Isnin, 9 Jun 2014

dollah yankee

dollah yankee


Mari kita bertaruh...

Posted: 09 Jun 2014 07:42 AM PDT


Utusan Malaysia 'enggan' menghadap Sultan Johor jika dipanggil

SHAH ALAM 8 JUN: Akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang lantang mengkritik tindakan Kerajaan Johor melibatkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam pentadbiran melalui kolumnisnya Awang Selamat enggan menghadap pemerintah negeri itu sekiranya dipanggil.
Dalam ruangan "Bisik-bisik Awang Selamat‎ " kolumnis itu menyatakan sekiranya Sultan Johor ingin membuat teguran atau mendapatkan penjelasan, cukup dilakukan dengan menghantar wakil berjumpa dengan Utusan Malaysia.

Kesultanan Johor dinasihatkan tidak masuk campur dalam bidang kuasa eksekutif negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menasihati Kesultanan Johor supaya tidak masuk campur dalam bidang kuasa eksekutif negeri kerana hanya akan menyebabkan kedaulatan institusi itu lebih tercemar.
Shahidan berkata, Putrajaya sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan perkara yang melangkaui undang-undang persekutuan.
"Ini negara demokrasi raja berperlembagaan bukan demokrasi raja pemerintah.


dollah yankee-
Mari kita bertaruh...siapa dulu yang akan kena penampar?! KahKahKahKah...

Tiada ulasan: