Ahad, 8 Jun 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Paras Air Meningkat Di Empangan Selangor, Kritikal Di Negeri Sembilan

Posted: 08 Jun 2014 01:15 AM PDT


Paras air Empangan Gemencheh kritikal

SEREMBAN: Paras air di Empangan Gemencheh kini berada pada paras kritikal dan hanya mampu bertahan untuk 45 hari lagi sebelum mencapai paras minimum.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata paras air Empangan Gemencheh kini kritikal kerana tiada hujan di kawasan tadahan air.

Mohamad juga berkata dua anak sungai yang membekalkan air ke Empangan Gemencheh kini sudah kering.


"Walaubagaimanapaun setakat ini tiada cadangan mengadakan catuan air kerana keadaan masih lagi terkawal.

"Namun saya harap pengguna menggunakan bekalan air dengan berhemah.

"Sekiranya tiada bekalan air dalam tempoh 14 hari, paras empangan akan menyusut tapi kita tetap akan memastikan pengguna mendapat bekalan air secara berterusan," katanya.

Empangan Gemencheh membekalkan 28.4 juta liter air sehari kepada 15,000 pengguna di daerah Tampin dan Rembau.

Mohamad turut berkata satu pelan kontingensi akan dilakukan untuk memastikan tiada masalah bekalan air.

"Saya akan meminta kerjasama kerajaan pusat untuk tangani masalah tersebut.


"Pelan kontigensi itu termasuk membina pam air sepanjang 7.5 kilometer dari Sungai Jelai ke Empangan Gemencheh dengan kos sebanyak RM15 juta.

"Selain itu kita akan memohon untuk membina Loji Rawatan Air (LRA) baru bersebelahan Sawah Raja yang akan menjadi punca bekalan air diRembau.

"Ia mampu membekalkan sebanyak 30 hingga 37 juta liter air sehari.

"Tetapi pelan ini akan mengambil masa yang lama iaitu selama duatahun," ujar beliau.

Pada hari Rabu, paras air Empangan Gemenceh turun kepada 98.01 meter,yang sudah menghampiri paras kritikal 98.0 meter.

Jika paras air mencecah 86.0 meter, ia sudah mencapai paras minimum. -FMT


Khalid, jangan sombong sangat…

SEREMBAN – "Jangan sombong sangat. Kalau tak nak, tak mengapa," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu menangani krisis air di negeri itu.

Menurut Mohamad, Negeri Sembilan tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin meruncing.

"Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita tawarkan itu terlalu sedikit. Fikir dulu sebelum bercakap.

"Saya bagi tahu ini pun atas dasar kemanusiaan, memandangkan rakyat di negeri itu terpaksa angkat baldi dan menunggu air di tepi jalan. Kata negeri maju, takkanlah rakyat terpaksa angkat baldi untuk dapatkan air," katanya.

Menurutnya, setakat ini Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada mana-mana negeri yang memerlukannya.

"Saya boleh beri apa yang kita ada. Setakat ini kita ada lebihan 20 juta gelen, kalau tidak dapat liputi seluruh negeri Selangor, sekurang-kurangnya bekalan air itu boleh tampung di mana-mana tempat terdesak, misalnya Shah Alam, Subang atau mana-mana daerah difikirkan perlu," katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, beliau hanya mahu membantu setakat yang mampu dan bukan menyelesaikan masalah air di negeri itu secara keseluruhan.

"Tapi kalau dia sombong sangat, tak kisahlah. Saya pun bukannya terhegeh-hegeh suruh dia beli. Lepas ini kalau dia melutut minta bantuan, saya tak akan bagi dan tidak akan layan. Pintu hati saya sudah tertutup," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mohamad berhubung kesediaan Negeri Sembilan menjualkan air bersih kepada Selangor dan Wilayah Persekutuan sekiranya bekalan tersebut benar-benar diperlukan kedua-dua negeri berkenaan.

Menurut Mohamad, kerajaan Negeri Sembilan sedia menjual air terawat maksimum 20 juta gelen sehari yang diperolehi daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi.

Bagaimanapun, tawaran Mohamad itu dibalas dengan kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan jumlah 20 juta gelen itu sangat sedikit untuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

"Jumlah 20 juta gelen air itu sangat sikit. Jadi tak payahlah," katanya.
-SH (18/4/2014)



Paras air empangan Sungai Selangor meningkat kepada 43%

SHAH ALAM 5 JUN : Takungan air di Empangan Sungai Selangor hari ini terus mencatatkan peningkatan ekoran taburan hujan yang konsisten sejak bulan lalu.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), empangan itu kini mencatatkan 43.32 peratus pada kadar 99.63 juta meter padu dengan taburan hujan 27.13mm berbanding 17 Mei lalu, kapasiti takungan adalah 41.83 peratus dengan kadar 96.21 juta meter padu.

Hujan lebat hampir setiap hari itu dijangka akan terus membantu peningkatan paras air bagi Empangan Sungai Selangor yang membekalkan kira-kira 60 peratus air kepada penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya.

Bagi, empangan Batu mencatat kadar takungan 92.31 peratus dengan kadar 29.51 juta meter padu dan taburan hujan pada kadar 2.00mm.

Manakala, Klang Gates pula mencatatkan paras empangan pada kadar 75.90 peratus iaitu 19.23 juta meter padu dengan taburan hujan sebanyak 102mm, Kolam Takungan Sungai Labu sebanyak 74.82 peratus pada kadar 6.63 juta meter padu dengan taburan hujan 9.00mm dan empangan Langat pula sebanyak 68.69 peratus iaitu 23.42 juta meter padu dengan taburan hujan sebanyak 25.10mm.

Selain itu, empangan Semenyih 50.23 juta meter padu (85.02 peratus) dengan taburan hujan 22.00mm, empangan Sungai Tinggi pula 81.15 juta meter padu (70.87 peratus) dengan taburan hujan 12.00mm dan empangan Tasik Subang pula 3.49 juta meter padu (83.07 peratus) dengan taburan hujan 32.00mm.


Ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kawasan di Selangor dijangka akan mengalami hujan berterusan bermula hari ini (5 Jun) hingga Rabu depan.

Sebelum ini, Kerajaan negeri Selangor membuat persediaan rapi bagi memastikan simpanan bekalan air mencukupi untuk rakyat negeri ini dan Lembah Klang untuk tempoh enam bulan apabila fenomena El Nino melanda Malaysia.

Sementara itu, dalam laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia pula memaklumkan pada bulan Jun dan Julai ini dijangkakan kebanyakkan tempat di Semenanjung menerima taburan hujan sedikit di bawah paras purata dengan jumlah hujan antara 50 mm hingga 150 mm di seluruh kawasan.

Bagi ramalan fenomena El Nino yang dijangka bakal melanda Asia Tenggara dan beberapa bahagian di dunia bermula dari bulan Jun atau Julai ini, setakat ini masih ada ketidakpastian tentang bila El Nino akan terjadi dan ketidakpastian yang lebih besar adalah tentang sekuat mana El Nino itu.
-selangorku


ULASAN GB

Amacam?

Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan. Siapa yang sebenarnya sombong sebelum ini? Dan sekarang siapa yang terima akibat?

Tuduh orang lain sombong, tetapi tak perasan kata-katanya sendiri menampakkan keangkuhan dan kesombongan yang tak terperi. Katanya "Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada mana-mana negeri yang memerlukannya." dengan menujukan perkataan sinis itu kepada Selangor.

Tiba-tiba hukum alam berlaku, empangan-empangan di Selangor mengalami peningkatan, empangan di Negeri Sembilan tiba-tiba kekeringan...









IKLAN BERBAYAR



[BERGAMBAR - KISAH MASYARAKAT] Airmata Jimmy Menitis Di Hari Pernikahannya ...

Posted: 07 Jun 2014 05:58 PM PDT


Jimmy Shanley Sah Bernikah Dengan Sekali Lafaz

SHAH ALAM: Hanya dengan sekali lafaz, pengacara dan penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley akhirnya bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde, di sini pada Sabtu.

Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Abdul Jalil Othman, kira-kira pukul 6.20 petang.

Ia turut disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, Rujuk dan Wali Raja Negeri Selangor , Nurul Hisham.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, memberikan mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala wang hantaran RM15,000.

Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah sirih junjung, sebentuk cincin dan mas kahwin, telefon dan kaca mata, tas tangan serta wangian.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah sirih junjung, jubah, set pakaian, kasut, jam tangan, set minyak wangi, coklat dan buah-buahan.

Dalam pada itu, Jimmy turut menitiskan air mata dan menangis ketika membacakan lafaz taklik di hadapan bapa pengantin perempuan selepas sah bergelar suami.

Pada majlis tersebut pasangan pengantin menggayakan pakaian berwarna putih daripada butik Citra, manakala solekan daripada jurumekap Siti Saleha.

Majlis turut dihadiri seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai diadakan pada malam Sabtu (malam ini) di lokasi yang sama di sini dengan tema warna ungu dan hijau.

Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Jimmy, manakala pertama buat isterinya Mariam.

Sebelum ini, Jimmy mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.

Hasil perkahwinan singkat itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Zahrah Rania Shanley yang kini berusia 3 tahun. -mstar




Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan barakah kepada kamu serta menghimpunkan kamu berdua di dalam kebaikan







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





MH370 Tidak Berada Di Lautan Hindi, Jangan Bazirkan Wang Rakyat

Posted: 07 Jun 2014 06:03 AM PDT


Ahli Parlimen Lumut percaya MH370 di Laut China Selatan

Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid percaya pesawat MH370 tidak berakhir di Lautan Hindi, sebaliknya menggesa pencarian dilakukan di Laut China Selatan.

Menurut Imran, maklumat awal pada malam 8 Mac lalu menyatakan pesawat itu terbang ke Beijing sebelum hilang daripada radar awam di Laut China Selatan.

Tambah beliau, andaian bahawa pesawat itu berpatah balik hanya dibuat berdasarkan radar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Jadi ini bermakna pesawat itu hilang di kawasan tersebut (Laut China Selatan). Kalau pesawat itu berpusing balik atau apa sekalipun seperti yang dikatakan, ia mesti ditunjukkan dalam radar yang pesawat itu berpusing kembali atau sebagainya, tapi ia lenyap di situ,"
ujarnya.

"Bagaimana kerajaan boleh dengar apa yang dikatakan oleh Air Force (TUDM) selepas 3 hari perkara tersebut berlaku daripada maklumat pada malam kejadian tersebut?," soalnya yang juga Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.

Pada 9 Mac, media melaporkan radar utama milik TUDM mengesan sebuah pesawat membuat pusingan balik di lokasi sama di mana pesawat MH370 hilang dari radar awam.

Beberapa hari selepas itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Laut China Selatan dihentikan dan ditumpu ke kawasan barat.

Pada 24 Mac, Najib mengumumkan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan data satelit Inmarsat yang berpengkalan di Britain.

Bagaimanapun, syarikat satelit itu pada 29 Mac berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat itu "berakhir di Lautan Hindi".

Terbaru, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengiystiharkan bahawa pencarian di selatan Lautan Hindi adalah sia-sia.

Namun, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin berkata pencarian pesawat itu akan diperluas, tetapi kekal di Koridor Selatan, dengan menggunakan apa jua kepakaran yang ada.

Dalam pada itu, Imran turut mengulas keputusan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari pesawat MH370.

ATSB menyebut pencarian dalam air bagi pesawat jenis Boeing 777-200ER akan dipergiat mulai Ogos dan dijangka mengambil masa sehingga 12 bulan.

Menurut Imran, keputusan meneruskan carian di Lautan Hindi hanya akan membazirkan wang rakyat bagi menampung kos pencarian sekiranya ia berakhir dengan sia-sia.

"Tolonglah jangan bazirkan duit rakyat, kenapa sibuk nak mencari di kawasan yang semenangnya tidak ada MH370? Kenapa tak percaya dengan teknologi yang kita sendiri ada?," soalnya.

ULASAN GB

Berulang kali dah GB nyatakan bahawa MH370 terhempas di Laut Cina Selatan. Kini semakin ramai pengkaji-pengkaji "membenarkan" jangkaan GB itu.

GB ulangi:

Sekalipun ada spekulasi menyatakan pesawat berkenaan ada di Diego Garcia, di Andaman, di Mexico, dan lain-lain tempat, GB tetap berpegang kepada prinsip "jika sesat dihujung jalan baliklah ke pangkal jalan".

Ertinya di dalam keadaan bercelaru di dalam menentukan dimana sebenarnya kedudukan MH370 hari ini, adalah perlu untuk memulakan pencarian di tempat dimana ia terputus hubungan dengan satelit iaitu di Laut Cina Selatan. Itu pangkalnya. Carilah sampai ke dasar lautnya.

Mengapa terlalu cepat SAR memberhentikan operasinya di Laut Cina Selatan?

Selebihnya baca di bawah ini:

Laporan sebelum ini
klik untuk baca







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan: