Selasa, 1 Julai 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Inilah menteri celaka, memalukan Malaysia

Posted: 01 Jul 2014 01:39 AM PDT

Lain cakap, lain bikin, itulah Datuk Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia. Dia  telah berbohong kepada rakyat Malaysia yang kononnya pihak berkuasa New Zealand telah menawarkan "alternatif" untuk membawa pulang seorang diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam kes serangan seksual sebelum 30 Mei lalu.

Anifah berkata tawaran alternatif untuk membawa Rizalman pulang dibuat oleh pegawai dari polis New Zealand dan Timbalan Ketua Protokol Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan semasa bermesyuarat dengan pegawai Malaysia pada 12 Mei. Baca di sini

Anifah Aman nampak beriya-iya sangat mahu berlaku adil kepada mangsa serangan seksual itu dengan memerikan jaminan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang niat untuk menutup kes Rizalman yang dituduh terlibat dalam kes tersebut di New Zealand.Lihat kapsyen diatas.Beritanya ada di sini

Adalah amat memalukan sekali. Anifah ni temberang cukup kuat! Celaka punya menteri. Buat malu Malaysia satu dunia!



Terdapat laporan beserta dokumen (gambar atas) menyangkal dakwaan Anifah itu.Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Gangguan Seksual Diplomat : Reaksi Anifah memalukan negara

Posted: 30 Jun 2014 09:20 PM PDT


Perdana Menteri New Zealand kesal bahawa kakitangan diplomatik di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington itu telah dibenarkan meninggalkan negara itu. 

Beliau mendesak dia dikembalikan bagi menghadapi tuduhan di sana.

The Herald pada hari Ahad lepas melaporkan bahawa mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk mengaitkan diplomat itu dengan serangan dengan niat untuk rogol.

Tetapi reaksi Anifah terhadap desakan tersebut sangat memalukan negara.

Apakah Anifah ingat rakyat New Zealand belum bertamadun lagi? Anifah ingat perangai mereka macam sesetengah orang Malaysia yang gila mahu pancung kepala orang atau kepala lembu?

Kenyataan Anifah yang memalukan, sila klik di sini
Anifah, yang dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai isu itu hari ini, berkata diplomat itu akan kembali ke Wellington hanya jika dia telah diberi jaminan perbicaraan yang adil dan yang nyawanya tidak berada dalam bahaya di sana.

Pelajar selar tindakan Kementerian Pendidikan

Posted: 30 Jun 2014 07:55 PM PDT


Pelajar Universiti Malaya menggesa Kementerian Pendidikan tidak merobek dan menjadikan universiti seperti sampah, selepas negara ini turut 'disampahkan'. 

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) memberikan reaksi itu susulan tindakan Kementerian Pendidikan yang dikatakan menekan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

 Perkhidmatan Redzuan sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) universiti itu juga tidak disambung mulai hari ini walaupun dikatakan masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan pensyarah di fakulti berkenaan.

 Menurut Fahmi Zainol,Presiden PPUM, sejak FSSS UM di bawah kepimpinan Prof Redzuan pelbagai kejayaan dikecapi, antaranya:

 1) FSSS UM merupakan fakulti ke-2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.

 2) Beliau mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di UM.

 3) UMcedel di bawah kepimpinan Redzuan yang juga merupakan pengasasnya berjaya menghasilkan kajian terbaik.

 Beliau mencabar Kementerian Pendidikan atau kerajaan sendiri menyatakan pusat kajian yang dimiliki yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel.

 "Kajian Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel," katanya di sini

Tiada ulasan: