Nuffnang

Pengikut

dollah yankee

sumber :-

dollah yankee


Bookie Bola gelak besar

Posted: 17 Jun 2014 07:40 AM PDT



Bila Belanda menang besar yang telah membenam juara tahun 2010 Sepanyol sabtu lepas, ramai 'kaki judi bola' yang membuat pertaruhan pada 'game' itu juga telah kalah besar.

'Bookie-bookie' bola pula telah gesak besar sambil membawa berpuluh juta ringgit menuju ke bank untuk menyimpan wang dimenangi mereka itu.

Keputusan dimana  Sepanyol yang telah membiarkan pintu gol mereka dibolosi 5 gol olih Belanda, yang mana yang telah dikalahkan mereka pada final tahun 2010, bukan saja telah mengejutkan kaki-kaki 'judi bola', tapi towkey -towkey sindiket 'judi bola' ini juga turut terperanjat.

Biarpun Belanda ada lah salah satu pasukan yang cukup kuat, tetapi 'kaki-kaki taruh'  ini telah meletakan taruhan mereka ke atas Sepanyol yang dikatakan pasukan favorit untuk menang piala dunia 2014.

Dipercayai sindiket judi bola ini telah 'kuyu; 'setengah biji' untuk Belanda yang menyebabkan kaki-kaki judi bola ini begitu yakin membuat taruhan yang besar kepada Sepanyol.

Keputusan perlawanan Belanda-Sepanyol ini ada lah di luar jangkaan sama sekali dan tak boleh nak bayangkan. Kali ini giliran bookie-bookie ini pula yang menang berpuluh juta ringgit, itu yang buat mereka gelak besar.

Biarpun amaran-amaran dari menteri dalam negeri dan ketua polis mengatakan akan memburu sindiket-sindiket judi bola ini, tetapi towkey-towkey sindiket judi bola ini hanya gelak besar !

dollah yankee -



Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT