Jumaat, 4 Julai 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tabik kepada Datuk Ibrahim Ali !

Posted: 04 Jul 2014 01:00 AM PDT

Macam tak percaya bila baca berita nih! Memang baguslah kalau benar-benar mahu menghapuskan judi...

 Teruskanlah perjuangan Perkasa! Tetapi beranikan Perkasa  untuk 'Sembah Derhaka' bila berhadapan dengan Paduka Sang  Bhatara Guru?

Aku teringat dengan satu kisah yang pernah diceritakan oleh seseorang yang sudah tidak aktif lagi bersama Umno sekarang ni... Orang ni pernah aktif di tempat PM Najib, Pekan, Pahang.

  Dia menceritakan pengalamannya yang pernah agak rapat dengan Orang Kuat Perkasa (OKP).Aku kata dia ni agak rapat sebab depa ni boleh sama-sama pergi main judi di Genting Highlands... 

 Aku tak pasti samada kawan ni main sama atau apa ker... Aku tak kisahlah pasal tu. Aku cuma nak dengar saja apa yang dia nak cerita pasal OKP ini.

 Menurutnya, OKP ni memang taik judi! Malam sampai ke Subuh boleh sanggup bersengkang mata pasal main judi ni!

 Apa yang menariknya, pernah sekali tu OKP ni dah kalah teruk.OKP percaya tempat itu memang berpuaka betul! Dia percaya hantu-hantu atau penunggu tempat perjudian itu telah menyebabkan dia kalah teruk!

 OKP pun berhenti buat pertaruhan.Tapi bukan kerana taubat atau serik.Dia memikir panjang seketika. Kemudia dia berbisik kepada kawan tu :

 "Kita tunggu hingga sampai masuk waktu dan azan subuh...,"  Mereka pun tunggu.

 Tapi bila dah masuk waktu Subuh, mereka pun masih tetap di situ juga ; tak pergi sembahyang pun.....

 "Masa orang azan, puaka-puaka penunggu Kasino ni semua tentu dah lari lintang pukang meninggalkan tempat ini. Masa inilah masa yang baik untuk kita bertaruh tanpa dipengaruhi hantu-hantu tempat ini!" kata OKP kepada kawan tu.

 Begitu yakin OKP dengan kepercayaan kurafatnya itu. Dia pun meneruskan pertaruhan seterusnya dengan rancaknya!

 Saya tak berapa pasti samada dia menang atau kalah selepas itu. Bila hari dah cerah mereka pun menghala untuk balik.

 Kawan tu beritahu, sewaktu dalam perjalanan balik tu, OKP telah membeli beli setandan pisang.



 Bila sampai dengan sebuah tokong Cina berhampiran di situ, dia singgah untuk menghadiahkan pisang setandan itu tadi.....

Perhatian untuk semua wakil rakyat - Sila dampingi denyut nadi rakyat

Posted: 03 Jul 2014 09:00 PM PDT


Surat terbuka kepada Politikus Kota Raja — Uthaya Sankar 

  JULY 3 — Saya bagi pihak Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berbesar hati mengundang serta mempersilakan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei; Ahli Majlis DUN Sri Muda, Ruthira Surasan; serta Ketua Bahagian MIC Kota Raja, Sunderaj ke Rumah Kavyan.

 Rumah Kavyan hanyalah sebuah rumah teres biasa yang diubah suai secara amat minimum untuk dijadikan pusat aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kavyan dengan penglibatan masyarakat pelbagai kaum.

 Bahagian hadapan (tempat letak kereta) dijadikan tempat kelas tambahan bagi pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah. Kelas diusahakan secara kecil-kecilan oleh remaja/belia secara sukarela demi membantu pelajar/murid yang tidak mampu pergi ke pusat tuisyen.

 Dalam usaha menggalakkan kanak-kanak dan remaja pelbagai kaum mencintai Bahasa Malaysia serta ada minat membaca, perpustakaan mini di Rumah Kavyan dibuka kepada umum. Ia menyediakan sedikit bahan bacaan bermutu sebagai santapan minda. Pengunjung disajikan dengan makan-minum ala kadar menggunakan hasil sumbangan rakan-rakan (bukan politikus) yang prihatin.

 Sudut Sasterawan Negara sedang diusahakan di Rumah Kavyan. Selain daripada poster biodata 12 Sasterawan Negara, satu rak khusus (bersaiz sekitar 120 sm x 175 sm) menempatkan buku-buku para Sasterawan Negara menjadi impian kami. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2 Julai 2014 sudah bersetuju untuk menaja buku-buku berkenaan.

 Sejak belakangan ini, Rumah Kavyan di Taman Sri Muda, Shah Alam turut menjadi tumpuan beberapa keluarga dan individu yang menghadapi masalah kewangan dan masalah perumahan. Sudilah berkunjung ke www.facebook.com/uthaya untuk melihat foto-foto berkaitan.

 Berkat sokongan dan sumbangan sejumlah kenalan (bukan politikus) yang prihatin serta yakin pada integriti Kavyan, kami berjaya membantu beberapa keluarga. Kavyan juga menjadi "pendesak" sehingga memungkinkan bantuan diperoleh daripada beberapa politikus.

 Sebahagian masalah 'kecil' dihadapi penduduk

 Kenyataan ini bukanlah bertujuan mendabik dada. Sebaliknya mendedahkan hakikat di mana orang ramai (masyarakat/pengundi) seolah-olah sudah "terputus hubungan" dengan Ahli Parlimen, Adun, Ahli Majlis dan wakil parti-parti politik (Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat) pada peringkat bahagian dan cawangan.

 Memandangkan masih wujud ramai murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah daripada keluarga miskin dan keluarga kurang berkemampuan, Kavyan dengan sokongan, sumbangan dan kerjasama pelbagai pihak (bukan politikus) melaksanakan projek sumbangan makan tengah hari kepada sejumlah murid dan pelajar di sekitar Taman Sri Muda mulai 7 Julai 2014.

 Projek bantuan makanan ini dimulakan walaupun belum ada sumbangan yang mencukupi untuk melaksanakannya secara berterusan. Sedikit barangan keperluan sudah dibeli hasil sumbangan rakan-rakan yang prihatin. Suri rumah sebuah keluarga miskin menawarkan diri menjadi tukang masak. Guru-guru prihatin dari sekolah berhampiran menyalurkan maklumat murid/pelajar miskin yang memerlukan bantuan makan tengah hari.

 Semua ini dilakukan oleh Kavyan bersama-sama penduduk (masyarakat) tanpa bantuan atau sokongan (moral atau kewangan) daripada kuasawan dan ahli politik setempat. Makalah yang disiarkan di beberapa portal berita dalam talian pada 30 Jun 2014 untuk merayu bantuan RM5 daripada para politikus tidak menampakkan sebarang hasil.

 Seolah-olah para politikus hidup di kayangan dan sudah terputus hubungan dengan manusia di Bumi.

 Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Taman Sri Muda terletak dalam DUN Sri Muda dan Parlimen Kota Raja. Akan tetapi, saya tidak tahu bilakah kali terakhir Ahli Parlimen, Adun, Ahli Majlis dan ketua bahagian MIC datang bertemu penduduk di sini sejak Pilihan Raya Umum Ke-13.

 Beberapa penduduk di kawasan perumahan ini turut menghadapi masalah ketiadaan sijil kelahiran, kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri. Keadaan ini menyebabkan anak-anak menghadapi masalah meneruskan pelajaran, manakala individu dewasa menghadapi masalah mencari pekerjaan dan menguruskan perkahwinan.

 Terimalah undangan daripada kami

 Berikutan beberapa kes yang dibawa kepada perhatian Kavyan, kami telah menghubungi Persatuan Jaringan Pembangunan manusia Luar Bandar, Malaysia (DHRRA) untuk membuka kaunter MyDaftar di Rumah Kavyan pada 13 Julai 2014. Pihak tuan-tuan dan puan-puan mungkin tidak tahu-menahu mengenai hal ini, serta mungkin tidak berminat untuk mengambil tahu.

 Kavyan sedang berusaha menambah kemudahan di Rumah Kavyan untuk memenuhi keperluan semasa. Apatah lagi jika ada lagi kes gelandangan yang memerlukan tempat tinggal sementara; tetapi politikus (Ahli Parlimen, Adun dan Ahli Majlis) pula tidak tercapai oleh orang biasa.

 Izinkan kami membantu tuan-tuan dan puan-puan melaksanakan tugas seperti diamanahkan oleh penduduk/pengundi pada PRU-13. Izinkan kami memberikan tuan-tuan dan puan-puan peluang untuk bertemu penduduk (Rakyat) secara langsung tanpa apa-apa gimik muluk yang selalunya diatur oleh juak-juak politik pada setiap kali Ahli Parlimen, Adun dan Ahli Majlis "mencemar duli" turun bertemu "rakyat-jelata".

 Kavyan dengan penuh hormat dan takzim mengundang serta mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan berkunjung ke Rumah Kavyan tanpa sebarang karenah birokrasi dan iringan juak-juak serta kaki ampu.

 Datanglah untuk minum kopi dan makan biskut sambil duduk berbual-bual bersama-sama penduduk yang mungkin tidak mengenali wajah Ahli Parlimen dan Adun yang pernah mereka undi semasa pilihan raya dahulu.

 Tuan-tuan dan puan-puan boleh menghubungi kami secara langsung menerusi e-mel infokavyan@yahoo.com.my tanpa perlu menggunakan pembantu khas atau setiausaha sebagai orang tengah. Harap maklum bahawa pengundi (Rakyat) mengundi serta membayar gaji tuan-tuan dan puan-puan; bukan mengundi pembantu khas dan setiausaha.

 Jemputlah datang ke Rumah Kavyan yang serba kekurangan. Tuan-tuan dan puan-puan mungkin akan berpeluang untuk kembali berpijak di Bumi dan memahami peranan sebenar yang diamanahkan oleh penduduk dan pengundi.

 * Uthaya Sankar merupakan presiden, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) - SUMBER

Inilah rahsia untuk jadi muda dan memikat gadis idaman anda

Posted: 03 Jul 2014 04:54 PM PDT

Seorang lelaki Taiwan, Wu Lei, 54 telah membuat 'gempar' apabila dia membuat gaya rambut yang agak luar biasa - bersudut tepat ke atas dan rata untuk menjadikan dirinya kelihatan lebih muda.

"Saya menggunakan gaya rambut ini kerana saya mahu kelihatan seperti seorang lelaki berusia 20-an 30-an untuk menarik minat seorang gadis berusia 23 tahun yang telah 'rejek' saya. Atau mana-mana gadis ."

 Tetapi, gadis itu masih tidak juga minat kepadanya, kerana menurut kata gadis remaja itu, "Dia kelihatan seperti mainan LEGO plastik atau watak dari permainan video Warcraft!"

 Walau bagaimana pun, Wu kini menjadi tarikan orang ramai di jalan-jalan. Mereka gemar mengambil gambarnya.

 Adakah anda juga mahu kelihatan muda sepertinya? Senang saja.... 


 Beliau menggunakan dua tin gel dan menghabiskan dua jam untuk melakukannya! Dia hanya perlu sikat sekali setiap 15 hari untuk membuang rambut yang sudah mati. Anda cubalah sendiri dan bersiar-siarlah di mana-mana Bazar Ramadhan ....tentu orang ramai akan menggelupor!

Tiada ulasan: