Rabu, 30 Julai 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS sudah sekian lama keruh dihulu.Buanglah yang keroh itu ...

Posted: 30 Jul 2014 09:00 AM PDT

Mantan PJ Perak, Ustaz Ahmad Awang menerusi laman blognya pada Jun 19, 2009 telah menggesa supaya diadakan perhimpunan khas berhubung isu Kerajaan Perpaduan yang telah  menjadi panas semula apabila Dato' Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas, pada satu sidang media, Haji Hadi telah menyebut semula idea Kerajaan Perpaduan itu.

Ustaz Ahmad Awang telah mengupas isu tersebut dengan panjang lebar dan diakhir tulisannya itu beliiau menulis : 

 "....maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam. Baca di sini.
TGNA melabelkan beberapa pemimpin tertinggi sebagai 'Boneka Umno'
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abul Aziz Nik Mat, di suatu ketika sekitar Oktober 2009 dulu, pernah mencadangkan supaya mesyuarat agung khas diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin yang bermasalah. Baca di sini 

Antara saranan TGNA ialah, PAS "perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat." 

" Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas."

"Tidak boleh jadi ni, kita duk 'ghok-ghak' (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana," Kata TGNA.

Demikian juga, Allahyarham Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib pernah mencadangkan satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan cadangan kerajaan perpaduan

Namun Muktamar Khas yang di cadangkan itu tidak pernah kunjung tiba dalam dairi PAS. Ramai yang beranggapan PAS lebih suka menyapu sampah sarapnya kebawah tikar sembahyang, walaupun bangkai gajah sekalipun!

Apabila cadangan Muktamar Khas ditolak, Tuan Guru Nik Aziz pun hanya mampu berkata, "Jika ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa... saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah," jelas Nik Aziz.

Saya bersetuju dengan Dr Mujahid Raya yang pernah menulis : "Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik." Lihat di sini

 Menurut Fasal 16 Bab Ke 5 Perlembagaan PAS, Muktamar Khas PAS boleh diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya : 

1. Dikehendaki oleh presiden atau

2. Permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau 


3. Satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan. PAS perlu merelakan dan menyerahkan kepada organisasi untuk bertindak segera bukannya individu supaya dilihat terbuka dan bertanggungjawab.

Selagi PAS tidak berani membuat keputusan yang tuntas, selagi itulah masalah dalam PAS ini akan berterusan hingga tak sudah.

PAS sudah sekian lama keruh dihulu.Buanglah yang keroh itu, ambil yang jernih.

Setuju dengan kenyataan YDP PAS Kawasan Bukit Katil

Posted: 29 Jul 2014 09:18 PM PDT


Saya sangat bersetuju sekali dengan kenyataan Yang di Pertua PAS Kawasan Bukit Katil, Saudara Sofi Wahab sebagaimana prinshot berikut :



Amat tepat dan benar sekali bila Sofi Wahab menukilkan : 

"Bagi saya ahli-ahli PAS dan PR kena bersabar menanti keputusan mesyuarat PAS Pusat 10 Ogos ini."

Kepada sahabat saya Sofi Wahab, apa yang sebenarnya yang berlaku ialah, ahli-ahli PAS dan PR hanya mengikuti contoh apa yang Haji Hadi buat....

Haji Hadi sendiri terbukti tidak sabar menanti keputusan mesyuarat PAS Pusat 10 Ogos, lalu buat kenyataan media ...orang-orang bawahan hanya mencontohinya sahaja.

Tak tahu pula, dalam PAS ni rupanya, pemimpin boleh buat sesuka hati, tapi tidak ahli-ahli dibawah yang perlu wala' membabi buta sahaja.

Tiada ulasan: