Selasa, 24 Jun 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Wow, Pengambaran Program Bogel di Malaysia!

Posted: 23 Jun 2014 11:08 PM PDT



Sebuah klip promo rancangan realiti tersebar di laman media sosial sejak beberapa hario lepas. Promo itu dipercayai untuk program 'Naked and Afraid' yang disiarkan menerusi saluran Discovery di Amerika Syarikat.

Rancangan yang sudah memasuki musim kedua itu mula ditayangkan pada 23 Jun 2013. Setiap episod akan memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipertemukan dalam keadaan bogel dan perlu tinggal di hutan selama 21 hari.

Yang mengejutkan apabila maklumat promo dan perbualan peserta program itu menyebut Malaysia sebagai lokasi penggambaran. Episod yang dikatakan dirakam di Malaysia itu ditayangkan pada 13 April 2014. 

Berdasarkan maklumat pada promo, kedua-kedua peserta  itu bernama Fernando Calderon, anggota bomba dan Samantha Pearson, ibu tunggal.

Yang menjadi persoalan, bolehkah penggambaran seperti ini dibuat di Malaysia? Siapa yang membenarkan penggambarannya? -DCM



P/s: Manusia meletakkan martabat mereka serendah-rendahnya. 


Kerana Selfie, Pelajar Tersepit di dalam Replika Faraj

Posted: 23 Jun 2014 10:53 PM PDT


Metro UK melaporkan seorang pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat ke Jerman tersepit pada marmar faraj gergasi di Tubingen. Mangsa tersepit ketika cuba memasuki replika itu untuk merakam gambar selfie. 

Berikutan kejadian itu, orang ramai mengambil kesempatan merakam gambar mangsa dan menyebarkan gambar dalam keadaan memalukan itu di laman sosial. 


Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari replika yang dibina oleh artis dari Peru, Fernando de La Jara beberapa jam kemudian. 

Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang telah berada di Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu. - DCM 


Tiada ulasan: