Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


[PANAS] Muhyiddin Letak Jawatan TPM, Hishamuddin Pengganti?

Posted: 18 Jun 2014 01:04 AM PDT


Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.

Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin YassinNajib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno.

Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini.

Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya.

Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai 'pondan' dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu.

Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


"Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein..

"Jika si 'pondan' ini jadi TPM.. pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO.

"Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada ," tulisnya. -KD









IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



Kilang Bihun Sengaja Dibakar Untuk Hapuskan Bahan Bukti (?)

Posted: 17 Jun 2014 11:31 PM PDT


Kilang 'bihun kembang tekak' terbakar

Kuala Lumpur: Kilang bihun yang pernah diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan sebelum ini musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Batu 7, Jalan Ipoh, awal pagi semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3 pagi itu, empat lagi kilang yang terletak berhampiran turut musnah dalam insiden terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 dan mengerahkan dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya bomba dilokasi kejadian 15 minit kemudian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit.

"Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran," katanya ketika dihubungi.

"Saya yakin kilang bihun ini sengaja diletupkan dan dibakar oleh individu yang sakit hati," kata pemilik kilang bihun yang mahu dikenali sebagai Chin, 75, susulan kebakaran mengejut menimpa kilangnya awal pagi semalam.

ULASAN GB

Berbeza dengan apa yang didakwa oleh pemilik kilang bihun berkenaan yang menyatakan "kilang bihun ini sengaja diletupkan dan dibakar oleh individu yang sakit hati", namun, ramai percaya bahawa memang kilang bihun itu sengaja dibakar, tetapi oleh pemilik kilang bihun itu sendiri.

Ianya tidak mustahil kerana pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan dan pemilik kilang tersebut bakal didakwa di mahkamah.

Tidak mustahil juga tindakan membakar kilang tersebut adalah sebahagian dari usaha pemiliknya sendiri untuk menghapuskan bukti, dan apabila bukti sudah musnah, beliau boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

Kerugian yang beliau tanggung tidak banyak. Kilang buruk yang tidak ada lansung peralatan atau barang berharga di dalamnya. Jadi tidak hairan ia dibakar. Memang sengaja dirancang begitu.









IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



[KETERALUAN] Najib Cuma Hadir 26 Kali Drp 358 Hari Sidang Parlimen

Posted: 17 Jun 2014 09:32 PM PDT

Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa menempelak sikap Datuk Seri Najib Razak yang kerap 'ponteng' sidang Parlimen sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, selepas lima tahun menjadi Perdana Menteri semenjak 2009, Najib hanya 26 kali hadir ke Dewan Rakyat sepanjang 358 hari persidangan.

"Tanggungjawab Perdana Menteri dan seluruh jemaah Menteri menjawab setiap pertanyaan.

"Malangnya, kadar kehadiran beliau, sama ada untuk menjawab soalan mahu pun menyertai perbahasan dengan Ketua Pembangkang, adalah sangat rendah," kata Er pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau memetik Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang menyatakan Najib hanya hadir ke Dewan Rakyat tidak sampai dua jam secara purata – dengan pengecualian ketika ucapan tetap – dari tahun 2009 sehingga kini.

Malah Najib tidak hadir ketika giliran ucapan Ketua Pembangkang pada sesi perbahasan Belanjawan.

"Jika guru merotan pelajar yang ponteng kelas – adakah rakyat perlu merotan Najib?"
kata Er, sinis.

Er cuba membangkitkan isu tersebut dalam ucapan penangguhannya esok, namun ditolak Setiausaha Dewan Rakyat atas alasan ia 'bukanlah berkenaan apa-apa perkara tadbir dalam tanggungan Kerajaan'.

Alasan itu seolah-olah menunjukkan kehadiran Perdana Menteri selaku ketua kerajaan ke Dewan Rakyat bukan perkara utama.

"Adakah Perdana Menteri dan kerajaan tidak memahami tanggungjawab mereka? Parlimen adalah cabang pengasingan kuasa (legislatif) yang berperanan untuk semak dan imbang perlaksanaan dasar dan tugas Eksekutif," tegas Er.

Beliau kini merayu kepada Dewan Rakyat bagi mendapatkan perisytiharan berhubung soal kehadiran Najib serta penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi mempertimbang sesi soal jawab khas bersama Perdana Menteri setiap minggu bermula sesi Parlimen akan datang.

Er turut menyeru semua Ahli Parlimen menyokong cadangannya dengan menurunkan tandatangan pada surat rayuan dengan objektif merealisasikan kualiti pernahasan di Parlimen Malaysia bertaraf dunia.

"Sesi soal jawab itu penting memandangkan isu yang diutarakan dalam soalan lisan dan bertulis sudah 'ketinggalan zaman' (ketika jawapan diberikan)," tegas Er


ULASAN GB

Makan gaji buta nampaknya.

Umum mengetahui, Najib merupakan PM terburuk dan terboros yang Malaysia pernah ada. Menghabiskan wang negara sehingga hutang negara mencapai tahap tertinggi disamping tidak mahu bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat terhadap semua tindak-tanduknya .

Dan salah satu cara beliau untuk mempertahankan diri ialah menyaman media di atas tuduhan memfitnah seperti yang dilakukan ke atas malaysiakini.

Kebenaran tetap kebenaran. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Satu hari, beliau akan pasti terhukum juga akhirnya.









IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



[BONGKAR] Adik Shahrizat Jalil Diberi Konsesi UiTM Bernilai RM1.5 Bilion

Posted: 17 Jun 2014 05:05 PM PDT


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan konsesi penswastaan kampus UiTM Cawangan Seremban 3 di Negeri Sembilan diberikan kepada syarikat milik adik Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Menurutnya, pemilikan konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion itu telah diberikan kepada sebuah syarikat, Inovatif Mewah Sdn Bhd yang memiliki 29% ekuiti didalam Tentu Selesa Sdn Bhd.

"Tiga buah syarikat tersebut adalah Menang Development Sdn Bhd, Menang Industries Sdn Bhd, dan Tentu Selesa Sdn Bhd," katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Syarikat Menang Development Sdn Bhd dan Menang Industries Sdn Bhd adalah milikan penuh oleh Menang Corporation Berhad iaitu sebuah kumpulan pembangunan hartanah yang dikawal oleh keluarga Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

"Manakala Tentu Selesa Sdn Bhd pula adalah syarikat yang dikuasai oleh dua orang tokoh yang rapat dengan Umno.

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah adik kepada Shahrizat Jalil , Datuk Shahrir Abdul Jalil dan juga Timbalan Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Aidit Ghazali," katanya.

Tambah Rafizi lagi, Tentu Selesa Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 sahaja dan dipegang oleh dua individu iaitu Saharuddin Abdullah dan Sumami Kiman.

"Siasatan saya menunjukkan Saharuddin Abdullah dan Sumami Kiman juga adalah pemegang saham kepada banyak syarikat RM2 yang digunakan dalam pelbagai urusan kontroversi termasuklah cadangan pengambilalihan KFC dan PLUS.

Jelasnya lagi, semakan lanjut menunjukkan Shahrir Abdul Jalil juga pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai dan beliau juga pernah digantung selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005.

"Beliau digantung kerana didapati bersalah ekoran amalan politik wang," ujarnya.

Susun atur pemegang konsesi penswastaaan UiTM Cawangan Seremban 3 ini menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme telah digunakan di Malaysia bagi mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno.

"Bagaimana syarikat yang hanya bermodal RM2 sahaja telah diberikan pegangan sehingga 29 peratus dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh-tokoh Umno atau yang rapat dengan Umno.

Ujarnya lagi, selepas melakukan pendedahan ini, beliau akan menetapkan temujanji bersama Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

"Ketua Audit Negara lebih teliti dalam isu ini dan skop siasatan mereka lebih meluas kerana inilah keistimewaan mandat yang dimiliki oleh Ketua Audit Negara," katanya.










IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



[VIDEO] Pandikar Amin Arah Fuziah, Surendran Keluar Dewan Rakyat

Posted: 17 Jun 2014 06:06 AM PDT


Dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran (Padang Serai) dan Fuziah Salleh (Kuantan) diarahkan keluar dari Dewan Rakyat selepas mengingkari nasihat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Memetik BERNAMA, Fuziah diarah keluar apabila beliau mempersoalkan kewajaran penolakan usul membahaskan isu Lesen Operasi Sementara (TOL) berkenaan projek Lynas.

Ketika Pandikar sedang memberi penjelasan, Surendran pula bangun mencelah dan meminta Speaker Dewan Rakyat itu menjelaskan mengapa usul itu ditolak.

Apabila Surendran mengingkari arahan untuk duduk, Pandikar berkata: "Ahli yang berhormat Padang Serai, saya buat keputusan yang berhormat.

"Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat apabila berdiri berkenaan petisyen terpaksa juga rujuk 'point of order 14F'.

"Oleh kerana Padang Serai dan Kuantan enggan mematuhi arahan, maka sekarang ini saya arahkan Yang Berhormat keluar dari Dewan," katanya.

Arahan Pandikar itu mengakibatkan suasana di dalam Dewan Rakyat menjadi kecoh seketika.

Ini adalah kali keempat Surendran diusir daripada persidangan Dewan Rakyat dan semalam (17 Jun) hari pertama beliau menghadiri persidangan selepas penggantungan enam bulan, pada November 2013.










IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT