dan dunia termasuk sekutunya dari kalangan yang sepatutnya membantu Hamas sebaliknya menyerang dan membuka ruang bagi Yahudi mengganyang Hamas dari dalam... seperti Mesir.. Sungguh Yahudi tidak menyangka... kini mereka terpaksa mencari helah untuk gencatan senjata... walaupun dalam masa yang sama terus menyerang... Setelah rasa mereka akan tewas, Yahudi segera mengalihkan tumpuan agar gencatan senjata berlaku... SETELAH MEREKA MENGGASAK DAN MENYERANG HAMAS DARI SEGENAP PENJURU... Mengapa ketika Hamas ingin mempertahankan diri dan mula menyerang mereka di minta berunding??? Mesir yang merupakan negara umat Islam yang sepatutnya bersama Hamas turut berperanan untuk gencatan senjata... Berdamai... sehingga PBB bersidang... entah bila... ... Yang pastinya bukan 10 Ogos... |
You are subscribed to email updates from NAAK SANGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan