Selasa, 1 Julai 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Isu Diplomat Suspek Kes Serangan Seksual, Rupa-rupanya Menteri Luar Malaysia....

Posted: 01 Jul 2014 12:42 AM PDT


"Malaysia Mahu Tuduhan Digugurkan"

[Malaysia Kini] New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Datuk Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan kebenaran untuk diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Antara didedahkan, surat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada kementerian luar (MFAT) New Zealand yang menunjukkan permohonan supaya Muhammad Rizalman Ismail pulang ke negaranya datang daripada pihak negara ini.

Surat bertarikh 21 Mei, yang dilihat Malaysiakini, sebagai reaksi kepada MFAR bertarikh 10 Mei kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang meminta supaya kekebalan diplomatik Rizalkan dilucutkan.

Ia penting supaya tindakan polis dapat diambil terhadapnya di negara itu.

"Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekenalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

"Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130," menurut surat itu. -1/7/14


[PANAS] Suspek Kes Serangan Seksual Akan Diadili Mahkamah Tentera di Malaysia, New Zealand Beri AMARAN!!!

Posted: 30 Jun 2014 10:25 PM PDT


Anifah: NZ yang Tawar Alternatif Bawa Pulang Diplomat

Pihak berkuasa New Zealand yang menawarkan "alternatif" untuk membawa pulang seorang diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam kes serangan seksual sebelum 30 Mei, kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Walaupun pemimpin New Zealand mahu diplomat tersebut, Mohammed Rizalman Ismail, dibicarakan di sana, Anifah berkata pihak berkuasa New Zealand yang membuat tawaran itu.

"Kami sedia untuk memberikan kekebalan diplomatik jika perlu," kata Anifah.

Beliau berkata diplomat itu sedang menjalani ujian psikiatri oleh Kementerian Pertahanan, di mana beliau bertugas, dan jika didapati bersalah, tindakan yang diambil terhadapnya oleh Mahkamah Tentera di Malaysia.

Anifah bagaimanapun tidak dapat memberi butiran jenis hukuman menanti Rizalman jika dia didapati bersalah.

Laporan TMI di sini.

Berita Berkaitan:

Amaran Hubungan Keruh dengan New Zealand

[Malaysia Kini] Menteri Luar New Zealand Murray McCully berkata, jika diplomat Malaysia yang dituduh terlibat dalam serangan seksual di Wellington tidak dibawa ke muka pengadilan, hubungan antara kedua-dua negara pasti terjejas.

McCully dilaporkan berkata Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) jelas mahukan diplomat itu, yang kini berada di Malaysia, didakwa, lapor stuff.co.nz.

Beliau juga dilapor berkata, akan terdapat kesannya jika New Zealand tidak melihat keadilan telah dilaksanakan.

"Ia akan mempunyai kesan berhubung bagaimana kita berurusan dengan negara berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata, tanpa menamakan Malaysia atas alasan kekebalan imuniti.

Mengulas berhubung pertemuan pegawai MFAT dan ketua misi Malaysia di New Zealand, beliau berkata:

"Pendirian kerajaan New Zealand telah dinyatakan dan ketua misi diminta menyampaikan pandangan-pandangan itu (kepada kerajaannya)." -1/7/14


P/s: Mengapa suspek tidak dibicarakan oleh mahkamah biasa di New Zealand kerana jenayah ini didakwa berlaku di sana? Adakah hubungan Malaysia akan menjadi keroh seperti hubungan Malaysia -Mongolia yang terjejas kerana kes pembunuhan Altantuya?


[PANAS] Media New Zealand DEDAH Nama Diplomat Malaysia Suspek Kes Pencabulan Seks

Posted: 30 Jun 2014 09:09 PM PDT


[Malaysia Kini] Media New Zealand telah menamakan diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam satu kes kesalahan seksual selepas mahkamah tinggi di sana menarik balik perintah melarang identitinya didedahkan.

Portal berita stuff.com.nz menamakan diplomat tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, yang memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran.

Menurut laporan itu, dia adalah seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia. -1/7/14



Lanjut di sini.

Wisma Putra Sahkan Diplomat Malaysia Suspek Kes Pencabulan seks di New Zealand

Posted: 30 Jun 2014 08:23 PM PDT



[The Malaysian Insider] Wisma Putra mengesahkan seorang diplomat Malaysia merupakan suspek kepada kes pencabulan seks di New Zealand, mengatakan beliau akan berdepan dengan perbicaraan jika diberikan jaminan keadilan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu The Star semalam, tertuduh adalah diplomat Malaysia dan beliau sudah dihantar pulang.

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat imuniti diplomatik dan sudah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan semalam bahawa kerajaannya sudah menuntut imuniti diplomatik lelaki yang dituduh melakukan "pencabulan seks dengan niat merogol" di Wellington bulan lepas agar dibatalkan, tetapi ditolak. 

Apabila ditanya tentang sebab mengapa diplomat tersebut dipanggil kembali, Anifah memberitahu The Star mungkin terdapat salah faham emel yang dihantar ke Wisma Putra oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan New Zealand.

Anifah yang akan mengadakan sidang media tentang isu tersebut pada hari ini berkata diplomat tersebut akan dikembalikan ke Wellington hanya jika dijanjikan perbicaraan yang adil dan nyawanya tidak terancam di sana.

New Zealand (NZ) mendedahkan bahawa ia sedang mengejar pemindahan diplomat tersebut yang dituduh 'memecah rumah dengan tujuan merogol' di Wellington bulan lepas.

Diplomat tersebut yang dalam linkungan 30-an ditahan kerana didakwa mengikuti wanita 21 tahun ke rumahnya kemudian mencabulnya. Beliau juga didakwa dengan rompakan dalam insiden yang sama.

Bagaimanapun, beliau 'lari' daripada New Zealand dan pulang ke negaranya apabila menggunakan imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9 Mei.

Identiti serta kewarganegaraan diplomat tersebut masih belum didedahkan media di New Zealand selepas hakim di sana mengeluarkan arahan sekatan atas butir-butir dirinya.

Perdana Menteri NZ John Key memberitahu media pagi semalam bahawa pentadbiran beliau menuntut supaya imuniti diplomatik lelaki tersebut dibatalkan, namun ditolak.

"Adalah keutamaan bagi kami untuk orang ini bertanggungjawab di New Zealand, namun ini ditolak pihak negara lain," Keys dipetik dari media, menambah – beliau diberi jaminan diplomat tersebut akan bertanggungjawab dalam negaranya sendiri.

Sementara itu, Menteri Luar NZ Murray McCully hari ini memberi amaran sekiranya diplomat tersebut tidak didakwa di mahkamah, ia akan memburukkan perhubungan negara yang terlibat dengan New Zealand.

"Ia akan menjejaskan cara kita mengendalikan negara yang terlibat," kata McCulluy kepada akhbar harian New Zealand, The Dominion Post.

Beliau juga dipetik berkata pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) berkata dengan jelasnya New Zealand mahukan diplomat tersebut, yang kini sudah berada di negara asalnya, akan menghadapi keadilan. – 1 Julai, 2014.

Sindiket Poligami Ekspres Aktif di Utara Tanah Air

Posted: 30 Jun 2014 05:28 PM PDT


[Sinar Harian] ALOR SETAR - Walaupun amaran dan penguatkuasaan dilakukan, namun sindiket nikah poligami ekspres masih dikesan bergiat aktif dengan menyebarkan risalah berkenaan kepada orang ramai di beberapa negeri, termasuk Kedah.

Dengan tag line 'untuk yang berani sahaja', bagi menarik perhatian, sindiket tersebut dipercayai turut menyediakan pakej lengkap pernikahan yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Difahamkan, sindiket berkenaan sedia membantu pasangan yang bermasalah untuk berpoligami kerana faktor kewangan, undang-undang dan halangan keluarga.

Dengan tawaran harga serendah RM2,500, sudah pasti ia membuatkan pasangan berkenaan mendapatkan pakej tersebut.

Bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah pasangan untuk poligami, malah sindiket tersebut turut mendakwa jurunikah dan sijil nikah yang dikeluarkan adalah mendapat pengesahan Jabatan-jabatan Agama Islam di Malaysia.

Sindiket terbabit dilihat seolah-olah cuba menyediakan ruang untuk pasangan berpoligami secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama mahupun mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.
Selain itu, pengangkutan pergi dan balik dari Alor Setar ke Thailand bagi urusan pernikahan juga disediakan sindiket terbabit.

Sejurus selesai pernikahan itu, mereka turut disediakan tempat penginapan di sebuah hotel mewah sekitar Alor Setar selama tiga hari, dua malam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang wanita mendedahkan tidak sanggup bersekongkol dengan perbuatan salah suaminya berkahwin dengan isteri kedua menggunakan khidmat sindiket di Alor Setar.

Pernikahan poligami menerusi sindiket terbabit diketahui wanita tersebut selepas sijil nikah berkenaan dikesan palsu dan disahkan oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar.

Pasangan poligami itu kemudiannya mengakui telah berkahwin di sebuah bilik hotel sekitar Alor Setar menerusi sindiket sebagai jalan mudah.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, demi merahsiakan perkahwinan kedua mereka daripada diketahui isteri pertama, segelintir individu dikesan menggunakan sindiket penjualan sijil nikah poligami yang menyerupai sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Menurut laporan itu, proses akad nikah pasangan tersebut dilakukan tanpa melibatkan wali terdekat pengantin perempuan.

Sindiket berkenaan juga dipercayai aktif sejak beberapa tahun lalu dengan mengenakan bayaran sekurang-kurangnya RM3,000 dan dikatakan mendapat sambutan hangat mereka yang mahu berpoligami.

Pada masa sama, mereka juga bijak memancing pasangan berkenaan dengan mempercepatkan pengeluaran sijil nikah poligami beberapa hari sebelum akad nikah berlangsung. - 30/6/14

Tertusuk Batang Besi

Posted: 30 Jun 2014 05:22 PM PDT


TIGA batang besi menusuk badan Lovely.

[Harian Metro] Patna (India): Seorang gadis berusia 17 tahun terselamat walaupun selepas anggota tubuhnya tertusuk besi setelah jatuh dari bumbung sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.

Tiga batang besi tertusuk menembusi badannya mengakibatkan mangsa cedera teruk.

Dia bagaimanapun tidak cemas dan terselamat walaupun dengan besi menembusi perut dan pahanya dan terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam.

Lovely yang berasal dari kampung Basantpur di daerah Saran mengalami kemalangan itu selepas jatuh pada tiang simen ketika hendak tidur.

Kejadian dikatakan berlaku ketika ramai tetamu berada di rumahnya kerana menghadiri satu majlis perkahwinan.

Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa mangsa ke Hospital Ruban di Patna.

Pakar bedah berjaya mengeluarkan besi dari badan mangsa selepas pembedahan selama lima jam. 

Keadaan Lovely kini dilapor stabil.

"Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkan," kata Dr KN Sinha.

Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius.

"Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik," tambahnya.-Agensi/1/7/14


Bakar Perempuan Simpanan Suami

Posted: 30 Jun 2014 05:20 PM PDT

GAMBAR Shi sebelum cuba membunuh diri.

[Harian Metro] Yunnan: Seorang wanita menyimbah petrol dan membakar perempuan simpanan suaminya sebelum cuba membunuh diri.

Kejadian berlaku kelmarin apabila suspek yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Shi, menyimbah mangsa dengan petrol di luar sebuah warung kopi. 

Wanita itu mendakwa perempuan simpanan suaminya memaksa dia bercerai. 

Rakaman video menunjukkan seorang wanita terbakar dengan bunyi jeritan yang menakutkan.

Mangsa kemudian rebah dan mati di tempat kejadian.

Mayat itu rentung hingga tidak dapat dikenali. 

Selepas serangan itu, Shi meminum racun serangga dan cuba mengelar dirinya dengan pisau tetapi berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital. 

Menurut pemilik warung itu, Shi datang dengan berpakaian serba hitam dan mengekori mangsa sambil memegang baldi berisi petrol. 

Apabila tiba di warung itu, Shi bertanya kepada mangsa: "Adakah kamu yang mendampingi suami saya?" 

Tanpa menunggu jawapan daripada mangsa, Shi menyembur serbuk lada ke muka wanita itu dan berlari mengambil baldi berisi petrol lalu, menyimbah wanita berkenaan dan membakarnya. -1/7/14


[PANAS] Diplomat Malaysia Dituduh Cuba Merogol Gadis 21 Tahun di New Zealand

Posted: 30 Jun 2014 05:02 PM PDT



[Malaysia Kini] Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.

Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ketika diminta mengesahkannya, memberitahu Malaysiakini dalam mesej teks bahawa sidang akhbar mengenainya akan diadakan esok.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra.

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah ditolak lapor. - 30/6/14


Berita berkaitan dari portal New Zealand

PM wants diplomatic immunity waived 

Police say a warrant to arrest has been issued for a man who escaped prosecution on a serious charge in Wellington after invoking diplomatic immunity. 

Prime Minister John Key says New Zealand formally asked that a diplomat facing sexual assault charges waive diplomatic immunity, but was rebuffed.

The diplomat has fled the country after allegedly committing a sexual assault.

If he returned to New Zealand at any time he could face prosecution for the alleged offences.

"We expect this diplomat to face consequences for his actions," Key told his regular post-Cabinet media conference this afternoon, but added that as a signatory to the Vienna Convention New Zealand had no option but to allow the man to go free.

The Government had tested the suppression order and concluded it would be breached if the country the diplomat was from was named, he said.

"It was the Government's strong preference that this person be held to account in New Zealand, but this was refused by the sending country," Key said.

"As a signatory to the Vienna Convention our hands are effectively tied, but we still expect justice for the victim. We have been assured this individual will be held to account in his own country."

The relevant head of mission would be called into the Ministry of Foreign Affairs (MFAT) so New Zealand's feelings on the issue could be made clear.

This is a lower-level sanction than being called in to face the foreign minister and as the name of the country involved is suppressed, there will be little diplomatic embarrassment.

PM CAN'T DISCUSS COMPLICATIONS

Key said there were complicating elements in the case that he couldn't discuss.

"There's lots of sort of complications behind the scenes in this that I can't really go into, but if the person was in New Zealand, and if there hadn't been diplomatic immunity, then that person would have been held to account and gone through a process in New Zealand," he said.

He hoped the incident would not harm relations with the sending country.

Asked why the head of mission was only being called in now, more than a month after the alleged incident took place, Key said there had been ongoing contact.

"There's been a series of meetings held at a variety of different levels with MFAT in New Zealand and the representatives of the sending country," he said.

"I'm led to believe, and I strongly accept that advice, that the host country is absolutely aware at a very senior level about New Zealand's expectations and how seriously we're taking the issue."

Asked if the New Zealand Government would be seeking to challenge the suppression order, Key said he had not sought advice on the matter.

LABOUR: EXTRADITE THE DIPLOMAT 

Labour's foreign affairs spokesman David Shearer said the public needed to be reassured that the matter would not be "swept under the carpet and forgotten about".

He called for the diplomat's extradition back to New Zealand.

The Vienna Convention for diplomatic immunity ensures diplomats are given safe passage and are not subject to lawsuit or prosecution under the host country's laws.

They can still be expelled, however.

McCully said New Zealand would always seek a waiver to diplomatic immunity in cases where a diplomat was accused of a serious crime ~ Stuff



16 Kes Jangkitan Virus JE dan Empat Kematian Dilaporkan - Dr Subramaniam

Posted: 30 Jun 2014 04:55 PM PDT


[Mstar] KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sebanyak 16 kes jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) dengan empat kematian dilaporkan sehingga hari ini.


Beliau berkata kes kematian itu melibatkan dua mangsa di Sabah dan masing-masing seorang di Kelantan dan Selangor.

Mangsa terbaru disyaki dijangkiti virus JE ialah seorang murid berusia 12 tahun di Pulau Pinang pada Jumaat lepas, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa itu terdedah kepada gigitan nyamuk pembawa virus JE semasa menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan sekolah, yang terletak berhampiran dengan ladang khinzir, pada 24 hingga 26 April lepas.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Kedah telah menjalankan siasatan kes dan melakukan aktiviti kawalan di sekolah kanak-kanak itu di Seberang Perai Utara, dan kediamannya di Padang Serai, Kedah.

Antara aktiviti kawalan yang dilaksanakan adalah mengesan penduduk dan pelajar jika mempunyai simptom JE, melaksanakan semburan kabus, menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan terhadap penduduk di sekitar kediaman, termasuk pelajar di sekolah berkenaan.

Dr Subramaniam berkata tiada penduduk atau pelajar yang mengalami tanda-tanda JE tetapi pemantauan ini tetap akan dilakukan sehingga tiada transmisi jangkitan berlaku.

Justeru, pihak sekolah diminta mendapatkan khidmat nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan atau aktiviti malam di kawasan sekolah yang terletak dalam lingkungan dua kilometer radius daripada ladang khinzir.

"Pekerja ladang ternakan khinzir dan penduduk yang tinggal berhampiran juga perlu mengambil langkah perlindungan diri dengan mengurangkan aktiviti luar di waktu senja hingga awal pagi, memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang ketika di luar rumah atau semasa bekerja, serta menggunakan aerosol membunuh nyamuk dewasa terutama pada waktu malam hingga awal pagi," katanya.

Beliau juga menasihatkan sesiapa yang mengalami demam perlu mendapatkan rawatan segera daripada klinik atau hospital berhampiran.-1/7/14


Tiada ulasan: