Rabu, 11 Jun 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kes Rogol 2 Remaja di Ketereh: Empat Lelaki Didakwa di Mahkamah

Posted: 10 Jun 2014 09:39 PM PDT



[HM] Kota Bharu: Dua lelaki mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 tahun dan 17 tahun di Mahkamah Sesyen sebentar tadi dalam kejadian membabitkan 21 suspek di sebuah rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Tertuduh Muhmed Azroel Hassan, 23, dan Azuan Che Hassan, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorhaslinda Che Seman. 

Kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes. 

Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa merogol dua remaja berusia 15 dan 17 tahun dengan kehadiran orang lain di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh di sini antara jam 7.30 malam hingga 11 malam pada 20 Mei 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong, 20 Mei lalu. 

Bagaimanapun semalam Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman dalam satu kenyataan media berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 suspek yang dilaporkan oleh salah seorang mangsa. 

Katanya tujuh lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu masih diburu. - Muhamaad Razis Ismail/11/6/14

Lanjut:

Remaja Lelaki Mengaku Bersalah Merogol

[HM] Kota Bharu: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini, sebentar tadi, terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di hadapan orang lain dalam kejadian membabitkan 21 suspek di sebuah rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Bagaimanapun seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian sama.

Majistret Nik Habri Muhamad bagaimanapun menetapkan tarikh 13 Julai depan supaya kes berkenaan didengar di Mahkamah Sesyen. -11/6/14



Bako Haram Culik 20 Ibu Muda

Posted: 10 Jun 2014 07:19 PM PDT



[HM] Maiduguri: Kumpulan militan Boko Haram disyaki menculik sekurang-kurangnya 20 ibu muda di bandar yang terletak di timur laut Nigeria, kawasan sama mereka menculik lebih 200 pelajar perempuan dua bulan lalu.

Bagaimanapun, seorang pemimpin tempatan berkata, jumlah mangsa terbaru itu mencecah 40 orang. 

Kejadian terbaru Sabtu lalu di sekitar perkampungan Garkin Fulani sekali lagi menggemparkan penduduk kawasan berkenaan. 

Penculikan 276 pelajar perempuan pada 14 April adalah tindakan paling berani yang dilakukan Boko Haram sepanjang lima tahun pemberontakan mereka.

"Maklumat yang kami ada setakat ini menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjata tiba di tempat berkenaan pada tengah hari dan menculik 20 wanita dan tiga pemuda yang berkawal di kampung itu," kata seorang anggota keselamatan awam, Alhaji Tar.

Menurutnya penduduk lelaki di kawasan itu keluar bekerja di ladang ternakan berhampiran ketika kejadian. 

Lokasi mangsa ketika ini masih tidak diketahui tetapi sumber Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan berkata, tiada kanak-kanak yang terbabit. 

Wanita yang diculik berusia antara 15 hingga 30 tahun. 

Dalam laporan lain, seorang pegawai Persatuan Pengembala Lembu Miyetti Allah Nigeria (MACBAN) berkata, 40 wanita yang semuanya ibu muda diangkut menaiki kenderaan sebelum dibawa ke lokasi yang tidak diketahui. 

Perbuatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan sering berlaku di kawasan berkenaan namun penduduk takut untuk melaporkannya kerana bimbang dengan tindak balas kumpulan militan. 

"Ini bukan pertama kali wanita di kawasan ini diculik. 

"Mereka hanya dibebaskan apabila kami memberikan lembu sebagai tebusan," kata pegawai berkenaan. 

Menurutnya, kumpulan berkenaan menyerbu satu rumah ke satu rumah dan menculik wanita muda sebelum meminta 30 hingga 40 ekor untuk membebaskan mangsa. 

Pegawai kerajaan tempatan Borno berkata, pihak berkuasa tahu mengenai kejadian Sabtu lalu. - AFP/11/6/14


Budak Ajar Gulung Ganja

Posted: 10 Jun 2014 06:23 PM PDT


[HM] Jeddah: Direktorat Kawalan Dadah Awam (GDDC) Arab Saudi semalam melancarkan gerakan mengesan seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang muncul dalam klip video mengajar rakannya seni menggulung rokok yang dicampur dengan ganja.

Penolong pengarah bahagian pencegahan GDDC, Abdul Ilah Al-Sharif berkata, agensi itu meminta bantuan beberapa pakar media untuk mengesan budak lelaki itu. 

Rakaman klip video berkenaan tersebar secara meluas di media sosial. 

Ia menunjukkan kanak-kanak itu mengajar teknik profesional menyediakan rokok ganja.

GAMBAR menunjukkan seorang budak lelaki mempamerkan teknik gulung ganja.

Dia juga mempunyai bahan yang diperlukan seperti ganja, tembakau dan kertas pembalut yang digunakan untuk membalut rokok berkenaan. - AFP/11/6/14


Tiada ulasan: